Saturday, January 29, 2011

Sedingin kasih49

“ KENAPA  dengan  isteri  abang  ni? Murung  je,” tegur  Hakkai  melihat  isteri  termenung  di  balkoni.
            “ Tak  ada  apa-apalah. Saya  saja  duduk  di  sini. Bosanlah,”ucap  Yuri.
            Hakkai  duduk  di  sebelah  isterinya. Dia  juga  memandang  ke  arah  langit.
            “ Mesti  malam  ni  langit  cantik  kan. Bintang  bersinar  terang. Kalau  kat  jepun  dulu, saya  selalu  keluar  ke  pantai  malam-malam  macam  ni  semata-mata  untuk  melihat  pemandangan  macam  ni. Kawan  saya, Okada, dia  percaya  orang  yang  dah  mati  akan  menjadi  bintang  di  langit. Pelik  kan  kepercayaan  diaorang. Dulu  masa  saya  masih  kecil  kecil  pun  saya  ingat  macam  tu. Saya  selalu  pandang  bintang  yang  besar  kerana  saya  ingat  itulah  Okasa, mama  saya. Bila  dah  besar, saya  ketawakan  diri  saya.” Suara  Yuri  berubah  menjadi  sebak.
            Hakkai  yang  mendengar  suara  itu  berubah  memandang  Yuri. Yuri  sedang  mengesat  air  matanya. Hakkai  perlahan-lahan  memeluk  bahu  Yuri.
            “ Maafkan  abang,” ucap  Hakkai.
            “ Kenapa?”
            “ Abang  yang  kacau  sayang  dalam  mesej  hari  tu,” ucap  Hakkai.
            “ Hah? Abang? Saya  minta  maaf. Saya  menyumpah  abang  hari  tu. Tapi  salah  abang  siapa  suruh  main-main  macam  tu,” ujar  Yuri.
            Hakkai  ketawa  mendengar  kata-kata  daripada  Yuri. “ Seronok  dia  mengata  abang. Tahulah  dia  pandai  cakap  Jepun.”
            Yuri  tersenyum  manis  sambil  memejam  matanya.
            “ Sayang  tak  pernah  cerita  pun  pada  abang  yang  sayang   pernah  pergi  Jepun,” ujar  Hakkai.
            “ Saya  bukan  pergi  melancong  tapi  belajar. Dulu  saya  ingat  tinggal  di  sana  tapi  Aika  suruh  saya  balik. Kalau  tak, saya  akan  tinggal  di  Jepun. Saya  tak  nak  balik  Malaysia  lagi  tapi  kerana  Aika  yang  suruh, saya  balik  juga,” ucap  Yuri.
            “ Kenapa  sayang  tak  nak  balik  Malaysia?”
            “ Kerana  saya  ada  kenangan  pahit  di  Malaysia. Sampai  sekarang  pun, saya  tak  dapat  lupakan  kenangan  tu. Saya  minta  pada  abang  jangan  tanya  saya  pasal  kenangan  tu. Saya  tak  ada  kekuatan  untuk  bercerita  pada  abang,” ujar  Yuri.
            “ Abang  pun  ada  kenangan  pahit. Bila  sampai  masanya, kita  akan  buka  cerita  itu.” Hakkai  mengimbas  kembali  kenangannya  bersama  Safarina  Aida. Dia  pun  tiada  kekuatan  untuk  bercerita  pada  Yuri  tentang  itu. Kerana  wanita  itu, dia  telah  membenci  wanita  bertudung.
            “ Abang, boleh  tak  call  Aika. Ada  perkara  yang  saya  nak  bincangkan  dengan  Aika. Boleh  kan?” soal  Yuri  meminta  izin.
            “ Perkara  apa?”
            “ Itu  rahsia. Abang  pun  tak  boleh  tahu  selagi  belum  sampai  masanya,” ucap  Yuri  dengan  gaya  yang  manja.
            Hakkai  ketawa. “ Dengan  abang  pun  nak  berahsia  ye. Nak  kena  ni.” Hakkai  memeluk  pinggang  Yuri  dan  mencium  pipi  Yuri  berulang  kali. Yuri  cuba  menolak. Tetapi  tidak  dapat. Akhirnya  dia  membiarkan  sahaja.
            Hakkai  ketawa  lagi. Bahagia… Syukur  kerana  dia  telah  bertemu  dengan  pasangan  hidupnya. Mungkin  inilah  hikmahnya  kenapa  dia  tidak  berkahwin  dengan  Safarina  Aida.
            “ Abang  janji  tak  akan  sia-siakan  sayang,” janji  Hakkai.
            Yuri  tersenyum  manis. Janji  itu  dia  akan  pegang  selamanya…



YURI  menunggu  Syaqie  di  ruang  tamu. Abangnya  itu  telah  berjanji  untuk  bertemu  dengannya  hari  ini. Kedengran  ngauman  kereta  masuk  ke  perkarangan  rumahnya. Dia  mendengar  satu  suara  member  salam. Abangnya  itu  sudah  masuk. Mak  Lin  menyambutnya.
            “ Masuklah  Syaqie. Yuri  ada  di  ruang  tamu  tu.” Mak  Lin  menghilangkan  dirinya  ke  dapur.
            Syaqie  ke  ruang  tamu. Kelihatan  Yuri  sedang  duduk  di  kerusi  tanpa  berbuat  apa-apa. Timbul  rasa  kasihan  di  lubuk  hatinya  apabila  melihat  keadaan  adiknya. Entah  apa  yang  ingin  dibincangkan. Biasanya  adiknya  itu  akan  cuba  menyelesaikan  masalahnya  dengan  sendiri. Ini  tentu  masalah  yang  serius  sehinggakan  Yuri  tidak  mampu  untuk  menyelesaikannya  sendiri. Dia  menghampiri  adiknya. Dia  melihat  kepala  adiknya  bergerak  ke  kiri  ke  kanan.
            “ Princess,” sapa  Syaqie.
            “ Aika, Yuri  ingat  Aika  tak  datang,” ucap  Yuri.
            Syaqie  mencium  dahi  adiknya. Dia  terlihat  akan  senyuman  manis  adiknya. Lama  matanya  kaku  di  bibir  mungkil  adiknya  itu. lama  dia  tidak  melihat  menatap  senyuman  itu. Dia  duduk  di  sebelah  adiknya.
            “ Aika  tak  nak  buang  masa. Tentu  princess  ada  sesuatu  yang  penting  nak  bagitau  Aika. You  can  tell  me  now. I’m  waiting,” ujar  Syaqie. Sebenarnya  dia  tidak  sabar  untuk  mendengar  masalah  adiknya  itu.
            “ It’s  about…Yuki,” ujar  Yuri  perlahan.
            Walaupun  perlahan, Syaqie  dapat  menangkap  bait   kata  yang  terluah  di  bibir  Yuri. Dia  tahu  Yuri  susah  untuk  menyebut  nama  Yuki. Dia  ada  bertembung  dengan  Yuki  sejak  akhir-akhir  ini  tetapi  dia  tidak  menegur. Dia  masih  terasa  hati  dengan  perbuatan  Yuri.
            “ Kenapa  dengan  dia?”
            “ Yuri  ada  berjumpa  dengan   dia  akhir-akhir  ni,” ujar  Yuri.
            Syaqie  terkejut. Sebenarnya  dia  berharap  sangat  supaya  Yuri  tidak  terserempak  dengan  Yuki. “ Kenapa  princess  jumpa  dia?”
            “ Bukan  Yuri  yang  nak  jumpa  dia  tapi  dia  yang  nak jumpa  Yuri.” Yuri  berkerut  dahinya.
            “ Apa  yang  dia  nak, jumpa  princess?”
            “ Dia  cakap  dia  tak  akan  biarkan  Yuri  bahagia. Yuri  takut.” Dia  menyuarakan  kata  hatinya. Dia  tidak  main-main. Dia  benar-benar  takut.
            Spontan, Syaqie  memeluk  bahu  adiknya. Adiknya  itu  sudah  menemui  kebahagiaan  dalam  hidupnya. Dia  juga  takut  sekiranya  kebahagiaan  adiknya  diragut  sekali  lagi.
            “ Please, don’t  worry, princess. I  will  not  let  that  happen  to  you. I’m promise,” pujuk  Syaqie.
            “ Yuri  takut. Aika  bukan  tak kenal  dengan  Yuki. Dia  boleh  buat  apa  saja untuk  puaskan  hatinya.”
            “ Itu  dulu. Sekarang  Aika  tak  benarkan  dia  rampas  kebahagiaan  kita  lagi.” Syaqie  memujuk  Yuri. Dia  tidak  biarkan  ia  berlaku  lagi.
           



BALIK  dari  rumah  Yuri, dia  mula  memikirkan  rencana  untuk  membantu  adik  kesayangannya  itu. Ligat  dia  berfikir. Dia  sendiri  tidak  tahu  apa  yang  bermain  di  fikiran  adiknya  yang  seorang  lagi  itu. Entah  apa  yang  didendamkan  oleh  Yuki, dia  tidak  tahu. Setahunya, dia  dan  Yuri  tidak  pernah  melakukan  perkara  yang  menyakitkan  hati  Yuki. Mereka  berdua  akan  dimarahi  oleh  Otosa  sekiranya  berbuat  demikian. Yuki  amat  disayangi  oleh  Otosa  berbanding  Mereka  berdua. Hanya  kerana  Mereka  berdua  tidak  meminati  bidang  perniagaan.
            “ Macam  mana  ni  ye? Hisy, pening  kepala  aku.” Syaqie  menggaru  kepalanya  yang  tidak  gatal  itu.
            Dia  perlu  pantas  bertindak. Yuki  bukan  seorang  yang  boleh  bertolak  ansur.  Benar  kata  Yuri, Yuki  boleh  melakukan  apa-apa. Dia  bukan  tidak  pernah  kena. Apa  yang  patut  dilakukan? Dia  perlukan  seseorang  untuk  berbincang. Seseorang  yang  benar-benar  faham  akan  keadaannya  sekarang. Liya. Dia  segera  menelefon  Liya.
            “ Hello. Assalamualaikum,” sapa  Liya  di  talian.
            “ Waalaikumussalam, Liya. Ni  Syaqie. Syaqie  ada  perkara  yang  nak  dibincangkan  dengan  Liya. Bila  Liya  free?”
            “ Malam  ni  Liya  free. Kenapa  ni, Syaqie? Ada  masalah  apa?” Nada  cemas  Syaqie  membuatkan  Liya  juga  berasa  cemas. Syaqie  akan  sebegini  cemas  sekiranya  ada  sesuatu  yang  menimpa  Yuri.
            “ It’s  about  Yuri. Syaqie  akan  ambil  Liya  pukul  8  malam,okey,” ucap  Syaqie.
            “ Baiklah, Liya  tunggu.” Tepat  sekali  tekaannya. Tentu  pasal  Yuri.
            Hilang  sedikit  cemas  di  kepala  Syaqie. Tentu  Apabila  berbincang  dengan  Liya, akan  ada  jalan  penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment