“ Hana, kau tak boleh macam nie. Tuhan jadikan kita berpasang-pasangan. Lelaki dengan perempuan. Kita tak boleh terus begini.” Kana menenangkan Hana yang kelihatan panas membara.
“ Tak sangka kau boleh cakap macam nie. Mana janji kau dulu?” soal Hana.
“ Hana, jangan macam nie. Kau tak boleh nafikan perkara tu.” Kana memujuk Hana lagi.
“ Pergi mampus ar dengan perkara tu. Aku peduli apa.” Hana bersuara lantang.
“ Hana, sabar.” Lelaki di sebelah Kana pula cuba bersuara.
“ Kau diam. Aku tak bercakap dengan kau pun. Jangan nak masuk campur. Dahlah kau hasut Kana, sekarang nie kau nak hasut aku pula. Aku bagi tumbukan kat muka kau sebijik, baru kau tau.” Hana menjerkah lelaki itu pula.
“ Hana, bersopan sikit. Nie bakal suami aku.” Kana bersuara keras.
“ Apa? Kau tetap nak kahwin dengan dia? Baiklah, sekarang nie kau kena pilih. Sama ada aku atau lelaki tak guna nie.” Hana memandang tajam ke arah Kana sambil menunggu jawapan dari Kana.
Kana terdiam. Siapa yang patut dipilihnya? Lelaki di sebelahnya bakal suaminya. Hana pula satu-satu saudara yang dia ada. Memilih Hana, dia berada di jalan salah. Memilih lelaki itu, dia bakal kehilangan saudara itu. Dia bertambah keliru.
“ Jadi, kau pilih lelaki nie ye? Okey, mulai sekarang kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku.” Hana melangkah meninggalkan pasangan tersebut dengan perasaan marah.
“ Hana!!” Kana menjerit dengan kuat sekali sebelum tubuhnya rebah menyembah bumi. Hana yang mendengar jeritan itu langsung tidak berpaling.
“ MARINA. Ke sini kau. Mana kau mahu pergi? Kan aku dah cakap kau kena layan kawan aku malam nie,” jerkah Musafar sambil menarik rambut Marina.
“ Abang, janganlah buat saya macam nie. Saya pun ada maruah. Perkara nie berdosa, bang. Sedarlah, bang,” ujar Marina lembut sambil menahan sakit akibat tarikan Musafar.
“ Kau jangan pandai nak mengajar aku. Aku tahu apa yang aku buat,” jerkah Musafar pula.
“ Hei, setan. Lepaskan mak akulah,” jerit seorang gadis.
“ Hana, kau sedar tak, kau bercakap dengan siapa sekarang nie? Aku nie ayah kau.” Musafar membalas kembali.
“ Ayah?? Siapa? Kau ke? Kau bukannya ayah aku. Kalau kau ayah aku, kau tak akan buat perkara macam nie. Selama nie sape yang bagi duit kat aku? Sape? Mak aku. Bukan kau. Nak harapkan duit kau, sesen pun belum tentu dapat. Ayah apa? Setan je panggillan yang bagus untuk kau.” Gadis itu membalas kembali.
“ Na, ma tak pernah ajar cakap macam tu dengan ayah,” tegur Marina kepada anak gadisnya.
“ Orang macam nie tak layak dipanggil ayah, ma,” ucap gadis itu.
“ Kau memang nak kena dengan aku.” Musafar melepaskan tarikan rambut di kepala Marina dan menuju pantas ke arah gadis itu. Gadis itu tidak melarikan diri. Dia tetap berdiri di situ sambil memandang tajam ke arah Musafar.
Musafar ingin menampar gadis itu tetapi tidak berjaya. Gadis itu berjaya menghalang dan menepis tamparan itu. Dia menghadiahkan Musafar tumbukan padu di perut Musafar yang burai itu. Musafar terundur di belakang. Dia menjadi semakin tidak puas hati. Tangannya mengambil pistol yang tersimpan di belakang dan mengacukan pistol ke arah gadis itu. Gadis itu kaku tidak bergerak.
BANG! Kedengaran tembakan dilepaskan. Mata gadis itu terbeliak. Kakinya merasai kesakitan yang teramat sangat. Musafar tersenyum. Sekali lagi dia mengacukan pistol ke arah gadis itu.
BANG! BANG! Kedengaran dua bunyi tembakan pistol dilepaskan. Musafar tersungkur bersama gadis itu. Rupanya ada pihak polis yang melepaskan tembakan. Marina berlari ke arah gadis itu. Dia memangku gadis itu.
“ Na!!” Jeritannya amat nyaring sekali.
“ Sayang, you tak keluar makan ke?” soal Ezairy.
“ I tak lapar. You pergilah.” Hana tersenyum. Kenangan itu datang bermain di fikirannya lagi. Bukan mudah untuk dia melupakan peristiwa yang teramat pedih baginya. Bertahun-tahun kenangan itu menghantui dirinya sehinggakan dia lupa akan yang MAHA ESA. Namun sejak kehadiran Ezairy, dia mengembali ke jalan yang benar.
Sejam kemudian, Ezairy kembali dengan membawa sebungkus roti bersama air milo. Memang menjadi kebiasaan Ezairy apabila dia tidak keluar untuk makan tengah hari. Ezairy akan duduk di mejanya sehingga dia makan roti yang dibawa oleh Ezairy.
“ Minggu depan, kita ke kuantan. Ada kursus. You tentu dah tahu kan?” Ezairy duduk di hadapan Hana.
“ Jangan risau. Dato’ Ezani dah bagitahu pada I. Dan I nak cakap sesuatu dengan you.”
“ Apa dia? Cakaplah.”
“ You nie dah tak ada kerja nak disiapkan?” soal Hana separuh menyindir.
Ezairy tersengih menampakkan giginya yang putih bersih itu.
“ I tahulah gigi you tu cantik. Tapi you tak payahlah menunjuk kat I.” Hana menyindir lagi.
“ You nie, I nak manja dengan you sikit pun tak boleh. Bilalah kita nie akan kahwin ye?” soal Ezairy dengan separuh serius.
“ Stop. Jangan cakap lagi. Sudah, pergi buat kerja you.” Dia masih tidak bersedia untuk bercakap pasal kahwin.
“ Okey, you pergi dulu ye, sayang. Buat kerja baik-baik.” Ezairy mengorek langkah untuk keluar dari bilik Hana. Dia sudah lali dengan kata-kata Hana. Hati Hana masih belum terbuka untuk menerima cinta darinya.
LANGIT kelihatan mendung tatkala dia melangkah keluar dari dewan. Perkarangan Hotel Vistana kelihatan lenggang. Ceramah selama dua jam itu amat memenatkan. Walaupun dia cuma perlu mendengar sahaja tetapi dia tetap letih. Salah satu perangainya yang tetap tidak berubah adalah tidak suka mendengar ceramah.
“ Sayang, you nak pergi jalan-jalan tak?” tegur Ezairy.
“ You nie, terkejut I. You nie rabun ke buta? Hari dah nak hujan. I malas nak keluar,” ucap Hana.
“ Habis tu yang you ada kat sini?” soal Ezairy.
“ I saje je nak tengok keadaan kat sini. Nak berjalan kat Bandar Kuantan nie, ada masa seminggu lagi.” Hana berjalan masuk semula ke dalam hotel. Sebenarnya dia mahu melarikan diri daripada Ezairy. Ezairy tidak pernah bosan mengikut pegerakannya sehingga dia sendiri berasa rimas.
Telefon Ezairy berbunyi agak nyaring kedengaran. Ezairy pantas mengangkatnya. “ Hello, papa? Kenapa?”
Ezairy kelihatan sedang teliti mendengar arahan dari ayahnya. Nampak kelihatan serius sekali.
“ Okey. Ery akan ke sana sekarang.” “ I kena balik KL sekarang. You kena duduk sini sambung kursus nie. Jangan risau. I akan balik semula untuk catch up you. You jangan cuba mengurat orang kat sini, tau.” Sempat lagi Ezairy menyampaikan pesanan.
“ Kenapa pulak I tak boleh mengurat orang kat sini? I bukan girl you pun.” Hana tersengih.
“ Okeylah. I pergi dulu. Bye, sayang.” Ezairy pantas meninggalkan Hana seorang diri.
Akhirnya Hana berasa bebas. Kalau Ezairy ada, dia berasa dia sedang diekori dari jauh. Dia mahu beronda di Bandar yang telah banyak meninggalkan kenangan pada dirinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke bandar ini.
Cuaca yang agak mendung tidak mematikan niatnya untuk melihat bandar tersebut. Apa yang dapat dilihat bandar itu sudah banyak membangun. Sedang dia berjalan melihat sekeliling, tanpa disedari dia melanggar seorang wanita yang sedang mengangkat barang. Barang itu jatuh berselerak.
“ Maafkan saya, cik. Saya tak sengaja.” Dia pantas menunduk mengutip barang itu kembali.
“ Tak mengapa. Saya pun silap juga.” Wanita itu juga tunduk memungut barangnya.
Kedua mereka berdiri. Hana menghulurkan barang itu kepada wanita tadi. Hana ketika seperti sedang menghadap cermin kerana dia dapat melihat sendiri wajahnya.
“ Hana, kau ke?” Wanita itu menegurnya.
“ Kana? Kana kan?” Hana pula menegur wanita itu.
“ Kau Hana. Aku amat rindukan kau.” Kana pantas memeluk Hana. Dia sudah tidak mempedulikan pandangan orang lain terhadapnya. Dia mahu memeluk orang yang amat dirinduinya itu.
“ Lama aku tak jumpa kau. Kau pergi mana selama nie?” soal Kana. “ Jom kita balik rumah aku. Rumah au dekat-dekat sini je. Anak aku confirm happy tengok kau.”
“ Eh, Kana, kau dah ada anak ke? Berapa orang?” soal Hana pula yang excited dengar pasal anak Kana.
“ Kalau nak tahu, jom ikut aku.”
“ ZAIRY, datanglah rumah aku. Ada majlis sikit. Sambut adik ipar balik. Alang-alang kau dah ada kat kuantan nie.” Jemputan dari kawannya itu singgah di kotak ingatannya. Kerana jemputan itu, dia sampai ke rumah kawannya. Kawannya itu sudah berkahwin 4 tahun lalu tetapi dia sendiri tidak pernah bertemu dengan isteri kawannya itu.
Dia mahu mengajak Hana tetapi Hana tiada di suitenya. Sejak hari dia dipanggil balik ke pejabat, dia dapat merasakan Hana semakin berubah. Hana banyak mengelak darinya. Habis sahaja aktiviti kursus itu, Hana akan terus menghilang. Dia menjadi semakin pelik. Adakah apa yang ditakutkan benar-benar menjadi kenyataan?
“ Zairy, sampai juga kau kat rumah aku nie. Jemputlah masuk.” Rizduan mengajak kawannya masuk.
“ Ramai juga yang datang. Kenduri apa nie?”
“ Bukan kenduri pun. Buat makan sikit. Sambut adik ipar aku balik. Isteri aku itu dah lama tak jumpa dia,” ujar Rizduan.
Ezairy memandang sekeliling. Semua menunjukkan wajah yang ceria. Tiba-tiba dia terpandang akan wajah yang amat dikenalinya. Hana! Apa yang Hana buat di sini? Apa Rizduan kenal dengan Hana? Dia merapati Ridzuan untuk bertanya tentang hal yang demikian.
“ Riz, siapa perempuan yang pakai baju kurung warna kuning tu?” soal Ezairy.
“ Oh, tu isteri aku. Cantik kan?” Rizduan tersengih.
Namun kenyataan itu merobek hati Ezairy. Rupanya wanita yang dicintai sudah mendirikan rumah tangga. Tapi kenapa dia tidak pernah tahu? Kenapa Hana tidak pernah beritahunya? Timbul banyak pertanyaan di benak fikirannya ketika itu. Dia perlu segera berjumpa dengan Hana.
Majlis itu telah berjalan dengan lancar. Waktu sudah menunjukkan pukul 6 petang. Ezairy masih lagi tidak mahu pulang selagi dia tidak berjumpa dengan Hana.
“ Riz, mana isteri kau nie? Aku nak jumpa dia. Nak kenal-kenal,” ujar Ezairy.
“ Kenal je tau. Jangan nak mengorat pulak,” gurau Rizduan.
Rizduan masuk memanggil isterinya. Selang beberapa minit kemudian, mereka berdua keluar berjumpa dengan Ezairy. Wajah isteri Rizduan tersenyum manis ke arahnya. Pandangan isteri Rizduan seolah-olah mereka berdua tidak pernah kenal sebelum ini. Dia tidak faham mengapa Hana boleh berbuat demikian. Dia masih boleh terima sekiranya Hana mengatakan dia sudah berkahwin.
“ Hai, saya Kana. Selamat berkenalan,” ujar Kana.
“ Hai, Ezairy,” ucap Ezani pula. “ You masih nak berlakon ke?” Nada suara Ezairy telah berubah menjadi sinis.
“ Apa maksud awak, Ezairy? Saya tak faham.” Kana memandang ke arah suaminya.
“ Apa maksud kau, Zairy?” soal Rizduan pula.
“ You nak berpura-pura lagi ye, Hana?” soal Ezairy.
“ Kana, Isya nak susu. Aku tak tahu bancuhannya,” jerit Hana sambil keluar dari rumah itu.
Ezairy terkejut apabila melihat dua Hana di hadapannya. Hana mendekati mereka bertiga. Dia pun terkejut dengan kehadiran Ezairy. Macam mana Ezairy boleh berada di sini? Apa keluarga Kana kenal dengan Ezairy?
“ Apa you buat kat sini, Zairy?” soal Hana.
“ Hana, kau kenal dia?” soal Kana pula.
“ Mestilah kenal. Nie bos aku. Apa you buat kat sini?” soal Hana sekali lagi pada Ezairy.
“ Kalau you Hana, siapa dia?” soal Ezairy pula.
“ Nie kembar I, Kana. Kenapa?”
“ I think I know what. Kau dah salah faham isteri aku dengan Hana nie kan, Zairy,” singkap Rizduan.
Ezairy tersenyum sambil mengangguk. “ Aku mati-mati ingat Hana nie isteri kau.”
“ Riz, kau kenal dia nie?” soal Hana.
“ Oh, nie kawan lama aku,” ujar Rizduan.
“ Hana, I ada something nak cakap dengan you,” ujar Ezairy.
“ Pasal apa? Kalau pasal kerja, I tak nak dengar tau.”
“ Bukan pasal kerjalah. Nie pasal kita.”
“ Wait, Ezairy, awak ada hati dengan Hana ye?” Kana cuba mengusik Ezairy.
“ Memang pun.” Dengan pantas Ezairy menjawab. Pantas jari Hana mencebik lengan Ezairy. Ezairy mengaduh kesakitan.
“ You, jangan nak cakap bukan-bukan kat sini. Kana, anak kau dah nak mati kebuluran tu. Cepat.” Hana mengubah topik.
Kana dan Rizduan masuk sambil tersengih. Saja, ingin membiarkan merpati sejoli berbicara sendiri.
“ BILA kau nak kahwin, Hana?” usik Kana.
“ Kau jangan nak cakap dengan benda yang bukan-bukan, Kana. Aku bagi kau sebijik. Tak tidur malam kau semalaman,” ujar Hana.
“ Kau tunggu apa lagi? Aku tengok Ezairy tu okey je. Maybe jealous sikit tapi okey ar. Jealous tu tanda sayang,” balas Kana pula.
“ Aku pun tak tahulah, Kana. Setiap kali aku fikir pasal kahwin nie, fikiran aku akan teringat pada kenangan lama. Aku takut.” Hana menarik nafasnya.
“ Jangan fikir benda tu. Benda tu dah lama berlalu. Fikir masa depan kau. Nie soalan cepumas dari aku, kau cintakan Ezairy ke tak?”
“ Beb, tu memang soalan cepumas. Malas aku jawab.”
“ Jawablah, Hana. Bukan ada orang kat sini pun. Kau dan aku je.”
Lama Hana mendiamkan dirinya. Jawapan apa yang patut diberikan? “ I do love him.”
“ Really? I knew it. Let get marry. Will you marry me, Hana?” Ezairy muncul dengan sejambak bunga ros putih dan sebentuk cincin.
“ Kana!!!!!!!!!!!”
Kana tersenyum. Perangkapnya menjadi. Sudah lama dia tidak menjadi senakal ini. Akhirnya Hana mengaku juga yang dia cintakan Ezairy.
No comments:
Post a Comment