Bab 30
YURI masuk ke pejabatnya. Puan Fauziah telah ke syarikat suaminya. Katanya, ada perkara penting yang mahu dibincangkan dengan suaminya. Dia tidak mahu ke mana-mana hari ini. Wakil dari syarikat Gergasi akan datang ke pejabatnya. Dia leka mengemas biliknya yang berselerak. Banyak kertas berada di atas lantai. Telefon di atas mejanya berbunyi. Segera dia menjawab.
“ Yes?”
“ Cik Yuri, wakil dari syarikat Gergasi dah sampai. Nak suruh dia masuk ke bilik Cik Yuri ataupun bilik mesyuarat?” soal Masmira.
“ Suruh dia masuk bilik saya,” arah Yuri.
“ Baik, Cik Yuri,” balas Masmira.
Yuri duduk di kerusi. Menunggu orang yang dimaksudkan. Pintunya diketuk dan daun pintunya dikuak. Terpampang wajah seseorang yang cukup dikenal hati budinya. Matanya tidak berkelip memandang wajah yang mendekatinya. Kemudian tetamunya itu duduk di kerusi di hadapannya. Tetamunya itu tersenyum sinis. Yuri tidak memberi apa-apa reaksi.
“ Lama betul kita tak jumpa kan?” Tetamunya itu memulakan perbualan.
“ Betul tu. Memang dah lama kita tak jumpa. Dekat 7 tahun,” balas Yuri dengan nada yang sinis.
Tetamunya tersentak. Bahasa yang digunakan oleh Yuri memang berlainan sekali. Dulu Yuri, seorang gadis yang takut untuk berlawan kata-kata dengannya.
“Kau memang dah banyak berubah,” ucap tetamunya itu.
“ Sudahlah Yuki. Beritahu apa yang kau nak cakap.” Yuri mula berbicara secara kasar.
“ Kau tak kenal ke aku. Aku kan anak Dato’ Rashidi, pemilik sebenar Syarikat Gergasi Holdings. Kau yang buat pelan untuk interior design tu. Kau memang kreatif.”
Yuri tersentak. Dia sebenarnya tidak mengetahui siapa pemilik sebenar syarikat itu. Dia langsung tidak meneliti secara mendalam tentang syarikat itu. Apa yang diketahuinya syarikat itu milik seorang Dato’.
“ Aku tak sangka kau boleh belajar sampai ke tahap ni. Aku tak tahu macam mana kau boleh berjaya. Ataupun kau guna nama Otosa untuk berjaya?” sindirnya.
“ Sorrylah ye…Aku tak pakai nama Dato’ Rashidi. Aku berusaha sendiri. Lainlah macam kau. Orang kenal kau sebagai anak Dato’ Rashidi. Jadi, mereka akan hormatkan kau kerana gelaran tu. Bukannya diri kau sendiri,” balas Yuri dengan nada yang sama.
Yuki memandang Yuri dengan geram. “ Lagi satu, aku peliklah dari mana kau dapat duit untuk belajar? Kalau nak cakap Syaqie yang tanggung, dia pun masih belajar masa tu.” Dia bertanya lagi.
“ Kau dah lupa ke? Aku ni tak macam kau. Aku ni suka simpan duit. Ditambah pula dengan duit arwah Okasa yang ada di dalam bank. Tak macam kau, guna duit Otosa.” Ada sindiran pada nada Yuri.
“ Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Yuri.” Suara Yuki kedengaran keras.
“ Siapa yang kurang ajar? Kau ke aku?” Suara Yuri masih tenang.
“ Aku ni kakak aku. Jangan nak kurang ajar dengan aku.” Ucapan itu terkeluar dari mulut Yuki.
Yuri tergelak kecil. Ketawanya sinis. Ucapan itu amat lucu di pendengarannya. “ Kau kakak aku? Perasan betul. Siapa nak mengaku yang kau tu kakak aku. Jangan harap aku nak mengaku.”
Yuki menjadi benggang. Ucapan itu memalukannya.
“ Kau ingat aku nak mengaku kau kakak aku selepas apa kau buat kat aku. Jangan nak beranganlah. Selepas kejadian tu, aku dah tak kakak dan ayah lagi. Aku cuma ada seorang abang. Cuma dia seorang sahaja saudara yang aku ada sekarang. Aku anggap kau semuanya dah mati.” Barulah suaranya bernada marah.
“ Kau…”
“ Berambuslah. Aku tak nak tengok muka kau lagi,” halau Yuri.
Yuki terkejut. Dia pantas bangun dan melangkah keluar dari bilik Yuri. Pintu itu dihempas kuat menyebabkan semua staf di situ memandangnya.
“ Apa pandang-pandang? Buatlah kerja kau,” jerkah Yuki.
Yuri keluar dari bilik juga. Dia melihat Yuki berlalu pergi. Semua staf memandangnya dengan penuh makna.
SEBAIK sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, kelihatan Tuan Ahmad sedang duduk di ruang tamu.
“ Assalamualaikum,” sapanya.
“ Waalaikumussalam,” jawab Tuan Ahmad sambil berpaling ke arahnya. “ Lama ayah tak jumpa Yuri. Mana Yuri pergi”
“ Saya outstation kat Penang,”jawabnya perlahan.
“ Sudahlah, pergilah naik. Tentu Yuri penat. Pergilah rehat. Jangan fikir sangat tentang kerja tu. Perangai Yuri tu samalah dengan Hakkai,” ucap Tuan Ahmad.
Yuri naik ke biliknya. Hakkai yang berada di dalam bilik itu tersentak apabila Yuri menapak masuk ke bilik itu. kemudian bersikap selamba. Yuri terkejut melihat persekitaran bilik itu. Hiasannya tidak berubah. Kalau Hakkai tidak sukakan hiasannya, sepatutnya Hakkai menukarnya tetapi hiasan itu kekal di tempatnya.
“ Hanun,” sapanya perlahan.
Yuri berpaling. Nama itu lagi yang digunakan oleh Hakkai. “ Awak panggil saya ke?”
“ Yelah, itu kan nama kau,” ucap Hakkai.
“ Tapi saya tak guna nama tu,” tingkahnya.
“ Aku suka nama tu. Mulai hari ni aku akan panggil kau Hanun. Satu lagi, aku nak minta maaf atas semua perbuatan aku terhadap kau,” ucap Hakkai lagi.
“ Saya maafkan awak, okey,” balasnya.
No comments:
Post a Comment