Friday, September 24, 2010

sedingin kasih33


Bab  33


YURI  bersiap  untuk  ke  rumah  Hurin. Dia  sudah  berjanji dengan  anak  kecil  itu  untuk  membawanya  bersiar-siar  di  bandar. Dia  pun  turun. Hakkai  juga  ingin  turun  ke  ruang  tamu  sempat  bertanya.
            “ Nak ke  mana?”
            “ Nak  pergi  rumah  anak  angkat  saya,” ucap  Yuri.
            “ Anak  angkat? Kau  tak  pernah  beritahu  pun  yang  kau  ada  anak  angkat,” ucap  Hakkai.
            “Maaflah, saya  lupa. Namanya  Hurin  Aleenda,” beritahu  Yuri.
            Dia  mencapai  kunci  kerjanya. Dia  menghidupkan  enjin  kereta  itu  namun  beberapa  dicuba, ia  tidak  mahu  hidup.
            “ Aku  ikut  kau, boleh?”
            “ Hah?”
            “ Kereta  kau  tentu  rosak  kat  mana-mana  bahagian  dia. Biar  aku  yang  hantar  kau. Takkanlah  kau  nak  mungkir  janji? Mungkin  Hurin  tu  tak  suka  nanti,” umpan  Hakkai.
            Yuri  berfikir  sejenak. Memang  benar  kata  Hakkai, Hurin  bukannya  suka  dengan  orang  mungkir  janji. Kenapalah  keretanya  boleh  rosak  pada  saat  macam ni. dia  menggaru  kepalanya. Tawaran  Hakkai  tu?
            “ Okey, saya  terima  jelah,” putus  Yuri. Lagipun  dia  sudah  lambat  untuk  ke  rumah  Hurin.
            Hakkai  menghidupkan  keretanya. Yuri  pula  masuk  dan  duduk  di  kerusi  penumpang. Suasana  antara  mereka  berdua  sunyi.
            “ Macam  mana  kau  kenal  Hurin  tu?” soal  Hakkai  menamatkan  suasana  sunyi  itu.
            “ Dia? Awak  ingat  tak  masa  majlis  hari  keluarga  syarikat, malam  kemuncak  tu, saya  keluar  dewan  sekejap  nak  ambil  angin. Tiba-tiba  jumpa  dia  tengah  menangis. Masa  tulah, saya  jumpa  dia. Saya  pujuk dia. Mama  dia  ada  hal  sekejap. Sejak  tu, saya  rapat  dengan  dia,” beritahu  Yuri.
            Hakkai  mengangguk  sahaja. Dia  bertanya  jalan  untuk  ke  rumah  Hurin. Untuk  seketika, Yuri  menjadi  penunjuk  arah. Akhirnya, dia  sampai  ke  rumah  Hurin. Yuri  keluar  dari  kereta. Hurin  yang  memang  berada  di  halaman  rumahnya  menerpa  ke  arah  Yuri.
            “Ibu,” panggil.
            “ Ibu?”
            “ Hmm…Mulai  hari  ni, Hurin  panggil  auntie  Yuri  ibu, boleh  kan?”
            “ Boleh  sayang. Lagipun  Hurin  kan  anak  angkat  ibu.” Yuri  mencium  pipi  Hurin  untuk  melepaskan  rindu.
            Hakkai  tersenyum  melihat  telatah  isterinya  yang  memeluk  budak  perempuan  yang  bertocang  dua  itu. Dia  dapat  melihat  sifat  keibuan  di  wajah  Yuri. Yuri  tersedar  perilakunya  diperhatikan  oleh  Hakkai. Dia  menarik  tangan  Hurin  ke  arah  Hakkai.
            “ Siapa  uncle  ni, ibu?”
            “ Ni  suami  ibu, Saiful  Hakkai. Hurin  kenalah  panggil  dia  ayah  tau,” usik  Yuri.
            “ Ayah.” Dia  memeluk  Hakkai.
            Hakkai  mendukung  Hurin. Mudah  benar  Hakkai  menyesuaikan  dirinya  kepada  Hurin.
            “ Hurin, siapa  yang  datang  tu?” Kedengaran  suara  Puan  Anisah  bertanya  dari  dalam.
            “ Ibu, mama. Dia  datang  dengan  ayah  baru  Hurin,” jerit  Hurin
            Yuri  melangkah  masuk  ke  rumah  Puan  Anisah. Puan  Anisah  datang  menjenguk.
            “ Yuri  rupanya,”
            “ Saya  datang  ni  nak  ambil  Hurin. Nak  bawa  dia  jalan-jalan. Dia  dah  janji  dengan  saya  hari  tu,” ujar  Yuri.
            “ Siapa  pulak  lelaki  tu?” soal  Puan  Anisah  tatkala  matanya  menjamah  tubuh  Hakkai  yang  sedang  mendukung  Hurin.    
            “ Itu  suami  saya. Kebetulan  kami  nak  ke  bandar. Kereta  saya  rosak. Nasib  baik, dia  ada. Kalau  tak, Hurin  tentu  mengamuk,” ujar  Yuri. “ Baiklah, saya  nak  pergi  dululah.”
            “ Okey, baik-baik  jaga  diri  tu,” pesan  Puan  Anisah.
            “ Hurin, mari  sini. Salam  mama. Kita  dah  nak  pergi  ni,” panggil  Yuri.
            Hurin  berlari  mendapatkan  mamanya. Puan  Anisah  mencium  pipi  anaknya. “ Sayang, jangan  susahkan  auntie  Yuri  ye.”
            “ Bukan  auntie  Yurilah  tapi  ibu.” Hurin  memotong.
            “ Ibu?”
            “ Hmm…Hurin  kan  anak  angkat  ibu. Kan  ibu  kan?” soal  Hurin  sambil  memandang  Yuri. Yuri  tersenyum.
            “ Bye  mama. Hurin  pergi  dulu,” ucap  Hurin  mengekori  Yuri  kereta  Hakkai. Kereta  pun  bergerak  pergi  dari  rumah  hurin.
            “ Nak  ke  mana?” soal  Hakkai.
            “ Hurin  nak  pergi  KFC, ayah,” ucap  Hurin  sambil  ketawa.
            Coletah  dari  Hurin  memeriahkan  suasana  antara  mereka  berdua. Mulut  Hurin  tidak  diam  dari  bersuara. Dia  tergelak  mendengar  Hurin  berbicara.



HASIF  memberhentikan  kereta  di  hadapan  rumah  Puan  Anisah. Pelik. Biasanya  kelihatan  Hurin  bermain  di  hadapan  rumah itu. tapi  dia  tidak  dapat  melihat  kelihat  budak perempuan  itu.
            “ Assalamualaikum.” Hasif  telah  berada  di hadapan  pintu  rumah  itu.
            “ Waalaikumussalam,” jawab  Puan  Anisah. Dia  keluar  melihat  gerangan  orang  yang  memberi  salam. Puan  Anisah  tersenyum  melihat  Hasif  yang  berdiri  di  hadapan  rumahnya. Kemudian  dia  menjemput  Hasif  masuk  ke  rumahnya.
            “ Hurin  mana, Kak  Nisa?” Dia  mengerling  kiri  dan  kanan.
            “ Dia  keluar  dengan  Yuri,” jawab  Puan  Anisah.
            “ Dengan  Yuri? Habis  tu, Kak  Nisa  benarkanlah?” soalnya  tidak  percaya.
            “ Takkanlah  Kak  Nisa  nak  halang. Lagipun  dia  dah  banyak  kali  bawa  Hurin  jalan-jalan. Mereka  bukan  berdua  tapi  bertiga,” terang  Puan  Anisah.
            “ Hah, bertiga? Siapa  sorang  lagi? Syaqie  ke?”
            “ Bukan  Syaqie  tapi  husband  dia.”
            “ Apa? Husband  Yuri?” Hasif  terkejut  beruk.
            “ Kenapa  kau  terkejut  sangat? Kau  tak  tahu  ke?”
            “ Liya  tak  pernah  beritahu  pun dia dah  berkahwin,” ucap  Hasif.
            “Kak  Nisa  tengok  husband  dia  macam baik  je,” ujar  Puan  Anisah.
            “ Siapa  nama  dia?”
            “ Hmm…Saiful  apa  ye…Kak  Nisa  lupalah,” ujar  Puan  Anisah. “ Kenapa kau  datang  hari  ni?”
            “ Saya  datang  ni  nak  beritahu  yang  mama  saya  buat  kenduri untuk  Sarah  sebab  dia  dah  dapat  ijazah,” ujar  Hasif. “ Hari  Ahad  minggu  depan.”
            Puan  Anisah  mengangguk. Terbayang  Tengku  Hani  Maisarah  yang  sedang  ketawa. Sepupunya  itu  adalah  yang  paling  muda  dalam  keluarga. Tentu  sepupunya  itu  seorang  itu  sedang  berseronok  menayangkan  ijazahnya  nanti  apabila  dia  ke  rumah  emak  saudaranya  itu.
            “ InsyaALLAH. Nanti  Kak  Nisa  datang. Siapa  lagi  yang  kau  jemput?”
            “ Ramai  jugak. Liya  pun  dah  saya  jemput. Saya  pun  dah  suruh  Liya  jemput  Yuri  sekali,” ucapnya.
            “ Okeylah. Kak  Nisa  akan  sampai  ke  majlis  itu  nanti,” ujar  Puan  Anisah.



HURIN  tidak  penat  melangkah. Yuri  laju  menyaingi  langkah  Hurin. Dari  tadi  lagi, Hurin  tidak  berhenti  dari  berjalan. Ingin  didukung  namun  Hurin  menolak. Hakkai  yang  berada  di  belakang  tersenyum. Entah  kenapa  hatinya  tenang. Dia  seperti  dapat  melupakan  bayangan  cintanya  yang  pertama. Melihat  Yuri, dia  tersenyum manis.
            Gadis  ini  benar-benar  luhur  peribadinya. Sejak  dia  mengenali  gadis  ini  secara  mendalam, dia  dapat  merasakan  hati  gadis  ini  masih  suci. Dalam  erti  kata  lain, belum  jatuh  cintalah. Bersih  daripada  mana-mana lelaki. Namun   mata  gadis  ini  menyembunyikan  sesuatu. Sesuatu  yang  memedihkan. Dia  sering  tertanya-tanya. Dulu, dia memang  tidak  pernah  melihat  gadis  ini  tersenyum  dan  ketawa  tetapi  sejak  berbaik  dengannya, gadis  ini  sering  melemparkan  senyuman. Cantik. Gadis  ini  terlalu  misteri. Dia  cuma  tahu  yang  gadis  ini  mempunyai  seorang  abang. Siapa  ayah? Tidakkah  dia  mempunyai  adik-beradik  yang  lain?
            Apa  yang  dia  ketahui  lagi, gadis  ini  amat  menyayangi  ibu  kandungnya. Dia  dapat  melihat  wajah  Yuri  yang  dingin  itu  merenungnya  apabila  gambar  ibu  kandungnya  jatuh  berterbangan  ke  atas  lantai  tempoh  hari. Gadis ini  amat  memuliakan  ibu  kandungnya.
            “ Awak, jom  kita  balik.” Suara  gadis  itu  memecah  lamunannya.
            “ Marilah,” ajaknya.

No comments:

Post a Comment