Monday, October 15, 2012

Love Letter




DIAN  tersenyum  apabila  melihat  lelaki  kesayangan  bermain  bola  tampar. Nampak  macho. Dia  sendiri  tidak  tahu  kenapa  dia  boleh  boleh  terpikat  dengan  lelaki  yang  sudah  dikenali  sekian  lama  itu. Yang  sering  bermain  dengannya  masa  kecil. Memang  sudah  macam  belangkas  mereka  berdua.
            Selepas   sekolah  rendah, lelaki  itu  ditawarkan  masuk  ke  sekolah  berasrama  penuh. Dia  menangis  sepanjang  hari  itu. Sehinggakan  lelaki  itu  terpaksa  datang  ke  rumahnya  untuk  memujuknya.
            “ Kalau  Dian  nak  masuk  sekolah  sama  dengan  Qazir, result  PMR  nie  Dian  kena  buat  betul-betul. Bolehkan?” Kerana  kata-kata  itulah  yang  telah  membuatkannya  belajar  siang  dan  malam  sehingga  dia  berjaya  masuk  ke  sekolah  yang  sama  dengan  lelaki  itu.
            Akan  tetapi  hubungan  mereka  berdua  tidak  sama  lagi  seperti  dulu. Dia  menjadi  malu  tatkala  bertembung  dengan  lelaki  itu. Suaranya  seakan  tidak  boleh  terkeluar  apabila  berhadapan  dengan  lelaki  itu. Lelaki  itu  pun  tidak  semesra  dahulu. Tegur  pun  gitu-gitu  je.
            “ Kau  nie  tak  habis-habis  tengok  si  Qazir  tu. Dah  macam  stalker  aku  tengok  kau. Bila  depan  dia, tunduk  memanjang,” tegur  Sayia  mematikan  pandangan  matanya  pada  Qazir.
            “ Nak  buat  macam  mana? Saya  memang  sukakan  dia. Opps! Terkuat  pulak. Awak  jangan  beritahu  orang  lain, tau,” ujar  Dian.
            “ Alah, memang  ramai  yang  sukakan  mamat  tu. Aku  je  yang  tak  minat  lelaki  yang  macam  tu. Jangan  risau, rahsia  kau  memang  selamat  dengan  aku, kalau  tak  ada  curi  dengarlah,” ujar  Sayia. 
            Dia  menyambung  kembali  memandang  ke  arah  Qazir  yang  sedang  seronok  bermain  itu. Sambil  itu, dia  sedang  berfikir  macam  mana  mahu  memberitahu  tentang  perasaan  hatinya  kepada  Qazir. Sedang  dia  berfikir  itu, dia  melihat  ada  kertas  yang  melayang  di  hadapannya. Tiba-tiba  sahaja  timbul  idea untuk  luahkan  perasaannya  pada  Qazir. Old  school  idea..
Bila  aku  terkenangkan  kenangan  kita  bersama
Aku  tersenyum  sendiri
Kerna  kenangan  antara  kenangan  terindah  dalam  hidupku
Aku  mahu  mengikut  jejak  langkahmu
Kerna  aku  mahu  bersamamu  selamanya
Setelah  sekian  lama  perasaan  ini  terpendam
Aku  ingin  meluahkan  padamu
Yang  aku  sangat  cintaimu
Dari  Dian  Arini

DIAN  tersengih  membaca  ayat  yang  dia  sendiri  karang. Dia  tidak  tahu  yang  tangannya  boleh  menulis  ayat  yang  agak  jiwang  baginya.  Dia  melipat  kertas  itu  dan  memasukkan  ke  dalam  sampul  surat  yang  berwarna  pink  itu. Dia  membawa  surat  itu  ke  dadanya.
            Dia  keluar  dari  biliknya  untuk  ke  kelasnya. Dia  tidak  berada  di  dalam  kelas  yang  sama  dengan  Qazir. Jadi  untuk  berjumpa  dengan  Qazir, dia  perlu  ke  kelas  Qazir  dahulu. Seperti  Qazir  sudah  berada  di  dalam  kelas  menyambung  tidur. Dia  memanggil  seorang  pelajar  dalam  kelas  itu  untuk  mengejutkan  Qazir  yang  kelihatan  lena  itu. Qazir  yang  sudah  tersedar  itu  memandangnya  lalu  bangun  mendekatinya.
            “ Dian  ada  benda  nak  bagi  kat  Qazir. Boleh  kita  ke  taman  sekejap?” soal  Dian  sedikit  tunduk  tidak  memandang  ke  muka  Qazir.
            “ Okey,” jawab  Qazir  ringkas.
            Mereka  berdua  pun  berjalan  ke  taman  itu. Sampai  di  taman, Dian  berpaling  ke  arah  Qazir. Dia  menarik  nafas  panjang. Ini  antara  perkara  hidup  matinya. Dia  mahu  yang  sempurna  untuk  perkara. Dia  tidak  kisah  jika  Qazir  tidak  akan  menerima  perasaannya. Kerana  dia  tahu, perasaan  cinta  itu  tidak  boleh  dipaksa.
            “ Ada  apa  nie?” soal  Qazir  apabila  melihat  Dian  seperti  berkhayal  ke  alam  lain.
            “ Lupa  pula. Nie. Ambillah.” Dian  menghulurkan  surat  yang  disorokkan  tadi.
            Qazir  terpinga-pinga  sebentar. Dia  memandang  surat  itu  kemudian  wajah  Dian  yang  sudah  merah  itu. Perlahan-lahan  dia  mengambil  surat  dari  tangan  Dian. Dian  mengangguk-angguk.
            “ Nanti  bagi  jawapan  kat  Dian  ye. Tak  kisah  bila-bila  pun. Janji  bagi  jawapan  kat  Dian  ye.” Sebaik  sahaja  habis  ayat  itu  dituturkan, Dian  melarikan  dirinya.

DIAN  ceria  memulakan  paginya. Dia  tidak  sabar  menantikan  jawapan  dari  Qazir. Tentu  Qazir  sudah  membaca  surat  itu. Kalau  boleh, dia  mahu  melihat  reaksi  ketika  Qazir  membaca  surat  itu. Sayia  pun  menyedari  perubahan  ceria  Dian  pada  pagi  itu.
            “ Kenapa  kau  nie? Sejak  bangun  pagi  tadi, sampailah  sekarang  kau  tersengih-sengih  semacam  nie. Kau  kena  sampuk  ke?” soal  Sayia.
            “ Tak  adalah. Kenapa  awak  tanya  macam  tu  pulak?” soal  Dian  dengan  sengihan  yang  tidak  mahu  di  bibirnya.
            “ Yelah. Biasanya  kau  tak  macam  nie. Risau  juga  aku. Nanti  tak  pasal-pasal  kena  sampuk  sekali,” ujar  Sayia.
            “ Hish, awak  nie, ke  situ  pulak. Saya  okey  je,” ucap  Dian.
            Mereka  berdua  bergerak  ke  kelas  bersama-sama. Namun  mereka  dihalang  oleh  beberapa  orang  senior. Dahi  mereka  berkerut. Kenapa  pula  ini? Setahu  mereka, mereka  berdua  tidak  melibatkan  diri  dengan  senior.
            “ Awak  nie  Dian  Arini  ke?” soal  salah  seorang  dari  mereka.
            “ Ya, saya. Ada  apa  nie?” soal  Dian  kembali.
            “ Jom  ikut  kami  ke  kelas. Ada  perkara  yang  best  nak  tunjuk  kat  Dian  nie,” ajak  senior  tersebut. “ Oh, kalau  Dian  takut, Dian  boleh  bawa  kawan  Dian  nie.”
            Dian  pantas  menarik  lengan  Sayia  mengikutnya. Dia  memang  takut  dengan  pandangan  senior-senior  itu. Semakin  dekat, semakin  dia  tahu  arah  tujunya. Ini  kelas  Qazir. Kenapa  pula  dia  dibawa  ke  sini? Dia  semakin  takut.
            “ Beb, nie  chick  yang  bagi  surat  tu  kan?” soal  senior  tadi  sambil  memeluk  leher  Qazir.
            “ Yelah,” jawab  Qazir  pendek.
            “ Dengar  kelas  semua, nie  ayat  indah  yang  terkarang  dalam  surat  budak  tu. Bila  aku  terkenangkan  kenangan  kita  bersama, aku  tersenyum  sendiri, Kerna  kenangan  antara  kenangan  terindah  dalam  hidupku, Aku  mahu  mengikut  jejak  langkahmu, Kerna  aku  mahu  bersamamu  selama, Setelah  sekian  lama  perasaan  ini  terpendam, Aku  ingin  meluahkan  padamu, Yang  aku  sangat  cintaimu. Best  juga  ayat  budak  nie. Pandai  dia  tulis  surat  nie. Boleh  jadi  penulis  novel  cinta  nie,” ujar  senior  tadi.
            Dian  sudah  menunduk  malu. Malu  kerana  surat  yang  ditulis  hanya  untuk  Qazir  dibaca  oleh  orang  lain  dan  juga  di  hadapan  orang  ramai. Dia  dapat  mendengar  suara  yang  ketawa  di  sekelilingnya. Sayia  memandang  wajah  Dian  yang  tertunduk  itu. Dia  mendekati  senior  yang  membaca  surat  kawan  itu.
            Dush!!! Terpelanting  senior  itu  lalu  terduduk. Sayia  buat  muka  tak  bersalah  plus  muka  berlagak.
            “ What  the  heck…” Belum  sempat  ayat  itu  dihabiskan, Sayia  telah  menarik  kolar  senior  itu. Semua  orang  di  kelas  itu  terkejut.
            “ Hei mamat  tak  berapa  nak  handsome, sedap  tak  penumbuk  aku? Aku  dah  lama  tak  praktis. Kau  nak  tahu  kenapa aku  tumbuk  kau  kan? Sebab  surat  kawan  aku  tu. Dia  ada  tulis  kat  kau  ke? Yang  kau  baca  tu  kenapa? Nak  cakap  bodoh, takkanlah  boleh  sekolah  kat  sini  pulak  kan. Tapi  otak  tu  tak  guna. Dasar  beruk  bodoh.” Sayia  melepaskan  kolar  senior  itu.
            Dia  berpaling  ke  arah  Qazir  yang  terdiam  itu. “ Dan  kau, kalau  tak  sukakan  kawan  aku  tu, tak  payah  nak  malukan  dia  macam  tu. Nie  sekor  lagi  beruk  bodoh.”
            Tiba-tiba  Puan  Masitah, guru  displin  plus  guru  yang  paling  garang  di  sekolah  itu  berada  di  dalam  kelas  itu. Semua  memandang  guru  itu  menunggu  tindakan  guru  itu. Sayia  memang  buat  muka  tak  bersalah. Dia  langsung  tidak  takut  akan  tindakan  yang  mungkin  dikenakan  kepadanya. Hanya  Dian  sahaja   yang  kelihatan  takut.
            “ Awak  berempat  ikut  saya  ke  bilik  displin  sekarang  juga,” arah  Puan  Masitah  dengan  tegas  kepada  keempat-empat  pelajar  yang  terlibat.
            Sesampai  di  bilik  displin, Puan  Masitah  memandang  mereka  dengan  pandangan  garang. Mereka  menunduk  memandang  kecuali  Sayia. Dia  tetap  melawan  pandangan  mata  Puan  Masitah.
            “ Awak  semua  tahu  kenapa  saya  panggil  ke  bilik  nie?” soal  Puan  Masitah  memulakan  pertanyaannya.
            “ Tahu,” jawab  Sayia  ringkas.
            Puan  Masitah  memandang  Sayia. Budak  nie  memang  tak  takut  langsung  menjawab. “ Ok, biar  saya  tanya  jelah  kesalahan  awak, Sayia?”
            “ Saya  dah  tumbuk  pelajar  yang  berperangai  macam  beruk  bodoh, cikgu.” Sinis  Sayia  menjawab  sambil  tersengih  kepada  pelajar  yang  ditumbuknya  tadi.
            “ Tahu  pun  awak  ye.” Puan  Masitah  berkata. “ Awak  pula, Dian?”
            “ Erk..hmm…”
            “ Kenapa? Awak  tak  tahu  ke  kesalahan  awak  sendiri? Nak  saya  beritahu?” soal  Puan  Masitah.
            “ Saya…dah..tulis surat…cinta  pada… pelajar  itu,” ujar  Dian  teragak-agak. Dia  benar-benar  malu dengan  keadaan  itu.
            “ Awak  tahu  tak, Dian, saya  paling  tak  suka  pelajar  kat  sekolah  nie  bercinta. Mungkin  ada  yang  berkapel  tapi  saya  tak  nampak  dengan  mata  saya  sendiri, jadi  saya  tak  boleh  buat  apa-apa. Tapi  kes  awak  nie  terang-terang  saya  nampak. Jadi  saya  akan  ambil  tindakan. Dan  awak, Alif, awak  harapan  sekolah. Jangan  membazir  masa  awak  dengan  kegiatan  bodoh  macam  nie. Awak  faham  maksud  saya  kan, Alif?” soal  Puan  Masitah.
            Qazir  mengangguk  faham.
            “ Balik  ke  kelas  awak  semua  sekarang. Sayia  dan  Dian  akan  dapat  hukuman  mereka  kemudian,” ujar  Puan  Masitah.
            Mereka  berempat  keluar  dari  bilik  displin  itu. Dian  sudah  mahu  menangis. Kerana  suratnya  itu, Sayia  yang  tidak  berkaitan  menjadi  mangsa. Sayia  perasan  yang  keadaan  itu.
            “ Padan  muka  korang  berdua. Sorang  gatal  nak  bercinta, sorang  berlagak. Kan  dah  kena  denda. Tak  sabar  aku  nak  tengok  korang  kena  denda,” ujar  pelajar  itu.
            “ Kau  nak  aku  belasah  kau  sampai  kau  terbaring  kat  sini  ke? Aku  pun  memang  lama  tak  belasah  orang  nie. Alang-alang  dah  kena  denda, baik  aku  buat  betul-betul,” ujar  Sayia  maju  ke  pelajar  itu  namun  lengannya  ditarik  oleh  Dian.
            “ Sayia, jomlah  kita  masuk  kelas. Dah  lewat  nie. Nanti  cikgu  bio kita  marah  pulak,” ajak  Dian.
            Qazir  hanya  melihat  mereka  berdua  berlalu  dari  situ. Dia  sendiri  tidak  menyangka  yang  perkara  ini  akan  menjadi  besar  seperti  ini.

“ ADA  orang  tu  tulis  surat  cinta  kat  Senior  Aliflah. Perasan  nak  mampus  budak  perempuan  tu,” perli  budak  perempuan  dalam  kelas  Dian.
            Dian  tidak  berkata  apa-apa. Dia  tahu  yang  perkara  itu  telah  tersebar. Dia  diperli  dipulau  serta  dibuli  oleh  budak  perempuan  dalam  kelasnya. Hanya  Sayia  sahaja  yang  bercakap  dengannya.
            Tiba-tiba  dia  terdengar  namanya  dipanggil  dalam  pengumuman  sekolah. Dia  diberitahu  supaya  pergi  ke  bilik  displin  dengan  kadar  segera. Dia  melangkah  perlahan-lahan  ke  bilik  itu. Sebaik  sahaja  melangkah  masuk  ke  bilik  displin  itu, pipinya  ditampar. Dia  mengangkat  wajahnya  untuk  melihat  siapa  yang  menamparnya. Dia  terkejut. Ayah!!! Ibunya  turut  berada  di  situ.
            “ Ayah,” panggil  perlahan  untuk  bersalam.
            “ Sebab  nie  ke  Dian  nak  masuk  sekolah  nie? Sebab  nak  bercinta  dengan  Qazir? Jawab  soalan  ayah, Dian.” Ayahnya  sudah  menjerkahnya.
            Dian  tidak  tahan. Dia  sudah  menangis  teresak-esak. Dia  tidak  sangka  ibu  bapanya  dipanggil  untuk  kes  ini. Dia  tidak  berani  lagi  untuk  memandang  ayah  apatah  lagi  ibunya. Dia  malu. Kalau  dia  tahu  ini  pengakhiran  surat  cinta  itu, dia  tidak  akan  berfikir  untuk meluahkan  perasaan  itu. Biar  cinta  itu  terpendam  dalam  hati  kecilnya.
            “ Cikgu, saya  nak  transfer  anak  saya  keluar  dari  sekolah  nie.” Ayahnya  sudah  membuat  keputusan.
            “ Encik, tak  perlulah  buat  keputusan  macam  tu  sekali. Saya  rasa  sudah  cukup  kalau  Dian  diberikan  teguran  supaya  dia  tidak  lakukan  perkara  seperti  ini  lagi. Saya  sendiri  akan  tolong  perhatikan  dia,” ujar  Puan  Masitah.
            “ Tak  perlu, cikgu. Saya  memang  nak  keluarkan  dia  dari  sekolah  nie. Kalau  dia  duduk  sekolah  nie  pun  bukannya  dia  belajar. Mengendap  anak  teruna  orang. Saya  tak  nak.” Ayahnya  tidak  akan  mengubah  keputusan  yang  dibuat.
            “ Dian, awak  masuk  kelas  dulu. Encik, saya  nak  sediakan  prosedur  nak  berhenti  sekolah  dulu. Encik  boleh  balik  dulu. Esok  encik  datang  ambil  anak  encik,” ucap  Puan  Masitah.
            Dian  keluar  dari  bilik  displin  itu  dan  melangkah  ke  kelas. Di  pintu  masuk kelas  itu, Sayia  sudah  menunggu  dengan  muka  berkerut. Dian  cuba  untuk  tersenyum.
            “ Kenapa?”
            “ Pasal  kes  tulah. Jangan  risau, saya  tak  apa-apa,” ujar  Dian.
            “ Ceritalah. Mungkin  aku  boleh  tolong.”
            “ Tak  ada  apa-apa  yang  boleh  awak  tolong, Sayia. Saya  akan  keluar  dari  sekolah  nie,” bagitahu  Dian.
            “ Apa?”
            “ Ayah  saya  datang. Dia  marah  sangat  pasal  kes  ini. Dia  tak  nak  saya  sekolah  kat  sini  sebab  dia  cakap  saya  tak  akan  belajar. Asyik  ingat  Qazir  tu  je. Jadi, mulai  esok  saya  dah  keluar  dari  sekolah  nie.”
            Sayia  diam. Memang  dia  sudah  tidak  boleh  buat  apa-apa. Itu  keputusan  ibu  bapa  Dian. “ Sabarlah, Dian. Nie  no  phone  aku. Nanti  ada  masa, kita  keluar  sama-sama. Jangan  lupa  aku  kat  sini.”
            “ Mestilah  tak. Awak  je  kawan  saya  kat  sini.”

11  TAHUN KEMUDIAN
HARAP-harap  bos  aku  baik  orangnya. Itulah  yang  didoakan  oleh  Dian  sebaik  dia  melangkah  masuk  ke  WACha  Holding’s. Dia  takut  sekiranya  dia  mendapat  bos  yang  gatal. Sudahlah  dia  jenis  yang  pemalu. Kerjaya  sebagai  Interior  Designer  sudah  menjadi  impiannya  sejak  dia  melihat  rumah  Sayia  yang  cantik. Dia  berhasrat  untuk  menjadi  interior  designer  yang  kreatif.
            “ Saya, Dian  Arini  datang  melapor  diri,” ujar  Dian  kepada  penyambut  tetamu  syarikat  itu.
            “ Tunggu  sekejap  ye. Saya  nak  check  dulu,” ujar  penyambut  tetamu  itu.
            Selepas  seketika  menunggu, dia  diarahkan  masuk  ke  bilik  pengarah  besar. Dia  berjalan  ke  bilik  yang  dikatakan  itu. Pintu  itu  diketuk  perlahan. Arahan  masuk  kedengaran. Dia  melangkah. Namun  langkahnya  itu  mati  di  depan  muka  pintu.
            “ Masuk  dan  tutup  pintu, ye. Jangan  tercegat  kat  situ. Sila  duduk.” Arahan  itu  keluar  dari  lelaki  yang  tidak  sedikit  pun  memandang  ke  arahnya.
            Dian  menelan  air  liur. Dia  berasa  sesak  berada  di  dalam  bilik  itu. Dia  duduk  di  kerusi  di  hadapan  lelaki  itu. Lelaki  itu  menutup  fail  yang  diteliti  menyebabkan  dia  sedikit  terkejut. Dia  langsung  tidak  memandang  ke  wajah  lelaki  itu.
            “ Biasa  kalau  orang  bercakap, mereka  akan  memandang  muka  orang  bercakap. Ini  tak  belajar  adab  ke?” sindir  lelaki  itu.
            “ Maaf, Encik  Alif. Saya  tak  sengaja.” Dian  mengangkat  mukanya  memandang  wajah  Qazir.
            Dia  takut  apabila  bertentangan  mata  dengan  Qazir. Mata  Qazir  tajam  memandang  ke  arah  wajahnya. Qazir  tidak  berubah  namun  sedikit  matang  dari  dulu. Walaupun  sudah  satu  dekad  tidak  berjumpa, dia  masih  mengingati  wajah  yang  dulu  menyebabkan  dia  mengalami  kemurungan  dulu.
            “ Encik  Alif?? Panggil saya, Encik  Qazir. Itu  kan  nama  saya,” ujar  Qazir  dengan  lembut.
            “ Tapi, mereka  semua  panggil  Encik, Encik  Alif. Takkanlah  saya  nak  panggil  Encik  Qazir  pula? Nanti  pelik  orang  dengar  dan  boleh  menyebabkan  salah  faham,” ucap  Dian.
            “ Bukan  itu  ke  nama  yang  selalu  Dian  panggil  Qazir  dulu, Dian?” soal  Qazir  dengan  senyuman  manis.
            “ Itu  dulu. Sekarang  lain. Berbeza.” Dian  terkejut  apabila  Qazir  membangkitkan  tentang  kenangan  lalu.
            “Qazir nak  Dian  panggil  Qazir, Encik  Qazir. Kalau  tak  Qazir  akan  beritahu  semua  orang  dalam  office  nie  tentang  surat cinta  Qazir  itu. ‘Bila  aku  terkenangkan  kenangan  kita  bersama, aku….’”
            “ Baiklah. Saya  akan  panggil  Encik, Encik  Qazir. Tapi  jangan  sebut  pasal  surat  itu  lagi.” Pantas  Dian  memintas  ayat  Qazir.
            “ Bagus. Dian  boleh  keluar  dulu. Oh, sebelum  Qazir terlupa, baik  Dian  ikut  semula  arahan  Qazir, kalau  Dian  tak  nak  rahsia  surat  cinta  Dian  tu  jatuh  ke  tangan  orang  lain,” pesan  Qazir.
            Dian  dengan  pantas  memboloskan  diri  keluar  dari  bilik. Dia  sedikit  takut  apabila  mendengar  arahan  terakhir  Qazir. Lelaki  itu  masih  mahu  mengingatkannya  tentang  surat  cinta  itu. Dia  menjadi  takut  untuk  bekerja  di  situ.
            ‘ Sabar, Dian. Dia  takkan  buat  yang  bukan-bukan. Dia  pun  takut  reputasi  dia  jatuh.’ Dia  berbisik  dalam  hatinya  untuk  menenangkan  perasaannya  yang  kacau-bilau  kerana  lelaki  itu. Dian  duduk  di  tempatnya. Ada  beberapa  orang  datang  ke  mejanya.
            “ Hai, selamat  bekerja. Kitaorang  nie  pun  baru  lagi  kat  sini. Nie  Zana, Hani, and  aku  Mira,” ucap  Mira.
            Dian  tersenyum  sambil  mengangguk. “ Hai, saya  Dian. Apa  khabar?”
            “ Baik. Kau  mesti  dah  jumpa  Encik  Alif  kan, bos  kita  yang  handsome  tu?” Kini  wanita  yang  bernama  Hani  pula  bersuara.
            Senyuman  Dian  mati  seketika. Dia  mengangguk  lagi. Dia  menjadi  takut  apabila  mendengar  nama  Qazir  disebut.
            “ Ramai  yang  cakap  Encik  Alif  tu  dah  ada  girlfriend. Jadi, aku  beritahu  kau  awal-awal, jangan  jatuh  cinta  dengan  dia. Nanti  kau  juga  yang  merana,” ujar  Mira.
            “ Hah? Jatuh  cinta? Taklah. Saya  nie  tak  berapa  nak  berani  dengan  lelaki. Jadi  nak  jatuh  cinta  tu  susah  sikit. Tapi  saya  akan  ambil  nasihat  tu  sebagai  peringatan.” Dian  tersenyum  manis  tidak  mahu  ada  yang  tahu  dia  kecewa  dengan  berita  yang  didengari  sekarang  ini.
            “ Dahlah  berborak. Buat  kerja  korang  sekarang. Nak  makan  gaji  buta  ke?” sound  seseorang  dari  jauh.
            Mereka  semua  berpaling  ke  arah  suara  itu. Sebelum  Mira, Zana, dan  Hani  beredar  ke  meja  masing-masing, Mira  datang  berbisik. “ Jaga  dengan  ular  sawa  yang  sound  kita  tu. Perangai  dia  mengada-ada  sikit. Saja  nak  buli  orang  baru  macam  kau  nie.”
           
  “ DIAN, buatkan  Qazir  horlick  satu.” Kedengaran  arahan  Qazir  apabila  Qazir  melintas  mejanya.
            “ Saya  bukan  tealady  kat  sini, Encik  Qazir,” jawabnya  dengan  nada  perlahan  di  hujung  ayat  itu.
            “ Bila  aku  terkenang  kenangan…”
            “ Baiklah, saya  akan  buatkan  dan  hantar  ke  bilik  Encik  lepas  tu,” balas  Dian  dengan  pantas  dan  kuat  mematikan  ayat  yang  terkeluar  dari  mulut  Qazir.
            Qazir  tersenyum  melihat  keadaan  Dian  yang  kelam  kabut  menjawab  itu. Sudah  3  hari  Dian  bekerja  di  bawahnya, 3  hari  itulah  dia  mengulang  ayat  yang  sama  apabila  Dian  cuba  membantah  arahan  darinya. Dia  sendiri  tidak  tahu  kenapa  dia  berkelakuan  sebegitu. Yang   dia  tahu  dia  seronok  melihat  Dian.
            Dian  menarik  nafas  perlahan  menenangkan  perasaan  yang  mendatang. Lelaki  ini  saja  nak  cari  pasal  dengan  aku. Kalau  aku  cuba  melawan, mula  dia  baca  ayat  dalam  surat  cinta  itu. Geramnya. Dalam  geramnya, dia  melangkah  juga  ke  pantry  membuat  air  kepada  Qazir. Kalau  melawan  lagi, tentu  Qazir  akan  membaca  kandungan  surat  cinta  itu  lagi. Dia jadi  menyesal  bekerja di  sini. Ya  Allah, apa  aku  nie..mana  boleh  menyesal. Ini  jalan  yang  aku  pilih. Dia  melangkah  ke  bilik  Qazir.
            Namun  sebelum  dia  masuk  ke  blik  Qazir, dia  mendengar  suara  orang  berbual  dalam  bilik  itu. Dia  tahu  perbuatan  curi  dengar  perbualan  orang  lain  adalah  salah  tetapi  kerana  suara  perempuan  yang  berbual  dengan  Qazir  itu  kedengaran  manja  sekali, dia  menjadi  ingin  tahu  akan  perbualan  itu.
            “ Alif, I  tengok  you  macam  suka  dengan  budak  baru  tu? Tolonglah, Alif. Kalau  you  nak  cari  yang  lain  pun, carilah  yang  lebih  cantik  dari  I. Budak  mentah  macam  tu  pun  you  suka. You  cintakan  I kan?”soal  perempuan  itu.
            Dian  terkedu. Dia  kenal  dengan  suara  itu. Itu  secretary  Qazir, Mellisa. Rupanya  inilah  kekasih  yang  mereka  katakan  itu. Dia  mengeluh  kecewa. Dia  ingatkan  dia  sudah  lupakan  Qazir  namun  di  sudut  hatinya, dia  sentiasa  inginkan  Qazir. Bertenanglah  wahai  hati. Dia  mengetuk  pintu  bilik  Qazir. Kedengaran  arahan  masuk. Dia  pun  melangkah  masuk  membawa  air  yang  Qazir  pesan  tadi.
            “ Kalau  tak  ada  apa-apa  lagi, saya  keluar  dulu, encik.” Nama  Qazir  langsung  tidak  disebutkan.
           
“ DIAN Arini, aku  tak  sangka  kau  ada  perasaan  kat  Encik  Alif.” Mellisa  muncul  di  meja  Dian.
            Dahi  Dian  berkerut. Atas  sebab  apa  Mellisa  berkata  sebegitu? Dia  tidak  pernah  memberitahu  sesiapa  tentang  itu. Pekerja  di  department  itu  mula  memasang  telinga  mendengar  perbualan  mereka  berdua.
            “ Cik  Mellisa, saya  tak  faham  atas  sebab  apa  Cik  Mellisa  cakap  macam  tu,”ujar  Dian  tenang.
            “ Kau  masih  nak  berdolak-dalih  lagi  ye? Kau  ingat  aku  tak  tau.” Mellisa  mengeluarkan  sesuatu.
            Wajah  Dian  mula  pucat. Dia  tahu  apa  benda  yang  dipegang  oleh  Mellisa  itu. Terlampau  tahu. Macam  mana  Mellisa  dapat  benda  itu?
            “ Kenapa? Wajah  kau  dah  pucat. Dengar  sini  semua. Kalau  korang  nak  tahu  minah  nie  bagi  surat  cinta  pada  Encik  Alif,” ujar  Mellisa  dengan  kuat  sambil  ketawa.
            Dian  sudah  terdiam  tidak  terkata  apa-apa. Sudah  kedengaran  ketawa  di  sekelilingnya. Macam  ulang  tayang  masa  dia  berada  di  sekolah  dahulu.
            “ Dengar  nie, aku  bacakan  untuk  korang  semua. ‘Bila  aku  terkenangkan  kenangan  kita  bersama. Aku  tersenyum  sendiri. Kerna  kenangan  antara  kenangan terindah  dalam  hidupku. Aku  mahu  mengikut  jejak  langkahmu. Kerna  aku  mahu  bersamamu  selama. Setelah  sekian  lama  perasaan  ini  terpendam. Aku  ingin  meluahkan  padamu. Yang  aku  sangat  cintaimu.’ Memang  pandai  kau  tulis  surat  cinta  nie. Jiwang  sangat,” ujar  Mellisa  lagi. “ Lupa  pula  nak  cakap, Encik  Alif  cakap  nie  luahan  cinta  yang  paling  bodoh  pernah  dia  terima.”
            Dian  sudah  menangis. Dia  sedih. Untuk  kali  kedua, cintanya  pada  Qazir  dipermainkan. Hina  sangat  ke  cintanya  pada  lelaki  itu? Tapi  Qazir  tidak  mahu  cinta  dari  dirinya. Tidak  perlu  untuk  berkata  sebegitu.
            “ Apa  yang  awak  cakapkan  nie, Mellisa?” soal  Qazir  yang  baru  muncul  dengan  suara  yang  kuat. Semua  orang  di  sini  terkejut. Dian  berpaling  ke  arah  Qazir.
            “ Qazir, kenapa  Qazir  buat  Dian  macam  nie? Dian  tak  kisah  kalau  Qazir  tak  sukakan  Dian  . Kalau  Qazir  tak  sukakan  Dian  kerja  kat  sini, cakap. Dian  boleh  cari  kerja  lain. Tapi  Dian  tak  boleh  terima  Qazir  permalukan  Dian  sebegini. Nie  dah  kali  kedua. Kalau  dulu, Dian tahan je. Tapi  sekarang, Dian  tak  tahan  lagi. Dua  kali  perasaan  cinta  Dian dipermainkan.”
            “ Sebenarnya  Dian…”
            “ Cukup, Qazir. Dian akan  berhenti  kerja. Nanti  Dian bayar  notis  sekali.” Dian  mengemas  mejanya. Dia  mengambil  hanya  benda-benda  di  meja  itu  lalu  pergi  dari  situ.
            “ Tunggu  dulu, Dian.” Dia  memegang  lengan  Dian. Dian  merentap  lengannya.
            Qazir  terkedu. Dia  membiarkan  Dian  berlalu  pergi  dari  situ. Dia  berpaling  ke  arah  Mellisa.
            “ Mellisa, what  the  hell  are  you  doing?” soalnya  dengan  nada  yang  kuat.
            Semua  yang  berada  di  situ  senyap. Mereka  memandang  ke  arah  Qazir  dan  Mellisa. Mellisa  terdiam. Dia  takut. Dia  tidak  pernah  melihat  Qazir  semarah  ini. Dia  ingin  memberikan  peringatan  pada  Dian  supaya  Dian  sedar  diri.
            Tentang  surat  itu, Qazir  tidak  pernah  memberitahunya  apa-apa  pun. Dia  sendiri  yang  terjumpa  di  dalam  laci  Qazir  terselit  dalam  fail. Dia ingin  mengetahui  surat  apa, jadi dia  membuka. Dia  menjadi  geram  apabila  melihat  nama  Dian  tertulis  di  dalam  surat  itu. Jadi  dia  ingin  malukan  Dian  dengan  surat  itu.
            “ Mellisa, saya  tengah  bercakap  dengan  awak  nie? Apa  yang  awak  dah  buat?”
            “ I  rasa  I  tak  buat  salah. I  cuma  nak  ingatkan  dia  tentang  polisi  syarikat  kita. Tak  boleh  bercinta.” Dia  cuba  menegakkan  benang  yang  sudah  basah.
            “ Ada  ke  polisi  tu? Saya  tak  tahu  pun,” ujar  Qazir.
            “ Erk..hmm.”
            “ Jangan  cuba  nak  tipu  saya. Apa  yang  awak  buat  nie  menyebabkan  saya  makin  susah  nak  mendekati  Dian.” Qazir  mengeluh.
            “ Kenapa  pulak?”
           “ Untuk  pengetahuan  awak  semua, dia  adalah  perempuan  yang  saya  cintai  sejak  dulu  lagi,” ujar  Qazir.
            Semua  terkejut  apabila  mendengar  kenyataan  Qazir.

Dian  berkurung  dalam  biliknya. Ibu  dan  ayah  Dian  mula  risau  dengan  keadaan  anak  mereka. Ketika  Dian  pulang  ke  kampung, mereka  berdua  sudah dapat  mengagak  yang  Dian  ada  masalah  namun  Dian  cuma  mendiamkan  dirinya  apabila  ditanya.
            “ Dian, jom makan.” Ajak  ibu  Dian.
            “ Ibu, ayah, makanlah  dulu. Dian  belum  lapar.” Suaranya  kedengaran.
            Ibu  Dian    mengeluh. Memandang  ayah   Dian  sambil  menggeleng  kepalanya. “ Apa  nak  dah  berlaku  kat  anak  kita  nie, abang?”
            “ Abang  pun  tak  tahu, Sue.”
            “ Assalamulaikum.” Ada  orang  yang  memberi  salam  di  luar  rumah  mereka.
            “ Waalaikumussalam. Siapa?” Ibu Dian  membuat  pintu  rumahnya.
            “ Nie  rumah  Dian  Arini  kan?” soal  seorang lelaki  yang  tidak  dikenali  oleh  ibu  Dian.
            “ Ya tapi  anak  nie  sape?”soal  ibu Dian  .
            “ Mak  Sue  tak  ingat  saya? Saya  nie  Qazir. Alif  Qazir. Jiran  Mak  Sue  dulu,” ucap  Qazir  dengan  wajah  yang  gembira  kerana  pencariannya  berjaya.
            “ Qazir  rupanya. Masuklah. Abang, nie  Qazir  datang.”
            “ Qazir  mana  pulak  nie?”
            “ Alah, jiran  kita  dulu  masa  kat  Selangor,” jawab  ibu Dian  .
            “ Oh, Qazir. Duduklah  nak,” jemput  ayah Dian  .
            “ Mak  Sue  pergi  sediakan  air  dulu  ye.”
            “ Ayah  Ram, apa  khabar?”soal  Qazir  pembuka  kata.
            “ Sihat. Dah  besar  kau  ye, Qazir.”
            “ Biasalah  tu, Ayah  Ram. Makin  tua.”
            “ Bertambah  hensem  kau ye  Qazir,” puji  ibu  Dian.
            “ Biasa  je, Mak  Sue.”
            “ Hahaha. Macam  abang  masa  muda-muda  dulu.”
            “ Sekarang  nie, abang  tak  hensem  ke?”
            “ Hensem  tapi  dah  kurang,” usik  ibu  Dian.
            “ Sebenaranya  saya  datang  nie  nak  jumpa  Dian. Dia  ada  tak, Mak  Sue?” soal  Qazir. Dia  tidak  mahu  bertangguh  lagi.
            “ Erk…Dian  ada, Qazir  tapi  Dian  tak  nak  keluar  dari  bilik. Mak  Sue  pun  tak  tahu  apa  masalah  dia. Sejak  dia  balik  kampung, jarang  sekali  dia  keluar  dari  bilik  dia  itu. Bila  ditanya, dia  cakap  tak  ada  apa-apa,” terang  ibu  Dian.
            “ Sebenarnya, saya  punca  masalah  dia, Mak  Sue, Ayah  Ram.”
            “ Hah?”
            Qazir  pun  menceritakan  perkara  yang  sebenarnya. Tentang  surat  cinta  11  tahun  lagi. Perasaannya  yang  sebenarnya  terhadap  Dian. Dia  tidak  mahu  bertangguh  lagi. Sudah  lama  dia  mencari  rumah  Dian. Selepas  dia  mendapat  kerja  yang  tetap, dia  mencari  keluarga  Dian  tinggal  tapi  dia  tiada  klu  di  mana  mereka  telah  berpindah.
            “ Macam  tu  rupanya,” ucap  Ayah  Dian. Rupanya  masalah  cinta  yang  sedang  melanda  anaknya.
            “ Habis  tu, macam  mana  Qazir  nak  pujuk  dia?” soal  ibu  Dian.
            “ Mak  Sue, ada  kertas  dan  pen  tak?” soal  Qazir.
            Ibu  Dian  mengambil  kertas  dan  pen. Qazir  mula  menulis  sesuatu  di  atas  kertas  itu.
Aku  sentiasa  mengikuti  jejak  langkahmu
Walaupun  kau  jauh  dariku
Kerna  mengenali  kau  merupakan  my  sweet  memory
Jika  kau  pendam  perasaan  kau
Aku  juga  sebegitu
Aku  pendam perasaan  cintaku  terhadapmu
Ku  tunggu  masa  yang  sesuai
Bila  masanya  tiba
Kau  menghilang
Setelah  sekian  lama  kita  bertemu  kembali
Sudilah  kau  menerimaku??
            Sesudah  dia  menulis, dia  melipat  kertas  itu. “ Mak  Sue, boleh  tak  Mak  Sue  selitkan  ke  bawah  pintu  bilik  Dian  sekarang?”
            Ibu  Dian  pun  melakukan  perkara  yang  disuruh  oleh  Qazir  itu. Tidak  sampai  5 minit, pintu  bilik  Dian  terbuka. Dian  keluar  dengan  tergesa-gesa. Dian  tergaman  apabila  melihat  Qazir  berada  di  situ. Ibu  Dian  berdehem. Dian  terkejut. Lantas  masuk  kembali  ke  bilik. Dian  keluar  semula  memakai  tudung.
            “ Apa  Qazir  buat  kat  sini?” soal  Dian.
            “ Dian, Qazir  nak  minta  maaf. Sebenarnya  Mellisa  yang  jumpa  surat  Dian tu. Dia  sengaja  nak  sakitkan  hati  Dian lepas  dapat  tahu  Qazir  sukakan  Dian.”
            “Qazir  sukakan  Dian?”
            “ Mestilah. Kalau  tak  Qazir  tak  kan  ingat  isi  kandungan  surat  cinta  Dian tu. Hari-hari  Qazir  menatap  surat  Dian, mana  tak  ingat.”
            “ Jadi  Qazir  memang  sengajalah  mengusik  Dian? Baca  surat  Dian kuat-kuat.”
            “ Salah  Dian. Siapa  suruh  melawan  Qazir?”
            “Qazir  nie  kan..”
            “ Qazir, cepat-cepatlah  hantar  rombongan  ye. Mak  Sue  dah  tak  sabar-sabar  lagi  nie,” ujar  ibu  Dian.
            “ Ibu,” jerit  Dian.
            “ Baik  Mak  Sue. Esok  saya  datang  balik  bersama  mak  ayah  saya. Dian, tunggu  ya. Dian akan  jadi  milik  Qazir  .”
           
“ Sayang, buat  apa  tu?” Terasa  dirinya  dipeluk  dari  belakang.
            “ Tengah  baca  surat  cinta  abang  nie. Tak  sangka  abang  pun  pandai  tulis  jiwang-jiwang  macam  nie.”
            “ Sebab  sayanglah, abang  belajar.”
            “ Abang, kita  framekan  surat  cinta  kita  nie, nak  tak?”
            “ Abang  pun  terfikirkan  benda  yang  samalah, sayang.”
            “ Great. Nielah  bukti  cinta  kita  mula  berputik.”