“ SAYA sukakan awak. Bukan sebenarnya saya dah jatuh cinta pada awak. Mungkin sekarang awak anggap saya macam perempuan murahan. Mungkin juga awak dah ada makwe. Mungkin awak ingat saya nie gila. Saya tak kisah dengan semua tu. Saya cuma nak awak tahu tentang perasaan saya terhadap awak. Saya tahu awak takkan pandang orang macam saya. Awak bijak tak sama macam saya. Terima kasih kerana luangkan masa awak yang berharga untuk mendengar luahan hati saya nie. Terima kasih Muhammad Haikal.” Air mata aku keluar macam hari itu hujan. Aku malu dengan lelaki itu lalu berlalu dari situ. Mungkin aku tak akan jumpa dia lagi. Sebab tu aku ambil peluang nie untuk bagitahu dia tentang perasaan aku nie.
Lelaki itu pula terpinga-pinga selepas ditinggalkan macam tu je. Macam tak pernah dengar luahan perempuan.
8 TAHUN KEMUDIAN….
“ FAZ, nanti bos nak jumpa you after lunch tau.” Suara Masmira mengganggu ketenangan aku pada pagi nie. Aku masuk ke bilik aku. Mata aku cepat-cepat tangkap fail baru yang ada kat atas meja aku. Tender baru lagi tu. Nie mesti kena overtime lagi. Aku duduk dan tarik fail baru tu lalu baca fail. Sedar tak sedar dah pukul 12 tengah hari. Nasib baik aku memang tak nak keluar lunch. Berat badan aku nie dah naik 2 kilo bulan lepas. So aku kena diet la. Kena jaga badan. Kalau tak, confirm kena kutuk dengan abang aku. Abang aku tu memang tak leh tengok aku gemuk sikit. Mula mulut dia tu mengutuk aku nie. Macam badak la..tak tahan aku dibuatnya.
Aku pun keluar dari bilik ambil angin sekejap. Masmira ada kat tempat dia. Pelik nie. Biasanya kalau masa lunch, dia memang lesap. Susah nak tengok dia masa lunch. Aku pun ke tempat dia. “ Tak keluar lunch ke?” soal aku sampai je kat tempat dia.
Dia angkat muka kemudian sengih tengok aku. “ I diet hari nie. Boyfriend I dah komplen girlfriend dia dah nampak gemuk. Dia tak suka. So kena diet la sikit.” Masmira menerangkan kepada aku nie. Aku senyum. Aku tengok dia pun bukanlah gemuk sangat tapi montel. Comel dengan muka dia yang putih melepak tu. “ Faz , jangan lupa tau after lunch nie bos nak jumpa.”
Banyak kali pulak dia nie pesan kat aku. Huhuhu…salah aku gak. Pelupa giler. Adalah satu hari tu, sebab banyak kerja sangat. Aku bawak balik fail kerja ke rumah nak siapkan kat rumah la. Memang siap pun. Esok tu aku pergi office, cari fail tu aku tak jumpa. Sampai mood aku tak baik. Nak marah orang je. Balik rumah, aku tengok fail tu ada atas meja kat ruang tamu je. Bengang giler aku masa tu.
Lepas lunch, aku pun serbu bilik bos aku. Serbu tu macam la bos aku pengganas je. Aku masuk bilik dia lepas ketuk pintu bilik dia la.. “ Ada apa bos nak jumpa saya nie?” soal aku kepada bos kesayangan aku nie. Macam kau tu banyak bos, Fazlina. Dia sorang je bos kau. Dia la madu dia la racun..
“ Saya nak awak jumpa seseorang. Dia nie anak Dato’ Hisyam, syarikat yang biasa berurusan dengan awak tu. Dia baru balik dari London kerja kat sana. Dia pun jurutera macam awak. Saya memang kagum dengan dia. Dia memang berbakat. Dia pun sebaya dengan awak agaknya.” Banyak pulak pujian bos aku nie kat lelaki tu. Macam nak promote kat aku je.
Sorry la aku tak berminat. Jangan salah faham ok… Aku nie bukan lesbian, pengkid atau sewaktu dengannya. Aku cuma tak jumpa lagi dengan prince charming aku nie. Masih mencari. Kalau jumpa mana-mana lelaki, macam tak ada perasaan pun. Lagi satu mungkin sebab aku nie ganas sangat sampai lelaki takut nak dekat dengan aku.
“ Agaknya dia dah sampai. Masuklah..” arah bosku nie. Aku pun nak tengok gak muka mamat yang buat bos aku nie terlampau kagum dengan dia nie. Masuk je lelaki tu, mata aku gak terbeliak macam nak tersembul je. Badan terus je jadi gelisah. Naik berpeluh ketiak aku nie dibuatnya. Aku tunduk muka aku. Malu giler aku nak pandang muka dia nie.
“ Duduklah, Haikal. Nie jurutera uncle, Fazlina. Dia single lagi.” Eh orang tua nie. Boleh pulak dia duk promote aku kat lelaki nie. Sengal. Aku dahlah tengah gelabah sangat nie. Si dia hulur tangan tapi aku tak sambut pun. Langsung tak pandang muka dia. Lepas tu, bos dengan Haikal berbual berdua sampai tak ingat aku kat sini. Nie yang tak best nie. Tapi bagus gak, tak payah la aku cakap dengan mamat nie.
Sedang aku tengah berkhayal nie, bos aku tegur. “ Faz, saya lupa nak cakap. Awak akan bekerjasama dengan Haikal untuk tender terbaru. Saya pasti awak dah baca fail baru yang ada atas meja awak tu.” Muka aku macam nak terbakar je. Aku kena kerja dengan mamat nie??? Mati la..
“ Fazlina, saya harap kita dapat kerjasama dengan baik,” ucapnya ketika keluar dari bilik bos aku tu. Suara dia jelas macam dulu. Dia nie langsung tak ingat ke aku perempuan dulu tu. Sah la tu. Tengok aku macam tak ada perasaan kenal pun. Macam first time jumpa je. Sedihnya aku..
“ Faz, bos nak jumpa.” Apa lagi yang bos aku nie nak? Kacau aku betul!
“ Apa bos?” soalku selamba macam bos aku nie member aku je.
“ Kenapa dengan awak tadi?”
“ Kenapa apa?”
“ Saya tengok awak gelabah semacam je. Malu depan Haikal ye?? Awak suka dia ke?” Nah kau, Fazlina. Soalan cepumas dah keluar. Alahai bos, kenapa Tanya soalan kurang intelek tu kat aku? Tanyalah soalan lain. Aku tak tahu nak jawab apa nie.
“ Gelabah apayer bos? Saya steady je.”
“ Steady apayer? Saya tengok awak macam nak cepat-cepat je keluar dari bilik saya nie tadi.” Bos nie macam tahu-tahu je. Macam dia nie ada belajar psycho je sebelum nie.
“ Soalan nie tak best la bos. Tanyala soalan lain. Macam bila projek nak start je, projek tu, projek nie. Soalan tu macam nak cekik saya je,” ujarku.
Bos ketawa. Nampak sangat budak nie nak mengelak. Kalau orang lain sah-sah tukar tajuk lain tapi budak nie terus terang je yang dia tak nak jawab soalan tu. “ Okeylah. Tapi jangan lupa esok, awak ada appointment dengan Haikal di pejabatnya pukul 11 pagi.
“HAH????”
“ Awak ada kat mana tadi? Saya dah mention tadi. Sah-sah awak nie berangan tadi.” Aku cuma sengih tunjuk gigi buat muka comel….hahaha…….
BADAN aku nie dah rasa panas semacam je walaupun tempat tu ada aircond. Tangan aku pun dah menggeletar habis dah. Sampai berpeluh. Macam mana aku nak meeting dengan dia nie? Takut aku tak boleh cakap langsung je. Masa aku masuk bangunan nie tadi, macam ada benda yang hempat kepala aku nie. Dulu aku langsung tak tahu apa-apa tentang dia nie. Miskin ke kaya ke… Aku tak tahu.
“ Cik Fazlina ye? Masuklah. Encik Haikal memang sedang menunggu Cik. Biliknya di sebelah kanan,” ucap seorang gadis. S/U dia kot.
Aku pun masuklah kat bilik yang dicakapkan tu. Aku ketuk pintu dulu tau. Si Haikal nie pulak tengok aku semacam je. Senyum pun semacam je. Confuse-confuse. Aku buat selamba duduk depan dia sebelum dia jemput aku duduk. Mula-mula dia nampak macam terkejut je lepas tu senyum balik. Aku bertambah confuse sekarang nie. Kami mula berbincang. Mula-mula tu aku gagap gak tapi masuk je topik kerja, pergh…serius semacam je. Last sekali dia tanya soalan cepumas.
“ Kita nie pernah kenal kan?” Kepala aku cepat-cepat geleng. Aku tak nak dia ingat sape aku nie. Malu siot.
AKU tengah gembira sakan nie. Apa taknya nanti aku boleh makan ayam bakar. Sekarang nie aku tengah bakar ayam. Siapa yang tak suka dapat makan BBQ. Sotong, udang, daging pun ada tau. Bos belanja. Entah kenapa dia belanja, kitaorang pun tak tahu. Tapi dengar cerita dia nak dapat orang baru. Bukan bini baru tau, anak dia kot.
Tengah seronok-seronok tu, si dia datang. Sape lagi kalau tak Haikal. Terdiam aku. Dah la aku tengah nyanyi masa tu. Dia tengok aku senyum je. Aku buat tak tahu je, terus bakar ayam. Rasa tak best sebab tak dapat nyanyi. Orang lain dah tengok lain sebab aku stop nyanyi tiba-tiba je. Aku buat muka bodoh je.
Lepas aku bakar ayam tu, aku ambil 3 ketuk ayam, daging, udang, dan sotong lari duk kat tepi pantai sorang-sorang. Aku sebenarnya nak mencekik so aku tak suka orang tengok aku makan sebab aku makan comot. Syok sikit makan sorang-sorang. Tak ada orang nak tegur. After eating, aku still duk kat tepi pantai. Sebenarnya aku memang nak join diaorang nyanyi sambil duk tepi unggun api tapi Haikal tu ada kat sana. Malas la aku nak mencelah kat sana. Aku pelik gak kenapa la mamat tu boleh ada kat sini. Nie mesti kerja bos aku. Saje nak kenakan aku.
Sedang-sedang aku seronok berkhayal kat tepi pantai tu, datang mamat tu duduk tepi aku. Tersentak aku sekejap. Mamat nie pulak asyik senyum je. Tak letih ke? Aku pandang kat unggun api. Diaorang nie memang tak sedar ke aku tak ada kat sana or saje wat tak sedar?
“ Kita nie pernah kenal kan?” Dia tanya lagi soalan cepumas tu. Aku geleng dengan laju. Mamat nie…dia dah ingat balik ke kejadian tu? Janganlah…. Aku dah malas nak ingat. “ Tapi kenapa awak nampak familiar je kat mata saya nie?” Soalan tu betul-betul macam perli aku je. Aku geleng lagi. Aku malas nak bersuara. Malu mungkin lebih tepat sekarang. Mata aku pandang laut biarpun tak nampak apa pun. Sebab apa? Sebab tak nak pandang muka dia. Memang tak sedar yang mamat nie asyik pandang aku dari tadi.
Aku pusing je terus tersentak. Kedudukan kami sekarang memang rapat giler. Aku memang tak pernah serapat nie dengan lelaki lain. Jantung aku sekarang macam nak tercabut je. Dah la dia asyik pandang aku je. Aku cepat-cepat bangun. Belum sempat aku melangkah, tangan aku kena paut. Nasib baik, berlapik. Kalau tak mamat nie dah kena penumbuk aku.
“ Lepaslah. Saya nak ke sana.” Aku tarik tangan aku tapi tak boleh. Kuat giler mamat nie pegang tangan aku.
“ Awak tak dengar jawapan saya ke?” Hisy jawapan apa pulak nie. Aku rasa aku tak beri apa-apa soalan pun kat mamat nie suruh dia jawab. Apa nie? Confuse aku dengan mamat nie. “ Jawapan untuk luahan hati awak 8 tahun lalu.” Kata-kata tu mencekik aku.
Aku rasa baik aku lari sekarang. Dia dah ingat balik. Patutlah pandang aku semacam je. Tu yang aku tak suka nie. “ Saya tak nak dengar la. Saya dah tau. Lepaslah.” Aku tarik lagi tangan aku tapi tak dapat.
“ Kalau awak dah tahu, baguslah. Saya tak payah susah-susah nak cakap.” Aku mula nak nangis. So lepaslah tangan aku nie. Aku tahu apa jawapan kau. Aku rentap tangan aku dan mula berjalan meninggalkan mamat tu.
“ Saya terima awak.” Ucapan tu buat langkah aku kaku. Aku berpaling. Mamat tu tengah melulut. Melutut beb sambil pegang cincin. Aku betul-betul tak dapat berfikir dengan baik sekarang nie. Ke aku nie tengah berangan? Ke aku nie kemaruk sangat kat mamat tu sampai aku berangan macam nie sekali? Aku pun cubit lengan aku banyak kali still aku rasa sakit.
“ Fazlina tak payah la cubit lengan tu. Nie betul-betul. Awak tak bermimpi or berangan.” Mamat tu tegur aku. “ Saya nak awak jadi isteri saya.”
“ Macam mana awak boleh tahu saya perempuan tu? Saya rasa saya dah berubah.” Tanya aku.
“ Awak memang dah banyak berubah. Dulu awak selekeh je. Tapi sekarang nie awak dah bertambah cantik. Rugi rasanya kalau saya lepaskan awak ke tangan lelaki lain. Lagipun awak merupakan satu-satunya perempuan yang berani luahkan perasaan kat saya.
Mula-mula jumpa kat office awak, saya rasa macam saya kenal awak je. So saya suruh orang siasat tentang awak. Then saya ingat balik kejadian tu. Terus je saya call Uncle Man. Nie pun Uncle Man yang bagitahu malam nie ada BBQ. Letih saya melutut nie. Awak terima atau tak lamaran saya nie?”
Aku senyum. Tiba-tiba aku dengar ada orang jerit suruh aku terima. Tengok-tengok budak office aku tengah duk intip aku dengan si Haikal nie. Sengal punya orang. Aku pandang balik Haikal. Aku rampas cincin tu sarung sendiri kat tangan aku. Aku senyum je tengok dia……..
No comments:
Post a Comment