Bab 4
“ KAU dah siap? Jomlah kita pergi. Nanti lambat pulak sampai sana,” ucap Liya. Dia dan Yuri telah bercadang untuk beraya di kampung Liya di Kepala Batas.
Syaqie juga ingin beraya di sana bersama adiknya itu. Sudah lama dia tidak beraya dengan adiknya itu. Hampir 7 tahun. Jadi dia mahu pulang ke sana. Mungkin dia akan balik sehari sebelum raya.
Yuri memandu keretanya dengan tenang menuju ke arah utara. Liya mahu memandu tetapi Yuri tidak membenarkan. Liya bukan tidak mempunyai lessen tetapi dia tidak mempraktiskan lessen itu. Liya cuma mahu menolong. Mana tahu sekiranya Yuri letih. Perjalanan kali ini bukannya dekat. Mereka berbuka puasa di Pekan Rabu. Mereka sudah hampir dengan kampung Liya. Akhirnya mereka sampai di rumah Tok Mek Liya. Sudah banyak kereta yang tersandai di hadapan rumah itu. Yuri berasa tersangat letih.
“ Kau keluarlah dulu. Aku nak duduk dalam ni sekejap,” ucap Yuri.
Liya memang tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Dia sangat rindukan Tok Meknya. Masuk di dalam rumah, kelihatan semua orang sudah berada di situ. Dia bersalam dengan semua orang. Kemudian tampil seorang jejaka tampan di hadapan Liya. Liya tersenyum. Inilah sepupunya yang paling rapat dengannya, Tengku Hasif Syah Izfan.
“ Cakap balik dengan Yuri, mana dia?” tegur Puan Zanariah.
Liya tersedar yang Yuri masih belum keluar dari kereta. Dia meluru keluar ke kereta. Kelihatan Yuri sedang nyenyak tidur. ‘Hish budak ni. Cakap nak duduk sekejap je.’
Dia membuka pintu kereta. “ Macam mana nak angkat dia ni?” soal Liya pada diri sendiri.
“ Biar abang yang angkat dia.” Hasif menawarkan dirinya.
Hasif pun mengangkat tubuh langsing Yuri. Direnung wajah Yuri yang sedikit pun tidak terganggu. Kelihatan begitu nyenyak sekali. Dia membawa Yuri ke sebuah bilik. Liya menyelimut tubuh Yuri. Hasif dan Liya pun keluar dari bilik itu.
“ Siapa tu? Tak pernah jumpa pun.” Hasif bertanya pula.
“ Dia bestfriend Liya. Memang abang tak pernah jumpa pun,”ucap Liya.
“ Namanya?”
“ Yukari Hanun. Abang boleh panggil dia Yuri.”
“ Dia pernah datang ke sini ke?” Hasif hairan kenapa dia tidak pernah nampak gadis itu bersama Liya beberapa tahun lalu.
“ Pernah. Tapi dah lama. Hampir 6 tahun. Masa tu, abang ada kat UK. Dia pulak tinggal kat Jepun selepas abang balik. Sebab tulah, abang tak pernah jumpa dia,” terang Liya.
“ Ooo..Dia cutelah. Dia memang orang Jepun ke? Nampak macam orang Jepun betul,” ujar Hasif.
“ Dia tu kacukan Melayu-Jepun. Ayah Melayu, mak Jepun,” ujar Liya.
“ Sudah Hasif. Biarlah Liya tu berehat dulu. Nanti kamu berbual dengan dia. Hari ni dah jauh malam ni,” tegur Mak Ngahnya, emak kepada Hasif.
YURI tersedar pukul 4 petang setengah pagi. Liya pada ketika itu, sedang berada di dalam bilik air. Pening kepalanya. Dia tidak ingat apa yang berlaku malam tadi. Macam mana dia boleh berada di sini? Malam tadi….Ya, malam tadi dia berada di dalam kereta seketika itu. Selepas itu, dia tidak ingat apa-apa. Habis macam mana dia boleh berada di sini?
“ Hasif angkat kau bawa ke sini,” ujar Liya yang baru keluar dari bilik air itu. Dia dapat mengagak apa yang Yuri fikirkan ketika itu.
“ Hasif?” Nama itu tidak pernah didengar. Dia juga pasti yang dia tidak pernah kenal dengan mana-mana lelaki yang bernama Hasif.
“ Hasif….Dia tu sepupu aku,” ucap Liya. “ Jomlah kita bersahur. Tentu diaorang tengah tunggu kita. Pergi basuh muka tu.”
Selepas bersahur. Dia mengambil angin di beranda rumah Liya. Liya sudah masuk semula ke bilik untuk menyambung tidur. Angin subuh menyapa tubuh Yuri. Kalau dulu, dia akan balik ke kampung yang terletak di Terengganu tetapi kini tidak lagi. Ah….masa tidak boleh berputar kembali. Dia berjalan-jalan di hadapan rumah. Tanpa disedari, dia semakin jauh rumah Tok Mek. Dia langsung tidak berasa takut.
“ Awak Nampak macam tak takut langsung. Kalaulah ada yang cekup awak dari belakang macam mana?” tegur satu suara.
Yuri berpaling. Keadaan yang gelap menyukarkan Yuri untuk melihat gerangan siapa yang bercakap dengannya. Namun dengan suara yang garau itu dia dapat mengagak yang orang itu seorang lelaki.
“ Gadis macam awak ni tak boleh berjalan sensorang kat kampong ni sebab kat sini ramai pemuda yang sukakan gadis macam awak ni,” ucap lelaki itu lagi.
“ Saya tak takut benda lain melainkan ALLAH,” ucap Yuri pula.
Lelaki itu tidak menjawab. Dia nampak termenung di sebelah Yuri sambil memandang ke arah bukit. Yuri berjalan pergi dari situ. Lengannya dipegang oleh lelaki itu secara tiba-tiba. Dia tersentak. Lantas dia bertindak melibas tangan lelaki itu. Lelaki itu mengaduh. “ Maafkan saya.”
Yuri melepaskan pegangannya tadi. Matanya mengawasi pergerakan lelaki itu. Dia dengan pantas meninggalkan lelaki itu.
YURI dan Liya pergi bersiar-siar di sekitar kampung. Sawah yang terbentang luas direnung oleh Yuri. Setelah letih, mereka pun pulang ke rumah. Sampai di rumah, kelihatan Hasif bersama adiknya, Hani berbual-bual. Hani meminta diri untuk masuk. Yuri dan Liya masuk dan duduk bersama Hasif. Yuri memandang sekilas kepada Hasif. Hasif cuma tersenyum.
“ Yuri, nilah Hasif yang aku katakana tu,” beritahu Liya.
“ Aku dah jumpa dia tadi,” ucap Yuri.
“ Bila kau jumpa dia? Setahu aku, dia tak bersahur sama kita tadi.” Dahi Liya berkerut seribu.
Yuri terdiam. Lelaki inilah yang dijumpa subuh tadi. Suara dan bentuk badannnya agak sama. Liya bangun dan masuk ke rumah. Kelihatan beberapa kanak-kanak bermain di hadapan rumah itu. Yuri merenung kanak-kanak itu bermain. Kenangan zaman kanak-kanaknya berputar kembali di dalam fikirannya. Dia memejamkan matanya menikmati zaman itu. Sesaat…Dua saat…tiga saat…Dia tersentak apabila kenangan hitamnya itu kembali. Dia pantas membuka matanya.
“ Bila awak jumpa saya?” soal Hasif.
“ Bukan ke awak yang saya jumpa subuh tadi, kan?” soal Yuri kembali.
“ Jadi, awak dah tahu,” ujar Hasif.
Yuri tidak membalas kata-kata dari Hasif itu. Dia mengeluh lemah. Kemudian dia melihat sebuah kereta jenis Pegeot masuk ke perkarangan rumah. Seorang lelaki itu masuk beranda rumah itu. Hasif kehairanan.
“ Aika,” serunya perlahan.
“ Saya Syaqie. Kawan Liya dan juga abang kepada gadis ini.” Syaqie memperkenalkan dirinya kepada Hasif. Mereka berdua bejabat tangan. Yuri hanya memandang. “ And how are you, princess?” Syaqie beralih kepada Yuri.
“ I’m fine, Aika. Why are you doing here?”
No comments:
Post a Comment