Wednesday, March 16, 2011

Sayang Dalam Diam



LETIHNYA.. Itulah yang singkap di dalam fikiran Fazrina sekarang. Dia baru habis menghadiri mesyuarat bersama klien terbarunya. Apa yang peliknya, kliennya itu tidak menghadirkan diri cuma menghantar wakilnya sahaja. Dia tidak kisah tetapi dia tidak suka melakukan perkara dua kali. Sekiranya kliennya tidak berpuas hati, dia terpaksa membuatkan kerjanya untuk kali kedua. Bos yang cakap macam itu, ‘Kalau klien kita tak puas hati, buat balik.’ Itulah yang ditakutkan sekarang.
Dia masuk ke biliknya. Dia mengeluh. Sudah sebulan dia tidak balik ke Terengganu. Minggu lepas pun dia tidak balik walaupun abangnya yang kedua berkahwin. Ini kerana kerjanya banyak yang belum siap. Hujung minggu ini pula majlis bagi pihak lelaki.
Dia perlu memohon cuti bagi hari Jumaat. Abangnya itu sudah memberikan amaran supaya dia perlu menghadirikan diri pada majlis yang akan datang. Abangnya memang macam itu. Memang abangnya marah apabila dia tidak menghadiri majlis itu.
Dia bergerak ke bilik bosnya. Dia melintasi tempat setiausaha bosnya sambil bertanya sama ada bos ada di dalam atau tak. Melihat anggukkan setiausaha bosnya, dia meneruskan langkahnya ke bilik bosnya. Belum dia mengetuk pintu, dia terdengar perbualan bosnya dengan seorang. Dia teringin untuk mengikut perbualan tersebut walaupun dia tahu itu perbuatan yang salah.
“ Kenapa hantar jurutera perempuan? Kenapa tak hantar jurutera lelaki? Bagus sangat ke perempuan tu?” tanya lelaki itu.
“ Dia memang jurutera yang hebat, Encik Rizman. Dia jurutera terbaik di sini,” puji bosnya. Dia berasa bangga sebentar.
“ Saya akan cakap macam tu kalau hasilnya dah siap nanti,” ucap lelaki itu.
Dia sudah tidak tahan mendengar sindiran lelaki itu. ‘Menyampah, memang nak kena lelaki nie dengan aku.’ Dia mengetuk pintu bosnya dengan kuat sekali. Bagaikan nak roboh dibuatnya pintu itu. Apabila mendengar arahan masuk dari bosnya, dia masuk dengan angkuh sekali. Nak menunjuk kat lelaki tu.
“ Faz, ada apa awak nak jumpa saya nie?” soal bosnya.
Dia memandang lelaki itu. Nampak lelaki itu tersenyum namun dia langsung tidak membalasnya. Dia berpaling semula ke arah bosnya. Dia tersenyum manis.
“ Bos, saya nak minta cuti hari khamis and jumaat nie. Abang saya ada kenduri majlis. Dia dah siap bagi warning suruh saya datang coz saya tak ada masa akad nikah dia hari tu,” minta Fazrina. “ And one more thing, saya nak tarik diri dari tender syarikat indera. Bagi ar tender nie kat jurutera lelaki. Lelaki kan lebih bagus dari saya nie.”
Dia memandang sekilas lelaki itu. Wajah lelaki berubah sebentar. Dia menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki itu. Wajah bosnya turut berubah. Sudah dengarkah Fazrina dengan perbualan tadi?
“ Kenapa, Faz?”
“ Sebab saya tak nak bekerja dengan orang yang memandang rendah kepada wanita seperti saya. Mereka menganggap wanita nie tidak sehebat lelaki. Kalau orang dah cakap macam tu, buat apa lagi kita nak bekerja dengan dia?” sindir Fazrina. Nadanya masih lagi sinis.
“ Cik Faz, saya minta maaf. Saya tak berniat untuk merendahkan kaum wanita seperti nie. Baiklah saya akan terima awak bekerjasama dengan saya. Saya tarik balik kata-kata saya.” Rizman bersuara.
Fazrina masih berdiam diri memikirkan perkara itu. Dia tidak sampai hati untuk menolak apabila melihat wajah bosnya yang mengharap. “ Baiklah, saya tak akan tarik diri. Bos, lulus tak cuti saya nie?”
“ Lulus.”


MERIAHNYA…Majlis abangnya itu memang meriah. Dia tidak boleh menafikan. Ramai yang datang meraikan pasangan itu. Dia gelak apabila abangnya itu bercakap yang dia mahu berkahwin. Apa taknya, abangnya itu seorang playboy. Dia memang respek kakak iparnya kerana boleh menunduk playboy itu. Dia tidak menang tangan melayan tetamu yang datang.
Rizman masuk ke dalam rumah itu. Dia mahu berjumpa dengan sepupunya yang baru berkahwin minggu lepas. Bukan selalu dia berjumpa dengan sepupunya itu. Mungkin sebab dia jarang balik ke kampungnya.
“ Fahmi, kau dapat jodoh awal dari aku,” tegur Rizman.
“ Sampai jugak kau di rumah aku nie. Ingatkan dah tak ingat jalan nak datang sini,” ucap Fahmi.
“ Aku sibuk. Minggu lepas kan, aku ada datang majlis kau kat Johor. Kebetulan aku ada kerja kat sana,” ujar Rizman pula.
“ Kau dah makan ke belum? Kau patut rasa nasi minyak Ateh. Best. Terangkat punya,” ucap Fahmi.
“ Tak pelah, aku nak jumpa mak kau dulu.”
“ Ok.”
Rizman berlalu pergi. Dia ingin berjumpa dengan emak saudaranya. Minggu lepas walaupun dia menghadirkan diri ke majlis akad nikah itu, dia tidak sempat bertegur sapa dengan emak saudaranya kerana ada panggilkan kecemasan dari pejabatnya.
“ Mak uda, mak uda sihat tak?” Dia bersalam dengan orang yang banyak berjasa kepada dirinya.
“ Sampai gop mu ye. Ingatkan dop ingat doh,” Mak Uda tersenyum.
“ Riz sibuk, Mak Uda,” ucap Rizman.
“ Gi ar makang nung. Kekgi kita sembang agi.”
Rizman berjalan ingin mengambil tempat untuk untuk makan. Tiba-tiba matanya menangkap wajah seorang yang dikenalinya. Fazrina! Tapi apa yang dia buat di sini? Dia melihat sekumpulan kanak-kanak bercakap sesuatu dengan perempuan. Apabila kumpulan kanak-kanak itu melintasi di hadapannya, dia menghalang.
“ Adik, siapa kakak yang adik cakap tadi?”
“ Kak Nana, anok Mok De. Bakpe abang tanya?”

“ Tak ada apa ar..Terima kasih tau.”
Dia berjalan dekat dengan Fazrina. Mesti wanita itu terkejut dengan kehadirannya di sini. Wanita itu kelihatan ayu dengan baju kurung berwarna peach. Tidak seperti tempoh hari dengan baju sut berseluar yang nampak lebih berkeyakinan.
“ Hai, Cik Faz,” tegurnya.
You!! Apa you buat kat sini?” Kan dah cakap mesti dia terkejutnya.
“ Buat apa you tanya? Kan nie kenduri kahwin sepupu I, mestilah I datang nak raikan sepupu I.” Dia memang berniat untuk mempermainkan wanita itu.
“ Sepupu you? Jadi Kak Zura tu sepupu you ye.” Fazrina membuat conclusion sendiri.
“ Eh, bukan dialah. Pengantin lelakinya tu baru sepupu I.”
“ Hah, biar betul you nie? Dia tu abang I lah. Wait! Jangan cakap yang you nie sepupu I?”
“Kenapa tak boleh ke?”
“ Kalau you cakap yang I nie sepupu you kenapa kita tak pernah kenal pun? You nak mainkan I ye?” soal Fazrina.
“ Tak adalah. I memang sepupu kepada Fahmi, anak saudara Puan Noraini,” ucap Rizman sambil ketawa.
Fazrina membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Kalau mamat kat depan nie sepupunya, kenapa dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki nie? Rasanya dia kenal dengan semua sepupunya. Dia berfikir lagi. Tiba-tiba dia teringat akan anak kepada arwah Mak Lang. Dia pernah berjumpa dengan mereka semua. Kata maknya yang semua anak arwah Mak Lang semuanya 3 orang lelaki.



SEMUA tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal ahli keluarga terdekat sahaja di rumah itu termasuklah Rizman. Fazrina mencebik setiap kali melihat Rizman. Dia tidak sangka yang lelaki yang dibencinya sebenarnya sepupunya sendiri.
“ Hah, yang mu tengok si Riz tu sampai mata dop kelip tu, bakpe? Mu kenan ke dia ke?” tegur Fahmi pula.
“ Dia? Dop selera aku tengok dia er… mu jangan nok sebor fitnoh kat nie. Aku baham mu kang,” balasnya kembali.
“ Ceh, ada hati nok baham aku. Aku katok mu lu. Kang mu dop bangun pulop kang.” Fahmi memegang kepala.
“ Eh, bodo. Pale aku jangan nok wat main. Aku tumbuk sungguh baru mu reti base kekgi.” Dia menepis tangan abangnya.
Rizman melihat adegan itu menjadi sedikit cemburu. Kenapa pula dia hendak cemburu? Pelik. Tetapi dia memang cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Ketika itu dia sedang berbual dengan Mak Uda.
“ Budak dua orang tu memang gitu. Jupe je gocoh. Padahal besor tua bake doh.” Mak Uda mengulas sedikit tentang anaknya. “ Malam nie mu tidor mane?”
“ Saya cadang nak tidur kat hotel kat tepi pantai tu. Cantik juga tempat dia.”
“ Wat nape tidor kat sane? Rumah Mok De besor agi. Banyok bilik Korong agi. Mari ar tidor sini. Wat abis duit je tidor sane. Nana mari teman Riz nie ambik barang dia,” arah Mak Uda.
“ Bakpe orang ye kene teman dia? Dia kang ada kaki diri..boleh gi diri ye,” rungut Fazrina.
“ Mu nie kang, orang suruh tu wat je ar. Banyok songeh pulop dia nie. Gi cepat,” arah Mak Uda dengan tegas lagi.
Fazrina dengan muka masam naik kereta Rizman. Rizman cuma tersenyum melihat Fazrina. Dia sendiri tahu yang dia boleh pergi sendiri tanpa ditemani tetapi dia suka apabila mendengar Mak Uda menyuruh Fazrina menemaninya. Muka Fazrina masam mencuka. Dalam kereta, mereka berdua melayan perasaan.
“ Nana,” seru Rizman.
You jangan suka-suka nak panggil I dengan nama tu. You tak ada hak langsung,” jerkah Fazrina.
Relax. Kenapa you marah sangat nie? I bukan nak buat apa pun. Cuma panggil nama je,” tegur Rizman.
I tak suka nama I dipanggil oleh orang yang I sendiri tak suka,” balas Fazrina pula.
“ Kenapa you tak suka I?”
You masih tanya lagi? I tak suka orang yang suka merendahkan kebolehan wanita,” ujar Fazrina.
Sorry, okey. I tak bermaksud begitu pun.” Rizman meminta maaf.
“ Sudahlah. Mak I suruh I teman you je. Dia tak suruh pun I layan you bercakap. Lagipun Encik Rizman, kita dah sampai. Jadi tolong cepat-cepat ambil barang you and kita boleh balik cepat-cepat.” Fazrina menyindir Rizman dengan sinis sekali.
Rizman tergaman. Biasanya dia selalu menyindir kaum wanita itu tetapi dia tidak membalas. Lidahnya menjadi kelu untuk membalas kata-kata Fazrina itu. Dia keluar dari kereta sambil tersenyum.



MAK, pagi nie orang nok gi Dungun,” beritahu Fazrina.
“ Mu nok gi wat natang ape?” soal Mak Uda.
“ Macam biasa ar mak. Mak macam dop tau je,” ucap Fazrina sambil tersenyum.
Fazrina menyenduk nasi lemak buatan tangan emaknya. Sudah lama dia tidak merasai buatan tangan emaknya. Sedang dia enak menyuap nasi ke dalam mulut, kedengaran suara lelaki itu meyapa.
“ Selamat pagi, Mak De, Nana.” Terdapat nada sindiran apabila dia menyebut nama Fazrina.
Fazrina yang mendengarnya menjeling sekilas kepada lelaki itu. Lelaki ini memang nak kena dengan aku.
“ Riz ingat nak ke Bandar lepas nie. Nak cari barang sikit. Nak bagi ibu,” balas Rizman.
“ Nana, mu gi naik mende?” soal Mak Uda kepada Fazrina.
“ Mestilah naik bas. Malas nak naik kereta. Susah nak cari parking kat sana. Dohlah hari nie hari sabtu mesti ramai orang kat sana.” Fazrina masih menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“ Gi ngan Riz nielah. Senang sikit. Lagipun, mu boleh ar teman Riz nie. Dia dop mahir agi ngan jalan kat tu.” Mendengar kata-kata dari Mak Uda, nasi yang sedang dikunyahnya tersembul keluar. Nasib baik tiada sesiapa di hadapannya. Kalau tak, confirm kena semburannya.
“ Nana, mu nie. Makang gop molek sikit. Boleh pulop dia sembo gitu,” tegur Mak Uda.
Fazrina menjeling tajam lelaki itu. Rizman tersengih memandang gelagat Fazrina. Nampak sangat yang perempuan itu tidak mahu naik keretanya.
“ Mak, orang boleh gi sendiri ar. Bukan susoh pun. Naik bas je. Kerajaan pun suruh kita utamakan kenderaan awan. Kurang pencemaran udara.” Sempat lagi Fazrina buat lawak.
“ Eh, budok nie. Mainkan kita pulop. Gi je ngan Riz,” arah Mak Uda.
“ Yelah. Yelah.” Fazrina sudah malas nak bergaduh emaknya lagi.




You nak ke mana nie?” soal Rizman apabila sampai ke Bandar Dungun.
I nak pergi shopping kat pustaka,” ujar Fazrina.
“ Hah? Shopping kat pustaka?” soal Rizman balik.
“ Yelah. Shopping kat pustaka. I nak beli bukulah. Pelik ke?” Fazrina bertanya pula.
“ Pelik juga. Biasanya orang perempuan nie suka shopping baju, kasut, selendanglah. You pulak shopping kat pustaka. Kalau you cakap kat orang lain pun, orang tu pun akan rasa pelik, tau.” Panjang lebar Rizman berkata.
“ Nie style I. Suka hati I lah.” Fazrina mencebik.
Rizman tersenyum. Tahu sangat dengan perangai Fazrina yang suka mencebik dengannya.
“ Pustaka tu kat mana?” soal Rizman.
“ Kat sebelah sana. You nak pergi mana?” Fazrina menyoal kembali Rizman. “ Kalau you nak pergi tempat lain, pergilah. You jangan terkejut pulak kalau I cakap I nak duduk kat sana dua jam tau.”
“ Dua jam? You nak buat apa kat sana?”
“ Tengok buku baru.”
“ Kalau macam tu, I ikut you dululah. Nanti kalau you dah puas, you kena teman I jalan-jalan kat sini,” ujar Rizman.
“ Kenapa I kena temankan you?”
“ Pertama, sebab I tak kenal tempat nie. Kedua, I nak belikan sesuatu untuk wanita dan I nie tak pandai sangat nak pilih barang perempuan.” Rizman dengan penuh semangat mengatakan perkara itu.
“ Dah agak dah. You memang ada agenda lain.” Fazrina mencebik.
Fazrina keluar untuk memintas jalan. Tanpa memandang kiri-kanan, dia melulu untuk memintas. Tiba-tiba terasa pinggangnya ditarik dari belakang. Rapat ke badan seseorang. Dia berpaling ingin marah.
You nie tak pandai lintas jalan ke? Budak-budak pun tahu cara lintas jalan tau. Mula-mula tengok kiri-kanan, lepas tahu tak ada kereta barulah lintas jalan.” Macam beri penerangan pada budak kecil pula.
Dalam dia memberi penerangan, mereka berdua melintas jalan. Jari-jemari Fazrina digengam erat. Hati Fazrina merasakan satu perasaan asing timbul. Rasa berdebar-debar apabila jari Rizman mengenggam erat jarinya. Namun bagaimanapun, rasa debaran itu hilang tatkala melihat pustaka di hapadannya. Dia pantas masuk ke pustaka itu. Rizman tersenyum melihat gelagat wanita itu.
Fazrina pantas melulu ke ruang novel. Sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang dunia novel sejak dia mengambil tender dari Syarikat E-Tech. Jadi masa cuti inilah dia akan mengqadarkan masa itu balik.
“ Buku macam nie pun you baca?” soal Rizman sinis.
“ Buku macam nie bukan setakat cerita cinta sahaja. Ia mempunyai banyak lagi tema. Contohnya kasih sayang seorang ibu.” Masing-masing tidak mahu kalah.
“ Akak,” panggil seseorang. Pantas Fazrina berpaling.
“Akak nie kak Anne kan?” tanya seorang gadis dalam usia lingkungan belasan tahun.
“ Ya.”
“ Tak sangka dapat jumpa dengan kak Anne kat sini. Saya nie peminat setia kak Anne. Novel kak Anne memang best. Saya tunggu novel kak Anne yang seterusnya. Saya nak minta autograph kak Anne.” Gadis itu menghulurkan sebuah novel tulisan Fazrina.
Fazrina mengambil novel tersebut sambil bertanya nama gadis itu. Dia menurunkan tandatangannya di novel itu. Dia berasa teruja apabila berhadapan dengan keadaan tersebut. Bukan dia tidak pernah berhadapan dengan peminatnya tetapi itu hanya berlaku ketika pesta buku. Dia menghantar gadis itu pergi dengan pandangan matanya.
So, you are a writer?” soal Rizman.
Yup.”
“ Anne Maria? Kenapa tak guna nama you sendiri? Cantik sikit nama tu,” ujar Rizman.
“ Suka hati Ilah. Ia tak berkaitan dengan you pun. Sibuk je.” Fazrina menjeling lagi ke arah Rizman.
Rizman tersengih. Nampak dah jadi tabiat Fazrina menjeling Rizman apabila dia marah.


FAZRINA tetap berhubung dengan Rizman. Ini kerana mereka berdua bekerjasama dalam satu projek. Projek yang pernah ditolak oleh Fazrina itu. Dari situ, Fazrina dapat mengenali satu lagi sifat Rizman. Di luar, Rizman macam lelaki yang tak tau malu tetapi bila berdepan dengan hal kerja, Rizman amat berlainan dengan sifat itu. Dia amat tegas apabila membabitkan tentang hal kerja.
Bersama Rizman, timbul perasaan yang berdebar. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia tidak boleh mengelak apabila bertemu dengan Rizman kerana mereka dalam satu projek yang sama.
Tetapi ada satu perkara yang lebih mendebarkan hati Fazrina. Ia berkaitan dengan hal perkahwinannya. Emaknya di kampung telah menelefonnya memberitahu bahawa emaknya telah menerima pinangan seseorang dari Johor. Sejak hari emaknya menelefonnya, perhatiannya agak terganggu. Apabila ditanya alas an emaknya menerima pinangan tersebut, emaknya akan bercakap sudah tiba masanya untuk dia berkahwin. Ayahnya pula tidak berkata apa-apa tentang perkara ini.
“ Mak, bakpe mak gi terima? Orang xmboh kawin lagi. Orang nak keje lu,” bantahnya.
“ Keje? Mu nok keje sapa bile? Sapa tua? Mu kene kawin gop ngan dia nie. Mak terima doh. Mu jangan nok malukan mak.”
“ Mak.” Dia merayu lagi. “ Mak macam ar orang nie dop laku ngat.”
“ Doh kalu mu laku ngat, mane pakwe mu?” Soalan itu membuatkan dia tergaman. Memanglah. Dia memang tidak mempunyai seorang pakwe pun. Dari zaman dia sekolah lagi, dia tidak bermain perasaan dengan sebarang lelaki.
“ Doh, ikut ar. Orang ikut je.” Dia berputus asa. Berlawan kata dengan emaknya, dia sudah nampak jalannya. Dia tetap akan berkahwin dengan lelaki itu. Entah lelaki mana yang emaknya suka sangat tu.
Dia memang tidak dapat pulang pada hari pertunangan sendiri. Bukan dia mahu mengelak tetapi banyak lagi kerja di pejabatnya yang memerlukan perhatian daripadanya selain hal pertunangan ini. Pihak lelaki itu pula tidak kisahkan ketidakhadirannya pada majlis pertunangan itu. Yang paling gila lagi, majlis perkahwinannya akan berlangsung pada awal bulan depan. Dia juga menentang perkara ini tetapi salahnya juga meninggalkan segala-galanya kepada emaknya.
You nak kahwin bulan depan ye? Mak de yang cakap. Taniah dari I.” Ucapan taniah dari Rizman membuatkan hatinya menjadi semakin sakit. Kini dia tahu yang dia sudah mula mencintai Rizman, lelaki yang dibencinya dahulu.


SEAWAL enam pagi, dia sudah dikejutkan untuk bangun. Hari yang ingin dihindari sudah tiba. Hari perkahwinannya. Memang dia tidak bersemangat. Lagipun dia memang jenis yang tak suka bangun pagi kalau tak ada apa yang perlu dilakukan. Sepupunya, si Nina sudah bising apabila melihatnya masih bermalas-malasan.
“ Nana, kau tak mandi lagi? Hei, kau tahu tak hari nie hari apa, hah? Hari nie hari pwekahwinan kau, tau tak,” jerkah Nina.
“ Lambat lagi. Pukul 10 nanti kan akad nikah. Rilek ar lu,” balas Fazrina.
“ Rilek kepala hotak kau. Kau ingat boleh bersiap dalam masa sejam ke? Kalau pergi keje boleh. Nie hari penting kau. Takkanlah kau nak pakai selekeh je? Dah, sekarang kau pergi mandi. Cepat. Banyak kerja yang kita kena buat nie.” Nina tegas memberi arahan. Nina bekerja sebagai jurusolek pengantin. Hari nie dialah yang akan memekapkan Fazrina.
Selesai je mandi, Fazrina bersarapan. Emaknya masih sempat menyediakan nasi lemak. Belum sempat dia membedal nasi lemak itu, dia dihalang oleh Nina.
“ Apa nie? Aku nak makan. Ke kau nak tengok aku mati kebulur?” marah Fazrina.
“ Aku tak cakap kau tak boleh makan.”
“ Habis tu, bagi ar pinggan tu kat aku.”
“ Kau kena makan kuih. Nanti perut kau tak selesa makan makanan berat macam nie. Cepat makan kuih tu. Aku dah nak start mekap kau,” arah Nina lagi.
Fazrina memang marah gila bila tak dapat makan nasi lemak emaknya. Terdetik juga dalam hatinya yang dia mahu membatalkan perkahwinan ini tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu melihat wajah emaknya berubah tatkala dia menyuarakan perkara tersebut. Emaknya kelihatan amat gembira sekali.
Dia sudah selesai bermekap. Juga sudah lengkap berpakaian. Baju kurung berwarna ungu tersarung di badannya. Dia memandang sepi biarpun Nina sudah banyak kali memujinya. Kalau boleh, dia mahu warna hijau pucuk pisang yang tersarung di badannya. Perasaannya melayang-layang. Dia menangis dalam hati. Cinta yang tidak terluah terpaksa dilupakan.
“ Pengantin lelaki dah sampai. Bawa pengantin perempuan keluar.” Kedengaran suara di luar biliknya bersuara.
Dia tidak boleh tersenyum sedikit pun. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya takut orang lain perasan akan kemuramannya. Dahlah sekarang wajahnya macam orang kena paksa kahwin. Memang kena paksa kahwin pun. Kedengaran suara tok kadi memulakan akad nikah. Kemudian dia mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya. Dia pantas mengangkat wajahnya. Mendengar sahaja suara orang menyebut perkataan ‘sah’, dia terus tidak sedarkan diri.


SERONOK tidur sayang?” Itulah soalan pertama yang didengarnya tatkala cahaya menyuluh penglihatannya.
Dia masih berasa sakit kepala. Otaknya tidak mampu untuk memproses pertanyaan itu lagi. Tidak lama kemudian, matanya membulatkan memandang seseorang di hadapannya. Rizman. Dia sedang tersenyum manis sambil memberi pandangan menggoda kepada Fazrina.
You!!! Apa you dah buat nie?”
“ Buat apa?” Rizman buat bodoh.
“ Kenapa you yang kahwin dengan I?”
“ Kenapa tak boleh ke?”
“ Kenapa you tak bagitahu I?”
“ Kenapa you tak pernah tanya Mak De?”
You sengaja kan? You tau tak, I nie tak macam orang gila duk fikir pasal you. Pasal cinta I pada you. And you, how could you don’t even tell a single word to me?”
You cintakan I? So tak payah ar I susah-susah nak fikir rancangan untuk buat you jatuh cinta pada I.” Dalam masa macam nie pun, Rizman boleh bergurau lagi. “ Sorry. I buat semua nie sebab I tak nak kehilangan you. I dah jatuh cinta pada you sejak pertama kali I jumpa you.”
Fazrina yang mendengar menitiskan air matanya. “ I pun cintakan you. Sejak mak I cakap I akan kahwin. I rasa sedih sangat. Masa tu ar, I tau I dah jatuh cinta pada you.”
Rizman tersenyum mendengar pengakuan tulus daripada Fazrina. Dia tidak nampak pun yang wanita ini akan jatuh cinta padanya. Selama ini, dia menganggap yang Fazrina tidak membantah perkahwinan ini kerana arahan dari emaknya.
“ Tapi, kenapa you tak bagitahu I? Siap ucap taniah lagi.”
“ Saja I nak permainkan you. You pun langsung tak ambil kisah dengan persiapan perkahwinan kita. Semuanya suruh mak yang buat.”
“ Manalah I tau I akan kahwin dengan you. Kalau I tau, dah tentu I…” Fazrina menutup mulutnya.
I apa? I nak dengar nie.”
You saja nak malukan I kan.”
“ Dah, sekarang nie, kita ubah panggilkan kita. I nak you panggil I abang. I panggil you sayang. Boleh kan?”
You nak….”
“ Abang, panggil abang, sayang. Esok kan kita akan bersanding. Tentu best kan. Sayang dah tengok baju kita. Warna hijau pucuk pisang tau.”
“ Hah??? Warna hijau pucuk pisang? Tapi kenapa?”
“ Tu kan warna feveret sayang. Abang tau ar.”
Fazrina tersenyum. Dapat juga dia meraikan hari perkahwinan dengan warna yang disukainya. Sudah tentu dia gembira apabila dapat meraikannya dengan suami tercinta…

3 comments:

  1. hmmmm how to say yer seronok jg cerita ni mama suka..

    ReplyDelete
  2. Cerpen yang bagus...tapi ade bebrapa kritikan mmbina..hope boleh terima..

    1. Background blog yg agak menggangu pmbaca..
    2. Jalan cerita yang agak mendatar..tiada unsur2 kejutan..tiada unsur2 sedih..atau gembira yg ditonjolkan watak utama..
    3. Tiada juga plot2 yang boleh menyebabkan pembaca tertanya2 dan ingin membaca sehingga ke akhir cerita
    4. Penggunaan bahasa yang agak tidak sesuai dan kekurangan bahasa2 klasik, motivasi ataupun bahasa romantis..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas komen Pas Cawangan Kampung Pulau Kerengga tu..
    sy akan cuba mengubahnya..

    ReplyDelete