Bab 7
YURI tersenyum gembira. Seronok dapat bermain dengan abangnya. Yuki hanya memandang. Yuri melompat-lompat apabila dapat mengalahkan abangnya dalam perlawanan tenis. Yuri sememangnya pandai bermain permainan ini.
“ Set ni,princess menang. Tapi the next set,Aika akan menang,” ujar Syaqie geram melihat adiknya itu.
Mereka menyambung perlawanan itu tanpa menghiraukan orang lain. Yuri sedang cuti sekolah, begitu dengan Yuki manakala Syaqie sedang cuti semester. Yuki hanya menjeling ke arah mereka berdua. Cemburu pula dia melihat kemesraan Yuri dan Syaqie. Abangnya itu tidak pernah bermesra dengannya sebegitu. Jika dengan Yuri, abangnya melebihkan. Sebab itulah, dia tidak rapat dengan mereka berdua. Dia lebih rapat dengan Otosa.
“ Yuki, kau nak main dengan aku tadi?” jerit Syaqie menyoalnya.
“ Aku tak naklah. Buat letih badan je,” jawab Yuki.
“ Habis kenapa kau datang ke sini?” Syaqie menyoal kembali.
Yuki terdiam seketika. Dia sebenarnya saja mahu mengekori Yuri dan Syaqie. Dia bosan berada di rumah. Dia seorang yang tidak suka berpeluh dan dia juga tidak pandai bermain tenis. akhirnya dia tidak menjawab soalan Syaqie. Yuri dan Syaqie bermain sepuas hati. Waktu menunjukkan pukul 6 petang, mereka berkemas untuk pulang. Sampai di rumah, mereka bertiga disapa oleh Otosa.
“ Main tenis ke? Yuki pun pergi jugak? Hairan Otosa rasa,” sapa Otosa.
“ Boring kat rumah. Otosa pulak sibuk dengan kerja,” rungut Yuki.
“ Malam ni, ada jamuan kat rumah kawan Otosa. Kamu nak ikut?” soal Otosa kepada mereka bertiga.
“ Yuri tak nak pergilah sebab rasa letihlah, Otosa,” ujar Yuri.
“ Aika pun samalah,” ucap Syaqie pula.
“ Yuki macam mana?” soal Otosa.
“ Mestilah Yuki nak ikut. Boleh Yuki kenal dengan kawan Otosa itu,” ucap Yuki dengan gembira. Akhirnya ada benda yang tidak membosankan dirinya.
“ AIKA, janganlah kacau Yuri. Tak sukalah,” rungut Yuri ketika Aika mengusiknya dengan menarik rambut Yuri yang panjang separas pinggang itu.
“ Rambut princess ni cantik sangat. Geramlah Aika tengok,” usik Syaqie. Dia tahu yang Yuri tidak suka ada orang yang bermain dengan rambutnya.
Memang rambut Yuri panjang dan cantik. Ia juga lembut dan begitu lurus. Yuri geram dengan telatah abangnya yang suka mengusik. Dia menarik rambutnya ke hadapannya. Ketika itu, rumah yang mereka duduki kosong. Otosa dan Yuki ke jamuan kawan Otosa. Kak Jah pula telah bercuti. Sedang bergurau dengan abangnya, Yuki datang menjerkah bersama Otosa. Yuri dan Syaqie menjadi pelik dengan keadaan. Akhirnya Yuki telah menuduh mereka melakukan perkara sumbang. Mereka berdua cuba untuk mempertahankan diri mereka. Yuki telah memburukkan mereka berdua di hadapan Otosa.
Yuki mengulum senyuman manis apabila mereka berdua telah dihalau keluar dari rumah itu. Dia benar-benar yakin yang rancangannya pada malam ini akan berjaya. Otosa telah berjaya dipengaruh. Kak Jah pula telah disuruh olehnya untuk bercuti bagi menjayakan rancangannya pada kali ini. Sudah lama dia merancangkan semua ini. Barulah hari ini, rancangan itu berjaya dilaksanakan .
Keesokkan harinya, Yuri pulang ke asrama sekolahnya. Dia tidak lagi tinggal bersama Otosa. Syaqie pula balik ke Universiti Malaya. Sebelum perjalanan balik ke sekolahnya, Yuri telah menangis sepuas mungkin dalam pelukan abangnya itu. Abangnya itu tidak mampu memberikan kata-kata semangat buat adiknya kerana dia sendiri turut terkilan dengan sikap Otosa yang tidak percayakan anak sendiri. Begitu juga dengan sikap Yuki yang suka memburukkan adik beradik sendiri.
Sejak hari itu, perangai Yuri mula berubah. Dia yang dahulunya mudah tersenyum menjadi seorang yang dingin. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya. Dia seperti sebuah robot yang diprogramkan untuk belajar sahaja. Kemudian dia telah dibawa berjumpa guru kaunseling sekolahnya, Cikgu Marsha. Cikgu Marsha dan cikgu-cikgu lain bimbang dengan perubahan mendadak yang berlaku dalam diri Yuri. Mereka juga takut yang pelajaran Yuri terjejas kerana Yuri merupakan pelajar yang paling bijak dalam sekolah itu.
“ Awak tahu kenapa awak dibawa ke sini?” soal Cikgu Marsha setelah Yuri berada di dalam bilik siasat.
“ Saya tak tahu,” jawabnya dengan dingin.
‘ Cikgu Marsha terkejut dengan suara Yuri. Yuri seorang yang pering tetapi dia melihat yang Yuri sekarang telah hilang sifat tersebut.
“ Cikgu tahu kamu ada masalah dan cikgu mahu membantu awak,” ujar Cikgu Marsha dengan lembut.
Remaja seperti Yuri tidak boleh berkeras dengan mereka. Nanti mereka akan memberontak. Jika kena dengan caranya, masalah mereka akan dapat diketahui.
“ Saya tak ada apa-apa masalah.”
“ Kamu boleh luahkan kepada cikgu. Mana tahu nanti mungkin cikgu akan boleh bantu kamu,” pujuk Cikgu Marsha.
Yuri cuma mendiamkan dirinya. Dia tidak akan memberitahu orang lain tentang perkara yang telah berlaku dalam hidupnya kecuali Liya.
“ Kalau macam tu, awak boleh keluar tapi kalau awak nak luahkan perasaan awak, cikgu boleh mendengarnya,” ucap Cikgu Marsha lagi.
“ Saya lebih percayakan kawan saya daripada cikgu,” ucap Yuri pula.
Cikgu Marsha terkedu mendengar ucapan dari Yuri. Apa sebenarnya yang telah berlaku dalam hidup gadis ini? Ingin sekali dia mengetahui. Namun bagaimana caranya???
Rakan setingkatan dengannya juga telah menjadi takut untuk menegur Yuri lagi. Setiap kali Yuri dan Liya masuk ke kelas, kelas yang pada mulanya bising akan bertukar sepi. Ramai pelajar yang takut untuk berkawan dengannya kembali. Cuma seorang sahaja yang tidak takut bercakap dengan Yuri selain Liya, iaitu Zaidi Zamer ataupun lebih dikenali sebagai Zed. Yuri sememangnya rapat dengan Zed sebelum itu walaupun mereka berdua sering bertengkar.
“ Hai Yuri, boleh tak kau terangkan tentang formula ni? Aku tak fahamlah.” Zed dengan selamba bertanya kepada Yuri.
Rakan-rakan sekelas memandang mereka berdua. Yuri yang sedang mengira berhenti seketika. Dia mendongakkan kepalanya memandang Zed. Tangannya mula mengambil kertas itu dari tangan Zed. Direnung kertas itu. Yuri menerangkan satu per satu kepada Zed. Rakan mereka yang lain terpegun melihat Zed yang selamba bertanya kepada Yuri. Liya Cuma memandang. Dia tahu mereka takut untuk menegur Yuri kerana wajah Yuri sungguh dingin.
Sampai hari keputusan SPM diumumkan, keputusan yang Yuri dapat amat memuaskan. 9A1. Dia juga telah dinobatkan sebagai pelajar yang paling cemerlang di sekolah itu. namun dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi pada wajahnya. Tidak riak gembira di wajahnya. Cikgu-cikgu juga hairan melihat Yuri. Langsung tidak ada apa-apa perubahan. Yuri telah dapat tawaran ke Universiti Harvard tetapi dia telah menolak.
“ Kenapa awak menolak tawaran tu?” soal Cikgu Marsha.
“ Sebab saya tak suka.”
Jawapan yang diterima amat rugi. “ Habis, awak…”
“ Saya dah isi boring ke jepun. Saya tak perlukan bantuan dari cikgu.” Yuri dengan selambanya berkata begitu dengan cikgunya. Dia tidak suka ada orang yang mahu masuk campur dalam urusan hidupnya.
“ Saya dah isi boring ke jepun. Saya tak perlukan bantuan dari cikgu.” Yuri dengan selambanya berkata begitu dengan cikgunya. Dia tidak suka ada orang yang mahu masuk campur dalam urusan hidupnya.
No comments:
Post a Comment