LEMAH.
Seperti mahu mati. Itulah
yang dirasakan sekarang. Darah dari
leher membasahi bajunya
yang putih itu. Dia
mahu lari dari
kesakitan ini. Dia tidak
mahu mati lagi. Dia
rebah di jalan. Aksinya itu
menyebabkan orang ramai
di situ terkejut.
“ Eh, kenapa nie?” soal
salah seorang di
situ.
Orang itu
memeriksa nadi di
tangannya. Kemudian terkejut. “
Panggil polis. Dia dah
mati. Ini mesti kes
bunuh.”
Tidak lama
kemudian polis pun
sampai. “ Awak ke yang
periksa dia tadi?”
“ Ye. Dia dah
mati.”
Tiba-tiba orang
yang dikatakan mati
itu bangun. Semua orang
di situ bertambah
terkejut nak-nak orang
yang memeriksa nadinya
tadi. Dia sendiri pelik
bagaimana dia boleh
hidup balik. Tadi dia
memang terasa seperti
sudah mahu mati.
“ Awak okey tak
nie?” soal anggota polis
itu.
“ Saya okey.”
“ Leher awak
tu berdarah. Kenapa?”
“ Saya terjatuh
je. Pergi dulu.” Dia cepat-cepat
melarikan diri dari
situ.
“ Mungkin budak
itu terlibat dalam
pergaduhan.” Anggota polis itu
membuat andaian.
Sampai di
rumah anak yatim
di mana dia
tinggal, dia segera masuk
ke tandas untuk
membersihkan diri dan
baju yang ada
darah itu. ‘ Kalaulah, Puan Anne
nampak aku macam
nie, masak aku kena
dengan dia.’ Dia mandi. Sedang
dia mandi, dia melihat
cermin yang sememangnya
ada di dalam
bilik mandi itu. Dia
terjerit.
“ Apa dah
jadi nie? Badan aku?” Dia
terduduk di dalam
bilik mandi itu.
No comments:
Post a Comment