Friday, September 24, 2010

sedingin kasih34

Bab  34

Syaqie  terkebil-kebil  sewaktu  dia  datang  tadi. Sungguh, dia  terperanjat  besar melihat  Yuri. Sudah  dua  bulan, dia  tidak  bersua  wajah  dengan  adiknya. Dia  terpaksa  ke  luar  negara  untuk  membuat  research  kes  yang  terbaru  dari  sebuah  syarikat. Ketika  dia  melangkah  masuk  ke  dalam  rumah, adiknya  telah  menerpa  ke  arahnya. Kaku  dia  seketika. Dia  dapat  melihat  senyuman  manis  yang  tersungging  di  bibir  mungkil  adiknya. Senyuman  itu  telah  menghilang  sejak  7  tahun  kini  kembali  menyinari  bibir  adiknya. Tapi  dia  hairan  apa  yang  membawa  Yuri  mengukir  senyuman  sebegitu.
            “ Kau, Syaqie. Lama  betul  pak  cik  tak  jumpa. Pergi  mana?” soal  Tuan  Ahmad  sebaik  sahaja  dia  melabuhkan  punggung  di  hadapan  Tuan  Ahmad.
            “ Sibuk  pak  cik. 2  bulan  saya  ada  kat  US. Ada  banyak  kerja,” ulasnya.
            Dia  melihat  Yuri  dan  Hakkai  turun  bergandingan. Pelik. Dia  juga  dapat  melihat  lagi  senyuman  di  bibir  Yuri  dan  juga  Hakkai. Aku  ni  tengah  mimpi  agaknya. Lantas  dia  mencubit  lengannya. Aduh, sakit. Habis  tu  ni  bukan  mimpilah. Pelik  bin  ajaib  ni. Bukankah  dulu  Yuri  selalu  dingin  wajahnya? Manakala  Hakkai pula  tidak  boleh  dilihat  bersama  Yuri. Kini  dengan  senyuman  lagi, mereka  mendekatinya  dan  Tuan  Ahmad.
            “ Aika  nak  pergi  tak  rumah  Hasif  ni?” tanya  Yuri  dengan  lembut.
            “ Jomlah  kita  pergi  sekarang. Pak  cik  tak  pergi  ke?” soal  Syaqie  kepada  Tuan  Ahmad.
            “ Pergilah. Pak  cik  tak  sihat  sikit,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Yuri  dan  Hakkai  menyarung  sepatu  mereka. Syaqie cuma  memerhatikan  gelagat  mereka  dari  tadi.
            “ Kai  pergi  dengan  kereta  sayalah,” ucap  Syaqie.
            Hakkai  cuma  mengangguk   sambil  memandang  Yuri.    
            “ Aika, jangan  lupa  pergi  ambil  Liya  dulu,” pesan  Yuri.
            Yuri  memang  sudah  berjanji  dengan  Liya  untuk  pergi  bersama. Mereka  masuk  ke  dalam  kereta  Syaqie. Hakkai  mengambil  tempat  di  sebelah  Syaqie. Syaqie  memandu  keluar  dari  rumah  Tuan  Ahmad. Sesekali  dia  mengerling  ke  cermin  hadapan  untuk  melihat  adiknya. Senyuman  masih  tidak  lekang  dari  bibir  Yuri. Dia  akan  bertanya  pada  adiknya. Jika  perlu  dia  akan bertanya  pada  Hakkai.
            Mereka  sampai  di  tempat  tinggal  Liya. Ternyata  Liya  telah  menunggu  mereka. Liya  yang  ayu  berbaju  kurung pahang  berwarna  hijau  pucuk  pasang  amat  mempersonakan. Liya  mengambil  tempat  dari  sebelah  Yuri. Ketika  dia  mahu  masuk, dia  terkejut  melihat  Yuri  melemparkan  senyuman kepadanya. Terbeliak  matanya   memandang. Syaqie  menegur  perbuatan  Liya. Liya  pun  masuk  ke  kereta. Liya  mengeling  ke  arah  Yuri.
            Berlainan  benar  penampilan  Yuri  pada  hari  ini  kerana  dihiasi  dengan  senyuman  manis  di  bibirnya. Yuri  yang  ayu  memakai  jubah  ungu  yang  pernah  dipakai  ketika  malam  kemuncak  Hari  keluarga  di  syarikat  Hakkai. Hakkai  pula  memakai  baju  batik  yang  Sedondon  warnanya  dengan  Yuri.
            Syaqie  menekan  brek  ketika  menyusur  sebuah  banglo  indah. Banglo itu  bernama  Pelangi  Indah. Rumah  yang  didiami  oleh  Hasif. Keturunan  Tengku  Tentulah  keluarga  yang  kaya. Liya  terlebih  dahulu  dari  kereta. Dia  tidak  sabar-sabar  untuk  menemui  sepupunya, Tengku  Hani  Maisarah  itu. Yuri  dan  Hakkai  serta  Syaqie  masuk  bergandingan  ke  Pelangi  Indah. Kelihatan  Hasif  yang  menjadi  penyambut  tetamu  untuk  hari  ini. Syaqie  berjabat  tangan  dengan  Hasif  diikuti  dengan  Hakkai. Yuri  tersenyum. Hasif  terkebil-kebil  melihat  Yuri  dan  dua  orang  lelaki  itu  masuk  ke  Pelangi  indah.
            Ramai  tetamu  yang  telah  hadir. Apabila  Yuri  dan  Hakkai  masuk  ke  rumah, mereka  berdua  menjadi  tumpuan  orang  ramai. Apa  tidaknya, mereka  berdua  tampak  serasi  dalam  warna  pakaian  yang  sama. Syaqie  yang  masuk  cuma  tersenyum  malihat  pasangan  tersebut.
            Liya  berbual  mesra  dengan  Hani, sepupunya. Yuri  juga  berada  di  sebelah  Liya  sambil  mendengar  cerita-cerita  antara  kedua  sepupu  itu. kemudian  dia  naik  bosan. Dia  duduk  di  tepi  kolam  sambil  mengelamun.
            “ Bila  awak  kahwin?” soal  satu  suara.
            Rupanya  Hasif yang  bertanya. Memanglah  Hasif  tidak  pernah  tahu  yang  dia  telah  berkahwin. Tentu  dia  tanya  Aika  tentang  Hakkai. Tapi  untuk  apa  dia  memberitahu  lelaki  ini  kerana  lelaki  ini  tidak  pernah  ada  kaitan  dengan  dirinya.
            “ Kenapa  tanya?” Dia  tidak  memandang  wajah  Hasif.
            “ Dulu  saya  jumpa  awak. Awak  tak  berkahwin  lagi. Sekarang  awak  dah  kahwin. Nak  tahu  juga  bila  awak  kahwin,” ujar  Hasif.
            “ Biarlah  ia  menjadi  rahsia  saya. Sekarang  ni  saya  dah  sayangkan  dia,” ucap  Yuri. Sememangnya  dia  dah  mula  menyayangi  lelaki  itu. Mungkin  sebagai  abang  sahaja. Betul  ke? Entahlah….Betul  kot.
            Dari  jauh, ada  seseorang  sedang  asyik  memerhati  mereka  berdua. Entah  apa  yang  di  fikiran. Dia  tidak  tahu  apa  yang  dia  sendiri  difikirkan. Perasaannya  menjadi  bercampur  baur  tatkala  melihat  pasangan  itu  berbual.
            “ Kai, tengok  apa?” soal  Syaqie  di  belakangnya.
            Syaqie  sememangnya  tahu  apa  yang  berada  di  dalam  fikiran  lelaki  itu. sengaja  dia  bertanya.
            “ Tak  ada  apa-apalah.” Hakkai  terus  membuang  pandangan.
            Syaqie  tersenyum. Memang  menakjudkan. Hakkai  cemburu. Hakkai  langsung  tidak  menegur  Yuri  sesampai  di  rumah  mereka  berdua. Yuri  pelik.  Biasanya  Hakkai  kecoh  bersuara  tetapi  suaminya  itu  diam  membisu  sahaja. Dia  mahu  menegur  tetapi  dia  takut  disergah  nanti. Biarlah  nanti  dia  bosan  kalau  tak  usik  aku  tu. Hatinya  berkata.
            Selepas  makan  malam, dia  mengemas  meja  bersama  Mak  Lin. Tudungnya  masih  di  kepalanya. Dia  masih  belum  menanggalkan  tudungnya  walaupun  berada  di  biliknya  sendiri. Rambut  panjangnya  masih  disembunyikan. Hakkai  pula  seakan-akan  tidak  berpuas  hati  dengannya. Apabila  dia  ingin  bertanya, Hakkai  melarikan  dirinya. Kenapalah  dengan  mamat  ni? sakit  otak  ke? Dengusnya  dalam  hatinya.
            Pukul  10  malam, dia  masuk  ke  biliknya. Hakkai  dilihat  sedang  membaca  sebuah  buku. Memang  menjadi  Tabiat  Hakkai. Apabila  mahu  tidur, dia  akan  membaca  buku. Yuri  naik  ke  atas  katil. Dia  memandang  Hakkai  yang  langsung  tidak  mengerling  sedikit  pun  kepadanya.
            “ Awak!!” panggil  Yuri. “ Kenapa  dengan  awak  ni? Tak  nak  cakap  langsung  dengan  saya.”
            Barulah  Hakkai  berpaling  memandangnya. Berkerut  dahinya  seribu. “ Kenapa?”
            “ Dari  petang  tadi, saya  tengok  awak  macam  tak  nak  cakap  apa-apa  pun. Kenapa? Saya  ada  buat  salah  ke? Kalau  ada, cubalah  cakap. Ni  tak  diam  aje,” bebel.
            “ Kau  dah  lama  ke  kenal  dengan  Hasif  tu?” Soalan  jenis  apa  tu?
            “ Beberapa  bulan  lepas. Saya  kenal  dia  melalui Liya. Kenapa  awak  tanya ni?”
            “ Mesra  sangat  aku  tengok,” ucap  Hakkai.
            Yuri  memandang  Hakkai  dengan  pandangan  pelik. Kemudian  dia  tergelak  kecil. Hakkai  pula  memandangnya  dengan  penuh  tanda  tanya. Yuri  masih  dengan   ketawanya.
            “ Kenapa  kau ketawa  ni?” soal  Hakkai.
You  sound  so  funny.” Yuri  semakin  kuat  dengan ketawanya.
            Hakkai  geram  melihat  Yuri  yang  sedang  ketawakannya. Panas. Pantas  dia  menarik  hidung  Yuri. Dipicit  dengan  sekuat  hati. Yuri  segera  menepis  tangan  Hakkai. Pedih  rasanya. Dia  mengosok  Hidungnya  perlahan-lahan. Tentu  merah  hidung  aku  ni. Kuat  pulak  dia  picit  hidung  aku  ni. Nasib  baik, tak  kemek, rungutnya.
            Kini  giliran  Hakkai  pula  yang  tergelak. Masam  mencuka  wajah  isterinya. Bertambah  cute  dengan  hidung  yang  merah  itu. Yuri  pula  membelakangi  Hakkai. Hakkai  terus  dengan  ketawanya. Dia  mendekati  isterinya  dan  membisik  sesuatu  di  telinga  Yuri. Selepas  itu, tubuh  Yuri  berdiri  tegak. Dia  menjauhi  Hakkai.
            “ Awak  dah  gila  ye?” Dia  merenung  tajam  ke  arah  Hakkai.
            Hakkai  tersenyum  nakal. “ Sudahlah, dah  lewat  ni. aku  tak  ganggu  kau  punya.” Hakkai  menarik  selimut  dan  memejamkan matanya.
            Setelah  betul-betul  yakin, barulah  Yuri  naik  semula  ke  atas  katil. Matanya  mengantuk. Lena  datang  tanpa  dipaksa.

No comments:

Post a Comment