Sunday, March 6, 2011

Sedingin kasih 53

Ujian  telah  dijalankan. Ternyata  kornea  itu  sesuai  dengan  Yuri. Dia  ada  menanyakan  kepada  Tuan  Ahmad  siapa  yang  menderma  kornea  itu  namun  Tuan  Ahmad  cuma  tersenyum. Kadang-kadang  dia  merasai  bimbang. Entah  kenapa  Tuan  Ahmad  berkeras  untuk  merahsiakan  perkara  itu  darinya  sendiri. Bukannya  dia  akan  menerima  kornea  itu  jadi  dia  berhak  tahu.
            “ Pembedahan  akan  dilakukan  pada  hari  selasa  minggu  depan,” ucap  Doktor  Azman, doktor  yang  merawat  Yuri.
            “ Puan  Yukari  kena  masuk  wad  sehari  sebelum  hari  pembedahan, okey,” pesan  Doktor  Azman.
            “ Baiklah, doktor,” ucap  Yuri. “ Doktor. Berapa  lama  pembedahan  itu  dilakukan?”
            “ Jangan  risau. Pembedahan  itu  tidak  akan  mengambil  masa  yang  lama,” ucap  Doktor  Azman.



TIBA  hari  pembedahan, Yuri  kian  berdebar. Takut  sekiranya  pembedahan  itu  tidak  berjaya. Sepanjang  malam  dia  ditemani  Hakkai. Suaminya  sentiasa  berada  di  sisinya. Sanggup  berjaga  malam  untuk  menjaganya. Sehingga  dia  masuk  ke  bilik  pembedahan, hakkai  menghadiahkan  satu  ciuman  hangat  ke  dahinya.
            Hakkai  resah  menunggu  di  ruang  menunggu  di  luar  bilik  pembedahan. Bersamanya, Syaqie  juga  dirantai  kegelisahan. Dia  sanggup  bercuti  untuk  sehari. Dia mahu  mendapat  khabar  yang  segera  daripada  doctor  apabila  selesai  pembedahan. Ke  hulu  ke  hilir, Hakkai  dan  Syaqie  tidak  berhenti-henti  mundar-mandir.
            “ Lamanya  pembedahan  nie. Aku  dah  tak  sabar  nie,” rungut  Hakkai.
            “ Sabarlah. Insya-Allah, Yuri  akan  selamat.
            “ Risaulah. Dah  5  jam  dia  kat  dalam  tu. Takkan  tak  siap  lagi?” Hakkai  merungut  lagi.
            Memang  sudah  lama  Yuri  dimasukkan  ke  bilik  pembedahan  itu. Hampir  seharian  mereka  menghabiskan  masa  di  ruang  tersebut. Tidak  lama  kemudian, doctor  yang  melakukan  pembedahan  tersebut  itu  keluar. Kedua-dua  mereka  menyerbu  doctor  itu.
            “ Macam  mana  dengan  dia  tu?” soal  Syaqie.
            “ Alhamdulillah, dia  selamat. Pembedahan  nie  berjaya. Mungkin  dalam  masa  2  atau  3  hari  nie, dia  akan  dapat  melihat  seperti  biasa. So, jangan  ganggu  dia  lagi. Biar  dia  berehat  dulu. “ Doktor  itu  berlalu  pergi.
            Hakkai  memanjatkan  kesyukuran  ke  hadrat  illahi. Doanya  termakbul  juga. Syaqie  juga  tersenyum  kelegaan. Dari  jauh, ada  seseorang  juga  sedang  tersenyum  manis  memandang  mereka  berdua.



YURI  tersedar  di  lewat  malam. Dia  dapat  merasakan  apabila  bunyi  suara  burung  hantu  singgah  di  halwa  telinganya. Namun dia  tidak  keseorangan. Seseorang  yang  tidak  dapat  dicam. Tangannya  meraba-raba.
            “ Siapa  tu?” soalnya.
            “ Yuri  nak  apa? Nak  air  ke? Otosa  boleh  ambilkan.” Rupanya  Otosa, Dato’ Rashidi  berada  di  situ  menemaninya.
            Yuri  tergaman. Dia  tidak  bersuara. Dia  tidak  ingin  bercakap  dengan  ayahnya  sendiri.
            “ Otosa  tahu  yang  Yuri  tidak  mahu  bercakap  dengan  Otosa  tapi  kalau  Yuri  nak  apa-apa, bagitahu  Otosa  ye.” Kemudian  kedengaran  Otosa  melepaskan  keluhannya.
            “ Otosa  minta  maaf, sayang. Mungkin  nie  yang  patut  Otosa  terima  selepas  sekian  lama  Otosa  abaikan  anak  sendiri. Otosa  akan  tunggu  sehingga  Yuri  dapat  maafkan  Otosa.” Sayu  sahaja  suara  itu.
            “ Saya  nak  tidurlah,” ucap  Yuri.



“ SAYANG  sihat  hari  nie?” soal  Hakkai  ketika  dia  melawat  Yuri.
            Yuri  cuma  tersenyum. Esok  baru  dia  boleh  melihat  Hakkai  semula. “ Ayah  tak  datang?”
            “ Ayah  tak  sihat. Deman  sikit. Nanti  dia  datanglah  kot,” ucap  Hakkai.
            “ Kalau  ayah  tak  sihat, jangan  suruh  dia  datang. Biar  dia  duduk  rumah  berehat,” balas  Yuri.
            “ Nanti  sayang  dapat  melihat  semula. Abang  dah  tak  sabar-sabar  nie,” Suara  Hakkai  penuh  kegembiraan.
            “ Abang, abang  tahu  tak  siapa  punya  mata  nie?” Dia  memegang  erat  tangan  Hakkai.
            Hakkai  mengeluh. Dia  juga  ingin  tahu  siapa  penderma  tersebut. Ayahnya  sendiri  tidak  mahu  memberitahunya. Walaupun  ayahnya  mengatakan  dia  tidak  tahu, Hakkai  tahu  ayahnya  ingin  menyimpan  rahsia.
            “ Abang,” tegur  Yuri.
            “ Maaflah  sayang. Abang  pun  tak  tahu. Ayah  tak  nak  beritahu  siapa  penderma  tu,” keluh  Hakkai  kesal.
            “ Tak  apalah, abang. Mungkin  ayah  akan  beritahu  nanti.” Dia  cuba  menyedapkan  hati  sendiri.
            “ Bahagianya  pasangan  nie,” tegur  Syaqie  di  pintu  wad. Bersamanya  Liya, Puan  Anisah  dan  Hurin.
            Hurin  segera  mendapatkan  uminya. Hakkai  mengangkatnya  duduk  di  pangkuan  Hakkai. Mendengar  suara  yang  petah  bertanya  itu  ini  membuatkan  Yuri  berasa  gembira. Dia  sememangnya  menrindui  anak  itu.
            “ Umi  kenapa  mata  umi  berbalut?” soal  Hurin. “ Kenapa  tak  buka?”
            “ Nanti  umi  bukalah. Sayang  bolehlah  tengok  mata  umi.” Yuri  tersenyum.
            Dalam  kekalutan  itu, Yuri  ingin  memangku  Hurin  di  atas  ribaannya. Namun, Hakkai  tidak  membenarkannya. Yuri  berkeras  untuk  berbuat  demikian.
            Melihat  dari  jauh  membuatkan  hati  Dato’ Rashidi  tersentuh. Kegembiraan  di  wajah  anaknya  yang  dirindui  membuatkan  dia  gembira  walaupun  sedikit  hampa. Selagi  Yuri  tidak  memaafkannya, dia  tidak  akan  dapat  menumpang  kebahagiaan  anaknya  itu.
            Syaqie  tahu  yang  Otosa  berada  di  sebalik  luar  pintu  wad  itu. namun, dia  tidak  dapat  berbuat  apa-apa  selagi  tiada  kata  maaf  dari  Yuri  buat  Dato’ Rashidi. Dia  sendiri  sudah  berbaik-baik  dengan  Otosa. Dia  sudah  lama  melupakan  kisah  silam  itu. Tidak  bagi  Yuri. Hatinya  tidak  dapat  diduga. Nampak  lembut  namun  hatinya  sekeras  batu.
            “ Aika,” seru  Yuri.
            “ Yes, princess. Anything that  you  want?” soal  Syaqie  walaupun  dia  sudah  tahu  perkara  yang  ingin  diperkatakan  oleh  Yuri. Pagi  tadi  dia  sempat  berjumpa  dengan  Otosa. Otosa  menceritakan  keengganan  Yuri  bercakap  dengannya.
            “ Hmm…Nothing.” Yuri  tidak  ingin  bersuara. Dia  tidak  lupa  yang  Hakkai  berada  di  situ.



“ AIKA  memang  dah  lama  berbaik  dengan  dia, kan?” soal  Yuri  apabila  kesemua  tetamu  tadi  sudah  pulang. Hakkai  pula  ke  tandas. Tinggal  Syaqie  bersamanya. Diambil  kesempatan  ini  untuk  bertanya.
            “ Yup. Aika  dah  lama  berbaik  dengan  dia. Sebulan  sebelum  birthday  Princess.”
            “ Kenapa  Aika  tak  bagitahu  Princess?” soal  Yuri.
            “ Princess  sendiri  tidak  mahu  hal  tentang  dia  dibangkitkan. Jadi  Aika  tidak  mahu  merosakkan  suasana. Lagipun  dia  yang  suruh  macam  tu. Dia  nak  princess  terima  dia  dengan  ikhlas,” terang  Syaqie.
            Yuri  terdiam. “ Yuri  tak  boleh  lupakan  apa  yang  berlaku. Tentang  apa yang  dia  dah  buat.”
            “ Itukan  cerita  lama. Terimalah  dia, princess. Dia  betul-betul  sayang  princess. Princess  tak  sayangkan  dia  ke?”umpan  Syaqie. Dia  perlu  menebuk  sedikit  sahaja  lubang  di  hati  keras  Yuri  supaya  dapat  meruntuhkan  benteng  di  hati  Yuri.
            Lama  Yuri  terdiam. Dia  bagai  memikirkan  sesuatu. Kedengaran  keluhan  berat  di  bibirnya. “ Yuri  tak  pernah  benci  dia. Sayang  Yuri  melebihi  segalanya  tapi  dia  yang  dah  buang  Yuri.”
            “ Sekarang  dia  dah  terima  princess. Apa  yang  princess  tunggu  lagi? Terimalah  maaf  darinya,” ujar  Syaqie.

            Hakkai  yang  ketika  itu  berada  di  luar  pintu  tergaman  tatkala  mendengar  pengakuan  dari  Yuri. Siapa  yang  dimaksudkan? Siapa  yang  disayangi  melebihi  segalanya? Timbul  pelbagai  persoalan  di  benaknya. Dato’ Rashidi  tiba-tiba  muncul  di  benak  fikirannya. Mungkin  lelaki  koporat  itu  juga  terlibat? Inikah  kisah  silam  yang  Yuri  rahsiakan?

No comments:

Post a Comment