Tuesday, February 18, 2014

Aku Bukan Penggoda, OKEY!!!


Letih  menolak  troli  house  keeping  itu, aku  duduk  di   kroridor. Inilah  padahnya  kalau  nak  buat  kerja  gila. Dua  bulan  lepas, aku  merayu-rayu  pada  Along  supaya  membenarkan  aku  bekerja  di  hotel  Mummy  tapi  bukan  di  bahagian  pengurusan, di  bahagian  house  keeping. Alasan  aku, aku  nak  belajar  dari  bawah. Sekarang  aku  menanggung  akibat  dari  perbuatan  gila  aku sendiri.
            “ Along, please. Orang  nak  kerja  tapi  bukan  kat  department  Along. Bagilah  department  lain. Bagi  orang  kenal-kenal  dengan  semua  staf-staf  hotel  tu  dulu,” rayuku.
            “ Jangan  nak  mengada. Awak  ingat  awak  tu  sape? Jangan  nak  menggatal. Kerja  je  kat  department  Along,” bantah  Along.          
            “ Orang  tak  nak. Bagi  orang  kerja  sebagai  house  keeping  dulu  3  bulan  je. Please.” Aku  merayu  lagi. Aku  tahu  Along  akan  kalah  dengan  aku  kalau  aku  terus  memujuk. Dia  pantang  dipujuk  nak-nak  aku  sebagai  satu-satunya  adiknya.
            “ Jane, nanti  kalau  Mummy  tahu  macam  mane? Sape  yang  susah? Along  jugak.” Along  tetap  tidak  bersetuju  dengan  cadangan  aku.
            “ Along, please. Just  3  month. Then  I  will move  to  your  department.” Aku  memujuk  lagi.
            Suara  di  talian  sana  diam  sebentar. Nampak  Along  sedang  memikir  cadangan  aku. Aku  ketawa. Nampaknya  Along  akan  setuju. Memang  perangai  Along. Dia  akan  kelihatan  berfikir  untuk  menerima  cadangan-cadangan  gila  aku  tu  padahal  dia  memang  dah  tak  boleh  menolak  lagi.
            “ Okeylah  tapi  guna  nama  lain. Nanti  takut  Mummy  buat  spot  check.” Kata-kata  dari  Along  membuatkan  aku  terlompat-lompat  dalam  bilik  aku.
            Aku  bangun  dari  berehat. Sambil  menolak  troli  tu, aku  menyanyi  perlahan. Sampai  ke  department  house  keeping, hanya  pengurus  aku, Encik  Mazlan  yang  ada  dalamnya. Semua  orang  ada  kerja  di  luar. Encik  Mazlan  tersenyum  tengok  aku. Dia  tahu  identiti  sebenar  aku. Aku  terpaksa  suruh  Along  beritahu  Encik  Mazlan  supaya  aku  diterima  di  department  itu  tetapi  awal-awal   aku  dah  bagitahu  Encik  Mazlan  yang  aku  tak  nak  dilayan  special  dari  pekerja  lain. Kang  tak  pasal-pasal  jadi  skandal.
            “ Fathin, awak  ada  kerja  sekarang. Customer  panggil  room  services  di  bilik  VVIP,” tegur  Encik  Mazlan.
            “ Alah, Encik  Mazlan. Saya  baru  je  duduk. Tak  panas  punggung  lagi.” Aku  merungut.
            “ Awak  sorang  je  yang  free  sekarang.” Encik  Mazlan  tersengih.
            Aku  terus  bangun. Terpaksalah  aku  menolak  troli  sekali  ke  tingkat  atas  sekali  di  mana  yang  bilik  VVIP  yang  terletak  di  sana. Setingkat  dengan  bilik  aku. Nanti  aku  nak  masuk  mandi  dululah  lepas  siap  kerja  ini. Sampai  di  bilik  yang  dimaksudkan, aku  mengetuk  pintu  bilik  itu.
            “ Room  service.” Aku  mengucap  perkataan  itu  agak  kuat. Takut  orang  kat  dalam  tak  dengar  pulak.
            Pintu  bilik  itu  terus  terbuka. Terjenguk  seorang  lelaki  yang  agak  handsome  di  mata  aku. Aku  tersengih. Namun  sengihanku  hilang  apabila  melihat  lelaki  itu  separuh  bogel. Hanya  memakai  seluar  pendek.
            “ Masuklah. Buat  apa  tercegat  lagi  kat  situ?” Lelaki  itu  menyergah  aku.
            “ Encik  tak  nak  keluar  ke? Kalau  boleh, saya  tunggu  encik  keluar  dulu. Baru  saya  masuk  kemas,” ujarku.
            “ Aku  tak  keluar  ke  mana-mana. Just  enter  my  room. Lagipun  aku  risau  kalau  barang  aku  hilang  diambil  orang.” Ada  nada  sindiran  itu  di  situ.
            Orang  dah  cakap  macam  tu, aku  apa  lagi  terus  masuk. Terkejut  aku  tengok  keadaan  bilik  ini. Gila. Macam  tongkang  pecah. Dengan  katilnya  tak  kemas, baju  sana-sini. Nak-nak  dengan  seluar  kecil  dia. Bersepah. Gilalah  siapa  yang  jadi  bini  dia. Tak  pandai  berkemas  langsung.
            “ Jangan  nak  termenung  lagi. Startlah  kerja  tu.” Lelaki  itu  duduk  menghadap  laptopnya.
            Aku  pun  memulakan  kerjaku. Kemas-kemas. Tapi  sekarang  ini  memang  aku  tak  selesa  nak  bekerja. Apatahnya, aku  rasa  mata  lelaki  itu  terarah  kepadaku. Biasanya  kalau  aku  kerja, customer  dah  check  out  atau  keluar  sebab  ada  urusan. Kali  ini, ada  customer  ada  kat  dalam  bilik  lepas  tu  tengok  aku  macam  nak  telan  je. Takut  jugak  aku  nie. Manalah  tau  takut  lelaki  nie  ada  niat  tak  baik  pada  aku.
            “ Hah, jangan  banyak  termenung. Buat  kerja  tu,” tegur  lelaki  itu.
            Aku  tersentak. Lalu  memandang  ke  arah  lelaki  itu, lelaki  itu  langsung  tidak  memandang  ke  arahku. Matanya  menghadap  ke  arah  laptopnya. Aku  menyambung  kerjaku  kembali. Tidak  sampai  lima  minit  kemudian, ada  ketukan  di  pintu  suite  itu.
            “ Pergi  tengok. Siapa  pulak  yang  datang  bilik  aku  nie?” Lelaki  itu  mengarahnya.
            Aku  dengan  perasaan  malasnya  membuka  pintu  suite  itu. Kelihatan  dua  orang  lelaki  berpakaian  jubah  putih. Seorang  berserban  dan  seorang  lagi  berkopiah. Aku memandang  kedua-dua  lelaki  itu  dengan  pandangan  pelik. Aku  sudah  berasa  tidak  sedap  hati. Ada  sesuatu  buruk  yang  akan  berlaku.
            “ Assalamualaikum  cik,” ucap  salah  seorang  dari  lelaki  itu.
            “ Waalaikumussalam, ada  apa  nie?” soalku  perlahan.
            “ Pak cik  datang  nie  sebab  ada  laporan  yang  dibuat  yang  mengatakan  ada  pasangan  yang  bersedudukan  dalam  bilik  ini. Anak  nie  seorang  diri  ke  dalam  bilik  nie?” Pak cik  itu  berterus  terang.
            Aku  terkejut. Memang  sah  inilah  perkara  buruk  itu. Aku  tergagap-gagap. Aku  tak  tahu  nak  berkata  apa-apa. Lidahku  menjadi  kelu.
            “ Siapa  yang  datang?” Tiba-tiba  lelaki  itu  muncul  di belakangku. Dengan  seluar  pendeknya.
            Pak cik  itu  dah  tergeleng-geleng  melihat  keadaan  kami  berdua. Memang  dah  tentu  dia  ingat  kami  berdua  memang  bersedudukkan. Lelaki  itu  terpinga-pinga  apabila  melihat  ada  dua  orang  lelaki  yang  berpakaian  jubah  dan  berserban.
            “ Hanya  kamu  berdua  sahaja  ke  yang  berada  dalam  bilik  nie?” soal  pak  cik  itu  lagi.
            Kami  berdua  senyap, tidak  menjawab  soalan  itu. Masing-masing  berbalas  pandangan.
            “ Pak cik, nie  bukan  yang  pak cik  sangkakan. Dia  nie  tukang  kemas  bilik  je. Kami  tak  buat  apa-apa  pun.” Lelaki  itu  terus  bersuara.
            “ Walaupun  dia  cuma  tukang  kemas  bilik  je, kamu  berdua  tidak  boleh  duduk  dalam  bilik  macam  nie. Boleh  timbul  fitnah. Apa-apa  pun, mari  kita  ke  balai  polis. Kita  kena  uruskan  kes  nie  secepat  mungkin. Anak  salinlah  baju  dulu.” Pak  cik  itu  berkata  apabila  melihat  keadaan  lelaki  itu  yang  hanya  berseluar  pendek.
            “ Hei, perempuan. Kau  memang  nak  perangkap  aku  kan?” jerkah  lelaki  itu  kepadaku.
            “ Apa  maksud  kau, hah? Jangan  pandai-pandai  nak  salahkan  aku. Aku  pun  tak  tahu  menahu  tentang  nie, tau,” balasku  pula.
            “ Aku  kenal  sangat  dengan  perempuan  macam  kau  nie. Sengaja  nak  perangkap  lelaki  kaya  macam  aku  nie,” ujar  lelaki  itu.
            “ Eleh, lelaki  macam  kau. Aku  tak  heranlah.” Aku  memangkah  kata-kata  darinya.
            “ Sudah. Jangan  nak  bertelagah  kat  sini.” Pak  cik  yang  memakai  kopiah  itu  menyampuk.
            Aku  mengeluh. Aku  kena  lepaskan  diri  dari  situasi  ini. Mana  boleh  aku  kena  dibawa  ke  balai  polis. Masak  aku  dengan  Mummy  nanti. Tak  pasal-pasal  kebebasan  sekarang  terpaksa  dilupakan.
            “ Pak cik, kalau  macam  itu, saya  pun  nak  pergi  salin  baju  dulu  dan  simpan  troli  nie  dulu.” Aku  berkata.
            “ Adif, kau  pergi  temankan  budak  perempuan  tu,” arah  pak  cik  berserban  itu.
            Aku  tersenyum  sinis. Aku  menolak  troli  itu  dengan  perlahan-lahan. Agak  jauh  sedikit  dari  bilik  itu, tiba-tiba  aku  tunduk  berpura-pura  membaiki  tali  kasut  yang  tercabut.
            “ Kenapa  nie?” soal  lelaki  yang  bernama  Adif  itu.
            “ Tali  kasut  saya  nie  terlerai. Saya  nak  baiki  sekejap,” ujarku.
            Aku  berpura-pura  membaiki  tali  kasutku. Padahal  tali  kasut  aku  tak  terurai  pun. Saje je  nak  cari  peluang  lepaskan  diri. Aku  tengok  lelaki  itu  macam  terleka  melihat  sekeliling. Aku  pun  ambik  peluang  untuk melarikan  diri  aku. Dia  terkejut  terus  mengejarku.
            Hahaha… Jangan  harap  dapat  kejar  aku. Aku  nie  atlet  pecut  di  universiti  dulu  time  aku  belajar. Lelaki  macam  dia  itu  memang  kalah  dengan  aku. Aku  masuk  ikut  tangga  kecemasan. Tengah-tengah  berlari  itu, aku  pantas  menelefon  Along. Along  tentu  ada  di  pejabat  sekarang. Lepas  aku  rasa  aku  dah  selamat, aku  pun  berhenti  mengambil  nafas.
            “ Jane, kenapa  nie? Termengah-mengah  je  nie  Along  dengar.” Along  menegur  selepas  mendengarku  menjawab  salamnya  dalam  nafas  yang  masih  tidak  stabil.
            “ Along, orang  kena  tangkap  basah.” Aku  memberitahu  perkara  yang  sebenarnya.
            “ Hah? Apa  Jane  cakap  nie? Cuba  terang  betul-betul.” Along  berkata  dengan  kuat.
            “ Tadi, orang  kemas  bilik  seorang  lelaki  nie. Orang  ingat  lelaki  itu  tak  ada  kat  bilik. Rupa-rupanya  dia  ada  dalam  bilik  tu. Dia  suruh  orang  kemas  bilik  tu. Dia  cakap  dia  tak  nak  tinggal  bilik  tu  coz  takut  barang-barang  dia  kena  curi  dek  orang. So, orang  buatlah  kerja  orang. Tiba-tiba  ada  dua  orang  lelaki  ini  datang  coz  ada  laporan  ada  orang  yang  berzina  dalam  bilik  tu. Orang  tak  tahu  apa-apa  pun,” terangku.
            “ So, Jane  kat  mana  sekarang  nie?” soal  Along.
            “ Orang  ada  kat  tangga  kecemasan  nie. Orang  lari  dari  bilik  tu. Along, please  cover  me,” rayuku. Hanya  Along  yang  dapat  membantu  dalam  hal  ini.
            “ Bilik  nombor  berapa?” soal  Along.
            “ 602. VIP suite,” jawabku  dengan  pantas.
            “ Okey, nanti  Along  uruskan  tapi  dengan  satu  syarat. Berhenti  kerja  tu  sekarang. Move  to  my  side.” Along  mengenakan  syarat.
            “ Okey, I  agree.” Aku  memang  tak  nak  kerja  jadi  house  keeping  dah.

KES  tangkap  khalwat  tempoh  hari  senyap  macam  itulah  sahaja. Aku  langsung  tak  bertanya  Along  tentang  kes  itu. Malas. Buang  masa  je. Aku  melepak  di  taman  bunga  Mummy. Dah  dekat  dua  minggu  aku  tinggal  di  Villa  Sri  Sakura, Villa  Mummy. Sebelum  ini, aku  tinggal  di  hotel  Mummy, suite  VVIP. Itu  pun, aku  sembunyi-sembunyi  nak  masuk  bilik  sendiri. Yelahkan, nanti  ada  orang  nampak, masaklah  aku  kena  soal  dengan  orang  hotel  itu. Lagi  masak  kena  soal  dengan  Mummy.
            “ Jane, termenung  apa?” soal  Along.
            “ Saje je. Bosan,” ujarku.
            “ Kalau  boring, jom  masuk  office  esok. Jane  dah  janji. Tempoh  3  bulan  hari  tu  pun  dah  tamat.” Along  tersengih.
            “ Amboi, demand. Okeylah. Orang  pun  dah  boring  duduk  rumah. Nak  bercakap  dengan  Mummy pun, Mummy  asyik  busy  je.” Aku  sedikit  mengeluh.
            “ Along  memang  tunggu  Jane  cakap  okey  je. Position  tu  sengaja  Along  kosongkan  untuk  Jane. Esok  masuk.” Along  sudah  memberi  arahan.       “ Jane  tak  nak  tahu  ke  tentang  kes  khalwat  Jane  tu?”
            “ Along, tu  salah  fahamlah. Ada  pulak  cakap  macam  tu. And  kalau  nak  cakap  tu  pandang-pandang. Takut  Mummy  dengar, mati  orang  dibuatnya.” Pantas  aku  membalas  kata-kata  itu.
            Along  ketawa. “ Lupa  pulak. Lain  kali, jangan  pandai-pandai  masuk  dalam  bilik  lelaki  bukan  muhrim, faham.”
            “ Yelah. Orang  faham. Lain  kali  orang  tak  buat  lagi.” Aku  memuncungkan  bibirku.
            “ Dah  macam  Donald  Duck  pulak  Along  tengok,” perli  Along. Along  bangun  dan  berlalu  dari  situ.
            Aku  terus  bangun  dan  mengejar  Along. Melihatku  mengejar, Along  pantas  melarikan  dirinya.
           
AKU  berjalan  masuk  ke  hotel  bersama  Along. Wow, aku  rasa  aku  dah  jadi  macam  artis. Semua  pekerja  hotel  tengok  kami  berdua. Along  dengan  muka  selamba  memeluk  lenganku. Along  ini  tak  perasan  ke  yang  orang  duk  pandang  dia  dan  aku? Aku  pulak  yang  rasa  malu.
            Kami  sampai  di  bahagian  pengurusan. Banyak  mata-mata  yang  memandang  kami. Along  memanggil  semua  staf  yang  berada  di  situ  untuk  berkumpul  di  dalam  bilik  mesyuarat.
            “ Hari  nie, saya  akan  memperkenalkan  pekerja  baru. Nie  Jane, director  untuk  sales  and  marketing.” Aku  bangun  dan  memperkenalkan  diri.
            Lepas  tu, ada  desus  desis  yang  berbunyi. Aku  malas  nak  ambil  port. Tapi  aku  pelik . Along  hanya  memperkenalkan  aku  sebagai  Jane  sahaja. Aku  tanya  Along  tentang  itu. Dia  cakap  Mummy  yang  suruh  macam  tu. Mummy  nak  memperkenalkan  aku  kepada  semua  pada  majlis  tahunan  hotel.
            “ Jane, jom lunch.” Along  mengajakku  lunch.
            “ Along, orang  ada  kerjalah. Rasanya  malas  nak  keluar.” Mataku  langsung  tidak  memandang  along.
            “ Amboi, banyak  kerja  sangat  ke? Bagusnya  pekerja  along  nie. Sampai  tak  sempat  keluar  lunch. Tak  apalah, Along  keluar  dulu. Teruskan  kerja.” Along  terus  keluar.
            Aku  mengeliat  membetulkan  urat-urat  yang  sudah  lama  tidak  bergerak  kerana  asyik  duduk  sahaja. Aku  bangun  dan  keluar  dari  bilikku  terus  ke  pantry. Belum  sempat  kakiku  melangkah  masuk, aku  terdengar  suara-suara  yang  sedang  bercakap  tentang  diriku. Aku  mula  menyorok  untuk  mendengar  perbualan  mereka.
            “ Kau  rasa  Cik  Jane  tu  siapa  sebenarnya  pada  Tuan  Syed?” soal  satu  suara.
            “ Aku  rasa  girlfriend  dia  kot. Tuan  Syed  tengok  dia  pun  lain  macam. Kau  sendiri  tahu  macam  layan  Tuan  Syed  layan  pekerja  perempuan  dia. Biasa-biasa  je. Tapi  bila  aku  tengok  Tuan  Syed  dengan  Cik  Jane  hari  nie, bukan  main  lembut  Tuan  Syed  bercakap  dengan  Cik  Jane.” Ada  suara  lain  pula  yang  bercakap. “ Aida  pernah  cakap  kat  aku  yang  Tuan  Syed  memang  kosongkan  position  tu. Aida  tanya  position  tu  untuk siapa. Tuan  Syed  jawab  itu  untuk  orang  penting  dalam  hidup  dia.”
            “ Rasa  Dato’ Syarifah  terima  tak  pilihan  Tuan  Syed  tu?”
            “ Entahlah.”
            Aku  pun  melangkah  masuk  ke  pantry. Masing-masing  yang  berada  di  situ  menunjukkan  muka  terkejut. Aku  cuma  tersenyum  manis  melihat  mereka. Aku  membancuh  milo  dan   membawa  keluar  dari  pantry. Ketika  hendak  masuk  bilik, aku  ternampak  Along  membawa  dua  nasi  bungkus. Aku  buat  pandangan  pelik  pada  Along. Boleh  pulak, pengurus  besar  hotel  makan  nasi  bungkus. Nie  mesti  akan  menjadi  hot  stuff  buat  pekerja  bawahan.
            “ Kenapa  pandang  Along  macam  tu?” soal  Along.
            “ Yelah. Pelik  tau  tak. Big  boss  makan  nasi  bungkus. Lawak  betul. Tak  ke  lawak  kalau  orang  tengok,” ujarku  sambil  duduk  di  sebelah  Along.
            “ Alah, relax  ar. Habis  tu, Jane  tak  nak  keluar  lunch  dengan  Along. Along  bungkuskan  untuk  Jane.” Along  mula  membuka  bungkusan  makanan  dan  makan.
            Aku  pun  joinlah  Along  aku  tu. Memang  perut  aku  pun  dah  lapar. Tadi  ingatkan  boleh  tahan, sekarang  dah  berbunyi-bunyi.

PAGI-pagi  lagi  aku  sudah  keluar. Tak  sempat  langsung  nak  jumpa  Along. Breakfast  pun  tak  sempat. Aku  nak  siapkan  kerja  yang  tertangguh  semalam. Semalam  nak  siapkan  tapi  Along  cepat-cepat  ajak  balik. Suruh  sambung  esok. Aku  terpaksalah  ikut  sebab  semalam  aku  naik  kereta  dia. Pekerja  yang  bagus  aku  nie  kan.
            Sampai  di  pejabat, keadaan  masih  lenggang. Tiada  orang  pun. Aku  pun  masuklah  bilik  aku. Belum  sempat  duduk, ada  suara  yang  mengarahkan  aku  keluar.
            “ Eh, awak  nie  siapa, hah? Suka-suka  hati  je  masuk  bilik  nie. Nak  mencuri ye?” sergah  orang  itu.
            Aku  terkejut. Hantu  manalah  yang  sergah  aku  macam  nie? Nasib  baik  aku  jenis  yang  lemah  semangat. Kalau  tak, confirm  kojol  kat  sini. Aku  berpaling. Setiausaha  Along  rupanya, Aida  Suraya.
            “ Awak  nie  bukan  ke  Fathin  yang  bahagian  housekeeping  tu? Apa  awak  buat  kat  sini? Kenapa  awak  masuk  bilik  nie?” soal  Aida  Suraya.
            Eh, dia  tak  tahu  ke? Takkanlah  Along  tak  bagitahu  yang  aku  nie  director  for  sales  and  marketing. Pelik  nie. Aku  baru  nak  buka  mulut.
            “ Kenapa  nie  Aida? Buat  apa  kau  berdiri  kat  depan  bilik  nie?” soal  rakan  kerjanya, Lina.
            “ Nie. Ada  orang  ceroboh  bilik  nie,” ujarnya.
            “ Siapa?” Lina  memandang  ke  dalam  bilik  itu  dan  ternampak  aku. Aku  tersenyum.
            “ Aku  tak  nampak  pencerobohnya  pun.” Lina  bersuara.
            “ Eh, kau  nie  tak  buta  ke? Kau  tak  nampak  ke  perempuan  yang  tengah  berdiri  tu?” soal  Aida  Suraya. Jangan-jangan  aku  ternampak  hantu  pagi-pagi  nie.
            “ Hah? Laa… Tu  kan  Cik  Jane. Director  for  sales  and  marketing  kita  yang  baru. Nie  kan  bilik  dia. Tak  salahlah  dia masuk  bilik  nie,” ucap  Lina.
            “ Dia  director  baru  tu? Dia  bukan  ke  pekerja  bahagian  housekeeping  tu?” soal  Aida  Suraya  pula.
            “ Itu  dulu. Saya  sekarang  director  baru  kat  sini, call me  Jane.” Aku  tersenyum  manis.

AKU  melangkah  masuk  ke  bilik  Along  setelah  mendengar  arahan  masuk  darinya. Aku  melihat  Along  sedang  mengambil  satu  fail  dari  almari  yang  terletak  di  sebelah  mejanya. Aku  melihat  tali  leher  yang  dipakainya  sudah  senget.
            “ Berdiri  tegak  sekejap.” Aku  mengarahnya.
            Dia  pun  berdiri  tegak. Aku  membetulkan  tali  leher  yang  senget  itu. Dia  tersengih. Macam  budak  kerja. Macam  manalah  Along  aku  nie  boleh  jadi  big boss  kat  sini?
            Sedang  aku  membetulkan  tali  lehernya  itu, tiba-tiba  pintu  bilik  Along  dibuka  dari  luar. Muncul  Aida  Suraya  dengan  seorang  lelaki. Wajah  mereka  berdua  menunjukkan  riak  terkejut. Apa  tidaknya, keadaan  kami  berdua  sekarang  seperti  kami  berdua  sedang  berpeluk. Aku  memeluk  lehernya  itu  yang  lebih  tepat.
            “ Tuan  Syed, nie  Encik  Zafran  nak  berjumpa  Tuan  Syed,” ujar  Aida  dengan  wajahnya  yang  memerah.
            Zafran  juga  terkejut  melihat  keadaan  kami  itu. Aida  terus  keluar  tanpa  meminta  izin  dari  Along. Aku  memandang  lelaki  yang  dipanggil  Zafran  oleh  Aida. Lama  aku  merenung  wajahnya. Dia  juga  merenungku.
            “ Kau  perempuan  tu.” Zafran  menunding  jarinya  ke  arahku.
            “ Kau  lelaki  tu.” Aku  juga  menjerit.
            “ Kau  buat  apa kat  sini, hah? Kau  nak  menggoda  dia  pula  lepas  tak  dapat  aku? Kau  nie  perempuan  tak  malu, tak  tahu?” sergah  Zafran.
            “ Korang  berdua  memang  dah  kenal  ke?” soal  Along.
            “ Kau  dah  lupa  ke  Is? Nielah  perempuan  yang  kena  tangkap  basah  dengan  aku  tempoh  hari,” terang  Zafran.
            “ Memang  tu. Aku  nak  menggoda  dia  pulak. Aku  ingatkan  kau  akan  tergoda  dengan  aku  tapi  tak. Jadi  aku  tukar  target  aku. Dia  nie  nampak  macam  lurus  bendul  je.” Aku  pantas  memeluk  lengan  Along  dengan  erat.
            Along  memandang  ke arahku. Mesti  nak  aku  berlakon  sekali  dengan  dia  nie. Hish, kalau  ikutkan  merajuk  pulak  adik  aku  yang  sorang  nie. Nanti  lagi  pening  nak  memujuk  pulak. Aku  tersengih  memandang  ke  arah  Along. Kedengaran  keluhan  perlahan  dari  Along.
            “ Nie  Director  for  sales  and  marketing  yang  baru, Cik Jane.” Along  memperkenalkan  aku  kepada  Zafran. “ Cik  Jane, nie  Tengku  Ahmad  Zafran, antara  pemegang  saham  di  hotel  nie.”
            “ Nice  to  meet  you, Mr  Tengku  Ahmad  Zafran.” Aku  tersenyum  menggoda  kepada  Zafran.
            “ What? Crap. Macam  mana  seorang  pengemas  bilik  hotel  boleh  jadi  director  pulak? Is, kau  nie  biar  betul. Hei, kau  ingat  hotel  nie  tempat  kau  main-main  ke?” soal  Zafran  kepadaku.
            Aku  buat  muka  bodoh  je. Biarlah  dia  nak  cakap  apa  pun. Hei, ingat  aku  nak  ke  bekerja  kat  sini? Ini  pun  Mummy  yang   suruh, kalau  tak, tak  ada  maknanya  aku  kat  sini. Sorrylah. Aku  nak  kerja  yang  adventure  sikit. Kerja  macam  nie  mana  ada  adventurenya.
            “ Sorry  sikit. Aku  pun  tak  nak  kerja  kat  sini. Nie  pun  kena  paksa  tau. Tak  adventure  langsung  kerja  macam  nie.” Aku  membalas  mencebik.
            “ Siapa  yang  paksa  kau  hah?” soal  Zafran.
            “ Dato’ Syarifah  Dian  Arini. Kenapa  kau  nak  pergi  tanya  dia  ke? Pergilah. Itu  pun  kalau  kau  berani  nak  pergi  tanya.” Aku  tersenyum  sinis. Berani  dia  bertanya  Mummy. Mampus  kena  sembur  dengan  Mummy. Mummy  memang  garang  tak  kira  tempat, tak  kira  orang  dan  tak  kira  masa. Sembur  orang  macam  tu  je.
            “ Hah? Dato’  yang  paksa? Awak  nie  siapa  dengan  keluarga  Dato’?”
            “ I  forget  to  introduce  my  full  name. My  name  is  Syarifah  Nur  Fathin  Jane  binti  Tan  Sri  Syed  Alwi.” Aku  tersenyum  sinis  sambil  memperkenalkan  nama  sendiri.
            “ What? Maksud  kau, kau  nie  anak  bongsu  Dato’, adik  Is?” soal  Zafran  sambil  terkejut.

KEESOKKAN  harinya, tersebar  angin  yang  kurang  sedap  didengari. Cerita  tentang  aku  berpelukkan  dengan  abang  sendiri. Aku  cuma  ketawa  bila  dengar  kena  kutuk  dengan  staf  lain. Nak  buat  macam  mana, dah  salah  aku. Ada  juga  yang  tidak  puas  hati  dengan  jawatan  yang  dipegang  sekarang.
            Tengah  aku  buat  kerja, tiba-tiba  pintu  bilik  aku  dirempuh  dari  luar  sampai  aku  sendiri  tersentak. Pantas  aku  mengangkat  muka. Kelihatan  ada  beberapa  orang  staf  yang  masuk. Terus  aku  tutup  fail.
            “ Ada  apa  awak  semua  masuk  bilik  saya  nie?” Aku  cuba  bersikap  formal.
            “ Hei, perempuan. Jangan  nak  tunjuk  baik  kat  sini. Kitaorang  dah  tau  kau  nie  perempuan  macam  mana. Macam  mana  kau  boleh  dapat  jawatan? Kau  jual  tubuh  kau, kan?” jerkah  salah  seorang  dari  mereka.
            Aku  mengeluh. Mereka  nie  suka  fikir  benda  yang  pelik-pelik. Eh, chok, tak  pelik  pun. “ So, kau  nak  buat  apa  kalau  kauorang  tahu  perkara  nie? Kauorang  bukan  boleh  buat  apa-apa  pun  kan? So, aku  nasihatkan  kauorang  diam-diam  dah  je. Buat  hal  sendiri, jangan  nak  sibuk  hal  orang  lain.” Aku  menasihat  sinis.
            Mereka  nampak  kelihatan  marah  sekali. Bersiap  sedia  dalam  apa  pun  keadaan. Takut  mereka  mengamuk  kat  sini. Tepat  sekali  kata-kata  aku, salah  seorang  dari  mereka  cuba  mendekatiku  dan  mahu  menamparku. Kutepis  dan  tangannya  kupulas  ke  belakang. Dia  mengaduh  kesakitan.
            “ Dengar  sini  semua. Aku  boleh  mengadu  pada  Tuan  Syed  tentang  perangai  kauorang  sekarang  nie. Kauorang  pun  tahu  macam  mana  Tuan  Syed  dengan  aku. So, kalau  kauorang  tak  nak  kena  buang  kerja, berambus  dari  bilik  aku  sekarang  jugak.” Amaran  keras  keluar  dari  mulut  aku.
            Mereka  semua  berlari  keluar. Aku  melepaskan  tangan  perempuan  yang  menyerangku. Tahu  pun  takut, nak  buat  tu, tak  fikir  dulu. Aku  dah  tak  ada  mood  nak  buat  kerja. Aku  duduk  di  kerusi  sambil  berpusing-pusing.
            Lapar  pulak  perut  nie. Aku  nak  pergi  lunchlah. Wait, aku  nak  ajak  Along  lunch  sekali  dengan  akulah. Kasi  jealous  budak-budak  tadi  tu. Hahaha… Aku  keluar  bilik  dengan  penuh  gaya  menuju  ke  bilik  Along. Ada  mata-mata  yang  mengikut  langkahku  itu.
MAJLIS  makan  malam  diadakan  sempena  ulang  tahun  penubuhan  hotel  yang  kelima. Selama  2  hari, hotel  itu  akan  tutup  bagi  memberi  jalan  kepada  mereka  mengadakan  makan  malam  tersebut. Semua  pekerja  hotel  itu  dijemput  hadir  bagi  menyambut  ulang  tahun  hotel  itu.
            Majlis  dimulakan  dengan  ucapan  dari  pengerusi  majlis. Kemudian  Mummy, Dato’ Syarifah  Dian  Arini  pula  berucap. Aku  yang  duduk  di  meja  depan  sudah  tersengguk-sengguk  mendengar  Mummy  bercakap. Aku  memang  tak  suka  majlis  macam  nie. Bosan. Along  sudah  dua  tiga  kali  menegurku  supaya  aku  duduk  betul-betul.
            “ Di  sini   juga, saya  nak  perkenalkan  anak  bongsu  saya. Jane, naik  ke  atas  pentas  sekejap.” Mummy  memanggilku.
            Aku  yang  sudah  mengantuk  naik  ke  pentas  dengan  longlai. Masa  aku  naik  ke  pentas, aku  dapat  dengar  bisikan  dari  bawah. Tentu  mereka  tidak  menyangka  yang  aku  nie  sebenarnya  anak  kepada  Dato’ Syarifah  Dian  Arini, adik  kepada  Tuan Syed  Iskandar  kesayangan  diaorang  itu.
            “ Nie  anak  bongsu  saya, Syarifah  Nur  Fathin  Jane. Sebelum  nie, dia  belajar  di  oversea. Nie  baru  balik  dalam  3  bulan  lepas.” Mummy  memperkenalkan  aku. Aku  cuma  mengangguk. Sebenarnya  mata  aku  sudah  nak  tertutup.
            “ Dan  bulan  depan, dia  akan  bertunang  dengan  Tengku  Ahmad  Zafran.” Ayat  Mummy  itu  membuatkan  mataku  terbuka  luas. Tidak  lagi  mengantuk. Aku  memandang  Mummy. Mummy  pula  hanya  tersenyum  manis.
           
MUMMY, what’s  this? I  don’t  understand. Why  I  have  to  get  marry?” soalku  dalam  perjalanan  balik  ke  Villa  Sri  Sakura.
            “ Jane, jangan  ingat  Mummy  tak  tahu  tentang  kes  tangkap  basah  Jane  dengan  Zafran. Jadi  memang  patut  pun, Jane  kahwin  dengan  dia,” jelas  Mummy  selamba.
            “ Memang  pun  tapi  kami  tak  buat  apa-apa. Jane  cuma…cuma…” Aku  tak  tahu  nak  hentam  apa  lagi.
            “ Jane  mesti  tak  boleh  cakap  kan? Mummy  tak  kisah  apa  alasan  Jane. Jane  kena  kahwin  dengan  Zafran. Titik.” Nah! Mummy  dah  beri  arahan  dia.

MAKA  bertunanglah  kami  berdua. Kami  tak  banyak  keluar bersama  pun. Aku  busy  dengan  kerja  aku, dia  busy  dengan  kerja  dia. Kalau  berjumpa  pun, masa  kerjalah. Dia  datang  hotel  jumpa  Along  plus  jumpa  aku. Itu  pun  pasal  kerja  je.
            Satu  lagi, kalau  keluar  berdating  pun, aku  heret  Along  aku  sekali. Aku  tak  betah  keluar  berdua  dengan  dia. Along  selalu  tanya  kenapa  dia  selalu  kena  ikut  aku  pergi  dating. Aku  pun  jawab  nak  bagi  dia  jealous  dengan  aku. Padahal  aku  memang  sengaja.
            Hari  minggu, aku  keluar sensorang. Boring  duduk  rumah. Along  pulak, ada  meeting  kat  Langkawi. Mummy  tak  payah  cakap. Memang  tak  lekat  kat  rumah, busy  memanjang. Sampai  aku  pun  tak  tahu  kerja  apa  yang  Mummy  buat.
            Hari  nie, aku  nak  window  shopping  je. Nak  tengok  dulu  barang  yang  aku  nak  beli. Nanti  datang  balik  dengan  Along. Boleh  suruh  Along  belikan. Barang  hantaran  kahwin  aku  pun  belum  beli  lagi. Kena  tengok  jugak.
            Tengah-tengah  mata  melayang  memandang  kedai-kedai  dalam  mall  itu, aku  ternampak  kelibat  Zafran  dengan  perempuan  lain  di  kedai  emas. Aku  pun  menghendaplah. Macam  penyiasatlah. Hahaha…Aku  memang  dah  lama  nak  jadi  macam  Detektif  Conan.
            Amboi  bukan  main  seronok  pilih  barang  kemas. Ketawa  bagai. Aku  sendiri  tak  pernah  tengok  dia  ketawa   macam  tu  sekali. Jealouslah  pulak. Mereka  selesai  membeli  barang  kemas. Aku  yang  tengah  menghendap  mereka  terus  menyergah  mereka.
            Zafran  kulihat  nampak  terkejut  sekali  tetapi  itu  tidak  lama. Dia  tersenyum  manis. Aku  pun  tersenyum  juga  tapi  tersenyum  sinis  bukan  manis. Dalam  keadaan  sekarang, boleh  pulak  dia  tersenyum  lebar.
            “ Hai  Jane. Tak  sangka  boleh  jumpa  awak  kat  sini. Apa  awak  buat  kat  sini?” soal  Zafran.
            “ Saya? Saya  saje  je  datang  sini  nak  cuci  mata. Tak  sangka  pulak  boleh  cuci  hati  sekali  kat  sini. Yang  awak  pulak  buat  apa  kat  sini?” soalku  balik.
            “ Oh, saya  keluar  cari  barang  sikit.” Zafran  menjawab  ringkas.
            “ Nie  siapa  pulak?” soalku  direct.
            “ Nie  girlfriend  saya.” Dengan  muka  manis, Zafran  menjawab.
            “ Well, hi. Nice  to  meet  you. Saya  Jane, tunang  si  Zafran  nie. Saya  nak  bagitau  awak  sesuatu. Saya  nak  awak  tinggalkan  kekasih  hati  awak  nie  cause  saya  yang  akan  jadi  isteri  dia. Okeylah  awak. Saya  nak  pergi  cuci  mata  nie. Bye.” Aku  berlalu  pergi  sambil  tersenyum  manis.
            Aku  boleh  bayang  yang  mereka  sedang  terpinga-pinga  dekat  belakang  aku  sekarang. Hahaha…Silap  besarlah  kalau  Zafran  nak  tengok  aku  mengamuk  kat  sini. Jangan  harap. Aku  masih  ada  maruah  lagi. Aku  tak  akan  buat  benda  yang  boleh  memalukan  aku. Tapi  kalau  ini  permainan  Zafran, aku  akan  bermain  sampai  dia  mengalah  kalah  mengatakan  aku  menang.

ZAFRAN  masih  berusaha  untuk  berjumpa  denganku  pada  pagi  ini. Aku  malas  nak  berjumpa  dengan  dia. Itulah, siapa  suruh  cari  pasal  dengan  aku. Aku  paling  pantang  orang  mainkanku. Aku  akan  kenakan  orang  itu  balik  sampai  dia  sedar.
            Memang  pasal  semalam. Aku  memang  marahkan  dia  pasal  semalam. Pasal  dia  keluar  dengan  perempuan  lagi. Jangan  ingat  aku  buat  tak  kisah  je  tentang  itu. Balik  dari  window  shopping,  aku  terus  cari  Mummy. Nasib  baik, Mummy  ada  kat  rumah. Aku  terus  minta  putus  tunang  dengan  Zafran  dengan  Mummy.
            Mulanya, Mummy  tak  bagi. Aku  pun  apa  lagi  guna  reserve  psychology. Aku  cakap  Mummy  nak  ke  yang  anak  Mummy  nie  hidup  dimadukan. Aku  tak  nak  dimadukan. Mummy  kan  perempuan  jugak. Tentu  Mummy  pun  tak  dimadukan. Yes!!! Akhirnya  Mummy  setuju  putuskan  pertunangan  itu.
            Sekarang  Zafran  pun  tengah  berusaha  berjumpa  denganku. Dia  sanggup  tunggu  aku  depan  pintu  aku. Aku  kunci  pintu  bilik  aku. Tiba-tiba  handphone  aku  berbunyi. Aku  menjenguk  sedikit. Along  rupanya. Aku  menjawab  dengan  perasaan  malas.
            “ Hello.” Itu  je  sempat  aku  jawab  sebelum  dengar  Along  membebel.
            “ Jane, apa  yang  Jane  dah  buat  nie? Along  nampak  Zafran  berdiri  depan  bilik  Jane. Along  pergi  tegur  dia  apa  dia  buat  kat  sini. Dia  jawab  Jane  nak  putus  tunang  dengan  dia. Dia  datang  nak  bincang  dengan  Jane. Jane  pulak  tak  nak  jumpa  dia.” Khaw-khaw  Along  sembur  aku.
            “ Along  pulak  bila  balik  dari  Langkawi? Macam  mana  meeting  semalam? Okey?” soalku  mahu  lari  dari  menjawab  soalan  Along.
            “ Jane, jangan  lari  dari  tajuk. Along  tanya  nie  kenapa? Jangan  nak  main-main  pulak  dengan  perkara  macam  nie.” Along  bersuara  tegas.
            “ Kenapa  Along  tanya  orang  sorang? Tanyalah  kawan  baik  Along  tu, apa  yang  dah  dia  buat? Nak  marah-marah  orang  pulak.” Aku  betul-betul  sakit  hati. Kenapa  orang  nak  menangkan  dia  je?
            “ Apa  yang  dia  buat?” soal  Along  kembali  berlembut.
            “ Dia  dah  ada  perempuan  lainlah. Orang  jumpa  kat  shopping  mall  semalam. Siap  pilih  cincin  lagi. Orang  tegur  and  tanya  siapa  perempuan  itu. Along  tau  dia  cakap  apa, dia  tanya  nielah  girlfriend  dia. Orang  tau  tak  sakit  hatinya  orang  bila  dia  cakap  macam  tu. So, orang  pun  minta  putus. Mummy  pun  dah  approve. Boleh  dia  kahwin  dengan  girlfriend  dia  dulu.” Aku  terus  berterus-terang  tentang  apa  yang  berlaku.
            “ Awak  dah  salah  faham. Saya  bergurau  jelah. Itu  bukan  girlfriend  sayalah. Itu  adik  bongsu. Dia  baru  je  balik  dari  Sweden. Saya  yang  minta  dia  temankan  saya  beli  cincin  untuk  awak. Saya  cuma  minta  pendapat  dia  pasal  cincin  nie. Dia  kan  perempuan. Dia  tentu  lebih  faham  taste  orang  perempuan  nie  macam  mana.
            Lagipun, saya  dah  memang  sayangkan  awak. Saya  tak  nak  kahwin  dengan  orang  lain. Tolonglah  jangan  minta  putus  dengan  saya. Saya  janji  saya  tak  akan  bergurau  macam  tu  lagi. Promise.” Rupanya  Zafran  pun  mendengar  perbualanku  dan  Alongku.
            “ Kahwinlah  dengan  perempuan  lain. Perempuan  macam  saya  nie  tak  sesuai  dengan  awak.” Aku  mula  jual  mahal  bila  dengar  pengakuan  sayangnya  padaku.
            “ Kalau  macam  tu, biar  aku  carikan  untuk  kau, Zafran. Dah  adik  aku  tak  nak  kahwin  dengan  kau. Aku  ada  kenal  ramai  perempuan  cantik  dan  baik  untuk  kau,” sampuk  Along.
            “ Along!!!” Aku  menjerit  nyaring. Ada  pulak  nak  cari  perempuan  lain  untuk  Zafran. Bukannya  nak  tolong  aku.
            “ So, kita  tak  akan  putuslah  kan? Susah  nie. Balik  nanti, saya  nak  mintak  parent  kita  cepatkan  majlis  kahwin. Nanti  tak  adalah  awak  buat  macam  nie  lagi,” usul  Zafran.
            “ Hah?” Aku  terus  keluar  dari  bilikku. Aku  lihat  Along  dan  Zafran  tersengih  di  hadapan  bilikku.
            “ Awak, saya  betul-betul  minta  maaf  dengan  awak. Saya  janji  saya  tak  buat  lagi,” ujar  Zafran. “ Hari  tu, saya  nak  test  awak  je. Lagipun, awak  macam  tak  sayangkan  saya. Siapkan  pesan  macam  tu  lagi. Saya  ingatkan  awak  tak  kisah  saya  keluar  dengan  siapa  pun.”
            “ Hish, perempuan  mana  tak  cemburu  kalau  lelaki  yang  dia  nak  kahwin  keluar  dengan  perempuan  lain,” bidasku.
            “ Itu  bermakna  Jane  dah  sayangkan  Zafran,” sampuk  Along.
            “ Dahlah. Pergi  buat  kerja. Awak, pergi  balik.” Aku  menghalau  kedua-dua  sekali.
            “ Dia  malulah.” Along  dan  Zafran  ketawa.

MAJLIS  perkahwinanku bersama  Zafran  berjalan  lancar. Mummy  adalah  orang  yang  paling  gembira  dengan  perkahwinanku. Rupanya  Mummy  berbincang  dengan  parent  Zafran  tentang  hal  aku  nak  putus  tunang  dengan  Zafran. Mummy  berjumpa  dengan  kakak  Zafran  sendiri  pagi  itu. Mereka  yang  merancang  untuk  memberitahu  Zafran  yang  aku  mahu  memutuskan  pertunangan. Mereka  tahu  yang  Zafran  akan  memujuk  aku.
            Masa  aku  bersanding  juga, aku  mendapat  tahu  yang  Along  akan  mengikut  jejak  langkahku  untuk  mendirikan  rumah  tangga. Huhuhu..Dengan  siapa??? Dengan  setiausahanya  sendiri, Aida  Suraya. Rupanya, Along  memang  dari  dulu  menyimpan  perasaan  kepada  Aida. Cuma  tunggu  aku  sahaja  untuk  berkahwin. Katanya, dia  mahu  adik  perempuannya  berkahwin  dulu, barulah  dia  berkahwin.
            “ Jauh  termenung.” Tegur  Zafran  yang  sudah  bergelar  suamiku.
            “ Teringatkan  saat  awak  memujuk  saya,” ujarku  tersenyum.
            “ Awak??? Saya??? Abang  tak  nak  Nur  panggil  abang  macam  tu. Panggil  abang, abang  dan  abang  akan  panggil  Nur, okey. Nampak  manja  sikit and  lain  dari  orang  lain. Kan  orang  lain  panggil  Nur, Jane.” Zafran  memeluk  bahuku.
            “ Okeylah, abang.” Aku  menghadiahkan  ciuman  di  pipi  Zafran.
            Dengan  serta merta  pipinya  menjadi  merah. Dia  melepaskan  bahuku  dan  tunduk  menutup  mukanya. Aku  ketawa. Tidak  sangka, suamiku  ini  pemalu  orang. Nampak  comel  pula  dengan  wajah  merah  itu.
            “ Kenapa  abang  tunduk  nie?” soalku  sambil  ketawa.
            “ Janganlah  ketawa.” Dia  mengangkat  mukanya  tetapi  mukanya  masih  lagi  merah.
            Aku  ketawa  lagi. Dia  terus  memelukku. Aku  membalas  pelukan  itu. Aku  berharap  agar  bahagia  ini  berterusan  sehingga  ke  akhir  hayat.