“ Kenapa orang kena ada bodyguard, pa? Orang boleh jaga diri orang sendiri ar.” Aku memandang Tan Sri Rahman dengan pandangan pelik. Kenapa pulak tiba-tiba je suruh aku pasang bodyguard nie? Lepas kematian atuk 2 minggu lalu, papa aku nie makin pelik perangainya. Macam ada sesuatu rahsia yang disimpannya. Aku malas nak ambik port, kalau papa nak bagitahu aku dengar. Kalau dia tak nak bagitahu, aku pun malas nak menadahkan telinga aku untuk mendengarnya.
“ Papa bimbang dengan keselamatan Ryana. Sekarang banyak kes yang melibatkan gadis-gadis macam Ryana nie. Sebab tu ar, papa nak ada bodyguard,” pujuk Tan Sri Rahman.
“ Boleh percaya ke dengan bodyguard sekarang nie? Nanti bukan orang lain yang kacau orang, bodyguard tu gak. Harapkan pagar, pagar makan padi.” Bukan apa, zaman sekarang tak boleh main-main. Tak boleh percaya orang suka-suka macam tu je.
“ Arman tu budak baik. Dia lelaki yang boleh dipercayai. Dia tu cucu angkat atuk tau,” ujar Tan Sri Rahman.
Aku mula ar buat muka toya. Bukan aku tak kenal dengan mamat yang bernama Arman itu. Terlampau kenal. Hizbul Arman. Seorang lelaki yang suka menyakitkan hati aku nie. Masa kat sekolah dulu, lelaki itu jugak yang buli aku. Suruh buat kerja sekolah ar, cuci kasut ar. Status aku sebagai cucu kandung atuk dipandang sepi. Dia langsung tak takut. Opps! Masuk cerita zaman sekolah ar pulak dah. Sorry..
Berbalik pada cerita tadi, aku tengah pelik sekarang nie. Kenapa mamat tu nak jadi bodyguard aku? Macam tak ada kerja lain. Nak cakap dia nie bodoh, cerdik siot. Graduan luar negara lagi. Yang jadi bodoh pergi jadi bodyguard aku nie apa hal? Pelik bin ajaib sungguh ar mamat nie.
“ Ryana tak nak. Ryana boleh jaga diri sendiri.” Aku membantah lagi.
“ Nie semua wasiat atuk. Atuk yang nak arman tu jadi bodyguard Ryana. Ryana tak boleh tolak macam tu je. Merana arwah atuk nanti.” Tan Sri Rahman memujuk lagi.
Aku menggeleng kepala. Memang aku dah kalah dah. Papa memang mementingkan tentang wasiat atuk. Entah kenapa atuk nak sangat si Arman nie jadi bodyguard aku pun aku tak tau. Ah! Biarlah. Janji si mamat tu tak buli aku sudah. Aku bukan budak yang dulu suka-suka hati kau je nak buli.
Aku naik ke bilik aku. Menyerah kalahlah. Malas dah nak bertekak dengan papa. Buang habis air liur je. Bukan menang pun. Masa nak naik tangga, aku bertembung dengan mamat tu. Aku kerling kat dia. Masa tu, mata aku bertembung dengan mata dia. Dia tengah senyum. Senyum ada makna. Aku tahu kalau dia senyum macam tu, ada sesuatu yang buruk akan berlaku padaku.
Hati aku dah mula berdebar-debar. Mamat nie nak buat apa pulak dah? Apa pulak rancangan dia kali nie? Sampai aku terlelap memikirkan perkara nie.
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan terus mandi. Hari nie ada kuiz Prof. Madya Mokhtar, E.M stand for Engineering Mechanics. Pening-pening. Pasal bodyguard, pasal kuiz lagi. Sape yang tak pening? Aku keluar nak naik motor aku. Tiba-tiba aku tengok tayar motor aku dah kempis. Leper. Semalam masa aku balik dari kampus, elok lagi. Macam mana boleh leper pulak nie? Hish sakit hati betullah. Masa nie jugak nie nak buat hal.
Tiba-tiba aku terpandang mamat tu kat taman. Tengah duduk tengok aku sambil tersengih. Aku dah agak dah. Mesti mamat nie punya kerja. Hish, memang jiwa kacau ar. Aku mendekatinya.
“ Weyh, kau kan yang kempiskan tayar motor aku kan?” Masa nie mulut aku memang dah tak boleh tahan lagi.
“ Kau nampak ke aku yang buat?” Si Mamat nie nak main tarik tali pulak dengan aku.
“ Pak Mail, tolong hantar Ryana ke kampus.” Aku bertanya pada Pak Mail yang sedang mencuci kereta itu.
“ Sorry ye Ryana. Tuan ada meeting pagi nie. Kenapa tak naik motor tu?”
“ Tayar kempis. Entah sape punya kerja ar yang bodoh sangat tu pergi kempiskan tayar motor orang.” Aku kalau bab sindir-menyindir nie memang expert ar.
“ Arman, tolong hantar Ryana ke kampus ye,” arah papa.
“ Baik, Uncle.”
Aku dah terlopong kat situ. Memang malang nasib aku hari nie.
“ Cepatlah. Jangan nak terhegeh-hegeh pulak. Kelas kau dah nak start kan.”
Dia membuka pintu kereta dan terus masuk. Ceh! Tak gentleman langsung. Dah ar Cik Ryana oi. Mengada-ada pulak nak suruh orang bukakan pintu tu dia. Tapi kalau dia bukakan pintu untuk aku memang dia nak mampus ar agaknya. Dia pun masuk ke kereta. Kami berdua tak bercakap langsung. Malas aku bercakap dengan mamat nie. Lagi malang nasib aku nanti.
Sampai je kat kampus, tanpa toleh kiri kanan, tanpa suara aku keluar macam tu je. Aku dah nampak member aku berjalan ke blok w. Aku pun sertai mereka.
“ Eh, mana motor kau, Rya? Naik kereta nampak,” usik Husna.
“ Tayar bocor. Entah hantu manalah yang sedut angin tayar aku tu.” Aku cepat-cepat mengajak Husna pergi dari situ.
“ Siapa pulak yang hantar kau tadi?” Husna dah mula dengan perangai menggatal dia.
“ Bodyguard aku.” Aku menjawab dengan ringkas.
“ BO??? Bodyguard?” Husna menjerit kuat. Siap kuar dengan bahasa Korea lagi. Minah nie memang gila bahasa Korea.
“ Oit minah. Suara kau tu boleh jadi aku pekak tau. Perlahan-lahan dahlah. Nie kalah speaker kat dewan tu.” Aku menepuk bahu Husna.
“ Cepat ar cakap. Siapa mamat tadi tu? Kau cakap bodyguard kau? Sejak bila kau ada bodyguard nie?” Nah bertubi-tubi aku kena tembak dengan si Husna nie.
“ Papa aku yang suruh. Sejak atuk aku jadi arwah, papa betul-betul kawal aku. Semua benda dia nak kawal. Semalam dia cakap aku kena ada bodyguard. Entah apa yang papa aku fikir pun aku tak tau.” Aku mengeluh.
“ Mesti papa kau ada sebab tersendiri. Kau kan anak tunggul dia. Kaya pulak tu. Mesti ar dia risau dengan keselamatan kau. Lain ar macam aku nie. Anak petani je. Tak pe sape yang nak.” Husna dah mula buat suara sedih.
Aku menepuk bahunya dengan kuat. Aku memang tak suka bila dia cakap macam tu. Macam ar aku nie jenis pilih kawan.
“ Aduh, sakitlah. Kau nie kan. Mahu patah bahu aku dengan baham dengan kau nie.” Dia memegang bahunya.
“ Tulah kau. Cakap mengarut lagi. Sekali lagi kau cakap macam tu, kita putus kawan.”
“ Dah-dah. Jom masuk kelas. Masak kita kena goreng dengan prof. madya Mokhtar nanti.”
AKU menuju ke bus stop. Hari nie terpaksa ar aku naik bas nak balik rumah. Tiba-tiba sebuah kereta BMW berhenti betul-betul depan aku. Tersentak aku sekejap. Yelah, tiba-tiba je. Laju pulak tu. Orang ada kat bus stop tu pun terkejut bukan aku sorang. Pemandu kereta tu pun menurunkan cermin keretanya. Aku pun buat muka toya.
“ Cepat ar naik.” Arah pemandu kereta itu. Siapa lagi kalau bukan si Hizbul Arman tu.
Aku sengaja buat pekak. Minta ampun ar aku nak naik kereta dengan dia. Cukup ar sekali aku terseksa.
“ Jangan sampai aku turun dukung kau sumbat dalam kereta nie.” Begitu kuat suara Mamat nie sampai orang kat situ tergelak perlahan.
Aku memandang ke belakang. Terdapat pelajar-pelajar junior sedang tersengih-sengih memandang ke arah aku. Hish mamat nie memang suka buat aku malu. Aku pun melangkah masuk ke dalam kereta itu. Aku sengaja hempas pintu kereta dengan kuat.
“ Woi cik adik yang sewel, tutup ar pintu tu slow-slow. Nanti rosak, susah pulak.” Selamba je si mamat nie panggil aku sewel, nie buat aku panas nie.
“ Suka hati aku ar. Kau peduli apa.” Aku balas balik.
“ Kau nie jenis yang tak tahu bersyukur kan. Mentang-mentang harta kau banyak. Suka-suka nak rosakkan barang.” Si mamat nie dah mula bukak mulut dia.
“ Tu tak ada kena-mengena dengan kau pun. Suka hati aku nak buat apa pun. Jangan nak masuk campur.” Cakap dengan mamat nie buat aku menyampah.
“ Dasar pompuan sewel. Memang jenis tak sayang harta.” Kena lagi.
“ Memang aku tak sayang harta aku. Aku tak nak pun harta nie.”
Aku menarik nafas panjang. Buat sakit hati je bercakap dengan si mamat nie. Baik aku diam. Aku rasa kereta dah berhenti. Aku pun angkat kepala. Eh, nie bukan rumah aku. Si mamat nie dah kuar. Tak cakap apa-apa pun. Aku pun ikut kuar sama.
“ Eh, kita kat mana nie? Kenapa berhenti kat sini? Tak balik rumah terus?”
Si mamat nie buat muka toya pulak. Tak jawab soalan aku. Siap order makanan dan minuman lagi. Aku sakit hati terus duduk depan dia. Pelayan tu tanya aku nak makan apa. Aku geleng. Aku tak ada mood nak makan semua.
Sampai je pesanan, si mamat nie terus je makan. Tak pelawa langsung aku nie. Aku pulak terkebel-kebel tengok dia makan. Perut aku terus berkeroncong. Dari pagi tak makan beb, mana tak lapar. Telan air liur jugak aku tengok dia makan.
“ Kenapa? Nak ke?” si mamat nie tersengih. Sekali lagi aku telan air liur. Si mamat nie sengih makin lebar. Dia ingin menyuapku. Tanpa ragu-ragu, aku menerimanya tetapi belum sempat sampai ke mulut, si mamat nie dah larikan sudu tu. Aku tahan geram. Sekali lagi, sudu itu disuakan ke mulutku tetapi tak sampai ke mulutku.
“ Woi, jangan main-main dengan aku.” Aku menjerit. Kerana terlampau kuat, semua pelanggan berpaling ke arahku. Si mamat nie pulak boleh dia buat muka tak bersalah. Sebab sakit hati sangat, aku tunduk. Malu kot. Si mamat nie memang sengaja nak malukan aku. Hish, sakit hati betul ar dengan dia nie.
Lepas makan, dia sorang yang makan, kami terus balik ke rumah. Kuar dari kereta aku nampak papa sedang duduk di taman bunga mama. Aku malas nak tegur. Hati aku makin sakit dengan perbuatan si mamat nie. Dia nie tak puas-puas lagi dari dulu sampai sekarang nak sakitkan hati aku. Buli aku. Apa salah aku sekarang pada dia?
“ KENAPA dengan Ryana tu? Nampak marah je?” soal Tan Sri Rahman kepada Arman.
“ Entah ar Uncle. Datang bulan kot.” Arman bergurau.
“ Sabarlah Arman. Dia masih tak faham dengan keadaan sekarang. Uncle tak nak takutkan dia dengan perkara-perkara macam nie. Takut pelajaran dia terjejas.” Tan Sri Rahman mengeluh.
“ Uncle jangan risau. Saya akan jaga Ryana. Saya akan pastikan tak ada orang yang boleh sentuh anak uncle tu.” Arman tersenyum.
“ Uncle dapat maklumat yang dia dah sampai ke Malaysia. Tentu dia sedang menjejaki Ryana. Uncle tak tahu ar macam mana nak lindungi Ryana lagi. Uncle tak nak kehilangan dia. Dia ar nyawa uncle sekarang nie.” Tan Sri Rahman mengeluh lagi.
“ Apa yang dia akan buat kalau jumpa Ryana?”
“ Dia akan cuba bunuh Ryana macam dia bunuh atuk.” Ucapan Tan Sri Rahman membuatkan Arman tersentak. Wah! Bunuh! Mereka memang nak mampus. Jangan harap aku biarkan Ryana mati dibunuh depan mata aku. Ini sumpah aku.
“MULAI hari nie, aku akan hantar kau ke U. Kau dah tak payah naik motor dah. Bahaya sangat. Motor tu pulak bukannnya kecil. Tapi gedabak besar,” arah Arman.
What?? Suka hati mak bapak dia je suruh aku naik kereta dengan dia. Hish, tak ingin aku. Nanti dia cakap aku menyusahkan dia pulak. Aku dengan selambanya menuju ke motor aku. Tiba-tiba lengan aku ditarik. Sakit. Nak putus tangan aku dek ditarik oleh si Arman nie.
“ Woi, apa nie? Tarik-tarik tangan orang nie. Sakit tau tak? Nak putus tangan aku nie. Lepaslah.” Aku cuba tarik lengan aku balik. Tapi tak terlepas. Kuat si Arman nie pegang.
“ Kalau tak nak sakit, ikut cakap aku. Jangan banyak songeh. Ke kau nak aku tolong panggil papa kau.” Si Arman dah tersengih dah. Masak. Kalau dia panggil papa, confirm aku dah tak boleh naik motor aku.
“ Yelah-yelah. Sikit-sikit nak panggil papa. Hish, rimas aku. Dahlah, cepat ar hantar aku. Aku dah lambat nie.” Aku dah muncung sedepa. “ Aku balik pukul 3 hari nie. Jangan lewat.”
Arman tersenyum. Hahaha..Tahu pun takut. Tau kalau aku panggil papa dia, confirm dia tak boleh menang.
Aku malas nak bukak mulut bercakap dengan dia nie. Nanti kang, aku jugak yang sakit hati bercakap dengan dia nie.
“ Kau ambik kos apa kat u nie?” Arman cuba mendengar suaraku nie.
“ Kimia. Kenapa kau nak tau?”
“ Kenapa tak boleh ke?”
“ Kalau macam tu, aku nak tanya kenapa kau kerja sebagai bodyguard aku nie? Tak de kerja yang ke?”
“ Hei, bukan sebab atuk yang suruh aku jadi bodyguard kau nie, aku pun tak hingin ar. Jadi bodyguard pada budak sewel macam nie. Lainlah kalau puteri kayangan yang cantik menawan tu,” sindir Arman.
Mata aku terbeliak luas. Depan-depan dia cakap aku tak cantik. Wah, sedap mulut dia mengata. Aku tau ar muka aku nie tak de ar cantik macam puteri kayangan tu. Hish, kang dah cakap aku yang sakit hati kalau bercakap dengan dia. Hei, mulut jangan buat bunyi lagi.
Arman melihat gadis di sebelahnya tidak membalas kata-katanya. Dia mengerling sekilas. Wajah gadis itu nampak muram. Terasa ke dia? Hish, mulut nie pun satu. Sesedap bahasa dia je bercakap. Suasana senyap itu berterusan sehingga aku sampai ke u. Aku keluar dari kereta tanpa bersuara. Dia pun malas nak tegur.
“ Hari nie, kita ada student baru tau. Dia budak melayu tapi study kat UK.” Husna datang memberi infomasi terbaru.
“ Bukan ke sekarang nie, tgh sem?”
“ Entah, aku pun tak tahu.”
Tengku Iskandar. Itulah nama student yang datang dari UK itu. Sebenarnya aku pun tak ingin nak ambil tahu tetapi si Husna nielah yang bagitau. Anak orang kaya. Sorry ar aku tak berminat. Lagipun aku pun anak orang kaya. Cuma tak nampak dari segi luaran sahaja. Hanya Husna dan pihak universiti sahaja yang tahu.
Aku dan Husna ke kaferia untuk mengisi perut yang sedang kuat berbunyi. Tiba-tiba, Tengku Iskandar datang dan duduk di sebelahku. Aku berpaling dan memandang pelik ke arahnya. Hish, mamat nie macam tempat lain tu dah penuh. Pelajar-pelajar perempuan yang lain sudah berbisik sesama mereka.
“ Hai, young lady, may I join you?” soal Tengku Iskandar dengan lembut.
Belum sempat aku menjawab, si Husna nie dah jawab dulu. Aku tengok si Husna nie memang dah gila bayang dengan Tengku Iskandar nie. Aku menggeleng-geleng kepala aku. Perbuatanku disedari Tengku Iskandar.
“ Kenapa you geleng kepala nie?” Soalan Tengku Iskandar itu membuatkan Husna berpaling ke arahku.
“ Saje aku nak geleng kepala. Kenapa tak boleh? Aku bukan guna kepala kau pun.” Sebaik sahaja aku ucap kata-kata itu, kakiku disepak oleh Husna.
Aku menjegilkan matanya tanpa marah. Dia pulak boleh buat muka tak bersalah. Lepas je aku habis makan, aku terus je chow. Malas aku nak menunggu si Husna yang sengaja je makan lambat. Aku terdengar ada orang yang memanggil namaku. Aku berpaling ke belakang. La, mamat nie kejar aku pulak dah. Apalah yang dia nak nie?
“ Macam mana kalau you kerja dengan I ? I cuma nak bantu you je. Kesian pulak I tengok baju you nie. Nampak dah lama sangat.”
Secukup garam dia mengutuk baju yang tersarung di badanku. Baju kemeja kotak dan seluar jean hitam yang agak lusuh warnanya. Memang dari pandangan mata orang lain, pakaian ini memang sudah lama. Aku lebih suka barang lama. Ada nilai sentimental yang tersendiri. Hello, mak bapak aku pun tak cakap apa-apa. Yang kau nak sibuk nie, pe hal?
“ Kerja? Kerja apa?” Sengaja nak permainkan lelaki ini.
“ Jadi tutor I. You pun tahu, I dah lama duduk kat luar negara. Jadi I tak berapa nak faham tentang sistem kat sini. Kalau boleh I nak you ajarkan I,” terang Tengku Iskandar.
“ Kenapa aku? Tak orang lain?” soalku.
“ You sendiri tengok macam mana dorang tergila-gilakan I. I tak nak. I rimas dengan keadaan macam tu.”
“ Kalau macam tu, kau boleh suruh budak laki yang ajarkan kau. Mereka tak akan tergilakan kau. Lainlah kalau dorang tu gay.” Aku tersengih.
“ I akan bayar you dengan bayaran yang tinggi kalau you sangguh ajar I,” ujar Tengku Iskandar.
Mata aku membulat. Kemudian tersenyum manis. Mamat nie ingat aku nie mata duitan ke? Sorry ar. Tapi best jugak kenakan mamat nie.
“ Nie alamat rumah I. Kita jumpa esok kat rumah I. You jangan lupa tau.” Tengku Iskandar berlalu tanpa sempat mendengar jawapan aku.
Aku sebenarnya malas nak layan tapi kesian jugak kat dia nie. Orang nak belajar, Ryana. Kena ajar. Jangan jadi orang kedekut ilmu. Ok ar, esok aku pergi rumah dia. Tapi kan, macam mana aku nak terlepas dari kawalan bodyguard yang sorang tu? Dia mesti tak bagi aku pergi rumah mamat tu.
Aku macam biasa tunggu bodyguard aku tu datang ambil aku. Mana dia nie? Dah pukul 3.15. Aku dah cakap jangan lambat. Mamat nie sengaja nak sakitkan hati aku. Kereta BMW berhenti betul-betul depan aku. Aku tak tunggu lama. Menerpa masuk. Aku diam je. Malas nak bercakap apa-apa. Nanti aku jugak terkena. Baik diam je.
“ Kau sakit ke?” soal Arman.
“ Taklah, kenapa?”
“ Diam je. Aku sengaja datang lewat. Kau tak marah pulak?”
“ Oh, kau tahu pun lewat. Kenapa kau lewat? Kan aku dah cakap pukul 3.” Aku dah tak tahan. Mamat nie sengaja naikkan darah aku. Angin betul. Boleh pulak dia cakap dia sengaja datang lewat.
“ Aku saje nak suruh aku tunggu aku.” Selamba je mamat nie. Apa? Dia nak aku tunggu dia? Mengarut. Kalau aku naik motor kan senang. Ya Allah menyampahnya aku dengan mamat nie. Selalu sakitkkan hati aku nie.
Perlahan-lahan aku membuka rantai yang terdapat di motorku. Nie mesti kerja papa. Siap rantai motor aku tak nak aku naik motor lagi. Aku menekan butang gate. Gate pun terbuka. Aku menolak motorku keluar. Biar jauh ar sikit. Nanti aku start motor kat sini, dengar bunyi. Tak pasal-pasal tak boleh kuar pagi nie.
Setelah agak jauh dari rumahku, aku mula start motor. Bestnya. Dah lama tak naik motor nie. Nak pergi mana ye? Tak kan pergi mamat kaya itu pagi-pagi hari nie. Ok, mula-mula kena isi perut dulu. Dia berhenti di sebuah warung. Pak cik-pak cik yang tengah makan kat warung tu berpaling tengok aku. Nak-nak bila aku buka helmet aku, terurai rambut aku yang panjang tu.
Aku buat muka selamba. Aku duduk di sebuah meja. Lepas tu, ada budak perempuan datang ambil order.
“ Akak nak minum apa?”
“ Bagi milo panas lepas tu, roti canai kosong dua keping..” Dia memberitahu ordernya.
Budak itu terkejut lalu mengangguk. Sampai je pesanan, aku membantai puas-puas. Kalau makan dengan papa nie, confirm tak makan tak sini. Hotel-hotel je jadi tempat papa menjamu selera. Aku tengok jam tanganku. Mak ai, awal lagi nie. Baru pukul 7.30. Nak pergi mane nie? Yes, pantai. Aku dah tak pergi mana. Nak pergi macam mana. Papa, mama, semuanya busy dengan kerja. Baik pergi sendiri.
Cantik sungguh ciptaan tuhan nie. Air laut nampak keemasan dengan sinaran matahari pagi. Dipandang sekeliling. Tidak ramai orang yang berada di kawasan itu. Mungkin sebab masih pagi.
Tengah sedap berangan, ada pulak yang mengacau. Hish tak boleh, tengok orang senang langsung. Aku mengangkat telefon yang berbunyi nyaring itu.
“ You kat mana nie? Tak jumpa rumah I ke? Nak I ambilkan?” soal Tengku Iskandar bertalu-talu.
“ Hah? Dah pukul berapa ye?”
“ Pukul 9.30 dah nie. You kat mana nie?” soal Tengku Iskandar sekali lagi.
Mak ai, lama gila aku layan blue kat sini. Tak sedar dah pukul 9 dah. “ Aku nak geraklah nie. Tak payah nak datang ambil.”
Aku bergerak ke motorsikalku. Biasanya orang kat rumah aku dah bangun. Yang aku peliknya, papa tak bising pulak tengok motor aku tak ada. Tak call-call pun. Pelik bin ajaib nie. Ah, biar ar. Bagus juga aku tak kena dengar ceramah pagi dari papa. Aku sampai di rumah Tengku Iskandar. Mak ai, lebih besar dari rumah atuk aku. Memang kaya gila ar dia nie.
“ Eh, Ryana. You dah datang. Masuk ar. Hari nie mummy dan daddy I tak ada kat rumah. Mereka keluar bercuti,” beritahu Tengku Iskandar.
Eh, mamat nie. Otak dia nie betul ke tidak? Selamba rock je suruh aku masuk rumah dia masa parent dia tak ada. Hello, aku nie bukannya bodoh sangat, ok. Aku buat muka bodoh masa dia suruh aku masuk.
“ Oh, lupa. You jangan risau. Bukan kita berdua je dalam rumah nie. Maid I ramai kat dalam rumah nie.” Tengku Iskandar tersenyum manis.
Aku mengangguk dan menjemput masuk. Macam dia cakap, maid dia memang ramai. Dah macam maid dalam cerita korea yang kawan aku, si Husna gilakan itu. Pakai uniform lagi. Aku mengerling kiri dan kanan.
“ Duduklah dulu,” pelawa Tengku Iskandar. “ You all, go and do your job. And bring orange juice. Make it two.” Berlagak gila dia nie.
Dah macam kat restoran pulak. Main order je. Kalau kat rumah aku cakap macam tu kat Mak Indah, dah sah-sah kena tarik telinga dengan papa.
“ Apa yang kau nak suruh aku ajar?” Baik aku cepat-cepat ajar dia, cepat-cepat ar aku blah dari rumah nie.
“ You ada kerja ke petang nie?”
“ Tak ada ar. Kenapa?”
“ Banyak yang I nak suruh you ajarkan. Mungkin sampai malam kot.” Wajah Tengku Iskandar sudah tersengih.
Badan aku dah mula panas. Macam ada sesuatu yang tak baik akan berlaku. Baik aku balik dulu. Esok-esok pun aku boleh ajar mamat nie.
“ Eh, aku balik dulu ar. Tak sihat rasanya. Macam nak deman je. Lain kali ar aku ajar kau.” Aku nak keluar dah tapi mamat nie tarik lengan aku sampai aku terbaring atas meja kat situ.
“ Jangan ingat you boleh lari dengan senang. I tahu you datang sini sebab duit kan. You nakkan duit I. I boleh bagi tapi in one condition, you kena spent semalaman dengan I. You nak kan?”
What??? Mamat nie ingat aku nak sangat duit dia tu. Aku pun cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Kuat gila pegangan mamat nie.
“ Lupa I nak cakap, I nie ada judo dan karete. Orang lain tak akan berjaya lepaskan diri dari pegangan I. I nie kuat tau. Lagi kuat kalau I di ranjang,” ucap Tengku Iskandar.
“ Lepaskan dia sebelum aku bagi kepala kau cium lantai rumah kau yang mahal nie,” ujar satu suara. Aku kenal sangat dengan suara nie. Arman.
Kami berdua berpaling. Dia sedang duduk bersandar di pintu besar rumah itu. Mukanya nampak selamba.
“ Siapa kau? Senang-senang kau masuk rumah aku nie. Mr Lim and the geng, where are you? Take this man out of my house.” Tengku Iskandar menjerit memanggil bodyguardnya.
“ Maksud kau, yang ramai-ramai pakai suit tu ke? Aku dah tidurkan dorang.” Arman tersengih. “ So, lepaskan cik muda aku. Jangan cuba sentuh dia lagi. Orang macam kau tak layak sentuh dia.”
Tengku Iskandar melepaskanku. Dia memandangku. “ You know him?”
“ Oh, I forgot to mention. That’s my boduguard. Papa aku yang suruh dia ikut aku. Satu lagi, aku langsung tak berminat dengan tawaran aku. Duit yang arwah atuk tinggalkan untuk aku pun, aku tak guna lagi. Buat apa aku nakkan duit kau.”
“ What?? You nie siapa sebenarnya?”
“ Aku? Nama aku Maryana binti Tan Sri Rahman. Nie first time aku kenalkan nama aku berbinti ayah aku lengkap dengan titlenya.”
“ Dah, jom balik, Ryana. Papa kau dah tunggu,” ajak Arman.
Aku pun keluar dari rumah itu. Arman memandang tajam ke arahku. Aku pandang arah lain. Nie confirm aku balik nanti, kena ceramah free.
“ Kau nie bodoh ye?” Dah tiba soalan direct dari Arman.
“ Apa?”
“ Senang-senang je masuk rumah lelaki bila lelaki ajak masuk. Kau tak berfikir ke?”
“ Hei, aku tak bodoh ye. Aku dah fikir. Kau ingat aku nie bodoh sangat ke masuk rumah lelaki berdua je? Dalam rumah tu, ramai maid dia. Lagipun, niat aku baik. Aku cuma nak ajar dia je. Manalah aku tahu, niat dia ke lain.” Aku mencebik. Aku naik ke atas motor. Patutlah papa tak call aku. Dah hantar spy intip pergerakan aku. Ceh.
Aku berasa lemah sekali. Aku membuka mataku. Tempat apa pulak nie? Keadaan yang gelap membuatkan aku sukar mengenal pasti kedudukanku yang sebenar. Aku pasti tempat nie jauh dari persekitaran orang. Sedikit bunyi pun tak ada. Tengkaknya perit. Aku inginkan air. Masa nie, barulah aku ingat nikmat air.
Tiba-tiba kedengaran bunyi bising. Aku buat-buat tidur. Buk. Bunyi itu dekat aku. Macam sesuatu yang ditolak dengan kuat. Aku buka mata perlahan-lahan setelah aku pasti tiada orang di sekitarku. Aku meraba di sekelilingku. Ada suara yang mengaduh. Aku kenal dengan suara nie.
“ Arman?” panggilku perlahan. Kang panggil kuat kang, orang itu datang pulak.
“ Ryana, kau ke tu?” soal Arman pula.
“ Arman.” Aku menangis. Aku tak tahu kenapa aku menangis pulak. Tiba-tiba je rasa air mata aku nie keluar.
“ Kenapa? Kau cedera ke? Apa mereka buat kat kau?” soal Arman cemas.
“ Tak adalah. Mereka tak buat apa-apa kat aku. Tapi apa kau buat kat sini?” Aku bertanya soalan bodoh padanya.
“ Tanya lagi. Aku nak selamatkan kaulah. Kan aku dah cakap, jangan cuba pergi mana-mana tanpa aku. Aku nie bodyguard kau,” bebel Arman.
“ Sorry ar. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak tahu benda nie akan jadi macam nie.” Aku menangis lagi. Memang aku yang salah. Aku keluar dari rumah senyap-senyap pagi tadi. Sebab aku nak naik motor ke universiti. Sampai kat satu selekoh, ada kereta yang tahan motorku dari depan dan belakang. Aku diculik. Sekarang barulah, aku tahu kenapa papa suruh Arman jadi bodyguard aku.
“ Sudah, jangan menangis lagi. Tadi masa dorang tangkap aku, aku sempat call pakcik dan polis. Kita tunggu je ar dorang datang,” ujar Arman.
“ Kau tahu kenapa aku kena culik nie?” soal Ryana.
“ Ada orang nak rebut harta atuk tinggalkan untuk kau tu. Atuk pun mati sebab harta tu.” Dah tak ada sebab nak sorongkan, Arman memberitahu.
“ Maksud kau, ada orang bunuh atuk?”
“ Yup.”
“ Dan dorang nak bunuh aku?”
“ Yup.”
Kemudian mereka mendengar bunyi bising. Suasana menjadi terang. Aku dapat melihat ada 3 orang lelaki berkumpul di situ dengan memegang senjata api. Jadi memang betullah mereka nak bunuh aku nie. Salah seorang dari mereka menarik Arman yang cedera itu dan mengacukan pistol ke kepala Arman.
“ Hey, that’s my bodyguard,” jeritku.
“ Kalau kau nak dia nie selamat, sign borang nie,” arah seorang lelaki lagi.
Aku terkejut apabila membaca isi kandungan borang itu. Dalam borang nie cakap yang aku akan serahkan harta kepada Rahim bin Abu Bakar. Siapa pulak Rahim nie?
“ Jangan bergerak. Letakkan senjata anda. Anda sudah dikepung.” Polis sudah datang.
Aku bertindak pantas menolak lelaki yang memegang Arman. Arman terlepas dari pegangan lelaki itu. Tiba-tiba Arman memeluk dan menghadang aku dari sesuatu. Mataku terbeliak apabila mendengar bunyi tembakan. Kemudian aku melihat baju bahu kanan Arman bertukar warna.
“ Arman.”
“ Kau tak apa-apa kan?” Arman sempat bertanya tentang keadaanku. Hei, bukan aku yang kena tembak. Kau tu..kau.. “ Arman.” Aku mula menangis lagi.
Arman sudah tidak sedarkan diri. “ ARMAN!!!!”
Aku duduk di sebelah katil Arman. Bahu dan kepalanya berbalut. Sudah tiga hari, Arman tak sedarkan diri. Akulah yang menjadi penunggu setia di sini. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia sorang diri kat sini. Aku nak aku orang pertama masa dia buka mata nanti. Papa pun sudah bercerita kejadian sebenar kepada aku. Rahim sebenarnya pak cikku yang pernah dihalau dari rumah kerana berurusan jual beli dengan dadah. Puas ditegah oleh atuk namun dia tidak mendengarnya. Akhirnya dia dihalau dan tidak dibenarkan kembali.
Setelah atuk menjadi semakin kaya, dia mengugut atuk supaya menyerahkan harta itu kepadanya. Namun, atuk tidak mahu. Ugutan demi ugutan diterima. Akhirnya atuk dibunuh dengan kejam oleh anaknya sendiri. Orang gaji di rumah atuk berpakat dengan Rahim meletakkan racun dalam makanan atuk. Aku tak pernah ambil tahu tentang kematian atuk. Kusangka kematian atuk hanya kematian biasa. Kematian orang tua yang biasa. Aku tidak sangka anaknya sendiri sanggup membunuhnya demi harta.
Rahim ingat harta itu tidak ada pewaris. Papaku sekarang ini hanya menantu atuk. Jadi, atuk menamakan aku sebagai pewaris. Tahu sahaja tentang perkara ini, Rahim menjadi marah. Dia berniat untuk membunuh aku pula. Jadi, papa mengambil keputusan untuk mengupah bodyguard untukku. Tapi papa tidak percayakan sebarangan orang. Papa tahu kejadian yang menimpa atuk menimpaku pula. Sebab itulah, papa mengambil Hizbul Arman sebagai bodyguardku.
“ Argh…”
“ Arman, kau dah sedar. Syukurlah. Syukurlah.” Aku benar-benar bersyukur melihat Arman membuka mataku.
“ Sudahlah. Kesat air mata kau tu. Aku belum mati lagi. Menangis macam aku dah mati.” Hish, mamat nie boleh pulak dia buat lawak antarabangsa sekarang.
“ Kau ingat aku nak sangat menangis untuk kau? Nie. Mata nie hah yang tak dengar cakap aku. Menangis jugak,” balasku.
“ Sayang jugak kau kat aku kan.” Arman tersengih.
“ Sayanglah.” Aku membalas dengan cepat. Kemudian aku terkedu.
Arman tersenyum. “ Nanti aku sembuh nanti, kita kahwin ye.”
Mak ai, dia tengah melamar aku ke? Hish, mamat nie tak romantik betul. Ada ke melamar aku tengah dia melantar kat katil hospital nie. Tapi tak pelah. Sebab aku dah sayangkan aku, aku terima jugak. Tanpa aku sedar, aku tersengih.
“ Suka ar tu, aku lamar kau ye,” usik Arman.
Spontan aku memukul lembut bahu kanannya. Dia mengaduh. Aku sudah gelabah.
“ Sorry, aku tak sengaja. Sakit sangat ke? Nak aku panggilkan doktor?”
“ Tak payah ar, sayang. Kau dah cukup buat aku tak sakit.”