“
RAMBUT  awak  boleh 
jadi  panjang  macam 
nie. Amazing.” Shawn  datang 
menegur  Ciel.
            Ciel 
bergegas  mendapatkan  Shawn. “ Nie 
bukan  kerja  kau 
kan?”
            “ Mestilah  tak,” jawab 
Shawn.
            “ Aku  tak 
boleh  tukar  jantina 
kau. Bertukar  menjadi  perempuan, semua  itu 
kebolehan  kau  sendiri.” Suara  Alsiel 
pula  menyampuk.
            “ Habis  tu, macam 
mana  kau  boleh 
tau  yang  aku 
boleh  bertukar  jadi 
perempuan?”
            “ Malam  semalam, tubuh  awak 
dalam  jantina  perempuan,” ujar  Shawn.
            “ Apa? Jadi  kau 
dah  tengok  badan 
aku?” Ciel  memandang  kedua-duanya.
            “ Aku  terpaksa. Aku 
perlu  confirmkannya.” Alsiel  menjawab.
            Ciel 
pantas  menghadiahkan  tumbukannya 
ke  wajah  kacak  Alsiel.
Sejak  berjumpa  dengan 
Alsiel, entah  berapa  kali 
dia  menghadiahkan  penumbuknya 
ke  wajah  Alsiel. Dia 
mahu  menumbuk  lagi 
namun  dihalang  oleh 
Shawn.
            “ Sudah. Berhenti  pukul 
Tuan  Alsiel.” Shawn  memegang 
Ciel  dari  mengganas 
lagi.
            “ Jadi  kau 
nak  suruh  aku 
berterima  kasih  sebab 
jadikan  monster  macam  kauorang 
semua?” Ciel  menepis  tangan 
Shawn  yang  memagangnya.
            “ Kami  nie  vampire 
bukannya  monster,” terang  Shawn.
            “ Sejak  aku 
kena  gigit  dengan 
kau, aku  betukar  jadi 
perempuan, kemudian  lelaki.
Sekarang  nie, aku  jadi 
perempuan  balik. Kalau  aku 
nie  bukannya  monster  jadi 
apa?” soal  Ciel  dengan 
garang  sekali.
            “ So, nie  bukan  pertama 
kali  kau  bertukar 
jantina?” soal  Alsiel.
            “ Ini  sesuatu 
yang  interesting, Tuan  Alsiel,”
ujar  Shawn.
            “ Jadi, semua  nie 
tak  normallah?” Ciel  mula 
bertenang.
            “ Kau  nie  special 
case. Aku  tak 
pernah  berjumpa  dengan 
vampire  yang 
boleh  bertukar  jantina 
kerana  perasaan  atau 
keadaan  tubuh  badan,” terang  Alsiel.
            “ Jadi, aku  nie 
memang  monsterlah?” Ciel 
mengeluh  sambil  terduduk 
di  bangku  yang 
terdapat  di  situ.
            “
Come  to 
me.” Ayat  itu  diulang 
lagi  oleh  Alsiel.
            “ Supaya  aku 
jadi  bride  kau?” soal  Ciel 
sinis.
            “ Aku  tak 
ada  niat  nak 
jadikan  kau  bride  aku. Aku 
cuma  nak  protect  kau 
je,” ucap  Alsiel.
            “ Aku  boleh  protect 
diri  aku  sendiri.” Ciel  berdiri 
kembali. Perasaan  marahnya  sudah 
kembali.
            “ Tuan  Auther 
boleh  bunuh  awak 
sekelip  mata  je,” sampuk 
Shawn.
            “ Apa  kau 
cakap? Auther?” Ciel 
memandang  Shawn.
            “ Orang  yang 
serang  awak  semalam. Dia 
tak  akan  berdiam 
diri. Dia  akan  cuba 
untuk  membunuh  awak 
lagi.” Shawn  berkata.
            “ Kalaulah  dia 
dapat  tahu  yang 
kau  nie  bertukar 
jadi  perempuan, dia  akan 
jadikan  kau  sebagai 
bride  dia 
samada  kau  sudah 
atau  tak,” terang  Alsiel 
pula.
            “ Aku  lebih 
rela  mati  daripada 
jadi  bride  dia.” Ciel  mengempal 
tangannya.
            “ Jadi, sekarang  nie 
pilihan  yang  selamat, berlindung  di 
bawah  Tuan  Alsiel. Dia 
tak  akan  dedahkan 
rahsia  awak  sebagai 
perempuan,” ujar  Shawn.
            “ Aku  tak 
nak. Kenapa  aku  perlu 
dilindungi?” Ciel  masih  tidak 
mahu  pertolongan  dari 
seseorang  pun.
            “ Kan  aku 
dah  cakap  semua 
nie  salah  aku…” Alsiel 
cuba  untuk  menjelaskannya.
            “ Aku  tak 
nak  pertolongan  dari 
kau.” Ciel  sudah  menjerit.
            Alsiel  dan 
Shawn  mengeluh. Apa  yang 
perlu  mereka  lakukan 
supaya  Ciel  menerima 
pertolongan  dari  mereka? Ciel 
adalah  seseorang  yang 
istimewa. Kebolehan  yang  dimilikinya 
amat  istimewa. Alsiel  tidak 
mahu  Ciel  dibunuh 
atau  dijadikan  isteri 
kepada  Auther.
            “ Macam  mana 
kalau  kau  tinggal 
di  tempat  lain? Bukan 
di  rumah  aku?” Alsiel memberikan  cadangan.
            “ Hah? Apa  maksud 
kau?” soal  Ciel.
            “ Kalau  kau 
nak  aku  boleh 
jadikan  kau  seorang 
pelajar  di  Jinju  Private 
High  School, jadi  macam 
mana?” 
JINJU  Private 
High  School  merupakan 
sebuah  sekolah  yang 
terbaik  di  negara 
ini. Hanya  anak-anak  orang 
kaya  sahaja  yang 
boleh  belajar  di 
sekolah  ini. Sebuah  sekolah 
untuk  orang-orang  elit. Akan 
tetapi  1/3  daripada 
pelajar  sekolah  ini 
adalah  makhluk  penghisap 
darah  atau  nama 
lainnya, vampire. Info  ini  Alsiel  sendiri 
yang  beritahu  tetapi 
dia  dapat  agak 
kerana  dia  sendiri 
pernah  terserempak  dengan 
kumpulan  itu. Semestinya  manusia 
tidak  tahu  tentang 
kewujudan  vampire  ini.
            “ Okey, I’m fine  with  it. But 
just  one  thing, I 
want  to  ask 
you  about. Kenapa  aku 
kena  pakai  macam 
nie?” Ciel  memakai  seragam 
Jinju Private  High 
School  tetapi  terpaksa 
memakai  cermin  mata 
yang  membuatkannya  kelihatan 
seperti  budak  nerd.
            “ Kalau  awak 
tak  nak  jadi  bride 
Tuan  Auther, awak  perlu 
menyamar  sebagai  lelaki,” ucap 
Shawn.
            “ Itu  aku 
tahu  tapi  kenapa 
aku  kena  buat 
rambut  macam  budak 
kampung  dan  spek 
mata  nerd  nie?” soal  Ciel 
dengan  garang.
            “ Awak  ada 
aura  yang  menarik 
dan  mampu  membuat 
kebanyakkan  lelaki  tertarik 
pada  awak. Jadi  saya 
cadangkan  imej  nie 
supaya  awak  nampak 
bodoh,” terang  Shawn.
            “ Whatever. Lagipun memang 
aku  selalu  disalah 
anggap  sebagai  perempuan 
masa  aku  lelaki 
dulu. Jadi  aku  tak 
kasih  sangat.” Ciel  memang 
tahu  yang  dia 
tidak  boleh  membiarkan 
orang  lain  tahu 
tentang  jantinanya.
            “ Di 
sini  bangunan  dorm  di 
mana  awak  akan  tinggal  mulai 
hari  nie.” Hari  ini 
Shawn  menjadi  penunjuk 
arah  kepada  Ciel. “ Pelajar  sekolah 
ini  datang  dari 
seluruh  negara. Separuh  dari 
mereka  tinggal  di 
luar  dan  separuh 
lagi  tinggal  di 
bangunan  dorm  nie. Semua 
bilik  di  sini 
berbeza  dari  bilik 
dorm  di  sekolah 
lain. Ia  mempunyai  bilik 
mandi  seperti  dalam 
hotel.”
            “ Sekolah  untuk 
orang  kaya  memang 
berbeza.” Itu  sahaja  yang 
dapat  diolah  oleh 
Ciel  sekarang. ‘ Memang  berbeza 
gila  dengan  sekolah 
lama  aku.’
            “ Ini  adalah 
bilik  yang  awak 
akan  duduk  sekarang.” Mereka  berdua 
sudah  sampai  sebuah 
bilik.
            Mereka  berdua 
pun  masuk  ke 
bilik  yang  dikatakan 
itu. Ciel  terkejut  melihat 
hiasan  dalaman  bilik 
itu. ‘ Wow. Macam  tak 
percaya  nie  bilik  dorm 
sekolah. Totally  different 
level  with  mine 
before.’ Dia  memandang  sekeliling 
bilik  itu. Ada  dua 
katil?
            “ Eh, ada  dua 
katil? Kenapa? Aku  ingat  aku 
akan  guna  bilik 
nie  sorang-sorang.” Ciel  bertanya 
tatkala  melihat  dua 
katil  bersaiz  queen.
            “ Sebenarnya  nie 
bilik  Tuan  Alsiel 
seorang,” ujar  Shawn.
            “ Apa? Aku  mana 
boleh  tinggal  sebilik 
dengan  dia,” protes  Ciel.
`           “ Tuan  Alsiel 
jarang  guna  bilik 
nie. Biasanya  beliau  tinggal 
di  mansion,” terang  Shawn.
            “ Itu  menunjukkan 
dia  akan  datang 
untuk  jangka  masa 
tertentu, kan? Aku  tak  nak 
macam  tu.” Ciel  masih 
menolak.
            “ Peraturan  bilik 
dorm  di  sini, dua 
orang  sebilik. Kalau  awak 
pilih  bilik  lain, awak 
akan  terpaksa  tinggal 
bersama  lelaki  lain. Disebabkan  awak 
terpaksa  menyamar  sebagai 
lelaki, ini  memudahkan  awak.” Shawn 
berkata  pula.
            “ Tapi  kau 
cakap  bilik  nie 
milik  Alsiel  sorang? Kenapa  aku 
tak  boleh?”
            “ Tuan  Alsiel 
merupakan  special  case. Dia  telah 
menderma  banyak  duit 
kepada  sekolah  ini 
dan  dia  juga 
merupakan  orang  penting.”
            “ Ceh, aku  tahu. Damn  the 
rich  people  and 
their  money.” Ciel  naik 
menyampah  dengan  kenyataan 
itu.
            “ Tuan  Alsiel 
bukan  sahaja  kacak…”
            “ Yelah, yelah. Dia  tu 
pewaris  kepada  Trancy  Group?”
            “ That’s  something  else 
but  what’s important  is 
that  he’s  the 
foremost  successor  to  us  as 
vampire. To  put  it 
simply, a  prince-like  figure.” Shawn  berkata 
dengan  nada  kagum.
            “ Hah? Prince?”
            “ Pada  kami, Tuan 
Alsiel  dan  Tuan 
Auther  memiliki  kedudukan  kedua 
tertinggi  selepas  Tuan 
Mikael. Kami  semua  hormat 
pada  mereka. Kalau  awak 
biadap  terhadap  mereka, awak 
akan  dibenci  oleh 
kami.” Shawn  menarik  nafas 
panjang  sebelum  menyambung 
kembali  kata-katanya. “ Manusia  juga 
akan  berbuat  demikian 
sebab  manusia  juga 
hormat  pada  mereka.”
            Ciel 
tersengih  sinis  apabila 
mendengar  kata-kata  dari 
Shawn  itu. Ciel  tidak 
sangka  sampai  begini 
sekali  mereka  dihormati. Ciel  tidak 
menafikan  yang  dia 
juga  tertarik  apabila 
pertama  kali  melihat 
Alsiel. Kekacakan  Alsiel  dan 
Auther  memang  berada 
di  level  tertinggi. Dia  sendiri 
tidak  pernah  melihat 
lelaki  sekacak  Alsiel 
dan  Auther.
            “ Saya  dah 
uruskan  semua  keperluan 
awak, pakaian  dan  peralatan 
sekolah. Make  sure 
to  be  on 
time  for  your 
classes.” Selepas  itu,
Shawn  keluar  dari 
bilik  itu.
            Ciel 
pun  menghempaskan  tubuhnya 
ke  atas  katil. Dia 
berasa  teramat  letih 
dengan  perubahan  ini. Agak 
drastik. Matanya  mula  hendak 
tertutup.