BAS yang dinaiki telah berhenti di Terminal Makmur, Kuantan untuk mengambil penumpang lain. Dia melepaskan pandangannya di luar tingkap. Ramai orang di terminal itu telah menunggu bas yang dinanti. Tiba-tiba ada seorang lelaki telah menegurnya. Lelaki itu menyuruh mengalihkan begnya di kerusi itu.
Alamak mati aku. Sebelah aku lelaki, macam mana nie? Nanti takut dia buat benda lain kat aku, desis hatinya. Kenapa aku fikir macam tu pulak? Dia cuma mengangguk kepada lelaki itu tanpa bersuara sepatah pun. Dia memandang ke luar kembali.
Setelah hampir 15 minit bas itu berhenti, ia mula bergerak kembali. Matanya mula mengantuk. Memang itu tabiatnya. Setiap naik naik kereta atau bas, matanya akan memberat. Dia sudah tidak menghiraukan lelaki yang di sebelah. Dalam kepalanya sekarang, dia cuma mahu tidur.
“ APA? KAHWIN??” jerit Saira. Matanya terbeliak memandang papa dan mama. Mampus aku kalau kena kahwin.
“ Ya, sayang. Umur sayang dah cukup matang untuk fikir pasal kahwin nie,” ujar mama lembut.
Nie yang aku tak suka nie. Nak suruh aku kahwin. Dahlah suruh kahwin dengan pilihan dorang. Kalau pilihan aku sendiri aku boleh terima juga. Satu lagi perkara, aku tak kenal dengan mamat yang kena kahwin dengan aku tu. Dia bercakap dengan hati.
“ Mama yakin dialah jodoh terbaik untuk Saira,” ujar mama lagi.
Ucapan tu langsung tak terlekat kat kepala aku. Sekarang nie fikir macam mana nak lepaskan diri dari berkahwin dengan mamat tu. Dia masih muda untuk berkahwin pasal kahwin. Dia masih belum habis belajar. Buat apa nak kahwin awal-awal. Susah-susah.
“ Hujung bulan nie, Saira bertunang dengan dia. 3 bulan tunang lepas tu Saira nikah ye, sayang.”
Erk…tiga bulan. Cepat nak mampus tu. Habis aku nie. Nak buat macam mana nie? Aku nie tak pernah bantah keputusan orang tua aku. Tapi nie dah melibatkan hidup mati aku. Dia menggaru kepalanya lagi.
“ Mama, sebenarnya Saira tak bersedia lagi nak jadi isteri orang. Lagipun Saira tak habis belajar lagi. Biarkan Saira habis belajar dulu, kerja dulu. Baru Saira fikir pasal kahwin nie.” Dia menolak lembut keputusan orang tuanya.
“ Saira,” tegur papa.
Habislah. Papa dah bersuara. Nie menunjukkan dia tak nak ada orang yang menolak permintaannya sendiri. Dia amat kenal dengan perangai papa. Tidak ada orang yang boleh menghalangnya untuk mendapatkan keinginannya.
Saira mengeluh. Dia tak nak kahwin lagi. Dia tak nak kahwin lagi. Dia menjerit dalam hati.
“ Papa. mama.” Dia memandang muka papa yang serius itu dan wajah mama yang penuh mengharap sambil menyambung ayatnya, “ Saira tak nak kahwin lagi.”
“ Saira jangan degil. Saira kena kahwin dengan dia. Dia anak kawan papa. Lagipun kami dah berjanji. Jangan malukan papa.” Amaran keras keluar dari mulut papanya.
“ Papa, pernah tak papa tanya kehendak atau pendapat Saira? Tak pernah sekali pun. Masa Saira nak masuk form one, papa suruh masuk SBP,Saira ikut sedangkan Saira nak duduk sekolah biasa je. Masa PMR pulak, Saira nak ambil aliran teknikal tapi niat Saira terpaksa dipadam niat Saira lepas papa suruh Saira ambil aliran sains. Tak habis dengan tu, course kat u pun papa pilih. Papa suruh jadi lawyer padahal saya nak ambik engineering course . Papa, Saira nie bukan robot tau. Saira manusia. Manusia yang ada hati dan perasaan.” Dia meluahkan segalanya yang terbeku di hatinya.
Papa dan mama terkejut. Tidak sangka anak mereka boleh berkata sebegitu. Saira mengambil nafas lega apabila dapat meluahkan segalanya. Dia sudah tidak kira jika papanya marah. Nie hidupnya. Dia akan tentu apa yang patut dilakukan, apa yang dirasai betul dalam hidupnya.
“ Jadi, nie keputusan Saira? Tak nak kahwin dengan dia?” soal Papa.
“ Yes, I disagree with this marriage. I will decide who will be my husband,” ujarnya tegas.
“ So, get out from my house. I don’t want to has a person in my house if she don’t want to listen to my order.” Arah papa.
Bum! Atas kepala aku, rasa macam kena hentak dek batu besar. Dia tak sangka papanya sanggup membuang zuriat sendiri. Dia pun malas nak menagih kasih pada yang tak sudi.
“ Fine with me.” Dia dah sama naik dengan papanya.
“ Fine with me.” Dia dah sama naik dengan papanya.
“ From nowdays, I don’t have a daughter. Take your stuff out off my house right now,” arah papa lagi.
“ I’m sorry. Allow me to take my stuff.” Dia naik mengemas baju dan barang pentingnya kemudian turun semula menghadap orang tuanya.
“ Thank you coz take a good care of me.” Dia keluar meninggalkan rumah itu tanpa memandang wajah mamanya. Dia takut dia tidak kuat nanti.
HAIKAL menutup buku yang dibacanya tadi. Matanya sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Dia membaiki kedudukan supaya selesa untuk tidur. Dia mula memejam matanya. Tidak lama kemudian, dia merasakan ada beban yang agak berat sedang berada di atas bahunya. Dia membuka mata dan melihat.
HAH!! Perempuan nie sedap-sedap dia mendarat atas bahunya aku. Ingat bahu nie bantal ke? Dia memandang tepat ke wajah gadis yang sedang tidur itu. Pantas dia berpaling semula. Mak ai. Macam bidadari je. Memang tidak dinafikan gadis di sebelahnya itu mempunyai wajah yang agak cantik.
Aku rasa macam pernah tengok perempuan nie tapi kat mana ye? Sekarang ini dia perlu mengalihkan kepala gadis itu dari bahunya. Namun sebelum sempat dia berbuat demikian, gadis itu telah bertindak memeluk lengannya. Dia cuba menarik lengannya tetapi gadis itu memeluknya agak kuat. Dia pun membiarkan sahaja. Matanya dipejam.
Dua jam kemudian, dia tersedar dari tidurnya. Eh, perempuan nie tak bangun lagi. Gadis itu masih lena di atas bahunya. Dia menggerakkan sedikit kepalanya untuk melegakan lenguh. Pergerakkan itu telah membuatkan gadis itu tersedar dari lenanya. Cepat-cepat gadis itu melepaskan pelukan di lengan Haikal serta mengangkat kepalanya.
“ Saya minta maaf. Saya tak sedar,” ucap gadis itu sambil membetulkan penutup kepalanya. Wajahnya disembunyikan kembali sama ketika Haikal mula-mula duduk di tempat duduknya.
Haikal cuma mengangguk.
SAIRA memandang ke luar tingkap kembali. Malunya aku. Dahlah tidur atas bahu dia, siap peluk lengan dia lagi. Hish, aku nie. Tidur pun tak kenal tempat. Dia tidak mahu memandang lelaki di sebelahnya itu. Sampai sahaja di terminal Johor Bahru, dia cepat-cepat duduk. Dia mahu menunggu kawannya yang telah berjanji untuk mengambilnya di terminal tersebut.
Mana pulak member aku nie? Cakap sampai tu, dia dah ada kat sini. Sampai bila dia nak menunggu di sini? Perut aku nie dah lapar. Baik aku cari makanan dulu isi perut aku nie. Dia bergerak ke kedai yang berhampiran. Dia membeli sebungkus roti dan sebotol air mineral.
“ Saira,” panggil seseorang.
“ Ferris, kenapa lambat sangat? Aku nie dah letih tunggu,” marah Saira.
“ Relax ar beb. Tadi aku ada kerja. Nie pun nasib baik dah habis,” ujar Ferris.
“ Macam mana dengan tempat tinggal aku? Akak tu terima tak?” soal Saira.
“ Dia terima ar. Nie Ferrislah,” ujar Ferris sambil menepuk dadanya.
“ Yelah tu,” ujar Saira.
Mereka berdua telah bertolak ke Skudai di mana tempat tinggal baru Saira. Dia akan mendaftarkan diri di UiTM Skudai dalam bidang kejuruteraan awan. Sebelum ini, dia ceburi bidang guaman. Rumah yang dia akan diami kepunyaan seorang doctor.
HAMPIR sebulan album gambar itu berada di tangan Haikal. Dia membelek semula album itu. Terpapar wajah gadis yang sama duduk di sebelah di dalam bas itu. Album itu dipenuhi dengan gambar gadis itu yang berlainan pakaian. Gambar-gambar itu menunjukkan gadis itu seorang model pakaian trandisional.
Dia tersedar album itu berada di bawah kerusi bas itu ketika mahu beralih tempat duduk. Dia telah terpijak album itu. Bas tersebut telah bergerak sebelum sempat dia memanggil gadis itu.
“ Achik, achik tengah buat apa tu?” soal seseorang.
Haikal tersentak. Dia pantas menyembunyikan album tersebut. Kakak sulungnya, Musafirah sedang berada di katilnya. Memang sudah menjadi tabiat kakak sulungnya itu. Selamba masuk bilik orang.
“ Along, apa nie? Suka hati je masuk bilik achik,” tegur Haikal.
Musafirah hanya tersengih. Dia saja je nak tengok satu-satunya adik lelaki yang dia ada. Sudah sebulan adik itu tidak berada di rumah.
“ Tak ada syif malam ke hari nie?” soal Haikal kepada kakaknya yang merupakan seorang doktor di HUKM.
“ Achik nie along pun tahu penat juga. Nak berehat juga malam nie. Achik tak keluar ke malam nie?” soal Musafirah.
“ Along biasa tengok achik keluar malam ke?” soalnya balik.
“ Tak ar.” Musafirah tersengih.
“ Achik nak keluar dulu. Jangan usik barang-barang achik tau,” pesan Haikal sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.
Musafirah mengangguk-angguk. Dia tersengih seperti kerang busuk. Jangan usik barang kau ye. Maknanya ada benda yang menarik dalam simpanan kau ye. Hehehe…aku dah nampak benda yang kau cuba sorok tadi. Musafirah tunduk mencari sesuatu di bawah meja itu.
Dia tercapai sesuatu. Ia seperti album. Album sapa pulak nie? Dia membelek. Terpampang gambar seorang gadis yang bergaya seperti model. Matanya terbeliak. Macam pernah tengok muka dia nie. Dahinya berkerut memikirkan gerangan gadis itu.
“ Nie kan anak gadis yang daddy nak kahwinkan dengan achik. Macam mana album nie ada pada achik.” Musafirah pernah melihat gambar gadis itu. Mummynya pernah menunjukkan gambar gadis itu kepadanya.
“ Tapi gambar nie macam diambil oleh jurugambar professional.” Dia mengerah otaknya kembali.
“ Yelah. Gambar nie pernah tersiar dalam majalah. Dia nie model rupanya.
“ Along, apa along buat nie? Kan achik dah cakap jangan sentuh barang achik.” Haikal melihat album itu di tangan alongnya.
“ Memang ar along tak sentuh. Nie kan bukan barang achik. Mana achik ambil album nie?” Dia tanya direct.
“ Err.. achik ambil masa dalam bas. Kepunyaan gadis yang duduk di sebelah achik masa tu. Dia tertinggal. Achik memang nak bagi kat dia masa tu tapi bas dah bergerak. Achik tak sempat nak bagi dia,” terang Haikal.
“ Achik kenal tak siapa dia nie?” soal Musafirah.
“ Mana ar kenal along. Achik cuma duduk sebelah dia je.” Haikal menggaru kepalanya.
“ Betul nie achik tak kenal dia?” soal Musafirah lagi.
“ Betul ar along,” tegas Haikal.
Sah-sah adik aku nie tak pernah tengok gambar yang mummy beri kat dia nie. Achik ooi, nie ar bekas bakal bini kau. Kesian kau tak tahu apa-apa. Dia menggeleng.
“ Tapi kan, along achik rasa achik macam dah jatuh cinta pada gadis dalam gambar tu,” luah Haikal.
“ Apa? Achik jatuh cinta dengan dia nie? Kenal pun tak,” perli Musafirah.
“ Achik akan cari dia sampai dapat,” azam Haikal.
Musafirah tersengih. Apalah adik aku nie. Lembap.
SAIRA merenung kembali gambar di dalam handsetnya. Sama sekali dia tidak menyangka yang dia boleh tertidur di bahu lelaki itu dengan lena sekali. Gambar tersebut telah diambil oleh teman serumah yang secara kebetulan menaiki bas yang sama.
“ Aku memang pernah tengok ar muka kau nie. Kejap ye.” Alin mengeluarkan handsetnya dan mencari sesuatu.
“ Betullah. Nie kau kan.” Alin menunjukkan gambar yang berada di dalam handsetnya.
Saira terkejut. Gambar di mana dia sedang terlena di bahu seorang lelaki. Mana pulak minah nie dapat gambar nie?
“ Mesti kau tertanya-tanya kan mana aku dapat gambar nie. Masa kat Temerloh, aku naik. Masa aku naik tu, korang tengah tidur. Aku rasa kedudukan korang masa tu memang romantic sangat. Macam dalam cerita korea je. Aku pun ambik sekeping gambar sebagai kenangan. Tak sangka kau nie teman serumah aku,” jelas Alin.
Saira mengeluh. Sejak dia sampai ke rumah itu, album yang mengandungi gambarnya ketika bekerja sebagai model dulu sudah hilang. Habis diselongkar beg bajunya tetapi dia langsung tidak ketemu dengan album tersebut. Jangan sampai jatuh ke tangan orang jahat dahlah. Dibomoh aku nanti. Mampus aku.
“ Saira, Jomlah makan. Aku dah masak nie,” ujar Alin.
“ Kak Adah mana?” soalnya apabila duduk di meja makan.
“ Kak Adah biasalah tak balik lagi. Malam nanti kot baru balik,” ujar Alin. “ Hah, kau tak kerja ke malam nie?”
“ Kerja ar. Lepas makan nie, aku pergi ar.” Dia menyuap nasi ke mulutnya.
Dia telah bekerja sebagai penyambut di sebuah hotel. Nasibnya baik kerana diterima bekerja di situ. Walaupun gajinya agak sedikit tetapi ia sepadan dengan kerjanya. Cukup untuk membayar sewa rumah. Wang simpanannya itu digunakan untuk membayar yuran pengajiannya.
“ Kau tak letih ke? Pagi kelas, malam kerja. Kalau aku mampus,” tegur Alin.
“ Kalau aku tak kerja, macam mana nak bayar sewa rumah nie?” soal Saira.
“ Betul jugak.” Alin tersengih. Itulah Alin. Gadis yang kelihatan bodoh-bodoh tetapi sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia bioteknologi. Sekarang ini, ingin menyambung pengajiannya di peringkat master.
Selepas makan, Saira bersiap untuk ke tempat kerjanya. Sampai di tempat kerja, dia cepat-cepat mengambil tempatnya. Seperti biasa, dia menjalankan tugasnya.
“ Eh, awak,” tegur seorang lelaki.
Sapa pulak mamat nie? Aku tak kenal pun. Tiba-tiba tegur aku. Aku ada kenal dia ke? Saira menggaru kepalanya.
“ Awak dah lupa ye. Saya duduk di sebelah awak masa dalam bas hari tu. Awak tidur atas bahu saya.” Ayat terakhir itu membuatkan rona wajah Saira berubah menjadi merah.
Teman sekerja di sebelahnya telah tersengih-sengih. Mamat nie pun janganlah cakap kuat-kuat. Malu aku. Macam mana aku nak lari dari situasi nie?
“ Cik…”
“ Saira dah cukup. Tak payah dengan cik-cik,” pintasnya.
“ Ada sesuatu yang milik Saira yang saya simpan. Saira tertinggal masa dalam bas hari tu,” ujar lelaki itu.
“ Album tu ke? Terima kasih. Err… Nama awak?” soal Saira.
“ Maaf. Lupa nak bagitahu nama saya. Saya Haikal,” ujar Haikal. Aku dah jumpa dah. Along, achik dah jumpa apa yang achik cari selama nie.
“ Bila saya boleh ambil album tu?” soal Saira.
“ Album tu ada kat rumah saya. Di Terengganu. Saya tak sangka jumpa Saira kat sini,” ucap Haikal.
“ Habis tu, bila saya dapat balik album saya tu?”
“ Hujung minggu nie, baru saya balik.”
“ Lepas tu, saya akan dapat balik ke album saya tu?”
“ Saira, Cik Hida dah tengok kau,” bisik teman di sebelahnya.
Haikal yang turut mendengar berpaling ke arah perempuan yang memandang mereka. Dia tersenyum sambil menuju ke arah perempuan itu. “ Awak jangan berhenti kerja tau. Nanti susah saya nak cari.”
Saira terpinga-pinga.
“ ITU ke perempuan yang along cerita tu?” soal Hidayah.
“ Hah, angah pun tahu jugak ke?” soal Haikal terkejut. “ Yup, dia ar orangnya. Cantik tak?”
“ Angah tak kisah. Janji dia gadis yang baik,” balas Hidayah sambil menepuk bahu adiknya.
“ Achik ada satu permintaan, angah,” ujar Haikal.
“ Boleh tak, achik nak kerja kat sini?”
“ Kau nie dah buang tabiat ke?”
“ Bolehlah, angah,” rayunya lagi. Angahnya agak kasar dalam bicara tidak seperti alongnya.
“ Kau nak kerja jadi apa?”
“ Pengangkut beg.”
“ Suka hati kau ar. Tapi kalau daddy tanya, kau jawablah sendiri. Jangan mintak tolong dengan angah lagi,” pesan Hidayah.
“ Thank angah,” ucapnya gembira.
Keesokkannya, Haikal bekerja sebagai pengangkut beg di hotel itu. Puas dia menunggu kelibat gadis itu tidak muncul. Hampir seharian dia menunggu. Apabila malam melabuhkan tirainya barulah dia nampak kelibat gadis itu. Dia bergegas mendapat gadis itu.
“ Eh, awak. Apa awak buat kat sini?” soal Saira apabila melihat Haikal.
“ Saya kerja kat sini. Baru start hari nie. Awak kerja malam je ke?”
“ Yup. Pagi saya belajar. Malam part time kat sini. Semalam tu, awak datang minta kerja ye?” Saira bertanya.
“ Err… yes. Awak masih belajar ke? Course apa? Kat mana?” soal Haikal. Keinginan untuk tahu segalanya tentang gadis itu membara-bara.
“ Saya study kat UTM Skudai. Civil engineering course,” jawab Saira. Dia berasa selesa dengan lelaki di hadapan.
“ Saira, jomlah syif kau dah nak mula nie,” laung teman sekerjanya.
“ Oklah, awak. Nanti kita berbual lagi.” Saira berlalu dari situ.
HAMPIR tiga bulan, Haikal dan Saira berkawan. Hubungan itu bertambah rapat. Album kepunyaan Saira telah dipulangkan semula oleh Haikal. Mereka telah keluar bersama buat pertama selepas tiga bulan berkawan.
“ Saira pernah pergi Terengganu tak?” soal Haikal ketika makan bersama.
“ Terengganu tu tempat kelahiran saya. Mestilah pernah pergi.”
“ Hah? Kalau macam tu, kita nie anak Terengganulah,” ujar Haikal.
“ Haikal pun lahir kat Terengganu. Tak sangka kita jumpa kat sini.” Saira tersenyum namun senyuman itu terasa pahitnya.
“ Ibu bapa Saira tinggal kat mana sekarang?” soal Haikal lagi.
“ Mereka tinggal kat Kuala Terengganu.”
“ Kebetulan. Ibu bapa saya pun tinggal kat sana. Jom kita balik melawat mereka,” cadang Haikal.
“ Hah? Err… sekarang nie tak boleh, Haikal. Saya nie belajar tak boleh balik macam tu je.” Saira cuba menolak.
“ Kalau macam tu, cuti sem nanti, kita balik bersama ye.” Haikal membuat cadangan lagi.
Saira terkejut. Dia sudah tidak mahu bagaimana hendak menolak cadangan itu. Dia sudah tidak mempunyai alas an lagi. Otaknya pula seperti tidak mahu memberi kerjasama kepadanya. Dalam keadaan itu, dia mengangguk tidak sedar.
“ Bulan depan, Saira cuti kan. Kita balik ye. Haikal nak bawa Saira jumpa ibu bapa Haikal.”
Saira bertambah terkejut. Dia tidak bersedia menjejak kaki ke Terengganu lagi. Cadangan Haikal pun tidak masuk akal. Bawa aku jumpa mak bapak dia? Buat apa? Macam mana aku nak lari nie? Dia bercakap dengan otaknya.
Namun seperti yang Haikal rancang, mereka balik ke Terengganu. Bagai merungkap pertemuan pertama mereka, mereka berdua menaiki bas. Mereka duduk bersebelahan.
“ Macam ulang tayang balik kan,” ucap Haikal.
“ Hmm..” ujar Saira sepatah. Dia sudah mula rasa mengantuk. Matanya mula memberat. Lama kelamaan, keadaan sekelilingnya menjadi gelap.
“ Awak…” Ayat itu terhenti di situ. Dia melihat Saira di sebelah telah melelapkan matanya. Kepala Saira mula mencari tempat untuknya bersandar. Haikal yang kasihan melihat keadaan itu cepat-cepat menarik kepala Saira bersandar di bahunya.
“ Memang macam ulang tayang pun.” Haikal tersenyum melihat Saira yang terlena itu.
HAIKAL menjemput Saira ke rumahnya. Ada majlis di rumahnya. Tiba masanya untuk Saira tahu segalanya. Dia juga menggunakan masa itu untuk melamar Saira. Dia tahu Saira juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Apa yang dia tidak faham, Saira tidak beritahu di mana rumah ibu bapa Saira. Mungkin dia malu. Dia berkata dalam hati. Apa yang dia tahu, selepas melamar gadis itu, dia akan berjumpa dengan ibu bapa. Mungkin dengan melamar Saira terlebih dahulu, barulah Saira tahu yang dia sebenar ikhlas dengan Saira. Dia mengambil Saira yang berada di bus stop. Saira menegurnya.
“ Awak nampak lain hari nie. Kacak,” puji Saira.
Haikal tersengih. Senang apabila dipuji oleh buah hatinya sebegitu.
“ Seronok jumpa ibu bapa awak?” soal Haikal.
Namun pertanyaan itu seperti ingin mencekik Saira. Sebenarnya dia tidak balik ke rumahnya. Nak balik apa lepas kena halau dengan papa macam tu. Buat malu je. Dia telah menumpang di rumah kawannya. Nasib baik aku ada member kat sini.
“ Err..bolehlah. dapat peluk ibu saya.”
“ Peluk? Bestnya. Boleh tak peluk saya?” soal Haikal.
“ Gatalnya. Tak kahwin lagi mana boleh peluk,” ujar Saira.
“ So, kalau kahwin, bolehlah?” soal Haikal tersengih.
“ Nie ke rumah awak? Besarnya. Awak nie anak orang kaya ke?” soal Saira terkejut melihat rumah yang dimasuki kereta Haikal itu.
“ Yup. Sorry tak beritahu awak awal-awal,” ujar Haikal.
“ Saya seganlah. Tengoklah baju saya nie. Mesti tak sesuai dengan majlis itu. Satu lagi, kenapa tak ada orang pun? Awak cakap ada majlis.” Saira bertanya dan melihat sekeliling.
“ Majlis itu untuk teman rapat keluarga saya je.”
Mata Saira meliar melihat hiasan luar bangle itu. Tiba-tiba mata menangkap satu objek yang biasa dilihat. Eh, kereta itu? Macam kereta dia je. Eh, bukanlah. Kau nie Saira, macam dia sorang ada kereta macam tu. Dia bercakap dalam hatinya.
“ Saira, jom masuk.” Saira masuk ke dalam.
“ Daddy, mummy, dan semua yang ada kat sini, kenalkan kawan special achik, Kusaira,” ujar Haikal memperkenalkan Saira kepada orang di dalam rumah itu.
Mata Saira terbeliak melihat gerangan orang itu di situ. Dia berundur sedikit demi sedikit. Tangannya menutup mulutnya. Haikal yang menyedari Saira berkelakuan demikian.
“ Awak, kenapa dengan awak nie?” soal Haikal.
“ Saira, Saira kan,” panggil seorang wanita.
Air mata Saira telah mula mengalir. Keluarganya berada di situ. Papa dan mama. Dia menyeru dalam hati.
Mamanya menerpa ke arahnya. Memeluk dan mencium pipi anak gadis yang sudah lama tidak diketahui khabar beritanya. Mata Saira bertembung dengan papanya. Mereka seperti berbicara antara satu sama lain sebelum papanya melarikan matanya.
“ Auntie, kenapa auntie peluk dia? Auntie kenal ke?” soal Haikal selepas Saira dilepaskan oleh wanita yang memeluk Saira.
“ Achik, achik tak kenal ke dia nie anak siapa?” soal mummy Haikal.
“ Maksud mummy, Saira nie anak auntie Zahra dengan Uncle Malik ke?” Dia menuding jari ke arah Saira.
Saira merapati papanya. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papanya. Namun papanya langsung tidak menyambutnya. Papanya memandang ke arah lain. Saira sebak. Papa kandungnya sendiri tidak mahu memandangnya. Dia tunduk menyembah kaki papanya. Semua yang berada di situ tidak sangka tindakan Saira.
“ Papa, Saira minta maaf. Saira salah. Maafkan Saira.” Dia menyembah kaki papanya sambil menangis teresak-esak. “ Saira minta maaf, papa.”
Tuan Malik tidak menyangka anaknya itu akan tunduk menyembah kakinya. Hatinya tersentuh. Sampai begitu sekali anaknya ingin akan kemaafan darinya.
“ Bangun, Saira. Sudahlah tu, papa maafkan Saira.” Dia mengangkat tubuh Saira dari menyembahnya lagi. Tidak sanggup dia melihat keadaan itu lagi.
Keadaan kembali tenang tanpa babak air mata. Saira mengambil tempat di sebelah mamanya.
“ Achik ada tengok gambar yang mummy bagi tak?” soal mummy.
“ Tak.”
“ Patutlah. Nie satu-satunya anak mereka. Anak gadis yang mummy nak kahwinkan dengan achik,” ujar mummy sambil tersengih.
“ HAH??? Dia?” Saira dan Haikal menuding jari sama sendiri.
“ Macam mana korang boleh jumpa nie? Ceritalah kat kami,” sampuk Musafirah.
Wajah Saira menunjukkan perubahan yang ketara. Wajahnya menjadi merah. Matanya mengerling ke arah Haikal yang tersengih. Mata mereka berkata-kata.
“ Hish, depan kita pun sempat lagi mereka nie main mata. Kena kahwinkan cepat-cepat nie.” Musafirah bersuara lagi.
“ Siapa yang nak dikahwinkan?” soal Hidayah yang baru turun dari tangga.
“ Cik Hida.” Saira bersuara.
“ Hai, Saira. Atau lebih baik saya panggil bakal adik ipar,” usik Hidayah sambil ketawa.
“ Sayang, nie ke bakal suami sayang?” soal mamanya.
Dia diam tidak bersuara. Nak cakap, malu.
“ Malulah tu. Betullah tu, auntie. Adik kami nie pun dah angau. Asyik cerita pasal Saira je,” ujar Hidayah.
“ Cakap nak habis belajar baru nak fikir pasal kahwin,” usik papanya pula.
“ Jadilah nie. Hujung bulan nie, kita tunangkan mereka berdua. Hujung tahun nie, kita kahwinkan terus. Tak boleh tunggu lama-lama.”
KEPUTUSAN itu telah membawa mereka ke alam perkahwinan. Mereka pergi berbulan madu di Korea.
“ Abang, Saira nak tunjuk sesuatu pada abang.” Saira tersengih sambil memegang handsetnya.
“ Apa dia?” soal Haikal.
“ Saira nak tunjuk first love Saira dulu.”
“ Apa? First love? So, abang nie bukan first love Saira ke?”
“ Abang tengok ar. Dia memang handsome.” Saira menghulurkan handsetnya kepada Haikal.
Haikal melihat lalu terkejut. “ Mana Saira dapat gambar nie?”
Gambar Saira tidur bersandar di bahunya pada pertemuan pertama mereka berdua. Dia tidur bersandar kepala Saira.
“ Kebetulan, teman serumah Saira naik bas tu juga. Dia ambik gambar nie sebab nampak romantic,” ujar Saira.
“ Abang nak print gambar nie besar-besar. Letak dalam bilik tidur kita,” cadang Haikal.
“ Ok juga tu.”
Mereka berada di dalam kereta api untuk ke Kangryung. Satu tempat menarik di Korea. Di mana mereka boleh menikmati permandangan matahari terbit. Saira memeluk lengan suaminya dan bersandar di bahu suaminya. Matanya mula memberat lalu terlena.
No comments:
Post a Comment