Bab 26
YUKI menyelongkar almari lamanya. Dia mencari alamat kawan lamanya. Sedang dia sibuk mencarinya, sekeping gambar jatuh melayang-layang ke atas lantai. Dia tergaman seketika melihat gambar itu. matanya mulai bertakung. Kesunyian mulai dirasai tatkala memandang gambar itu. ianya mencengkam jauh ke dalam hati. Dia mengusap gambar itu dengan jemarinya. Lama. Orang yang berada di dalam gambar itu telah lama tidak ditemui. Rasa rindu mula bertakung di hatinya. Lalu kenangan silam singgah di fikirannya.
KEDENGARAN tawa hilai mereka bertiga apabila mendengar cerita daripada Syaqie. Ketika itu Syaqie yang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaya sedang bercuti. Yuki dan Yuri sedang cuti sekolah. Riuh-rendah rumah mereka dengan ketawa.
“ Habis tu, dialah yang jumpa dengan kau?” soal Yuki apabila mendengar cerita yang kawan Syaqie telah terserempak dengan hantu.
“ Aku jumpa dia selepas tu bawa dia jumpa pak guard yang kerja kat situ,” ujar Syaqie.
“ Tentu kau lari jugak kalau jumpa dengan benda tu, kan.” Usik Yuki.
“ Jangan cakap aku, kau pun sama. Aku berani sumpah kalau kaulah yang jumpa benda tu, kau pun lari lintang pukang,” sindir Syaqie sambil ketawa.
Yuki mencebik. Dia melihat Yuri melangkah keluar dari bilik.
“ Kau nak ke mana?” soalnya.
Yuri yang melangkah berhenti seketika. Dia tersenyum. Lalu menjawab, “ Nak pergi ambil air, dahagalah. Nanti Yuri bawak sekali untuk Aika dan Kak Yuki.”
“ Suruhlah Kak Jah. Buat apa susah-susah.”
“ Yuri malaslah nak kacau Kak Jah. Tentu dia dah tidur,” ujar Yuri.
“ Suka hati kaulah,” ucap Yuki pula.
Yuki menumpu perhatiannya pula kepada Syaqie.
“ Kau asyik dengar cerita aku je. Takkanlah kau tak ada cerita?” soal Syaqie pula.
Yuki tersenyum apabila teringatkan sekolahnya MRSM Kuantan. Tiada apa yang menarik tentang sekolah itu. Dulu, sebelum masuk ke sekolah itu, dia telah bergaduh besar dengan Otosa. Dia mahu masuk ke sekolah itu namun Otosa mahu dia masuk ke sekolah yang berdekatan. Akhirnya Otosa membenarkannya bersekolah di sana dengan syarat, dia kena belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dia membuktikan yang dia boleh berjaya.
“ Tak ada cerita menarik langsung,” ujarnya.
“ Takkanlah tak ada cerita langsung?”
“ Semuanya tak seronok langsung,” ucap Yuki.
Perbualan mereka terhenti seketika apabila Yuri datang bersama dulang yang mempunyai seteko air dan sedikit snek. Yuki mengambil sedikit snek itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Laparnya perutnya. Waktu makan malam malam tadi, dia cuma menjamah sedikit sahaja makanan. Seleranya tiada.
“ Hei, Yuki. Kau nak masuk ‘U’ mana nanti bila habis SPM?” soal Syaqie sambil mengunyah snek itu.
“Entahlah. Aku pun tak tahu lagi nak masuk ‘U’ mana,” ujar Yuki. Memang dia belum membuat pilihan lagi tetapi dia idamkan ‘U’ di luar negara agar dia dapat merasai kehidupan luar negara.
“ Aku tahu tentu kau nak pergi luar negara. Otosa mesti bagi,” ucap Syaqie. Dia sedikit kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran kerana Otosa tidak membenarkannya.
“ Mestilah.” Yuki bangga dengan title ‘anak emas’ Otosa.
“ Princess macam mana? Dah tahu nak ke ‘U’ mana?” soal Syaqie.
Yuki menjeling ke arah Syaqie. Meluat. Benci benar apabila Syaqie memanggil Yuri dengan panggilan princess. Tidak pernah Syaqie memanggil namanya dengan lembut. Kedengaran Yuri ketawa.
“ Apalah Aika ni. Kan Yuri tak PMR lagi, jadi tak fikir lagi. Cuma fikir nak masuk sekolah asrama penuh je.”
“ Kena fikir dari sekarang,” nasihat Syaqie.
Yuri cuma mengangguk-angguk. Berangan memang ada tetapi kalau yang betul-betul target itu, tak adalah lagi. Dia tidak mahu belajar di luar negara. Baginya, ia sesuatu yang menyusahkan diri. Yuki mencebik mendengar nasihat yang ditujukan kepada Yuri. Dia tidak pernah mendengar nasihat daripada Syaqie. Kebanyakan kata sindiran yang seperi tadi. Dia tahu yang Syaqie kecewa kerana tidak dapat keluar negara.
“ Kita pergi main tenis, nak tak?” soal Syaqie dengan tiba-tiba.
“ Kau dah gila ke nak main tenis malam-malam ni,” sergah Yuki.
“ Kau ni macam tak ada otak. Takkanlah aku nak main malam-malam ni. Mengarut betullah kau ni. aku cadangkan esok,” balas Syaqie.
“ Nak. Yuri dah lama tak main tenis tenis dengan Aika. Tentu best,” ucap Yuri sambil menghirup perlahan air milo yang dibuat.
“ Tak seronoklah. Aku sorang aje yang tak pandai benda tu,” rungut Yuki.
“ Tulah, masa Otosa hantar pergi kelas, kau ponteng. Siapa suruh,” ujar Syaqie.
Masam mencuka wajah Yuki mendengar kata-kata daripada Syaqie. Benar kata Syaqie, dia selalu ponteng kelas tenis. Dia langsung tidak meminati sukan yang mengeluarkan peluh. Dia lebih suka bermain snoker. Permainan ini tidak mengeluarkan banyak peluh dan ia juga berlangsung di bawah sinaran matahari.
“ INI nak ke mana ni?” soal Otosa melihat semua anak-anaknya berpakaian sukan.
“ Kitaorang nak pergi main tenis, Otosa,” jawab Syaqie.
“ Eh, Yuki pun nak pergi jugak ke?” Pelik juga Otosa melihat Yuki. Biasa Yuki tidak menyukai aktiviti luar.
“ Bosanlah Otosa. Takkanlah Yuki nak tinggal sorang-sorang dengan Kak Jah tu,” rungut Yuki.
“ Pergi tukar baju. Ikut Otosa pergi tengok company ,” ajak Otosa kepada Yuki.
“ Betul ke Otosa?”
“ Cepatlah, Otosa dah nak pergi ni,” gesa Otosa.
“ Hei, Aika. Aku cancel ikut kauorang. Kauorang pergilah,” jeritnya menaiki tangga.
Syaqie dan Yuri berpandangan antara satu sama lain. Kemudian tersenyum. Mereka pun bertolak ke pusat tenis. Yuki tergesa-gesa menyaliin pakaian. Bukan apa, sudah lama dia tidak menjenguk syarikat Otosa. Memang dahulu, dia selalu bertandang ke pejabat Otosa. Sejak bersekolah di MRSM Kuantan, lama benar dia tidak melawat pejabat Otosa.
Abang dan adiknya tidak pernah melawat syarikat Otosa. Bukan Otosa tidak pernah mempelawa mereka tetapi mereka sendiri yang berkeras mengatakan tidak pergi ke pejabat. Lagipun dia tahu yang adik-beradiknya tidak meminati bidang perniagaan. Syaqie gilakan peguam. Yuri pula meminati bidang tarian.
“ Jomlah Otosa. Yuki dah siaplah.” Yuki mengajak Otosa.
Otosa mengikuti anaknya ke kereta. Gembira melihat Yuki segembira itu. Memang diakui, dia amat rapat dengan anaknya yang kedua. Keretanya laju meluncur ke pejabatnya yang berada di Subang itu. sampai di syarikat itu, Yuki berlari keluar dari kereta. Cepat-cepat dia masuk ke pejabat. Kelihatan staf-staf di situ terkejut dengan kehadirannya. Dia pantas mendapatkan Maisarah, setiausaha Otosa.
“Apa khabar, Kak Sarah?” sergahnya.
Maisarah pantas mengurut dadanya. Rasa terkejut dengan sergahan daripada Yuki. Dia ingin menyumpah orang itu tetapi apabila melihat anak kesayangan bosnya di hadapan, dia terdiam.
“ Kenapa dengan Kak Sarah ni?” Bimbang juga Yuki dengan Maisarah. Mana tahu kalau ada sakit jantung.
“ Tak adalah. Yuki ni kan selalu buat Kak Sarah terkejut. Boleh sakit jantung.” Maisarah berpura-pura marah.
“ Ni datang ni, nak tengok ayah ke?” soal Maisarah.
“ Hmm…nak tengok Kak Sarah kerja,” usik Yuki.
“ Dua orang tu tak ikut ke?” Maisarah bertanya.
“ Diaorang tu mana minat bussiness,” jawabnya selamba.
Cuma Maisarah sahaja yang tahu bahawa Yuki mempunyai adik dan abang. Dia pernah melihat adik dan abang Yuki dalam satu majlis yang melibatkan perniagaan. Kedua mereka amat serupa perangainya. Dia pernah mendengar yang abang Yuki bergaduh dengan ayah Yuki kerana pelajaran. Syaqie mahu belajar undang-undang. Manakala Otosa mahu anaknya belajar tentang perniagaan. Akhirnya Syaqie memohon sendiri dan menanggung sendiri kos pembelajarannya.
“ Kak Sarah, Yuki nak pergi jalan-jalan ye. Otosa tentu banyak kerja.” Yuki berlalu meninggalkan Maisarah.
DIA membelek fail-fail yang tersusun di dalam almari itu. Dia meneliti fail itu dengan tekun. Syarikat Otosa tidak mengalami kerugian selama 5 tahun. Dia bangga dengan ketekunan Otosa. Dia berhasrat untuk menjadi usahawan yang terkenal seperti Otosa. Dia tersenyum sendirian. Dia akan buktikan.
“ Buat apa?”
Yuki tersentak dari lamunannya. Dia berpaling ke arah suara yang menegur. Otosa. Dia menunjukkan fail yang dipegang. Otosa tersenyum melihat anaknya. Anaknya itu telah menunjukkan minat yang mendalam kepada bidang perniagaan. Sebab itulah, dia sering mengajak anaknya yang seorang itu menjenguk syarikat. Dia mahu anaknya pandai tentang selok belok bidang perniagaan.
“ Tak nak lunch ke?” soal Otosa.
“ Mestilah. Perut Yuki dah berbunyi ni,” ujar Yuki.
“ La..Otosa ni dah kenyang makan fail tadi,” gurau Otosa.
“ Otosa kalau Yuki makan, Otosa kena gulung tikarlah,” balas Yuki dengan gurauan.
Otosa ketawa. Dia amat gembira bersama anak yang seorang ini. Tidak seperti anak-anaknya yang lain. Dia mahu anak-anaknya mengambil alih perniagaannya nanti. Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Syaqie mahu menceburi bidang guaman. Betapa sakit hatinya, tuhan sahaja yang tahu. Yuri pula menolak mentah-mentah untuk melibatkan diri ke arah bidang ini. Cuma Yuki seorang yang menunjukkan perasaan minatnya tentang bidang perniagaan. Kerana itu jugalah, dia amat menyayangi anak itu lebih dari yang lain.
Apabila dia mendengar berita yang Syaqie berkeras itu melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dalam bidang guman, dia mengamuk besar. Dia mengatakan dia tidak akan menanggung perbenlanjaan Syaqie. Syaqie dengan wajah yang tenang mengatakan perasaan tidak kisah tentang itu. Dia amat tahu yang Syaqie tidak akan meneruskan perancangan itu tetapi dia kecewa juga kerana Syaqie telah menggunakan duit yang berada di dalam akuan banknya. Dia juga tahu yang wang itu berasal dari isterinya. Walaupun wang itu tidaklah mampu membiayai pelajaran Syaqie, Syaqie mengatakan yang dia telah menyimpan wang ketika bersekolah lagi. Akhirnya dia mengalah dan membiarkan sahaja Syaqie menyambung pelajarannya.
“ Otosa pula yang termenung,” tegur Yuki melihat Otosa terdiam sambil merenung sesuatu. “ Jomlah kita pergi lunch,” ajar Yuki sambil menarik lengan Otosa.
Mereka keluar beriringan. Staf-staf yang lain menjeling ke arahnya. Dia tersenyum.
No comments:
Post a Comment