Pemandangan dari jejantas di Bandar Ecid amat memukau pandangan matanya. Bandar Ecid tidak seperti Bandaraya Teknologi, tempat tinggalnya. Walaupun Bandar itu agak mundur dari segi pembangunan tetapi ia tetap hebat di matanya. Dia akan mula bersekolah di Bandar itu. Di Bandaraya Teknologi sudah tiada sekolah kerana kanak-kanak di bandaraya hanya belajar melalui system komunikasi. Hal ini kerana kanak-kanak di bandaraya semakin berkurangan.
“ Garry, saya dah sampai. Saya akan tolong awak buat rakaman itu,” jeritnya kegembiraan.
Garry merupakan rakannya dari kecil. Garry, seorang yang genius sehingga dia berjaya menjadi salah seorang sainstis di pusat penyelidikan, tempat di mana ibu bapanya bekerja. Dia teringat akan pertemuan terakhirnya dengan Garry pada bulan lepas. Dia masih mengingati wajah Garry yang cemburu tatkala perihal dirinya yang akan ke sekolah di Bandar Ecid menyapa pendengarannya.
“ Betulkah? Seronoknya. Kalau boleh, aku pun ingin menyertai kau tapi kau pun tahu kerjaku. Sekarang nie, banyak penyakit ganjil menyerang bandaraya kita. Contohnya, Virus Maytin, sejenis virus yang memusnahkan kepekaan manusia dan boleh mengakibatkan koma.” Garry bercakap sambil memegang dagunya.
“ Bahayanya. Boleh sembuh? Dah ada penawar?”
“ Sekarang nie, kami tengah membangunkan satu system yang menggunakan data emosi untuk dijadikan penawar bagi memulihkan kepekaan manusia. Rakaman ayat, audio dan visual tentang perasaan gembira, marah, sedih, dan seronok yang dirasai oleh manusia. Contohnya, seperti filem muzik atau cerita yang boleh menyentuh perasaan manusia. Rakaman itu akan digunakan sebagai penawar. Ia akan diperdengarkan kepada pesakit untuk menyedarkan mereka dari koma.” Garry berucap sambil merenjiskan sedikit maklumat ke halwa telingnya.
CAHAYA oren keemasan di ufuk timur kian menyerlah. Marchidya keluar dari rumahnya. Bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman menjamah pipinya. Dia memandang ke arah langit yang berwarna keemasan itu. ‘ Cantik,’ desis hati kecilnya.
Hari ini merupakan hari pertama Marchidya memulakan sesi persekolahan di Bandar Ecid. Dia terpaku seketika di hadapan sekolah yang tersergam indah. Kemudian dia melangkah masuk ke kelasnya. Niatnya untuk bermesra dengan rakan kelasnya terbantut apabila melihat rakan sekolahnya tidak menghiraukannya. Dia bagaikan tercampak di gurun yang tidak berorang.
Pada waktu rehat, dia berjalan menggelilingi sekolah itu. Dia pelik kerana suasana di sekolah ini tidak seperti yang digambarkan. Dia menggambarkan suasana di sekolah ini pada waktu rehat menjadi riuh-rendah. Pelajar-pelajar akan bertegur sapa antara satu sama lain. Mungkin sekolah ini tidak seperti yang digambarkan. Dia pun tidak pernah bersekolah. Dia cuma tahu tentang gambaran itu kerana membaca novel.
Dia mahu pulang ke kelasnya namun tidak tahu jalan pulangnya. Dia terasa debar mula menghenyak dada. Dia menjadi tidak keruan. Sesatkah dia? Dia terkebil-kebil seorang diri. Di mana kelasnya? Dia bermonolog dalam hati. Tiba-tiba dia diserbu perasaan yang cemas yang tunda-menunda. Ingin sekali dia berteriak supaya ada yang mendengar suara hatinya.
“ Hei awak, awak sesatkah?” tegur satu suara.
Dedebu kerisauan mula berterbangan kemudian lenyap entah ke mana. Dia mula memandang wajah perempuan yang menegurnya. Bibirnya mengukir senyuman manis.
“ Kalau sesat, marilah ikut saya. Saya nak balik kelas nie. Kelas awak sebelah kelas saya je,” ajak perempuan itu. “ Awak nie kelam kabut orangnya.”
“ Nampak sangat ke?” Mati-mati dia menyembunyikan rasa gusar di hatinya namun dapat dibaca jelas oleh perempuan itu. “ Nama saya Marchidya. Awak?”
“ Nama saya Bellylin. Panggil Belly aje,” ucapnya mempamerkan wajah manisnya.
“ Jomlah kita lumba lari sampai ke kelas.” Marchidya berlari tanpa mendengar larangan dari Belly. Dia bersorak kegembiraan. Dush! Dia terjatuh dengan memegang kepalanya. Dia mendongak untuk melihat siapa yang telah dilanggar.
“ Marchi, awak tak apa-apa?” Belly mendapatkan Marchidya yang terduduk di lantai koridor. “ Awak Shuhei?” jeritnya.
Lelaki yang dilanggar oleh Marchidya terkejut apabila mendengar namanya dijerit sebegitu kuat. Marchidya yang terduduk tadi bangun menghadap kawan barunya. “ Kawan awak ke Belly? Hai, nama saya Marchidya. Panggil Marchi je. Awak?”
Lelaki itu tergaman. Kemudian tersenyum melihat Marchidya dan Belly. “ Saya dah kenal awak. Kita kan satu kelas. Saya Shuhei.”
Belly kelihatan gelabah melihat Shuhei. Marchidya perasan akan keadaan itu. Nampak sangat yang Belly sukakan Shuhei. Kemudian Marchidya tersenyum. Dia mendapat satu akal untuk menyatukan Shuhei dan Belly.
“ Mulai hari nie, kita bertiga jadi kawan, okey.”
Mereka bertiga keluar berkelah di kaki Gunung Haiko. Marchidya kelihatan begitu teruja dengan permandangan di kaki gunung itu. Mereka berkelah di tepi sebatang sungai. Air sungai tersebut kelihatan beralun lunak, berkilau-kilauan dipanah cahaya matahari. Marchidya mengamati lagi keadaan sekeliling. Bunyi angin kedengaran merusuhi dedaun.
Alangkah indahnya sekiranya Garry juga berada di sini bersamanya. Pantas dia merakam suasana tersebut ke dalam alat perakam yang tergantung di lehernya. Awan lamuannya lenyap apabila suara Belly menyapa halwa pendengarannya. Dia duduk di sisi Belly. Mereka menjamah sedikit makanan dibawa.
“ Marchi, kenapa kau sering bawa alat perakam tu?” soal Shuhei apabila dia melihat Marchidya memegang alat perakam itu.
“ Sebenarnya aku sedang membuat rakaman untuk kawan aku, Garry. Dia tidak dapat bersama aku ke sekolah kerana dia seorang sainstis di pusat penyelidikan di bandaraya. Dia teringin sangat nak rasai zaman persekolahan,” terang Marchidya.
“ Kalau macam tu, biar aku dan Shuhei menyanyi untuk dia. Sebagai salam perkenalkan daripada kami.” Belly mengukir senyuman manis kepada Shuhei. Belly dan Shuhei menyanyi bersama. Marchidya merakamkan gelagat mereka berdua. Suara mereka berdua betul-betul memukau menggamit sekian penghuni akan di situ menadah telinga.
PANDANGAN matanya melilau lagi mencari kelibat Belly dan Shuhei. Mereka tidak kelihatan di mana-mana. Di kelas tiada, di kelab koir pun tiada. Dia pun naik ke bumbung sekolah. Dia menyanyi kecil. Nyanyiannya memecahkan suasana meluahkan duka. Dia melangut ke wajah langit. Kelihatan awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan sebentar lagi. Keluhan berat daripadanya sejak tadi seakan-akan tersumbat di peti suara. Kedua-dua Bibirnya mengumtum senyuman yang hambar.
“ Marchi.” Dia tersentak lalu berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang sahabatnya, Shuhei dan Belly. Dia diserang dengan soalan yang bertalu-talu. Ke mana semalam? Kenapa tak datang ke sekolah? Sakitkah? Dia ketawa mendengar semua pertanyaan itu.
“ Aku ke pusat penyelidikan. Jumpa Garry. Hantar rakaman itu.” Suaranya mengandung sebak. Hairan Belly dan Shuhei mendengar nada suara Marchidya. Mereka memandang Marchidya. Tubir mata Marchidya mula digenangi mutiara yang jernih mencari ke pipi.
“ Dia gembira tak?” soal Belly.
“ Penawar tu berjaya dihasilkan. Garry senyum. Dia gembira. Tapi data untuk pulihkan dia dari koma masih belum cukup,” ucapnya sambil tersenyum.
“ Maksud kau?”
“ Sekarang Garry sedang koma. Secara tak sengaja, dia telah dijangkiti penyakit yang sedang dikajinya. Aku buat rakaman itu untuk dijadikan penawar untuk memulihkan Garry dari koma. Di pusat penyelidikan tu, ada mesin yang boleh menganalis emosi pesakit koma. Analisa tersebut akan dipadankan dengan imej 3D. Tindak balas pesakit terhadap penawar akan digambarkan pada imej 3D tersebut,” terangnya dengan panjang lebar.
“ Kenapa kau tak cakap awal-awal? Kitaorang boleh tolong, buat rakaman itu. Kau boleh guna kitaorang nie.” Belly menggoncangkan bahu Marchidya. Marchidya sedar sekarang. Dia bukan seorang diri. Dia telah mempunyai dua orang sahabat yang sedia membantu di kala senang ataupun susah. ‘ Garry, aku percaya yang kau akan sedar semula dari koma dan pulih semula dari penyakit itu. Aku, Shuhei dan Belly akan membantu kau. Percayalah……’
No comments:
Post a Comment