Sunday, February 13, 2011

Sedingin kasih 51


RAMAI  orang  berkunjung  ke  rumahnya. Hakkai  tersenyum  puas. Dia  memandang  ke  arah isterinya  yang  sedang  bercakap  dengan  Liya. Dia  amat  bersyukur  ke  hadrat  illahi  kerana  telah  menemukan  seorang  yang  baik  kepadanya.
            Yuri  ketawa  mendengar  cerita  Liya  tentang  anak  pelajar  Liya  yang  comel  itu. Sudah  lama  dia  tidak  berjumpa  dengan  pelajar  Liya. Kini  dia  tidak  mampu  untuk  bergerak  bebas. Semuanya  memerlukan  bantuan  daripada  orang  lain. Khususnya  Hakkai.  Syaqie  menghampiri  Liya  dan  Yuri. Dia  berbisik  sesuatu  kepada  Liya. Liya  mengangguk.
            “ Yuri, ada  seseorang  nak  berjumpa  dengan kau,” ucap  Liya.
            “ Siapa  pula  nak  berjumpa  dengan  aku  ni?”
            “ Adalah. Dia  teringin  sangat  nak  berjumpa  dengan  isteri  yang  cantik  jelita,” gurua  Liya.
            Yuri  ketawa. Ada-ada  sahaja dia  ni, getus  Yuri. “ Jomlah.”
            Yuri  bangun  dan  dipimpin  oleh  Liya. Ke  mana  destinasinya, dia  sendiri  tidak  tahu. Hanya  Liya  yang  tahu. Suasana  majlis  itu  tidak  seriuh  tadi. Tentu  Liya  membawanya  ke  tempat  yang  agak  sunyi. “ Kau  tunggu  sekejap ye.”
            “ Yuri,” sapa  satu  suara.
            Yuri  tergaman. Suara  itu  sudah  lama  tidak  didengarinya. Dia  juga  tidak  mahu  berjumpa  dengan  pemilik  suara  itu. Mendengar  suara  itu  membuatkan  dia  teringatkan  peristiwa  yang  menyebabkan  dia  lari  daripada  dirinya  sendiri. Dia  menjadi  sebak. Walaupun  suara  itu  tidak  mahu  didengarinya  tetapi  dia  amat  merinduinya. Dia  menggeleng-geleng  sambil  berundur  ke  belakang.
            “ Yuri.” Tuan  punya  suara  itu  mencapai  jari  Yuri  dan  mengenggam  erat. “ Yuri.” Suaranya  lembut  memanggil  Namanya.
            “ Tak  nak, tak  nak.” Dia  cuba  menarik  jarinnya  dari  genggaman  itu.
            “ Dengar  dulu  apa  yang  Otosa  nak  cakap  ni,” ujar  Dato’ Rashidi.
            Yuri  terdiam. Dia  menunggu  lelaki  itu  berkata-kata.
            “ Maafkan  Otosa, sayang. Otosa  minta  maaf  banyak-banyak. Maafkan  Otosa  sebab  tak  percayakan  Yuri  dulu.” Sayu  suara  itu  merayu-rayu.
                Yuri  menutup  matanya  menyebabkan  air  matanya  jatuh  laju. Sebak  kerana  baru  sekarang  Otosa  mahu  meminta  maaf  padanya. Kenapa  baru  sekarang? Sebak  juga  kerana  baru  sekrang  Otosa  mahu  percaya  kepadanya. Kenapa  tidak  dari  dulu  lagi? Dia  menjerit  dalam  hati.
            “ Kalau  boleh, Otosa  mahu  Yuri  kembali  sebagai  anak  Otosa  yang  dulu. Tolonglah  Yuri. Otosa  akan  sentiasa  menunggu  kedatangan  Yuri,” ucap  Dato’  Rashidi.
            Yuri  tidak  bersuara. Suaranya  tidak  mahu  keluar. Lidahnya  juga  berasa  kelu. Cuma  air  mata  sahaja  yang  menceritakan  perasaannya  ketika  itu.
            “ Liya,” panggil  Dato’  Rashidi. “ Bawalah  Yuri  masuk  ke  dalam. Biar  dia  fikirkan.”
            “ Baik, uncle,” ujar  Liya.
            Liya  memimpin  Yuri  masuk  ke  dalam  rumah. Seterusnya ke  bilik. Sampai  dia  bilik, Yuri  berbaring  di  atas  katil. Dia  menangis  sepuas  mungkin. Liya  cuma  membiarkan  sahaja.
            “ Dia  ingat  senang  ke  aku  nak  terima  dia  setelah  apa  yang  dia  lakukan  pada  aku. Dia  buang  aku  macam  tu  aje. Kerana  sikapnya, hidup  aku  selama  8  tahun  nie, tak  sempurna. Dia  biarkan  aku  terkapai-kapai. Dan  sekarang  nie, dia  nak  aku   kembali  ke  sisinya. Kenapa  baru  sekarang? Kalau  dia  sayangkan  aku, dah  lama  dia  cari  aku. Minta  aku  kembali. Susah  aku  nak  terima  dia  kembali,” tangis Yuri. Tangisan  Yuri  semakin  menjadi-jadi. Luahan  hati  itu  keluar  dari  lubuk  hatinya  yang  paling  dalam. Hatinya  benar-benar  terluka  dengan  dengan  sikap  Otosa. “ Nasib  baik  aku  ada  kau, Aika  dan  yang  lain  untuk  tolong  aku  teruskan  hidup  nie.”
            Tiba-tiba  terdengar  dentuman  yang  kuat  dari  pintu  yang  terhempas. Yuri  berhenti  menangis. Dia  hairan. Siapa  yang  bersamanya  sebentar  tadi? Kalau  Liya, dia  tidak  mungkin meninggalkannya  dalam  keadaan  begitu. Liya  akan  memujuknya  selepas  dia  berhenti  menangis. Tapi…….


DIA  bangun  untuk  sembahyang  subuh. Dia  bergerak  dengan  perlahan  mendekati  bilik  air. Dia  dapat  menganggak  di  mana  bilik  air. Dia  sudah  dapat  menghafal  kedudukan  biliknya  itu. Selepas  berwuduk, dia  bersolat. Dia  berdoa  agar  Hakkai  tidak  salah  faham  dengan   luahan  hatinya  semalam. Setelah  dia  berfikir, dia  merasa  yang  Hakkai  yang  telah  mendengar  luahan  hatinya  itu. Dia  tidak  mahu  sesuatu  yang  buruk  terjadi antaranya  dengan  Hakkai.
            Dia  tahu  Hakkai  tidak  masuk  ke  bilik  semalam. Biasanya  dia  bangun  dari  tidur, dia  akan  dihadiahkan  dengan  ciuman  di  dahi  dan  pipinya. Dia  meraba-raba  pipinya. Dia  mengeluh. Mak  Lin  pun  naik  ke  biliknya. Mak  Lin  menghantar  makanan. Dia  tidak  menyentuh  makanan  itu.
            “ Mak  Lin, abang  Kai  dah  keluar  ke?” soal  Yuri.
            Mak  Lin  terkejut. Yuri  tidak  tahu? Mereka  bergaduhkah? “ Yuri  tak  tahu  ke? Dia  dah keluar  subuh  tadi,” ujar  Mak  Lin.
            Tanpa  dia  sedari, dia  mengeluh. Keluhan  berat  darinya  membuatkan  Mak  Lin  tertanya-tanya.
            “ Kenapa  Yuri? Bergaduh  dengan  dia  ke?” soal  Mak  Lin.
            Yuri  cuma  tersenyum  hambar.
            “ Cuba  bincang  baik-baik  dengan  dia. Biasalah  tu  kalau  suami  isteri  bergaduh. Asam  garam  rumah  tangga. Yuri  kena  bertolak-ansur. Sebab  tu  punca  rumah  tangga  berkekalan,” nasihat  Mak  Lin  sebelum  dia  melangkah  keluar.
            Kedengaran  lagi  keluhan  dari  mulutnya. Hakkai  kalau  merajuk  boleh  tahan  perangainya. Berterus- terang?? Tidak  mungkin. Dia  belum  bersedia  lagi. Dia  belum  bersedia  untuk  menyingkap  kembali  kenangan  hitam  itu.


DIA  mendengar  pintu  biliknya  dibuka. Dia  membiarkan  sahaja. Tentu  Hakkai. Tentu  Hakkai  masih  marah  padanya. Ketika  itu, dia  sedang  duduk  di  balkoni  bilik  sambil  menikmati  udara  petang. Dia  terasa  dirinya  dipeluk  dari  dari  belakang. Dia  tersentak.
            “ Abang  ni,” ujar  Hakkai.
            Yuri  terdiam. Hakkai  mencium  lembut  dahinya. Kemudian  dia  dipeluk  lagi  oleh  Hakkai.
            “ Abang  rindulah  kat  sayang.” Romantis  sekali  ucapan  Hakkai.
            Yuri  tersenyum. Bahagia  singgah  di hatinya. “ Abang  pergi  mana  pagi  tadi?”
            “ Sayang, abang  banyak  kerja  kat  officelah,” dalih  Hakkai.
            Hakkai  tidak  mahu  merosakkan  suasana  sekarang. Biar  apa  pun  yang  berlaku, dia  tidak  akan  mudah  melepaskan  Yuri  dari  tangannya. Dia  tidak  mahu  Yuri  kembali  ke  tangan  Dato’ Rashidi. Yuri  Cuma  tersenyum. Nada  suaminya  kedengaran  mencurigakan. Sudahlah  kalau  dia  tidak  mahu  bagitahu, desis  hati  kecilnya.
            “ Eh, telefon  sayang  berbunyi. Nanti  abang  ambilkan  ye,” ucap  Hakkai  masuk  kembali  ke  bilik  mereka  mengambil  telefon  bimbit  Yuri  lalu  menyerahkan  kepada  Yuri.
            “ Moshi, moshi, Yuri.” Suara  riang  Okada  bergema  di  corong  telefon.
            Yuri  tersenyum. “ Moshi, moshi, Okada. Ogen ki desu ka?( apa  khabar?)”
            “ Hai gen  ki desu. (khabar baik),” jawab Okada.
            “ Why do you  call me? Something’ s wrong?” soal  Yuri.
            “ Actually, I will  stay  at  Malaysia  for  2  years. Its’  great, do you  think  so?”
            “ Why?”
            “ My  company  send  me  to  study  about  your  culture. The  idea  will use  in  my  country,” jelas  Okada.
            “ When  you  will arrived  here?”
            “ About  a  month  later. You  must  take  me  kat  KLIA.”
            “ Of course, my  dear  friend,” ucap  Yuri.
            “ So then, see  you  soon.”
            “ Sayonara.”
            Yuri  tersenyum  puas. Kawannya  akan  datang  ke  Malaysia  untuk  dua  tahun.
            “ Kenapa  dengan  sayang  nie? Semacam  je  abang  tengok,” tegur  Hakkai.
            “ Adalah  tu. Nanti  saya  bagitahu  abang  ye.” Yuri  tersengih.