Selepas sekolah
rendah, lelaki itu ditawarkan
masuk ke sekolah
berasrama penuh. Dia menangis
sepanjang hari itu. Sehinggakan lelaki
itu terpaksa datang ke
rumahnya untuk memujuknya.
“ Kalau Dian
nak masuk sekolah
sama dengan Qazir, result PMR
nie Dian kena
buat betul-betul. Bolehkan?”
Kerana kata-kata itulah
yang telah membuatkannya
belajar siang dan
malam sehingga dia
berjaya masuk ke
sekolah yang sama
dengan lelaki itu.
Akan
tetapi hubungan mereka
berdua tidak sama
lagi seperti dulu. Dia
menjadi malu tatkala
bertembung dengan lelaki
itu. Suaranya seakan tidak
boleh terkeluar apabila
berhadapan dengan lelaki
itu. Lelaki itu pun
tidak semesra dahulu. Tegur
pun gitu-gitu je.
“ Kau nie
tak habis-habis tengok
si Qazir tu. Dah
macam stalker aku tengok
kau. Bila depan dia, tunduk
memanjang,” tegur Sayia mematikan
pandangan matanya pada
Qazir.
“ Nak buat
macam mana? Saya memang
sukakan dia. Opps! Terkuat pulak.
Awak jangan beritahu
orang lain, tau,” ujar Dian.
“ Alah, memang ramai
yang sukakan mamat
tu. Aku je yang
tak minat lelaki
yang macam tu. Jangan
risau, rahsia kau memang
selamat dengan aku, kalau
tak ada curi
dengarlah,” ujar Sayia.
Dia
menyambung kembali memandang
ke arah Qazir
yang sedang seronok
bermain itu. Sambil itu, dia
sedang berfikir macam
mana mahu memberitahu
tentang perasaan hatinya
kepada Qazir. Sedang dia
berfikir itu, dia melihat
ada kertas yang
melayang di hadapannya. Tiba-tiba sahaja
timbul idea untuk luahkan
perasaannya pada Qazir. Old school
idea..
Bila aku
terkenangkan kenangan kita
bersama
Aku
tersenyum sendiri
Kerna kenangan
antara kenangan terindah
dalam hidupku
Aku
mahu mengikut jejak
langkahmu
Kerna aku
mahu bersamamu selamanya
Setelah sekian
lama perasaan ini
terpendam
Aku
ingin meluahkan padamu
Yang aku
sangat cintaimu
Dari Dian
Arini
DIAN tersengih
membaca ayat yang
dia sendiri karang. Dia
tidak tahu yang
tangannya boleh menulis
ayat yang agak
jiwang baginya. Dia
melipat kertas itu
dan memasukkan ke
dalam sampul surat
yang berwarna pink
itu. Dia membawa surat
itu ke dadanya.
Dia
keluar dari biliknya
untuk ke kelasnya. Dia
tidak berada di
dalam kelas yang sama dengan
Qazir. Jadi untuk berjumpa
dengan Qazir, dia perlu
ke kelas Qazir
dahulu. Seperti Qazir sudah
berada di dalam
kelas menyambung tidur. Dia
memanggil seorang pelajar
dalam kelas itu
untuk mengejutkan Qazir
yang kelihatan lena
itu. Qazir yang sudah
tersedar itu memandangnya
lalu bangun mendekatinya.
“ Dian ada
benda nak bagi
kat Qazir. Boleh kita
ke taman sekejap?” soal Dian
sedikit tunduk tidak
memandang ke muka
Qazir.
“ Okey,” jawab Qazir ringkas.
Mereka berdua
pun berjalan ke
taman itu. Sampai di
taman, Dian berpaling ke
arah Qazir. Dia menarik
nafas panjang. Ini antara
perkara hidup matinya. Dia
mahu yang sempurna
untuk perkara. Dia tidak
kisah jika Qazir
tidak akan menerima
perasaannya. Kerana dia tahu, perasaan cinta
itu tidak boleh
dipaksa.
“ Ada apa
nie?” soal Qazir apabila
melihat Dian seperti
berkhayal ke alam
lain.
“ Lupa pula. Nie. Ambillah.” Dian menghulurkan
surat yang disorokkan
tadi.
Qazir terpinga-pinga sebentar. Dia
memandang surat itu
kemudian wajah Dian
yang sudah merah
itu. Perlahan-lahan dia mengambil
surat dari tangan
Dian. Dian mengangguk-angguk.
“ Nanti bagi
jawapan kat Dian
ye. Tak kisah bila-bila
pun. Janji bagi jawapan
kat Dian ye.” Sebaik
sahaja habis ayat
itu dituturkan, Dian melarikan
dirinya.
DIAN ceria
memulakan paginya. Dia tidak
sabar menantikan jawapan
dari Qazir. Tentu Qazir
sudah membaca surat
itu. Kalau boleh, dia mahu
melihat reaksi ketika
Qazir membaca surat
itu. Sayia pun menyedari
perubahan ceria Dian
pada pagi itu.
“ Kenapa kau
nie? Sejak bangun pagi
tadi, sampailah sekarang kau
tersengih-sengih semacam nie. Kau kena
sampuk ke?” soal Sayia.
“ Tak adalah. Kenapa awak
tanya macam tu
pulak?” soal Dian dengan
sengihan yang tidak
mahu di bibirnya.
“ Yelah. Biasanya kau
tak macam nie. Risau
juga aku. Nanti tak
pasal-pasal kena sampuk
sekali,” ujar Sayia.
“ Hish, awak nie, ke
situ pulak. Saya okey je,” ucap
Dian.
Mereka berdua
bergerak ke kelas
bersama-sama. Namun mereka dihalang
oleh beberapa orang senior. Dahi mereka
berkerut. Kenapa pula ini? Setahu
mereka, mereka berdua tidak melibatkan diri
dengan senior.
“ Awak nie
Dian Arini ke?” soal
salah seorang dari
mereka.
“ Ya, saya. Ada apa
nie?” soal Dian kembali.
“ Jom ikut
kami ke kelas. Ada
perkara yang best nak
tunjuk kat Dian
nie,” ajak senior tersebut. “ Oh,
kalau Dian takut, Dian
boleh bawa kawan
Dian nie.”
Dian
pantas menarik lengan
Sayia mengikutnya. Dia memang
takut dengan pandangan
senior-senior itu. Semakin
dekat, semakin dia tahu arah
tujunya. Ini kelas Qazir. Kenapa
pula dia dibawa
ke sini? Dia semakin
takut.
“ Beb, nie chick
yang bagi surat
tu kan?” soal senior
tadi sambil memeluk
leher Qazir.
“ Yelah,” jawab Qazir
pendek.
“ Dengar kelas
semua, nie ayat indah
yang terkarang dalam
surat budak tu. Bila aku
terkenangkan kenangan kita
bersama, aku tersenyum sendiri, Kerna kenangan
antara kenangan terindah
dalam hidupku, Aku mahu
mengikut jejak langkahmu, Kerna aku
mahu bersamamu selama, Setelah sekian
lama perasaan ini
terpendam, Aku ingin meluahkan
padamu, Yang aku sangat
cintaimu. Best juga ayat
budak nie. Pandai dia
tulis surat nie. Boleh
jadi penulis novel
cinta nie,” ujar senior
tadi.
Dian
sudah menunduk malu. Malu
kerana surat yang
ditulis hanya untuk
Qazir dibaca oleh
orang lain dan
juga di hadapan
orang ramai. Dia dapat
mendengar suara yang
ketawa di sekelilingnya. Sayia memandang
wajah Dian yang
tertunduk itu. Dia mendekati
senior yang
membaca surat kawan
itu.
Dush!!!
Terpelanting senior itu
lalu terduduk. Sayia buat
muka tak bersalah
plus muka
berlagak.
“ What the heck…” Belum sempat
ayat itu dihabiskan, Sayia telah
menarik kolar senior itu. Semua
orang di kelas
itu terkejut.
“ Hei mamat tak
berapa nak handsome,
sedap tak penumbuk
aku? Aku dah lama
tak praktis. Kau nak
tahu kenapa aku tumbuk
kau kan? Sebab surat
kawan aku tu. Dia
ada tulis kat
kau ke? Yang kau
baca tu kenapa? Nak
cakap bodoh, takkanlah boleh
sekolah kat sini
pulak kan. Tapi otak
tu tak guna. Dasar
beruk bodoh.” Sayia melepaskan
kolar senior itu.
Dia
berpaling ke arah
Qazir yang terdiam
itu. “ Dan kau, kalau tak
sukakan kawan aku
tu, tak payah nak
malukan dia macam
tu. Nie sekor lagi
beruk bodoh.”
Tiba-tiba Puan
Masitah, guru displin plus guru
yang paling garang
di sekolah itu berada
di dalam kelas itu.
Semua memandang guru
itu menunggu tindakan
guru itu. Sayia memang
buat muka tak
bersalah. Dia langsung tidak
takut akan tindakan
yang mungkin dikenakan
kepadanya. Hanya Dian sahaja
yang kelihatan takut.
“ Awak berempat
ikut saya ke
bilik displin sekarang
juga,” arah Puan Masitah
dengan tegas kepada
keempat-empat pelajar yang
terlibat.
Sesampai di
bilik displin, Puan Masitah
memandang mereka dengan
pandangan garang. Mereka menunduk
memandang kecuali Sayia. Dia
tetap melawan pandangan
mata Puan Masitah.
“ Awak semua
tahu kenapa saya
panggil ke bilik
nie?” soal Puan Masitah
memulakan pertanyaannya.
“ Tahu,” jawab Sayia
ringkas.
Puan
Masitah memandang Sayia. Budak
nie memang tak
takut langsung menjawab. “ Ok, biar saya
tanya jelah kesalahan
awak, Sayia?”
“ Saya dah
tumbuk pelajar yang
berperangai macam beruk
bodoh, cikgu.” Sinis Sayia menjawab
sambil tersengih kepada
pelajar yang ditumbuknya
tadi.
“ Tahu pun
awak ye.” Puan Masitah
berkata. “ Awak pula, Dian?”
“ Erk..hmm…”
“ Kenapa? Awak tak
tahu ke kesalahan
awak sendiri? Nak saya
beritahu?” soal Puan Masitah.
“ Saya…dah..tulis surat…cinta pada… pelajar
itu,” ujar Dian teragak-agak. Dia benar-benar
malu dengan keadaan itu.
“ Awak tahu
tak, Dian, saya paling tak
suka pelajar kat
sekolah nie bercinta. Mungkin ada
yang berkapel tapi saya
tak nampak dengan
mata saya sendiri, jadi
saya tak boleh
buat apa-apa. Tapi kes
awak nie terang-terang
saya nampak. Jadi saya
akan ambil tindakan. Dan
awak, Alif, awak harapan sekolah. Jangan membazir
masa awak dengan
kegiatan bodoh macam
nie. Awak faham maksud
saya kan, Alif?” soal Puan
Masitah.
Qazir mengangguk
faham.
“ Balik ke
kelas awak semua
sekarang. Sayia dan Dian
akan dapat hukuman
mereka kemudian,” ujar Puan
Masitah.
Mereka berempat
keluar dari bilik
displin itu. Dian sudah
mahu menangis. Kerana suratnya
itu, Sayia yang tidak
berkaitan menjadi mangsa. Sayia
perasan yang keadaan
itu.
“ Padan muka
korang berdua. Sorang gatal
nak bercinta, sorang berlagak. Kan
dah kena denda. Tak
sabar aku nak
tengok korang kena
denda,” ujar pelajar itu.
“ Kau nak
aku belasah kau
sampai kau terbaring
kat sini ke? Aku
pun memang lama
tak belasah orang
nie. Alang-alang dah kena
denda, baik aku buat
betul-betul,” ujar Sayia maju ke pelajar
itu namun lengannya
ditarik oleh Dian.
“ Sayia, jomlah kita
masuk kelas. Dah lewat
nie. Nanti cikgu bio
kita marah pulak,” ajak
Dian.
Qazir hanya
melihat mereka berdua
berlalu dari situ. Dia sendiri
tidak menyangka yang
perkara ini akan
menjadi besar seperti
ini.
“
ADA orang tu
tulis surat cinta
kat Senior Aliflah. Perasan nak
mampus budak perempuan
tu,” perli budak perempuan
dalam kelas Dian.
Dian
tidak berkata apa-apa. Dia
tahu yang perkara
itu telah tersebar. Dia
diperli dipulau serta
dibuli oleh budak
perempuan dalam kelasnya. Hanya Sayia
sahaja yang bercakap
dengannya.
Tiba-tiba dia
terdengar namanya dipanggil
dalam pengumuman sekolah. Dia
diberitahu supaya pergi
ke bilik displin
dengan kadar segera. Dia
melangkah perlahan-lahan ke
bilik itu. Sebaik sahaja
melangkah masuk ke
bilik displin itu, pipinya
ditampar. Dia mengangkat wajahnya
untuk melihat siapa
yang menamparnya. Dia terkejut. Ayah!!! Ibunya turut
berada di situ.
“ Ayah,” panggil perlahan
untuk bersalam.
“ Sebab nie ke
Dian
nak masuk sekolah
nie? Sebab nak bercinta
dengan Qazir? Jawab soalan
ayah, Dian.” Ayahnya sudah menjerkahnya.
Dian
tidak tahan. Dia sudah
menangis teresak-esak. Dia tidak
sangka ibu bapanya
dipanggil untuk kes
ini. Dia tidak berani
lagi untuk memandang
ayah apatah lagi
ibunya. Dia malu. Kalau dia
tahu ini pengakhiran
surat cinta itu, dia
tidak akan berfikir
untuk meluahkan perasaan itu. Biar
cinta itu terpendam
dalam hati kecilnya.
“ Cikgu, saya nak transfer
anak saya keluar
dari sekolah nie.” Ayahnya
sudah membuat keputusan.
“ Encik, tak perlulah
buat keputusan macam
tu sekali. Saya rasa
sudah cukup kalau
Dian diberikan teguran
supaya dia tidak
lakukan perkara seperti
ini lagi. Saya sendiri
akan tolong perhatikan
dia,” ujar Puan Masitah.
“ Tak perlu, cikgu. Saya memang
nak keluarkan dia
dari sekolah nie. Kalau
dia duduk sekolah
nie pun bukannya
dia belajar. Mengendap anak
teruna orang. Saya tak
nak.” Ayahnya tidak akan
mengubah keputusan yang
dibuat.
“ Dian, awak masuk
kelas dulu. Encik, saya nak
sediakan prosedur nak berhenti
sekolah dulu. Encik boleh
balik dulu. Esok encik
datang ambil anak
encik,” ucap Puan Masitah.
Dian
keluar dari bilik
displin itu dan
melangkah ke kelas. Di
pintu masuk kelas itu, Sayia
sudah menunggu dengan
muka berkerut. Dian cuba
untuk tersenyum.
“ Kenapa?”
“ Pasal kes
tulah. Jangan risau, saya tak
apa-apa,” ujar Dian.
“ Ceritalah. Mungkin aku
boleh tolong.”
“ Tak ada
apa-apa yang boleh
awak tolong, Sayia. Saya akan
keluar dari sekolah
nie,” bagitahu Dian.
“ Apa?”
“ Ayah saya
datang. Dia marah sangat
pasal kes ini. Dia
tak nak saya
sekolah kat sini
sebab dia cakap
saya tak akan
belajar. Asyik ingat Qazir
tu je. Jadi, mulai esok
saya dah keluar
dari sekolah nie.”
Sayia diam. Memang
dia sudah tidak
boleh buat apa-apa. Itu
keputusan ibu bapa
Dian. “ Sabarlah, Dian. Nie no
phone aku. Nanti ada
masa, kita keluar sama-sama. Jangan lupa
aku kat sini.”
“ Mestilah tak. Awak
je kawan saya
kat sini.”
11 TAHUN KEMUDIAN
HARAP-harap bos
aku baik orangnya. Itulah yang
didoakan oleh Dian
sebaik dia melangkah
masuk ke WACha
Holding’s. Dia takut sekiranya
dia mendapat bos
yang gatal. Sudahlah dia
jenis yang pemalu. Kerjaya sebagai
Interior Designer
sudah menjadi impiannya
sejak dia melihat
rumah Sayia yang
cantik. Dia berhasrat untuk
menjadi interior designer yang
kreatif.
“ Saya, Dian Arini
datang melapor diri,” ujar
Dian kepada penyambut
tetamu syarikat itu.
“ Tunggu sekejap
ye. Saya nak check dulu,” ujar
penyambut tetamu itu.
Selepas seketika
menunggu, dia diarahkan masuk
ke bilik pengarah
besar. Dia berjalan ke
bilik yang dikatakan
itu. Pintu itu diketuk
perlahan. Arahan masuk kedengaran. Dia melangkah. Namun langkahnya
itu mati di
depan muka pintu.
“ Masuk dan
tutup pintu, ye. Jangan tercegat kat
situ. Sila duduk.” Arahan itu
keluar dari lelaki
yang tidak sedikit
pun memandang ke
arahnya.
Dian
menelan air liur. Dia
berasa sesak berada
di dalam bilik
itu. Dia duduk di
kerusi di hadapan
lelaki itu. Lelaki itu
menutup fail yang
diteliti menyebabkan dia
sedikit terkejut. Dia langsung
tidak memandang ke
wajah lelaki itu.
“ Biasa kalau
orang bercakap, mereka akan
memandang muka orang
bercakap. Ini tak belajar
adab ke?” sindir lelaki
itu.
“ Maaf, Encik Alif. Saya
tak sengaja.” Dian mengangkat
mukanya memandang wajah
Qazir.
Dia
takut apabila bertentangan
mata dengan Qazir. Mata
Qazir tajam memandang
ke arah wajahnya. Qazir tidak
berubah namun sedikit
matang dari dulu. Walaupun sudah
satu dekad tidak
berjumpa, dia masih mengingati
wajah yang dulu
menyebabkan dia mengalami
kemurungan dulu.
“ Encik Alif?? Panggil saya, Encik Qazir. Itu
kan nama saya,” ujar
Qazir dengan lembut.
“ Tapi, mereka semua
panggil Encik, Encik Alif. Takkanlah saya
nak panggil Encik
Qazir pula? Nanti pelik
orang dengar dan
boleh menyebabkan salah
faham,” ucap Dian.
“ Bukan itu
ke nama yang
selalu Dian panggil
Qazir dulu, Dian?” soal Qazir
dengan senyuman manis.
“ Itu dulu. Sekarang lain. Berbeza.” Dian terkejut
apabila Qazir membangkitkan
tentang kenangan lalu.
“Qazir nak Dian
panggil Qazir, Encik Qazir. Kalau
tak Qazir akan
beritahu semua orang
dalam office nie tentang
surat cinta Qazir itu. ‘Bila aku
terkenangkan kenangan kita
bersama, aku….’”
“ Baiklah. Saya akan
panggil Encik, Encik Qazir. Tapi
jangan sebut pasal
surat itu lagi.” Pantas
Dian memintas ayat
Qazir.
“ Bagus. Dian boleh
keluar dulu. Oh, sebelum Qazir terlupa, baik Dian
ikut semula arahan
Qazir, kalau Dian tak
nak rahsia surat
cinta Dian tu
jatuh ke tangan
orang lain,” pesan Qazir.
Dian
dengan pantas memboloskan
diri keluar dari
bilik. Dia sedikit takut
apabila mendengar arahan
terakhir Qazir. Lelaki itu
masih mahu mengingatkannya tentang
surat cinta itu. Dia
menjadi takut untuk
bekerja di situ.
‘ Sabar, Dian. Dia takkan
buat yang bukan-bukan. Dia pun
takut reputasi dia
jatuh.’ Dia berbisik dalam
hatinya untuk menenangkan
perasaannya yang kacau-bilau
kerana lelaki itu. Dian duduk
di tempatnya. Ada beberapa
orang datang ke
mejanya.
“ Hai, selamat bekerja. Kitaorang nie
pun baru lagi
kat sini. Nie Zana, Hani, and aku
Mira,” ucap Mira.
Dian
tersenyum sambil mengangguk. “ Hai, saya Dian. Apa
khabar?”
“ Baik. Kau mesti dah jumpa
Encik Alif kan, bos
kita yang handsome tu?” Kini
wanita yang bernama
Hani pula bersuara.
Senyuman Dian
mati seketika. Dia mengangguk
lagi. Dia menjadi takut
apabila mendengar nama
Qazir disebut.
“ Ramai yang
cakap Encik Alif
tu dah ada girlfriend. Jadi, aku beritahu
kau awal-awal, jangan jatuh
cinta dengan dia. Nanti
kau juga yang
merana,” ujar Mira.
“ Hah? Jatuh cinta? Taklah. Saya nie
tak berapa nak
berani dengan lelaki. Jadi
nak jatuh cinta
tu susah sikit. Tapi
saya akan ambil
nasihat tu sebagai
peringatan.” Dian tersenyum manis
tidak mahu ada
yang tahu dia
kecewa dengan berita
yang didengari sekarang
ini.
“ Dahlah berborak. Buat kerja
korang sekarang. Nak makan
gaji buta ke?” sound
seseorang dari jauh.
Mereka semua
berpaling ke arah
suara itu. Sebelum Mira, Zana, dan Hani
beredar ke meja
masing-masing, Mira datang berbisik. “ Jaga dengan
ular sawa yang sound
kita tu. Perangai dia
mengada-ada sikit. Saja nak
buli orang baru
macam kau nie.”
“ DIAN, buatkan Qazir horlick
satu.” Kedengaran arahan Qazir
apabila Qazir melintas
mejanya.
“ Saya bukan
tealady kat sini, Encik
Qazir,” jawabnya dengan nada
perlahan di hujung
ayat itu.
“ Bila aku
terkenang kenangan…”
“ Baiklah, saya akan
buatkan dan hantar
ke bilik Encik
lepas tu,” balas Dian
dengan pantas dan
kuat mematikan ayat
yang terkeluar dari
mulut Qazir.
Qazir tersenyum
melihat keadaan Dian
yang kelam kabut
menjawab itu. Sudah 3 hari Dian
bekerja di bawahnya, 3
hari itulah dia
mengulang ayat yang
sama apabila Dian
cuba membantah arahan
darinya. Dia sendiri tidak
tahu kenapa dia
berkelakuan sebegitu. Yang dia
tahu dia seronok
melihat Dian.
Dian
menarik nafas perlahan
menenangkan perasaan yang
mendatang. Lelaki ini saja
nak cari pasal
dengan aku. Kalau aku
cuba melawan, mula dia
baca ayat dalam
surat cinta itu. Geramnya. Dalam geramnya, dia
melangkah juga ke pantry
membuat air kepada
Qazir. Kalau melawan lagi, tentu
Qazir akan membaca
kandungan surat cinta
itu lagi. Dia jadi menyesal
bekerja di sini. Ya Allah, apa
aku nie..mana boleh
menyesal. Ini jalan yang
aku pilih. Dia melangkah
ke bilik Qazir.
Namun sebelum
dia masuk ke
blik Qazir, dia mendengar
suara orang berbual
dalam bilik itu. Dia
tahu perbuatan curi
dengar perbualan orang
lain adalah salah
tetapi kerana suara
perempuan yang berbual
dengan Qazir itu
kedengaran manja sekali, dia
menjadi ingin tahu
akan perbualan itu.
“ Alif, I tengok you macam
suka dengan budak
baru tu? Tolonglah, Alif.
Kalau you nak cari
yang lain pun, carilah
yang lebih cantik
dari I. Budak mentah macam
tu pun you suka. You cintakan
I kan?”soal perempuan
itu.
Dian
terkedu. Dia kenal dengan
suara itu. Itu secretary Qazir, Mellisa. Rupanya inilah kekasih
yang mereka katakan
itu. Dia mengeluh kecewa. Dia
ingatkan dia sudah
lupakan Qazir namun
di sudut hatinya, dia
sentiasa inginkan Qazir. Bertenanglah wahai
hati. Dia mengetuk pintu
bilik Qazir. Kedengaran arahan
masuk. Dia pun melangkah
masuk membawa air
yang Qazir pesan
tadi.
“ Kalau tak
ada apa-apa lagi, saya
keluar dulu, encik.” Nama Qazir
langsung tidak disebutkan.
“
DIAN Arini, aku tak sangka
kau ada perasaan
kat Encik Alif.” Mellisa muncul
di meja Dian.
Dahi
Dian berkerut. Atas sebab
apa Mellisa berkata
sebegitu? Dia tidak pernah
memberitahu sesiapa tentang
itu. Pekerja di department
itu mula memasang
telinga mendengar perbualan
mereka berdua.
“ Cik Mellisa, saya
tak faham atas
sebab apa Cik
Mellisa cakap macam
tu,”ujar Dian tenang.
“ Kau masih
nak berdolak-dalih lagi
ye? Kau ingat aku
tak tau.” Mellisa mengeluarkan
sesuatu.
Wajah Dian
mula pucat. Dia tahu
apa benda yang
dipegang oleh Mellisa
itu. Terlampau tahu. Macam mana
Mellisa dapat benda
itu?
“ Kenapa? Wajah kau
dah pucat. Dengar sini
semua. Kalau korang nak
tahu minah nie
bagi surat cinta pada Encik
Alif,” ujar Mellisa dengan
kuat sambil ketawa.
Dian
sudah terdiam tidak
terkata apa-apa. Sudah kedengaran
ketawa di sekelilingnya. Macam ulang
tayang masa dia
berada di sekolah
dahulu.
“ Dengar nie, aku
bacakan untuk korang
semua. ‘Bila aku
terkenangkan kenangan kita
bersama. Aku tersenyum sendiri. Kerna kenangan
antara kenangan terindah dalam
hidupku. Aku mahu mengikut
jejak langkahmu. Kerna aku
mahu bersamamu selama. Setelah sekian
lama perasaan ini
terpendam. Aku ingin meluahkan
padamu. Yang aku sangat
cintaimu.’ Memang pandai kau
tulis surat cinta
nie. Jiwang sangat,” ujar Mellisa
lagi. “ Lupa pula nak
cakap, Encik Alif cakap nie luahan
cinta yang paling
bodoh pernah dia
terima.”
Dian sudah
menangis. Dia sedih. Untuk kali
kedua, cintanya pada Qazir
dipermainkan. Hina sangat ke
cintanya pada lelaki
itu? Tapi Qazir tidak
mahu cinta dari
dirinya. Tidak perlu untuk
berkata sebegitu.
“ Apa yang
awak cakapkan nie, Mellisa?” soal Qazir
yang baru muncul
dengan suara yang
kuat. Semua orang di
sini terkejut. Dian berpaling
ke arah Qazir.
“ Qazir, kenapa Qazir
buat Dian macam
nie? Dian tak kisah
kalau Qazir tak
sukakan Dian . Kalau
Qazir tak sukakan
Dian kerja kat
sini, cakap. Dian boleh cari
kerja lain. Tapi Dian tak boleh
terima Qazir permalukan
Dian sebegini. Nie dah
kali kedua. Kalau dulu, Dian tahan je. Tapi sekarang, Dian tak
tahan lagi. Dua kali
perasaan cinta Dian dipermainkan.”
“ Sebenarnya Dian…”
“ Cukup, Qazir. Dian akan berhenti
kerja. Nanti Dian bayar notis
sekali.” Dian mengemas mejanya. Dia
mengambil hanya benda-benda
di meja itu
lalu pergi dari
situ.
“ Tunggu dulu, Dian.” Dia memegang
lengan Dian. Dian merentap
lengannya.
Qazir terkedu. Dia
membiarkan Dian berlalu
pergi dari situ. Dia
berpaling ke arah
Mellisa.
“ Mellisa, what the hell
are you doing?” soalnya dengan
nada yang kuat.
Semua yang
berada di situ
senyap. Mereka memandang ke
arah Qazir dan
Mellisa. Mellisa terdiam.
Dia takut. Dia tidak
pernah melihat Qazir
semarah ini. Dia ingin
memberikan peringatan pada
Dian supaya Dian
sedar diri.
Tentang surat
itu, Qazir tidak pernah
memberitahunya apa-apa pun. Dia
sendiri yang terjumpa
di dalam laci
Qazir terselit dalam
fail. Dia ingin mengetahui surat
apa, jadi dia membuka. Dia menjadi
geram apabila melihat
nama Dian tertulis
di dalam surat
itu. Jadi dia ingin
malukan Dian dengan
surat itu.
“ Mellisa, saya tengah
bercakap dengan awak
nie? Apa yang awak
dah buat?”
“ I rasa I tak
buat salah. I cuma nak
ingatkan dia tentang
polisi syarikat kita. Tak boleh
bercinta.” Dia cuba menegakkan
benang yang sudah
basah.
“ Ada ke
polisi tu? Saya tak
tahu pun,” ujar Qazir.
“ Erk..hmm.”
“ Jangan cuba
nak tipu saya. Apa
yang awak buat
nie menyebabkan saya
makin susah nak
mendekati Dian.” Qazir mengeluh.
“ Kenapa pulak?”
“ Untuk pengetahuan
awak semua, dia adalah
perempuan yang saya cintai sejak
dulu lagi,” ujar Qazir.
Semua terkejut
apabila mendengar kenyataan
Qazir.
Dian berkurung
dalam biliknya. Ibu dan
ayah Dian mula
risau dengan keadaan
anak mereka. Ketika Dian
pulang ke kampung, mereka berdua
sudah dapat mengagak yang
Dian ada masalah
namun Dian cuma
mendiamkan dirinya apabila
ditanya.
“ Dian, jom makan.” Ajak ibu
Dian.
“ Ibu, ayah, makanlah dulu. Dian
belum lapar.” Suaranya kedengaran.
Ibu
Dian mengeluh. Memandang ayah Dian sambil menggeleng
kepalanya. “ Apa nak dah
berlaku kat anak
kita nie, abang?”
“ Abang pun
tak tahu, Sue.”
“ Assalamulaikum.” Ada orang
yang memberi salam
di luar rumah
mereka.
“ Waalaikumussalam. Siapa?” Ibu Dian membuat
pintu rumahnya.
“ Nie rumah
Dian Arini kan?” soal
seorang lelaki yang tidak
dikenali oleh ibu Dian.
“ Ya tapi anak
nie sape?”soal ibu Dian
.
“ Mak Sue
tak ingat saya? Saya
nie Qazir. Alif Qazir. Jiran
Mak Sue dulu,” ucap
Qazir dengan wajah
yang gembira kerana
pencariannya berjaya.
“ Qazir rupanya. Masuklah. Abang, nie Qazir
datang.”
“ Qazir mana
pulak nie?”
“ Alah, jiran kita
dulu masa kat
Selangor,” jawab ibu Dian .
“ Oh, Qazir. Duduklah nak,” jemput
ayah Dian .
“ Mak Sue
pergi sediakan air
dulu ye.”
“ Ayah Ram, apa
khabar?”soal Qazir pembuka
kata.
“ Sihat. Dah besar
kau ye, Qazir.”
“ Biasalah tu, Ayah
Ram. Makin tua.”
“ Bertambah hensem
kau ye Qazir,” puji ibu
Dian.
“ Biasa je, Mak
Sue.”
“ Hahaha. Macam abang
masa muda-muda dulu.”
“ Sekarang nie, abang
tak hensem ke?”
“ Hensem tapi dah
kurang,” usik ibu Dian.
“ Sebenaranya saya
datang nie nak
jumpa Dian. Dia ada
tak, Mak Sue?” soal Qazir. Dia
tidak mahu bertangguh
lagi.
“ Erk…Dian ada, Qazir
tapi Dian tak
nak keluar dari
bilik. Mak Sue pun
tak tahu apa
masalah dia. Sejak dia
balik kampung, jarang sekali
dia keluar dari
bilik dia itu. Bila
ditanya, dia cakap tak
ada apa-apa,” terang ibu
Dian.
“ Sebenarnya, saya punca
masalah dia, Mak Sue, Ayah
Ram.”
“ Hah?”
Qazir pun
menceritakan perkara yang
sebenarnya. Tentang surat cinta
11 tahun lagi. Perasaannya yang sebenarnya terhadap
Dian. Dia tidak mahu
bertangguh lagi. Sudah lama
dia mencari rumah
Dian. Selepas dia mendapat
kerja yang tetap, dia
mencari keluarga Dian
tinggal tapi dia
tiada klu di
mana mereka telah
berpindah.
“ Macam tu
rupanya,” ucap Ayah Dian. Rupanya
masalah cinta yang
sedang melanda anaknya.
“ Habis tu, macam
mana Qazir nak
pujuk dia?” soal ibu
Dian.
“ Mak Sue, ada
kertas dan pen
tak?” soal Qazir.
Ibu
Dian mengambil kertas
dan pen. Qazir mula
menulis sesuatu di
atas kertas itu.
Aku
sentiasa mengikuti jejak
langkahmu
Walaupun kau
jauh dariku
Kerna mengenali
kau merupakan my
sweet memory
Jika kau
pendam perasaan kau
Aku
juga sebegitu
Aku
pendam perasaan cintaku terhadapmu
Ku
tunggu masa yang
sesuai
Bila masanya
tiba
Kau
menghilang
Setelah sekian
lama kita bertemu
kembali
Sudilah kau
menerimaku??
Sesudah dia
menulis, dia melipat kertas
itu. “ Mak Sue, boleh tak
Mak Sue selitkan
ke bawah pintu
bilik Dian sekarang?”
Ibu
Dian pun melakukan
perkara yang disuruh
oleh Qazir itu. Tidak
sampai 5 minit, pintu bilik
Dian terbuka. Dian keluar
dengan tergesa-gesa. Dian tergaman
apabila melihat Qazir
berada di situ. Ibu
Dian berdehem. Dian terkejut. Lantas masuk
kembali ke bilik. Dian
keluar semula memakai
tudung.
“ Apa Qazir buat kat
sini?” soal Dian.
“ Dian, Qazir nak
minta maaf. Sebenarnya Mellisa
yang jumpa surat Dian
tu. Dia sengaja nak
sakitkan hati Dian lepas
dapat tahu Qazir sukakan Dian.”
“Qazir sukakan
Dian?”
“ Mestilah. Kalau tak Qazir tak
kan ingat isi
kandungan surat cinta Dian
tu. Hari-hari Qazir menatap
surat Dian, mana tak
ingat.”
“ Jadi Qazir memang sengajalah
mengusik Dian? Baca surat Dian
kuat-kuat.”
“ Salah Dian. Siapa suruh melawan Qazir?”
“ Salah Dian. Siapa suruh melawan Qazir?”
“Qazir nie
kan..”
“ Qazir, cepat-cepatlah hantar
rombongan ye. Mak Sue
dah tak sabar-sabar
lagi nie,” ujar ibu
Dian.
“ Ibu,” jerit Dian.
“ Baik Mak
Sue. Esok saya datang
balik bersama mak
ayah saya. Dian, tunggu ya. Dian akan
jadi milik Qazir .”
“
Sayang, buat apa tu?” Terasa
dirinya dipeluk dari
belakang.
“ Tengah baca
surat cinta abang
nie. Tak sangka abang
pun pandai tulis
jiwang-jiwang macam nie.”
“ Sebab sayanglah, abang belajar.”
“ Abang, kita framekan surat
cinta kita nie, nak
tak?”
“ Abang pun
terfikirkan benda yang
samalah, sayang.”
“ Great. Nielah bukti cinta
kita mula berputik.”
No comments:
Post a Comment