ESOKNYA, balutan di matanya telah dibuka. Dia boleh melihat seperti biasa. Dia dapat merasakan keserasian matanya itu. Hakkai yang terlampau gembira memeluk isterinya. Yuri cuma tersenyum. Pertama kali, dia melihat wajah Hakkai berseri-seri itu.
“ Puan Yuri perlu tinggal di hospital selama 2 or 3 hari lagi. Ini untuk memudahkan pihak kami memantau perkembangan Puan Yuri. Saya takut ada jangkitan kuman pula akan berlaku,” terang Doktor Azman.
Petang menjelma baru Hakkai pulang. Yuri ditinggal keseorangan. Kata-kata Syaqie semalam bagaikan terniang-niang di telinganya. Kedengaran pintu wad dibuka oleh seseorang. Otosa! Dia tergaman. Dato’ Rashidi melangkah dan duduk di sebelah katilnya.
“ Yuri sihat?” soalnya pendek.
Yuri cuma mengangguk-angguk. Dia tidak mampu bersuara. Yang sebetulnya, dia tidak mahu menumpuhkan air matanya.
“ Mata tu tentu sesuai dengan Yuri, kan,” ucap Dato’ Rashidi.
“ Otosa, apa khabar?”
Dato’ Rashidi pula yang tergaman. Tidak disangka yang Yuri akan bertanya khabarnya.
“ Otosa sihat,” jawab Dato’ Rashidi.
“ Otosa, Yuri minta maaf,” lafaz Yuri.
“ Sepatutnya Otosa yang perlu minta maaf pada Yuri sebab buat Yuri macam tu dulu,” ucap Dato’ Rashidi melawan rasa sebaknya.
“ Tak apalah, Otosa. Sekarang nie, Yuri anak Otosa baliklah, ye?” soalnya dengan suara riang.
“ Hmmm…anak Otosa. Otosa tak nak anak Otosa yang sorang nie tinggal Otosa pula,” ucap Dato’ Rashidi.
Yuri yang mendengar tersentak. Apa maksud ayat tu yang sebenarnya? “ Apa maksud Otosa?”
“ Yuki dah meninggal. Accident,” ujar Dato’ Rashidi.
Yuri bungkam. Kakaknya telah meninggal? Dia tidak sempat berjumpa dengan kakaknya buat kali terakhir. Walaupun kakaknya itu iri hati dengannya, dia tetap sayangkan kakaknya yang seorang itu.
“ Tapi sekurang-kurangnya sebahagian dari dirinya ada pada Yuri,” terang Dato’ Rashidi.
“ Sebahagian dari Yuki ada pada Yuri? Apa maksud Otosa?”
“ Dia dah dermakan matanya pada Yuri. Sekarang nie, Yuri pakai yang Yuki punya,” ujar Dato’ Rashidi.
Yuri gagal menahan rasa sebak. Lantas dia memeluk Otosanya dengan erat sekali. Serentak itu, Hakkai muncul di depan pintu wad bersama-sama Tuan Ahmad. Wajahnya menunjukkan riak terkejut. Tanpa menunggu lama, dia meninggalkan tempat itu.
“ Abang, abang, tunggu dulu.” Yuri cuba memanggil Hakkai namun Hakkai langsung tidak menghiraukan dirinya.
“ Ayah,” panggilnya perlahan.
“ Ayah tak sangka nie perangai Yuri sebenarnya,” ucap Tuan Ahmad.
“ Ahmad, jangan salah sangka, Yuri nie anak saya. Dia anak kandung saya.” Kedengaran nada ketegasan dalam suara Dato’ Rashidi.
Tuan Ahmad terkejut. Dia memandang Yuri. Yuri cuma mampu mengangguk.
“ Duduklah dulu, saya akan ceritakan segala-galanya.”
SEGALA rahsia yang tersimpan kemas telah terbongkar jua Akhirnya. Cuma Hakkai yang masih belum mengetahui perkara yang sebenarnya. Yuri telah dibenarkan keluar dari hospital. Dia berkeras untuk pulang ke rumah suaminya. Dia sendiri mahu memberitahu suaminya tentang rahsia itu.
Apabila sampai di rumah, dia tergegas naik ke bilik di mana suaminya berada. Ketika dia masuk, kelihatan suaminya sedang membaca buku. Hakkai terkejut dengan kehadiran Yuri di situ. Yuri menuju ke arah Hakkai.
“ Abang,” serunya perlahan.
Hakkai mula bangkit dari tempat duduknya. Ingin melangkah keluar. Yuri cuba menghalang.
“ Abang, dengar dulu penjelasan Hanun. Ini semua salah faham. Ia tak seperti yang abang sangkakan,” ucap Yuri.
“ Semua perempuan sama saje. Suka permainkan orang lain,” dengus Hakkai. “ Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi, keluar. Berambus kau dari rumah nie. Pergi balik rumah sugar daddy kau tu. Rumah nie mana sesuai dengan citarasa kau. KELUAR SEKARANG!”
“ Abang langsung tak nak dengar penjelasan dari Hanun. Kalau nie yang abang nak, Hanun redha. Tapi kalau kebenaran dah terserlah, jangan ingat Hanun akan kembali pada abang,” ujar Yuri pula.
Sudahlah. Jangan nak tabur kata-kata dusta kau kat sini lagi. Kau ingat aku akan percaya dengan kau. Kau sama je dengan Safarina Aida.” Hakkai bersuara lantang.
Yuri menggeleng-geleng. Dia tidak sangka serapuh ini cinta Hakkai kepadanya. “ Kalau tu yang abang nak, Hanun terima.” Yuri mengangkat kakinya untuk keluar dari situ. Dia berpaling semula, “ Percayalah, I love you.”
Yuri terus keluar sambil air matanya merembes keluar. Tuan Ahmad memandangnya dengan sayu. “ Biar ayah yang bercakap dengan dia nanti. Biar dia sejuk dulu.”
“ Tak payahlah ayah. Dia memang tak nak dengar. Sudahlah. Biarlah hubungan kami macam nie saje. Yuri dah letih.” Dia mengesat air matanya.
Dia memandu keretanya dari rumah Hakkai ke rumahnya. Liya yang berada di rumah tersebut terkejut dengan kehadiran Yuri. Kenapa dia ada kat sini? Bukankah Yuri mahu pulang ke rumah suaminya? Dia sendiri melihat Yuri berkeras untuk pulang ke rumah suaminya apabila diajak pulang ke Villa Sakura, villa Otosa. Dato’ Rashidi terpaksa akur dengan kehendak anaknya itu.
Keluar dari kereta, Yuri segera masuk ke biliknya. Dia menangis sepuas hati. Liya Cuma mampu memandang. Biarlah gadis itu meluahkan segalanya. Menangis boleh mengurangkan tekanan. Selepas tangisan Yuri reda, dia mendapatkan Yuri.
“ Kenapa Yuri?”
“ Hakkai halau aku. Dia dah tak sayangkan aku lagi. Sudahlah aku malas nak fikir lagi pasal nie. Jangan harap aku nak jumpa dia lagi. Never and ever,” ucapnya sambil memandang seolah-olah Hakkai sedang berdiri di hadapannya.
Malam itu, ada panggilan dari Okada, dia menjawabnya.
“ Moshi moshi Yuri,” sapa Okada dengan riangnya.
“ Yo Okada,” balasnya lemah.
“ Are you sick. Yuri?’
“ No, I’ m okey. How are you?”
“ I’m fine. I will arrive tomorrow. I think at 1 p.m at Malaysia,” ucapnya.
“ Okey, see you,” ucap Yuri pula.
No comments:
Post a Comment