Suasana kawasan di universiti menjadi bising tatkala dua buah kereta berhenti di Perkarangan universiti itu. keluar 2 orang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam membuka pintu kereta untuk tuannya. Sebaik sahaja orang itu menampakkan dirinya, keadaan menjadi tidak terkawal. Lelaki yang berpakaian hitam itu tadi terpaksa menghalang pelajar-pelajar daripada mendekati lelaki itu.
Ulrike tidak sukakan keadaan begitu. Setiap pagi kejadian seperti ini akan berlaku sehingga dia menjadi menyampah dengan kejadian itu. Sebab yang membuatkan keadaan itu menjadi tidak terkawal adalah pelajar perempuan universiti itu sendiri. Mana taknya, penyanyi kacak, bergaya sekaligus terkenal belajar di universiti itu.
Ulrike cepat-cepat ke bilik rahsianya. Bilik muzik di hujung kawasan universiti itu menjadi tempat rahsianya untuk berlatih menyanyi dan menari. Bakat itu telah menjadi darah dagingnya kerana ia seperti peringatan pada ibunya. Ibunya merupakan seorang penyanyi yang amat terkenal ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Walaubagaimanapun, ayahnya tidak suka dia mewarisi bakat tersebut. Ayahnya tidak suka akan perkaitan dirinya dan ibunya. Segala tentang dirinya yang merupai ibunya tidak boleh dipandang oleh ayahnya. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu. Untuk mengelakkan ayahnya menjadi marah, dia memakai cermin mata yang besar untuk menutup matanya yang merupai ibunya. Dia juga memakai rambut palsu.
Kerana minat yang mendalam, dia telah mengambil kelas menari dan menyanyi secara rahsia semasa kecil dulu. Akan tetapi rahsia yang pecah dek seorang kawan ayahnya sendiri. Selepas itu, dia telah diberi amaran untuk tidak mengambil mana-mana kelas yang melibatkan bidang seni. Sejak hari itu, Ulrike telah berlatih menari dengan sendirinya.
Selepas selesai berlatih, dia bergegas ke kelas ekonomi. Dia sudah berlewat untuk ke kelas. Maklumlah, leka berlatih membuatkan dia lupa akan kelas itu. Dia berlari sepantas mungkin. Namun malang tidak berbau. Dia telah terlanggar seseorang. Dia terjatuh.
“ Woi, minah. Kau letak mana mata kau hah?” jerkah sseorang lelaki.
Ulrike tunduk ketakutan. Dia menjadi kalut dalam situasi seperti ini.
“ Awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak langgar awak. Lagipun saya dah lambat nie nak ke kelas.” Ulrike ingin melarikan dirinya.
Tetapi sebelum sempat dia melarikan dirinya, lengannya telah ditarik oleh lelaki itu. Ulrike mengangkat mukanya. Dia terkejut. Nak marah pun tak jadi. Lelaki itu sebenarnya Sanji, penyanyi terkenal itu.
“ Senang je kau nak larikan diri ye. Apa guna polis kalau orang senang je minta maaf, hah?” soal Sanji dengan angkuhnya.
“ Erk…”
“ Ganti balik baju aku nie,” arah Sanji.
“ Hah? Saya mana ada banyak duit.” Pantas mulut Ulrike berkata-kata.
“ Kalau kau tak ada duit, kau boleh bayar pakai tubuh badan kau,” ujar Sanji.
Ulrike pantas menekup badannya dengan kedua-dua belah tangannya.
“ Aku bukannya binatang yang hanya memuaskan nafsunya. Maksud aku, kau kena bekerja dengan aku,” terang Sanji.
“ Ooo…kerja dengan awak ye. Tapi tak pe ke?” soal Ulrike.
“ Kenapa pulak kau tanya macam tu?” Soalan Ulrike dibalas pertanyaan pula.
“ Nanti, fan awak serang saya macam mana? Saya takut,” ujar Ulrike.
“ Itu masalah kau. Bukan masalah aku,” ucap Sanji dengan sombong.
“ Alamak, dah lewat nie. Saya pergi dulu.” Ulrike berlari meninggalkan Sanji.
“ Woi, tunggu dulu.” Akan tetapi jeritan itu tidak lagi diendahkan oleh Ulrike. Dia mahu cepat sampai ke kelasnya.
Sanji berlatih bersama penari-penari untuk lagu terbarunya. Dia berehat seketika memerhatikan tarian penari-penari itu. Dia masih tidak menjumpai gadis itu. Gadis yang membuatkan dirinya menceburi bidang seni ini. Hampir 8 tahun dia tidak berjumpa dengan gadis itu.
Dia berjumpa dengan gadis itu secara tidak sengaja ketika bermain sorok-sorok dengan kawan-kawannya. Ketika itu, dia cuba menyorok di dewan yang berada di situ. Dilihat tiada seorang pun di dalam dewan itu. Jadi dia menyelinap masuk ke dewan itu.
“ Mesti Pali tak sangka aku menyorok dalam nie. Hehehe,” ucapnya sambil tersengih.
Tiba-tiba terpasang satu muzik tanpa suara. Dia melihat ada seorang gadis sedang menari dengan lembut. Tarian yang amat mengasyikkan membuatkan dia menjadi terleka dengan budak perempuan itu. Gerak tari gadis itu sangat lembut dan mempersonakan.
Sejak hari itu, dia sudah tidak menyertai kawan-kawannya bermain. Setiap petang, dia akan menyorok di tempat sama untuk melihat gadis itu menari. Gadis itu hanya menari tarian yang sama.
Dia jatuh cinta pada gadis yang tidak diketahui namanya. Wajahnya yang amat cantik dengan rambut panjang lurus mengurai. Dia asyik dengan gadis itu. Dia mengumpul semangat untuk meluahkan rasa hatinya kepada gadis itu.
Sampai satu hari itu, dia memang bercadang untuk meluahkan segala tetapi segalanya musnah. Disabarkan hati. Esok masih ada. Namun gadis itu tidak jua muncul. Ditunggunya berminggu- minggu berganti berbulan-bulan. Tahun juga telah berubah nombor. Gadis itu lenyap tanpa berita.
Dia menjadi menyesal kerana mempersiakan peluang yang ada selama ini. Untuk menjejak gadis itu, dia menceburi bidang seni. Mungkin gadis itu telah menjadi penari.
“ Awak, manager awak dah panggil tu.” Dia tersedar dari lamunannya apabila melihat gadis berkaca mata itu melambai di hadapannya. “ Awak sedar tak nie?”
“ Aku sedar lagi.” Sanji menepis tangan gadis berkaca mata itu. Dia menuju ke arah pengurusnya.
Ulrike mencebik. Orang panggil elok-elok, buat macam nie pulak. Entah apa punya manusialah dia nie. Tak boleh ke buat berbaik sikit. Ulrike merungut dalam hati. Dua minggu bersama dengan lelaki itu, dia meluat dengan lelaki itu. Ada sahaja yang tidak kena tidak di mata lelaki itu tentang apa yang dibuatnya.
“ Ulrike, jomlah ikut sekali. Kitaorang nak pergi karaoke nie,” ajak pengurus Sanji.
Berpaling ke arah Sanji, Sanji tidak berkata apa-apa. Ulrike tersenyum. Sudah lama dia ingin masuk ke pusat karaoke bersama teman-teman yang lain. Ulrike mengangguk.
Mereka telah menyewa sebuah bilik karaoke yang agak besar. Mereka semua berseronok menyanyi lagu kesukaan masing-masing. Ulrike cuma memandang mereka semua. Dia gembira melihat wajah Sanji yang tersenyum itu. Bukan senang nak melihat Sanji tersenyum.
“ Ulrike, takkan duduk je. Nyanyilah sekali. Guys, bagi Ulrike pulak menyanyi,” ujar pengurus Sanji.
“ Tak pe ar. Korang semua menyanyi ar. Saya tak berapa pandai menyanyi,” tolak Ulrike.
Sanji mengerling tajam ke arahnya. Ulrike telah ditarik oleh pengurus Sanji. Dia telah berdiri di hadapan mereka semua. Kerana tidak mahu menghampakan mereka semua, dia telah memilih satu lagu korea yang bertajuk Without Saying yang dipopularkan oleh drama He’s beautiful.
“ Wah, lagu korea tu,” jerit seseorang. Keadaan menjadi lebih meriah.
Riak Ulrike berubah mengikut lagu itu. Dia mula menyanyi. Di skrin itu terdapat maksud lagu dalam bahasa English membolehkan mereka faham maksud lagu tersebut. Keadaan menjadi sunyi sepi apabila Ulrike mula menyanyi.
I shouldn’t have done it..
Should have just ignored..
Like I couldn’t even see..
Like I can’t see..
You..
From the very first time..
Maybe I shouldn’t have seen..
I should’ve run away..
Should’ve pretended like I didn’t hear..
Pretending not to hear..
Couldn’t hear..
From the very first time..
Shouldn’t have felt you love..
Without a word, I feel your love..
Without a word, you gave me love..
I keep it all here, even your breathe..
Holding onto you deep inside here..
But you are leaving just like that..
Without a word, my love is leaving me..
Without a word, my love throws me away..
What will I have to say..
The word on my lips..
Were surprised by themselves..
It all came without a single word..
Ulrike mengakhiri lagu itu dengan menunduk. Satu tepukan yang amat gemuruh diberikan kepadanya kerana menyampaikan lagu itu dengan hebat sekali. Lengkap dengan eskpresi wajahnya. Ulrike tersenyum. Dia memandang ke arah Sanji. Ingin mendengar pujian dari mulut itu tetapi Sanji cuma diam tidak berkata apa-apa. Kenapa aku nak dia puji? Pelik ar aku nie, desis hatinya.
ULRIKE mengeluh keletihan. Sejak kebelakangan ini, dia menjadi letih. Waktu rehatnya telah diisi dengan kerja sebagai pembantu Sanji. Menjadi pembantu Sanji bukanlah kerja yang senang. Banyak yang perlu dibuat untuk memuaskan hati penyanyi itu. Waktu rehatnya yang biasanya digunakan untuk melatih menari sudah tiada. Semuanya kerana Sanji. Telefonnya berbunyi. Dia tahu siapa yang menelefonnya dari nada dering itu.
“ Ya.” “ Baiklah, saya akan kemas studio tu. Jangan risau. Saya tak akan curi apa-apa dari studio tu.”
Letak je telefon dari begnya, dia mengeluh. Kerja lagi. Mahal sangat ke baju dia tu sampai 3 bulan aku kena kerja dengan dia? Soalan itu ditanya dalam hatinya. Tiba-tiba tubuhnya ditolak ke dinding. Dia mengaduh kesakitan.
“ Hey, nerd girl. Why you keep follow Sanji? Do you in love with him?” soal seorang gadis seksi. Ulrike percaya yang gadis itu fan Sanji.
“ Taklah. Saya cuma kerja dengan dia sebab hutang,” ujarnya tenang.
“ Remember this. I don’t want to see you with him again,” ucap gadis itu dengan angkuh sekali.
Ulrike melihat gadis seksi itu berlalu pergi. Ini bukan amaran pertama yang diterima oleh Ulrike. Sudah banyak kali. Tidak cukup dengan amaran. Beg dan bukunya pernah diletakkan di dalam kolam hiasan di café. Ingin diberitahu Sanji, dia teringat ayat yang pernah Sanji katakan, ‘ Itu masalah kau. Bukan masalah aku.’ membuatkan dia tidak jadi untuk memberitahu.
Dia perlu ke studio Sanji. Sanji tidak akan berada di sana kerana berada di studio rakaman. Dia perlu membersihkan studio itu sendiri. Sampai di sana, dia melihat keadaan studio itu. Bukan kotor sangat pun. Dia mengemas ala kadar. Dia duduk di tengah studio itu. Dia memandang cermin di hadapannya. Tiba-tiba idea datang ke kepalanya.
“ Baik aku berlatih di sini. Tak ada orang kat sini. Bukan senang dapat masa free macam nie,” ujarnya.
Dia memasang lagu kegemarannya di handphonenya. Membuka cermin mata dan rambut palsu itu. Itu telah menjadi tabiatnya. Dia akan kelihatan seperti ibunya apabila dia membuka kedua benda itu. Itu juga menjadi tabiatnya apabila rindu pada ibunya. Dia menari dengan sepenuh hati. Dia amat menghargai masa menarinya.
Sejam dia berlatih menari, dia berhenti. Dia melihat jam tangannya. Sudah lewat petang. Masa untuk pulang. Dia bergegas ke tandas sambil membawa barang-barangnya. Dia mengelap peluh di wajahnya kemudian membasuh wajahnya dengan pencuci muka yang dibawanya. Selepas itu, dia mengenakan kembali cermin mata dan rambut palsunya kembali.
“ Woi, kau ada nampak seorang gadis rambut panjang lurus tak dalam tu?” Sanji muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
“ Eh, awak. Kenapa awak boleh ada kat sini pulak?” soalnya.
“ Tak kisah ar. Jawab soalan aku nie. Ada tak kau nampak gadis berambut panjang tadi?”
“ Tak adalah. Cuma saya seorang dalam tandas tadi. Kenapa awak tanya macam tu?”
“ Betul nie?”
Ulrike mengangguk. Sanji yang tidak berpuas hati masuk ke tandas itu. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan wajah yang hampa.
“ Saya balik dulu.” Ulrike pantas menghilang diri di sebalik pintu studio itu. Tidak mahu diarah oleh Sanji lagi.
“ AKU yakin aku nampak dia tadi. Dan itu bukan hantu. Dia gadis yang selama nie aku cari. Aku nak jumpa dia lagi.” Dia bercakap seorang diri di biliknya.
Petang tadi, dia kembali ke studio kerana tertinggal jam tangannya. Dia memang tidak boleh kalau tangannya tidak dilengkapi dengan asosseri itu. Namun bagaimanapun, dia telah dikejutkan dengan kehadiran gadis itu di hadapan matanya. Gadis itu sedang menari dalam studionya sendiri dengan tarian 8 tahun dahulu.
Apabila gadis itu berhenti menari, dia bergegas ingin mendekati gadis itu tetapi gadis itu lebih pantas menghilangkan diri ke tandas. Dia menunggu di luar. Namun orang yang ditunggu tidak keluar-keluar. Yang keluar hanyalah Ulrike. Ditanya Urike tentang gadis itu. Hampa juga. Ulrike tidak tahu.
“ Wait. Cuma Ulrike je yang ada masa tu. Hanya dia yang berada dalam studio tu petang tadi. Dan gadis berambut panjang itu bukanlah hantu. Itu aku pasti. Bagaimana kalau Ulrike tu sebenarnya gadis itu?” Dia bercakap lagi.
“ Betul jugak teori aku nie. Lagipun dia pakai cermin mata besar itu. Rambut dia tu mungkin rambut palsu. Aku kena jumpa dia esok.”
ULRIKE duduk di tempat biasanya sambil membaca buku dan mendengar lagu. Pagi masih awal. Pelajar masih belum ramai yang datang. Sanji pun belum datang lagi. Itu yang mengembirakannya. Dia menekan Mp4nya. Lagu Without Saying bermain di telinganya. Teringat ketika dia berkaraoke hari itu. Lagu itu membawa maksud yang bersirat singgap di hatinya.
Memberi sesuatu maksud tentang Sanji. Sejak hari itu, dia sering teringat Sanji. Dia tidak boleh jatuh cinta pada Sanji. Dengan peminatnya yang menyakitkan hati dan Sanji sendiri tidak suka pada dirinya. Memberitahu Sanji tentang kekeliruan hatinya itu seperti menempah nama di batu nisan.
Terasa tubuhnya ditarik seseorang. Tetapi bukan seseorang. Ramai pelajar perempuan menggelilinginya sekarang. Ini tentu pasal Sanji. Baru je cakap, bala dah datang.
“ Hey, pompuan tak tahu malu. Kan kitaorang dah beri amaran, jangan dekat dengan Sanji. Kenapa kau tak ikut, hah?” soal seorang gadis sambil menunjal dahi Ulrike dengan jarinya.
“Yelah, muka tak cantik mana pun. Ada hati nak dekat dengan Sanji,” sampuk seorang lagi.
Seorang perempuan mencabut cermin matanya lalu memijaknya. Ulrike tunduk mengambil cermin matanya yang sudah pecah itu. Air matanya mula mengalir. Dia menangis sambil duduk mencangkung.
Ada seorang perempuan lagi menarik rambut palsunya dari belakang. Tercabut rambut palsunya itu diganti rambutnya panjang mengurai lagi lurus. Ramai yang terkejut dengan keadaan itu.
“ Kenapa dengan rambut nie? Kau pakai rambut palsu lagi ye?” soal seorang perempuan cuba menarik sekali lagi rambut Ulrike yang panjang itu.
Ulrike menjerit kesakitan. Dia berdiri memegang rambutnya itu. Wajahnya sebenarnya kelihatan cantik tanpa kehadiran cermin mata walaupun dia ketika itu sedang menangis. Semua yang berada di situ terkejut dengan kejelitaan Ulrike yang baru hari ini ditunjukkan oleh Ulrike. Itu pun secara paksaan.
“ Cukup. Jangan sentuh Ulrike.” Kedengaran suara Sanji kuat.
Sanji berjalan mendekati Ulrike. Dia menarik jari Ulrike berlalu pergi dari situ. Jari-jemari Ulrike digengam itu kesejukkan. Mungkin kerana terkejut akibat incident tadi. Dia membawa Ulrike ke studio. Dia memberi air kepada Ulrike supaya Ulrike bertenang. Ulrike masih lagi nampak terkejut.
“ Ulrike, kau tak apa-apa kan?” soalnya tidak lama kemudian.
Ulrike memandangnya dan terus menangis. Ulrike menerpa ke arahnya dan memeluk dengan erat sekali. Dia tergaman. Tidak sangka dengan tindakan Ulrike itu tetapi dia tidak menolak. Dibiarkan sehingga Ulrike berasa tenang.
“ Terima kasih kerana selamatkan saya. Saya minta maaf sebab peluk awak tadi,” ucap Ulrike sebaik tangisan reda.
“ Tak pe. Aku pun nak terima kasih pada kau.”
“ Kenapa pulak?”
“ Sebab kau, aku dah berjaya mencapai impian aku.”
“ Hah? Apa maksud awak nie?” Ulrike kehairanan.
“ Sebab aku dapat jumpa dengan gadis yang telah lama aku cari,” ucap Sanji.
“ Siapa dia? Mana dia?” soal Ulrike blurr.
“ 8 tahun dulu, aku selalu mengintai seorang budak perempuan nie. Dia menari dengan lincah sekali. Aku pun asyik dengan dia. Hari-hari aku tengok dia. Tapi satu hari tu, dia hilang. Aku hilang arah. Aku nak jumpa dengan dia balik. Sebab tu aku jadi penyanyi. Semuanya demi nak jumpa dia balik. Aku masih simpan lagu favourite gadis itu.” Sanji membuka fail dalam handphonenya. Bergema satu lagu yang biasa didengari oleh Ulrike.
“ Eh, nie lagu favourite saya. Awak ke budak lelaki yang menyorok dalam dewan tu?” soal Ulrike.
“ Jadi, kau dah ingat ke? Itulah aku. Kau perasan ke masa tu?”
“ Mestilah. Saya memang dah nampak masa tu.”
“ Kenapa kau tak tegur aku?”
“ Sebab awak tak tegur saya dulu. Saya ingat awak cuma bermain sorok-sorok kat situ.”
“Tak kisahlah. Janji aku dah jumpa kau balik.” Sanji melutut di atas lantai menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu. “ Sudi tak kau kahwin dengan aku?” soalnya sambil menghulurkan sebiji coklat.
Ulrike terkejut. “ Awak tengah melamar saya ke sekarang nie?”
“Mestilah. Kau sudi tak? Baik kau terima. Jangan menolak.”
“ Kalau saya menolak?”
“ Aku akan paksa kau terima aku.” Sanji ketawa.
Ulrike ketawa. Lelaki ini memang tak romantik langsung, Ada pulak nak paksa orang terima dia. Diambil juga coklat di tangan Sanji. Sanji berdiri memegang kedua belah pipi Ulrike dan mencium dahi Ulrike.
No comments:
Post a Comment