Bab 11
HAKKAI yang berada di biliknya mundar-mundir. Dia masih tergaman. Sakit hatinya apabila ditengking oleh seorang perempuan. Namun dia benar-benar terkejut dengan Yuri. Sepatutnya Yuri diam sahaja apabila mendengar sindiran Yuri. Mood kerjanya telah terganggu akibat kejadian tadi. Dia juga tidak faham dengan dirinya. Fikirannya sentiasa menghasut agar dia selalu menengking dan menyindir Yuri.
Lamuannya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat siapa pemanggilnya. Izzat. Entah apa yang kawannya itu mahu. Baik aku ajak lepak petang ni, desis hati kecil Hakkai.
“ Hah, apasal?” tanpa kata-kata mukadimah, dia terus menyapa.
“ Kau ni…aku baru nak cakap helo. Kau main sergah je,” ucap Izzat.
“ Hei, jom lepak petang ni,” ajak Hakkai.
“ Aku okey je. Sekarang pun boleh. Lagipun aku ada kat Malaysia sekarang,” ujar Izzat. Dia baru nak ajak Hakkai.
“ Okeylah. Sekarang. Kau tunggu kat tempat biasa. Chow.” Hakkai pantas mematikan telefon bimbitnya.
Hakkai melangkah keluar. Dia melepasi meja Yuri. Setelah beberapa langkah dari situ, dia berpatah kembali ke tempat Yuri. Dia merenung Yuri. Staf-staf yang lain turut memerhati Yuri. Masing-masing mahu melihat adegan yang seterusnya.
“ Kau hantar kerja itu kat bilik aku masa nak balik nanti,” arah Hakkai sambil berlalu pergi.
“ ORDERLAH, beb. Aku belanja kali ni,” ujar Izzat apabila Hakkai sampai di tempatnya.
Hakkai tidak bercadang untuk mahu minum lagi. Tekaknya masih basah dek amarah Yuri tadi. Apasal dia marah sangat? Tentu ada masalah. La, buat apa aku fikir tentang dia, desis Hakkai. Walau bagaimanapun, dia malu dengan kejadian tadi. Ramai juga staf-staf yang melihatnya.
“ Kenapa ni? Aku tengok kau monyok semcam aje. Apa, masalah perempuan? Nak aku settlekan?” soal Izzat. Bimbang juga dia dengan kawannya. Asyik monyok.
“ Entahlah, aku pun tak tahu,” rungut Hakkai.
“ Tulah kau. Masalah kau cuma selesai kalau kau ada teman wanita,” gurau Izzat.
“ Kau ni…..tak habis-habis dengan perempuan. Dah berapa banyak perempuan dengan kau sekarang?” sindir Hakkai.
Sindiran Hakkai langsung tidak berkesan kepada Izzat. Dia cuma tersengih bodoh. Macamlah kawan tu tak tahu perangainya. Memang ramai perempuan sekeliling pinggang tetapi tiada seseorang pun dibawa ke ranjang. Dia masih tahu hukum hakam Islam. Dia banyak berkawan, tidak satu pun yang istimewa di hatinya. Dia masih tahu mencari gadis idamannya.
“ Kau ni tak kerja ke?” soal Izzat. Tadi dia hairan mengapa Hakkai mengajaknya berjumpa di tempat biasa. Soalan itu tidak terkeluar dari mulutnya tadi kini terpacul jua.
“ Tension aku. Kau tau, tadi aku kena tengking dengan kerani aku. Hebat jugak asap dia. Seram sekejap aku dibuatnya,” cerita Hakkai.
“ Kau ni….biar betul! Kau kena marah dengan kerani? Impossible. Macam tak caya je.” Izzat benar-benar terkejut.
“ Biasanya aku yang marah dia. Hari ini, dia yang marah aku. Nasib baik, masa tu masa lunch. Kalau tak benggang aku,” ucap Hakkai.
“ Kau ni tak gentlemenlah. Perempuan ni, biasanya geram jugak kalau asyik lelaki marah diaorang. Sesekali boiling point dia naik jugak,” ucap Izzat.
Izzat faham benar dengan perangai kawannya itu. Sering memarahi pekerja wanita yang berada di bawahnya. Hakkai langsung tidak member peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat yang ada pada mereka. Dia sudah letih menasihati Hakkai. Akhirnya dia membiarkan sahaja. Apa sekalipun tindakan Hakkai, dia tidak membicarakannya lagi.
“ Jomlah dinner kat rumah aku malam ni. Lagipun kau dah lama tak jumpa ayah aku,” ajak Hakkai.
“ Okey jugak. Jomlah,”ucap Izzat.
“ Alamak aku lupa. Phone aku…..tertinggal kat office. Kau ikut aku. Kita pergi sama-sama.”
Sudah lenggang jalan raya, Hakkai memandu keretanya menuju ke pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Petaling Jaya. Setelah 45 minit memandu, mereka sampai di hadapan pejabat Hakkai.
“ Kau tunggu di sini. Aku nak naik kejap.” Hakkai keluar. Dia bergegas ke biliknya yang berada di tingkat tiga. Kosong. Pejabat itu sunyi. Dia masuk ke biliknya. Dia terkejut melihat Yuri di dalamnya.
“ Apa yang kau buat kat sini?” soalnya sinis.
“ Saya baru siap taip kerja tu. Ini kertas kerja itu.” Dia menghulur kertas itu kepada Hakkai.
Hakkai meneliti seketika. Yuri cuma tunduk memandang lantai. Kemudian Hakkai bersuara, “ Kau boleh pergi.”
“ Ergh…Encik Hakkai, saya nak minta maaf tentang tadi. Saya tak dapat kawal. If I say something that cause pain to your heart, please forgive me.” Dia masih tunduk.
“ Kau boleh pergi.” Hakkai tidak memandang wajah Yuri.
Yuri keluar. Letih benar dia hari ini. Bukan tubuh badannya tetapi kepalanya. Masalahnya dengan Liya masih belum diselesaikan. Dia mencapai beg tangannya. Kemudian dia turun ke tempat letak kereta. Ketika dia ingin menuruni tangga, dia berlanggar dengan seseorang. Badannya hilang imbangan. Mungkin dia akan jatuh di tangga itu. Namun, badannya sempat ditahan dari terjatuh. Dia mengerling wajah itu. seorang lelaki.
“ Thank.” Tanpa menunggu dia terus ke keretanya.
Izzat terpegun melihat gadis itu. Mahu ditanya nama gadis tetapi tidak sempat. Gadis itu pantas meninggalkannya. Nampak ayu bertudung dengan berbaju kurung. Dia sempat memegang tangan lembut gadis itu. Sungguh lembut. Jika boleh, dia mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. Bahunya ditepuk dari belakang.
“ Jomlah kita pergi.”
No comments:
Post a Comment