PANDANGAN pagi
di Fukuoka amat menyenangkan.
Kabus pagi masih
lagi kelihatan. Kelihatan penduduk
di situ sudah
sudah melakukan aktiviti
masing-masing. Ada yang sedang
bersenam, ada yang bergegas
ke tempat kerja. Matahari pula
kelihatan cantik menyinarkan
cahayanya ke awal
pagi. Dia berjalan perlahan
sambil menghirup udara
pagi yang segar
lagi nyaman.
“ Gomen.” (Maaf). Kedengaran
seseorang meminta maaf. Seseorang telah
melanggarnya dari belakang. Perempuan rupanya. Dia
tunduk menolong perempuan
mengutip barangnya.
Perempuan kelihatan kelam-kabut. Segera sahaja
mengemas barangnya,
perempuan itu terus
bangun dan berlari
dari tempat itu. Rambut panjang perempuan
berayun cantik menjadi
pandangan matanya. Dia terbuai
seketika.
Dia
tersedar dan ingin
berlalu dari situ. Baru
sahaja dia ingin
berlalu dari situ, dia
terpandang sesuatu yang
bersinar cantik di
tempat perempuan itu
mengemas barangnya tadi. Dia
mengambil barang itu. Seutas
rantai yang berukiran bulan
dan bintang. Mesti milik
perempuan tadi. Macam mana
nak pulangkan balik, dia
sendiri tidak tahu
siapa perempuan.
“
BELL, nasib baik kau
sempat datang kat
sini. Kalau tak, kau kena
tunggu flight satu lagi,” tegur
rakan di sebelahnya.
“ Nie pun
tak cukup tanah
aku berlari. Nak dapatkan
satu teksi pun
sekian hal. Nasib baik
dia faham apa
yang aku cakap.” Dia
mengurut dadanya keletihan.
“ Jom. Dorang dah
panggil itu.” Rakannya menarik
lengannya setelah menerima
panggilkan terakhir untuk
terbangan ke Tokyo.
Mereka sekumpulan
mengambil tempat duduk
masing-masing. Dia tersenyum memandang
ke luar tingkap. Fukuoka memang
satu tempat yang
cantik untuk kujungi. Dia
tidak menyesal membuat
keputusan untuk bercuti
di tempat ini
walaupun pada mulanya
ditentang oleh ahli
kumpulan. Namun sekarang semua
berpuas hati dengan
percutian ini. Jarinya mencari
rantai yang tergantung
di lehernya. Dia terkejut. Rantai itu
tiada di lehernya.
Dia
memandang ke sekelilingnya. Takut-takut rantai
itu jatuh di
sekitar itu. Dia menjadi
cemas. Rantai itu tidak
kelihatan di mana. Dia
berdiri. Rakan-rakannya
memandangnya pelik.
“ Bell, kenapa dengan
kau? Cemas semacam je,” tanya
salah seorang dari
rakannya.
“ Rantai aku. Rantai aku
dah hilang. Aku tak
jumpa. Rantai aku dah
hilang.” Dia mula rasa
ingin menangis.
“ Sabarlah. Mungkin memang
dah takdir rantai
itu akan hilang
kat sini,” nasihat rakannya.
“ Tapi rantai
peninggalan arwah ayah
aku. Macam manalah aku
boleh hilang rantai
itu. Aku tak pernah
buka rantai itu
dari leher aku. Kejap. Tadi aku ada langgar
seorang lelaki. Tentu jatuh
kat tempat tu. Aku
nak pergi cari
balik.” Dia ingin keluar
dari kapal terbang
itu.
“ Kau jangan
buat gila, Bell. Duit kita
cukup-cukup nak balik
Malaysia. Kalau kau miss flight
nie, confirm kau
tak cukup duit
nak balik Malaysia. Kau
bukan ada sapa-sapa
kat sini. Dah, lupakan niat
kau nak cari
balik rantai itu. Memang
dah hilang nak
buat macam mana
lagi. Kalau kau pergi
cari pun, belum tentu
kau akan dapat cari
rantai itu balik,” halang rakannya.
Dia
terduduk memikirkan kebenaran
itu. Bajet duitnya memang
cukup-cukup sahaja. Dia memandang
keluar tingkap. Air matanya
mula mengalir. ‘Ayah,
maafkan Nur sebab
tak jaga rantai
yang ayah bagi
tu. Maafkan Nur.’
TIGA TAHUN
KEMUDIAN
“
HIKARI-CHAN, datang ke bilik
saya sebentar.” Dia menerima
arahan itu menahan
perasaan marah. Lelaki ini
memang nak kena
belasah dengan aku. Dia
bangun dan ke
bilik second bosnya.
“ Yes, Shiro-san. Watashi wa
anata o dono yō ni yakudatsu koto ga dekimasu ka?” ( Apa
yang boleh saya
bantu?) Dia bertanya terus
kepada bosnya itu.
“ Oh,
tak perlu berbahasa
Jepun dengan saya. Saya
nie nak berlatih
menggunakan bahasa Melayu. Awak
kena tolong saya,” ucap
bosnya itu.
Dia mengeluh. Orang lebih
suka bercakap dengan
bahasa sendiri, dia nak
bercakap bahasa orang
lain pulak. Peliklah lelaki
ini.
“ So,
ada apa-apa yang
perlu saya bantu Shiro-san? Saya nie masih
ada banyak kerja
yang menanti di
luar sana. Jadi, boleh Shiro-san beritahu saya
secepat mungkin apa
yang boleh saya
bantu Shiro-san nie?” Dia bertanya
dengan bahasa Melayu
yang lengkap.
“ Saya nak
tanya tentang projek
kita di Fukuoka. Awak
yang siapkan proposal untuk
projek tu, kan?” soal Shiro.
“ Oh,
saya dah
siapkan proposal itu. Tunggu nak
dibentangkan kepada Yamamoto-san,” jawabnya.
“ Kalau macam
tu, awak tunjukkan kepada
saya dulu sebelum
bentangkan kepada Encik
Yamamoto.”
“ Kalau macam
tu, saya ambilkan sekarang
proposal tu.” Hikari
keluar dari bilik
Shiro untuk mengambil
kertas kerja yang
baru disudahkan semalam.
Dia masuk
kembali bilik Shiro
menyerahkan kertas kerja
itu. Shiro mengambil dan
menelitinya. Dia
mengangguk-angguk kepalanya beberapa
kali.
“ Bagus proposal yang
awak sudah buat, Hikari-chan. Tentu Yamamoto-san
terima,” puji Shiro.
“
Terima kasih Shiro-san. Tapi
boleh tak, Shiro-san jangan panggil
saya Hikari-chan. Panggil Hikari
saja. Itu sudah cukup. Staf-staf lain
ingat saya koibito
( kekasih) Shiro-san,”
pesan Hikari lagi.
Nama Hikari
itu sebenarnya diberi
oleh Shiro sebagai
nicknamenya semasa
dia mula bekerja
di syarikat itu. Apabila
diperkenalkan nama sebagai
Nur Balqis, ada suara
yang menyebut Hikari. Suara
itu milik Shiro. Dia
faham akan perkataan
Nur yang bermaksud
cahaya. Sama dengan maksud
nama Hikari. Sejak dari
itu, ramai yang memanggilnya
sebagai Hikari tetapi
Shiro memanggilnya dengan
nama Hikari-chan. Dia sendiri
tidak tahu apa
motif Shiro memanggilnya
dengan nama itu.
“
Eloklah tu. Saya bujang
lagi,awak pun bujang kan? Kenapa
awak tak suka
jadi kekasih saya
ke?” soal Shiro sambil
mengusik.
“ Bukan macam
itu maksud saya. Susah
betul kalau bercakap
dengan Shiro-san nie.
Selalu melencong ke
tempat lain,” balas Hikari.
“
Melencong tu apa?” soal
Shiro.
“Shiro-san nie masih
tak lulus kalau
ambik exam for bahasa melayu. Melencong tu
macam orang nie
lari dari tajuk
yang dia sedang
berbual dengan seseorang
tu, faham?” soal Hikari.
“ Owh,
macam tu
ye. Ada pulak perkataan baru
yang saya belajar
hari ini. Terima kasih, Hikari-chan.” Perkataan Hikari-chan
itu disebut kuat.
Hikari menggeleng
kepala. Itu yang dilarang, itu
juga yang dibuat. Macam
budak-budak. “ Bersembang
dengan Shiro-san nie,
membazir masa saya. Sudahlah, saya keluar
dulu.”
MEREKA berdua masing-masing
memandang ke luar
tingkap. Kereta api itu
bergerak dengan pantas
sekali. Tugasan telah menunggu
mereka berdua di
destinasi yang bakal
mereka tuju nanti.
“ Hikari-chan,
mesti awak tak pernah
pergi Fukuoka kan?” soal
Shiro.
“ Mana Shiro-san tahu yang saya
nie tak pernah
pergi Fukuoka tu?” soalnya
kembali.
“ So,
awak sudah pernah
pergilah? Bila awak pergi
sana? Duduk kat Tokyo
nie, saya tak pernah
nampak awak ambil
cuti untuk ke
mana-mana. Awak nak tipu
saya ye?”
“ Saya pernah
pergilah. Tapi bukan masa
saya bekerja. Saya pernah
datang masa umur
saya 20 tahun. Masa trip bersama
rakan sekuliah,” ujar Hikari.
“ Owh,
cantik kan Fukuoka. Kalau saya
nak bercuti, saya akan
datang ke Fukuoka
nie. Tempat dia memang
cantik. Berkabus lagi bila
pagi-pagi hari,” terang Shiro.
“Shiro-san pernah pergi
Jeju tak?” soal Hikari
tiba-tiba.
“ Hah? Jeju?
Tempat tu kat
mana?” soal Shiro kembali.
“Shiro-san tak tahu? Jeju
itu masuk dalam antara
7 keajaiban dunia. Nie
pengetahuan am, tahu tak?” ejek
Hikari.
“ 7 keajaiban
dunia? Tentu tempat itu
hebat. Awak tanya saya
nie, awak tu pernah
pergi tak?”
“ Tak.”
“ Wah,
ejek orang macam
dia tu dah
pernah pergi sana.”
“
Sekurang-kurang kita nie
tahu ar Jeju
tu kat mana. Orang
tu sebut Jeju
pun tak tahu.”
“ Kat mana?”
“ Korea ar. South
Korea. Tempat amat cantik.”
“ Mana awak
tahu tempat tu
cantik?”
“ Saya tengok
drama Korea. Banyak sangat
drama yang berlatar
belakangkan pulau tu. Nanti
lepas saya dah
kahwin, saya nak ajak
suami saya honeymoon kat
sana.”
“ Saya janji saya akan bawak awak ke sana.”
“ Saya janji saya akan bawak awak ke sana.”
“
Kenapa Shiro-san pulak yang
berjanji dengan saya?”
“ Yelah,
nantikan kita akan
kahwin.”
“Shiro-san nie dah
mula melencong dah. Malaslah
saya berbual dengan
Shiro-san. Suka melencong.”
Shiro hanya
ketawa. Hikari sudah mula
rasa mengantuk. Dia mula
memejamkan matanya.
“
Hikari-chan, mezame. Wareware ga tōchaku shite imasu.” ( Hikari-chan, bangunlah. Kita sudah
sampai.) Shiro mengejutkan Hikari
yang lena dengan
tidurnya.
Hikari mula
membukan matanya dan
memandang sekeliling.
Kepalanya menyandar ke
bahu Shiro. Dia segera
mengangkat kepalanya. Dia memandang
Shiro dengan sinis. Macam
mana dia boleh
tidur atas bahu
Shiro sedangkan Shiro
tadi duduk di
hadapannya?
“
Kenapa saya boleh
tidur atas bahu Shiro-san pula nie?”
soal Hikari.
“ Saya kasihan
melihat awak tidur
tadi. Jadi, saya duduk sebelah
awak supaya awak
boleh bersandar di
bahu saya. Tak adalah
awak letih sangat
nanti,” terang Shiro.
Hikari mengeluh. Lelaki ini
memang tidak boleh dijangka. Tindakannya boleh
mengejutkan orang. Dia perlu
berhati-hati dengan lelaki
ini. Mereka turun dari
kereta api dan
terus mencari teksi. Mereka
menuju ke hotel
Hilton Fukuoka Sea
Hawk. Antara Hotel yang
termahal di sana.
Sampai di
sana, mereka check-in bilik masing-masing. Hikari segera
menuju ke beranda
biliknya. Hakata Bay jelas
kelihatan di hadapan
matanya. Sudah agak lama
dia tidak melihat
laut yang membiru
cantik. Tapi sayang dia
hanya datang ke
sini untuk bekerja
bukannya untuk bercuti. Tidak pernah
sekali pun dia
meminta cuti kecuali
pada hari raya.
“ AKHIRNYA, kerja
kita di sini
sudah siap,” ujar Hikari
kelegaan. Sudah dua hari
mereka berdua ke
hulu ke hilir
menyelesaikan masalah yang
melanda kerja mereka.
“ Esok,
kita kena baliklah
kan?” soal Hikari.
“ Kenapa?
Awak tak
mahu balik ke
Tokyo ke?” soal Shiro
kembali.
“ Kalau boleh
saya nak ke
Kyushu,” ujar Hikari.
“ Awak pernah
beritahu saya yang
awak pergi datang
ke Fukuoka kan?” soal
Shiro.
“ Yup.
Kenapa?”
“ Bila dan
di mana?”
“ Kumamoto berhampiran
dengan Gunung Kaldera Aso. Tempat itu
memang cantik sangat. Saya
suka. Udaranya segar.
Permandangannya pun cantik. Kejap, kenapa Shiro-san tanya?”
Hikari memandang pelik
ke arah bosnya.
“ Kyushu? Saya pun
pernah pergi sana. Tempatnya memang
cantik. Bila awak pergi
ke sana?” soal Shiro
lagi macam polis
pencen.
“ Dalam 3
tahun lepas, I guess,” ujar Hikari.
“ 3
tahun lepas?” Shiro kelihatan
memikirkan sesuatu.
Dia
memandang rambut Hikari
yang terpikat satu dengan
getah rambut berwarna
ungu. Dia mendekati Hikari
dengan perlahan. Dia merenung
dalam wajah Hikari. Tidak
sampai 5 saat, tangannya dengan
pantas menarik getah
rambut Hikari. Hikari terkejut
dengan tindakan bosnya
itu.
“ Kenapa dengan
Shiro-san nie?”
“ Boleh tak, awak
tolong berlari ke
pondok sana sekejap?” Terkeluar permintaan
yang tidak masuk
akal dari mulut
Shiro. Lagilah Hikari bertambah
pelik.
“ Kenapa pula?”
“ Buatlah. Sekejap je,” pinta
Shiro.
Hikari pun
berlari ke arah
pondok yang dimaksudkan
oleh Shiro itu
walaupun dia tidak
memahami apa maksud
tersirat dengan permintaan
Shiro. Riak wajah Shiro
yang pelik itu
membuatkan dia terpaksa
memenuhi kehendak Shiro
itu. Tidak lama kemudian, Shiro mendekati
Hikari. Dia mengeluarkan sesuatu
dari dompetnya.
“ Ini yang
awak punya ke?” soal
Shiro sambil menunjukkan
rantai yang berukiran
bintang dan bulan.
Hikari terkejut. Dia
mengambil rantai tersebut
dari jari Shiro. Mulutnya terbuka. Rantai yang
dulunya hilang kini
muncul kembali. Rantai yang
amat disayanginya. Dia memandang
Shiro dengan pandangan
sebak. Air matanya mula
bertakung, tunggu masa untuk
mengalir sahaja.
“ Macam mana
rantai nie ada
pada Shiro-san?”
soal Hikari kepada
Shiro yang tersenyum.
“ Awak yang
langgar saya masa
tu. Lepas kemas barang
awak, awak terus berlari. Saya
ternampak rantai awak. Jadi, saya kutiplah. Ingatkan nak
cari awak, tapi awak
dah hilang dari
pandangan mata saya. Maaf. Baru hari
ini, saya dapat pulangkan
rantai ini kepada
pemiliknya yang sebenarnya,” terang Shiro.
“ Tapi macam
mana, Shiro-san boleh tahu
pemilik rantai nie
adalah saya?”
“ Cara awak
berlari pelik,” gurau Shiro.
“ Hah?” Hikari sudah
mula memandang Shiro
dengan pandangan semacam.
“ Bukanlah. Masa awak
berlari hari tu, rambut
awak berayun cantik. Cara
awak berlari pun
comel. Sampai masuk dalam
mimpi saya. Bukan sekali
tau, berkali-kali. Macam
mana saya tak
ingat,” ujar Shiro.
“ Terima kasih, Shiro-san.
Saya betul-betul sayangkan
rantai nie. Inilah satu-satunya
peninggalan dari ayah
saya. Terima kasih ye
awak. Saya bertul-betul terhutang
budi dengan Shiro-san,”
ujar Hikari.
“ Chotte matte. ( Tunngu sekejap ). Apa maksud
terhutang budi tu?” soal
Shiro direct.
Hikari yang
ingat menangis itu
ketawa. Pertanyaan Shiro itu
dianggap kelakar pada
waktu itu. Tidak jadi
dia menangis.
“ Fukuoka de Hikari-chan to Shiro-san
to no ma de nani ga okotta nodesu ka?” ( Apa yang terjadi
antara Hikari-chan dan
Shiro-san masa di
Fukuoka?) soal salah seorang
pekerja selepas kami
balik dari Fukuoka.
“ Machigatte nandesuka?” ( Apa yang
tak kena?) Hikari bertanya
pula.
“ Sono o Shirō-san wa Fukuoka e no go ryokō-go
hijō shiawase omowa dakeda,” jawab
pekerja itu. ( Shiro-san nampaknya
sangat gembira lepas
lawatan kauorang ke
Fukuoka.)
“ Watashi wa sore ni tsuite nani mo
shiranai.” Hikari mengangkat bahunya
tanda tidak tahu. ( Saya
tidak tahu apa-apa
mengenainya.)
Dia juga
nampak Shiro kelihatan
gembira. Senyum di bibir
lelaki itu tidak
pernah lekang. Dia juga
berasa pelik. Selepas peristiwa
rantai itu, dia mengatakan
dia sudah mengambil
cuti selama 2 minggu untuk
mereka berdua. Katanya, dia mahu
Hikari mengambil cuti. Jarang
sekali Hikari mengambil
cuti sejak bekerja
dengan syarikat itu.
Bila difikirkan
balik, memang dia jarang
mengambil cuti. Balik Malaysia
pun, hanya sekali setahun. Itu
pun semasa raya, 4
hari je. Jadi, dia mengambil
peluang itu untuk
bercuti sekali lagi
di Fukuoka. Mereka berdua
pun bermula dari
Kyushu. Tempat mereka mula berjumpa.
Shiro telah
menjadi pemandu pelancong
tidak rasmi kepada
Hikari. Dia membawa Hikari
ke tempat peninggalan
sejarah di Kyushu
seperti Kumamoto Castle, Dazaifu Tenmangu, Muzium Bom Atom
Nagasaki. Kumamoto Castle selesai
dibina pada tahun
1607. Istana ini mempunyai
salah satu benteng yang
terbesar di Jepun
dengan dinding batu
yang indah lagi
terukir cantik.
Selepas itu, dia
dibawa ke kuil
Dazaifu Tenmangu. Kuil ini terkenal sebagai dewa belajar. Banyak yang mengatakan
jika ingin lulus ujian
pergi menyembah di sana.
Pada tahun baru bulan Januari setiap tahunnya, pengunjung mencapai
200,000,000 orang dari seluruh Jepun.
Sebuah kuil yang sangat
dekat dengan sebuah taman yang indah.
Pada hari
yang sama juga, mereka
ke Muzium Bom
Atom Nagasaki. Pada tanggal 9
Agustus 1945, tentera Amerika
setelah menjatuhkan bom
atom di Hiroshima
kemudian melanjutkan bom kedua
di Nagasaki. Pelbagai artikel
tentang pengeboman, foto, poster
panel, dan peninggalan bangunan
yang hancur akibat
bom atom ditampilkan di sana.
Kemudian mereka
ke Ngarai Takachiho. Satu lembah
yang penuh dengan
misteri dengan kepanjangannya melebihi
7 kilometer. Air terjun
Manai juga berada
di situ. Terdapat banyak
peninggalan kuno di
sekitarnya. Dikatakan dibina 4000
tahun sebelum Masihi. Dengan ini, ia
dikenali sebagai Kota
Mitos. Banyak lagi tempat
yang dibawa oleh
Shiro. Dia juga seronok
dengan percutian itu. Kalau
boleh, dia ingin menjelajah
seluruh Jepun. Namun peluang
itu masih belum
ada.
“ Hikari-chan, malam ini
awak sibuk tak?” soal
Shiro ketika melepasi
Hikari yang sedang
berjalan itu.
“ Hai. Saya tak
sibuk malam nie. Kenapa
Shiro-san tanya?” Hikari yang
membuat muka keliru.
“ I have something to tell you. Just watch
and listen tonight.” Shiro bertutur
dalam bahasa inggeris
dengan pelat jepunnya.
Hikari tersenyum
sambil mengangguk.
“
APA yang Shiro-san nak
beritahu saya sebenarnya?” soal Hikari
setelah berada dalam
bilik Shiro. Kebanyakkan staf
sudah pulang ke
rumah selepas 9
malam tadi. Jam pula
sudah menghampiri pukul
11 malam.
Hikari memang sudah
mahu pulang tetapi
dia teringat akan
janji Shiro yang
ingin memberitahunya sesuatu
jadi dia mahu
ke bilik Shiro. Kelihatan Shiro
masih berada di
tempat duduknya.
“ Hikari-chan, saya cintakan
awak. Saya nak kahwin
dengan awak,” ujar Shiro
dalam satu nafas.
Hikari terdiam. Matanya membulat. Kenyataan yang
diutarakan oleh Shiro
tadi membuatkan jantungnya
berhenti berdegup seketika. Setelah dia
sedar kembali, dia sudah
melihat Shiro berdiri
di hadapannya. Dia menelan
air liur. Pertama kali
seorang lelaki meluahkan
perasaan kepadanya. Dia sendiri
tidak tahu apa
yang ingin dikatakan.
“ Hikari-chan, terimalah saya. Saya
pasti akan bahagiakan
awak.” Shiro menarik Hikari
dalam pelukannya.
Hikari pada
mulanya terbuai dengan
kata-kata dari Shiro
tersedar kembali. Dia menolak
dengan kuat Shiro. Pelukan itu
terlepas. Dia memandang Shiro
dengan mata yang
berair.
“ Saya tak
boleh terima Shiro-san. Gomen. (Maaf),” luah
Hikari perlahan.
“ Shikashi, nazedesu ka? ( Tapi, kenapa),” soal Shiro.
“ Saya tak
boleh terima Shiro-san. Agama kita
berlainan,” terang Hikari.
“ Kalau macam
tu, biar saya masuk
agama Hikari-chan. Saya sanggup
demi Hikari-chan,” ujar Shiro.
“ Damett( Jangan),” larang Hikari.
“ Hikari-chan,
saya sanggup buat
apa sahaja demi
awak,” luah Shiro lagi.
“ Saya tak
nak Shiro-san masuk
agama saya sebab
saya. Ia tidak mudah
seperi yang Shiro-san
sangkakan. Saya tak nak
macam tu. Maafkan saya, Shiro-san,” tolak Hikari
sambil berlalu keluar
dari bilik Shiro.
DUA minggu
selepas luahan hati
Shiro, Hikari tidak lagi
melihat kelibat Shiro-san. Apabila ditanya
dengan Yamamoto-san, dia dimaklumkan
Shiro bercuti selama
sebulan. Namun dia tahu, Shiro
ingin menjauhkan dirinya
daripada Hikari. Hikari berjalan
melepasi bilik Shiro. Hatinya menjadi
sebak. Di sinilah tempat Shiro
menluahkan rasa hatinya
kepada Hikari.
“ Shiro-san, maafkan saya. Bukan
saya tak sukakan
Shiro-san tetapi agama
kita berlainan. Saya tak
nak Shiro-san masuk
agama saya hanya
kerana cinta semata-mata. Saya tak
mampu.” Dia berbisik seorang
diri.
“ Anata wa, Shirō-san no heya no mae de
nani o shite iru no? ( Apa yang
awak buat depan
bilik Shiro-san ini?),” soal
salah seorang pekerja
yang kebetulan lalu
di hadapan bilik
Shiro.
“ Nani mo nai,” ucapnya sepatah. Dia
terus berlalu pergi
dari bilik itu.
“ Matte kudasai. Yamamoto-san wa anata o
motomete iru. Kare wa ima, kare no heya de anata to ohanashi shitai to omoimasu.(Tunggu.
Yamamoto-san nak berjumpa
dengan awak. Dia mahu
bercakap dengan awak
sekarang dalam biliknya.),” ucap pekerja
itu.
“ Arigatō. ( Terima kasih ).” Dia segera ke
bilik Yamamoto-san. Bukan selalu
dia berjumpa dengan
Yamamoto-san sekiranya tidak
ada sesuatu yang
penting.
Dia mengetuk
bilik Yamamoto-san. Apabila arahan
masuk diterima, barulah dia
masuk. Yamamoto-san mengarahkan untuk
duduk. Dia duduk.
“ Watashi wa anata to issho ni ano, Hikari o
motte imasu.( Saya ada sesuatu
nak beritahu awak, Hikari.),” ujar Yamamoto-san.
“ Nani
sore, Yamamoto-san? ( Ada
apa, Yamamoto-san?),” soal
Hikari.
“ Tōsha wa, marēshia de no shiten o kaisetsu
shite imasu. Node, wareware wa anata ga soko ni shigoto o shitai. Anata wa sore
ni tekishita kōhodearu.( Syarikat kita
telah membuka satu
cawagan di Malaysia. Jadi, kami nak
awak bekerja di
sana. Awak adalah calon
yang paling sesuai.),” ucap Yamamoto-san.
“ Sō, Shirō-san wa kore ni dōi?( Jadi, Shiro-san
setuju dengan keputusan
nie?),” soal Hikari.
“ Kare wa anatagata o teian shita. (
Dia yang
cadangkan awak.),” ujar Yamamoto-san.
“ Ka rikai.( Saya faham.),” ujar Hikari.
Jadi,
Shiro tidak mahu
lagi melihat dia
di sini. Dia juga
tidak kuat untuk
berada di sini. Dia
takut untuk berjumpa
dengan Shiro lagi.
SETAHUN KEMUDIAN
HIKARI berdiri di
depan pintu pagar
rumah itu. Kelihatan rumah
itu sunyi. Bagaikan tiada
penghuni. Dia menjenguk sana
dan sini. Dia berasa
pelik. Tak akan tak ada
orang kot? Dah pindah
ke? Tapi tak ada
orang bagitahu yang
dorang nie dah
berpindah.
“ Woi,
siapa kau, hah? Terjenguk-jenguk depan
rumah aku nie?” soal
satu suara.
Hikari berpaling. Dia tersenyum. Memang dia
tidak salah rumahlah. Dorang tinggal
di sini lagi
rupanya.
“
Kau nie
sape, hah? Pencuri ye?” soal suara
itu lagi. “ Wait, I know you. Balqis, right?”
“
Kau ingat aku
lagi ye, Sarah,” ucapnya.
“
Siapa cakap aku
akan lupakan aku
punya rival. So apa
yang kau buat
depan rumah aku
nie?” soal Sarah.
“
Aku ada
kerja sikit kat
sini. So, kerja aku
dah habis. Aku ingat
nak melawat Mak
Teh kejap. Dia ada?” soal
Hikari.
“
Melawat?”
“ Sarah,
siapa perempuan nie?” soal
lelaki yang baru
sampai di sebelah
Sarah.
“ Oh,
hai. Saya Nur Balqis. Sepupu Sarah
nie,” ucap Hikari memperkenalkan dirinya.
“
Saya Rizal. Tunang Sarah.
Sepupu Sarah? Saya tak
pernah nampak pun
awak nie,” ujar Rizal
ramah.
“
Saya baru balik
Malaysia setahun lepas. Mungkin sebab
tu awak tak
pernah berjumpa dengan
saya,” ujar Hikari.
“ Balik Malaysia? Maksud awak?” soal
Rizal.
“
Sebelum nie, saya tinggal
di Jepun. Kerja di
sana,” terang Hikari.
“ Bell,
kamu ke
tu?” soal seseorang dari belakang. Hikari kenal
dengan suara itu.
“
Mak Teh.” Dia berlari
meluru ke arah wanita
itu.
“
Kenapa tak beritahu
nak datang? Kalau tak
mesti Mak Teh
masak sedap-sedap,” ujar Mak
Teh
“
Kalau macam tu, biar
Bell tidur kat
sini ar semalaman, bolehkan Mak
Teh?” soal Hikari dengan
manjanya.
“
Mestilah boleh.” Mak Teh tersenyum.
“
Mak Teh memang the best.” Hikari mengangkat
ibu jarinya.
“ Wait. Aku tak
benarkan kau tidur
kat sini. Mama, Sarah tak
benarkan,” sampuk Sarah.
“ Sarah,
kamu jangan nak
buat perangai. Nie rumah
mama. Suka hatilah mama
benarkan siapa yang
nak tidur di
sini, faham.” Mak Teh bersuara
tegas.
Sarah mendengus. Dia memang
tidak sukakan Hikari
sejak dulu lagi. Budak
perempuan itu suka
merampas segala kepunyaan
dirinya. Dia tidak akan
maafkan Hikari.
Malam itu, Hikari
berbual sakan dengan
Mak Teh. Bukan selalu
dia dapat peluang
sebegini. Macam-macam topik mereka
berbual.
“
Kamu nie
bila nak kahwin?” Soalan itu
membuatkan Hikari terdiam.
“
Muka kamu nie
dah macam orang
putus cinta je. Kamu
pernah bercinta ye?” soal
Mak Teh dengan
nada mengusik.
“ Mana
ada, Mak Teh. Siapalah nak
kat saya nie,” ujar
Hikari.
“
Tak kan
tak ada kot. Masa
kamu kerja kat Jepun
tu, mesti ada yang
melekat sorang.” Kata-kata Mak
Teh menyebabkan Hikari
kaku seketika.
“
Ada tu
ada, Mak Teh. Tapi dia tu kristian. Tak
akan saya nak
kahwin dengan dia
pula,” ujar Hikari dengan
nada sayu.
“ Dia boleh
masuk Islam kan,” ujar
Mak Teh.
“ Memang ar
Mak Teh tapi
saya tak nak
dia masuk Islam
sebab cinta. Perkahwinan macam
tu tak kekal
lama. Saya takut bila
cinta tu hilang, dia
akan kembali ke
agama dia semula. Saya
nie bukannya kuat
agama sangat. Mak Teh pun tahu. Saya
takut saya tak
mampu nak bimbing
dia untuk kekal
dalam agama Islam
nie.” Hikari berterus terang.
Mak Teh
tersenyum. Dia tahu tentang
itu. Jika dia di
tempat Hikari pun, dia
akan melakukan perkara
yang sama.
“ Bell, jangan risau. Tentu
ada jodoh Bell
satu hari nanti
adalah jodoh Bell
tu. Nie dah bagitahu
emak Bell yang
Bell tidur kat
sini?’ soal Bell.
“ Saya memang
dah bagitahu awal-awal
dah Mak Teh. Memang
bercadang nak tidur sini pun. Lagipun
mak tak kisah
asalkan Bell tak
buat yang bukan-bukan,” ujar Hikari.
Kedengaran ada
orang yang memberi
salam di hadapan
rumahnya. Bell bangun untuk
melihat siapa yang
datang. Sarah juga bangun
bangun daripada menonton
televisyen. Kerana dia tahu
yang malam-malam begini
tentu tunangnya datang
berjumpa dengannya. Namun dia
tergaman di hadapan
pintu. Bukan tunang kesayangannya
yang berdiri di
hadapan pintu itu.
“ Who are you
and what do
you want here?” Dia sengaja
bercakap dalam bahasa
Inggeris kerana dia
tidak pasti apa
bangsa lelaki yang
berdiri itu.
“ I want to
see Hikari. Isn’t she
here?” soal lelaki itu.
Hikari? Siapa pulak
itu? Lelaki ini sudah
salah rumah. Belum sempat
dia bersuara, suara sepupunya
itu kedengaran.
“ Shiro-san, naze anata kokoroni?” ( Shiro-san, kenapa awak
ada di sini?) Hikari
bersuara dengan nada
hairan. Mestilah dia hairan. Sudah
lama lelaki itu
menghilang daripada muncul
di hadapannya.
“ Assalamualaikum, Hikari-chan.
Apa khabar?” soal Shiro
sambil tersenyum manis.
“ Oh, khabar baik. Wait,
tadi awak ada
beri salam ye?” Bertambah terkejut
Hikari mendengarnya.
Shiro-san tidak
menjawab. Dia tersenyum manis
lagi. Hikari seperti terpukau. Sudah lama
matanya tidak menatap
senyuman manis yang
terukir di bibir
lelaki itu. Mereka berpandangan
antara satu sama
lain. Lama juga sehingga
Sarah berdehem.
“ Bell, Sarah, siapa yang
datang tu? Ajaklah masuk,” laung
Mak Teh.
“ Lupa pulak. Shiro-san, masuklah,” ajak Hikari.
Hikari mengajak
Shiro masuk. Sarah juga
mengikuti langkah mereka
berdua ke ruang
tamu. Mak Teh terkejut
melihat tetamunya itu.
“ Nie sapa, Bell?” soal Mak
Teh.
“ Nie bos
Bell dulu masa
di Jepun. Namanya Adachi
Shiro,” ujar Hikari.
“ Itu nama saya
yang dulu. Sekarang nie, Muhammad
Isyraf Shiro Abdullah. Panggil saya
Isyraf, mak cik,” sampuk Shiro pula.
“ Fasih kamu
berbahasa Melayu ye, Isyraf. Mak cik
baru ingat nak
bercakap orang putih,” gurau
Mak Teh.
“ Dulu saya
pernah tinggal di
Malaysia masa kecil
dulu masa ayah
saya jadi pegawai
kedutaan di sini. Lepas
5 tahun, kami pindah
balik ke Jepun. Masa
Hikari kerja dengan
saya, saya berlatih balik
bercakap bahasa Melayu,” sambung Shiro
lagi.
“ Hikari?” Sarah bersuara.
“ Saya panggil
dia Hikari. Sebab Hikari
dalam bahasa Jepun
bermaksud Nur,” terang Shiro.
“ Apa tujuan
Shiro-san datang ke
sini?” soal Hikari direct. Dia
memang suka berterus-terang.
“ Saya nak
ajak awak keluar
sekejap, boleh?” soal Shiro.
“ Hah, malam nie?” soal
Hikari balik.
“ Kalau boleh, malam
nielah. Ini hal penting.”
Hikari memandang
Mak Teh. Mak Teh
hanya tersenyum mengangguk. Tentu Mak
Teh sudah dapat
mengagak yang identiti
lelaki Jepun itu.
“ Cotto matte kudasai.( Tunggu sekejap
ye.) Saya ambik beg
tangan,” ujar Hikari.
MEREKA
berdua
berdiam diri daripada
berada di dalam
kereta sehinggalah mereka
duduk di sebuah
restoran. Mestilah. Sudah
lama tidak berjumpa. Tidak tahu
bagaimana hendah mula
perbualan antara mereka
berdua. Sehinggalah makanan yang
dipesan sampai, mereka makan
dengan senyap. Hikari sekali
lagi terkejut dengan
bacaan doa yang
dibaca oleh Shiro. Selepas makan, barulah mereka
bermula untuk bercakap.
“ Hikari-chan, apa khabar?” soal
Shiro.
“ Baik, kan awak
dah tanya tadi. Awak
pula, ogen kidesu
ka?”( apa khabar)
Giliran Hikari bertanya.
“ Haigenkidesu.( Khabar baik.)
Awak makin cantik, Hikari-chan,” puji Shiro.
“ Terima kasih. Shiro-san pun
makin kacak,” puji Hikari
pula. “ Apa sebenarnya yang
Shiro-san nak berbincang
dengan saya?”
“ Saya nak
lamar awak buat
kali kedua.” Kata-kata itu
menyebabkan Hikari tersentak.
“ Shiro-san, saya tak
suka lawak nie. Jangan
cakap benda mengarut
macam ini.” Suara Hikari
bergetar sedikit. Memang dia
tidak suka perkara
ini dibincangkan.
“ Hikari-chan, awak sudah
tidak boleh menolak
lagi. Alasan yang awak
gunakan dulu sudah
tidak boleh diterima. Awak sudah
tidak ada alasan
untuk menolak saya. Terimalah saya.” Shiro
tersenyum manis lagi.
“ Dah berapa
lama Shiro-san memeluk
agama Islam?” soal Hikari.
“ Lepas Hikari-chan
tolak lamaran saya, saya
ke Malaysia. Niat nak
tenangkan fikiran. Rasa macam
tak guna je
diri ini sebab tak berjaya
nak curi hati
gadis yang saya
nak. Tiba-tiba saya terdengar
suara azan. Masa itu
hati saya benar-benar
tersentuh. Saya tercari-cari sumber
suara azan itu. Saya
berjumpa dengan Pak
Saufi. Dengan dia, saya belajar
tentang agama Islam
nie. Lepas saya benar-benar
faham tentang agama
Islam nie, saya pun
peluk agama Islam.” Panjang lebar
Shiro bercerita bagaimana
dia memeluk agama
Islam.
“ Alhamdulillah, taniah sebab
sudah jadi saudara
seagama saya. Semoga Shiro-san
dirahmati Allah S.W.T,” ujar
Hikari.
“ Dan tak
lama lagi akan
jadi suami awak,” ujar
Shiro.
“ Saya tak
terima lagi lamaran
Shiro-san,” ucap Hikari pantas.
“ Awak dah
jadi tunang saya. Cuba
call mak
awak, tanya dia.”
Hikari tersentak. Apa maksud
dia berkata sebegitu? Dia
pantas mengeluarkan telefon
bimbitnya dan menelefon
emaknya di Terengganu.
“ Assalamualaikum, mak. Ada apa-apa
cerita yang patut
mak bagitau Bell?” soal
Hikari.
“Waalaikumussalam. Mak lupalah. Semalam ada
yang meminang Bell. Hari
tu, Bell ada cakap
kalau ada yang
meminang terima je. Mak pun
terima jelah. Jangan bimbang. Bell
mesti suka dia
punya. Dia baik,
sopan-santun dan kacak. Sejuk
hati mak menengoknya.” Wah, mak dah
puji macam-macam. “ Kenapa pulak
nie? Jangan cakap kat
mak yang Bell
tak nak. Dia cari
Bell ye. Mak ada
cakap yang Bell
ada di Johor
kat rumah Mak
Teh.”
“ Kalau macam
tu, tak apalah mak. Mak
jangan risau. Saya tak
akan malukan mak.”
“ Hikari-chan, awak macam
tak suka je
saya nak kahwin
dengan awak.” Suara Shiro
berubah menjadi suram.
“ Macam yang
Shiro-san cakapkan, dulu saya tolak
Shiro-san sebab agama
tapi sekarang tak
sudah tidak ada alasan
nak tolak Shiro-san,” ujar Hikari
dengan nada perlahan
dan mukanya menunduk
namun masih boleh
didengari oleh Shiro
lagi.
“ Hah, betul nie? Awak
setujulah nak kahwin
dengan saya?” soal Shiro
dengan nada gembira.
Hikari tidak
memandang ke arah
Shiro yang kelihatan
gembira itu. Dia memandang
ke jalan. Hish, lelaki ini
sengaja nak malukan
aku.
“ Terima kasih
Hikari-chan. Saya berjanji saya
tak akan siakan
awak. Watashi wa
anata o aishite.( saya cintakan
awak.)” Shiro tersenyum.
“ Watashi wa sudeni
anata o aishiteimasu.( Saya pun
cintakan awak.)” balas Hikari.
Kareshi- boyfriend