Friday, October 15, 2010

sedingin kasih36





 TENANG  Yuri  melihat  pusara  Okasa. Agak  lama  tidak  menjenguk. Namun  kebersihan  di  sekitar  pusara  Okasa  itu  tetap  bersih. Yuri  terlupa. Ada  orang lain  yang  datang  menjenguk. Dia  menghamparkan  sebuah  tikar  dan  duduk  di  atasnya. Dia  membaca  surah  Al-fatihah  dan  surah  Yassin  untuk  Okasa. Hakkai  mengikut  bacaan  Yuri. Selesai  membaca  surah  Yassin, dia  memegang  batu  nisan  itu.
            “ Okasa, Yuri  dah  datang. Lama  kan, Yuri  tak  datang  jumpa  Okasa. Rindulah.” Yuri  bercakap  seperti  ada  orang  di  hadapannya.
            Hakkai  langsung  tidak  bersuara. Dia  cuma  memerhati  gelagat  Yuri. Tahu  bagaimana  rasa  rindu  pada  ibu  kandung  sendiri. Apatah  lagi, dia  sendiri  pernah  mengalami  perasaan  itu.
            “ Okasa, kenalkan  ni  suami  Yuri, Saiful  Hakkai,” ucapnya.
            Hakkai  tersenyum. Gelagat  Yuri  diperhati  dari  tadi. Gadis  itu  bercakap  seperti  memang ada  orang  di  hadapannya. Selesai  bercakap, Yuri  bangun. Hakkai  juga  mengikutnya. Diambil  tikar  tersebut  dan  digulungkan.
            “ Jomlah  kita  balik,” ajak  Yuri.
            “ Kita  pergi  lunchlah. Dah  tengah  hari  pun.” Hakkai  berkata  ketika  mereka  sudah  berada  di  dalam  kereta.
            “ Saya  ikut  je.” Yuri  tidak  membantah.
            Hakkai  pun  memandu  pergi  meninggalkan  kawasan  perkuburan  itu. hakkai  memilih  restoran  Idaman  sebagai  tempat  mereka  menjamu  selera. Setelah  makanan  berada di  hadapan  mereka, mereka  pun makan  dengan  berselera  sekali. Tiada  seorang  pun  yang  mahukan  perbualan  terjadi  sesama  mereka. Selepas  makan, mereka  berbual-bual.
            “ Hmm….Hakkai….Kalau  saya  tanya  sikit  boleh?” Tiba-tiba  Yuri  berkata  sedemikian.
            “ Ada  apa?”
            “ Saya  tak pernah  dengar  awak  sebut  pasal  mak  awak. Kenapa?”
            Hakkai  tersentak  dengan  pertanyaan  itu. Dia  menghirup  air  minumannya. Lama  dia  tidak  bercerita  tentang  emaknya.
            “ Hmm…Kalau  awak  tak  nak  cerita  kat  saya  tak  apa. Saya  faham. Tentu  awak  tak  sedia  lagi. Kalau  awak  dah  bersedia, ceritalah  ye.” Dia  nampak  Hakkai  teragak-agak  untuk  bercerita.
            “ Tak. Aku  akan  cerita  pada  kau. Lagipun  kau  perlu  tahu  tentang  tu.” Hakkai  terangguk-angguk. “ Ibu  aku  sebenarnya  dah  tinggalkan  aku  dan  ayah. Dia  lari  ikut  lelaki  kaya. Masa  tu, umur  aku  baru  7  tahun. Tak  tahu  apa-apa  lagi. Ayah  beritahu  aku   yang  ibu  pergi kerja  tapi  aku  hairan, kenapalah  dia  tak  balik-balik. Selepas  tu, aku  mula  faham  apa  yang  sebenarnya  dah  terjadi. Aku  tak  tahu  dia  berada  di  mana  sekarang.”
            “ Awak  sayangkan  dia?”
            Hakkai  mengeluh. “Siapa  tak  sayangkan ibunya. Tapi  perbuatan  dialah  membuatkan  aku  benci  padanya.”
            “ Tak  elok, awak  cakap  macam  tu. Kalaulah  dia  dah  meninggal, macam  mana. Doakanlah  dia. Maafkanlah  dia. Saya  yakin, kalau  dia  dah  meninggal, tentu  dia  tenang  sekarang  kalau  awak  maafkan  dia,” nasihat  Yuri.
            Yuri  sendiri  terpaku  dengan  ucapannya  yang  terkeluar  dari  mulutnya. Dia  juga  ada  orang  yang  dibencinya. Macam  mana  kalau  mereka  sudah  meninggal, sudah  menjadi  arwah, adakah  dia  dapat  memaafkan  mereka? Suasana  antara  Yuri  dan  Hakkai  menjadi  sunyi. Tiada  orang  yang  ingin  bersuara. Mereka  pulang  ke  rumah  mereka.



DIA  memohon  cuti   untuk  satu  hari. Dia  mahu  menjemput  rakannya, Izzat. Tuan  Ahmad  sudah  baik  seperti  biasa. Dia  mengetuai  kembali  syarikat  itu. agak  lama  Hakkai  tidak  berjumpa  dengan  rakannya  itu. lagipun, Izzat  tidak  pernah  diberitahu   yang  dirinya  sudah  berkahwin. Pasti  lelaki  itu  terkejut  beruk. Dia  dapat  menjangkakan  riak  wajah  Izzat  yang  terkejut  besar  dengan  berita  itu.
            Dia  memandu  keretanya  ke  KLIA. Jalan untuk  ke  sana  amatlah  sibuk  sekali. Agak  lama  dia  terkandas  di  tengah  kesibukan  jalan  raya. Setelah  sekian  lama  menunggu, akhirnya  dia  terlepas  jua. Dia  melihat  jam. Ternyata  rakannya  itu  masih  tidak  tiba  lagi. Dia  mencari  tempat  letak  kereta. Dia  bergegas  ke  balai  ketibaan.
            Letih  berdiri, dia  pun  duduk. Kedengaran  pengumuman  akan  ketibaan  pesawat  dari  Jepun. Tentu  rakannya  berada  dalam  pesawat  itu. Selepas  setengah  jam, dia  melihat  kelibat  Izzat  yang  terjenguk-jenguk  mencarinya. Dia  mendekati  Izzat.
            “ Hello  my  friend. Apa  khabar? Lama  kita  tak  berjumpa,” tegur  Hakkai.
            Izzat  nampak  terperanjat  apabila  mendengar  teguran  itu. Dia  berjabat  tangan  dengan Hakkai  dan  memeluk  Hakkai.
            “ Aku  baik  aje. Kau  macam  mana? Masalah  dengan  perempuan  lagi  ke?” Sempat  dia  mengusik  Hakkai.
            Hakkai  tidak  mempedulikan  usikan  itu. Dia  menolong  Izzat  membawa  beg  ke  kereta.
            “ Hmm…Aku  ingat  nak  balik  kampunglah,” ujar  Izzat.
            “ Eh, malam  ni  kau  datang  makan  kat  rumah  aku  ye,” ajak  Hakkai.
            “ Aku  okey  je. Lagipun  dapat  makan  free. Siapa  tak  mau.” Izzat  ketawa.
            Kereta  Hakkai  pun  bergerak  ke  rumah  Izzat. Rumah  itu  akan  kosong  sekiranya  dia  bekerja  di  Jepun. Rugi  rasanya.
            “ Aku  ingat  nak  berhenti  kerja  kat  jepun  tu. Aku  nak  cari  kerja  kat  sinilah. Letih  kalau  asyik  berulang-alik,” ucap  Izzat.
            “ Kau  tu  cakap  je. Aku  dengar  dari  tahun  lepas  lagi,” ucap  Hakkai.
            “ Baik  Jepun  nanti, aku  nak  hantar  notis  berhenti. Tak  sanggup  dah  aku  rasa.” Izzat  memutuskannya.
            “ Aku  nak  habiskan  cuti  ni  untuk  cari  kerja. Ada  tak  syarikat  besar  popular  kat  sini?” soal  Izzat.
            Dia  memang  tidak  tahu  tentang  pekerjaan  di  Malaysia. Tamat  sahaja  belajar  di  Jepun, dia  terus  meminta  kerja  di  Jepun. Bukan  Hakkai  tidak  pernah  menawarkan  pekerjaan  kepadanya  tetapi  dia  mahu  berusaha  mencarinya  sendiri.
            “ Syarikat  Gergasi. Syarikat  itu  yang  tengah  naik  sekarang. Cubalah  risik  kerja  kat  sana,” ujar  Hakkai.
            “ Kau  beri  alamat. Nanti  aku pergi.” Izzat  menguap.
            Rumahnya  sudah  sampai. Dia  pantas  memboloskan  dirinya  dari  kereta. Lagipun  badannya  terasa  amat  letih  akibat  penangguhan  penerbangannya  semalam.
            “ Okeylah, Izzat. Aku  balik  dulu. Jangan  lupa  pulak  malam  ni. Makan  kat  rumah  aku,” pesan  Hakkai. Kasihan  dia  melihat  rakannya  itu. Letih  benar.





No comments:

Post a Comment