Saturday, October 26, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 9)


CIEL  tersedar  dari  tidurnya. Kepalanya  menjadi  pening. Dia  terlampau  letih  memikirkan  peristiwa  yang  berlaku  dalam  hidupnya  kebelakangan  ini. Dia  menggosok  matanya. Dia  bangun  dari  katil  dan  memerhatikan  jam  yang  berada  di  atas  meja  di  sisi  katilnya.
            “ APA? Dah  pukul  11  pagi. Aku  ada  kelas  sebelum  pukul  9  pagi  tadi. Mampus  aku.” Ciel  kelam  kabut  dari  katilnya  bergegas  ke  bilik  air  yang  terletak  di  penjuru  bilik  itu.
            Dia  hanya  sempat  menggosok  giginya  sahaja  dan  menyalin  pakaian. Dia  berlari  keluar  dari  biliknya  dan  menuju  ke  kelasnya  dengan  pantas. Sampai  di  kelasnya, dia  baru  teringat  akan  spek  mata  nerd  itu. Nasib  baik  dia  sudah  meletakkan  spek  itu  di  dalam  begnya. Terus  dia  memakai  spek  tersebut.
            Dia  mengetuk  pintu  bilik  kelasnya  lalu  menyerbu  masuk. “ Maafkan  saya. Saya  datang  lambat.” Namun  nasibnya  pada  pagi  itu  amatlah  malang  sekali. Dia  tersadong  pintu  lalu terjatuh  macam  nangka  busuk. Dia  bangun  mencari  speknya  yang  terjatuh  lalu  berdiri  dengan  hidung  yang  berdarah.
            “ Hai  semua. Saya  Ciel  Weller. Pelajar  baru  sekolah  nie. Sila  beri  tunjuk  ajar  pada  saya,” ucapnya  sambil  tersengih.
            Semua  pelajar  dalam  kelas  itu  memandangnya  dengan  pandangan  jijik. Dia  menggosok  hidungnya. Barulah  dia  perasan  yang  hidungnya  sedang  berdarah. Dia  masih  tersengih  sambil  mengelap  darah  di  hidungnya.
            “ Maaf. Saya  terjatuh.” Dia  tersengih  lagi.
            Cikgu  yang  sedang  mengajar  itu  mendekatinya. “ Awak  dah  lewat  tapi  masih  boleh  tersengih-sengih  lain. Sudah. Pergi  ambil  tempat  di  belakang.” Cikgu  itu  mengetuk  kepala  Ciel  dengan  buku  yang  dipegangnya.
            Pelajar  di  dalam  kelas  itu  semuanya  tergelakkannya. Ciel  duduk  di  belakang  kelas. ‘ Malunya  aku. Awal-awal  dah  kena  marah. Aku  nie  nampak  macam  bodoh  sangat  ke?’ Ciel  duduk  di  meja  kosong  yang  terletak  di  belakang  kelas  itu.
            Kedengaran  bunyi  loceng  bergema  di  kawasan  sekolah  itu  tanda  waktu  rehat  sudah  bermula. Ciel  bergerak  keluar  dari  kelasnya. Dia  berasa  lapar  kerana  pagi  tadi  dia  tidak  menjamah  sebarang  makanan  pun. Tiba-tiba  dia  ternampak  sekumpulan  pelajar  lelaki.
            ‘ Aku  kenal  lelaki  itu. Dia  ada  masa  aku  kena  serang  malam  tu. Mamat  nie  pun  vampire.’ Ciel  berjalan  melintasi  kumpulan  lelaki  itu. Namun  lelaki  itu  menghalang  laluannya.
            “ Kau  Ciel  Weller  kan?” soal  lelaki  itu.
            Ciel  terkejut. ‘ Mamat  nie  masih  ingat  aku  nie?’ Ciel  memandang  wajah   lelaki  itu  sebelum  menjawab  pertanyaan  lelaki  itu. “ Kenapa  kau  tanya  macam  tu?”
            “ Apa  background  kau?” soal  lelaki  itu  lagi.
            Ciel  berasa  pelik  dengan  soalan  lelaki  itu. ‘ Background apa pulak  nie?’ Ciel  menggaru  kepalanya  sambil  menjawab, “ Apa?”
            “ Macam  manalah  budak  low  class  bodoh  macam  kau  nie  boleh  masuk  sekolah  nie?”
            “ Macam  mana  aku  nak  jawab  soalan  dia  nie? Takkanlah  aku  nak  jawab  yang  aku  nie  dapat  masuk  sekolah  nie  sebab  si  mamat  Gray  tu  yang  suruh  aku  masuk  sekolah  nie.’ Ciel  tersengih  bodoh. “ Aku  tak  ada  background  yang  hebat-hebat. Aku  dapat  masuk  sini  just  by  luck.
            “ Aku  dah  check  background  dia  nie. Dia  nie  anak  yatim. Aku  rasa  dia  nie  memang  cakap  betul. Mungkin  dia  diangkat  jadi  anak  angkat  family  yang  kaya,” ujar seorang  lelaki  lain. Mungkin  vampire  seperti  mereka.
            “ Lelaki  yang  boring,” komen  lelaki  itu.
            “ Aku  memang  lelaki  yang  boring. So  aku  blah  dululah.” Ciel  cuba  berjalan  melepasi  kumpulan  tersebut.
            Lelaki  yang  mula-mula  menegurnya  itu  menolak  bahunya  menahannya  dari  terus  berlalu  dari  situ. “ Aku  belum  bagi  kau  tinggalkan  kitaorang  lagi.”
            Akibat  tolakan  yang  agak  kuat, Ciel  terjatuh  ke  lantai. Kejadian  itu  disaksikan  oleh  pelajar-pelajar  yang  lain. Ada  yang  berbisik-bisik  tetapi  tiada  seorang  pun  yang  menolongnya. ‘ So  mamat  nie  nak  guna  aku  jadi  punching  bag  dialah? Tak  guna.’
            “ Woi  orang  baru. Kami  yang  in-charge  kat  sini, okey? Kau  kena  dengar  cakap  kami.” Dengan  nada  sombong  dan  angkuhnya, lelaki  itu  bersuara.
            “ Jawab  ya  sekarang,” jerkah  lelaki  itu.
            Ciel  masih  terdiam. ‘ Apa  yang  patut  aku  buat  sekarang? Kalau  aku  tak  nak, aku  akan  jadi  target  diaorang. Kan  senang  kalau  aku  belasah  je  diaorang  nie.’ Tiba-tiba  Ciel  teringat  pesanan  Shawn  yang  mengatakan  dia  tidak  patut  buat  scene  yang  tidak  sepatutnya. Ia  akan  mengundang  banyak  perhatian. ‘ Damn  it. Aku  tak  dapat  buat  apa-apa  sekarang  nie.’
            “ Sudah-sudahlah  tu,” tegur  seseorang.
            Ciel  mengangkat  muka. Dia  kenal  benar  dengan  suara  itu. Sebastian. ‘ Lupa  pulak  Sebastian  kan  attend  sekolah  nie.’
            “ Ceh, White  Knight  of  Jinju  Private  High  School  has  appeared,” sindir  lelaki  itu.
            “ Kenapa  kauorang  suka  sangat  buli  orang, hah?” soal  Sebastian.
            “ You  don’t  know  a  thing. This  is  just  a  lesson  of  why  boring  dan  normal  people  shouldn’t  be  at  an  elit  school  like  this  school,”  balas  lelaki  itu.
            “ A  lesson… Get  a  lesson  on  non-prejustice  first!” Sebastian  pula  membalas.
            Mereka  semua  terdiam  apabila  Sebastian  membalas  sebegitu. Ciel  memandang  mereka. ‘ Sebastian, jangan  provoke  mereka. Mereka  tu  vampire.’
            “ Jom  blah,” ajak  lelaki  itu. Kumpulan  tersebut  berlalu  pergi  macam  itu  saja.
            Sebastian  tersenyum  manis  memandang  Ciel  sambil  menghulurkan  tangannya  supaya  Ciel  bangun. “ Bangunlah.”
            Ciel  bangun. “ Terima  kasih. Kau  mesti  ada  kuasa  dalam  sekolah  nie  sampai  diaorang  blah  macam  tu  je.”
            “ Eh, ada  mana. Aku  selalu  bertembung  dengan  diaorang  masa  diaorang  buat  hal  sampai  diaorang  naik  mual  dengan  aku  nie,” ujar  Sebastian.
            Ciel  tersenyum. ‘ Mereka  bukan  naik  mual  dengan  kau. Cuma  kau  tu  ada  charisma  tersendiri, Sebastian.’
            “ Apa?” soal  Sebastian.
            “ Eh, tak  ada  apa-apalah. Cuma  kan  bagus  kalau  kau  boleh  jadi  kawan  aku.” Ciel  berkata.
            “ Then  let’s  be  friend,” ujar  Sebastian  sambil  tersenyum.
            “ Really? It’s  a  honor  then.” Ciel  membalas.
            “ Aku  Sebastian  Potter. Panggil  aku  Sebastian.”
            “ Aku  Ciel  Weller. Ciel.” Mereka  berdua  bersalam.
            “ Jomlah  kita  ke  café,” ujar  Sebastian.
            “ Sebenarnya, nie  hari  pertama  aku  kat  sini. So, aku  tak  tahu  café  kat  mana.” Ciel  menggaru  kepalanya  sambil  tersengih.
            “ Tak  apalah. Nanti  aku  tunjukkan  pada  kau.” Sebastian  berjalan  mendahuluinya.
            “ PRINCE  BROTHER!!!” Tiba-tiba  kedengaran  pelajar-pelajar  perempuan  berlari  mendekati  tingkap. Mereka  kelihatan  teruja  sekali.
            Ciel  dan  Sebastian  menjenguk  ke  tingkap  itu  juga. Ciel  terkejut  apabila  melihat  Gray  dan  Auther  berjalan  di  perkarangan  sekolah.
            “ Mereka  itu  adik  beradik  Trancy. Mereka  famous  kat  sekolah  nie. Antara  pelajar  yang  paling  berpengaruh  di  sekolah  nie. Pelajar  sekolah  nie  panggil  diaorang  ‘Prince  Brother’.” Belum  sempat  Ciel  bertanya, Sebastian  sudah  memberi  penerangan  kepadanya.
            ‘ Bukan  ke  mereka  berdua  bergaduh? Macam  mana  boleh  berjalan  bersama  pulak?’ Soalan  itu  bergegar  dalam  otak  Ciel. Kemudian  dia  terduduk  sendiri  apabila  menyedari  yang  Auther  dan  Alsiel  memandang  ke  arahnya. ‘ Diaorang  berdua  tengok  sini  serentak.’
            Pelajar-pelajar  perempuan  di  situ  menjerit  dengan  lebih  kuat  apabila  ‘ Prince  Brother’  itu  memandang  ke  arah  itu. Ciel  tidak  faham  sebenarnya  mengapa  pelajar- pelajar  itu  sukakan  adik  beradik  Trancy  itu. Mungkin  kerana  dia  sudah  mengetahui  identiti  sebenar  mereka, dia  tidak  menyukai  mereka.
            “ Kau  nak  duduk  kat  sini  je  ke? Jomlah  kita  pergi. Aku  dah  lapar  nie,” ajak  Sebastian.
            Ciel  mula  bergerak  meninggalkan  kelompok  pelajar  itu. “ Jadi, bila  kauorang  ada  paras  rupa  dan  kaya, automatik  jadi  famouslah…”
            “ Apa  kau  cakap?” soal  Sebastian  kerana  dia  terdengar  seperti  Ciel  berkata  sesuatu.

No comments:

Post a Comment