Letih
menolak troli house keeping
itu, aku duduk di
kroridor. Inilah padahnya kalau
nak buat kerja
gila. Dua bulan lepas, aku
merayu-rayu pada Along
supaya membenarkan aku
bekerja di hotel Mummy
tapi bukan di
bahagian pengurusan, di bahagian
house keeping. Alasan aku, aku
nak belajar dari
bawah. Sekarang aku menanggung
akibat dari perbuatan
gila aku sendiri.
“ Along, please. Orang nak
kerja tapi bukan
kat department Along.
Bagilah department lain. Bagi orang
kenal-kenal dengan semua
staf-staf hotel tu
dulu,” rayuku.
“
Jangan nak mengada. Awak
ingat awak tu
sape? Jangan nak menggatal. Kerja je
kat department Along,”
bantah Along.
“ Orang tak nak.
Bagi orang kerja
sebagai house keeping dulu
3 bulan je. Please.”
Aku merayu lagi. Aku
tahu Along akan
kalah dengan aku
kalau aku terus
memujuk. Dia pantang dipujuk
nak-nak aku sebagai
satu-satunya adiknya.
“ Jane,
nanti kalau Mummy tahu
macam mane? Sape yang
susah? Along jugak.” Along tetap
tidak bersetuju dengan
cadangan aku.
“ Along, please. Just 3
month. Then I will move
to your department.” Aku memujuk
lagi.
Suara di
talian sana diam
sebentar. Nampak Along sedang
memikir cadangan aku. Aku
ketawa. Nampaknya Along akan
setuju. Memang perangai Along. Dia
akan kelihatan berfikir
untuk menerima cadangan-cadangan gila
aku tu padahal
dia memang dah
tak boleh menolak
lagi.
“
Okeylah tapi guna
nama lain. Nanti takut Mummy
buat spot check.” Kata-kata dari
Along membuatkan aku
terlompat-lompat dalam bilik
aku.
Aku bangun
dari berehat. Sambil menolak
troli tu, aku menyanyi
perlahan. Sampai ke department house
keeping, hanya pengurus aku, Encik
Mazlan yang ada
dalamnya. Semua orang ada
kerja di luar. Encik
Mazlan tersenyum tengok
aku. Dia tahu identiti
sebenar aku. Aku terpaksa
suruh Along beritahu
Encik Mazlan supaya
aku diterima di department itu
tetapi awal-awal aku
dah bagitahu Encik
Mazlan yang aku
tak nak dilayan
special dari
pekerja lain. Kang tak
pasal-pasal jadi skandal.
“
Fathin, awak ada kerja
sekarang. Customer panggil
room services
di bilik VVIP,”
tegur Encik Mazlan.
“
Alah, Encik Mazlan. Saya baru
je duduk. Tak panas
punggung lagi.” Aku merungut.
“
Awak sorang je
yang free sekarang.” Encik Mazlan
tersengih.
Aku terus
bangun. Terpaksalah aku menolak
troli sekali ke
tingkat atas sekali
di mana yang
bilik VVIP yang terletak
di sana. Setingkat dengan
bilik aku. Nanti aku
nak masuk mandi
dululah lepas siap
kerja ini. Sampai di
bilik yang dimaksudkan, aku mengetuk
pintu bilik itu.
“ Room
service.” Aku mengucap perkataan
itu agak kuat. Takut
orang kat dalam tak
dengar pulak.
Pintu bilik
itu terus terbuka. Terjenguk seorang
lelaki yang agak handsome
di mata aku. Aku
tersengih. Namun sengihanku hilang
apabila melihat lelaki
itu separuh bogel. Hanya
memakai seluar pendek.
“
Masuklah. Buat apa tercegat
lagi kat situ?” Lelaki
itu menyergah aku.
“
Encik tak nak
keluar ke? Kalau boleh, saya
tunggu encik keluar
dulu. Baru saya masuk
kemas,” ujarku.
“
Aku tak
keluar ke mana-mana. Just enter my
room. Lagipun aku risau
kalau barang aku
hilang diambil orang.” Ada
nada sindiran itu
di situ.
Orang dah
cakap macam tu, aku
apa lagi terus
masuk. Terkejut aku tengok
keadaan bilik ini. Gila. Macam tongkang
pecah. Dengan katilnya tak
kemas, baju sana-sini.
Nak-nak dengan seluar
kecil dia. Bersepah. Gilalah siapa
yang jadi bini
dia. Tak pandai berkemas
langsung.
“
Jangan nak termenung
lagi. Startlah kerja
tu.” Lelaki itu duduk
menghadap laptopnya.
Aku pun
memulakan kerjaku. Kemas-kemas.
Tapi sekarang ini
memang aku tak
selesa nak bekerja. Apatahnya, aku rasa
mata lelaki itu
terarah kepadaku. Biasanya kalau
aku kerja, customer dah check out
atau keluar sebab
ada urusan. Kali ini, ada
customer ada
kat dalam bilik
lepas tu tengok
aku macam nak
telan je. Takut jugak
aku nie. Manalah tau
takut lelaki nie
ada niat tak
baik pada aku.
“
Hah, jangan banyak termenung. Buat kerja
tu,” tegur lelaki itu.
Aku tersentak. Lalu memandang
ke arah lelaki
itu, lelaki itu langsung
tidak memandang ke
arahku. Matanya menghadap ke
arah laptopnya. Aku
menyambung kerjaku kembali. Tidak sampai
lima minit kemudian, ada
ketukan di pintu suite
itu.
“
Pergi tengok. Siapa pulak
yang datang bilik
aku nie?” Lelaki itu
mengarahnya.
Aku dengan
perasaan malasnya membuka
pintu suite itu. Kelihatan dua
orang lelaki berpakaian
jubah putih. Seorang berserban
dan seorang lagi
berkopiah. Aku memandang
kedua-dua lelaki itu
dengan pandangan pelik. Aku
sudah berasa tidak
sedap hati. Ada sesuatu
buruk yang akan
berlaku.
“
Assalamualaikum cik,” ucap salah
seorang dari lelaki
itu.
“
Waalaikumussalam, ada apa nie?” soalku
perlahan.
“
Pak cik datang nie
sebab ada laporan
yang dibuat yang
mengatakan ada pasangan
yang bersedudukan dalam
bilik ini. Anak nie
seorang diri ke
dalam bilik nie?” Pak cik
itu berterus terang.
Aku
terkejut. Memang sah
inilah perkara buruk
itu. Aku tergagap-gagap. Aku tak
tahu nak berkata
apa-apa. Lidahku menjadi kelu.
“
Siapa yang datang?” Tiba-tiba lelaki
itu muncul di belakangku. Dengan seluar
pendeknya.
Pak
cik itu
dah tergeleng-geleng melihat
keadaan kami berdua. Memang dah
tentu dia ingat
kami berdua memang
bersedudukkan. Lelaki itu terpinga-pinga apabila
melihat ada dua
orang lelaki yang
berpakaian jubah dan
berserban.
“
Hanya kamu berdua sahaja
ke yang berada
dalam bilik nie?” soal
pak cik itu
lagi.
Kami berdua
senyap, tidak menjawab soalan
itu. Masing-masing berbalas pandangan.
“
Pak cik, nie bukan yang
pak cik sangkakan. Dia nie tukang kemas
bilik je. Kami tak
buat apa-apa pun.” Lelaki
itu terus bersuara.
“
Walaupun dia cuma
tukang kemas bilik
je, kamu berdua tidak
boleh duduk dalam
bilik macam nie. Boleh
timbul fitnah. Apa-apa pun, mari
kita ke balai
polis. Kita kena uruskan
kes nie secepat
mungkin. Anak salinlah baju
dulu.” Pak cik itu
berkata apabila melihat
keadaan lelaki itu
yang hanya berseluar
pendek.
“
Hei, perempuan. Kau memang nak
perangkap aku kan?” jerkah
lelaki itu kepadaku.
“
Apa maksud kau, hah? Jangan pandai-pandai
nak salahkan aku. Aku
pun tak tahu
menahu tentang nie, tau,” balasku pula.
“
Aku kenal sangat
dengan perempuan macam
kau nie. Sengaja nak perangkap
lelaki kaya macam
aku nie,” ujar lelaki
itu.
“ Eleh,
lelaki macam kau. Aku
tak heranlah.” Aku memangkah
kata-kata darinya.
“
Sudah. Jangan nak bertelagah
kat sini.” Pak cik
yang memakai kopiah
itu menyampuk.
Aku mengeluh. Aku
kena lepaskan diri
dari situasi ini. Mana
boleh aku kena
dibawa ke balai
polis. Masak aku dengan
Mummy nanti. Tak
pasal-pasal kebebasan sekarang
terpaksa dilupakan.
“
Pak cik, kalau macam itu, saya
pun nak pergi
salin baju dulu
dan simpan troli
nie dulu.” Aku berkata.
“ Adif,
kau pergi temankan
budak perempuan tu,” arah
pak cik berserban
itu.
Aku tersenyum
sinis. Aku menolak troli
itu dengan perlahan-lahan. Agak jauh
sedikit dari bilik itu,
tiba-tiba aku tunduk
berpura-pura membaiki tali
kasut yang tercabut.
“
Kenapa nie?” soal lelaki
yang bernama Adif
itu.
“
Tali kasut saya
nie terlerai. Saya nak
baiki sekejap,” ujarku.
Aku berpura-pura
membaiki tali kasutku. Padahal tali
kasut aku tak
terurai pun. Saje je nak cari peluang
lepaskan diri. Aku tengok
lelaki itu macam
terleka melihat sekeliling. Aku pun
ambik peluang untuk melarikan diri
aku. Dia terkejut terus
mengejarku.
Hahaha…
Jangan harap dapat
kejar aku. Aku nie
atlet pecut di
universiti dulu time aku
belajar. Lelaki macam dia
itu memang kalah
dengan aku. Aku masuk
ikut tangga kecemasan. Tengah-tengah berlari
itu, aku pantas menelefon
Along. Along tentu ada
di pejabat sekarang. Lepas aku
rasa aku dah
selamat, aku pun berhenti
mengambil nafas.
“
Jane, kenapa nie? Termengah-mengah je
nie Along dengar.” Along menegur
selepas mendengarku menjawab
salamnya dalam nafas
yang masih tidak
stabil.
“
Along, orang kena tangkap
basah.” Aku memberitahu perkara
yang sebenarnya.
“
Hah? Apa Jane cakap
nie? Cuba terang betul-betul.” Along berkata
dengan kuat.
“
Tadi, orang kemas bilik
seorang lelaki nie. Orang
ingat lelaki itu
tak ada kat
bilik. Rupa-rupanya dia ada dalam bilik
tu. Dia suruh orang
kemas bilik tu. Dia
cakap dia tak
nak tinggal bilik
tu coz takut barang-barang
dia kena curi
dek orang. So, orang buatlah kerja
orang. Tiba-tiba ada dua
orang lelaki ini
datang coz ada laporan
ada orang yang
berzina dalam bilik
tu. Orang tak tahu
apa-apa pun,” terangku.
“ So, Jane
kat mana sekarang
nie?” soal Along.
“
Orang ada kat
tangga kecemasan nie. Orang
lari dari bilik
tu. Along, please cover
me,” rayuku. Hanya Along yang
dapat membantu dalam
hal ini.
“
Bilik nombor berapa?” soal
Along.
“
602. VIP suite,” jawabku dengan
pantas.
“
Okey, nanti Along uruskan
tapi dengan satu
syarat. Berhenti kerja tu
sekarang. Move to
my side.” Along mengenakan
syarat.
“ Okey, I
agree.” Aku memang tak
nak kerja jadi house
keeping dah.
KES
tangkap khalwat tempoh
hari senyap macam
itulah sahaja. Aku langsung
tak bertanya Along
tentang kes itu. Malas. Buang masa
je. Aku melepak di
taman bunga Mummy.
Dah dekat dua
minggu aku tinggal
di Villa Sri
Sakura, Villa Mummy. Sebelum ini, aku
tinggal di hotel Mummy, suite VVIP. Itu pun, aku
sembunyi-sembunyi nak masuk
bilik sendiri. Yelahkan,
nanti ada orang
nampak, masaklah aku kena
soal dengan orang
hotel itu. Lagi masak
kena soal dengan
Mummy.
“
Jane, termenung apa?” soal Along.
“
Saje je. Bosan,” ujarku.
“
Kalau boring, jom masuk office esok. Jane
dah janji. Tempoh 3
bulan hari tu
pun dah tamat.” Along
tersengih.
“
Amboi, demand. Okeylah. Orang pun
dah boring duduk rumah. Nak
bercakap dengan Mummy
pun, Mummy asyik busy
je.” Aku sedikit mengeluh.
“
Along memang tunggu
Jane cakap okey je. Position tu
sengaja Along kosongkan
untuk Jane. Esok masuk.” Along
sudah memberi arahan. “
Jane tak
nak tahu ke
tentang kes khalwat
Jane tu?”
“
Along, tu salah fahamlah. Ada
pulak cakap macam
tu. And kalau
nak cakap tu
pandang-pandang. Takut Mummy
dengar, mati orang dibuatnya.” Pantas aku
membalas kata-kata itu.
Along ketawa. “ Lupa pulak. Lain
kali, jangan pandai-pandai masuk
dalam bilik lelaki
bukan muhrim, faham.”
“
Yelah. Orang faham. Lain kali
orang tak buat
lagi.” Aku memuncungkan bibirku.
“
Dah macam Donald Duck
pulak Along tengok,” perli Along. Along
bangun dan berlalu
dari situ.
Aku terus
bangun dan mengejar
Along. Melihatku mengejar,
Along pantas melarikan
dirinya.
AKU
berjalan masuk ke
hotel bersama Along. Wow, aku rasa
aku dah jadi
macam artis. Semua pekerja
hotel tengok kami
berdua. Along dengan muka
selamba memeluk lenganku. Along ini
tak perasan ke
yang orang duk
pandang dia dan
aku? Aku pulak yang
rasa malu.
Kami sampai
di bahagian pengurusan. Banyak mata-mata
yang memandang kami. Along
memanggil semua staf
yang berada di
situ untuk berkumpul
di dalam bilik
mesyuarat.
“
Hari nie, saya akan
memperkenalkan pekerja baru. Nie
Jane, director untuk sales
and marketing.” Aku bangun
dan memperkenalkan diri.
Lepas tu, ada
desus desis yang
berbunyi. Aku malas nak
ambil port. Tapi aku pelik . Along
hanya memperkenalkan aku
sebagai Jane sahaja. Aku
tanya Along tentang
itu. Dia cakap Mummy yang
suruh macam tu. Mummy nak
memperkenalkan aku kepada
semua pada majlis
tahunan hotel.
“
Jane, jom lunch.” Along mengajakku
lunch.
“
Along, orang ada kerjalah. Rasanya malas
nak keluar.” Mataku langsung
tidak memandang along.
“
Amboi, banyak kerja sangat
ke? Bagusnya pekerja along
nie. Sampai tak sempat
keluar lunch. Tak apalah,
Along keluar dulu. Teruskan kerja.” Along
terus keluar.
Aku mengeliat
membetulkan urat-urat yang
sudah lama tidak
bergerak kerana asyik
duduk sahaja. Aku bangun
dan keluar dari
bilikku terus ke pantry. Belum sempat
kakiku melangkah masuk, aku
terdengar suara-suara yang
sedang bercakap tentang
diriku. Aku mula menyorok
untuk mendengar perbualan
mereka.
“ Kau rasa
Cik Jane tu
siapa sebenarnya pada
Tuan Syed?” soal satu
suara.
“
Aku rasa
girlfriend dia
kot. Tuan Syed tengok
dia pun lain
macam. Kau sendiri tahu
macam layan Tuan
Syed layan pekerja
perempuan dia. Biasa-biasa je. Tapi
bila aku tengok
Tuan Syed dengan
Cik Jane hari
nie, bukan main lembut
Tuan Syed bercakap
dengan Cik Jane.” Ada
suara lain pula
yang bercakap. “ Aida pernah
cakap kat aku
yang Tuan Syed
memang kosongkan position tu. Aida
tanya position tu untuk siapa. Tuan Syed
jawab itu untuk
orang penting dalam
hidup dia.”
“
Rasa Dato’ Syarifah terima
tak pilihan Tuan
Syed tu?”
“
Entahlah.”
Aku pun
melangkah masuk ke pantry. Masing-masing yang
berada di situ
menunjukkan muka terkejut. Aku
cuma tersenyum manis
melihat mereka. Aku membancuh
milo dan membawa keluar
dari pantry. Ketika hendak masuk
bilik, aku ternampak Along
membawa dua nasi
bungkus. Aku buat pandangan
pelik pada Along. Boleh
pulak, pengurus besar hotel
makan nasi bungkus. Nie
mesti akan menjadi
hot stuff
buat pekerja bawahan.
“
Kenapa pandang Along
macam tu?” soal Along.
“
Yelah. Pelik tau tak. Big boss
makan nasi bungkus. Lawak betul. Tak
ke lawak kalau
orang tengok,” ujarku sambil
duduk di sebelah
Along.
“
Alah, relax ar. Habis
tu, Jane tak nak
keluar lunch dengan Along. Along
bungkuskan untuk Jane.” Along
mula membuka bungkusan
makanan dan makan.
Aku pun joinlah
Along aku tu. Memang
perut aku pun
dah lapar. Tadi ingatkan
boleh tahan, sekarang dah
berbunyi-bunyi.
PAGI-pagi
lagi aku sudah
keluar. Tak sempat langsung
nak jumpa Along. Breakfast pun
tak sempat. Aku nak
siapkan kerja yang
tertangguh semalam. Semalam nak
siapkan tapi Along
cepat-cepat ajak balik. Suruh
sambung esok. Aku terpaksalah
ikut sebab semalam
aku naik kereta
dia. Pekerja yang bagus
aku nie kan.
Sampai di
pejabat, keadaan masih lenggang. Tiada orang
pun. Aku pun masuklah
bilik aku. Belum sempat
duduk, ada suara yang
mengarahkan aku keluar.
“
Eh, awak nie siapa, hah? Suka-suka hati
je masuk bilik
nie. Nak mencuri ye?” sergah orang
itu.
Aku terkejut. Hantu manalah
yang sergah aku
macam nie? Nasib baik
aku jenis yang
lemah semangat. Kalau tak, confirm kojol
kat sini. Aku berpaling. Setiausaha Along
rupanya, Aida Suraya.
“
Awak nie
bukan ke Fathin
yang bahagian housekeeping tu? Apa
awak buat kat
sini? Kenapa awak masuk
bilik nie?” soal Aida
Suraya.
Eh,
dia tak
tahu ke? Takkanlah Along
tak bagitahu yang
aku nie director for
sales and marketing. Pelik nie. Aku
baru nak buka
mulut.
“
Kenapa nie Aida? Buat
apa kau berdiri
kat depan bilik
nie?” soal rakan kerjanya, Lina.
“
Nie. Ada orang ceroboh
bilik nie,” ujarnya.
“
Siapa?” Lina memandang ke
dalam bilik itu
dan ternampak aku. Aku
tersenyum.
“
Aku tak
nampak pencerobohnya pun.” Lina
bersuara.
“
Eh, kau nie tak
buta ke? Kau tak
nampak ke perempuan
yang tengah berdiri
tu?” soal Aida Suraya. Jangan-jangan aku
ternampak hantu pagi-pagi
nie.
“
Hah? Laa… Tu kan Cik
Jane. Director for
sales and marketing
kita yang baru. Nie
kan bilik dia. Tak
salahlah dia masuk bilik
nie,” ucap Lina.
“
Dia director baru
tu? Dia bukan ke
pekerja bahagian housekeeping tu?” soal
Aida Suraya pula.
“
Itu dulu. Saya sekarang
director baru
kat sini, call me Jane.” Aku tersenyum
manis.
AKU
melangkah masuk ke
bilik Along setelah
mendengar arahan masuk
darinya. Aku melihat Along
sedang mengambil satu
fail dari almari
yang terletak di
sebelah mejanya. Aku melihat
tali leher yang
dipakainya sudah senget.
“
Berdiri tegak sekejap.” Aku
mengarahnya.
Dia pun
berdiri tegak. Aku membetulkan
tali leher yang
senget itu. Dia tersengih. Macam budak
kerja. Macam manalah Along
aku nie boleh
jadi big boss kat sini?
Sedang aku
membetulkan tali lehernya
itu, tiba-tiba pintu bilik
Along dibuka dari
luar. Muncul Aida Suraya
dengan seorang lelaki. Wajah
mereka berdua menunjukkan
riak terkejut. Apa tidaknya, keadaan kami
berdua sekarang seperti
kami berdua sedang
berpeluk. Aku memeluk lehernya
itu yang lebih
tepat.
“
Tuan Syed, nie Encik
Zafran nak berjumpa
Tuan Syed,” ujar Aida
dengan wajahnya yang
memerah.
Zafran juga
terkejut melihat keadaan
kami itu. Aida terus
keluar tanpa meminta
izin dari Along. Aku
memandang lelaki yang
dipanggil Zafran oleh
Aida. Lama aku merenung
wajahnya. Dia juga merenungku.
“
Kau perempuan tu.” Zafran menunding
jarinya ke arahku.
“
Kau lelaki tu.” Aku
juga menjerit.
“
Kau buat
apa kat sini, hah? Kau nak
menggoda dia pula
lepas tak dapat
aku? Kau nie perempuan
tak malu, tak tahu?” sergah
Zafran.
“ Korang berdua
memang dah kenal
ke?” soal Along.
“
Kau dah
lupa ke Is? Nielah
perempuan yang kena
tangkap basah dengan
aku tempoh hari,” terang
Zafran.
“
Memang tu. Aku nak
menggoda dia pulak. Aku
ingatkan kau akan
tergoda dengan aku
tapi tak. Jadi aku
tukar target aku. Dia nie
nampak macam lurus
bendul je.” Aku pantas
memeluk lengan Along
dengan erat.
Along memandang
ke arahku. Mesti nak aku
berlakon sekali dengan
dia nie. Hish, kalau ikutkan
merajuk pulak adik
aku yang sorang
nie. Nanti lagi pening
nak memujuk pulak. Aku
tersengih memandang ke
arah Along. Kedengaran keluhan
perlahan dari Along.
“
Nie Director for
sales and marketing
yang baru, Cik Jane.” Along memperkenalkan aku
kepada Zafran. “ Cik Jane, nie
Tengku Ahmad Zafran, antara pemegang
saham di hotel
nie.”
“ Nice
to meet you, Mr
Tengku Ahmad Zafran.” Aku tersenyum
menggoda kepada Zafran.
“ What? Crap. Macam mana
seorang pengemas bilik
hotel boleh jadi director
pulak? Is, kau nie biar
betul. Hei, kau ingat hotel
nie tempat kau
main-main ke?” soal Zafran
kepadaku.
Aku buat
muka bodoh je. Biarlah
dia nak cakap
apa pun. Hei, ingat aku
nak ke bekerja
kat sini? Ini pun Mummy
yang suruh, kalau tak, tak
ada maknanya aku
kat sini. Sorrylah. Aku nak kerja
yang adventure sikit. Kerja macam
nie mana ada adventurenya.
“ Sorry
sikit. Aku pun tak
nak kerja kat
sini. Nie pun kena
paksa tau. Tak adventure langsung
kerja macam nie.” Aku
membalas mencebik.
“ Siapa yang
paksa kau hah?” soal
Zafran.
“
Dato’ Syarifah Dian Arini. Kenapa
kau nak pergi
tanya dia ke? Pergilah. Itu pun
kalau kau berani
nak pergi tanya.” Aku
tersenyum sinis. Berani dia
bertanya Mummy. Mampus kena sembur
dengan Mummy. Mummy memang
garang tak kira tempat,
tak kira
orang dan tak
kira masa. Sembur orang
macam tu je.
“
Hah? Dato’ yang paksa? Awak
nie siapa dengan
keluarga Dato’?”
“ I
forget to introduce
my full name. My
name is Syarifah
Nur Fathin Jane
binti Tan Sri Syed
Alwi.” Aku tersenyum sinis
sambil memperkenalkan nama
sendiri.
“ What? Maksud kau, kau
nie anak bongsu
Dato’, adik Is?” soal Zafran
sambil terkejut.
KEESOKKAN
harinya, tersebar angin yang
kurang sedap didengari. Cerita tentang
aku berpelukkan dengan
abang sendiri. Aku cuma
ketawa bila dengar
kena kutuk dengan
staf lain. Nak buat
macam mana, dah salah
aku. Ada juga yang
tidak puas hati
dengan jawatan yang
dipegang sekarang.
Tengah aku
buat kerja, tiba-tiba pintu
bilik aku dirempuh
dari luar sampai
aku sendiri tersentak. Pantas aku
mengangkat muka. Kelihatan ada
beberapa orang staf
yang masuk. Terus aku
tutup fail.
“ Ada apa
awak semua masuk
bilik saya nie?” Aku
cuba bersikap formal.
“
Hei, perempuan. Jangan nak tunjuk
baik kat sini. Kitaorang dah
tau kau nie
perempuan macam mana. Macam
mana kau boleh dapat jawatan? Kau
jual tubuh kau, kan?” jerkah salah
seorang dari mereka.
Aku mengeluh. Mereka nie
suka fikir benda
yang pelik-pelik. Eh, chok,
tak pelik pun. “ So,
kau nak
buat apa kalau
kauorang tahu perkara
nie? Kauorang bukan boleh
buat apa-apa pun
kan? So, aku nasihatkan
kauorang diam-diam dah
je. Buat hal sendiri, jangan nak
sibuk hal orang
lain.” Aku menasihat sinis.
Mereka nampak
kelihatan marah sekali. Bersiap sedia
dalam apa pun
keadaan. Takut mereka mengamuk
kat sini. Tepat sekali
kata-kata aku, salah seorang
dari mereka cuba
mendekatiku dan mahu
menamparku. Kutepis dan tangannya
kupulas ke belakang. Dia
mengaduh kesakitan.
“
Dengar sini semua. Aku boleh
mengadu pada Tuan
Syed tentang perangai
kauorang sekarang nie. Kauorang
pun tahu macam
mana Tuan Syed
dengan aku. So, kalau kauorang tak
nak kena buang
kerja, berambus dari bilik
aku sekarang jugak.” Amaran keras
keluar dari mulut
aku.
Mereka semua
berlari keluar. Aku melepaskan
tangan perempuan yang
menyerangku. Tahu pun takut, nak
buat tu, tak fikir
dulu. Aku dah tak
ada mood nak buat
kerja. Aku duduk di
kerusi sambil berpusing-pusing.
Lapar pulak
perut nie. Aku nak
pergi lunchlah. Wait, aku nak
ajak Along lunch sekali
dengan akulah. Kasi jealous budak-budak
tadi tu. Hahaha… Aku keluar
bilik dengan penuh
gaya menuju ke
bilik Along. Ada mata-mata
yang mengikut langkahku
itu.
MAJLIS
makan malam diadakan
sempena ulang tahun
penubuhan hotel yang
kelima. Selama 2 hari, hotel
itu akan tutup
bagi memberi jalan
kepada mereka mengadakan
makan malam tersebut. Semua pekerja
hotel itu dijemput
hadir bagi menyambut
ulang tahun hotel itu.
Majlis dimulakan
dengan ucapan dari
pengerusi majlis. Kemudian Mummy,
Dato’ Syarifah Dian Arini
pula berucap. Aku yang
duduk di meja
depan sudah tersengguk-sengguk mendengar
Mummy bercakap. Aku
memang tak suka
majlis macam nie. Bosan. Along sudah
dua tiga kali
menegurku supaya aku
duduk betul-betul.
“
Di sini
juga, saya nak perkenalkan
anak bongsu saya. Jane, naik ke
atas pentas sekejap.” Mummy memanggilku.
Aku
yang
sudah mengantuk naik
ke pentas dengan
longlai. Masa aku naik
ke pentas, aku dapat
dengar bisikan dari
bawah. Tentu mereka tidak
menyangka yang aku
nie sebenarnya anak
kepada Dato’ Syarifah Dian
Arini, adik kepada Tuan Syed
Iskandar kesayangan diaorang
itu.
“
Nie anak
bongsu saya, Syarifah Nur
Fathin Jane. Sebelum nie, dia
belajar di oversea.
Nie baru
balik dalam 3
bulan lepas.” Mummy
memperkenalkan aku. Aku cuma
mengangguk. Sebenarnya mata aku
sudah nak tertutup.
“
Dan bulan depan, dia
akan bertunang dengan
Tengku Ahmad Zafran.” Ayat
Mummy itu
membuatkan mataku terbuka
luas. Tidak lagi mengantuk. Aku memandang
Mummy. Mummy pula hanya
tersenyum manis.
“ MUMMY,
what’s this? I don’t understand.
Why I
have to get
marry?” soalku dalam perjalanan
balik ke Villa
Sri Sakura.
“
Jane, jangan ingat Mummy tak
tahu tentang kes
tangkap basah Jane
dengan Zafran. Jadi memang
patut pun, Jane kahwin
dengan dia,” jelas Mummy
selamba.
“ Memang pun
tapi kami tak
buat apa-apa. Jane cuma…cuma…” Aku tak
tahu nak hentam
apa lagi.
“
Jane mesti tak
boleh cakap kan? Mummy tak
kisah apa alasan
Jane. Jane kena kahwin
dengan Zafran. Titik.” Nah! Mummy
dah beri arahan
dia.
MAKA
bertunanglah kami berdua. Kami
tak banyak keluar bersama pun. Aku
busy dengan
kerja aku, dia busy dengan
kerja dia. Kalau berjumpa
pun, masa kerjalah. Dia datang
hotel jumpa Along plus
jumpa aku. Itu pun
pasal kerja je.
Satu lagi, kalau
keluar berdating pun, aku heret
Along aku sekali. Aku
tak betah keluar
berdua dengan dia. Along selalu
tanya kenapa dia
selalu kena ikut
aku pergi dating. Aku
pun jawab nak
bagi dia jealous dengan
aku. Padahal aku memang
sengaja.
Hari minggu, aku
keluar sensorang. Boring duduk rumah.
Along pulak, ada meeting
kat Langkawi. Mummy
tak payah cakap. Memang
tak lekat kat
rumah, busy memanjang. Sampai aku
pun tak tahu
kerja apa yang Mummy
buat.
Hari nie, aku
nak window shopping je. Nak
tengok dulu barang
yang aku nak
beli. Nanti datang balik
dengan Along. Boleh suruh
Along belikan. Barang hantaran
kahwin aku pun
belum beli lagi. Kena
tengok jugak.
Tengah-tengah mata
melayang memandang kedai-kedai
dalam mall itu, aku ternampak
kelibat Zafran dengan
perempuan lain di
kedai emas. Aku pun
menghendaplah. Macam
penyiasatlah. Hahaha…Aku
memang dah lama
nak jadi macam Detektif Conan.
Amboi bukan
main seronok pilih
barang kemas. Ketawa bagai. Aku
sendiri tak pernah
tengok dia ketawa
macam tu
sekali. Jealouslah pulak. Mereka
selesai membeli barang
kemas. Aku yang tengah
menghendap mereka terus
menyergah mereka.
Zafran kulihat
nampak terkejut sekali
tetapi itu tidak
lama. Dia tersenyum manis. Aku
pun tersenyum juga
tapi tersenyum sinis
bukan manis. Dalam keadaan
sekarang, boleh pulak dia
tersenyum lebar.
“
Hai Jane. Tak sangka
boleh jumpa awak
kat sini. Apa awak
buat kat sini?” soal
Zafran.
“
Saya? Saya saje je
datang sini nak
cuci mata. Tak sangka
pulak boleh cuci
hati sekali kat
sini. Yang awak pulak
buat apa kat
sini?” soalku balik.
“
Oh, saya keluar cari
barang sikit.” Zafran menjawab
ringkas.
“
Nie siapa pulak?” soalku direct.
“
Nie girlfriend saya.” Dengan
muka manis, Zafran menjawab.
“ Well, hi. Nice to
meet you. Saya Jane, tunang
si Zafran nie. Saya
nak bagitau awak
sesuatu. Saya nak awak
tinggalkan kekasih hati
awak nie cause saya
yang akan jadi
isteri dia. Okeylah awak. Saya nak
pergi cuci mata
nie. Bye.” Aku berlalu
pergi sambil tersenyum
manis.
Aku boleh
bayang yang mereka
sedang terpinga-pinga dekat
belakang aku sekarang. Hahaha…Silap besarlah
kalau Zafran nak
tengok aku mengamuk
kat sini. Jangan harap. Aku
masih ada maruah
lagi. Aku tak akan
buat benda yang
boleh memalukan aku. Tapi
kalau ini permainan
Zafran, aku akan bermain
sampai dia mengalah
kalah mengatakan aku
menang.
ZAFRAN masih berusaha
untuk berjumpa denganku
pada pagi ini. Aku
malas nak berjumpa
dengan dia. Itulah, siapa suruh
cari pasal dengan
aku. Aku paling pantang
orang mainkanku. Aku akan
kenakan orang itu
balik sampai dia
sedar.
Memang pasal
semalam. Aku memang marahkan
dia pasal semalam. Pasal dia
keluar dengan perempuan
lagi. Jangan ingat aku
buat tak kisah
je tentang itu. Balik
dari window shopping, aku
terus cari Mummy.
Nasib baik, Mummy ada kat
rumah. Aku terus minta
putus tunang dengan
Zafran dengan Mummy.
Mulanya,
Mummy
tak bagi. Aku pun
apa lagi guna reserve
psychology. Aku cakap Mummy nak
ke yang anak Mummy
nie hidup dimadukan. Aku tak
nak dimadukan. Mummy
kan perempuan jugak. Tentu
Mummy pun
tak dimadukan. Yes!!! Akhirnya Mummy setuju
putuskan pertunangan itu.
Sekarang Zafran
pun tengah berusaha
berjumpa denganku. Dia sanggup
tunggu aku depan
pintu aku. Aku kunci
pintu bilik aku. Tiba-tiba handphone aku
berbunyi. Aku menjenguk sedikit. Along rupanya. Aku
menjawab dengan perasaan
malas.
“ Hello.” Itu je
sempat aku jawab
sebelum dengar Along
membebel.
“
Jane, apa yang Jane
dah buat nie? Along
nampak Zafran berdiri
depan bilik Jane. Along
pergi tegur dia
apa dia buat
kat sini. Dia jawab
Jane nak putus
tunang dengan dia. Dia
datang nak bincang
dengan Jane. Jane pulak
tak nak jumpa
dia.” Khaw-khaw Along sembur
aku.
“
Along pulak bila
balik dari Langkawi? Macam mana
meeting semalam? Okey?” soalku mahu
lari dari menjawab
soalan Along.
“ Jane,
jangan lari dari
tajuk. Along tanya nie
kenapa? Jangan nak main-main
pulak dengan perkara
macam nie.” Along bersuara
tegas.
“ Kenapa Along tanya
orang sorang? Tanyalah kawan
baik Along tu, apa
yang dah dia
buat? Nak marah-marah orang
pulak.” Aku betul-betul sakit
hati. Kenapa orang nak
menangkan dia je?
“
Apa yang
dia buat?” soal Along
kembali berlembut.
“
Dia dah
ada perempuan lainlah. Orang jumpa
kat shopping mall semalam. Siap
pilih cincin lagi. Orang
tegur and tanya
siapa perempuan itu. Along
tau dia cakap
apa, dia tanya nielah
girlfriend dia. Orang
tau tak sakit
hatinya orang bila
dia cakap macam
tu. So, orang pun
minta putus. Mummy pun dah approve. Boleh dia
kahwin dengan girlfriend dia
dulu.” Aku terus berterus-terang tentang
apa yang berlaku.
“
Awak dah
salah faham. Saya bergurau
jelah. Itu bukan girlfriend sayalah. Itu
adik bongsu. Dia baru
je balik dari
Sweden. Saya yang minta
dia temankan saya
beli cincin untuk
awak. Saya cuma minta
pendapat dia pasal
cincin nie. Dia kan
perempuan. Dia tentu lebih
faham taste orang perempuan
nie macam mana.
Lagipun,
saya dah
memang sayangkan awak. Saya
tak nak kahwin
dengan orang lain. Tolonglah jangan
minta putus dengan
saya. Saya janji saya
tak akan bergurau
macam tu lagi. Promise.”
Rupanya Zafran pun
mendengar perbualanku dan
Alongku.
“ Kahwinlah dengan
perempuan lain. Perempuan macam
saya nie tak
sesuai dengan awak.” Aku
mula jual mahal
bila dengar pengakuan
sayangnya padaku.
“
Kalau macam tu, biar
aku carikan untuk
kau, Zafran. Dah adik aku
tak nak kahwin
dengan kau. Aku ada
kenal ramai perempuan
cantik dan baik
untuk kau,” sampuk Along.
“
Along!!!” Aku menjerit nyaring. Ada
pulak nak cari
perempuan lain untuk
Zafran. Bukannya nak tolong
aku.
“ So, kita
tak akan putuslah
kan? Susah nie. Balik nanti, saya
nak mintak parent
kita cepatkan majlis
kahwin. Nanti tak adalah
awak buat macam
nie lagi,” usul Zafran.
“
Hah?” Aku terus keluar
dari bilikku. Aku lihat
Along dan Zafran
tersengih di hadapan
bilikku.
“
Awak, saya betul-betul minta
maaf dengan awak. Saya
janji saya tak
buat lagi,” ujar Zafran. “ Hari tu, saya
nak test awak je. Lagipun, awak macam
tak sayangkan saya. Siapkan
pesan macam tu
lagi. Saya ingatkan awak
tak kisah saya
keluar dengan siapa
pun.”
“
Hish, perempuan mana tak
cemburu kalau lelaki
yang dia nak
kahwin keluar dengan
perempuan lain,” bidasku.
“
Itu bermakna Jane
dah sayangkan Zafran,” sampuk Along.
“
Dahlah. Pergi buat kerja. Awak, pergi balik.” Aku
menghalau kedua-dua sekali.
“
Dia malulah.” Along dan
Zafran ketawa.
MAJLIS
perkahwinanku bersama Zafran berjalan
lancar. Mummy adalah
orang yang paling
gembira dengan perkahwinanku. Rupanya Mummy berbincang
dengan parent Zafran
tentang hal aku
nak putus tunang
dengan Zafran. Mummy
berjumpa dengan kakak
Zafran sendiri pagi
itu. Mereka yang merancang
untuk memberitahu Zafran
yang aku mahu
memutuskan pertunangan. Mereka tahu
yang Zafran akan
memujuk aku.
Masa aku
bersanding juga, aku mendapat
tahu yang Along
akan mengikut jejak
langkahku untuk mendirikan
rumah tangga. Huhuhu..Dengan siapa??? Dengan setiausahanya
sendiri, Aida Suraya. Rupanya,
Along memang dari
dulu menyimpan perasaan
kepada Aida. Cuma tunggu
aku sahaja untuk
berkahwin. Katanya, dia mahu adik
perempuannya berkahwin dulu, barulah
dia berkahwin.
“
Jauh termenung.” Tegur Zafran
yang sudah bergelar
suamiku.
“
Teringatkan saat awak
memujuk saya,” ujarku tersenyum.
“
Awak??? Saya??? Abang tak nak Nur panggil
abang macam tu. Panggil
abang, abang dan abang
akan panggil Nur, okey.
Nampak manja sikit and
lain dari orang
lain. Kan orang lain
panggil Nur, Jane.” Zafran memeluk
bahuku.
“ Okeylah, abang.” Aku menghadiahkan
ciuman di pipi
Zafran.
Dengan serta merta
pipinya menjadi merah. Dia
melepaskan bahuku dan
tunduk menutup mukanya. Aku
ketawa. Tidak sangka,
suamiku ini pemalu
orang. Nampak comel pula
dengan wajah merah
itu.
“
Kenapa abang tunduk
nie?” soalku sambil ketawa.
“
Janganlah ketawa.” Dia mengangkat
mukanya tetapi mukanya
masih lagi merah.
Aku ketawa
lagi. Dia terus memelukku. Aku membalas
pelukan itu. Aku berharap
agar bahagia ini
berterusan sehingga ke
akhir hayat.
No comments:
Post a Comment