IZZAT pelik melihat Hakkai berperangai pelik hari ini. Sejak tadi Hakkai senyum sendirian. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu.
“ Hoi, kenapa dengan kau ni hah? Khayal je,” soal Izzat mengejutkan Hakkai dari lamunannya.
“ Kenapa?” soal Hakkai kembali. Dia marah apabila disapa sebegitu.
“ Habis, aku yang kat depan kau ni dah macam orang bodoh, tau,” ucap Izzat. “ Kenapa aku tengok kau ni happy semacam je? Muka kau tu macam orang baru lepas honeymoon aje.”
Hakkai ketawa. “ Macam mana kalau aku cakap ya?”
“ Kau biar betul, Kai?” Terbeliak mata Izzat memandangnya.
“ Kau pun tahu macam mana aku dengan dia berkahwin. Aku tak pernah pun sentuh dia. Sehelai rambut dia pun aku tak pernah tengok.”
“ Maksud kau, kau tak pernah makan dia?”
Hakkai mengangguk.
“ Hisy, hebat betul kau tahan nafsu kau ye. Kalau akulah, satu hari duduk dalam bilik dengan bini aku nanti, terus je aku makan.”
“ Tu kau ni aku. Lain.”
Izzat pula yang ketawa. “ Jadi semalam kau…”
Hakkai tersenyum pula. Izzat ketawa dengan lebih kuat. Sehinggakan pelanggan di kedai itu menoleh ke arah mereka berdua. Izzat yang perasan dengan keadaan itu berhenti ketawa.
“ Kau pula macam mana?”
“ Aku? Entahlah beb, mak aku kat kampung tu dah mula bising suruh aku kahwin. Sampai dia sanggup carikan calon isteri untuk aku.”
“ Habis tu, terima jelah.”
“ Hisy, tak nak aku. Aku pun ada citarasa aku sendiri.”
“ Takkanlah kau tak ada calon lagi? Kau kan expert tentang perempuan. Mengalahkan aku.”
“ Kau ni perempuan tu aku main-main je. Nak tengok perangai mereka.”
YURI menjadi malu apabila terkenang peristiwa malam tadi. Tidak pernah dia berasa sebegitu bahagia dalam dakapan sang suami. Bagaikan terniang-niang di telinganya bisikan romantis dari bibir Hakkai. Hakkai benar-benar membuatkan dirinya separuh nanar.
Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu. Hatinya telah terpaut pada lelaki itu. Bukan tiada lelaki yang sering cuba meraih perhatiannya dulu. Di Jepun dulu, berpeluh-puluh yang datang tetapi tiada sesiapa pun yang berjaya menghuni ruang di hatinya.
Dia masih ingat bagaimana bosnya dulu. Pada ketika itu, Yuri masih mentah dalam alam pekerjaan. Bosnya itu, Encik Fukushita Matsuda membuat tawaran untuk dinaikkan pangkat. Namun dengan satu syarat, Yuri perlu bersamanya pada satu malam. Yuri menolak dan terus berhenti kerja. Akhirnya dia mencari kerja lain. Kemudian dia bertemu kerjanya di syarikat milik bapa saudara Okada.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia menjawab.
“ Aku nak jumpa kau. Ada perkara yang mustahak aku nak bincangkan. Kalau kau tak datang, aku akan buat kau kehilangan kerja kau dan suami kau tu. Jumpa aku di hotel Park Royal tepat pukul 12,”ujar pemanggil itu. Lantas dimatikan talian.
Yuri berdengus. Perempuan itu tidak habis-habis mahu menganggu hidupnya. Dia memandang jam tangannya. Sudah hampir pukul 12, dia bersiap untuk keluar. Dia mahu keluar awal sedikit. Dia memandu keretanya. Dia memikirkan perkara apa yang mahu dibincangkan oleh Yuki itu. Kerana terlalu banyak berfikir, dia tidak perasan ada seorang budak ingin melintas jalan. Setelah dia menyedari kehadiran budak itu, dia mengambil keputusan melanggar tembok yang berada di situ. Dia tidak sanggup mencederakan budak itu. Kemudian suasana menjadi gelap.
Kedengaran namanya dipanggil seseorang. Dia cuba mengenal pasti suara siapa. Otaknya seperti lambat untuk memproses data itu. Setelah lama memproses, barulah dia mengenal pasti pemilik suara itu. Hakkai. Tetapi suaranya seperti sedang menangis. Apa yang telah terjadi? Dia juga mahu tahu tentang itu. Kenapa??? Dia cuba mencari Hakkai. Dia cuba membuka matanya. Dia rasa yang dia sudah membuka matanya namun dia Cuma dapat melihat kegelapan.
Tangannya meraba-raba. Dia merasakan tangannya disambar. Kedengaran suara Hakkai..
“ Sayang kena sabar sikit ye.” Sayu sahaja suara Hakkai.
“ Kenapa dengan saya?”
“ Tadi sayang accident…”
“ Macam mana dengan budak tu? Dia okey tak? Dia cedera tak?” soal Yuri bertubi-tubi. Dia telah ingat kejadian sebelum ini.
“ Dia okey. Dialah yang call ambulan,” ucap Hakkai.
“ Tapi kenapa saya tak nampak apa-apa pun. Saya rasa saya dah buka mata saya ni,” ujar Yuri.
“ Sayang, abang nak sayang bersabar ye. Doktor cakap yang bahagian kornea mata sayang tu dah terkoyak. Sebab tu sayang tak boleh nampak,” ucap Hakkai.
“ Maksudnya, saya dah tak boleh melihat?”
“ Jangan risau. Kalau ada yang menderma, sayang pasti akan dapat melihat semula,” jelas Hakkai.
Yuri terdiam. Ada sahaja dugaan yang terpaksa ditempuh olehnya. Baru sahaja hidupnya dilakar bahagia namun dugaan datang lagi. Dia mengeluh. Akan tetapi dia tidak berasa menyesal kerana budak yang hampir dilanggarnya selamat daripada kecelakaan.
Hakkai kasihan melihat isterinya terlantar di katil hospital. Kata doktor, dua tiga hari lagi dia boleh membawa isterinya balik ke rumah. Dia mengeluh. Bila pula isterinya itu akan dapat melihat semula. Dia menjadi takut memikirkan perkara itu. Siapa yang boleh menderma kepada isterinya?? Persoalan itu timbul berulang-ulang kali di benak fikirannya. Dia mengeluh dengan lebih kuat lagi tanpa menyedari isterinya mendengar keluahan itu.
“ Kenapa mengeluh?” Soalan itu muncul di bibir Yuri.
“ Tak ada apa-apalah. Sayang jangan risau. Abang akan cuba cari penderma untuk sayang. Sayang cuma kena bersabar sikit ye,” ucap Hakkai menyedapkan hati Yuri.
Yuri yang mendengar ucapan itu mengukir senyuman. Dia tahu Hakkai cuma bercakap semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Bukan senang untuk mendapatkan kornea. Beratus-ratus orang sedang menunggu untuk mendapatkan bahagian tersebut.
“ YURI!!!” Kedengaran jeritan kuat daripada seseorang yang berada di pintu wad Yuri. Yuri amat mengenali suara itu. Dia menggeleng-geleng. Liya.
“ Yuri kenapa jadi macam ni? Macam mana kau drive? Tentu masa tu kau drive tengah marah kan? Aku dah boleh agak. Yuri….” Liya menangis teresak-esak.
“ Kau ni… Aku tak mati lagi. Janganlah buat macam aku ni dah mati pulak. Aku tak apa-apa. Cuma aku tak boleh lihat je,” ucap Yuri.
“ Maksud kau, kau tak boleh melihat lagi?” Liya terkejut.
“ Masih ada harapan. Aku cuma kena cari penderma,” ucap Yuri.
“ Beb, bukan senang nak cari penderma macam cari ikan kat pasar tu. Ia kena sesuai dengan kau,” ujar Liya lagi.
“ Awak jangan risau. Saya akan cuba cari untuk dia,” celah Hakkai pula.
“ PRINCESS!!!” Seorang lagi menjerit memanggil namanya.
Syaqie kelihatan seperti tidak cukup nafas. Dia melihat adiknya berbaring di atas katil hospital dengan memakai baju hijau. Dia memandang mata adiknya. Tiada sebarang tidak balas di situ. Jadi benarlah kata Hakkai yang adiknya itu tidak mampu melihat lagi. Dia menggengam jari adiknya.
“ Aika jangan cakap apa-apa. Yuri okey je,” ujar Yuri sebelum Syaqie sempat berkata apa-apa.
No comments:
Post a Comment