Selepas   sekolah 
rendah, lelaki  itu  ditawarkan 
masuk  ke  sekolah 
berasrama  penuh. Dia  menangis 
sepanjang  hari  itu. Sehinggakan  lelaki 
itu  terpaksa  datang  ke 
rumahnya  untuk  memujuknya. 
            “ Kalau  Dian 
nak  masuk  sekolah 
sama  dengan  Qazir, result  PMR 
nie  Dian  kena 
buat  betul-betul. Bolehkan?”
Kerana  kata-kata  itulah 
yang  telah  membuatkannya 
belajar  siang  dan 
malam  sehingga  dia 
berjaya  masuk  ke 
sekolah  yang  sama 
dengan  lelaki  itu.
            Akan 
tetapi  hubungan  mereka 
berdua  tidak  sama 
lagi  seperti  dulu. Dia 
menjadi  malu  tatkala 
bertembung  dengan  lelaki 
itu. Suaranya  seakan  tidak 
boleh  terkeluar  apabila 
berhadapan  dengan  lelaki 
itu. Lelaki  itu  pun 
tidak  semesra  dahulu. Tegur 
pun  gitu-gitu  je.
            “ Kau  nie 
tak  habis-habis  tengok 
si  Qazir  tu. Dah 
macam  stalker  aku  tengok 
kau. Bila  depan  dia, tunduk 
memanjang,” tegur  Sayia  mematikan 
pandangan  matanya  pada 
Qazir.
            “ Nak  buat 
macam  mana? Saya  memang 
sukakan  dia. Opps! Terkuat  pulak.
Awak  jangan  beritahu 
orang  lain, tau,” ujar  Dian.
            “ Alah, memang  ramai 
yang  sukakan  mamat 
tu. Aku  je  yang 
tak  minat  lelaki 
yang  macam  tu. Jangan 
risau, rahsia  kau  memang 
selamat  dengan  aku, kalau 
tak  ada  curi 
dengarlah,” ujar  Sayia.  
            Dia 
menyambung  kembali  memandang 
ke  arah  Qazir 
yang  sedang  seronok 
bermain  itu. Sambil  itu, dia 
sedang  berfikir  macam 
mana  mahu  memberitahu 
tentang  perasaan  hatinya 
kepada  Qazir. Sedang  dia 
berfikir  itu, dia  melihat 
ada  kertas  yang 
melayang  di  hadapannya. Tiba-tiba  sahaja 
timbul  idea untuk  luahkan 
perasaannya  pada  Qazir. Old  school 
idea..
Bila  aku 
terkenangkan  kenangan  kita 
bersama
Aku 
tersenyum  sendiri
Kerna  kenangan 
antara  kenangan  terindah 
dalam  hidupku
Aku 
mahu  mengikut  jejak 
langkahmu
Kerna  aku 
mahu  bersamamu  selamanya
Setelah  sekian 
lama  perasaan  ini 
terpendam
Aku 
ingin  meluahkan  padamu
Yang  aku 
sangat  cintaimu
Dari  Dian 
Arini
DIAN  tersengih 
membaca  ayat  yang 
dia  sendiri  karang. Dia 
tidak  tahu  yang 
tangannya  boleh  menulis 
ayat  yang  agak 
jiwang  baginya.  Dia 
melipat  kertas  itu 
dan  memasukkan  ke 
dalam  sampul  surat 
yang  berwarna  pink 
itu. Dia  membawa  surat 
itu  ke  dadanya. 
            Dia 
keluar  dari  biliknya 
untuk  ke  kelasnya. Dia 
tidak  berada  di 
dalam  kelas  yang  sama  dengan 
Qazir. Jadi  untuk  berjumpa 
dengan  Qazir, dia  perlu 
ke  kelas  Qazir 
dahulu. Seperti  Qazir  sudah 
berada  di  dalam 
kelas  menyambung  tidur. Dia 
memanggil  seorang  pelajar 
dalam  kelas  itu 
untuk  mengejutkan  Qazir 
yang  kelihatan  lena 
itu. Qazir  yang  sudah 
tersedar  itu  memandangnya 
lalu  bangun  mendekatinya. 
            “ Dian  ada 
benda  nak  bagi 
kat  Qazir. Boleh  kita 
ke  taman  sekejap?” soal  Dian 
sedikit  tunduk  tidak 
memandang  ke  muka 
Qazir.
            “ Okey,” jawab  Qazir  ringkas.
            Mereka  berdua 
pun  berjalan  ke 
taman  itu. Sampai  di 
taman, Dian  berpaling  ke 
arah  Qazir. Dia  menarik 
nafas  panjang. Ini  antara 
perkara  hidup  matinya. Dia 
mahu  yang  sempurna 
untuk  perkara. Dia  tidak 
kisah  jika  Qazir 
tidak  akan  menerima 
perasaannya. Kerana  dia  tahu, perasaan  cinta 
itu  tidak  boleh 
dipaksa. 
            “ Ada  apa 
nie?” soal  Qazir  apabila 
melihat  Dian  seperti 
berkhayal  ke  alam 
lain.
            “ Lupa  pula. Nie. Ambillah.” Dian  menghulurkan 
surat  yang  disorokkan 
tadi.
            Qazir  terpinga-pinga  sebentar. Dia 
memandang  surat  itu 
kemudian  wajah  Dian 
yang  sudah  merah 
itu. Perlahan-lahan  dia  mengambil 
surat  dari  tangan 
Dian. Dian  mengangguk-angguk.
            “ Nanti  bagi 
jawapan  kat  Dian 
ye. Tak  kisah  bila-bila 
pun. Janji  bagi  jawapan 
kat  Dian  ye.” Sebaik 
sahaja  habis  ayat 
itu  dituturkan, Dian  melarikan 
dirinya.
DIAN  ceria 
memulakan  paginya. Dia  tidak 
sabar  menantikan  jawapan 
dari  Qazir. Tentu  Qazir 
sudah  membaca  surat 
itu. Kalau  boleh, dia  mahu 
melihat  reaksi  ketika 
Qazir  membaca  surat 
itu. Sayia  pun  menyedari 
perubahan  ceria  Dian 
pada  pagi  itu.
            “ Kenapa  kau 
nie? Sejak  bangun  pagi 
tadi, sampailah  sekarang  kau 
tersengih-sengih  semacam  nie. Kau  kena 
sampuk  ke?” soal  Sayia.
            “ Tak  adalah. Kenapa  awak 
tanya  macam  tu 
pulak?” soal  Dian  dengan 
sengihan  yang  tidak 
mahu  di  bibirnya.
            “ Yelah. Biasanya  kau 
tak  macam  nie. Risau 
juga  aku. Nanti  tak 
pasal-pasal  kena  sampuk 
sekali,” ujar  Sayia.
            “ Hish, awak  nie, ke 
situ  pulak. Saya  okey  je,” ucap 
Dian.
            Mereka  berdua 
bergerak  ke  kelas 
bersama-sama. Namun  mereka  dihalang 
oleh  beberapa  orang  senior. Dahi  mereka 
berkerut. Kenapa  pula  ini? Setahu 
mereka, mereka  berdua  tidak  melibatkan  diri 
dengan  senior.
            “ Awak  nie 
Dian  Arini  ke?” soal 
salah  seorang  dari 
mereka.
            “ Ya, saya. Ada  apa 
nie?” soal  Dian  kembali.
            “ Jom  ikut 
kami  ke  kelas. Ada 
perkara  yang  best  nak 
tunjuk  kat  Dian 
nie,” ajak  senior  tersebut. “ Oh,
kalau  Dian  takut, Dian 
boleh  bawa  kawan 
Dian  nie.”
            Dian 
pantas  menarik  lengan 
Sayia  mengikutnya. Dia  memang 
takut  dengan  pandangan 
senior-senior  itu. Semakin 
dekat, semakin  dia  tahu  arah 
tujunya. Ini  kelas  Qazir. Kenapa 
pula  dia  dibawa 
ke  sini? Dia  semakin 
takut.
            “ Beb, nie  chick 
yang  bagi  surat 
tu  kan?” soal  senior 
tadi  sambil  memeluk 
leher  Qazir.
            “ Yelah,” jawab  Qazir 
pendek.
            “ Dengar  kelas 
semua, nie  ayat  indah 
yang  terkarang  dalam 
surat  budak  tu. Bila  aku 
terkenangkan  kenangan  kita 
bersama, aku  tersenyum  sendiri, Kerna  kenangan 
antara  kenangan  terindah 
dalam  hidupku, Aku  mahu 
mengikut  jejak  langkahmu, Kerna  aku 
mahu  bersamamu  selama, Setelah  sekian 
lama  perasaan  ini 
terpendam, Aku  ingin  meluahkan 
padamu, Yang  aku  sangat 
cintaimu. Best  juga  ayat 
budak  nie. Pandai  dia 
tulis  surat  nie. Boleh 
jadi  penulis  novel 
cinta  nie,” ujar  senior 
tadi.
            Dian 
sudah  menunduk  malu. Malu 
kerana  surat  yang 
ditulis  hanya  untuk 
Qazir  dibaca  oleh 
orang  lain  dan 
juga  di  hadapan 
orang  ramai. Dia  dapat 
mendengar  suara  yang 
ketawa  di  sekelilingnya. Sayia  memandang 
wajah  Dian  yang 
tertunduk  itu. Dia  mendekati 
senior  yang 
membaca  surat  kawan 
itu.
            Dush!!!
Terpelanting  senior  itu 
lalu  terduduk. Sayia  buat 
muka  tak  bersalah 
plus  muka 
berlagak.
            “ What  the  heck…” Belum  sempat 
ayat  itu  dihabiskan, Sayia  telah 
menarik  kolar  senior  itu. Semua 
orang  di  kelas 
itu  terkejut. 
            “ Hei mamat  tak 
berapa  nak  handsome,
sedap  tak  penumbuk 
aku? Aku  dah  lama 
tak  praktis. Kau  nak 
tahu  kenapa aku  tumbuk 
kau  kan? Sebab  surat 
kawan  aku  tu. Dia 
ada  tulis  kat 
kau  ke? Yang  kau 
baca  tu  kenapa? Nak 
cakap  bodoh, takkanlah  boleh 
sekolah  kat  sini 
pulak  kan. Tapi  otak 
tu  tak  guna. Dasar 
beruk  bodoh.” Sayia  melepaskan 
kolar  senior  itu.
            Dia 
berpaling  ke  arah 
Qazir  yang  terdiam 
itu. “ Dan  kau, kalau  tak 
sukakan  kawan  aku 
tu, tak  payah  nak 
malukan  dia  macam 
tu. Nie  sekor  lagi 
beruk  bodoh.”
            Tiba-tiba  Puan 
Masitah, guru  displin  plus  guru 
yang  paling  garang 
di  sekolah  itu  berada 
di  dalam  kelas  itu.
Semua  memandang  guru 
itu  menunggu  tindakan 
guru  itu. Sayia  memang 
buat  muka  tak 
bersalah. Dia  langsung  tidak 
takut  akan  tindakan 
yang  mungkin  dikenakan 
kepadanya. Hanya  Dian  sahaja  
yang  kelihatan  takut.
            “ Awak  berempat 
ikut  saya  ke 
bilik  displin  sekarang 
juga,” arah  Puan  Masitah 
dengan  tegas  kepada 
keempat-empat  pelajar  yang 
terlibat.
            Sesampai  di 
bilik  displin, Puan  Masitah 
memandang  mereka  dengan 
pandangan  garang. Mereka  menunduk 
memandang  kecuali  Sayia. Dia 
tetap  melawan  pandangan 
mata  Puan  Masitah.
            “ Awak  semua 
tahu  kenapa  saya 
panggil  ke  bilik 
nie?” soal  Puan  Masitah 
memulakan  pertanyaannya.
            “ Tahu,” jawab  Sayia 
ringkas.
            Puan 
Masitah  memandang  Sayia. Budak 
nie  memang  tak 
takut  langsung  menjawab. “ Ok, biar  saya 
tanya  jelah  kesalahan 
awak, Sayia?”
            “ Saya  dah 
tumbuk  pelajar  yang 
berperangai  macam  beruk 
bodoh, cikgu.” Sinis  Sayia  menjawab 
sambil  tersengih  kepada 
pelajar  yang  ditumbuknya 
tadi.
            “ Tahu  pun 
awak  ye.” Puan  Masitah 
berkata. “ Awak  pula, Dian?”
            “ Erk..hmm…”
            “ Kenapa? Awak  tak 
tahu  ke  kesalahan 
awak  sendiri? Nak  saya 
beritahu?” soal  Puan  Masitah.
            “ Saya…dah..tulis surat…cinta  pada… pelajar 
itu,” ujar  Dian  teragak-agak. Dia  benar-benar 
malu dengan  keadaan  itu.
            “ Awak  tahu 
tak, Dian, saya  paling  tak 
suka  pelajar  kat 
sekolah  nie  bercinta. Mungkin  ada 
yang  berkapel  tapi  saya 
tak  nampak  dengan 
mata  saya  sendiri, jadi 
saya  tak  boleh 
buat  apa-apa. Tapi  kes 
awak  nie  terang-terang 
saya  nampak. Jadi  saya 
akan  ambil  tindakan. Dan 
awak, Alif, awak  harapan  sekolah. Jangan  membazir 
masa  awak  dengan 
kegiatan  bodoh  macam 
nie. Awak  faham  maksud 
saya  kan, Alif?” soal  Puan 
Masitah.
            Qazir  mengangguk 
faham.
            “ Balik  ke 
kelas  awak  semua 
sekarang. Sayia  dan  Dian 
akan  dapat  hukuman 
mereka  kemudian,” ujar  Puan 
Masitah.
            Mereka  berempat 
keluar  dari  bilik 
displin  itu. Dian  sudah 
mahu  menangis. Kerana  suratnya 
itu, Sayia  yang  tidak 
berkaitan  menjadi  mangsa. Sayia 
perasan  yang  keadaan 
itu.
            “ Padan  muka 
korang  berdua. Sorang  gatal 
nak  bercinta, sorang  berlagak. Kan 
dah  kena  denda. Tak 
sabar  aku  nak 
tengok  korang  kena 
denda,” ujar  pelajar  itu.
            “ Kau  nak 
aku  belasah  kau 
sampai  kau  terbaring 
kat  sini  ke? Aku 
pun  memang  lama 
tak  belasah  orang 
nie. Alang-alang  dah  kena 
denda, baik  aku  buat 
betul-betul,” ujar  Sayia  maju  ke  pelajar 
itu  namun  lengannya 
ditarik  oleh  Dian.
            “ Sayia, jomlah  kita 
masuk  kelas. Dah  lewat 
nie. Nanti  cikgu  bio
kita  marah  pulak,” ajak 
Dian.
            Qazir  hanya 
melihat  mereka  berdua 
berlalu  dari  situ. Dia  sendiri 
tidak  menyangka  yang 
perkara  ini  akan 
menjadi  besar  seperti 
ini.
“
ADA  orang  tu 
tulis  surat  cinta 
kat  Senior  Aliflah. Perasan  nak 
mampus  budak  perempuan 
tu,” perli  budak  perempuan 
dalam  kelas  Dian. 
            Dian 
tidak  berkata  apa-apa. Dia 
tahu  yang  perkara 
itu  telah  tersebar. Dia 
diperli  dipulau  serta 
dibuli  oleh  budak 
perempuan  dalam  kelasnya. Hanya  Sayia 
sahaja  yang  bercakap 
dengannya. 
            Tiba-tiba  dia 
terdengar  namanya  dipanggil 
dalam  pengumuman  sekolah. Dia 
diberitahu  supaya  pergi 
ke  bilik  displin 
dengan  kadar  segera. Dia 
melangkah  perlahan-lahan  ke 
bilik  itu. Sebaik  sahaja 
melangkah  masuk  ke 
bilik  displin  itu, pipinya 
ditampar. Dia  mengangkat  wajahnya 
untuk  melihat  siapa 
yang  menamparnya. Dia  terkejut. Ayah!!! Ibunya  turut 
berada  di  situ.
            “ Ayah,” panggil  perlahan 
untuk  bersalam.
            “ Sebab  nie  ke
 Dian 
nak  masuk  sekolah 
nie? Sebab  nak  bercinta 
dengan  Qazir? Jawab  soalan 
ayah, Dian.” Ayahnya  sudah  menjerkahnya.
            Dian 
tidak  tahan. Dia  sudah 
menangis  teresak-esak. Dia  tidak 
sangka  ibu  bapanya 
dipanggil  untuk  kes 
ini. Dia  tidak  berani 
lagi  untuk  memandang 
ayah  apatah  lagi 
ibunya. Dia  malu. Kalau  dia 
tahu  ini  pengakhiran 
surat  cinta  itu, dia 
tidak  akan  berfikir 
untuk meluahkan  perasaan  itu. Biar 
cinta  itu  terpendam 
dalam  hati  kecilnya.
            “ Cikgu, saya  nak  transfer 
anak  saya  keluar 
dari  sekolah  nie.” Ayahnya 
sudah  membuat  keputusan.
            “ Encik, tak  perlulah 
buat  keputusan  macam 
tu  sekali. Saya  rasa 
sudah  cukup  kalau 
Dian  diberikan  teguran 
supaya  dia  tidak 
lakukan  perkara  seperti 
ini  lagi. Saya  sendiri 
akan  tolong  perhatikan 
dia,” ujar  Puan  Masitah.
            “ Tak  perlu, cikgu. Saya  memang 
nak  keluarkan  dia 
dari  sekolah  nie. Kalau 
dia  duduk  sekolah 
nie  pun  bukannya 
dia  belajar. Mengendap  anak 
teruna  orang. Saya  tak 
nak.” Ayahnya  tidak  akan 
mengubah  keputusan  yang 
dibuat.
            “ Dian, awak  masuk 
kelas  dulu. Encik, saya  nak 
sediakan  prosedur  nak  berhenti 
sekolah  dulu. Encik  boleh 
balik  dulu. Esok  encik 
datang  ambil  anak 
encik,” ucap  Puan  Masitah.
            Dian 
keluar  dari  bilik 
displin  itu  dan 
melangkah  ke  kelas. Di 
pintu  masuk kelas  itu, Sayia 
sudah  menunggu  dengan 
muka  berkerut. Dian  cuba 
untuk  tersenyum.
            “ Kenapa?”
            “ Pasal  kes 
tulah. Jangan  risau, saya  tak 
apa-apa,” ujar  Dian.
            “ Ceritalah. Mungkin  aku 
boleh  tolong.”
            “ Tak  ada 
apa-apa  yang  boleh 
awak  tolong, Sayia. Saya  akan 
keluar  dari  sekolah 
nie,” bagitahu  Dian.
            “ Apa?”
            “ Ayah  saya 
datang. Dia  marah  sangat 
pasal  kes  ini. Dia 
tak  nak  saya 
sekolah  kat  sini 
sebab  dia  cakap 
saya  tak  akan 
belajar. Asyik  ingat  Qazir 
tu  je. Jadi, mulai  esok 
saya  dah  keluar 
dari  sekolah  nie.”
            Sayia  diam. Memang 
dia  sudah  tidak 
boleh  buat  apa-apa. Itu 
keputusan  ibu  bapa 
Dian. “ Sabarlah, Dian. Nie  no 
phone  aku. Nanti  ada 
masa, kita  keluar  sama-sama. Jangan  lupa 
aku  kat  sini.”
            “ Mestilah  tak. Awak 
je  kawan  saya 
kat  sini.”
11  TAHUN KEMUDIAN
HARAP-harap  bos 
aku  baik  orangnya. Itulah  yang 
didoakan  oleh  Dian 
sebaik  dia  melangkah 
masuk  ke  WACha 
Holding’s. Dia  takut  sekiranya 
dia  mendapat  bos 
yang  gatal. Sudahlah  dia 
jenis  yang  pemalu. Kerjaya  sebagai 
Interior  Designer 
sudah  menjadi  impiannya 
sejak  dia  melihat 
rumah  Sayia  yang 
cantik. Dia  berhasrat  untuk 
menjadi  interior  designer  yang 
kreatif.
            “ Saya, Dian  Arini 
datang  melapor  diri,” ujar 
Dian  kepada  penyambut 
tetamu  syarikat  itu.
            “ Tunggu  sekejap 
ye. Saya  nak  check  dulu,” ujar 
penyambut  tetamu  itu.
            Selepas  seketika 
menunggu, dia  diarahkan  masuk 
ke  bilik  pengarah 
besar. Dia  berjalan  ke 
bilik  yang  dikatakan 
itu. Pintu  itu  diketuk 
perlahan. Arahan  masuk  kedengaran. Dia  melangkah. Namun  langkahnya 
itu  mati  di 
depan  muka  pintu.
            “ Masuk  dan 
tutup  pintu, ye. Jangan  tercegat  kat 
situ. Sila  duduk.” Arahan  itu 
keluar  dari  lelaki 
yang  tidak  sedikit 
pun  memandang  ke 
arahnya.
            Dian 
menelan  air  liur. Dia 
berasa  sesak  berada 
di  dalam  bilik 
itu. Dia  duduk  di 
kerusi  di  hadapan 
lelaki  itu. Lelaki  itu 
menutup  fail  yang 
diteliti  menyebabkan  dia 
sedikit  terkejut. Dia  langsung 
tidak  memandang  ke 
wajah  lelaki  itu. 
            “ Biasa  kalau 
orang  bercakap, mereka  akan 
memandang  muka  orang 
bercakap. Ini  tak  belajar 
adab  ke?” sindir  lelaki 
itu.
            “ Maaf, Encik  Alif. Saya 
tak  sengaja.” Dian  mengangkat 
mukanya  memandang  wajah 
Qazir.
            Dia 
takut  apabila  bertentangan 
mata  dengan  Qazir. Mata 
Qazir  tajam  memandang 
ke  arah  wajahnya. Qazir  tidak 
berubah  namun  sedikit 
matang  dari  dulu. Walaupun  sudah 
satu  dekad  tidak 
berjumpa, dia  masih  mengingati 
wajah  yang  dulu 
menyebabkan  dia  mengalami 
kemurungan  dulu.
            “ Encik  Alif?? Panggil saya, Encik  Qazir. Itu 
kan  nama  saya,” ujar 
Qazir  dengan  lembut.
            “ Tapi, mereka  semua 
panggil  Encik, Encik  Alif. Takkanlah  saya 
nak  panggil  Encik 
Qazir  pula? Nanti  pelik 
orang  dengar  dan 
boleh  menyebabkan  salah 
faham,” ucap  Dian.
            “ Bukan  itu 
ke  nama  yang 
selalu  Dian  panggil 
Qazir  dulu, Dian?” soal  Qazir 
dengan  senyuman  manis.
            “ Itu  dulu. Sekarang  lain. Berbeza.” Dian  terkejut 
apabila  Qazir  membangkitkan 
tentang  kenangan  lalu.
            “Qazir nak  Dian 
panggil  Qazir, Encik  Qazir. Kalau 
tak  Qazir  akan 
beritahu  semua  orang 
dalam  office  nie  tentang 
surat cinta  Qazir  itu. ‘Bila  aku 
terkenangkan  kenangan  kita 
bersama, aku….’”
            “ Baiklah. Saya  akan 
panggil  Encik, Encik  Qazir. Tapi 
jangan  sebut  pasal 
surat  itu  lagi.” Pantas 
Dian  memintas  ayat 
Qazir.
            “ Bagus. Dian  boleh 
keluar  dulu. Oh, sebelum  Qazir terlupa, baik  Dian 
ikut  semula  arahan 
Qazir, kalau  Dian  tak 
nak  rahsia  surat 
cinta  Dian  tu 
jatuh  ke  tangan 
orang  lain,” pesan  Qazir.
            Dian 
dengan  pantas  memboloskan 
diri  keluar  dari 
bilik. Dia  sedikit  takut 
apabila  mendengar  arahan 
terakhir  Qazir. Lelaki  itu 
masih  mahu  mengingatkannya  tentang 
surat  cinta  itu. Dia 
menjadi  takut  untuk 
bekerja  di  situ.
            ‘ Sabar, Dian. Dia  takkan 
buat  yang  bukan-bukan. Dia  pun 
takut  reputasi  dia 
jatuh.’ Dia  berbisik  dalam 
hatinya  untuk  menenangkan 
perasaannya  yang  kacau-bilau 
kerana  lelaki  itu. Dian  duduk 
di  tempatnya. Ada  beberapa 
orang  datang  ke 
mejanya.
            “ Hai, selamat  bekerja. Kitaorang  nie 
pun  baru  lagi 
kat  sini. Nie  Zana, Hani, and  aku 
Mira,” ucap  Mira.
            Dian 
tersenyum  sambil  mengangguk. “ Hai, saya  Dian. Apa 
khabar?”
            “ Baik. Kau  mesti  dah  jumpa 
Encik  Alif  kan, bos 
kita  yang  handsome  tu?” Kini 
wanita  yang  bernama 
Hani  pula  bersuara.
            Senyuman  Dian 
mati  seketika. Dia  mengangguk 
lagi. Dia  menjadi  takut 
apabila  mendengar  nama 
Qazir  disebut. 
            “ Ramai  yang 
cakap  Encik  Alif 
tu  dah  ada  girlfriend. Jadi, aku  beritahu 
kau  awal-awal, jangan  jatuh 
cinta  dengan  dia. Nanti 
kau  juga  yang 
merana,” ujar  Mira.
            “ Hah? Jatuh  cinta? Taklah. Saya  nie 
tak  berapa  nak 
berani  dengan  lelaki. Jadi 
nak  jatuh  cinta 
tu  susah  sikit. Tapi 
saya  akan  ambil 
nasihat  tu  sebagai 
peringatan.” Dian  tersenyum  manis 
tidak  mahu  ada 
yang  tahu  dia 
kecewa  dengan  berita 
yang  didengari  sekarang 
ini.
            “ Dahlah  berborak. Buat  kerja 
korang  sekarang. Nak  makan 
gaji  buta  ke?” sound 
seseorang  dari  jauh.
            Mereka  semua 
berpaling  ke  arah 
suara  itu. Sebelum  Mira, Zana, dan  Hani 
beredar  ke  meja 
masing-masing, Mira  datang  berbisik. “ Jaga  dengan 
ular  sawa  yang  sound 
kita  tu. Perangai  dia 
mengada-ada  sikit. Saja  nak 
buli  orang  baru 
macam  kau  nie.”
  “ DIAN, buatkan  Qazir  horlick 
satu.” Kedengaran  arahan  Qazir 
apabila  Qazir  melintas 
mejanya. 
            “ Saya  bukan 
tealady  kat  sini, Encik 
Qazir,” jawabnya  dengan  nada 
perlahan  di  hujung 
ayat  itu.
            “ Bila  aku 
terkenang  kenangan…”
            “ Baiklah, saya  akan 
buatkan  dan  hantar 
ke  bilik  Encik 
lepas  tu,” balas  Dian 
dengan  pantas  dan 
kuat  mematikan  ayat 
yang  terkeluar  dari 
mulut  Qazir.
            Qazir  tersenyum 
melihat  keadaan  Dian 
yang  kelam  kabut 
menjawab  itu. Sudah  3  hari  Dian 
bekerja  di  bawahnya, 3 
hari  itulah  dia 
mengulang  ayat  yang 
sama  apabila  Dian 
cuba  membantah  arahan 
darinya. Dia  sendiri  tidak 
tahu  kenapa  dia 
berkelakuan  sebegitu. Yang   dia 
tahu  dia  seronok 
melihat  Dian.
            Dian 
menarik  nafas  perlahan 
menenangkan  perasaan  yang 
mendatang. Lelaki  ini  saja 
nak  cari  pasal 
dengan  aku. Kalau  aku 
cuba  melawan, mula  dia 
baca  ayat  dalam 
surat  cinta  itu. Geramnya. Dalam  geramnya, dia 
melangkah  juga  ke  pantry 
membuat  air  kepada 
Qazir. Kalau  melawan  lagi, tentu 
Qazir  akan  membaca 
kandungan  surat  cinta 
itu  lagi. Dia jadi  menyesal 
bekerja di  sini. Ya  Allah, apa 
aku  nie..mana  boleh 
menyesal. Ini  jalan  yang 
aku  pilih. Dia  melangkah 
ke  bilik  Qazir. 
            Namun  sebelum 
dia  masuk  ke 
blik  Qazir, dia  mendengar 
suara  orang  berbual 
dalam  bilik  itu. Dia 
tahu  perbuatan  curi 
dengar  perbualan  orang 
lain  adalah  salah 
tetapi  kerana  suara 
perempuan  yang  berbual 
dengan  Qazir  itu 
kedengaran  manja  sekali, dia 
menjadi  ingin  tahu 
akan  perbualan  itu.
            “ Alif, I  tengok  you  macam 
suka  dengan  budak 
baru  tu? Tolonglah, Alif.
Kalau  you  nak  cari 
yang  lain  pun, carilah 
yang  lebih  cantik 
dari  I. Budak  mentah  macam 
tu  pun  you  suka. You  cintakan 
I kan?”soal  perempuan 
itu.
            Dian 
terkedu. Dia  kenal  dengan 
suara  itu. Itu  secretary  Qazir, Mellisa. Rupanya  inilah  kekasih 
yang  mereka  katakan 
itu. Dia  mengeluh  kecewa. Dia 
ingatkan  dia  sudah 
lupakan  Qazir  namun 
di  sudut  hatinya, dia 
sentiasa  inginkan  Qazir. Bertenanglah  wahai 
hati. Dia  mengetuk  pintu 
bilik  Qazir. Kedengaran  arahan 
masuk. Dia  pun  melangkah 
masuk  membawa  air 
yang  Qazir  pesan 
tadi.
            “ Kalau  tak 
ada  apa-apa  lagi, saya 
keluar  dulu, encik.” Nama  Qazir 
langsung  tidak  disebutkan.
“
DIAN Arini, aku  tak  sangka 
kau  ada  perasaan 
kat  Encik  Alif.” Mellisa  muncul 
di  meja  Dian.
            Dahi 
Dian  berkerut. Atas  sebab 
apa  Mellisa  berkata 
sebegitu? Dia  tidak  pernah 
memberitahu  sesiapa  tentang 
itu. Pekerja  di  department 
itu  mula  memasang 
telinga  mendengar  perbualan 
mereka  berdua.
            “ Cik  Mellisa, saya 
tak  faham  atas 
sebab  apa  Cik 
Mellisa  cakap  macam 
tu,”ujar  Dian  tenang.
            “ Kau  masih 
nak  berdolak-dalih  lagi 
ye? Kau  ingat  aku 
tak  tau.” Mellisa  mengeluarkan 
sesuatu.
            Wajah  Dian 
mula  pucat. Dia  tahu 
apa  benda  yang 
dipegang  oleh  Mellisa 
itu. Terlampau  tahu. Macam  mana 
Mellisa  dapat  benda 
itu?
            “ Kenapa? Wajah  kau 
dah  pucat. Dengar  sini 
semua. Kalau  korang  nak 
tahu  minah  nie 
bagi  surat  cinta  pada  Encik 
Alif,” ujar  Mellisa  dengan 
kuat  sambil  ketawa.
            Dian 
sudah  terdiam  tidak 
terkata  apa-apa. Sudah  kedengaran 
ketawa  di  sekelilingnya. Macam  ulang 
tayang  masa  dia 
berada  di  sekolah 
dahulu.
            “ Dengar  nie, aku 
bacakan  untuk  korang 
semua. ‘Bila  aku 
terkenangkan  kenangan  kita 
bersama. Aku  tersenyum  sendiri. Kerna  kenangan 
antara  kenangan terindah  dalam 
hidupku. Aku  mahu  mengikut 
jejak  langkahmu. Kerna  aku 
mahu  bersamamu  selama. Setelah  sekian 
lama  perasaan  ini 
terpendam. Aku  ingin  meluahkan 
padamu. Yang  aku  sangat 
cintaimu.’ Memang  pandai  kau 
tulis  surat  cinta 
nie. Jiwang  sangat,” ujar  Mellisa 
lagi. “ Lupa  pula  nak 
cakap, Encik  Alif  cakap  nie  luahan 
cinta  yang  paling 
bodoh  pernah  dia 
terima.”
            Dian  sudah 
menangis. Dia  sedih. Untuk  kali 
kedua, cintanya  pada  Qazir 
dipermainkan. Hina  sangat  ke 
cintanya  pada  lelaki 
itu? Tapi  Qazir  tidak 
mahu  cinta  dari 
dirinya. Tidak  perlu  untuk 
berkata  sebegitu.
            “ Apa  yang 
awak  cakapkan  nie, Mellisa?” soal  Qazir 
yang  baru  muncul 
dengan  suara  yang 
kuat. Semua  orang  di 
sini  terkejut. Dian  berpaling 
ke  arah  Qazir.
            “ Qazir, kenapa  Qazir 
buat  Dian  macam 
nie? Dian  tak  kisah 
kalau  Qazir  tak 
sukakan  Dian  . Kalau 
Qazir  tak  sukakan 
Dian  kerja  kat 
sini, cakap. Dian  boleh  cari 
kerja  lain. Tapi  Dian  tak  boleh 
terima  Qazir  permalukan 
Dian  sebegini. Nie  dah 
kali  kedua. Kalau  dulu, Dian tahan je. Tapi  sekarang, Dian  tak 
tahan  lagi. Dua  kali 
perasaan  cinta  Dian dipermainkan.”
            “ Sebenarnya  Dian…”
            “ Cukup, Qazir. Dian akan  berhenti 
kerja. Nanti  Dian bayar  notis 
sekali.” Dian  mengemas  mejanya. Dia 
mengambil  hanya  benda-benda 
di  meja  itu 
lalu  pergi  dari 
situ.
            “ Tunggu  dulu, Dian.” Dia  memegang 
lengan  Dian. Dian  merentap 
lengannya.
            Qazir  terkedu. Dia 
membiarkan  Dian  berlalu 
pergi  dari  situ. Dia 
berpaling  ke  arah 
Mellisa. 
            “ Mellisa, what  the  hell 
are  you  doing?” soalnya  dengan 
nada  yang  kuat.
            Semua  yang 
berada  di  situ 
senyap. Mereka  memandang  ke 
arah  Qazir  dan 
Mellisa. Mellisa  terdiam.
Dia  takut. Dia  tidak 
pernah  melihat  Qazir 
semarah  ini. Dia  ingin 
memberikan  peringatan  pada 
Dian  supaya  Dian 
sedar  diri.
            Tentang  surat 
itu, Qazir  tidak  pernah 
memberitahunya  apa-apa  pun. Dia 
sendiri  yang  terjumpa 
di  dalam  laci 
Qazir  terselit  dalam 
fail. Dia ingin  mengetahui  surat 
apa, jadi dia  membuka. Dia  menjadi 
geram  apabila  melihat 
nama  Dian  tertulis 
di  dalam  surat 
itu. Jadi  dia  ingin 
malukan  Dian  dengan 
surat  itu.
            “ Mellisa, saya  tengah 
bercakap  dengan  awak 
nie? Apa  yang  awak 
dah  buat?”
            “ I  rasa  I  tak 
buat  salah. I  cuma  nak 
ingatkan  dia  tentang 
polisi  syarikat  kita. Tak  boleh 
bercinta.” Dia  cuba  menegakkan 
benang  yang  sudah 
basah.
            “ Ada  ke 
polisi  tu? Saya  tak 
tahu  pun,” ujar  Qazir.
            “ Erk..hmm.”
            “ Jangan  cuba 
nak  tipu  saya. Apa 
yang  awak  buat 
nie  menyebabkan  saya 
makin  susah  nak 
mendekati  Dian.” Qazir  mengeluh.
            “ Kenapa  pulak?”
           “ Untuk  pengetahuan 
awak  semua, dia  adalah 
perempuan  yang  saya  cintai  sejak 
dulu  lagi,” ujar  Qazir.
            Semua  terkejut 
apabila  mendengar  kenyataan 
Qazir.
Dian  berkurung 
dalam  biliknya. Ibu  dan 
ayah  Dian  mula 
risau  dengan  keadaan 
anak  mereka. Ketika  Dian 
pulang  ke  kampung, mereka  berdua 
sudah dapat  mengagak  yang 
Dian  ada  masalah 
namun  Dian  cuma 
mendiamkan  dirinya  apabila 
ditanya.
            “ Dian, jom makan.” Ajak  ibu 
Dian.
            “ Ibu, ayah, makanlah  dulu. Dian 
belum  lapar.” Suaranya  kedengaran.
            Ibu 
Dian    mengeluh. Memandang  ayah   Dian  sambil  menggeleng 
kepalanya. “ Apa  nak  dah 
berlaku  kat  anak 
kita  nie, abang?”
            “ Abang  pun 
tak  tahu, Sue.”
            “ Assalamulaikum.” Ada  orang 
yang  memberi  salam 
di  luar  rumah 
mereka.
            “ Waalaikumussalam. Siapa?” Ibu Dian  membuat 
pintu  rumahnya.
            “ Nie  rumah 
Dian  Arini  kan?” soal 
seorang lelaki  yang  tidak 
dikenali  oleh  ibu  Dian.
            “ Ya tapi  anak 
nie  sape?”soal  ibu Dian 
.
            “ Mak  Sue 
tak  ingat  saya? Saya 
nie  Qazir. Alif  Qazir. Jiran 
Mak  Sue  dulu,” ucap 
Qazir  dengan  wajah 
yang  gembira  kerana 
pencariannya  berjaya.
            “ Qazir  rupanya. Masuklah. Abang, nie  Qazir 
datang.”
            “ Qazir  mana 
pulak  nie?”
            “ Alah, jiran  kita 
dulu  masa  kat 
Selangor,” jawab  ibu Dian  .
            “ Oh, Qazir. Duduklah  nak,” jemput 
ayah Dian  .
            “ Mak  Sue 
pergi  sediakan  air 
dulu  ye.”
            “ Ayah  Ram, apa 
khabar?”soal  Qazir  pembuka 
kata.
            “ Sihat. Dah  besar 
kau  ye, Qazir.”
            “ Biasalah  tu, Ayah 
Ram. Makin  tua.”
            “ Bertambah  hensem 
kau ye  Qazir,” puji  ibu 
Dian.
            “ Biasa  je, Mak 
Sue.”
            “ Hahaha. Macam  abang 
masa  muda-muda  dulu.”
            “ Sekarang  nie, abang 
tak  hensem  ke?”
            “ Hensem  tapi  dah 
kurang,” usik  ibu  Dian.
            “ Sebenaranya  saya 
datang  nie  nak 
jumpa  Dian. Dia  ada 
tak, Mak  Sue?” soal  Qazir. Dia 
tidak  mahu  bertangguh 
lagi.
            “ Erk…Dian  ada, Qazir 
tapi  Dian  tak 
nak  keluar  dari 
bilik. Mak  Sue  pun 
tak  tahu  apa 
masalah  dia. Sejak  dia 
balik  kampung, jarang  sekali 
dia  keluar  dari 
bilik  dia  itu. Bila 
ditanya, dia  cakap  tak 
ada  apa-apa,” terang  ibu 
Dian.
            “ Sebenarnya, saya  punca 
masalah  dia, Mak  Sue, Ayah 
Ram.”
            “ Hah?”
            Qazir  pun 
menceritakan  perkara  yang 
sebenarnya. Tentang  surat  cinta 
11  tahun  lagi. Perasaannya  yang  sebenarnya  terhadap 
Dian. Dia  tidak  mahu 
bertangguh  lagi. Sudah  lama 
dia  mencari  rumah 
Dian. Selepas  dia  mendapat 
kerja  yang  tetap, dia 
mencari  keluarga  Dian 
tinggal  tapi  dia 
tiada  klu  di 
mana  mereka  telah 
berpindah.
            “ Macam  tu 
rupanya,” ucap  Ayah  Dian. Rupanya 
masalah  cinta  yang 
sedang  melanda  anaknya.
            “ Habis  tu, macam 
mana  Qazir  nak 
pujuk  dia?” soal  ibu 
Dian.
            “ Mak  Sue, ada 
kertas  dan  pen 
tak?” soal  Qazir.
            Ibu 
Dian  mengambil  kertas 
dan  pen. Qazir  mula 
menulis  sesuatu  di 
atas  kertas  itu.
Aku 
sentiasa  mengikuti  jejak 
langkahmu
Walaupun  kau 
jauh  dariku
Kerna  mengenali 
kau  merupakan  my 
sweet  memory
Jika  kau 
pendam  perasaan  kau
Aku 
juga  sebegitu
Aku 
pendam perasaan  cintaku  terhadapmu
Ku 
tunggu  masa  yang 
sesuai
Bila  masanya 
tiba
Kau 
menghilang
Setelah  sekian 
lama  kita  bertemu 
kembali
Sudilah  kau 
menerimaku??
            Sesudah  dia 
menulis, dia  melipat  kertas 
itu. “ Mak  Sue, boleh  tak 
Mak  Sue  selitkan 
ke  bawah  pintu 
bilik  Dian  sekarang?”
            Ibu 
Dian  pun  melakukan 
perkara  yang  disuruh 
oleh  Qazir  itu. Tidak 
sampai  5 minit, pintu  bilik 
Dian  terbuka. Dian  keluar 
dengan  tergesa-gesa. Dian  tergaman 
apabila  melihat  Qazir 
berada  di  situ. Ibu 
Dian  berdehem. Dian  terkejut. Lantas  masuk 
kembali  ke  bilik. Dian 
keluar  semula  memakai 
tudung.
            “ Apa  Qazir  buat  kat 
sini?” soal  Dian.
            “ Dian, Qazir  nak 
minta  maaf. Sebenarnya  Mellisa 
yang  jumpa  surat  Dian
tu. Dia  sengaja  nak 
sakitkan  hati  Dian lepas 
dapat  tahu  Qazir  sukakan  Dian.”
            “Qazir  sukakan 
Dian?”
            “ Mestilah. Kalau  tak  Qazir  tak 
kan  ingat  isi 
kandungan  surat  cinta  Dian
tu. Hari-hari  Qazir  menatap 
surat  Dian, mana  tak 
ingat.”
            “ Jadi  Qazir  memang  sengajalah 
mengusik  Dian? Baca  surat  Dian
kuat-kuat.”
“ Salah Dian. Siapa suruh melawan Qazir?”
“ Salah Dian. Siapa suruh melawan Qazir?”
            “Qazir  nie 
kan..”
            “ Qazir, cepat-cepatlah  hantar 
rombongan  ye. Mak  Sue 
dah  tak  sabar-sabar 
lagi  nie,” ujar  ibu 
Dian.
            “ Ibu,” jerit  Dian.
            “ Baik  Mak 
Sue. Esok  saya  datang 
balik  bersama  mak 
ayah  saya. Dian, tunggu  ya. Dian akan 
jadi  milik  Qazir  .”
“
Sayang, buat  apa  tu?” Terasa 
dirinya  dipeluk  dari 
belakang.
            “ Tengah  baca 
surat  cinta  abang 
nie. Tak  sangka  abang 
pun  pandai  tulis 
jiwang-jiwang  macam  nie.”
            “ Sebab  sayanglah, abang  belajar.”
            “ Abang, kita  framekan  surat 
cinta  kita  nie, nak 
tak?”
            “ Abang  pun 
terfikirkan  benda  yang 
samalah, sayang.”
            “ Great. Nielah  bukti  cinta 
kita  mula  berputik.”