Friday, September 24, 2010

sedingin kasih28

Bab  28


BADANNYA  teramat  letih. Akibat  daripada  kerja  yang  baru  diperolehi  dari  syarikat  Gergasi. Dia perlu  menghias  dalaman  sebuah  hotel  yang  baru  dibina  oleh  Syarikat  Gergasi  di  Pulau  Langkawi. Bukan  dia  seorang, ada  5  orang  lagi  yang membuat  kerja  itu  tetapi  beban  kerja  yang  ditanggung  amatlah  berat. Malam  itu, dia  balik  selepas  makan  malam. Seleranya  tiada. Ketika  dia  pulang, cuma  Tuan  Ahmad  yang  kelihatan  di  hadapan  televisyen. Hakkai  mungkin  berada  di  dalam  bilik. Dia  terpaksa  menatap  wajah  suami  ‘kesayangannya’ itu.
            Dia melangkah  masuk  ke  bilik. Dilihat  Hakkai  baru  selesai  menunaikan  solat  isyak. Dia  langsung  tidak  mengerling  ke  arah  Yuri. Dia  bangun  dan  keluar  dari  bilik  itu. Yuri masuk  ke  bilik mandi  untuk  membersihkan  dirinya  yang  melekit. Pantas  dia  membersihkan  dirinya  dan  mengambil  air  wuduk. Dia  belum  menunaikan  solat  isyak. Keluar  dari  bilik  mandi, dia  segera  menunaikan  solat  isyak. Keletihan  tubuhnya  semakin  bertambah. Dia  menyediakan  tempat  tidurnya.
            Sebelum  dia  tidur, dia  keluar  ke  balkoni. Lantas, dia  memandang  ke  langit. Tiada  bintang  atau  bulan  di  langit. Dia  menjadi  takut. Mungkin  malam  itu  akan  hujan. Dia  pantas  menjauhi  balkoni. Dia  berbaring  di  tempat  tidurnya. Esok  hari  minggu, bolehlah  dia  bermalas-malas  sikit. Hampir  dua  hari  dia  tidak  tidur  dengan  lena. Gara-gara  hendak  menyiapkan  projek  dari  syarikat itu.
            Okasa….Nama  itu  terlintas  di fikirannya. Lama  dia  tidak  menjenguk  pusara  Okasa. Dekat  dua  bulan. Dia  tidak  pernah  mendapat  belaian  seorang  ibu  yang  melahirkannya. Dia  benar-benar  terkilan. Namun  takdir  tuhan, tiada  sesiapa  yang  boleh  melawannya.
            Yuri  membuka  dompetnya. Sekeping  gambar  terpapar  di  situ. Gambar  Okasa  yang  sedang  tersenyum  manis  ke  arahnya. Walaupun  dia  tidak  sempat  melihat  wajah  Okasa  yang  asli, dia  tetap  bersyukur  kerana  dapat  mengenali  Okasa. Dia  mengusap  lembut  gambar  itu. Matanya  makin  memberat. Tiba-tiba  fikirannya  gelap  dan  suram.
           


HAKKAI  mengangkat  kakinya  naik  ke  biliknya  tepat  pukul  11 malam. Matanya  telah  mengantuk. Perlahan-lahan  dia mendaki  tangga  itu. Hujan  lebat  di  luar  rumah  kedengaran  berserta  dengan guruh  yang  menemeninya. Pintu  biliknya  dikuak. Keadaan  bilik  itu  kelihatan  suram. Dia  mengerling  ke  tempat  gadis  itu. kaku. Dia  segera  naik  ke  atas  katil. Belum  sempat  dia  merebahkan  tubuhnya  ke  atas  tilam  yang empuk  itu, dia   terdengar  tangisan  seseorang. Teresak-esak. Perlahan-lahan  dia  turun  semula  dari  katil.
            Dia  mendekati  tubuh  gadis  itu. walaupun  keadaan  yang  suram, dia  dapat  melihat  tubuh  gadis  itu  terhenjut-henjut. Dia  kaku  seketika. Dia  menangis  ke? Dia  turun  dan  duduk  di  sebelah  tubuh  gadis  itu. Dia  teragak-agak  untuk  menegur  gadis  itu.
            “ Kau  tak  apa-apa?” soalnya  sambil  tangannya  menyentuh  lembut  bahu  gadis  itu.
            Dum….Peristiwa  itu  berlaku  dengan  pantas. Hakkai  tergaman  dengan  perbuatan  Yuri. Dirinya  dipeluk  erat  oleh  gadis  itu. Tubuh  gadis  itu  berada  di  atas  badannya. Tangisan  gadis  itu  masih  tidak  reda. Dia  tidak  sampai  hati  untuk  menolak  tubuh  gadis  itu. Dibiarkan  tubuh  gadis  itu  berada  di  atasnya.
            Lama-kelamaan  dia  terdengar  nafas  yang  tadi  ketakutan  menjadi  desiran  halus. Dia  terpaku  seketika. Macam  mana  ni, dia dah  tidur? Hakkai  menggaru  kepala. Perlahan-lahan  dia  menolak  gadis  itu  ke  bawah. Gadis  itu  langsung  tidak  bergerak. Dia  bangun  menuju  ke  katilnya. Namun  langkahnya  terhenti. Dia  memandang  semula  ke  arah  gadis  itu.
            Dia  mendekati  semula  gadis  itu  dan  mengankat  tubuh  gadis  itu. dia  meletakkan  tubuh  gadis  itu  di  atas  katil. Tidur  gadis  itu  langsung  tidak  terganggu. Dia  mengambil  bantal  untuk  diletakkan  di  tengah  katil. Ini  untuk  memisahkan  dirinya  dan  gadis  itu. Dia  berbaring  dan  merenung  tubuh  gadis  itu. Hatinya  berdebar-debar. Kenapa  dengan  aku  ni? Jatuh  cinta  ke? Gila. Erat  benar  pelukan  gadis  itu  tadi. Baru  dia  tahu  yang  gadis  itu  takutkan  gurh. Hangat  sekali  tubuh  gadis  itu. Matanya  yang  tadi  mengantuk  menjadi  segar. Dia merenung  siling  biliknya.



MALAS  benar  Yuri  membuka  matanya. Tidurnya  benar-benar. Cuma  dia  terdengar  guruh  sahaja, dia  menjadi  takut. Dia  tidak  tahu  macam  mana  dia  boleh  terlena  semula. Biasanya  kalau dia  terdengar  guruh, dia  akan  berlari  ke  bilik  Liya  ataupun  Kak  Jah  dahulu. Dia  tidak akan  tidur  dengan  lena.
            Dia  membuka  matanya  dengan  pantas. Kalau  dia  boleh  terlena, siapa  orang  yang  dipeluknya  semalam? Hatinya  tertanya-tanya. Dia  terkejut  melihat  tubuhnya  berada  di  atas katil  milik  Hakkai. Macam  mana  aku  boleh  naik? Patutlah  boleh  tidur  nyenyak. Tidur  atas  tilam  empuk. Lama  dia  berfikir. Siapa  yang  angkat  dia? Persoalan  itu  berlegar-legar  di  fikirannya.
            “ Mulai  hari  ni, kau  boleh  tidur  kat  atas  katil. Tapi  sebelah  kanan  saja. Sebelah  kiri, aku  punya. Tengah-tengah  kita  letak  bantal,” ujar  Hakkai  dengan  suara  garaunya  selepas  keluar  dari  bilik air.
            Yuri  kaku. Pelik. Kenapa?
            “ Semalam  aku  dengar  kau  menangis. Kenapa  kau  menangis?” soalnya  sambil  menyarung  baju  melayunya.
            Yuri  ligat  berfikir. Takkanlah  aku  peluk  dia  semalam? Kenapa  aku  tak  sedar  masa  tu? Bodoh  betul! Marahnya  kepada  dirinya  sendiri.
            “ Saya  ada  buat  apa-apa ke  kat  awak?” soal  Yuri  dengan  wajah  yang  merah  padam.
            “ Aku  cuma  nak  tengok  kau. Tiba-tiba  kau  peluk  aku. Tu  saja.” Hakkai  cuba  untuk  menahan  ketawanya  daripada meledak  keluar  apabila  melihat  wajah  merah padam  Yuri.
            Betullah  tekaannya  itu. Tentu  lelaki  ini  sedang  mengutuknya.
            “ Saya  minta  maaf. Saya  tak  sengaja.” Dia  bangun  dari  katil  itu.
            “ Sudahlah. Kau  tak  nak  mandi  lagi  ke? Waktu  subuh  dah  nak  habis  ni,” tegurnya  dengan  lembut  sekali.
            Langkah  Yuri  yang  mahu  ke  bilik  mandi  terhenti  seketika. Lembut  benar  suara  itu. Dia  tersalah  cakap  ke? Tak  mungkin. Cuma  dia  sahaja  yang  ada  di  dalam  bilik  itu  bersama  orang  lain. Dia  bergerak  semula  ke  bilik  mandi.  



YURI  duduk  di  hadapan  meja  makan  sambil  menatap  sarapan  paginya  yang  masih  berasap. Tuan  Ahmad  tidak  bersarapan  bersamanya  kerana  deman. Hakkai  pula  tidak  tahu  ke  mana  dia  menghilang. Mak  Lin  sudah  pergi  ke  pasar  untuk  membeli  barang  keperluan. Dia  ingin  mengikut  tetapi  Mak  Lin  menghalang. Kata  Mak  Lin, susah  kalau  tiada  orang  di rumah. Nanti  Tuan  Ahmad  mahukan  sesuatu.
            Sebenarnya  seleranya  telah  mati. Perut  minta  diisi  namun  tekaknya  menolak. Sunyi  sepi  rumah  dua  tingkat  itu. dia  tidak  tahu  apa  yang  mahu  dilakukan  untuk  hari  ini. Kerja-kerja  di  pejabat  semuanya  beres. Mengemas  rumah? Ini  bukan  rumah  aku. Nanti  tak  pasal-pasal  kena  marah, desis  hati  kecilnya. Tapi  kalau  difikirkan  semula  takkanlah  dia nak  marah  kalau  aku  kemas  bilik  dia  tu, mesti  dia  suka  ada  orang  yang  kemaskan  bilik  dia.
            Dia  mahu  menukar  langsir  bilik  Hakkai. Langsir  itu  telah  lama  tidak  ditukar. Begitu  juga  dengan  cadar  katil  itu. Dia  telah  memunggah  bilik  stor  yang  berada  di  belakang  rumah. Ada  helaian  kain  langsir  yang  berwarna  ungu  yang  masih  elok  dipakai. Warnanya  juga  lembut  seperti  kain  langsir yang  berada  di  rumahnya  dulu.
            Sarapan  paginya  tidak  habis  tadi  dibuang  ke  dalam  tong  sampah. Langkahnya  laju  ke  bilik  tersebut. Kain  langsir  itu  diteliti. Tiada  cacat  cela. Lalu  dibawa  ke  bilik  Hakkai. Tugas  dimulakan  dengan  menanggalkan  langsir  lama. Agak  lama  dia  tidak  berkemas. 15  minit  kemudian, kesemua  langsir  sudah  tiada  di  tingkap. Pantas  tangannya  memasang  kain  yang  diambil  dari  stor  dipasang  ke  tingkap. Cantik  bila  dipadankan  dengan  warna  kuning  air. Dia  berpuas  hati.
            Kemudian  dia  beralih  ke  cadar  pula. Cadar  ditarik. Kainnya  dibawa   ke  mesin  basuh  bersama dengan  kain  langsir. Dia  menggantikan  cadar  yang  baru. Selesai  dengan  tugas  itu, dia  memandang meja  solek  yang  berselerak  dengan  botol minyak  wangi  Hakkai  yang  sudah  kosong. Dia  memungut  botol-botol  itu  kemudian  membuangnya  ke  dalam  tong  sampah. Dia  mhu  mengubah  kedudukan  perabot  di  dalam  bilik  tu  tetapi  dia  tidak  mempunyai  tenaga  yang  begitu  banyak. Dia  membersihkan  almari  dan  meja  solek  itu  dari  habuk  dan sawang  labah-labah.
            Letih  menyapa  dirinya. Pukul  1  petang. Lama  dia  berkemas. Dia  mengambil  keputusan  untuk  mandi. Segar  kembali  badannya  apabila  kulitnya  terkena  air. Rasa  mengantuk  juga  menghilang. Setelah  puas  mandi, dia  keluar  menunaikan  solat  zuhur. Selesai  bersolat, dia  turun  ke  tingkat  bawah  untuk  menjenguk  keadaan  Mak  Lin  di  dapur. Kelihatan  Mak  Lin  sudah  siap  memasak.
            “ Assalamualaikum, Mak  Lin,” sapanya.
            Mak  Lin  menjawab  salam  itu.
            “ Maaflah, Mak  Lin. Saya  tak  tolong  Mak  Lin  masak  tadi. Saya  berkemas  bilik  Hakkai. Bersepah  sangat,” ujarnya.
            “ Tak  perlulah  Yuri  tolong  Mak  Lin. Mak  Lin  boleh  buat  sendiri. Dah  siap  kemas  bilik  tu?” soal  Mak  Lin.
            “ Sudah  Mak  Lin. Letih  saya  dibuatnya,” ucapnya.
            Mak  Lin  senyum  sendirian. Dia  benar-benar  kenal  dengan  gadis  itu  setelah  tinggal beberapa  bulan  bersama. Hari  cuti  begini, gadis  itu  tidak  kekok  menghulurkan  bantuan  tetapi  dia  menolak.
            “ Yuri nak  makan  ke? Nanti  Mak  Lin  sediakan,” pelawa  Mak  Lin.
            “ Tak  payahlah. Saya  tak  lapar  lagi,” ucapnya.
            Tiba-tiba  mereka  terdengar  hempasan  pintu. Begitu  kuat. Lemah  semangatnya  sebentar.
            “ Hanun, Hanun. Mana  kau  hah?” Kedengaran  suara  Hakkai  yang  bergema  kuat.
            Yuri  tersentak. Hanun…siapa? Diakah? Tiada  sesiapa  pun  yang  pernah  memanggilnya  dengan  nama Hanun. Belum  sempat  dia  berfikir  jauh, tangannya  direntap  kasar. Badannya  terpaling ke  belakang. Badannya  menghadap  tubuh  Hakkai.
            “ Kenapa  kau  pandai-pandai  ubah  bilik  aku?” jerkah  Hakkai.
            Yuri  terpaku  seketika.
            “ Sedar  sikit  kau  tu  menumpang  kat  rumah  aku  ni,” sindir  Hakkai.
            Yuri  langsung  tidak  bereaksi. Dia  memandang  wajah  Hakkai  tanpa  berkata-kata  apa-apa. Hakkai  menjadi  bengang. Dia  lantas  menarik  tangan  Yuri  naik  ke  bilik. Yuri  cuma mengikut  tanpa  sebarang  bantahan. Sampai  di  bilik, Hakkai  membuka  pintu  dengan  ganas. Dia  melulu  ke  atas  katil  yang  bercadar  ungu  itu. Dia  mencabut  cadar  itu  dengan  ganas  sekali. Serentak  itu, kedengaran  bunyi  kaca  pecah. Yuri  kaget. Dia  mencari  punca  bunyi  itu. air  matanya  mula  bertakung  tatkala  melihat  kaca  itu  pecah  berkecai. Dia  merapati  kaca  itu. sekeping  gambar  diambil  perlahan-lahan. Dia  menggeleng-geleng. Dia  bangun. Dia  merenung  tajam  ke  arah  Hakkai. Tanpa  mempedulikan  Hakkai, dia  melangkah  keluar  meninggalkan  Hakkai  yang  kelihatan  terpinga-pinga  itu.

No comments:

Post a Comment