Sunday, September 16, 2012

Cinta Casanova




AYUMI  NATALIE
BOSAN-bosan…Kenapa  bosan  sangat  nie? Mana  customer? Datanglah  customer  oit. Biarlah  gaji  aku  tinggi  sikit  bulan  nie. Marilah. Aku  berdoa  dalam  hati. Aku  berjalan  keluar  dari  butik  itu. Bukan  aku  tak  tahu  yang  tengah-tengah  bulan  macam  nie, manalah  orang  nak  shopping  sangat. Poket  pun pokai. Lainlah  kalau  orang  kaya, dato’, menteri, tak  kira  masa  shopping.
            Shopping  mall  itu  nampak  kosong. Aku  mengeluh  lagi. Dua  bulan  lagi  nak  start  semester  baru. Masih  ada  masa  nak  kumpul  duit. Nak   bayar  sewa  rumah, bil  air, bil  elektrik, kalau  tak  kumpul  duit  dari  sekarang  masak  kepala  aku  nanti.
            Kan  best  kalau  aku  boleh  berkahwin  dengan  orang  kaya  nanti. Berangan  nak  mampuslah  aku  nie. Siapalah  yang  nak  kat  aku  yang  macam  nie? Tapi  memang  best  kalau  angan-angan  aku  nie  jadi  kenyataan. Aku  tak  payah  kerja  kuat-kuat. Duduk  kat  rumah  besar, goyang  kaki. Nak  sesuatu, arah  orang  je. Senangnya  hidup  macam  itu. Hahaha, sekarang  pun  aku  boleh  buat. Tak  payah  tunggu  kahwin  dengan  anak  orang  kaya. Cuma  hidup  macam  tu  tak  ada  thiller.
            “ Ayumi, ada  customer  nak  suruh  kau  layan  dia. Pergilah, dia  ada  kat  sana.”
            Hish, ada  aje  yang  nak  menganggu  time  aku  tengah  berangan  nie. Hei, Ayumi. Dia  customer  kau. Tadi  kau  jugak  yang  minta. Sekarang  tuhan  dah  bagi,  merungut  pulak  kerjanya. Aku  berjalan  ke  arah  customer  yang  ditunjukkan  tadi. Makin  dekat, makin  handsome  mamat  nie. Senyum, senyum  Ayumi. Mungkin  dia  terpikat  dengan  aku. Sebab  itulah  dia  nak  aku  yang  layan  dia.
            “ Ye, encik, nak  beli  baju  macam  mana?” soalku  dengan  senyuman  manis.
            “ Saya  nak  beli  jubah  untuk  mama  saya,” ucap  lelaki  itu.
            “ Jubah, ye? Jubah  yang  pattern  macam  mana? Sekarang  nie, butik  kami  ada  banyak  pattern  yang  cantik-cantik, ada  yang  macam  stail  indo, banyak  manik, yang  simple, yang  kembang  di  bawah  pun  ada. Encik  nak  yang  macam  mana?” soalku  lagi  dengan  panjang  lebar.
            “ Erk..hmm.. Apa  pattern  yang  sesuai  untuk  orang  yang  dah  berusia  50  tahun?” soal  lelaki  itu  sedikit  gugup.
            “ Biasanya, orang  tua  nie  suka  yang  simple-simple je  tapi  nampak  cantik. Kalaulah  orang  tua  itu  kaya, dia  nak  nampak  lebih  up-to-date. So  mama  encik  yang  macam  mana?”
            “ Yang  up-to-date,” jawab  lelaki  itu  ringkas  dan  pantas.
            Oh, anak  orang  kaya  rupanya. Nampak  gaya  pun  memang  macam  anak  orang  kaya  pun. Handsome. Sabar, Ayumi. Jangan  buat  perangai  kartun  kau  kat  sini. Kau  tengah  kerja. Aku  pun  menunjukkan  beberapa  pattern  yang  cantik-cantik  untuk  lelaki  handsome  itu. Lepas  itu, lelaki  handsome  itu  membeli  tiga  helai  jubah. Nah, kau! Rezeki  masuk. Kalau  tak  ada  tu, tak  ada  betul-betul. Kalau  ada, banyak  terus  sukanya  aku.
            “ Terima  kasih, cik. Nama  saya  Akiff  Hakimi. Cik?” Sempat  lagi  berkenalan.
            “ Sama-sama, Encik  Akiff. Panggil  saya  Ayumi  je.” Aku  pun  bagitaulah  nama  aku. Bukan  kena  bayar  pun. Buat  tambah  kenalan  je.
            “ Bye.”

AKIFF HAKIMI
            “ JOM  kita  main  bet. Dah  lama  tak  main. Main  macam  biasa  ar. Kali  nie, Akiff  jadi  pemain  utama. Nampak  perempuan  kat  butik  yang  tengah  termenung, yang  pakai  tudung  itu. Dia  jadi  mangsa  kita  kali  nie. Pikat  dia  dalam  masa  2  bulan  nie. Yang  kali  nie, kita  main  RM5000.” Kata-kata  itu  membuatku  tercabar. Aku  bukan  nak  sangat  dengan  RM5000  itu. Aku  pun  ada  duit  sebanyak  itu. Aku  cuma  tak  nak  gelaran  yang  aku  sandang  sebagai  Casanova  dilucut  sama  sekali.
            Aku  masuk  butik  itu. Orang  lain  yang  datang  layan  pulak. Aku  nak dia  yang  layan. Perempuan  itu  datang  dengan  senyuman  manis. Cantik  jugak  minah  nie  kalau  tengok  dari  dekat. Hahaha, cantik  pun  tak  guna  jugak  kalau  setakat  kerja  macam  nie.
            Dekat  setengah  jam, aku  berada  di  dalam  butik  itu  membeli  jubah. Entah-entah  mama  aku  tak  pakai. Ah, tak  kisahlah. Janji  aku  dapat  sikit  info  tentang  perempuan  itu. Namanya  Ayumi. Ayumi  je  ke? Nak  je  aku  tanya  macam  itu  tapi  aku  sabar. Hati  itu  akan  jadi  milik  aku  jugak. Kesian  dengan  kau, Ayumi. Terpaksa  jadi  mangsa  untuk  bet  kitaorang  kali  nie.

AYUMI  NATALIE
“ AYUMI, nie  ada  bungkusan  untuk  kau,” ujar  Hanatul, teman  sekerjaku  sambil  menghulurkan  bungkusan  itu.
            Aku  memandang  dengan  penuh  kehairanan. Siapa  pula  yang  tiba-tiba  buat  gila  hantar  hadiah  kat  aku  nie? Nak  cakap  birthday  aku  pun  tak. Birthday  aku  bulan  9  nanti. Ini  baru  bulan  6. Nak  cakap  April  Fool  pun  bukan. Pelik  bin  ajaib.
            Teman-temanku  nampak  excited  semacam  tengok  aku  dapat  hadiah. Aku  perlahan-lahan  membuka  bungkusan  itu. Takut  jugak  aku. Mana  tak  takut  ada  bom  atau  ular  dalam  bungkusan  hadiah  itu. Buka-buka  tengok  ada  teddy  bear  dalam  itu. Aku  tak  ambil  terus.
            Aku  menekan  perut, kepala. Nak  kata  semua  bahagian  aku  tekan. Kita  kena  berhati-hati  kalau  dapat  hadiah  macam  ini. Kita  kena  check  betul-betul  takut  terasa  benda  keras  kat  dalam  teddy  bear  itu.
            Selepas  aku  pasti  tak  ada  apa-apa  dalam  teddy  bear  itu, aku  pantas  ambil  dan  terus  peluk. Aku  nie  memang  jenis  yang  minat  dengan  teddy  bear.  Nak  beli  sendiri, memang  taklah. Mahal  siot  satu-satu  teddy  bear. Bukan  murah. Mahu  RM50  ke  atas. Nasib  baik  ada  orang  yang  baik  hati  nak  bagi  kat  aku.
            “ Ayumi, ada  kad.” Tunjuk  teman  sekerjaku.
            ‘ Salam  perkenalan  kuhulurkan.’
            Aku  keliru  melihat  kad. Aku  belek  lagi  kad  itu. Tiada  nama  yang  ditulis  hanya  sepotong  ayat  itu. Siapa-siapa  pun  orangnya, aku  ucapkan  terima  kasih. Aku  dah  ada  secret  admirer. Hahaha. Lawak-lawak. Aku  tersengih-sengih. Cantik  jugak  aku  nie  sampai  ada  orang  yang  nak  hantar  hadiah  kat  aku. Tentu  orang  itu  pemalu  orangnya. Tak  berani  nak  berkenalan  secara  depan-depan  dengan  aku.
            Keesokkan  pula, ada  bungkusan  hadiah  lagi  tapi  hadiah  lain  pula. Strap  handphone. Ada  tanda  nama  AYUMI  lagi. Aku  suka. Buka-buka  terus  gantung  kat  handphone  aku. Teman-temanku  hanya  menggeleng  kepala  sahaja  melihat  telatahku. Memang  mereka  suka  tahu  tentang  perangai  aku  yang  gila-gila  nie.
            Lepas  itu, ada  coklat  pun. Orang  yang  hantar  hadiah  kat  aku  nie  mesti  anak  orang  kaya. Coklat  mahal. Cadburry  tu  pun  dah  mahal. Nie  jenis  yang  lagi  mahal. Saya  pun  kongsi  dengan  teman-temanku.
            Hari  lain  pula, dia  bagi  bunga  ros  merah. 3  kuntum  pulak  itu. Bunga  ros  segar  mewangi. 3 kuntum ada  maksud  tersembunyi  itu. I  LOVE  YOU. Kat  bunga  ada  kad  terselit. Aku  ambil  dan  baca.
            ‘ Dari  Akiff   Hakimi.’
            Melihat  nama  yang  tertulis  itu  membuatkan  aku  tersenyum  manis. Aku  masih  ingat  akan  lelaki  handsome  tempoh  hari  membeli  jubah  untuk  mamanya. Aku  langsung   tidak  mengagak  dialah  secret  admirer  aku. Seminggu  itu, macam-macam  hadiah  yang  aku  dapat. Lelaki  itu  tidak  pernah  memunculkan  diri  di  hadapanku. Aku  juga  pernah  tercari-cari  kelibatnya  takut  dia  berada  di  situ  tapi  tak  ada  pulak. Lelaki  itu  hanya  hantar  hadiah  aje.

AKIFF  HAKIMI
AKU  tersenyum  melihat  teknik  memikat  Ayumi  itu  menjadi. Aku  dapat  tengok  wajah  Ayumi  yang  gembira  memeluk  teddy  bear  yang  aku  hadiahkan  kepadanya. Alah  bukan  mahal  sangat  pun. Murah  je  teddy  bear  itu. Mesti  gadis  itu  jenis  hati  yang  masih  suci   tak  ada  orang  masuk  lagi. Aku  akan  jadi  perasminya. Cukup  seminggu, aku  akan  munculkan  diri  depan  dia.
            Aku  berjalan  masuk  ke  butik  itu. Kelihatan  gadis  itu  sedang  bergelak  ketawa  dengan  temannya. Dia  memerhati  gadis  itu  dengan  penuh  minat.  Memang  gadis  itu  cantik  apabila  diperhatikan  dengan betul. Walaupun  gadis  itu  bertudung, nampak  manis  saja.  Apalah  aku  nie. Gadis  itu  cuma  permainan. Jangan  nak  ada  unsur-unsur  lain  pula.
            Aku  tersenyum  manis  apabila  melihat  gadis  itu  sudah  menyedari  kehadiranku. Dia  kemudiannya  mendekatiku  dengan  senyuman  yang  tidak  lekang  di  bibir  mungkilnya.
            “ Assalamualaikum, Akiff. Thank  atas  hadiah  yang  awak  bagi  itu. Saya  suka. Awak  macam  tahu-tahu  je  apa  yang  saya  suka,” tegur  Ayumi.
            Aku  tersengih  apabila  mendengar  bicara  dari  Ayumi. Benda-benda  macam  itu  basic  je. Ada  kat  hujung  jari  aku  nie  je. Setakat  benda-benda  macam  itu  memang  tak  jadi  masalah. Kalau  tak  tahu  apa  yang  perempuan  biasa  suka, tak  boleh  dipanggil Casanova.
            “ Tapi  kenapa  awak  bagi  saya  semua  hadiah  hadiah itu?” soal  Ayumi.
            “ Saya  nak  berkenalan  dengan  awak. Tak  salahkan?” soalku  kembali.
            “ Memanglah  tak  salah. Tak  payah  susah-susah  pun. Datang  je. Tak  payah  pakai  hadiah-hadiah  bagai. Membazir  tau,” ujar  Ayumi.
            Eleh  perempuan. Kat  mulut  cakap  membazir, kat  hati  cakap  bagilah  lagi. Macam  aku  tak  tahu. Tropical  perempuan. Memang  tak  pernah  nak  lari.
            “ Hujung  minggu  nie  kita  keluar, boleh?” Aku  soal  direct. Malas  nak  mengayat. Nampak  macam  perempuan  nie  pun  macam  dah  masuk  perangkap  aku  je.
            “ Sorrylah, saya  kerja,” tolak  Ayumi.
            “ Tak  boleh  mohon  cuti  ke?”
            “ Erk..nantilah. Saya  kena  tanya  bos  saya  dulu. Kalau  cukup  orang  minggu  nie, bolehlah  tapi  kalau  tak  cukup, saya  kena  kerjalah.”
            “ Awak  tanyalah  ye.” Buat-buat  merayu  sikit. Mungkin  dia  boleh  cair  dengan  muka  puppy  aku  nie.
            “ Okey  tapi  saya  tak  janji  tau. Kalau  boleh, bolehlah. Kalau  tak, saya  minta  maaf  banyak-banyak.
            Susah  jugak  nak  pikat  perempuan  nie. Jual  mahal  pulak. Ingat  dah  masuk  perangkap  aku  tapi  liat  jugak. Tak  apalah. Aku  suka  jugak  perempuan  nie  jual  mahal. Nampak  mencabar  sikit. Taklah  boring  sangat.



AYUMI  NATALIE
YA ALLAH, dia  ajak  aku  keluar. Nasib  baik  aku  tak  melompat  kat  sini  jugak. Kena  berlakon  sikit. Tak  boleh  setuju  masa  jugak. Kena  buat-buat  jual  mahal  sikit. Sebenarnya  memang  aku  free  weekend  nie. Saja  nak  uji  dia.
            “ Eh, tengok  si Ayumi. Dah  mula  perangai  dia  tu. Baru  jumpa  secret  admirer  dia,” sound  Hanatul.
            Aku  buat  tak  layan  je. Dia  jelous  ar  tu. Bukan  aku  tak  tahu. Hahaha..

AYUMI  NATALIE  DAN  AKIFF  HAKIMI
Ayumi  bergelak  ketawa  apabila  mendengar  lawak  Akiff. Sudah  sebulan  Ayumi  menjadi  teman  wanita  Akiff. Setiap  hari  di  tempat  kerja  Ayumi, akan  ada  seorang  budak  membawa  tiga  kuntum  bunga  lili. Itu  pun  setelah  mereka  berbual  dengan  bunga  kegemaran  Ayumi.
            Akiff  pun  semakin  tersenyum  tatkala  melihat  Ayumi  semakin  mencintai  dirinya. Ada  masa  2  minggu  lagi  pertaruhan  itu  akan  berakhir  akan  tetapi  hatinya  telah  terdetik  perasaan  lain  macam. Dia  tidak  memikirkan  sangat. Dia  menganggap  itu  cuma  mainan  perasaan  sahaja.
            Ayumi  berasa  bahagia. Akiff  seorang  lelaki  yang  amat  romantis. Memahami  dirinya. Namun  bagaimanapun, dia  tidak  menyerah  sepenuh  hatinya  kepada  Akiff. Orang  kata  kalau  bercinta, jangan  menyerahkan  sepenuh  hati  kita  kepada  orang  yang  kita  dicintai. Oleh  kerana  itu, dia  tidak  bercerita  sepenuh  tentang  latar  belakangnya. Akiff  hanya  mengenalinya  sebagai  seorang  sales  girl  di  sebuah  butik.
            Pada  suatu  hari, Ayumi  dijemput  oleh  Akiff  ke  satu  majlis. Pada  mulanya, Ayumi  tidak  mahu  hadir  kerana  berasa  dia  tidak  bersedia  lagi  untuk  berjumpa  keluarga  Akiff. Dia  berasa  dia  tidak  bersedia  kerana  Akiff  belum kenal  sepenuhnya  siapa  dirinya  yang  sebenarnya. Namun  apabila  Akiff  majlis  itu  bukan  majlis  keluarganya  tetapi  teman-teman  rapat  sahaja, dia  membuat  keputusan  untuk  mengikut  Akiff.
            “ Cantik  teman  wanita  kau, Akiff. Pandai  juga  dia  bergaya,” puji  teman  Akiff, Zainal  dengan  senyuman  sinis.
            Ayumi  tidak  faham  akan  senyuman  sinis  itu. Dia  berpandangan  dengan  Akiff  lalu  tersenyum  manis. Sebenarnya  teman  sekerjanya  yang  menyuruhnya  bergaya. Siap  tawar  diri  untuk  bersolekkan  Ayumi  lagi. Namun  baju  yang  dipakainya  Akiff  yang  hadiahkan. Gaun  malam  berwarna  maroon  yang  labuh.
            Akiff  juga  sebenarnya  terkedu  dengan  kecantikkan  Ayumi  pada malam  itu. Tidak  sangka  Ayumi  sanggup  bersolek  deminya. Biasanya  Ayumi  tampil  tanpa mekap  apabila  keluar  bersama. Dia  tersenyum  bangga  kerana  mampu  memiliki  hati  perempuan  bernama  Ayumi  Natalie.
            “ Okey, sekarang  kita  akan  ke  acara  kemuncaknya. Dijemput  Akiff  Hakimi  dan  pasangannya, Ayumi  Natalie  naik  ke  pentas,” ujar  juruacara  di  atas  pentas  itu.
            Ayumi  terkedu. Apa  pula  acara  kemuncaknya? Akiff  tidak  memberitahu  apa-apa  tentang  ini. Mungkin  juruacara  tersalah  sebut. Namun  begitu, terasa  lengannya  ditarik  naik  ke  atas  pentas. Acara  apa  pula  nie? Dia  berbicara  dalam  hatinya.
            “ Kenalkan  semua. Inilah  Ayumi  Natalie. Kekasih  aku  yang  baru.” Akiff  memperkenalkan  dirinya.
            What??? Kekasih  baru? Apa  semua  nie?
            “ Secara  rasminya, aku  mengumumkan  aku  menang  pertaruhan nie.” Akiff  ketawa.
            “ Awak, apa  semua  nie?”
            “ Nak  tahu, kau  tu  cuma  perempuan  malang  yang  terpilih  untuk  pertaruhan  kami. Kau  ingat  kau  tu  sesuai  ke  dengan  aku  nie? Bakal  engineer  and  anak  kepada  Tan Sri  Iqram  Hafizi. Kau   tak  layak. Sedar  diri  sikit. Kau  ingat  kau  cantik  sangat  ke? Hahaha.. Perasan  jugak  kau  nie  ye. Aku  boleh  dapat  perempuan  lebih  cantik  dari  kau.”
            Pang!!! Pantas  tangan  Ayumi  naik  muka  tampan  Akiff. Air  matanya  mengalir  perlahan. Dia  langsung  tidak  sangka  Akiff  cuma  mempermainkan  dirinya. Mereka  bertentangan  mata. Kedengaran  rakan-rakan  Akiff  bersorak  gembira. Gembira  kerana  dapat  mengecewakan  hati  seorang  insan  bernama  wanita. Seorang  rakan  Akiff  naik  ke   pentas  dan  menghulurkan  sampul  berisi  RM 5000 kepada  Akiff.
            Akiff  membuka  sampul  tersebut  dan  mengira  duitnya. Cukup. Diambil  seribu  dan  dihulurkan  pada  Ayumi. Ayumi  terkedu. Apa  maksud  semua  nie?
            “ Nah, aku  bagi  kau. Kau  kan  dah  banyak  tolong  aku. Tanpa  kau, aku  tak  akan  menang  betting  nie.”
            Ayumi  memejam  matanya  sebentar. Dia  mengambil  duit  itu. Dia  mengenggam  duit  itu  lalu  melemparkan  ke  muka  Akiff. Semua  terdiam.
            “ Dengar  sini, jantan  tak  guna. Nasib  baik  aku  tak  serahkan  sepenuh  hati  aku  pada  kau. Memang  pada  pandangan  mata  kau, aku  nie  cuma  sale  girl. Kau  tak  kenal  aku  siapa. Aku  tak  hairan  langsung. Anak  Tan  Sri ye? Kau  boleh  bergelak  ketawa  sekarang. Hancurkan  hati  perempuan  yang  kau  kenal. Nanti  bila  kau  miskin, title  anak  Tan  Sri  boleh  tolong  kau  ke? And  bakal  engineer? Kau  cuma  bakal. Bukan  engineer  lagi. Jangan  nak  berlagak  sangatlah. Aku  bersumpah  kau  tak  akan  pernah  rasa  bahagia  selagi  aku  tak  maafkan. Kau  pun  tahu  kalau  kita  mati  nanti, kita  perlu  minta  maaf  pada  orang  yang  kita  buat  salah. Selagi  orang  itu  tak  maafkan  kau, selagi  itu  kau  tak  akan  dapat  masuk  syurga.” Ambil kau, padan  muka  kena  ceramah  sebijik dengan  aku.
            Nah! Ayumi  tersenyum  sinis. Jangan  main-main  dengan  dia  sekarang. Jangan  ingat  aku  akan  menangis  air  mata  darah  kat  sini. Ayumi  mengoyak  gaun  yang  dihadiahkan  Akiff  kepadanya. Semua  tergaman. Nasib  baik  Ayumi  memakai  baju  T-shirt  di  dalam  kerana  gaun  itu  sedikit  jarang. Gaun  itu  dilemparkan  ke  arah  muka  Akiff.
            “ Nah, ambil  balik  gaun  kau  nie.” Ayumi  berkata. Dia  melangkah  turun  dari  pentas  itu.
            Semua  terdiam. Tiada  sesiapa  pun  berani  berkata  selepas  melihat  perangai  Ayumi  itu. Tiba-tiba  Ayumi  berhenti  di  tempat  BBQ. Semua  terkejut  menunggu  tindakan  Ayumi  yang  seterusnya. Ayumi  mengeluarkan  handphonenya. Tali  strap  yang  tergantung  hadiah  dari  Akiff  itu  dilemparkan  ke  dalam  api  tempat  BBQ  itu.
            “ Oh, semua  hadiah  kau  itu  aku  bakarlah  ye. Menyemak  kat  dalam  bilik  aku  yang  dah  sememangnya  sempit  itu. Kau  tak  marahkan? Kau  kan  anak  Tan  Sri, bakal  engineer  lagi. Tentu  hadiah  itu  tak  ada  nilai  pun  untuk  kau.” Sempat  lagi  dia  berpaling  ke  arah  Akiff  yang  sememangnya  tergaman  di  atas  pentas  itu  dan  menyindir  secara  halus. Hatinya  puas.
            “ Lupa  pulak  aku  nak  cakap  satu  benda  lagi. SELAMAT TINGGAL.”

4  TAHUN  KEMUDIAN

AYUMI  NATALIE
“ KENALKAN  Akiff  Hakimi, senior  engineer  di  syarikat  ini. Anda  semua  akan  bekerja  di  bawah  bimbingan  beliau,” ucap  Encik  Hisyam  membuatkan  bulu  romaku  menegak.
            Macam  mana  jantan  tak  guna  itu  je. Harap-harap  aku  salah  dengar. Harap-harap  orang  lain  yang  sama  nama  dengan  jantan  tak  guna  itu. Kepalaku  tegak  memandang  ke  arah  hadapan  bilik  meeting. Masuk  seorang  lelaki  berjalan  dengan  penuh  karisma. Ceh, memang  jantan  tak  guna  itu. Kenapa  nasib  aku  nie  malang  sangat  jumpa  balik  dengan  jantan  tak  guna  itu? Eh, kenapa  nasib  aku  pula  yang  malang. Nasib  dialah  yang  malang  terpaksa  berjumpa  dengan  aku  balik.
            Sebaik  sahaja  Akiff  ingin  memulakan  ucapannya, aku  berdiri  tegak  lalu  melangkah  keluar  dengan  selambanya  dari  bilik  meeting  itu. Semua  mata  yang  berada  di  dalam  bilik  itu  memandang  ke  arahku. Aku  kena  keluar  tenangkan  diri  sekejap. Kalau  tak, tak  pasal-pasal  lebam  muka  jantan  tak  guna  itu. Jangan  ingat  aku  nie  perempuan  sama  yang  boleh  cair  dengan  kau. Ayumi  Natalie  yang  itu  sudah  mati  pada  malam  itu.
            Beberapa  minit  kemudian, aku  masuk  kembali. Jantan  tak  guna  itu  sudah  duduk. Agaknya  time  dia  bercakap  sekejap  je  kot. Ah, apa  aku  kisah. Yang  aku  kisahkan  sekarang  nie, jantan  tak  guna  itu  asyik-asyik  duk  pandang  muka  aku.
            Habis  sahaja  meeting  tersebut, aku  cepat-cepat  cabut  keluar  dari  bilik  meeting  itu. Malas  aku  duk  layan  rakan  wanita  yang  khusyuk  berborak  tentang  kekacakan  jantan  tak  guna  itu. Muka  je  yang  handsome  tapi  hati  jahat  macam  setan, huh. First  day, tak  ada  kerja  yang  penting  lagi. Semua  biasa-biasa  je. Tiba-tiba  kedengaran  interkom  berbunyi.
            “ Masuk  bilik  saya  sekejap.” Suara  jantan  tak  guna  itu  mengarah  aku. Memang  nak  cari  pasal  dengan  aku  agaknya.
            Sampai  di  biliknya, aku  mengetuk  pintu. Kedengaran  arahan  masuk, aku  pun  masuk  berdiri   di  hadapannya. Tengok  pun  dah  tahu, kerjanya  memang  banyak.
            “ Ada  apa  Tuan  Akiff  panggil  saya?” soalku. Aku  memang  malas  nak  berada  lama-lama  dalam  bilik  jantan  tak  guna  itu.
           
AKIFF  HAKIMI
AKU  angkat  muka  pandang  Ayumi. Dia  masih  macam  dulu. Mungkin  nampak  lebih  matang. Lebih  bergaya  dengan  suit  yang  dipakainya. Dah  lama  aku  cari  kau, Ayumi. Akhirnya  jumpa  jugak. memang  aku  terkejut  bila  tengok  dia  tiba-tiba  berdiri  dalam   bilik  meeting  tadi.
            “ Awak, apa  khabar?” soalku  spontan.
            “ Perlu  ke  kau  tahu?” Nah  kau-aku  dia  pakai, confirm  marah  dia  tak  pernah  surut.
            “ Ada  apa  yang  kau  nak? Aku  ada  banyak  kerja  lagi  yang  perlu  aku  selesaikan,” ujar  Ayumi.
            “ Baru  first  day, dah  ada  kerja  ke?” soalku  ingin  melawak.
            “ Sebenarnya  tak  ada  pun. Tapi  aku  lebih  suka  menghadap  kerja  yang  bertimbun  tu  daripada  menghadap  muka  kau.” Nah, kata-kata  belati  yang  tajam  lagi  pedas.
            “ Ayumi, saya  minta  maaf.” Aku  meluahkan  kata-kata  yang  patut  aku  luahkan  4  tahun  lalu.
            “ Dengar  sini, biar  aku  berterus  terang  jelah. Kalau  boleh, right  now  jugak  aku  nak  resign  dari  syarikat  nie  tapi  aku  dah  sain  kontrak  dengan  syarikat  nie. Kalau  aku  resign, masak  aku  kena  bayar. So, tolong  aku  satu  perkara. Jangan  buat  kerja  bodoh  dengan aku. Aku  tak  kisah  kalau  kau  nak  berbincang  dengan  aku  tentang  hal-hal  yang  berkaitan  syarikat  tapi  jangan  bermimpi  nak  berbincang  dengan  aku  tentang  hal  personal, faham.” Dia  tembak  aku  lagi.
            Aku  tahu  hatinya  sudah  menjadi  keras. Sekeras  kerak  nasi. Tengok  penampilan  dan  gaya  bercakap  pun  sudah  tahu. Sudah  menjadi  lebih  tegas. Namun  sekeras-keras  kerak  nasi  akan  menjadi  lembut  juga  jika  kena  dengan  caranya.
            ‘ Maafkan  saya, Ayumi. Sumpahan  awak  menjadi. Saya  tak  pernah  rasa  bahagia  dan  tenang  lepas  saya  buat  awak  macam  tu.’

AYUMI  NATALIE
“ CIK Ayumi, ada  bunga  untuk  awak. Bunga  lili. 3  kuntum  je. So  sweet. Biasanya  kalau  3  kuntum  nie  ada  maksud  tersendiri. I LOVE  YOU,” ujar  penyambut  tetamu  itu.
            Aku  ambil  bunga  itu. Aku  perhati  dengan  muka  serius. Dia  ingat  aku  nie  boleh  dipikat  dengan  cara  yang  sama  macam  dulu. He’s  so  wrong. Jangan  harap. Jangan  harap. Aku  nampak  ada  tong  sampah  berdekatan. Aku  terus  campak  tanpa  rasa  bersalah. Akiff, jangan  ingat  hati  aku  macam  dulu. Penyambut  tetamu  itu  terkejut  dengan  apa  yang  dilihatnya. Kesian  bunga  itu.
            Keesokkannya, aku  dihadiahkan  dengan  teddy  bear  pula. Childish… Apa, dia  ingat  aku  nie  umur  berapa? Budak  kecil?
            “ Wah, Ayumi  dapat  teddy  bear. Comelnya. Nie  kalau  anak  saya  tengok, tentu  dia  merengek  mintakan  saya  beli  untuknya,” tegur  Puan  Anisah, assistant  Akiff.
            “ Oh, yeke? Kalau  macam  tu, Kak  Nisah  ambillah. Bagi  pada  anak  Kak  Nisah. Saya  pun  tak  berapa  suka  dengan  teddy  bear. Mata  diaorang  tu  duk  merenung  saya. Seram  pula  saya  dibuatnya. Menyempak  je. Dahlah  besar  gedabak.” Aku  sengaja  menguatkan  suara  apabila  melihat  Akiff  berada  berdekatan.
            Selang  dua  hari  kemudian, aku  dihadiahkan  dengan  sekeping  coklat  yang  besar. Aku  mengeluh. Lelaki  ini  masih  berusaha  nak  mengurat  aku  balik. Dahlah  dia  mengurat  aku  dengan  cara  yang  sama  masa  dia  mengurat  aku  dulu. Bodoh-bodoh… Aku  pandang  muka  dia  masa  dia  baru  masuk  pejabat.
            “ Korang, nie  ada  coklat. Ambillah  kalau  korang  nak. Aku  tak  berapa  sukakan  coklat  nie. Tuan  Akiff  pun  kalau  nak, ambillah. Ada  orang  yang  baik  hati  beri  saya  coklat.” Aku  menawarkan  coklat  itu  kepada  teman-teman  sekerjaku  dan  pada  dia  juga.
            “ Bestlah, kau  nie  Ayumi. Ada  secret  admirer. Hari-hari  dapat  hadiah. Tentu  orang  kaya. Hari  tu, bunga, teddy  bearlah, sekarang  coklat  mahal  pulak  tu. Memang  romantic  habislah.” Salah  seorang  dari  mereka  bersuara.
            Aku  cuma  tersenyum  sinis. Mereka  semua  tidak  tahu  yang  bos  merekalah  secret  admirer  aku  sebenarnya. Aku  beralih  pandanganku  ke  arah  Akiff. Raut  wajah  lelaki  itu  muram. Ah, do  I  care? Suka  hati  kaulah. Siapa  suruh  kau  membazir. Bukan  aku. Kau  yang  gatal  nak  bagi, so  padan  muka.

AKIFF  HAKIMI
AKU  cuma  boleh  mengurat. Memang  Ayumi  sudah  keras  hati. Macam  mana  aku  nak  pikat  dia  balik? Aku  betul-betul  cintakan  dia. Aku  mengeluh. Pening  kepalanya  memikirkan  perihal  Ayumi.
            “ Mengeluh  kuat  nampak. Ada  masalah  ke?” tegur  kakakku, Aria  Hanisa.
            Aku  memandang  kakakku. Sekali  lagi  mengeluh. Aku  tak  tahu  macam  mana  nak  bagitahu  masalahku  nie. Kalau  aku  bercerita  tentang  kejadian  4  tahun  lalu, tentu  dia  akan  marah  kerana  mempermainkan  hati  perempuan  macam  itu.
            “ Kenapa?” soal  Aria  sepatah.
            “ Macam  mana  nak  pikat  perempuan  yang  hatinya  sudah  terluka?”
            “ Hah?” Aria  terkejut. Dengan  siapa  pula  adiknya  bercinta? “ Kau  nak  pikat  siapa  pula  nie?”
            “ Tak  apalah, Along.”
            “ Suka  hati  kaulah  kalau  kau  tak  nak  cerita  pada  aku. Jom  turun  makan. Malam  nie  kan  ada  dinner  dengan  family  kawan  papa.”
            “ Lupa  pula.” Aku  pun  turun  bersama  kakak. Serentak  dengan  itu, kedengaran  salam  di  muka  pintu. Aku  berpaling. Terkejut  itulah  perasaan  yang  aku  rasakan  sekarang.
            “ Ayumi.” Aku  bersuara  kuat.
            “ Anak  teruna  aku  dah  kenal  ye  dengan  anak  dara  kau, Gihah. Maknanya  ada  chance  kita  berbiras,” ujar  Puan  Sri  Halinda.
            Anak  dara  Auntie  Gihah? Ayumi  nie  anak  Uncle  Halim? Kenapa  aku  tak  pernah  tahu  pun  sebelum  ini? Semasa  bercinta  dengan  Ayumi  dahulu, aku  tidak  pernah  bertanya  tentang  keluarga  Ayumi. Aku  langsung  tidak  ambil  tahu  tentang  keluarga  Ayumi. Aku  anggap  Ayumi  datang  dari  keluarga  yang  biasa-biasa.
            “ Akiff  kenal  ke  dengan  anak  Uncle  Halim  nie?” soal  Tan  Sri  Iqram  Hafizi  ketika  mereka  menjamu  selera.
            “ Dia  pekerja  kat  company  kita  papa, mestilah  Akiff  kenal,” ujar  Akiff  menutup  gugupnya.
            “ Patutlah  bila  ayah  suruh  kerja  kat  company  sendiri  banyak  je  alasan  dia. Rupanya  bos  handsome, bersemangat  sikit  nak  kerja  agaknya.” Datin  Nagihah  menyampuk.
            “ Ibu.” Ayumi  bersuara  perlahan  menghalang  Datin  Nagihah  berkata  yang  bukan-bukan.
            “ Anak  aku  yang  bongsu  nie  memang  macam  nie. Suka  berdikari  sikit. Ini  pun  kena  paksa  ikut  kami, baru  dia  ikut,” ujar  Dato’ Halim.
            “ Baguslah  kalau  dapat  anak  yang  macam  tu. Janji  dia  tak  buat  yang  bukan-bukan."
            Aku  tersenyum  mendengar  bicara  orang  tua  mereka. Aku  rasa  pun  dia  suka  berdikari. Dia  langsung  tak  guna  nama  ayah  dulu  masa  mereka  berkenalan. Ayumi  pun  bekerja  sendiri  masa  itu. Patutlah, semasa  malam  dia  malukan  Ayumi, Ayumi  ada  berkata  yang  aku  tidak  mengenali  siapa dia  sebenarnya.

AYUMI  NATALIE

AKU  tersentak  bila  tengok  Akiff  dalam  rumah. Kenapalah  aku  tak  tanya  parent  aku  nak dinner  kat  mana  tadi? Kan  dah  jumpa  lelaki  nie. Hilang  selera  aku. Dahlah  kuat  pulak  tu  dia  sebut  nama  aku. Dah  parent  aku  dah  anggap  yang  bukan-bukan.
            Selepas  makan, parent  aku  dengan  parent  dia  berborak. Tentang  apa, aku  malas  nak  ambil  tahu. Hal  orang  tua. Ayumi  bawa  diri  ke  kolam  renang.
            “ Hai, tak  sangka  kita  akan  jumpa  malam  kat  sini. Saya  tak  tahu  pula  awak  nie  anak  Uncle  Halim.” Akiff  bersuara.
            Kenapa  dia  boleh  ada  kat  sini  pula? Bukan  tadi  dia  duduk  sekali  dengan  orang  tua  tadi. Kenapa  menyibuk  kat  sini  pula? Nak  tenangkan  diri  pun  tak  boleh. Stress.
            “ Yelah, awak  kan  ingat  saya  nie  anak  orang  miskin. Tak  layak  untuk  awak,” ujarku  sinis.
            “ Awak, saya  betul-betul  minta  maaf. Saya  tahu  saya  tak  patut  buat  awak  macam  tu  tapi…”
            “ Tak  patut  pun, buat   jugak  kan.” Pantas  aku  menyampuk  membuatkan  Akiff  terdiam.
            “ Lepas  malam  tu, saya  cuba  cari  awak. Kat  butik  tu. Tapi  kawan  awak  cakap  awak  dah  berhenti  kerja. Diaorang  cakap  awak  dah  balik  kampung. Saya  cuba  tanya  kampung  awak  kat  mana? Tapi  mereka  sendiri  tak  tahu. Saya  putus  harapan. Hari-hari  saya  ingatkan  awak. Ingatkan  dosa-dosa  saya  pada  awak. Saya  minta  maaf,” luah  Akiff  dengan  panjang  lebar.

AKIFF  HAKIMI

MANA  pula  handphone  aku  nie? Rasa  malam  tadi  ada  lagi. Lepas  dinner  dengan  family  Ayumi, lepas tu  tak  jumpa. Pelik nie. Siapa  pula  yang  ambil  handphone  aku? Aku  turun  ke  ruang  tamu. Cari. Tak  jumpa  juga.
            “ Akiff  cari  apa  pula  tu? Terbongok-bongok  mama  tengok,” tegur  Puan  Sri  Halinda.
            “ Akiff  cari  handphone  Akiff. Tiba-tiba  je  hilang,” ujarku  tanpa  memandang  mama
            “ Yang  ini  ke?” soal  Puan  Sri  Halinda.
            Aku  pantas  memandang  mama. Memang  handphone  di  tangan  mama. Apa  pula  yang  mama  buat  dengan  handphone  aku  tu? Aku  ingin  mengambil  handphone  aku  tapi  dihalang  oleh  mama.
            “ Sebelum  tu, terangkan  pada  mama  tentang  gambar  nie?” soal  mama  sambil  menunjukkan  gambar  yang  terpapar  di  wallpaper  handphone aku.
            Aku  menelan  air liur. Itu  gambar  aku  dengan  Ayumi  4  tahun  lepas. Aku  memang  sengaja  buat  gambar  tu  sebagai  wallpaper  aku.
            “ Nie  gambar  Akiff  dan  Ayumi, anak  Uncle  Halim  yang  semalam  tu  kan? Tapi  mama  rasa  gambar  nie  gambar  lama  kalau  tengok  dari  gaya  Akiff. Am  I  right?” soal  Puan  Sri  Halinda.
            Nah, mama  boleh  agak  gambar  tu  diambil  bila. Macam  mana  aku  nak  cakap  nie? Kalau  terus  terang, mesti  mama  marah.
            “ Kami  memang  dah  lama  kenal  mama. Kawan  lama, mama.” Jawapan  selamat  yang  aku  rasa  sekarang  ini.
            “ Tapi  mama  tengok  tak  macam  kawan  lama  pun. Mama  rasa  macam  kekasih  lama,” teka  mama.
            Aku   telan  air  liur  lagi. Tekaan  mama  tu  memang  betul, mama. Dia  memang  kekasih  lama. Terus-terang  jelah. Tak  kisahlah  apa  nak  jadi  pun.
            “ Sebenarnya, kami  memang  pernah  bercinta. Tu  cerita  4  tahun  lepas  mama. Akiff  ada  buat  salah  pada  dia. Sampai  sekarang  dia  tak  maafkan  Akiff. Akiff  dah  tak  tahu  nak  buat  macam  mana.” Aku  bersuara.
            “ Buat  salah? Buat  apa? Jangan-jangan  Akiff  dah…”
            “ Bukanlah, mama. Akiff  tak  buat  benda  terkutuk,” pintas  Akiff  apabila  mama  sudah  salah  faham.
            “ Habis  tu?”
            “ Akiff  dah  lukakan  hati  dia.”
            “ Jangan  risau. Mama  akan  tolong  Akiff  supaya  dia  maafkan  Akiff. Satu  je  mama  nak  tanya. Akiff  masih  cintakan  dia?”
            “ Akiff  tak  pernah  berhenti  mencintai  dia  mama.” Jawapan  itu  membuatkan  mamaku  tersenyum.

AYUMI  NATALIE
What? What? What? Family  Akiff  datang  meminang  aku. Drama  apa  yang  Akiff  cuba  lakonkan  pula  nie? Semalam  aku  selamat  jadi  tunangan  Akiff. Ayah  dan  ibu  aku  menerima  je  pinangan  family  Akiff  tu. Aku  kena  tanya  Akiff  sendiri.
            “ Eh, Ayumi  cakap  cuti  hari  nie?”
            Aku  tak  layan  soalan. Sekarang  nie, aku  tak  dengar  apa-apa  dah. Dalam  kepala  otak  aku  tengah  kumpul  ayat  berbisa  nak  sembur  Akiff. Aku  rempuh  macam  tu  je. Puan  Anisah  tak  sempat  menghalang  kemasukanku.
            “ It’s  okey, Nisah. You  boleh  buat  kerja  you,” ucap  Akiff  kepada  Puan  Anisah.
            “ What’s the  hell  you  try  to  do, Akiff  Hakimi?” soalku  sambil  menghentak  tapak  tangan  ke  meja  Akiff.
            “ Tentang  apa  nie?”
            “ Jangan  buat  tak  tahu  apa-apa. Nie  cincin  nie  untuk  apa?”
            “ Cincin  tu  sebagai  tanda  awak  tunangan  saya.” Akiff  tersenyum.
            Jantan  nie  boleh  pulak  dia  senyum  masa  nie. Memang  nak  kena  dengan  aku.
            “ Saya  memang  nak  kahwin  dengan  awak. Tapi  nie  bukan  idea  saya. Idea  mama  saya.”
            “ Habis  tu? Kenapa  setuju  jugak?”
            “ Sebab  apa? Sebab  saya  memang  sukakan  awak. Cintakan  awak. Saya  memang  nak  jadikan  awak  sebagai  isteri  saya.”
            “ Gila.”
            Aku  keluar  dari  bilik  Akiff. Semua  mata  memandang  aku. Aku  memang  malas  nak  layan. Aku  blah  macam  tu  je.

AYUMI  NATALIE  DAN  AKIFF  HAKIMI
Hampir  sebulan  Ayumi  telah  menjadi  tunangan  Akiff. Teman  sepejabat  mereka  berdua  sudah  tahu  tentang  hubungan  itu. Ramai  yang  mengucap  taniah. Akiff  menerima  dengan  gembira  manakala  Ayumi  layan  tak  layan.
            “ Kesian  secret  admirer  Ayumi. Mesti  dah  tahu  Ayumi  dah  bertunang. Sebab  tulah, dah  tak  ada  hadiah  lagi,” tegur  Puan  Anisah.
            Satu  je  mereka  semua  tidak  tahu  tentang  identity  secret  admirer  Ayumi  yang  sebenar. Biarlah  rahsia. Hubungan  mereka  berdua  masih  tidak  ada  happy  ending. Akiff  sendiri  tidak  tahu  lagi  mahu  lakukan  apa  lagi  untuk  mendapatkan  kemaafan  dari  Ayumi.
            Satu  hari  tu, Ayumi  menerima  satu  panggilan  dari  family  Akiff. Ia  berkaitan  dengan  Akiff. Bergegas  dia  ke  hospital. Kesemua  ahli  keluarga  mereka  berada  di  situ. Semua  berwajah  muram. Dia  masuk  ke  bilik  yang  ditunjukkan. Dia  terkejut  melihat  keadaan  Akiff  yang  berbalut  itu.
            Dia  tidak  boleh  menyimpan  lagi  perasaan  sedihnya. Dia  menangis. Dia  sedih  kerana  melayan  Akiff  dengan  baik. Terasa  bahunya  disentuh. Dia  berpaling. Mama  Akiff.
            “ Sabar  Ayumi. Berdoa  supaya  Akiff   cepat-cepat  sedar,” ucap  Puan  Sri  Halinda.
            Air  mata  Ayumi  semakin  lebat  mengalir. Sebenarnya  dia  sudah  memaafkan  Akiff  tidak  lama  selepas  dia  menjadi  tunangan  Akiff.
            “ Awak, bukalah  mata  awak. Nie  saya, Ayumi. Saya  minta  maaf  sebab  tak  layan  awak  macam  tunang  saya. Saya  sebenarnya  dah  lama  maafkan  awak. Awak  jangan  terima  tinggalkan  saya  lagi. Yang  tu, saya  tak  akan  maafkan  awak  kalau  awak  tinggalkan  saya.” Dia  berkata  sambil  mengenggam  erat  jari-jemari  Akiff.
            “ Betul  awak  dah  maafkan  saya?” soal  satu  suara.
            Ayumi  angkat  kepala. Akiff  sudah  tersedar.
            “ Betul  awak  dah  maafkan  saya?” soal  Akiff  sekali  lagi.
            Ayumi  mengangguk.
            “ Baguslah. Hati  saya  pun  kalau  saya  nak…”
            “ Apa  awak  nak  cakap  nie? Saya  tak  benarkan  awak  tinggalkan saya. Saya  tak  akan  maafkan  saya.”
            “ Dengar  dulu  saya  habis  cakap. Hati  saya  pun  kalau  saya  nak  kahwin  dengan  awak  nanti. Tak  adalah  saya  kahwin  dengan  awak, saya  kena  fikir  cara  nak  dapatkan  kemaafan  awak.”
            “ Awak  memang  sengaja  kan.”
            “ Awak  tu yang  ego  sangat. Kalau  dah  maafkan, cakaplah.”
            Ayumi  memukul  perlahan  lengan  Akiff. Akiff  mengaduh. Ayumi  menjadi  gelabah.
            “ Sakit  ke  awak? Sorry. Saya  panggilkan  doktor  sekejap.” Ayumi  bangun  namun  dihalang  dengan  lengan  Akiff.
            “ Duduk  kat  sini. Temankan  saya  sampai  saya  sembuh. Lepas  tu, kita  kahwin.”
                       
            

No comments:

Post a Comment