“ APA kata Syaqie pergi jumpa Yuki…. Tanya dia, apa yang dia tidak puas hati dengan Yuri,” cadang Liya.
Cadangan Liya itu diterima. Dia dalam perjalanan ke Syarikat Gergasi untuk berjumpa dengan Yuki. Dia tidak kira. Hari ini akan menjadi penentunya. Kedatangannya disambut mesra oleh penyambut tetamu di syarikat itu.
“ Boleh saya tahu apa tujuan encik datang ke sini?” soal penyambut tetamu itu.
“ Boleh saya jumpa Cik Yukihara Huda?” soal Syaqie kembali.
“ Encik ada appointment dengan dia?” Syaqie menggeleng. “ Encik kena ada appointment kalau nak jumpa dengan dia,” ujar gadis itu dengan lembut.
Syaqie berdengus kemarahan.
“ Syaqie,” panggil seseorang.
Syaqie berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Dia terkejut dengan kehadiran Yuki di hadapan matanya. Yuki tersenyum manisdan mendekatinya.
“ Lama kita tak jumpa kan. Aku dengar nama kau sebagai peguam yang Berjaya meningkat naik,” ujar Yuki.
“ Aku ada perkara yang nak dibincangkan dengan aku,” ucap Syaqie.
“ Sure. Jom kita ke caferia,” ajak Yuki.
Syaqie hanya menurut langkah Yuki. Sampai di satu meja, Yuki melabuhkan punggungnya. Dia memesan fresh orange. Begitu juga dengan Syaqie.
“ Kau cakap ada benda nak bincang dengan aku. Apa dia?” soal Yuki.
“ Kenapa kau nak kacau kebahagiaan orang lain, hah?” Dengan Yuki, dia tidak perlu berlembut.
“ Wait…Wait…What’s hell you mean by that?”
“ Jangan nak berpura-pura, Yuki. Kenapa kau nak kacau Yuri lagi? Dia dah bahagia dengan suami dia.”
“ So, adik kesayangan kau mengadu ye,” sindirnya dengan sinis.
“ Kenapa kau nak ganggu dia lagi?”
“ Kau nak tahu kenapa? Semuanya sebab kau. Sebab kau.”
“ Kenapa aku?”
“ Dari kecil, kau selalu lebihkan dia. Kau selalu menangkan dia. Kau selalu sebelahkan dia. Kau selalu memanjakan dia. Kau selalu bermain dengan dia. Semuanya dia. Seperti dia seorang je adik kau. Habis aku ni siapa? Aku cemburu tau. Aku jadi benci dengan dia dan kau. Aku nak buat kau berpisah. Aku nak kau pandang aku sebagai adik kesayangan kau,” ucap Yuki.
“ Kau tau, Yuki. Aku tak pernah cemburu terhadap kau bila melihat Otosa lebih sayangkan kau. Begitu juga dengan Yuri. Dia tak pernah cemburu terhadap kasih sayang Otosa pada kau. Kami tahu kekurangan kami. Kenapa Otosa kurang beri perhatian pada kami. Aku tak pernah lebihkan dia. Aku cuma nak dia tidak rasa kekurangan kerana tak sempat bertemu dengan Okasa. Lagipun Otosa kurang beri perhatian pada dia. Aku tak nak dia rasa macam tu. Tapi kau busuk hati, Yuki. Kau sanggup buat saudara kandung kau menderita.
Kau tahu berapa lama Yuri tak tersenyum dan ketawa. 7 tahun. 7 tahun dia rawat luka dia. 7 tahun dia memendam perasaan. Aku habis pujuk supaya lupakan kejadian itu tapi dia tak boleh. Sekarang dia cuba lupakan kejadian itu selepas jumpa suaminya. Kalau kau ganggu dia lagi, aku tak akan teragak-agak untuk lakukan sesuatu. Aku akan dedahkan segala perangai buruk kau pada semua. Dan Jangan harap aku akan mengaku kau itu adik kau. Kau fikrkan..” Syaqie bangun berlalu pergi.
Yuki menangis di dalam bilik. Dia masih tergaman dengan kata-kata Syaqie. Apa benarkah kata-kata Syaqie itu yang dia yang bersalah? Dia menangis lagi. Dia berasa bersalah setelah mendengar kata-kata daripada Syaqie. Dia sanggup membuat saudara kandungnya menderita. Dia seorang yang kejam. Adiknya itu tidak membuat salah padanya. Dia memisahkan mereka berdua daripada Otosa.
Dia masih menangis teresak-esak. Kata-kata daripada Syaqie tadi terngiang-ngiang di telinganya. Kata-kata itu memberi kesan yang mendalam di hatinya.
“ Cik Yuki,” sapa seseorang.
Yuki terkejut. Ada orang di dalam biliknya? Siapa pula yang berani masuk ke biliknya? Dia sudah menyuruh setiausahanya supaya tidak membenarkan sesiapa masuk ke biliknya. Dia mengangkat kepalanya. Hasif??? Apa yang dia buat di sini?
“ Apa awak buat di sini?” soalnya.
“ Saya dah tahu segalanya tentang diri awak. Tentang Yuri dan Syaqie,” ujar Hasif dengan tenang.
“ Macam mana awak boleh kenal diaorang?”
“ It’s not important. What’s important here is you.” Hasif berdiri memandang Yuki yang masih menangis itu.
“ Apa kena dengan saya pulak?”
“ I know that you love them, don’t you?”
“ Apa awak cakap ni?”
“ Saya boleh nampak hati awak tapi ada sesuatu yang buat sebegini. Ego awak tu.” Pedas Sekali kata Hasif itu.
Yuki berdiri. Tajam matanya memandang Hasif. Hasif tetap tenang.
“ Urusan saya tak ada kena-mengena dengan awak,” bentak Yuki. Merah wajahnya menahan marah.
“ Saya pun tak nak ada kena-mengena dengan awak tapi hati saya yang paksa saya buat macam ni.” Suara Hasif menjadi lembut Sekali.
Yuki tergaman. Maksud ayat Hasif tidak difahami olehnya. Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata Hasif? Dia terdiam seketika. Hasif yang melihat Yuki terdiam, tersenyum. Dia tahu tentu Yuki bingung memikirkan kata-katanya tadi. Dia sendiri tidak tahan lagi untuk memendam perasaannya terhadap gadis itu.
“ Saya sayangkan awak,” luah Hasif.
“ Mengarut. Jangan buat saya ketawa kat sini.” Yuki menjeling.
“ Saya tak mengarutlah. Ini kata hati saya. Dan saya tak paksa awak untuk terima saya,” ucap Hasif Sambil melangkah keluar.
Yuki terduduk semula setelah Hasif keluar dari situ. Dia cuma mampu menangis. Menangis kerana abang dan adiknya.
SYAQIE termenung di balkoni biliknya. Dia mengeluh. Dia memikirkan balik apa yang diucapkan oleh Yuki kepadanya. Mungkin benar dia lebihkan Yuri daripada Yuki sehingga Yuki berasa sebegitu. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan atas apa yang dilakukan oleh Yuki. Dia juga sayangkan Yuki seperti Yuri. Dia sayangkan kedua adiknya. Bila difikirkan balik, dia lebih memberi perhatian kepada Yuri. Dengan Yuki, dia melayan Yuki seperti kawannya.
Tetapi itu kerana dia tidak mahu Yuri bersedih apabila teringat Okasa. Otosa pula terang-terang melebihkan Yuki dalam semua perkara. Sehingga dia dan Yuri terasa terabai. Cuma mereka tidak meluahkan perasaan itu. Dia menjadi letih memikirkan perkara ini. Dia mengeluh untuk kali kedua.
Berfikir tentang Otosa pula, dia menjadi gembira. Otosa telah mencari peluang untuk bertemu dengan Yuri. Dia telah memberitahu keadaan Yuri yang tidak mendapat melihat. Pada mulanya, Otosa kelihatan terkejut. Dia ingin bertemu dengan Yuri pada masa itu juga. Setelah ditenangkan oleh Syaqie, barulah dia kelihatan tenang. Masa itulah, Syaqie sedar Otosa bukannya tidak sayangkan mereka berdua.
No comments:
Post a Comment