Thursday, November 25, 2010

Sedingin kasih45


“ ESOK  Mak  Lin  cuti  seminggu. Tak  boleh  lama-lama. Tak  ada  orang  kemaskan  rumah  nanti,” ucap  Mak  Lin.
            “ Mak  Lin  ni  macam  lupa  dengan  Yuri  ni. Yuri  kan  ada. Tahulah  Yuri  mengemasnya,” ucap  Yuri  pula.
            Ketika  itu, dia  sedang  duduk  bersantai  di  laman  rumah  Tuan  Ahmad  bersama  Mak  Lin. Hakkai  sudah  sihat  dan  sekarang  dia  bersama  Tuan  Ahmad  ke  London. Katanya, ada  kerja  yang  perlu  diselesaikan. Mulai  esok  dia  akan  tinggal  seorang  diri  di  rumah. Tuan  Ahmad  menyuruh  mengajak  kawannya  untuk  datang  menemani  Yuri  tetapi  dia  menolak. Dia  memberitahu  yang  dia  boleh  menjaga  diri  sendiri.
            Dia  masih  diganggu  dengan  pemanggil  misteri  itu. Dia  tidak  bertanya  tentang  perkara  ini  kepada  Hakkai. Sebenarnya  dia  tidak  yakin  yang  Hakkai  adalah  pemanggil  itu  tetapi  yang  peliknya  nama  yang  digunakan  untuk  dirinya  oleh  pemanggil  itu  sama  dengan  Hakkai. Yuri  juga  meneliti  Hakkai  namun  Hakkai  tidak  memberi  apa-apa  reaksi.
            Ceritanya  tentang  dirinya  yang  mempunyai  secret  admirer  heboh  diperkatakan. Dia  langsung  tidak  memberi  reaksi  tentang  cerita  itu. Walaupun  bagaimanapun, bunga-bunga  tidak  lagi  dihantar  oleh  lelaki  itu. Cuma  mesej  yang  diterima  sahaja  menunjukkan  lelaki itu  masih  ingin  menganggu  kehidupan  peribadinya.



“ BIAR  saya  yang  hantar  Mak  Lin. Lagipun  saya  tak  bekerja  hari  ni.” Dia  terus  mendesak  Mak  Lin  supaya  Mak  Lin  dihantar  olehnya.
            “ Biar  Mak  Lin  baik  sendiri. Menyusahkan  Yuri  sahaja.” Mak  Lin  masih  menolak.
            “ Saya  tak  kira. Biar  saya  yang  hantar  Mak  Lin.” Yuri  merampas  beg  pakaian  dari  tangan  Mak  Lin  dan  memasukkan  beg  itu  ke  dalam  keretanya.
            “ Yelah..Biar  Yuri  yang  hantar  Mak  Lin.” Mak  Lin  mengalah.
            Yuri  menghantar  Mak Lin  ke  rumah  anak  lelakinya  di  Damasara  Utama. Selepas  itu, dia  meronda-ronda  tanpa  arah  tujuan. Selepas  bosan, dia  mengambil  keputusan  untuk  ke  rumah  Liya. Apabila  sampai  di  rumah  Liya, kelihatan  Liya  sedang  menyiram  pokok  bunganya. Yuri  membunyikan  hon  keretanya  tatkala  melihat  Liya  terleka  melakukan  tugas  itu.
            Liya  terperanjat  lantas  memandang  ke  arah  pintu  pagar. Dia  menutup  pili  air  dan  menuju  ke  arah  pintu  pagar  untuk  menyambut  kedatangan  kawannya.
            “ Mana  budak-budak  yang  menyewa  kat  sini  tu?” soal  Yuri  apabila  melihat  rumah  itu  tiada  penghuninya  kecuali  Liya.
            “ Hujung  minggu  kan, apa lagi  budak-budak  itu  pergi  shopping,” jawab  Liya.
            “ Habis  kau  tak  nak  pergi  shopping  ke?”
            “ Malaslah  aku. Sesak  nafas  aku  aje  ramai-ramai  macam  tu.”
            Yuri  tersenyum. Liya  membalasnya. Sudah  lama  dia  ingin  melihat  senyuman  itu  tergantung  di  bibir  mungkil  Yuri. “ Kenapa  datang  sini?”
            “ Kenapa  tak  boleh  ke?”
            “ Bukan. Biasanya  kau  busy  aje.”
            “ Bosan  tak  ada  orang  kat  rumah. Tuan  Ahmad  dan  Hakkai  pergi  oversea, ada  kerja  sikit. Mak  Lin  pulak  bercuti  seminggu,” jelas  Yuri.
            “ Tidur  kat  sini, nak  tak  Yuri?”
            “ Mana  boleh. Aku  kena  jaga  rumahlah. Buat  pencuri  masuk, mampus  aku,” ucap  Yuri.
            Liya  ketawa. Kedengaran  salam  diberi  di  luar  rumah. Pasangan  gadis  itu  telah  pulang. Mereka  melintasi  Liya  dan  Yuri  yang  sedang  berada  di  ruang  tamu. Mereka  menegur. Liya  membalasnya. Mereka  berbual  sampai  lewat  petang. Segara  Yuri  meminta  diri  untuk  pulang. Dia  sempat  ke  pasaraya  untuk  membeli  barang  dapur. Dia  tidak  mahu  memasak. Dia  tidak  lapar pun. Sampai  di  rumah, kelihatan  rumah  itu  sunyi  kerana  tiada  penghuninya. Seram  pula  bila  tinggal  sorang-sorang. Yuri  bermonolog.
            Dia  masuk  ke  dalam  rumah. Azan  maghrib  berkumandang. Dia  bersiap  sedia  untuk  menunaikan  solat  maghrib. Usai  bersolat, dia  turun  ke  bawah. Ingin  menonton  televisyen. Tiada  cerita  yang  menarik. Cuma  berita  negara  luar. Tiada  siapa  yang  ingin  dibualkan. Rugi  pula  rasanya  menolak  pelawaan  Liya  untuk  tidur  bersama  di  rumah  itu. Kedengaran  telefonnya  berbunyi  sayu-sayu  di  tingkat  dua. Dengan  pantas, dia  mendapatkan  telefon  itu.
            “ Assalamualaikum.” Dia  memberi  salam.
            “ Waalaikumussalam.” Kedengaran  suara  menjawab  salamnya. Selepas  itu, tiada  kedengaran  suara  lagi. Yuri  pelik. Siapa  yang  menelefonnya.
            “ Awak  sihat?” Suara  itu  bertanya.
            “ Awak  lagi?” Separuh  menjerit, Yuri  bertanya.
            Lelaki  yang  menganggunya  menelefon  lagi.
            “ Hei, berapa  kali  aku  cakap, jangan  telefon  aku  lagi. Kenapalah  kau  tak  faham  bahasa  melayu?” soal  Yuri  geram.
            “ Saya  sengaja  nak tanya  keadaan  awak, tak  boleh  ke?”
            “ Tak  boleh. Sudah  saya  nak  tidur.”
            “ Tidurlah. Biar  mimpi  yang  indah. Boleh  saya  masuk  sekali.”
            Yuri  sempat  mendengar  bait  kata  itu  sebelum  dia  mematikan  talian. Kenapalah  dia  tak  reti  bahasa? Ingin  sekali  dia mahu  tahu  siapakah  gerangan  lelaki  yang  selalu  menganggu  hidupnya. Selepas  itu, azan  isyak  pula  yang  berkumandang. Dia  pantas  mengambil  wuduk. Segera  dia  menunaikan  solat  isyak. Usai  bersolat, dia  membuka  almari  peribadinya. Dia  menarik  sehelai  kain  satin. Gaun  tidur  berwarna  merah  yang  cukup  seksi. Pemberian  Okada  ketika  dia  masih  berada  di  Jepun. Dulu  dia  sering  memakainya. Namun sekarang, dia  langsung  tidak  menyentuh  gaun  itu.
            Disarung  gaun itu  ke  badannya. Dia  membelek  dirinya  di  hadapan  cermin. Rambutnya  dilepaskan. Rambutnya  telah  berada  di  paras  pinggang. Rambutnya  nipis, tidak  setebal  rambut  Nija, bintang  AF1  itu. Rambutnya  amat  senang  diluruskan. Dia  menyikat  rambutnya  perlahan-lahan. Dengan  pantas, dia  berbaring  di  tengah-tengah  katil. Bukan  selalu  dia  bebas  seperti  malam  ini. Dia  memejam  matannya. Lenanya  datang  tanpa  dipaksa.
           
           


TERASA  angin  malam  masuk  melalui  tingkap  yang  dibuka. Yuri  mengeliat  perlahan. Dia  membuka  matanya  sedikit. Dia  melihat  bayangan  seorang  lelaki  sedang  duduk  di  sebelahnya. Dia  menjadi  takut. Dia  bertindak  ingin melarikan  diri  namun  lelaki  itu  sedar  akan  tindakan  yang  ingin  diambilnya. Lantas  lelaki  itu  memeluknya  dari  belakang. Dia  meronta-ronta  minta  dilepaskan. Sudahlah  dia  berpakaian  sebegitu  seksi.
            “ Janganlah  takut. Ini  aku, Hakkai.” Mendengar  suara  itu  dia  menjadi  lega. Dia  memeluk  Hakkai  seerat  mungkin. Dia  memang  betul-betul  takut  dengan  keadaan  tadi.
            Hakkai  berasa  bersalah  kerana  telah  menakutkan  Yuri. Tadi  dia  sendiri  terpegun  dengan  kecantikan  Yuri  lalu  bertindak  memeluk  Yuri. Dia  dapat  merasakan  ketenangan  apabila  memeluk  Yuri. Lama  mereka  berada  dalam  keadaan  itu. Hakkai  memandang  wajah  Yuri dalam  kegelapan. Dia  dapat  melihat  muka  Yuri  tunduk  malu. Dia  memaut  dagu  Yuri  dan  mengangkatnya  ke  atas. Dia  mencium  dahi  Yuri. Melihat  tiada  pernolakan  daripada  Yuri, dia mencium  pipi  Yuri  pula. Kemudian  bibir  mungkil  Yuri  menjadi  mangsa. Hakkai  membaringkan  Yuri  perlahan-lahan.
            Dia  juga  berbaring  dan  memeluk  pinggang  Yuri  dengan  erat  sekali. Dia  mendekatkan  wajahnya  ke  telinga  Yuri  memberi salam. Yuri  cuma  menjadi  patung  bernyawa. Kaku. Hakkai  semakin  galak  bertindak. Dia  mencium  pipi  mulus  Yuri. Yuri  sedikit  tersentak. Hakkai  tidak  mempedulikannya. Namun  Yuri  tidak  melawan. Cuma  membiarkan  sahaja  perbuatan  Hakkai  terhadap  dirinya. Hatinya  juga  sudah  tidak  mampu  menolak  kehadiran  Hakkai. Hakkai  sudah  mendapatkan  tempat  di  hatinya  yang  selama  ini  belum  ada  penghuninya. Dia  tenggelam  dalam  dunia  syurga  indah  yang  dicipta  oleh  Hakkai.
           

No comments:

Post a Comment