“
CIEL, berangan ke?” Terasa ada
tangan yang memegang
bahunya.
“ Yo, Sebastian.” Dia
tersenyum apabila berpaling
ke belakang. Dia sudah tahu
siapa gerangan orang
yang menegurnya dari
suara lagi.
“ Baru sampai?” soal
Sebastian.
“ Hmm..Sorrylah lambat
sikit. Tadi ada orang
yang annoying ganggu aku
tadi.”
“ Another confession?”
“ Hish, aku dah
cukup dewasa. Aku pun
nak nampak macam
lelaki.”
“ Kau tak
macam lelaki langsung. Sikit pun
tak.”
“ Sebastian, bagi aku
tumbuk kau.”
Sebastian ketawa
melihat gelagat kawan
baiknya yang sedang
marah itu.
“ Jomlah, kita dah
lewat nie,” ujar Ciel.
Mereka berjalan
ke gym yang
biasa mereka pergi.
“ Ciel, aku ada benda nak
minta tolong dengan
kau.” Sebastian bersuara ketika
mereka berjalan.
“ Nak minta
tolong aku? Apa?” soal Ciel.
“ Hmm…”
Ciel
berasa pelik. Selama ini, Sebastian tidak
pernah meminta apa-apa
darinya.
“ Cakaplah. Aku akan
tolong kau.”
“ Sebenarnya, aku ada
masalah dengan sorang
budak perempuan kat
sekolah aku. Aku tak
sukakan dia tapi
dia tetap ganggu
aku.”
“ So? Kau memang selalu
kena kejar dek
perempuan.”
“ Yang nie
lain.”
“ Okey. Memang jadi masalahnya
kalau dia selalu
ganggu kau? Kau pun
tak ada girlfriend lagi. So,
kau nak
suruh aku tolong
apa?”
“ Jadi girlfriend aku.”
“ Weh, kau dah
gila ke? Aku nie lelaki. Sedar
sikit.” Ciel menumbuk bahu
Sebastian.
Sebastian ketawa. “ Just pretend
to be my girlfriend.”
“ Apa? Pretend jadi girlfriend
kau?”
“ Aku tak
ada kawan perempuan
yang rapat nak
suruh jadi fake girlfriend. Satu lagi, nanti
jadi salah faham
pulak.”
“ Tapi kenapa
kau suruh aku pretend
jadi perempuan? Kalau tak pretend pun, orang dah
ingat aku nie
perempuan.”
“ Sebab itulah
aku minta tolong
kau.”
“ Tapi aku
paling menyampah kalau orang
ingat aku nie
perempuan.”
“ Kalau macam
tu, tak apalah. Sorry, aku minta
benda yang impossible bagi
kau.” Sebastian berjalan laju
meninggalkan Ciel.
Ciel
menjadi serba salah. Sebastian tidak
pernah meminta pertolongan
darinya. ‘ Inilah pertama kali. Dan
buat pertama kali
itu, aku tak boleh
nak tolong.’ Ciel mengeluh. Dia
hidup sekarang ini
semuanya atas budi
baik Sebastian.
“ Aku akan
tolong kau.” Ciel bersuara
kuat.
“ Apa?”
“ Aku akan pretend
jadi girlfriend kau.”
“ Thank, Ciel.”
“ Kalau orang
lain yang minta, confirm aku
dah belasah. Tapi dengan
syarat, kau kena belanja
aku dinner seminggu.”
“ Sebulan pun
aku tak kisah, Ciel. Thank sekali lagi, Ciel.”
“ Kenapalah aku
buat benda nie?’ Ciel
tunduk sambil menepuk dahinya. Kepalanya sudah
dilindungi dengan rambut
palsu yang baru
dibelinya. Rambut itu dipakainya
kerana janjinya pada
Sebastian. Sekarang bila difikirkan
balik, dia menjadi menyesal
kerana bersetuju untuk
menolong Sebastian.
Tadi
pun semasa dia
hendak membeli rambut
palsu, jurujual itu salah
faham dengan jantinanya. Keluar dari
kedai itu, dia telah
diajak minum oleh
seorang lelaki yang
tidak dikenali. Semuanya kerana
rambut palsu ini.
Dia
mencabut rambut palsu
itu dari kepalanya. Dia menuju
ke Jinju Private
High School di
mana sekolah Sebastian
berada. Sekolah ini merupakan
antara sekolah yang
paling kaya di
negara ini. Kebanyakan anak-anak
orang kaya belajar
di sekolah itu.
Dia
sampai di pintu
pagar sekolah itu. ‘ Besarnya. Orang macam
aku nie memang
tak diterimalah kat
sini. Tak sesuai langsung
dengan jiwa aku.’ Dia
melangkah masuk ke
kawasan sekolah itu. Dia
mencari tempat yang
dinyatakan di dalam
peta yang diberikan
oleh Sebastian.
Tiba-tiba matanya
terpandang seorang perempuan
yang amat cantik. Perempuan itu
seperti bercakap dengan
seseorang tetapi dia
tidak dapat melihat
orang itu kerana
dilindungi oleh pokok. Orang
itu melangkah jauh
dari pokok yang
melindunginya menyebabkan Ciel
dapat melihatnya. ‘ Kacaknya lelaki
nie. Ala model nie.’ Dia
memuji dalam hati. Jantung
berdegup kencang. ‘ Kenapa pulak
nie?’
“ Alsiel, kenapa kau
buat macam nie?” soal
perempuan cantik itu.
“ Apa maksud
kau?” soal lelaki yang
dipanggil Alsiel itu.
“ Kau jauhkan
diri kau dari
aku. Bukan ke aku
sudah dipilih untuk
kau?”
“ Bukan ke
aku dah cakap, aku
tak berminat dengan
semua tu?”
‘ Hah? Dipilih? Biar betul
perempuan nie? Ke dorang
tengah berlatih berlakon?’ Ciel yang
mendengar perbualan mereka
menggeleng kepalanya.
“ Aku dipilih
jadi bride kau. Semuanya untuk
menyambung pure blood kau. Kenapa
kau tak nak
terima aku?” soal perempuan
itu sambil memeluk
Alsiel.
“ I said I’m
not interested. Can you
get it?” Alsiel menolak tubuh
perempuan cantik itu
sehingga terjatuh.
‘ Wow,wow,wow. Macam dah lebih
sangat kalau berlatih
berlakon nie.’ Ciel semakin
berminat untuk melihat
adegan seterusnya.
“ Aku tak
akan berputus asa. Kau
hanya untuk aku.” Perempuan cantik
itu menangis sambil
memeluk kaki Alsiel.
Alsiel mencekik leher
perempuan cantik itu
lalu mengangkat tinggi. Ciel
yang melihat terkejut. ‘Nie dah
bukan berlakon nie. Perempuan itu confirm
mati nanti kalau
aku tak buat
sesuatu.’ Ciel berlari ke
arah mereka dan
menolak Alsiel. Ciel menarik
tangan perempuan cantik
itu lalu melarikan
diri dari Alsiel.
Setelah jauh
dari tempat itu, Ciel
berhenti dan melepaskan
tangan perempuan cantik
itu. Namun pipinya ditampar
oleh perempuan cantik
itu.
“ Tak guna
punya manusia. Jangan masuk
campur urusan orang
lain.” Perempuan cantik itu
berlalu pergi.
‘ Apa aku
dah buat sampai
aku patut kena
tampar? Aku dah selamatkan
dia. Dahlah tak berterima
kasih, tampar aku pulak. Satu
lagi, apa maksud dia
dengan manusia? Dia tu
bukan manusia ke?’ Ciel
berfikir panjang. ‘ Apa aku
nie? Aku dah lewat
jumpa Sebastian.’ Dia berlari
ke tempat yang
dinyatakan. Setelah mencari lama, dia
ternampak Sebastian dengan
seorang perempuan. ‘ Sekolah nie
memang banyak perempuan
cantik. Dia pun nampak
sesuai dengan Sebastian. Apa aku
nie? Minah tu dah
kacau Sebastian, aku kena
tolong dia.’
“ Mana girlfriend yang
awak cakapkan tu? Dia
tak datang pun. Betul
ke dia tu
wujud?” soal perempuan itu.
“ Dia mungkin
tersesat. Kalau dia datang, baik
awak tunaikan janji
awak tu, Elizabeth,” ujar Sebastian.
Elizabeth tersenyum
melihat Sebastian sedikit
gelisah. Dia tahu apa
yang Sebastian beritahu
itu tidak wujud. Dia sudah siasat tentang
latar belakang Sebastian.
Dia tahu
yang Sebastian tidak
mempunyai kekasih pun.
“ Stop pretending. Saya tahu
awak tak punya
kekasih langsung,” ujar Elizabeth
tersenyum.
“ Apa maksud
awak?”
“ Saya dah tanya sekeliling
awak. Awak tak ada
kekasih pun. Awak selalu
lepak dengan seorang
kawan lelaki awak
tu.”
“ Jadi, awak check background saya?”
“ Kalau kita
sukakan seseorang tu, mesti
kita nak tahu
semua tentang orang
yang kita suka
tu, kan?” soal Elizabeth.
Ciel
yang mendengar menjadi
geram. Dia terus memakai
rambut palsu itu
dan keluar menuju
ke arah Sebastian
dan Elizabeth.
“ Sebastian, sorrylah lambat. Saya tersesat
tadi. Hai, saya Shirley. Shirley Weller. Awak ke
perempuan yang selalu
ganggu Sebastian saya
nie?” soal Ciel sambil
memeluk lengan Sebastian.
“ Apa?” soal Elizabeth.
“ Tolong jangan
ganggu boyfriend saya lagi. Dia
milik saya,” ujar Ciel
memandang tajam ke
arah Elizabeth.
Elizabeth tersenyum. “ Saya nak
tengok sampai bila
hubungan korang bertahan. Saya akan
tunggu sampai korang
putus. Lepas tu, saya akan
jadi girlfriend Sebastian.”
“ Apa? Kan saya
dah cakap, saya tak
sukakan awak,” ujar Sebastian
geram.
“ Awak mungkin
tak sukakan saya
sekarang tapi awak
sukakan saya nanti,” ujar
Elizabeth.
“ Saya tak
putus dengan Sebastian. Saya dah
kenal Sebastian kecil
lagi. Saya memang dah
cintakan dia dari
dulu lagi. Even parent Sebastian
pun tahu tentang
hubungan kami dan
mereka approve hubungan kami,” ucap
Ciel.
“ Betul tu. Kami
memang dah berjanji
untuk hidup semati. Saya
tak nak awak
masuk campur dalam
hubungan kami,” sambung Sebastian
pula.
“ Dahlah. Jom date hari
nie,” ujar Ciel menarik
Sebastian meninggalkan Elizabeth
keseorangan.
“ Cantik jugak girlfriend dia
tu. Kau patut putus
asa je.”
“ Diam Emryss. Aku
tak akan putus
asa macam tu. Aku
akan buat Sebastian
jadi milik aku,” ujar
Elizabeth.
“ Dengan kekasih
yang cantik macam
tu, kau tak boleh
menang. Even Jessica
pun tak boleh
menang kalau lawan
dengan kecantikan dia.” Emryss
memeluk Elizabeth dari
belakang.
“ Tapi dia
cuma manusia biasa.”
“ Kau jangan
lupa, lelaki yang kau
kejar tu pun
manusia biasa.”
“ Sebastian lain. Kau
tengoklah aku akan jadikan Sebastian
milik aku. Perempuan tu, Shirley,
kau cakap dia
cantik ye? Aku akan
buat dia menyesal.” Elizabeth sudah
nekad.
“ So, kau dah mark perempuan
tu? I feel
sorry for that girl.”
No comments:
Post a Comment