AYUMI NATALIE
BOSAN-bosan…Kenapa  bosan 
sangat  nie? Mana  customer?
Datanglah  customer  oit. Biarlah  gaji 
aku  tinggi  sikit 
bulan  nie. Marilah. Aku  berdoa 
dalam  hati. Aku  berjalan 
keluar  dari  butik 
itu. Bukan  aku  tak 
tahu  yang  tengah-tengah 
bulan  macam  nie, manalah 
orang  nak  shopping  sangat. Poket 
pun pokai. Lainlah  kalau  orang 
kaya, dato’, menteri, tak 
kira  masa  shopping.
            Shopping  mall  itu 
nampak  kosong. Aku  mengeluh 
lagi. Dua  bulan  lagi 
nak  start  semester  baru. Masih 
ada  masa  nak 
kumpul  duit. Nak   bayar 
sewa  rumah, bil  air, bil 
elektrik, kalau  tak  kumpul 
duit  dari  sekarang 
masak  kepala  aku 
nanti.
            Kan 
best  kalau 
aku  boleh  berkahwin 
dengan  orang  kaya 
nanti. Berangan  nak  mampuslah 
aku  nie. Siapalah  yang 
nak  kat  aku 
yang  macam  nie? Tapi 
memang  best  kalau  angan-angan 
aku  nie  jadi 
kenyataan. Aku  tak  payah 
kerja  kuat-kuat. Duduk  kat 
rumah  besar, goyang  kaki. Nak 
sesuatu, arah  orang  je. Senangnya 
hidup  macam  itu. Hahaha, sekarang  pun 
aku  boleh  buat. Tak 
payah  tunggu  kahwin 
dengan  anak  orang 
kaya. Cuma  hidup  macam 
tu  tak  ada  thiller.
            “ Ayumi, ada  customer  nak 
suruh  kau  layan 
dia. Pergilah, dia  ada  kat 
sana.”
            Hish, ada  aje 
yang  nak  menganggu 
time  aku 
tengah  berangan  nie. Hei, Ayumi. Dia  customer  kau. Tadi 
kau  jugak  yang 
minta. Sekarang  tuhan  dah 
bagi,  merungut  pulak 
kerjanya. Aku  berjalan  ke 
arah  customer  yang  ditunjukkan 
tadi. Makin  dekat, makin  handsome  mamat 
nie. Senyum, senyum  Ayumi.
Mungkin  dia  terpikat 
dengan  aku. Sebab  itulah 
dia  nak  aku 
yang  layan  dia.
            “ Ye, encik, nak  beli 
baju  macam  mana?” soalku 
dengan  senyuman  manis.
            “ Saya  nak 
beli  jubah  untuk 
mama  saya,” ucap  lelaki 
itu.
            “ Jubah, ye? Jubah  yang 
pattern  macam  mana? Sekarang  nie, butik 
kami  ada  banyak 
pattern  yang 
cantik-cantik, ada  yang  macam 
stail  indo, banyak  manik, yang 
simple, yang  kembang 
di  bawah  pun 
ada. Encik  nak  yang 
macam  mana?” soalku  lagi 
dengan  panjang  lebar.
            “ Erk..hmm.. Apa  pattern  yang 
sesuai  untuk  orang 
yang  dah  berusia 
50  tahun?” soal  lelaki 
itu  sedikit  gugup.
            “ Biasanya, orang  tua 
nie  suka  yang  simple-simple je  tapi  nampak 
cantik. Kalaulah  orang  tua 
itu  kaya, dia  nak 
nampak  lebih  up-to-date.
So  mama 
encik  yang  macam 
mana?”
            “ Yang  up-to-date,”
jawab  lelaki  itu 
ringkas  dan  pantas.
            Oh, anak  orang 
kaya  rupanya. Nampak  gaya 
pun  memang  macam 
anak  orang  kaya 
pun. Handsome. Sabar, Ayumi.
Jangan  buat  perangai 
kartun  kau  kat 
sini. Kau  tengah  kerja. Aku 
pun  menunjukkan  beberapa 
pattern  yang 
cantik-cantik  untuk  lelaki 
handsome  itu. Lepas 
itu, lelaki  handsome  itu  membeli 
tiga  helai  jubah. Nah, kau! Rezeki  masuk. Kalau 
tak  ada  tu, tak 
ada  betul-betul. Kalau  ada, banyak 
terus  sukanya  aku.
            “ Terima  kasih, cik. Nama  saya 
Akiff  Hakimi. Cik?” Sempat  lagi 
berkenalan.
            “ Sama-sama, Encik  Akiff. Panggil  saya 
Ayumi  je.” Aku  pun 
bagitaulah  nama  aku. Bukan 
kena  bayar  pun. Buat 
tambah  kenalan  je.
            “ Bye.”
AKIFF
HAKIMI
            “ JOM  kita 
main  bet. Dah  lama  tak 
main. Main  macam  biasa 
ar. Kali  nie, Akiff  jadi 
pemain  utama. Nampak  perempuan 
kat  butik  yang 
tengah  termenung, yang  pakai 
tudung  itu. Dia  jadi 
mangsa  kita  kali 
nie. Pikat  dia  dalam 
masa  2  bulan 
nie. Yang  kali  nie, kita 
main  RM5000.” Kata-kata  itu 
membuatku  tercabar. Aku  bukan 
nak  sangat  dengan 
RM5000  itu. Aku  pun 
ada  duit  sebanyak 
itu. Aku  cuma  tak 
nak  gelaran  yang 
aku  sandang  sebagai 
Casanova  dilucut 
sama  sekali.
            Aku 
masuk  butik  itu. Orang 
lain  yang  datang 
layan  pulak. Aku  nak dia 
yang  layan. Perempuan  itu 
datang  dengan  senyuman 
manis. Cantik  jugak  minah 
nie  kalau  tengok 
dari  dekat. Hahaha, cantik  pun 
tak  guna  jugak 
kalau  setakat  kerja 
macam  nie.
            Dekat  setengah 
jam, aku  berada  di  dalam  butik 
itu  membeli  jubah. Entah-entah  mama 
aku  tak  pakai. Ah, tak  kisahlah. Janji  aku 
dapat  sikit  info 
tentang  perempuan  itu. Namanya 
Ayumi. Ayumi  je  ke? Nak 
je  aku  tanya 
macam  itu  tapi 
aku  sabar. Hati  itu 
akan  jadi  milik 
aku  jugak. Kesian  dengan 
kau, Ayumi. Terpaksa  jadi  mangsa 
untuk  bet  kitaorang  kali 
nie.
AYUMI  NATALIE
“
AYUMI, nie  ada  bungkusan 
untuk  kau,” ujar  Hanatul, teman  sekerjaku 
sambil  menghulurkan  bungkusan 
itu.
            Aku 
memandang  dengan  penuh 
kehairanan. Siapa  pula  yang 
tiba-tiba  buat  gila 
hantar  hadiah  kat 
aku  nie? Nak  cakap  birthday 
aku  pun  tak. Birthday  aku 
bulan  9  nanti. Ini 
baru  bulan  6. Nak 
cakap  April  Fool  pun 
bukan. Pelik  bin  ajaib.
            Teman-temanku  nampak 
excited  semacam 
tengok  aku  dapat 
hadiah. Aku  perlahan-lahan  membuka 
bungkusan  itu. Takut  jugak 
aku. Mana  tak  takut 
ada  bom  atau 
ular  dalam  bungkusan 
hadiah  itu. Buka-buka  tengok 
ada  teddy  bear  dalam 
itu. Aku  tak  ambil  terus.
            Aku 
menekan  perut, kepala. Nak  kata 
semua  bahagian  aku 
tekan. Kita  kena  berhati-hati 
kalau  dapat  hadiah 
macam  ini. Kita  kena  check 
betul-betul  takut  terasa 
benda  keras  kat 
dalam  teddy  bear  itu.
            Selepas  aku 
pasti  tak  ada  apa-apa  dalam  teddy 
bear  itu, aku  pantas 
ambil  dan  terus 
peluk. Aku  nie  memang 
jenis  yang  minat 
dengan  teddy  bear.  Nak 
beli  sendiri, memang  taklah. Mahal 
siot  satu-satu  teddy  bear. Bukan  murah. Mahu 
RM50  ke  atas. Nasib 
baik  ada  orang 
yang  baik  hati 
nak  bagi  kat 
aku. 
            “ Ayumi, ada  kad.” Tunjuk 
teman  sekerjaku.
            ‘ Salam  perkenalan 
kuhulurkan.’
            Aku 
keliru  melihat  kad. Aku 
belek  lagi  kad 
itu. Tiada  nama  yang 
ditulis  hanya  sepotong 
ayat  itu. Siapa-siapa  pun 
orangnya, aku  ucapkan  terima 
kasih. Aku  dah  ada  secret 
admirer. Hahaha. Lawak-lawak. Aku 
tersengih-sengih. Cantik 
jugak  aku  nie 
sampai  ada  orang 
yang  nak  hantar 
hadiah  kat  aku. Tentu 
orang  itu  pemalu 
orangnya. Tak  berani  nak 
berkenalan  secara  depan-depan 
dengan  aku.
            Keesokkan  pula, ada 
bungkusan  hadiah  lagi 
tapi  hadiah  lain 
pula. Strap  handphone.
Ada  tanda  nama 
AYUMI  lagi. Aku  suka. Buka-buka  terus 
gantung  kat  handphone  aku. Teman-temanku  hanya 
menggeleng  kepala  sahaja 
melihat  telatahku. Memang  mereka 
suka  tahu  tentang 
perangai  aku  yang 
gila-gila  nie.
            Lepas  itu, ada 
coklat  pun. Orang  yang 
hantar  hadiah  kat 
aku  nie  mesti 
anak  orang  kaya. Coklat 
mahal. Cadburry  tu  pun 
dah  mahal. Nie  jenis 
yang  lagi  mahal. Saya 
pun  kongsi  dengan 
teman-temanku. 
            Hari 
lain  pula, dia  bagi 
bunga  ros  merah. 3 
kuntum  pulak  itu. Bunga 
ros  segar  mewangi. 3 kuntum ada  maksud 
tersembunyi  itu. I 
LOVE  YOU. Kat  bunga 
ada  kad  terselit. Aku 
ambil  dan  baca.
            ‘ Dari  Akiff  
Hakimi.’
            Melihat  nama 
yang  tertulis  itu 
membuatkan  aku  tersenyum 
manis. Aku  masih  ingat 
akan  lelaki  handsome  tempoh 
hari  membeli  jubah 
untuk  mamanya. Aku  langsung  
tidak  mengagak  dialah 
secret  admirer 
aku. Seminggu  itu,
macam-macam  hadiah  yang 
aku  dapat. Lelaki  itu 
tidak  pernah  memunculkan 
diri  di  hadapanku. Aku  juga 
pernah  tercari-cari  kelibatnya 
takut  dia  berada 
di  situ  tapi 
tak  ada  pulak. Lelaki 
itu  hanya  hantar 
hadiah  aje.
AKIFF  HAKIMI
AKU  tersenyum 
melihat  teknik  memikat 
Ayumi  itu  menjadi. Aku 
dapat  tengok  wajah 
Ayumi  yang  gembira 
memeluk  teddy  bear  yang 
aku  hadiahkan  kepadanya. Alah  bukan 
mahal  sangat  pun. Murah 
je  teddy  bear  itu. Mesti 
gadis  itu  jenis 
hati  yang  masih 
suci   tak  ada 
orang  masuk  lagi. Aku 
akan  jadi  perasminya. Cukup  seminggu, aku 
akan  munculkan  diri 
depan  dia.
            Aku 
berjalan  masuk  ke 
butik  itu. Kelihatan  gadis 
itu  sedang  bergelak 
ketawa  dengan  temannya. Dia 
memerhati  gadis  itu 
dengan  penuh  minat. 
Memang  gadis  itu 
cantik  apabila  diperhatikan 
dengan betul. Walaupun  gadis  itu 
bertudung, nampak  manis  saja. 
Apalah  aku  nie. Gadis 
itu  cuma  permainan. Jangan  nak 
ada  unsur-unsur  lain 
pula.
            Aku 
tersenyum  manis  apabila 
melihat  gadis  itu 
sudah  menyedari  kehadiranku. Dia  kemudiannya 
mendekatiku  dengan  senyuman 
yang  tidak  lekang 
di  bibir  mungkilnya.
            “ Assalamualaikum, Akiff. Thank 
atas  hadiah  yang 
awak  bagi  itu. Saya 
suka. Awak  macam  tahu-tahu 
je  apa  yang 
saya  suka,” tegur  Ayumi.
            Aku 
tersengih  apabila  mendengar 
bicara  dari  Ayumi. Benda-benda  macam 
itu  basic  je. Ada  kat 
hujung  jari  aku  nie  je. Setakat 
benda-benda  macam  itu 
memang  tak  jadi 
masalah. Kalau  tak  tahu 
apa  yang  perempuan 
biasa  suka, tak  boleh 
dipanggil Casanova.
            “ Tapi  kenapa 
awak  bagi  saya 
semua  hadiah  hadiah itu?” soal  Ayumi.
            “ Saya  nak 
berkenalan  dengan  awak. Tak 
salahkan?” soalku  kembali.
            “ Memanglah  tak 
salah. Tak  payah  susah-susah 
pun. Datang  je. Tak  payah 
pakai  hadiah-hadiah  bagai. Membazir  tau,” ujar 
Ayumi.
            Eleh 
perempuan. Kat  mulut  cakap 
membazir, kat  hati  cakap 
bagilah  lagi. Macam  aku 
tak  tahu. Tropical  perempuan.
Memang  tak  pernah 
nak  lari.
            “ Hujung  minggu 
nie  kita  keluar, boleh?” Aku  soal  direct. Malas  nak 
mengayat. Nampak  macam  perempuan 
nie  pun  macam 
dah  masuk  perangkap 
aku  je.
            “ Sorrylah, saya  kerja,”
tolak  Ayumi.
            “ Tak  boleh 
mohon  cuti  ke?”
            “ Erk..nantilah. Saya  kena 
tanya  bos  saya 
dulu. Kalau  cukup  orang 
minggu  nie, bolehlah  tapi 
kalau  tak  cukup, saya 
kena  kerjalah.”
            “ Awak  tanyalah 
ye.” Buat-buat  merayu  sikit. Mungkin  dia 
boleh  cair  dengan 
muka  puppy  aku  nie.
            “ Okey  tapi  saya 
tak  janji  tau. Kalau 
boleh, bolehlah. Kalau  tak,
saya  minta  maaf 
banyak-banyak.
            Susah  jugak 
nak  pikat  perempuan 
nie. Jual  mahal  pulak. Ingat 
dah  masuk  perangkap 
aku  tapi  liat 
jugak. Tak  apalah. Aku  suka 
jugak  perempuan  nie 
jual  mahal. Nampak  mencabar 
sikit. Taklah  boring 
sangat.
AYUMI  NATALIE
YA
ALLAH, dia  ajak  aku 
keluar. Nasib  baik  aku 
tak  melompat  kat 
sini  jugak. Kena  berlakon 
sikit. Tak  boleh  setuju 
masa  jugak. Kena  buat-buat 
jual  mahal  sikit. Sebenarnya  memang 
aku  free  weekend  nie. Saja 
nak  uji  dia.
            “ Eh, tengok  si Ayumi. Dah 
mula  perangai  dia 
tu. Baru  jumpa  secret  admirer 
dia,” sound  Hanatul.
            Aku 
buat  tak  layan 
je. Dia  jelous  ar  tu. Bukan 
aku  tak  tahu. Hahaha..
AYUMI  NATALIE 
DAN  AKIFF  HAKIMI
Ayumi  bergelak 
ketawa  apabila  mendengar 
lawak  Akiff. Sudah  sebulan 
Ayumi  menjadi  teman 
wanita  Akiff. Setiap  hari 
di  tempat  kerja 
Ayumi, akan  ada  seorang 
budak  membawa  tiga 
kuntum  bunga  lili. Itu 
pun  setelah  mereka 
berbual  dengan  bunga 
kegemaran  Ayumi.
            Akiff  pun 
semakin  tersenyum  tatkala 
melihat  Ayumi  semakin 
mencintai  dirinya. Ada  masa 
2  minggu  lagi 
pertaruhan  itu  akan 
berakhir  akan  tetapi 
hatinya  telah  terdetik 
perasaan  lain  macam. Dia 
tidak  memikirkan  sangat. Dia 
menganggap  itu  cuma 
mainan  perasaan  sahaja.
            Ayumi  berasa 
bahagia. Akiff  seorang  lelaki 
yang  amat  romantis. Memahami  dirinya. Namun  bagaimanapun, dia  tidak 
menyerah  sepenuh  hatinya 
kepada  Akiff. Orang  kata 
kalau  bercinta, jangan  menyerahkan 
sepenuh  hati  kita 
kepada  orang  yang 
kita  dicintai. Oleh  kerana 
itu, dia  tidak  bercerita 
sepenuh  tentang  latar 
belakangnya. Akiff  hanya  mengenalinya 
sebagai  seorang  sales  girl 
di  sebuah  butik.
            Pada 
suatu  hari, Ayumi  dijemput 
oleh  Akiff  ke 
satu  majlis. Pada  mulanya, Ayumi  tidak 
mahu  hadir  kerana 
berasa  dia  tidak 
bersedia  lagi  untuk 
berjumpa  keluarga  Akiff. Dia 
berasa  dia  tidak 
bersedia  kerana  Akiff 
belum kenal  sepenuhnya  siapa 
dirinya  yang  sebenarnya. Namun  apabila 
Akiff  majlis  itu 
bukan  majlis  keluarganya 
tetapi  teman-teman  rapat 
sahaja, dia  membuat  keputusan 
untuk  mengikut  Akiff.
            “ Cantik  teman 
wanita  kau, Akiff. Pandai  juga 
dia  bergaya,” puji  teman 
Akiff, Zainal  dengan  senyuman 
sinis.
            Ayumi  tidak 
faham  akan  senyuman 
sinis  itu. Dia  berpandangan 
dengan  Akiff  lalu  tersenyum  manis. Sebenarnya  teman 
sekerjanya  yang  menyuruhnya 
bergaya. Siap  tawar  diri 
untuk  bersolekkan  Ayumi 
lagi. Namun  baju  yang 
dipakainya  Akiff  yang 
hadiahkan. Gaun  malam  berwarna 
maroon  yang 
labuh.
            Akiff  juga 
sebenarnya  terkedu  dengan 
kecantikkan  Ayumi  pada malam 
itu. Tidak  sangka  Ayumi 
sanggup  bersolek  deminya. Biasanya  Ayumi 
tampil  tanpa mekap  apabila 
keluar  bersama. Dia  tersenyum 
bangga  kerana  mampu 
memiliki  hati  perempuan 
bernama  Ayumi  Natalie.
            “ Okey, sekarang  kita 
akan  ke  acara 
kemuncaknya. Dijemput  Akiff  Hakimi 
dan  pasangannya, Ayumi  Natalie 
naik  ke  pentas,” ujar 
juruacara  di  atas 
pentas  itu.
            Ayumi  terkedu. Apa 
pula  acara  kemuncaknya? Akiff  tidak 
memberitahu  apa-apa  tentang 
ini. Mungkin  juruacara  tersalah 
sebut. Namun  begitu, terasa  lengannya 
ditarik  naik  ke 
atas  pentas. Acara  apa 
pula  nie? Dia  berbicara 
dalam  hatinya.
            “ Kenalkan  semua. Inilah 
Ayumi  Natalie. Kekasih  aku 
yang  baru.” Akiff  memperkenalkan  dirinya.
            What???
Kekasih  baru? Apa  semua 
nie?
            “ Secara  rasminya, aku 
mengumumkan  aku  menang 
pertaruhan nie.” Akiff  ketawa.
            “ Awak, apa  semua 
nie?”
            “ Nak  tahu, kau 
tu  cuma  perempuan 
malang  yang  terpilih 
untuk  pertaruhan  kami. Kau 
ingat  kau  tu 
sesuai  ke  dengan 
aku  nie? Bakal  engineer  and 
anak  kepada  Tan Sri 
Iqram  Hafizi. Kau   tak 
layak. Sedar  diri  sikit. Kau 
ingat  kau  cantik 
sangat  ke? Hahaha.. Perasan  jugak 
kau  nie  ye. Aku 
boleh  dapat  perempuan 
lebih  cantik  dari 
kau.”
            Pang!!! Pantas  tangan 
Ayumi  naik  muka 
tampan  Akiff. Air  matanya 
mengalir  perlahan. Dia  langsung 
tidak  sangka  Akiff 
cuma  mempermainkan  dirinya. Mereka  bertentangan 
mata. Kedengaran  rakan-rakan  Akiff 
bersorak  gembira. Gembira  kerana 
dapat  mengecewakan  hati 
seorang  insan  bernama 
wanita. Seorang  rakan  Akiff  naik  ke  
pentas  dan  menghulurkan 
sampul  berisi  RM 5000 kepada  Akiff.
            Akiff  membuka 
sampul  tersebut  dan 
mengira  duitnya. Cukup.
Diambil  seribu  dan 
dihulurkan  pada  Ayumi. Ayumi 
terkedu. Apa  maksud  semua 
nie?
            “ Nah, aku  bagi 
kau. Kau  kan  dah 
banyak  tolong  aku. Tanpa 
kau, aku  tak  akan 
menang  betting  nie.”
            Ayumi  memejam 
matanya  sebentar. Dia  mengambil 
duit  itu. Dia  mengenggam 
duit  itu  lalu 
melemparkan  ke  muka 
Akiff. Semua  terdiam.
            “ Dengar  sini, jantan 
tak  guna. Nasib  baik 
aku  tak  serahkan 
sepenuh  hati  aku 
pada  kau. Memang  pada 
pandangan  mata  kau, aku 
nie  cuma  sale  girl. Kau 
tak  kenal  aku 
siapa. Aku  tak  hairan 
langsung. Anak  Tan  Sri ye? Kau 
boleh  bergelak  ketawa 
sekarang. Hancurkan  hati  perempuan 
yang  kau  kenal. Nanti 
bila  kau  miskin, title 
anak  Tan  Sri 
boleh  tolong  kau 
ke? And  bakal  engineer?
Kau  cuma 
bakal. Bukan  engineer  lagi. Jangan  nak 
berlagak  sangatlah. Aku  bersumpah 
kau  tak  akan 
pernah  rasa  bahagia 
selagi  aku  tak 
maafkan. Kau  pun  tahu 
kalau  kita  mati 
nanti, kita  perlu  minta 
maaf  pada  orang 
yang  kita  buat 
salah. Selagi  orang  itu 
tak  maafkan  kau, selagi 
itu  kau  tak 
akan  dapat  masuk 
syurga.” Ambil kau, padan 
muka  kena  ceramah 
sebijik dengan  aku.
            Nah! Ayumi  tersenyum 
sinis. Jangan  main-main  dengan 
dia  sekarang. Jangan  ingat 
aku  akan  menangis 
air  mata  darah 
kat  sini. Ayumi  mengoyak 
gaun  yang  dihadiahkan 
Akiff  kepadanya. Semua  tergaman. Nasib  baik 
Ayumi  memakai  baju 
T-shirt  di  dalam 
kerana  gaun  itu 
sedikit  jarang. Gaun  itu 
dilemparkan  ke  arah 
muka  Akiff.
            “ Nah, ambil  balik 
gaun  kau  nie.” Ayumi 
berkata. Dia  melangkah  turun 
dari  pentas  itu.
            Semua  terdiam. Tiada  sesiapa 
pun  berani  berkata 
selepas  melihat  perangai  Ayumi 
itu. Tiba-tiba  Ayumi  berhenti 
di  tempat  BBQ.
Semua  terkejut  menunggu 
tindakan  Ayumi  yang 
seterusnya. Ayumi 
mengeluarkan  handphonenya. Tali  strap  yang 
tergantung  hadiah  dari 
Akiff  itu  dilemparkan 
ke  dalam  api 
tempat  BBQ  itu.
            “ Oh, semua  hadiah 
kau  itu  aku 
bakarlah  ye. Menyemak  kat 
dalam  bilik  aku 
yang  dah  sememangnya 
sempit  itu. Kau  tak 
marahkan? Kau  kan  anak 
Tan  Sri, bakal  engineer  lagi. Tentu 
hadiah  itu  tak 
ada  nilai  pun 
untuk  kau.” Sempat  lagi 
dia  berpaling  ke 
arah  Akiff  yang 
sememangnya  tergaman  di 
atas  pentas  itu 
dan  menyindir  secara 
halus. Hatinya  puas. 
            “ Lupa  pulak 
aku  nak  cakap 
satu  benda  lagi. SELAMAT TINGGAL.”
4  TAHUN 
KEMUDIAN
AYUMI  NATALIE
“
KENALKAN  Akiff  Hakimi, senior  engineer 
di  syarikat  ini. Anda 
semua  akan  bekerja 
di  bawah  bimbingan 
beliau,” ucap  Encik  Hisyam 
membuatkan  bulu  romaku 
menegak.
            Macam  mana 
jantan  tak  guna 
itu  je. Harap-harap  aku 
salah  dengar. Harap-harap  orang 
lain  yang  sama 
nama  dengan  jantan 
tak  guna  itu. Kepalaku 
tegak  memandang  ke 
arah  hadapan  bilik  meeting. Masuk  seorang 
lelaki  berjalan  dengan 
penuh  karisma. Ceh, memang  jantan 
tak  guna  itu. Kenapa 
nasib  aku  nie 
malang  sangat  jumpa 
balik  dengan  jantan 
tak  guna  itu? Eh, kenapa  nasib 
aku  pula  yang 
malang. Nasib  dialah  yang 
malang  terpaksa  berjumpa 
dengan  aku  balik.
            Sebaik  sahaja 
Akiff  ingin  memulakan 
ucapannya, aku  berdiri  tegak 
lalu  melangkah  keluar 
dengan  selambanya  dari 
bilik  meeting  itu. Semua  mata 
yang  berada  di 
dalam  bilik  itu 
memandang  ke  arahku. Aku 
kena  keluar  tenangkan 
diri  sekejap. Kalau  tak, tak 
pasal-pasal  lebam  muka 
jantan  tak  guna 
itu. Jangan  ingat  aku 
nie  perempuan  sama 
yang  boleh  cair 
dengan  kau. Ayumi  Natalie 
yang  itu  sudah 
mati  pada  malam 
itu.
            Beberapa  minit 
kemudian, aku  masuk  kembali. Jantan  tak 
guna  itu  sudah 
duduk. Agaknya  time 
dia  bercakap  sekejap 
je  kot. Ah, apa  aku 
kisah. Yang  aku  kisahkan 
sekarang  nie, jantan  tak 
guna  itu  asyik-asyik 
duk  pandang  muka 
aku.
            Habis  sahaja 
meeting  tersebut, aku 
cepat-cepat  cabut  keluar 
dari  bilik  meeting  itu. Malas 
aku  duk  layan 
rakan  wanita  yang 
khusyuk  berborak  tentang 
kekacakan  jantan  tak 
guna  itu. Muka  je 
yang  handsome  tapi  hati 
jahat  macam  setan, huh. First  day, tak  ada  kerja 
yang  penting  lagi. Semua 
biasa-biasa  je. Tiba-tiba  kedengaran 
interkom  berbunyi.
            “ Masuk  bilik 
saya  sekejap.” Suara  jantan 
tak  guna  itu 
mengarah  aku. Memang  nak 
cari  pasal  dengan 
aku  agaknya.
            Sampai  di 
biliknya, aku  mengetuk  pintu. Kedengaran  arahan 
masuk, aku  pun  masuk 
berdiri   di  hadapannya. Tengok  pun 
dah  tahu, kerjanya  memang 
banyak.
            “ Ada  apa 
Tuan  Akiff  panggil 
saya?” soalku. Aku  memang  malas 
nak  berada  lama-lama 
dalam  bilik  jantan 
tak  guna  itu.
AKIFF  HAKIMI
AKU  angkat 
muka  pandang  Ayumi. Dia 
masih  macam  dulu. Mungkin 
nampak  lebih  matang. Lebih 
bergaya  dengan  suit  yang 
dipakainya. Dah  lama  aku 
cari  kau, Ayumi. Akhirnya  jumpa 
jugak. memang  aku  terkejut 
bila  tengok  dia 
tiba-tiba  berdiri  dalam  
bilik  meeting  tadi.
            “ Awak, apa  khabar?” soalku  spontan.
            “ Perlu  ke 
kau  tahu?” Nah  kau-aku 
dia  pakai, confirm  marah  dia 
tak  pernah  surut. 
            “ Ada  apa 
yang  kau  nak? Aku 
ada  banyak  kerja 
lagi  yang  perlu 
aku  selesaikan,” ujar  Ayumi.
            “ Baru  first  day, dah 
ada  kerja  ke?” soalku 
ingin  melawak.
            “ Sebenarnya  tak 
ada  pun. Tapi  aku 
lebih  suka  menghadap 
kerja  yang  bertimbun 
tu  daripada  menghadap 
muka  kau.” Nah, kata-kata  belati 
yang  tajam  lagi 
pedas.
            “ Ayumi, saya  minta 
maaf.” Aku  meluahkan  kata-kata 
yang  patut  aku  luahkan  4 
tahun  lalu.
            “ Dengar  sini, biar 
aku  berterus  terang 
jelah. Kalau  boleh, right 
now  jugak  aku 
nak  resign  dari  syarikat 
nie  tapi  aku 
dah  sain  kontrak 
dengan  syarikat  nie. Kalau 
aku  resign, masak  aku  kena 
bayar. So, tolong  aku 
satu  perkara. Jangan  buat 
kerja  bodoh  dengan aku. Aku  tak 
kisah  kalau  kau 
nak  berbincang  dengan 
aku  tentang  hal-hal 
yang  berkaitan  syarikat 
tapi  jangan  bermimpi 
nak  berbincang  dengan 
aku  tentang  hal  personal, faham.” Dia  tembak 
aku  lagi.
            Aku 
tahu  hatinya  sudah 
menjadi  keras. Sekeras  kerak 
nasi. Tengok  penampilan  dan 
gaya  bercakap  pun 
sudah  tahu. Sudah  menjadi 
lebih  tegas. Namun  sekeras-keras 
kerak  nasi  akan 
menjadi  lembut  juga 
jika  kena  dengan 
caranya. 
            ‘ Maafkan  saya, Ayumi. Sumpahan  awak 
menjadi. Saya  tak  pernah 
rasa  bahagia  dan 
tenang  lepas  saya 
buat  awak  macam 
tu.’
AYUMI  NATALIE
“
CIK Ayumi, ada  bunga  untuk 
awak. Bunga  lili. 3  kuntum 
je. So  sweet.
Biasanya  kalau  3 
kuntum  nie  ada 
maksud  tersendiri. I LOVE 
YOU,” ujar  penyambut  tetamu 
itu.
            Aku 
ambil  bunga  itu. Aku 
perhati  dengan  muka 
serius. Dia  ingat  aku 
nie  boleh  dipikat 
dengan  cara  yang 
sama  macam  dulu. He’s  so 
wrong. Jangan  harap.
Jangan  harap. Aku  nampak 
ada  tong  sampah 
berdekatan. Aku  terus  campak 
tanpa  rasa  bersalah. Akiff, jangan  ingat 
hati  aku  macam 
dulu. Penyambut  tetamu  itu 
terkejut  dengan  apa 
yang  dilihatnya. Kesian  bunga 
itu.
            Keesokkannya, aku  dihadiahkan 
dengan  teddy  bear  pula. Childish…
Apa, dia  ingat  aku 
nie  umur  berapa? Budak 
kecil?
            “ Wah, Ayumi  dapat  teddy 
bear. Comelnya. Nie 
kalau  anak  saya 
tengok, tentu  dia  merengek 
mintakan  saya  beli 
untuknya,” tegur  Puan  Anisah, assistant  Akiff.
            “ Oh, yeke? Kalau  macam 
tu, Kak  Nisah  ambillah. Bagi  pada 
anak  Kak  Nisah. Saya 
pun  tak  berapa 
suka  dengan  teddy  bear. Mata  diaorang 
tu  duk  merenung 
saya. Seram  pula  saya 
dibuatnya. Menyempak  je.
Dahlah  besar  gedabak.” Aku 
sengaja  menguatkan  suara 
apabila  melihat  Akiff 
berada  berdekatan.
            Selang  dua 
hari  kemudian, aku  dihadiahkan 
dengan  sekeping  coklat 
yang  besar. Aku  mengeluh. Lelaki  ini 
masih  berusaha  nak 
mengurat  aku  balik. Dahlah  dia 
mengurat  aku  dengan 
cara  yang  sama 
masa  dia  mengurat 
aku  dulu. Bodoh-bodoh… Aku  pandang 
muka  dia  masa 
dia  baru  masuk 
pejabat.
            “ Korang, nie  ada 
coklat. Ambillah  kalau  korang 
nak. Aku  tak  berapa 
sukakan  coklat  nie. Tuan 
Akiff  pun  kalau 
nak, ambillah. Ada  orang  yang 
baik  hati  beri 
saya  coklat.” Aku  menawarkan 
coklat  itu  kepada 
teman-teman  sekerjaku  dan 
pada  dia  juga.
            “ Bestlah, kau  nie  Ayumi. Ada 
secret  admirer.
Hari-hari  dapat  hadiah. Tentu 
orang  kaya. Hari  tu, bunga, teddy  bearlah, sekarang 
coklat  mahal  pulak 
tu. Memang  romantic  habislah.”
Salah  seorang  dari 
mereka  bersuara.
            Aku 
cuma  tersenyum  sinis. Mereka 
semua  tidak  tahu 
yang  bos  merekalah 
secret  admirer 
aku  sebenarnya. Aku  beralih 
pandanganku  ke  arah 
Akiff. Raut  wajah  lelaki 
itu  muram. Ah, do 
I  care? Suka  hati 
kaulah. Siapa  suruh  kau 
membazir. Bukan  aku. Kau  yang 
gatal  nak  bagi, so  padan 
muka.
AKIFF  HAKIMI
AKU  cuma 
boleh  mengurat. Memang  Ayumi 
sudah  keras  hati. Macam 
mana  aku  nak 
pikat  dia  balik? Aku 
betul-betul  cintakan  dia. Aku 
mengeluh. Pening  kepalanya  memikirkan 
perihal  Ayumi.
            “ Mengeluh  kuat 
nampak. Ada  masalah  ke?” tegur 
kakakku, Aria  Hanisa.
            Aku 
memandang  kakakku. Sekali  lagi 
mengeluh. Aku  tak  tahu 
macam  mana  nak 
bagitahu  masalahku  nie. Kalau 
aku  bercerita  tentang 
kejadian  4  tahun 
lalu, tentu  dia  akan 
marah  kerana  mempermainkan 
hati  perempuan  macam 
itu.
            “ Kenapa?” soal  Aria  sepatah.
            “ Macam  mana 
nak  pikat  perempuan 
yang  hatinya  sudah 
terluka?”
            “ Hah?” Aria  terkejut. Dengan  siapa 
pula  adiknya  bercinta? “ Kau  nak 
pikat  siapa  pula 
nie?”
            “ Tak  apalah, Along.”
            “ Suka  hati 
kaulah  kalau  kau 
tak  nak  cerita 
pada  aku. Jom  turun 
makan. Malam  nie  kan 
ada  dinner  dengan  family  kawan 
papa.”
            “ Lupa  pula.” Aku 
pun  turun  bersama 
kakak. Serentak  dengan  itu, kedengaran  salam 
di  muka  pintu. Aku 
berpaling. Terkejut  itulah  perasaan 
yang  aku  rasakan 
sekarang.
            “ Ayumi.” Aku  bersuara 
kuat. 
            “ Anak  teruna 
aku  dah  kenal 
ye  dengan  anak 
dara  kau, Gihah. Maknanya  ada  chance 
kita  berbiras,” ujar  Puan 
Sri  Halinda.
            Anak 
dara  Auntie  Gihah? Ayumi  nie 
anak  Uncle  Halim? Kenapa  aku 
tak  pernah  tahu 
pun  sebelum  ini? Semasa 
bercinta  dengan  Ayumi 
dahulu, aku  tidak  pernah 
bertanya  tentang  keluarga 
Ayumi. Aku  langsung  tidak 
ambil  tahu  tentang 
keluarga  Ayumi. Aku  anggap 
Ayumi  datang  dari 
keluarga  yang  biasa-biasa.
            “ Akiff  kenal 
ke  dengan  anak  Uncle 
Halim  nie?” soal  Tan 
Sri  Iqram  Hafizi 
ketika  mereka  menjamu 
selera.
            “ Dia  pekerja 
kat  company  kita  papa, mestilah  Akiff 
kenal,” ujar  Akiff  menutup 
gugupnya.
            “ Patutlah  bila 
ayah  suruh  kerja 
kat  company  sendiri  banyak 
je  alasan  dia. Rupanya 
bos  handsome, bersemangat 
sikit  nak  kerja 
agaknya.” Datin  Nagihah  menyampuk.
            “ Ibu.” Ayumi  bersuara 
perlahan  menghalang  Datin 
Nagihah  berkata  yang 
bukan-bukan.
            “ Anak  aku 
yang  bongsu  nie 
memang  macam  nie. Suka  berdikari 
sikit. Ini  pun  kena 
paksa  ikut  kami, baru 
dia  ikut,” ujar  Dato’ Halim.
            “ Baguslah  kalau 
dapat  anak  yang 
macam  tu. Janji  dia 
tak  buat  yang 
bukan-bukan."
            Aku 
tersenyum  mendengar  bicara 
orang  tua  mereka. Aku 
rasa  pun  dia 
suka  berdikari. Dia  langsung 
tak  guna  nama 
ayah  dulu  masa 
mereka  berkenalan. Ayumi  pun 
bekerja  sendiri  masa 
itu. Patutlah, semasa  malam  dia 
malukan  Ayumi, Ayumi  ada 
berkata  yang  aku 
tidak  mengenali  siapa dia 
sebenarnya.
AYUMI NATALIE
AKU tersentak bila tengok Akiff dalam rumah. Kenapalah aku tak tanya parent aku nak dinner kat mana tadi? Kan dah jumpa lelaki nie. Hilang selera aku. Dahlah kuat pulak tu dia sebut nama aku. Dah parent aku dah anggap yang bukan-bukan.
            Selepas  makan, parent  aku 
dengan  parent  dia  berborak. Tentang  apa, aku 
malas  nak  ambil 
tahu. Hal  orang  tua. Ayumi 
bawa  diri  ke 
kolam  renang. 
            “ Hai, tak  sangka 
kita  akan  jumpa 
malam  kat  sini. Saya 
tak  tahu  pula 
awak  nie  anak  Uncle 
Halim.” Akiff  bersuara.
            Kenapa  dia 
boleh  ada  kat 
sini  pula? Bukan  tadi 
dia  duduk  sekali 
dengan  orang  tua  tadi.
Kenapa  menyibuk  kat 
sini  pula? Nak  tenangkan 
diri  pun  tak 
boleh. Stress.
            “ Yelah, awak  kan 
ingat  saya  nie 
anak  orang  miskin. Tak 
layak  untuk  awak,” ujarku 
sinis.
            “ Awak, saya  betul-betul 
minta  maaf. Saya  tahu 
saya  tak  patut 
buat  awak  macam 
tu  tapi…”
            “ Tak  patut 
pun, buat   jugak  kan.” Pantas 
aku  menyampuk  membuatkan 
Akiff  terdiam.
            “ Lepas  malam 
tu, saya  cuba  cari 
awak. Kat  butik  tu. Tapi 
kawan  awak  cakap 
awak  dah  berhenti 
kerja. Diaorang  cakap  awak 
dah  balik  kampung. Saya 
cuba  tanya  kampung 
awak  kat  mana? Tapi 
mereka  sendiri  tak 
tahu. Saya  putus  harapan. Hari-hari  saya 
ingatkan  awak. Ingatkan  dosa-dosa 
saya  pada  awak. Saya 
minta  maaf,” luah  Akiff 
dengan  panjang  lebar.
AKIFF  HAKIMI
MANA pula handphone aku nie? Rasa malam tadi ada lagi. Lepas dinner dengan family Ayumi, lepas tu tak jumpa. Pelik nie. Siapa pula yang ambil handphone aku? Aku turun ke ruang tamu. Cari. Tak jumpa juga.
            “ Akiff  cari 
apa  pula  tu? Terbongok-bongok  mama 
tengok,” tegur  Puan  Sri 
Halinda.
            “ Akiff  cari  handphone  Akiff. Tiba-tiba  je 
hilang,” ujarku  tanpa  memandang 
mama
            “ Yang  ini 
ke?” soal  Puan  Sri 
Halinda.
            Aku 
pantas  memandang  mama. Memang 
handphone  di 
tangan  mama. Apa  pula 
yang  mama  buat 
dengan  handphone  aku  tu? Aku 
ingin  mengambil  handphone  aku 
tapi  dihalang  oleh 
mama.
            “ Sebelum  tu, terangkan 
pada  mama  tentang 
gambar  nie?” soal  mama 
sambil  menunjukkan  gambar 
yang  terpapar  di  wallpaper  handphone aku.
            Aku 
menelan  air liur. Itu  gambar 
aku  dengan  Ayumi 
4  tahun  lepas. Aku 
memang  sengaja  buat 
gambar  tu  sebagai 
wallpaper  aku. 
            “ Nie  gambar 
Akiff  dan  Ayumi, anak 
Uncle  Halim  yang 
semalam  tu  kan? Tapi 
mama  rasa  gambar 
nie  gambar  lama 
kalau  tengok  dari 
gaya  Akiff. Am  I  right?” soal  Puan 
Sri  Halinda.
            Nah, mama  boleh 
agak  gambar  tu 
diambil  bila. Macam  mana 
aku  nak  cakap 
nie? Kalau  terus  terang, mesti 
mama  marah.
            “ Kami  memang 
dah  lama  kenal 
mama. Kawan  lama, mama.”
Jawapan  selamat  yang 
aku  rasa  sekarang 
ini.
            “ Tapi  mama 
tengok  tak  macam 
kawan  lama  pun. Mama 
rasa  macam  kekasih 
lama,” teka  mama.
            Aku  
telan  air  liur 
lagi. Tekaan  mama  tu 
memang  betul, mama. Dia  memang 
kekasih  lama. Terus-terang  jelah. Tak 
kisahlah  apa  nak 
jadi  pun.
            “ Sebenarnya, kami  memang 
pernah  bercinta. Tu  cerita 
4  tahun  lepas 
mama. Akiff  ada  buat 
salah  pada  dia. Sampai 
sekarang  dia  tak 
maafkan  Akiff. Akiff  dah 
tak  tahu  nak 
buat  macam  mana.” Aku 
bersuara.
            “ Buat  salah? Buat 
apa? Jangan-jangan  Akiff  dah…”
            “ Bukanlah, mama. Akiff  tak  buat  benda 
terkutuk,” pintas  Akiff  apabila 
mama  sudah  salah 
faham.
            “ Habis  tu?”
            “ Akiff  dah 
lukakan  hati  dia.”
            “ Jangan  risau. Mama 
akan  tolong  Akiff 
supaya  dia  maafkan 
Akiff. Satu  je  mama 
nak  tanya. Akiff  masih 
cintakan  dia?”
            “ Akiff  tak 
pernah  berhenti  mencintai 
dia  mama.” Jawapan  itu 
membuatkan  mamaku  tersenyum.
AYUMI  NATALIE
What? What? What? Family  Akiff 
datang  meminang  aku. Drama 
apa  yang  Akiff 
cuba  lakonkan  pula 
nie? Semalam  aku  selamat 
jadi  tunangan  Akiff. Ayah 
dan  ibu  aku 
menerima  je  pinangan 
family  Akiff 
tu. Aku  kena  tanya  Akiff  sendiri.
            “ Eh, Ayumi  cakap 
cuti  hari  nie?”
            Aku 
tak  layan  soalan. Sekarang  nie, aku 
tak  dengar  apa-apa 
dah. Dalam  kepala  otak 
aku  tengah  kumpul 
ayat  berbisa  nak 
sembur  Akiff. Aku  rempuh 
macam  tu  je. Puan 
Anisah  tak  sempat 
menghalang  kemasukanku.
            “
It’s  okey, Nisah. You  boleh 
buat  kerja  you,”
ucap  Akiff  kepada 
Puan  Anisah.
            “ What’s the  hell  you 
try  to  do, Akiff 
Hakimi?” soalku  sambil  menghentak 
tapak  tangan  ke 
meja  Akiff.
            “ Tentang  apa 
nie?”
            “ Jangan  buat 
tak  tahu  apa-apa. Nie 
cincin  nie  untuk 
apa?”
            “ Cincin  tu 
sebagai  tanda  awak 
tunangan  saya.” Akiff  tersenyum.
            Jantan  nie 
boleh  pulak  dia 
senyum  masa  nie. Memang 
nak  kena  dengan 
aku.
            “ Saya  memang 
nak  kahwin  dengan 
awak. Tapi  nie  bukan 
idea  saya. Idea  mama 
saya.”
            “ Habis  tu? Kenapa 
setuju  jugak?”
            “ Sebab  apa? Sebab 
saya  memang  sukakan 
awak. Cintakan  awak. Saya  memang 
nak  jadikan  awak 
sebagai  isteri  saya.” 
            “ Gila.”
            Aku 
keluar  dari  bilik 
Akiff. Semua  mata  memandang 
aku. Aku  memang  malas 
nak  layan. Aku  blah 
macam  tu  je.
AYUMI  NATALIE 
DAN  AKIFF  HAKIMI
Hampir  sebulan 
Ayumi  telah  menjadi 
tunangan  Akiff. Teman  sepejabat 
mereka  berdua  sudah 
tahu  tentang  hubungan 
itu. Ramai  yang  mengucap 
taniah. Akiff  menerima  dengan 
gembira  manakala  Ayumi 
layan  tak  layan.
            “ Kesian  secret  admirer  Ayumi. Mesti 
dah  tahu  Ayumi 
dah  bertunang. Sebab  tulah, dah 
tak  ada  hadiah 
lagi,” tegur  Puan  Anisah.
            Satu 
je  mereka  semua 
tidak  tahu  tentang 
identity  secret 
admirer  Ayumi  yang 
sebenar. Biarlah  rahsia.
Hubungan  mereka  berdua 
masih  tidak  ada  happy 
ending. Akiff  sendiri  tidak 
tahu  lagi  mahu 
lakukan  apa  lagi 
untuk  mendapatkan  kemaafan 
dari  Ayumi.
            Satu 
hari  tu, Ayumi  menerima 
satu  panggilan  dari  family 
Akiff. Ia  berkaitan  dengan 
Akiff. Bergegas  dia  ke 
hospital. Kesemua  ahli  keluarga 
mereka  berada  di 
situ. Semua  berwajah  muram. Dia 
masuk  ke  bilik 
yang  ditunjukkan. Dia  terkejut 
melihat  keadaan  Akiff 
yang  berbalut  itu.
            Dia 
tidak  boleh  menyimpan 
lagi  perasaan  sedihnya. Dia 
menangis. Dia  sedih  kerana 
melayan  Akiff  dengan 
baik. Terasa  bahunya  disentuh. Dia 
berpaling. Mama  Akiff.
            “ Sabar  Ayumi. Berdoa 
supaya  Akiff   cepat-cepat 
sedar,” ucap  Puan  Sri 
Halinda.
            Air 
mata  Ayumi  semakin 
lebat  mengalir. Sebenarnya  dia 
sudah  memaafkan  Akiff 
tidak  lama  selepas 
dia  menjadi  tunangan 
Akiff.
            “ Awak, bukalah  mata 
awak. Nie  saya, Ayumi. Saya  minta 
maaf  sebab  tak 
layan  awak  macam 
tunang  saya. Saya  sebenarnya 
dah  lama  maafkan 
awak. Awak  jangan  terima 
tinggalkan  saya  lagi. Yang 
tu, saya  tak  akan 
maafkan  awak  kalau 
awak  tinggalkan  saya.” Dia 
berkata  sambil  mengenggam 
erat  jari-jemari  Akiff.
            “ Betul  awak 
dah  maafkan  saya?” soal 
satu  suara.
            Ayumi  angkat 
kepala. Akiff  sudah  tersedar.
            “ Betul  awak 
dah  maafkan  saya?” soal 
Akiff  sekali  lagi.
            Ayumi  mengangguk.
            “ Baguslah. Hati  saya 
pun  kalau  saya 
nak…”
            “ Apa  awak 
nak  cakap  nie? Saya 
tak  benarkan  awak 
tinggalkan saya. Saya  tak  akan 
maafkan  saya.”
            “ Dengar  dulu 
saya  habis  cakap. Hati 
saya  pun  kalau 
saya  nak  kahwin 
dengan  awak  nanti. Tak 
adalah  saya  kahwin 
dengan  awak, saya  kena 
fikir  cara  nak 
dapatkan  kemaafan  awak.”
            “ Awak  memang 
sengaja  kan.”
            “ Awak  tu yang 
ego  sangat. Kalau  dah 
maafkan, cakaplah.”
            Ayumi  memukul 
perlahan  lengan  Akiff. Akiff 
mengaduh. Ayumi  menjadi  gelabah. 
            “ Sakit  ke 
awak? Sorry. Saya  panggilkan 
doktor  sekejap.” Ayumi  bangun 
namun  dihalang  dengan 
lengan  Akiff.
            “ Duduk  kat 
sini. Temankan  saya  sampai 
saya  sembuh. Lepas  tu, kita 
kahwin.”
