Bab 18
SENTIASA bertudung, itulah rutin Yuri sekarang selepas tinggal di rumah Hakkai. Biliknya adalah bilik Hakkai. Dia sedang di dalam bilik Hakkai sambil memeriksa e-mail yang masuk. Cuma lima e-mail yang masuk. 4 daripada Okada dan 1 lagi dari universiti lamanya. Undangan untuk ke majlis reunion. Majlis itu akan diadakan pada bulan hadapan. Dia ingin ke Jepun tetapi dalam keadaan seperti ini, tidak mungkin. Dia sudah bersedia. Lagipun pengalaman bekerja di Jepun berserta beberapa sijil telah mengukuhkan keyakinannya.
Dalam e-mail kiriman Okada, dia mengatakan bahawa dia ingin menyambung pelajaran ke peringkat master. Dia juga telah menghantar borang ke universiti yang sama. Dia juga sempat bertanya tentang majlis reunion itu. Yuri mengeluh. Semenjak satu minggu ini, hidupnya terkongkong. Dia tidak mudah untuk menyesuaikan dirinya di sini. Dengan sikap Hakkai yang bengis itu, dia berasa betul-betul terkongkong. Dia membuka fail-fail yang mengandungi gambar-gambar ketika dia berada di Jepun.
Gambar-gambar di mana dia bersama Okada dan beberapa orang teman dalam satu lawatan. Dia ke satu tempat yang penuh dengan bunga sakura. Cantik. Lantaran itu, dia menamakan tempat itu sebagai Hati Sakura kerana dia pernah terjumpa bunga sakura yang betul-betul berbentuk hati. Melihat gambar-gambar itu membuatkan hatinya sedikit tenang.
Yuri langsung tidak menyedari yang Hakkai sedang berdiri di belakangnya. Dia sibuk membelek gambar itu. Hakkai terpempam memandang gambar-gambar itu. Dia memang pernah melihat gadis yang berada di sisi Yuri. Ya…itulah gadis yang pernah dia nampak bersama Yuri di airport ketika menjemput Izzat dahulu. Dari gambar-gambar itu, Hakkai dapat mengenal pasti yang tempat itu bukanlah di Malaysia tetapi di Jepun. Dia pernah melihat gambar Izzat berlatar belakang tempat itu. Siapa dia sebenarnya? Terlalu banyak yang tidak diketahui olehnya tentang gadis kecil molek ini.
Hakkai berlalu ke bilik air dan menutup pintu. Yuri tersentak mendengar pintu bilik air itu ditutup. Dia dah nampak ke? Segera dia menutup laptopnya. Dia keluar dari bilik itu. Kenapalah dia tidak sedar yang Hakkai telah balik? Tentu dia nampak gambar-gambar itu tadi. Takkanlah dia berminat tengok gambar-gambar ni, desis Hati Yuri. Yuri keluar dari rumah. Betapa bosannya hidupnya. Dia tidak keluar sesuka hati lagi. Dia kena memberitahu Tuan Ahmad atau pembantu rumah mereka iaitu Halimah, ataupun lebih dikenali sebagai Mak Lin.
Kalau dahulu, dia selalu ke taman di hadapan rumahnya di Jepun untuk menenangkan fikiran setelah penat menelaah buku-buku. Jepun memang negara yang amat maju tetapi mundur dari segi akhlaknya. Pernah sekali, dia melihat sepasang pelajar sekolah memadu kasih di hadapan shopping complex di Okasa.
HAKKAI sudah keluar dari bilik mandi. Kelibat Yuri telah lama hilang. Dia memandang laptop Yuri yang berada di celah sofa itu. dia segera menyarung pakaiannya. Sebaik kakinya ingin melangkah, kedengaran irama lagu yang tidak diketahui bahasanya. Dia melihat ke atas meja solek. Sebuah telefon bimbit berjenama Toshiba. Mungkin milik Yuri, desis hati Hakkai.
“ Moshi, moshi Yuri (Hello, hello Yuri).” Dia disapa dengan seorang wanita yang berbahasa asing.
“ Sorry, I can’t understand your language,” ucap Hakkai.
Perempuan itu terkejut apabila mendengar suara lelaki yang menjawab.
“ Who are you?” soal perempuan itu.
“ Who do you want to speak to?” Tanpa mempedulikan soalan daripada perempuan itu, dia bertanya.
“ I want to speak with Yuri. Yukari Hanun,” jawab perempuan itu.
“ She’s not around here,”ucap Hakkai.
“ But who are you?” Perempuan itu bertanya sekali lagi.
“ I’m……her husband,”jawab Hakkai.
“ Oh…my….god. Erg…I will call her later. Thank.” Perempuan itu segera mematikan telefonnya.
Hakkai meletakkan kembali telefon Yuri itu. Dia melangkah keluar dari biliknya. Dia berlalu ke arah dapur. Tiada sesiapa di sana. Dia mengambil secawan minuman. Selepas itu, dia ingin ke halaman rumahnya. Dia ternampak Yuri sedang termenung ke seorangan. Malas dia memikirkan tentang gadis itu.
“ BETUL ke you ni dah kahwin dengan Encik Saiful?” Soalan itu berulang dari mulut Hasliza ke mulut Linda.
Dia tidak mampu berkata-kata. Berita tentang perkahwinannya dengan Hakkai telah tersebar luas di dalam syarikat. Banyak mulut yang mengatakan dirinya ingin mengambil kesempatan. Dia Cuma mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa. Mulut orang bukan dia boleh buat apa-apa. Suka hati merekalah.
Sampai ke tengah hari, ceritanya masih hangat diperkatakan. Dia tidak lagi menjalankan tugas yang satu itu iaitu membuat kopi buat Hakkai. Dia duduk di mejanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menjawab. “ Assalamualaikum.” Dia memberi salam. Salam itu dijawab.
“ Ini cik Yukari Hanun?”
“ Ya, saya. Siapa ni?” Yuri tidak mengenali suara itu.
“ Saya ni setiausaha kepada Puan Fauziah, pengurus kepada Syarikat Wawasan Design. Saya telefon ni kerana saya nak beritahu yang Puan Fauziah mahu kamu datang ke syarikat ni untuk temu duga selasa ni. Cik bawalah sijil-sijil yang berkenaan dan satu contoh interior design. Saya nak tengok. Baiklah, cik Yukari. Saya terpaksa minta diri dulu kerana ada hal. Assalamualaikum.” Dia memberi salam setelah penerangan panjang lebar itu dibuat.
“ Waalaikumusalam,” jawabnya.
Hatinya menjadi gembira. Pekerjaan yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya dapat jua. Dia mahu membeli baju baru untuk temu duga lusa. Dia yakin dia akan dapat pekerjaan itu. Yuri dapat membayangkan bagaimana dia berada di syarikat itu nanti. Dia menarik nafas lega. Akhirnya dia dapat keluar dari kepompong Hakkai. Nak menatap wajah Hakkai lagi pun dia tidak mampu selepas peristiwa Hakkai menghina mamanya. Apabila di rumahnya, dia mengelak dari bertemu muka dengan Hakkai.
“You tak keluar makan ke?” soal Linda.
“ Tak. Tak lapar,” ucap Yuri.
“ Ke you nak temankan husband you?” usik Hasliza yang muncul dari belakang Linda.
Yuri tidak berkata apa-apa. Dia menjungkitkan bahunya. Perihal Hakkai, dia tidak memikirkannya. Kedua-dua wanita itu tidak lagi mengusik lagi apabila melihat tiada respon di pihak Yuri. Tiba-tiba mata Yuri terpaku pada keliabat lelaki yang baru masuk ke pejabatnya. Yuri bangun menuju ke arah lelaki itu.
“ Aika,” sapanya perlahan.
“ Hello, my princess.” Syaqie menyapa lembut.
“What are you doing here?” duga Yuri.
“ I need to see you but I have to see Hakkai first,” ucap Syaqie meniggalkan Yuri ke pejabat Hakkai.
Berkerut dahi Yuri mendengar. Entah kenapa abangnya kena beritahu Hakkai dulu, dia sendiri tidak pasti. Hasliza mendekati. “ Dialah yang datang cari you dulu.”
“ Hah? Bila?”
“ You tanyalah dia nanti.”
Syaqie keluar kembali. Dia menarik tangan Yuri dan membisik sesuatu ke telinga Yuri. Yuri mengangguk tanda faham. Yuri ke mejanya mengambil tas tangannya. Dia berlalu keluar dari syarikat bersama Syaqie. Hasliza dan Linda memandang dengan perasaan curiga.
“ KENAPA, Aika?” Yuri memandang tepat ke wajah abangnya.
“ Kalau Aika beritahu princess jangan marah, okey.” Aika kelihatan teragak-agak untuk memberitahunya perkara itu. Perasaan Yuri bertambah gelisah. Ingin sahaja dia mendesak Syaqie tetapi itu bukanlah caranya. Dia menanti dengan sabar.
“ Aika jumpa Dato’ Rashidi kemarin,” ucap Syaqie.
Mata Yuri yang sedikit sepet terbeliak mendengarnya. Nafasnya menjadi pantas. Dia menggeleng.
“ Macam mana?”
“ Aika tengah berurusan dengan klien masa itu. masa nak balik. Aika terserempak dengan dia. Dia juga bertanya tentang princess,”terang Syaqie.
“ Apa yang dia nak?”
“ Dia nak jumpa princess.”
“ Yuri tak akan jumpa dia. Tak nak sama sekali.” Keras benar nadanya.
“ Tapi…princess….”
“ No…no…no way. I don’t want to see him again. I don’t want it.” Dia tidak mahu menangis tika itu.
Syaqie mengeluh. Hati adiknya terlalu keras. Kajadian itu terbayang di matanya. Memang salah Otosa. Adiknya pula tersangatlah sensitif. Jika satu kejadian itu menyentuh hatinya, dia akan meyimpan di dalam hati. Itu memang perangai adiknya.
“And..i don’t want you to tell him anything about me. Is that clear?” ucap Yuri.
Dia tidak mahu perihal dirinya diketahui oleh lelaki itu. dia tidak mahu ada sebarang hubungan dengan lelaki itu. Sekali lelaki itu membuangnya, dia akan ingat sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment