Tuesday, July 17, 2012

My Sweet Kareshi




PANDANGAN  pagi  di  Fukuoka  amat  menyenangkan. Kabus  pagi  masih  lagi  kelihatan. Kelihatan  penduduk  di  situ  sudah  sudah  melakukan  aktiviti  masing-masing. Ada  yang  sedang  bersenam, ada  yang  bergegas  ke  tempat  kerja. Matahari  pula  kelihatan  cantik  menyinarkan  cahayanya  ke  awal  pagi. Dia  berjalan  perlahan  sambil  menghirup  udara  pagi  yang  segar  lagi  nyaman.
            “ Gomen.” (Maaf). Kedengaran  seseorang  meminta  maaf. Seseorang  telah  melanggarnya  dari  belakang. Perempuan  rupanya. Dia  tunduk  menolong  perempuan  mengutip  barangnya. Perempuan  kelihatan  kelam-kabut. Segera  sahaja  mengemas  barangnya, perempuan  itu  terus  bangun  dan  berlari  dari  tempat  itu. Rambut panjang  perempuan  berayun  cantik  menjadi  pandangan  matanya. Dia  terbuai  seketika.
            Dia  tersedar  dan  ingin  berlalu  dari  situ. Baru  sahaja  dia  ingin  berlalu  dari  situ, dia  terpandang  sesuatu  yang  bersinar  cantik  di  tempat  perempuan  itu  mengemas  barangnya  tadi. Dia  mengambil  barang  itu. Seutas  rantai yang  berukiran  bulan  dan  bintang. Mesti  milik  perempuan  tadi. Macam  mana  nak  pulangkan  balik, dia  sendiri  tidak  tahu  siapa  perempuan.


“ BELL, nasib  baik  kau  sempat  datang  kat  sini. Kalau  tak, kau  kena  tunggu  flight  satu  lagi,” tegur  rakan  di  sebelahnya.
            “ Nie  pun  tak  cukup  tanah  aku  berlari. Nak  dapatkan  satu  teksi  pun  sekian  hal. Nasib  baik  dia  faham  apa  yang  aku  cakap.” Dia  mengurut  dadanya  keletihan.
            “ Jom. Dorang  dah  panggil  itu.” Rakannya  menarik  lengannya  setelah  menerima  panggilkan  terakhir  untuk  terbangan  ke  Tokyo.
            Mereka  sekumpulan  mengambil  tempat  duduk  masing-masing. Dia  tersenyum  memandang  ke  luar  tingkap. Fukuoka  memang  satu  tempat  yang  cantik  untuk  kujungi. Dia  tidak  menyesal  membuat  keputusan  untuk  bercuti  di  tempat  ini  walaupun  pada  mulanya  ditentang  oleh  ahli  kumpulan. Namun  sekarang  semua  berpuas  hati  dengan  percutian  ini. Jarinya  mencari  rantai  yang  tergantung  di  lehernya. Dia  terkejut. Rantai  itu  tiada  di  lehernya.
            Dia  memandang  ke  sekelilingnya. Takut-takut  rantai  itu  jatuh  di  sekitar  itu. Dia  menjadi  cemas. Rantai  itu  tidak  kelihatan  di  mana. Dia  berdiri. Rakan-rakannya  memandangnya  pelik.
            “ Bell, kenapa  dengan  kau? Cemas  semacam  je,” tanya  salah  seorang  dari  rakannya.
            “ Rantai aku. Rantai   aku  dah  hilang. Aku  tak  jumpa. Rantai  aku  dah  hilang.” Dia  mula  rasa  ingin  menangis.
            “ Sabarlah. Mungkin  memang  dah  takdir  rantai  itu  akan  hilang  kat  sini,” nasihat  rakannya.
            “ Tapi  rantai  peninggalan  arwah  ayah  aku. Macam  manalah  aku  boleh  hilang  rantai  itu. Aku  tak  pernah  buka  rantai  itu  dari  leher  aku. Kejap. Tadi  aku  ada  langgar  seorang  lelaki. Tentu  jatuh  kat  tempat  tu. Aku  nak  pergi  cari  balik.” Dia  ingin  keluar  dari  kapal  terbang  itu.
            “ Kau  jangan  buat  gila, Bell. Duit  kita  cukup-cukup  nak  balik  Malaysia. Kalau  kau  miss  flight  nie, confirm  kau  tak  cukup  duit  nak  balik  Malaysia. Kau  bukan  ada  sapa-sapa  kat  sini. Dah, lupakan  niat  kau  nak  cari  balik  rantai  itu. Memang  dah  hilang  nak  buat  macam  mana  lagi. Kalau  kau  pergi  cari  pun, belum  tentu  kau  akan  dapat  cari  rantai  itu  balik,” halang  rakannya.
            Dia  terduduk  memikirkan  kebenaran  itu. Bajet  duitnya  memang  cukup-cukup  sahaja. Dia  memandang  keluar  tingkap. Air  matanya  mula  mengalir. ‘Ayah, maafkan  Nur  sebab  tak  jaga  rantai  yang  ayah  bagi  tu. Maafkan  Nur.’



TIGA  TAHUN  KEMUDIAN

“ HIKARI-CHAN, datang  ke  bilik  saya  sebentar.” Dia  menerima  arahan  itu  menahan  perasaan  marah. Lelaki  ini  memang  nak  kena  belasah  dengan  aku. Dia  bangun  dan  ke  bilik  second  bosnya.
            “ Yes, Shiro-san.  Watashi wa anata o dono yō ni yakudatsu koto ga dekimasu ka?” ( Apa  yang  boleh  saya  bantu?) Dia  bertanya  terus  kepada  bosnya  itu.
            “ Oh, tak  perlu  berbahasa  Jepun  dengan  saya. Saya  nie  nak  berlatih  menggunakan  bahasa  Melayu. Awak  kena  tolong  saya,” ucap  bosnya  itu.
            Dia  mengeluh. Orang  lebih  suka  bercakap  dengan  bahasa  sendiri, dia  nak  bercakap  bahasa  orang  lain  pulak. Peliklah  lelaki  ini.
            “ So, ada  apa-apa  yang  perlu  saya  bantu  Shiro-san? Saya  nie  masih  ada  banyak  kerja  yang  menanti  di  luar  sana. Jadi, boleh  Shiro-san  beritahu  saya  secepat  mungkin  apa  yang  boleh  saya  bantu  Shiro-san  nie?” Dia  bertanya  dengan  bahasa  Melayu  yang  lengkap.
            “ Saya  nak  tanya  tentang  projek  kita  di  Fukuoka. Awak  yang  siapkan  proposal  untuk  projek  tu, kan?” soal  Shiro.
            “ Oh, saya  dah  siapkan  proposal  itu. Tunggu  nak  dibentangkan  kepada  Yamamoto-san,” jawabnya.
            “ Kalau  macam  tu, awak  tunjukkan  kepada  saya  dulu  sebelum   bentangkan  kepada  Encik  Yamamoto.”
            “ Kalau  macam  tu, saya  ambilkan  sekarang  proposal  tu.” Hikari  keluar  dari  bilik  Shiro  untuk  mengambil  kertas  kerja  yang  baru  disudahkan  semalam.
            Dia  masuk  kembali  bilik  Shiro  menyerahkan  kertas  kerja  itu. Shiro  mengambil  dan  menelitinya. Dia  mengangguk-angguk  kepalanya  beberapa  kali.
            “ Bagus  proposal  yang  awak  sudah  buat, Hikari-chan. Tentu  Yamamoto-san  terima,” puji  Shiro.
            “ Terima  kasih  Shiro-san. Tapi  boleh  tak, Shiro-san  jangan  panggil  saya  Hikari-chan. Panggil  Hikari  saja. Itu  sudah  cukup. Staf-staf  lain  ingat  saya  koibito  ( kekasih)  Shiro-san,” pesan Hikari  lagi.
            Nama  Hikari  itu  sebenarnya  diberi  oleh  Shiro  sebagai  nicknamenya  semasa  dia  mula  bekerja  di  syarikat  itu. Apabila  diperkenalkan  nama  sebagai  Nur  Balqis, ada  suara  yang  menyebut  Hikari. Suara  itu  milik  Shiro. Dia  faham  akan  perkataan  Nur  yang  bermaksud  cahaya. Sama  dengan  maksud  nama  Hikari. Sejak  dari  itu, ramai  yang  memanggilnya  sebagai  Hikari  tetapi  Shiro  memanggilnya  dengan  nama  Hikari-chan. Dia  sendiri  tidak  tahu  apa  motif  Shiro  memanggilnya  dengan  nama  itu.
            “ Eloklah  tu. Saya  bujang  lagi,awak pun  bujang  kan? Kenapa  awak  tak  suka  jadi  kekasih  saya  ke?” soal  Shiro  sambil  mengusik.
            “ Bukan  macam  itu  maksud  saya. Susah  betul  kalau  bercakap  dengan  Shiro-san  nie. Selalu  melencong  ke  tempat  lain,” balas  Hikari.
            “ Melencong  tu  apa?” soal  Shiro.
            “Shiro-san  nie  masih  tak  lulus  kalau  ambik  exam  for  bahasa  melayu. Melencong  tu  macam  orang  nie  lari  dari  tajuk  yang  dia  sedang  berbual  dengan  seseorang  tu, faham?” soal  Hikari.
            “ Owh, macam  tu  ye. Ada pulak  perkataan  baru  yang  saya  belajar  hari  ini. Terima  kasih, Hikari-chan.” Perkataan  Hikari-chan  itu  disebut  kuat.
            Hikari  menggeleng  kepala. Itu  yang  dilarang, itu  juga  yang  dibuat. Macam  budak-budak. “ Bersembang  dengan  Shiro-san  nie, membazir  masa  saya. Sudahlah, saya  keluar  dulu.”

MEREKA  berdua  masing-masing  memandang  ke  luar  tingkap. Kereta  api  itu  bergerak  dengan  pantas  sekali. Tugasan  telah  menunggu  mereka  berdua  di  destinasi  yang  bakal  mereka  tuju  nanti.
            “ Hikari-chan, mesti  awak tak  pernah  pergi  Fukuoka  kan?” soal  Shiro.
            “ Mana  Shiro-san tahu  yang  saya  nie  tak  pernah  pergi  Fukuoka  tu?” soalnya  kembali.
            “ So, awak  sudah  pernah  pergilah? Bila  awak  pergi  sana? Duduk  kat  Tokyo  nie, saya  tak  pernah  nampak  awak  ambil  cuti   untuk  ke  mana-mana. Awak  nak  tipu  saya  ye?”
            “ Saya  pernah  pergilah. Tapi  bukan  masa  saya  bekerja. Saya  pernah  datang  masa  umur  saya  20  tahun. Masa  trip  bersama  rakan  sekuliah,” ujar  Hikari.
            “ Owh, cantik  kan  Fukuoka. Kalau  saya  nak  bercuti, saya  akan  datang  ke  Fukuoka  nie. Tempat  dia  memang  cantik. Berkabus  lagi  bila  pagi-pagi  hari,” terang  Shiro.
            “Shiro-san  pernah  pergi   Jeju  tak?” soal  Hikari  tiba-tiba.
            “ Hah? Jeju? Tempat  tu  kat  mana?” soal  Shiro  kembali.
            “Shiro-san  tak  tahu? Jeju  itu masuk  dalam  antara  7  keajaiban  dunia. Nie  pengetahuan  am, tahu  tak?” ejek  Hikari.
            “ 7  keajaiban  dunia? Tentu  tempat  itu  hebat. Awak  tanya  saya  nie, awak  tu  pernah  pergi  tak?”
            “ Tak.”
            “ Wah, ejek  orang  macam  dia  tu  dah  pernah  pergi  sana.”
            “ Sekurang-kurang  kita  nie  tahu  ar  Jeju  tu  kat  mana. Orang  tu  sebut  Jeju  pun  tak  tahu.”
            “ Kat  mana?”
            “ Korea  ar. South  Korea. Tempat  amat  cantik.”
            “ Mana  awak  tahu  tempat  tu  cantik?”
            “ Saya  tengok  drama  Korea. Banyak  sangat  drama  yang  berlatar  belakangkan  pulau  tu. Nanti  lepas  saya  dah  kahwin, saya  nak  ajak  suami  saya  honeymoon  kat  sana.”
            “ Saya  janji  saya  akan  bawak  awak  ke  sana.”
            “ Kenapa  Shiro-san  pulak  yang  berjanji  dengan  saya?”
            “ Yelah, nantikan  kita  akan  kahwin.”
            “Shiro-san  nie  dah  mula  melencong  dah. Malaslah  saya  berbual  dengan  Shiro-san. Suka  melencong.”
            Shiro  hanya  ketawa. Hikari  sudah  mula  rasa  mengantuk. Dia  mula  memejamkan  matanya.
           

“ Hikari-chan, mezame. Wareware ga tōchaku shite imasu.” ( Hikari-chan, bangunlah. Kita  sudah  sampai.) Shiro  mengejutkan  Hikari  yang  lena  dengan  tidurnya.
            Hikari  mula  membukan  matanya  dan  memandang  sekeliling. Kepalanya  menyandar  ke  bahu  Shiro. Dia  segera  mengangkat  kepalanya. Dia  memandang  Shiro  dengan  sinis. Macam  mana  dia  boleh  tidur  atas  bahu  Shiro  sedangkan  Shiro  tadi  duduk  di  hadapannya?
            “ Kenapa  saya  boleh  tidur  atas  bahu  Shiro-san pula  nie?” soal  Hikari.
            “ Saya  kasihan  melihat  awak  tidur  tadi. Jadi, saya  duduk  sebelah  awak  supaya  awak  boleh  bersandar  di  bahu  saya. Tak  adalah  awak  letih  sangat  nanti,” terang  Shiro.
            Hikari  mengeluh. Lelaki  ini  memang  tidak boleh  dijangka. Tindakannya  boleh  mengejutkan  orang. Dia  perlu  berhati-hati  dengan  lelaki  ini. Mereka  turun  dari  kereta  api  dan  terus  mencari  teksi. Mereka  menuju  ke  hotel  Hilton  Fukuoka  Sea  Hawk. Antara  Hotel  yang  termahal  di  sana.
            Sampai  di  sana, mereka  check-in  bilik  masing-masing. Hikari  segera  menuju  ke  beranda  biliknya. Hakata  Bay  jelas  kelihatan  di  hadapan  matanya. Sudah  agak  lama  dia  tidak  melihat  laut  yang  membiru  cantik. Tapi  sayang  dia  hanya  datang  ke  sini  untuk  bekerja  bukannya  untuk  bercuti. Tidak  pernah  sekali  pun  dia  meminta  cuti  kecuali  pada  hari  raya.


“ AKHIRNYA, kerja  kita  di  sini  sudah  siap,” ujar  Hikari  kelegaan. Sudah  dua  hari  mereka  berdua  ke  hulu  ke  hilir  menyelesaikan  masalah  yang  melanda  kerja  mereka.
            “ Esok, kita  kena  baliklah  kan?” soal  Hikari.
            “ Kenapa? Awak  tak  mahu  balik  ke  Tokyo  ke?” soal  Shiro  kembali.
            “ Kalau  boleh  saya  nak  ke  Kyushu,” ujar  Hikari.
            “ Awak  pernah  beritahu  saya  yang  awak  pergi  datang  ke  Fukuoka  kan?” soal  Shiro.
            “ Yup. Kenapa?”
            “ Bila  dan  di  mana?”
            “ Kumamoto  berhampiran  dengan  Gunung  Kaldera Aso. Tempat  itu  memang  cantik  sangat. Saya  suka. Udaranya  segar. Permandangannya  pun  cantik. Kejap, kenapa  Shiro-san tanya?” Hikari  memandang  pelik  ke  arah  bosnya.
            “ Kyushu? Saya  pun  pernah  pergi  sana. Tempatnya  memang  cantik. Bila  awak  pergi  ke  sana?” soal  Shiro  lagi  macam  polis  pencen.
            “ Dalam  3  tahun  lepas, I guess,” ujar  Hikari.
            “ 3  tahun  lepas?” Shiro  kelihatan  memikirkan  sesuatu.
            Dia  memandang  rambut  Hikari  yang  terpikat satu  dengan  getah  rambut  berwarna  ungu. Dia  mendekati  Hikari  dengan  perlahan. Dia  merenung  dalam  wajah  Hikari. Tidak  sampai  5  saat, tangannya  dengan  pantas  menarik  getah  rambut  Hikari. Hikari  terkejut  dengan  tindakan  bosnya  itu.
            “ Kenapa  dengan  Shiro-san nie?”
            “ Boleh  tak, awak  tolong  berlari  ke  pondok  sana  sekejap?” Terkeluar  permintaan  yang  tidak  masuk  akal  dari  mulut  Shiro. Lagilah  Hikari  bertambah  pelik.
            “ Kenapa  pula?”
            “ Buatlah. Sekejap  je,” pinta  Shiro.
            Hikari  pun  berlari  ke  arah  pondok  yang  dimaksudkan  oleh  Shiro  itu  walaupun  dia  tidak  memahami  apa  maksud  tersirat  dengan  permintaan  Shiro. Riak  wajah  Shiro  yang  pelik  itu  membuatkan  dia  terpaksa  memenuhi  kehendak  Shiro  itu. Tidak  lama  kemudian, Shiro  mendekati  Hikari. Dia  mengeluarkan  sesuatu  dari  dompetnya.
            “ Ini  yang  awak  punya  ke?” soal  Shiro  sambil  menunjukkan  rantai  yang  berukiran  bintang  dan  bulan.
            Hikari  terkejut. Dia  mengambil  rantai  tersebut  dari  jari  Shiro. Mulutnya  terbuka. Rantai  yang  dulunya  hilang  kini  muncul  kembali. Rantai  yang  amat  disayanginya. Dia  memandang  Shiro  dengan  pandangan  sebak. Air  matanya  mula  bertakung, tunggu  masa  untuk  mengalir  sahaja.
            “ Macam  mana  rantai  nie  ada  pada  Shiro-san?” soal  Hikari  kepada  Shiro   yang  tersenyum.
            “ Awak  yang  langgar  saya   masa  tu. Lepas  kemas  barang  awak, awak  terus  berlari. Saya  ternampak  rantai  awak. Jadi, saya  kutiplah. Ingatkan  nak  cari  awak, tapi  awak  dah  hilang  dari  pandangan  mata  saya. Maaf. Baru  hari  ini, saya  dapat  pulangkan  rantai  ini  kepada  pemiliknya  yang  sebenarnya,” terang  Shiro.
            “ Tapi  macam  mana, Shiro-san boleh  tahu  pemilik  rantai  nie  adalah  saya?”
            “ Cara  awak  berlari  pelik,” gurau  Shiro.
            “ Hah?” Hikari  sudah  mula  memandang  Shiro  dengan  pandangan  semacam.
            “ Bukanlah. Masa  awak  berlari  hari  tu, rambut  awak  berayun  cantik. Cara  awak  berlari  pun  comel. Sampai  masuk  dalam  mimpi  saya. Bukan  sekali  tau, berkali-kali. Macam  mana  saya  tak  ingat,” ujar  Shiro.
            “ Terima  kasih, Shiro-san. Saya  betul-betul  sayangkan  rantai  nie. Inilah  satu-satunya  peninggalan  dari  ayah  saya. Terima  kasih  ye  awak. Saya  bertul-betul  terhutang  budi  dengan  Shiro-san,” ujar Hikari.
            “ Chotte  matte. ( Tunngu  sekejap ). Apa  maksud  terhutang  budi  tu?” soal  Shiro  direct.
            Hikari  yang  ingat  menangis  itu  ketawa. Pertanyaan  Shiro  itu  dianggap  kelakar  pada  waktu  itu. Tidak  jadi  dia  menangis.


Fukuoka de Hikari-chan to Shiro-san to no ma de nani ga okotta nodesu ka?” ( Apa  yang  terjadi  antara  Hikari-chan  dan  Shiro-san  masa  di  Fukuoka?) soal  salah  seorang  pekerja  selepas  kami  balik  dari  Fukuoka.
            “ Machigatte nandesuka?” ( Apa  yang  tak  kena?) Hikari  bertanya  pula.
            “ Sono o Shirō-san wa Fukuoka e no go ryokō-go hijō shiawase omowa dakeda,” jawab  pekerja  itu. ( Shiro-san  nampaknya  sangat  gembira  lepas  lawatan  kauorang  ke  Fukuoka.)
            “ Watashi wa sore ni tsuite nani mo shiranai.” Hikari  mengangkat  bahunya  tanda  tidak  tahu. ( Saya  tidak  tahu  apa-apa  mengenainya.)
            Dia  juga  nampak  Shiro  kelihatan  gembira. Senyum  di  bibir  lelaki  itu  tidak  pernah  lekang. Dia  juga  berasa  pelik. Selepas  peristiwa  rantai  itu, dia  mengatakan  dia  sudah  mengambil  cuti  selama  2  minggu  untuk  mereka  berdua. Katanya, dia  mahu  Hikari  mengambil  cuti. Jarang  sekali  Hikari  mengambil  cuti  sejak  bekerja  dengan  syarikat  itu.
            Bila  difikirkan  balik, memang  dia  jarang  mengambil  cuti. Balik  Malaysia  pun, hanya  sekali  setahun. Itu  pun  semasa  raya, 4  hari  je. Jadi, dia  mengambil  peluang  itu  untuk  bercuti  sekali  lagi  di  Fukuoka. Mereka  berdua  pun  bermula  dari  Kyushu. Tempat  mereka  mula berjumpa.
            Shiro  telah  menjadi  pemandu  pelancong  tidak  rasmi  kepada  Hikari. Dia  membawa  Hikari  ke  tempat  peninggalan  sejarah  di  Kyushu  seperti  Kumamoto Castle, Dazaifu Tenmangu, Muzium Bom Atom Nagasaki. Kumamoto  Castle  selesai  dibina  pada  tahun  1607. Istana  ini  mempunyai  salah  satu  benteng  yang  terbesar  di  Jepun  dengan  dinding  batu  yang  indah  lagi  terukir  cantik.
            Selepas  itu, dia  dibawa  ke  kuil  Dazaifu  Tenmangu. Kuil ini  terkenal  sebagai  dewa belajar. Banyak  yang  mengatakan  jika  ingin  lulus  ujian  pergi  menyembah  di  sana. Pada tahun  baru  bulan  Januari setiap tahunnya, pengunjung mencapai 200,000,000 orang dari seluruh  Jepun. Sebuah  kuil  yang  sangat dekat  dengan  sebuah  taman  yang  indah.
                Pada  hari  yang  sama  juga, mereka  ke  Muzium  Bom  Atom  Nagasaki. Pada  tanggal 9  Agustus  1945, tentera  Amerika  setelah  menjatuhkan  bom  atom  di  Hiroshima  kemudian melanjutkan  bom  kedua  di  Nagasaki. Pelbagai   artikel  tentang  pengeboman, foto, poster panel, dan  peninggalan  bangunan  yang  hancur  akibat  bom  atom  ditampilkan di  sana.
            Kemudian  mereka  ke  Ngarai Takachiho. Satu  lembah  yang  penuh  dengan  misteri  dengan  kepanjangannya  melebihi  7  kilometer. Air  terjun  Manai  juga  berada  di  situ. Terdapat  banyak  peninggalan  kuno  di  sekitarnya. Dikatakan  dibina  4000  tahun  sebelum  Masihi. Dengan  ini, ia  dikenali  sebagai  Kota  Mitos. Banyak  lagi  tempat  yang  dibawa  oleh  Shiro. Dia  juga  seronok  dengan  percutian  itu. Kalau  boleh, dia  ingin  menjelajah  seluruh  Jepun. Namun  peluang  itu  masih  belum  ada.
            “ Hikari-chan, malam  ini  awak  sibuk  tak?” soal  Shiro  ketika  melepasi  Hikari  yang  sedang  berjalan  itu.
            “ Hai. Saya  tak  sibuk  malam  nie. Kenapa  Shiro-san  tanya?” Hikari  yang  membuat  muka  keliru.
            “ I  have  something to tell you. Just  watch  and  listen  tonight.” Shiro  bertutur  dalam  bahasa  inggeris  dengan  pelat  jepunnya.
            Hikari  tersenyum  sambil  mengangguk.


“ APA yang  Shiro-san  nak  beritahu  saya  sebenarnya?” soal  Hikari  setelah  berada  dalam  bilik  Shiro. Kebanyakkan  staf  sudah  pulang  ke  rumah  selepas  9  malam  tadi. Jam  pula  sudah  menghampiri  pukul  11  malam.
            Hikari  memang sudah  mahu  pulang  tetapi  dia  teringat  akan  janji  Shiro  yang   ingin  memberitahunya  sesuatu  jadi  dia  mahu  ke  bilik  Shiro. Kelihatan  Shiro  masih  berada  di  tempat  duduknya.
            “ Hikari-chan, saya  cintakan  awak. Saya  nak  kahwin  dengan  awak,” ujar  Shiro  dalam  satu  nafas.
            Hikari   terdiam. Matanya  membulat. Kenyataan  yang  diutarakan  oleh  Shiro  tadi  membuatkan  jantungnya  berhenti  berdegup  seketika. Setelah  dia  sedar  kembali, dia  sudah  melihat  Shiro  berdiri  di  hadapannya. Dia  menelan  air  liur. Pertama  kali  seorang  lelaki  meluahkan  perasaan  kepadanya. Dia  sendiri  tidak  tahu  apa  yang  ingin  dikatakan.
            “ Hikari-chan, terimalah  saya. Saya  pasti  akan  bahagiakan  awak.” Shiro  menarik  Hikari  dalam  pelukannya.
            Hikari  pada  mulanya  terbuai  dengan  kata-kata  dari  Shiro  tersedar  kembali. Dia  menolak  dengan  kuat  Shiro. Pelukan  itu  terlepas. Dia  memandang  Shiro  dengan  mata  yang  berair.
            “ Saya  tak  boleh  terima  Shiro-san. Gomen. (Maaf),” luah  Hikari  perlahan.
            “ Shikashi, nazedesu ka? ( Tapi, kenapa),” soal  Shiro.
            “ Saya  tak  boleh  terima  Shiro-san. Agama  kita  berlainan,” terang  Hikari.
            “ Kalau  macam  tu, biar  saya  masuk  agama  Hikari-chan. Saya  sanggup  demi  Hikari-chan,” ujar  Shiro.
            “ Damett( Jangan),” larang  Hikari.
          “ Hikari-chan, saya  sanggup  buat  apa  sahaja  demi  awak,” luah  Shiro  lagi.
            “ Saya  tak  nak  Shiro-san  masuk  agama  saya  sebab  saya. Ia  tidak  mudah  seperi  yang  Shiro-san  sangkakan. Saya  tak  nak  macam  tu. Maafkan  saya, Shiro-san,” tolak  Hikari  sambil  berlalu  keluar  dari  bilik  Shiro.


DUA  minggu  selepas  luahan  hati  Shiro, Hikari  tidak  lagi  melihat  kelibat  Shiro-san. Apabila  ditanya  dengan  Yamamoto-san, dia  dimaklumkan  Shiro  bercuti  selama  sebulan. Namun  dia  tahu, Shiro  ingin  menjauhkan  dirinya  daripada  Hikari. Hikari  berjalan  melepasi  bilik  Shiro. Hatinya  menjadi  sebak. Di  sinilah tempat  Shiro  menluahkan  rasa  hatinya  kepada  Hikari.
            “ Shiro-san, maafkan  saya. Bukan  saya  tak  sukakan  Shiro-san  tetapi  agama  kita  berlainan. Saya  tak  nak  Shiro-san  masuk  agama  saya  hanya  kerana  cinta  semata-mata. Saya  tak  mampu.” Dia  berbisik  seorang  diri.
            “ Anata wa, Shirō-san no heya no mae de nani o shite iru no? ( Apa  yang  awak  buat  depan  bilik  Shiro-san  ini?),” soal  salah  seorang  pekerja  yang  kebetulan  lalu  di  hadapan  bilik  Shiro.
            “ Nani mo nai,” ucapnya  sepatah. Dia  terus  berlalu  pergi  dari  bilik  itu.
            “ Matte kudasai. Yamamoto-san wa anata o motomete iru. Kare wa ima, kare no heya de anata to ohanashi shitai to omoimasu.(Tunggu. Yamamoto-san  nak  berjumpa  dengan  awak. Dia  mahu  bercakap  dengan  awak  sekarang  dalam  biliknya.),” ucap  pekerja  itu.
            “ Arigatō. ( Terima  kasih ).” Dia segera  ke  bilik  Yamamoto-san. Bukan  selalu  dia  berjumpa  dengan  Yamamoto-san  sekiranya  tidak  ada  sesuatu  yang  penting.
            Dia  mengetuk  bilik  Yamamoto-san. Apabila  arahan  masuk  diterima, barulah  dia  masuk. Yamamoto-san  mengarahkan  untuk  duduk. Dia  duduk.
            “ Watashi wa anata to issho ni ano, Hikari o motte imasu.( Saya  ada  sesuatu  nak  beritahu  awak, Hikari.),” ujar  Yamamoto-san.
            “ Nani  sore, Yamamoto-san? ( Ada  apa, Yamamoto-san?),” soal  Hikari.
            “ Tōsha wa, marēshia de no shiten o kaisetsu shite imasu. Node, wareware wa anata ga soko ni shigoto o shitai. Anata wa sore ni tekishita kōhodearu.( Syarikat  kita  telah  membuka  satu  cawagan  di  Malaysia. Jadi, kami  nak  awak  bekerja  di  sana. Awak  adalah  calon  yang  paling  sesuai.),” ucap  Yamamoto-san.
            “ Sō, Shirō-san wa kore ni dōi?( Jadi, Shiro-san  setuju  dengan  keputusan  nie?),” soal  Hikari.
               “ Kare wa anatagata o teian shita. ( Dia  yang  cadangkan  awak.),” ujar  Yamamoto-san.
               “ Ka rikai.( Saya  faham.),” ujar  Hikari.
               Jadi, Shiro  tidak  mahu  lagi  melihat  dia  di  sini. Dia  juga  tidak  kuat  untuk  berada  di  sini. Dia  takut  untuk  berjumpa  dengan  Shiro  lagi.
              



SETAHUN  KEMUDIAN

HIKARI  berdiri  di  depan  pintu  pagar  rumah  itu. Kelihatan  rumah  itu  sunyi. Bagaikan  tiada  penghuni. Dia  menjenguk  sana  dan  sini. Dia  berasa  pelik. Tak  akan tak  ada  orang  kot? Dah  pindah  ke? Tapi  tak  ada  orang  bagitahu  yang  dorang  nie  dah  berpindah.
               “ Woi, siapa  kau, hah? Terjenguk-jenguk  depan  rumah  aku  nie?” soal  satu  suara.
               Hikari  berpaling. Dia  tersenyum. Memang  dia  tidak  salah  rumahlah. Dorang  tinggal  di  sini  lagi  rupanya.
               “ Kau  nie  sape, hah? Pencuri  ye?” soal  suara  itu  lagi. “ Wait, I  know  you. Balqis, right?”
               “ Kau  ingat  aku  lagi  ye, Sarah,” ucapnya.
               “ Siapa  cakap  aku  akan  lupakan  aku  punya  rival. So  apa   yang  kau  buat  depan  rumah  aku  nie?” soal  Sarah.
               “ Aku  ada  kerja  sikit  kat  sini. So, kerja  aku  dah  habis. Aku  ingat  nak  melawat  Mak  Teh  kejap. Dia  ada?” soal  Hikari.
               “ Melawat?”
               “ Sarah, siapa  perempuan  nie?” soal  lelaki  yang  baru  sampai  di  sebelah  Sarah.
               “ Oh, hai. Saya  Nur  Balqis. Sepupu  Sarah  nie,” ucap  Hikari  memperkenalkan  dirinya.
               “ Saya  Rizal. Tunang  Sarah.  Sepupu  Sarah? Saya  tak  pernah  nampak  pun  awak  nie,” ujar  Rizal  ramah.
               “ Saya  baru  balik  Malaysia  setahun  lepas. Mungkin  sebab  tu  awak  tak  pernah  berjumpa  dengan  saya,” ujar  Hikari.
               “ Balik  Malaysia? Maksud  awak?” soal  Rizal.
               “ Sebelum  nie, saya  tinggal  di  Jepun. Kerja  di  sana,” terang  Hikari.
               “ Bell, kamu  ke  tu?” soal  seseorang  dari belakang. Hikari  kenal  dengan  suara  itu.
               “ Mak  Teh.” Dia  berlari  meluru  ke arah  wanita  itu.
               “ Kenapa  tak  beritahu  nak  datang? Kalau  tak  mesti  Mak  Teh  masak  sedap-sedap,” ujar  Mak  Teh
               “ Kalau  macam  tu, biar  Bell  tidur  kat  sini  ar  semalaman, bolehkan  Mak  Teh?” soal  Hikari  dengan  manjanya.
               “ Mestilah  boleh.” Mak Teh  tersenyum.
               “ Mak  Teh memang  the  best.” Hikari  mengangkat  ibu  jarinya.
               “ Wait. Aku  tak  benarkan  kau  tidur  kat  sini. Mama, Sarah  tak  benarkan,” sampuk  Sarah.
               “ Sarah, kamu  jangan  nak  buat  perangai. Nie  rumah  mama. Suka  hatilah  mama  benarkan  siapa  yang  nak  tidur  di  sini, faham.” Mak  Teh  bersuara  tegas.
               Sarah  mendengus. Dia  memang  tidak  sukakan  Hikari  sejak  dulu  lagi. Budak  perempuan  itu  suka  merampas  segala  kepunyaan  dirinya. Dia  tidak  akan  maafkan  Hikari.
               Malam  itu, Hikari  berbual  sakan  dengan  Mak  Teh. Bukan  selalu  dia  dapat  peluang  sebegini. Macam-macam  topik  mereka  berbual.
               “ Kamu  nie  bila  nak  kahwin?” Soalan  itu  membuatkan  Hikari  terdiam.
               “ Muka  kamu  nie  dah  macam  orang  putus  cinta  je. Kamu  pernah  bercinta  ye?” soal  Mak  Teh  dengan  nada  mengusik.
               “ Mana ada, Mak  Teh. Siapalah  nak  kat  saya  nie,” ujar  Hikari.
               “ Tak  kan  tak  ada  kot. Masa  kamu  kerja kat  Jepun  tu, mesti  ada  yang  melekat  sorang.” Kata-kata  Mak  Teh  menyebabkan  Hikari  kaku  seketika.
               “ Ada  tu  ada, Mak  Teh. Tapi  dia  tu  kristian.     Tak  akan  saya  nak  kahwin  dengan  dia  pula,” ujar  Hikari  dengan  nada  sayu.
               “ Dia  boleh  masuk  Islam  kan,” ujar  Mak  Teh.
               “ Memang  ar  Mak  Teh  tapi  saya  tak  nak  dia  masuk  Islam  sebab  cinta. Perkahwinan  macam  tu  tak  kekal  lama. Saya  takut  bila  cinta  tu  hilang, dia  akan  kembali  ke  agama  dia  semula. Saya  nie  bukannya  kuat  agama  sangat. Mak  Teh  pun  tahu. Saya  takut  saya  tak  mampu  nak  bimbing  dia  untuk  kekal  dalam  agama  Islam  nie.” Hikari  berterus  terang.
               Mak  Teh  tersenyum. Dia  tahu  tentang  itu. Jika  dia  di  tempat  Hikari  pun, dia  akan  melakukan  perkara  yang  sama.
               “ Bell, jangan  risau. Tentu  ada  jodoh  Bell  satu  hari  nanti   adalah  jodoh  Bell  tu. Nie  dah  bagitahu  emak  Bell  yang  Bell  tidur  kat  sini?’ soal  Bell.
               “ Saya  memang  dah  bagitahu  awal-awal  dah  Mak  Teh. Memang  bercadang  nak  tidur  sini  pun. Lagipun  mak  tak  kisah  asalkan  Bell  tak  buat  yang  bukan-bukan,” ujar  Hikari.
               Kedengaran  ada  orang  yang  memberi  salam  di  hadapan  rumahnya. Bell  bangun  untuk  melihat  siapa  yang  datang. Sarah  juga  bangun  bangun  daripada  menonton  televisyen. Kerana  dia  tahu  yang  malam-malam  begini  tentu  tunangnya  datang  berjumpa  dengannya. Namun  dia  tergaman  di  hadapan  pintu. Bukan  tunang  kesayangannya  yang  berdiri  di  hadapan  pintu  itu.
               “ Who  are  you  and  what  do  you  want  here?” Dia  sengaja  bercakap  dalam  bahasa  Inggeris  kerana  dia  tidak  pasti  apa  bangsa  lelaki  yang  berdiri  itu.
               “ I  want  to  see  Hikari. Isn’t  she  here?” soal  lelaki  itu.
               Hikari? Siapa  pulak  itu? Lelaki  ini  sudah  salah  rumah. Belum  sempat  dia  bersuara, suara  sepupunya  itu  kedengaran.
               “ Shiro-san, naze  anata  kokoroni?” ( Shiro-san, kenapa  awak  ada  di  sini?) Hikari  bersuara  dengan  nada  hairan. Mestilah  dia  hairan. Sudah  lama  lelaki  itu  menghilang  daripada  muncul  di  hadapannya.
               “ Assalamualaikum, Hikari-chan. Apa  khabar?” soal  Shiro  sambil  tersenyum  manis.
               “ Oh, khabar  baik. Wait, tadi  awak  ada  beri  salam  ye?” Bertambah  terkejut  Hikari  mendengarnya.
               Shiro-san  tidak  menjawab. Dia  tersenyum  manis  lagi. Hikari  seperti  terpukau. Sudah  lama  matanya  tidak  menatap  senyuman  manis  yang  terukir  di  bibir  lelaki  itu. Mereka  berpandangan  antara  satu  sama  lain. Lama  juga  sehingga  Sarah  berdehem.
               “ Bell, Sarah, siapa  yang  datang  tu? Ajaklah  masuk,” laung  Mak  Teh.
               “ Lupa  pulak. Shiro-san, masuklah,” ajak  Hikari.
               Hikari  mengajak  Shiro  masuk. Sarah  juga  mengikuti  langkah  mereka  berdua  ke  ruang  tamu. Mak  Teh  terkejut  melihat  tetamunya  itu.
               “ Nie  sapa, Bell?” soal  Mak  Teh.
               “ Nie  bos  Bell  dulu  masa  di  Jepun. Namanya  Adachi  Shiro,” ujar  Hikari.
               “ Itu  nama saya  yang  dulu. Sekarang  nie, Muhammad  Isyraf  Shiro  Abdullah. Panggil  saya  Isyraf, mak cik,” sampuk  Shiro  pula.
               “ Fasih  kamu  berbahasa  Melayu  ye, Isyraf. Mak  cik  baru  ingat  nak  bercakap  orang  putih,” gurau  Mak  Teh.
               “ Dulu  saya  pernah  tinggal  di  Malaysia  masa  kecil  dulu  masa  ayah  saya  jadi  pegawai  kedutaan  di  sini. Lepas  5  tahun, kami  pindah  balik  ke  Jepun. Masa  Hikari  kerja  dengan  saya, saya  berlatih  balik  bercakap  bahasa  Melayu,” sambung  Shiro  lagi.
               “ Hikari?” Sarah  bersuara.
               “ Saya  panggil  dia  Hikari. Sebab  Hikari  dalam  bahasa  Jepun  bermaksud  Nur,” terang  Shiro.
               “ Apa  tujuan  Shiro-san  datang  ke  sini?” soal  Hikari  direct. Dia  memang  suka  berterus-terang.
               “ Saya  nak  ajak  awak  keluar  sekejap, boleh?” soal  Shiro.
               “ Hah, malam  nie?” soal  Hikari  balik.
               “ Kalau  boleh, malam  nielah. Ini  hal  penting.”
               Hikari  memandang  Mak  Teh. Mak  Teh  hanya  tersenyum  mengangguk. Tentu  Mak  Teh  sudah  dapat  mengagak  yang  identiti  lelaki  Jepun  itu.
               “ Cotto  matte  kudasai.( Tunggu  sekejap  ye.) Saya  ambik  beg  tangan,” ujar  Hikari.   


MEREKA  berdua  berdiam  diri  daripada  berada  di  dalam  kereta  sehinggalah  mereka  duduk  di  sebuah  restoran. Mestilah. Sudah  lama  tidak  berjumpa. Tidak  tahu  bagaimana  hendah  mula  perbualan  antara  mereka  berdua. Sehinggalah  makanan  yang  dipesan  sampai, mereka  makan  dengan  senyap. Hikari  sekali  lagi  terkejut  dengan  bacaan  doa  yang  dibaca  oleh  Shiro. Selepas  makan, barulah  mereka  bermula  untuk  bercakap.
               “ Hikari-chan, apa  khabar?” soal  Shiro.
               “ Baik, kan  awak  dah  tanya  tadi. Awak  pula, ogen  kidesu  ka?”( apa  khabar) Giliran  Hikari  bertanya.
               “ Haigenkidesu.( Khabar  baik.) Awak  makin  cantik, Hikari-chan,” puji  Shiro.
               “ Terima  kasih. Shiro-san  pun  makin  kacak,” puji  Hikari  pula. “ Apa  sebenarnya  yang  Shiro-san  nak  berbincang  dengan  saya?”
               “ Saya  nak  lamar  awak  buat  kali  kedua.” Kata-kata  itu  menyebabkan  Hikari  tersentak.
               “ Shiro-san, saya  tak  suka  lawak  nie. Jangan  cakap  benda  mengarut  macam  ini.” Suara  Hikari  bergetar  sedikit. Memang  dia  tidak  suka  perkara  ini  dibincangkan.
               “ Hikari-chan, awak  sudah  tidak  boleh  menolak  lagi. Alasan  yang  awak  gunakan  dulu  sudah  tidak  boleh  diterima. Awak  sudah  tidak  ada  alasan  untuk  menolak  saya. Terimalah  saya.” Shiro  tersenyum  manis  lagi.
               “ Dah  berapa  lama  Shiro-san  memeluk  agama  Islam?” soal  Hikari.
               “ Lepas  Hikari-chan  tolak  lamaran  saya, saya  ke  Malaysia. Niat  nak  tenangkan  fikiran. Rasa  macam  tak  guna  je  diri  ini  sebab  tak  berjaya  nak  curi  hati  gadis  yang  saya  nak. Tiba-tiba  saya  terdengar  suara  azan. Masa  itu  hati  saya  benar-benar  tersentuh. Saya  tercari-cari  sumber  suara  azan  itu. Saya  berjumpa  dengan  Pak  Saufi. Dengan  dia, saya  belajar  tentang  agama  Islam  nie. Lepas  saya  benar-benar  faham  tentang  agama  Islam  nie, saya  pun  peluk  agama  Islam.” Panjang  lebar  Shiro  bercerita  bagaimana  dia  memeluk  agama  Islam.
               “ Alhamdulillah, taniah  sebab  sudah  jadi  saudara  seagama  saya. Semoga  Shiro-san  dirahmati  Allah  S.W.T,” ujar  Hikari.
               “ Dan  tak  lama  lagi  akan  jadi  suami  awak,” ujar  Shiro.
               “ Saya  tak  terima  lagi  lamaran  Shiro-san,” ucap  Hikari  pantas.
               “ Awak  dah  jadi  tunang  saya. Cuba  call  mak  awak, tanya  dia.”
               Hikari  tersentak. Apa  maksud  dia  berkata  sebegitu? Dia  pantas  mengeluarkan  telefon  bimbitnya  dan  menelefon  emaknya  di  Terengganu.
               “ Assalamualaikum, mak. Ada  apa-apa  cerita  yang  patut  mak  bagitau  Bell?” soal  Hikari.
               “Waalaikumussalam. Mak  lupalah. Semalam  ada  yang  meminang  Bell. Hari  tu, Bell  ada  cakap  kalau  ada  yang  meminang  terima je. Mak  pun  terima  jelah. Jangan  bimbang. Bell  mesti  suka  dia  punya. Dia  baik, sopan-santun  dan  kacak. Sejuk  hati  mak  menengoknya.” Wah, mak  dah  puji  macam-macam. “ Kenapa  pulak  nie? Jangan  cakap  kat  mak  yang  Bell  tak  nak. Dia  cari  Bell  ye. Mak  ada  cakap  yang  Bell  ada  di  Johor  kat  rumah  Mak  Teh.”
               “ Kalau  macam  tu, tak  apalah  mak. Mak  jangan  risau. Saya  tak  akan  malukan  mak.”
               “ Hikari-chan, awak  macam  tak  suka  je  saya  nak  kahwin  dengan  awak.” Suara  Shiro  berubah  menjadi  suram.
               “ Macam  yang  Shiro-san  cakapkan, dulu  saya tolak  Shiro-san  sebab  agama  tapi  sekarang  tak  sudah  tidak  ada alasan  nak  tolak  Shiro-san,” ujar  Hikari  dengan  nada  perlahan  dan  mukanya  menunduk  namun  masih  boleh  didengari  oleh  Shiro  lagi.
               “ Hah, betul  nie? Awak  setujulah  nak  kahwin  dengan  saya?” soal  Shiro  dengan  nada  gembira.
               Hikari  tidak  memandang  ke  arah  Shiro  yang  kelihatan  gembira  itu. Dia  memandang  ke  jalan. Hish, lelaki  ini  sengaja  nak  malukan  aku.
               “ Terima  kasih  Hikari-chan. Saya  berjanji  saya  tak  akan  siakan  awak. Watashi  wa  anata  o  aishite.( saya  cintakan  awak.)” Shiro  tersenyum.
               “ Watashi  wa  sudeni  anata  o  aishiteimasu.( Saya  pun  cintakan  awak.)” balas  Hikari.
           
Kareshi- boyfriend

No comments:

Post a Comment