“
ITULAH perempuan yang
aku minat tu.” Seorang
pelajar yang berkata
kepada dua orang
rakannya.
“ Cantik beb,” ujar
rakannya itu.
“ Tapi kan, dia
nampak macam pelik
sikitlah.”
“ Betul tu. Gaya
macam lelaki sikit.”
“ Eh, takkanlah aku
nie jatuh cinta
pada lelaki pulak. Aku
nie normal tau.”
Perempuan yang
dikatakan tadi berjalan
menuju ke arah
mereka. Namun langkahnya terhenti
apabila terpandang seekor
anak kucing. Dia mengangkat
anak kucing itu
sambil tersenyum manis
dan menggosok lembut
anak kucing itu. Kemudian
tuan kepada anak
kucing itu datang
mengambil anak kucing
itu. Dia memberikan anak
kucing itu kepada
tuannya dengan senyuman
yang mampu mencairkan
hati para lelaki.
“ Tengok. Kau masih
cakap dia lelaki? Dia
memang perempuanlah.”
“ Kalau macam
tu, pergi confess kat nie.” Rakannya menolak
lelaki itu sehingga
dia berada betul-betul
di depan perempuan
itu.
“ Ada apa
nie?” soal perempuan itu
serius.
“ Saya ada
benda yang bagitahu
awak.”
“ Apa?”
“ Saya suka
awak. Jom couple dengan saya.”
“ Apa? Untuk pengetahuan
kau, aku nie lelaki. Kau
masih nak couple dengan
aku ke?”
“ Apa?”
“ Sorrylah ye. Aku nie
lelaki. Kau dah habis
cakap kan? Blahlah.”
Ketiga-tiga pelajar
lelaki itu terkejut. Mereka seakan
tidak percaya yang
di hadapan mereka
sekarang adalah seorang
lelaki. Lelaki yang meluahkan
perasaan tadi menghampiri
lelaki cantik itu.
“ Tak mungkin. Saya
tak percaya.”
“ Kalau tak
nak percaya, sudah. Itu bukan
urusan aku.”
“ Awak, jangan menipu. Kalau
awak tak nak couple
dengan saya, janganlah guna
alasan yang tak
munasabah tu.”
“ Apa?”
“ Saya tak
percaya. Saya pasti awak
nie perempuan.”
Lelaki cantik
itu menarik nafas
panjang. “ Ah, aku dah tak
boleh tahan lagi.” Terus
dia memberi tumbukan
ke muka lelaki itu. Dia membelasah
ketiga-tiga pelajar lelaki
itu.
“ Nie buktinya
kalau korang tak
percaya sangat.” Dia membuka
baju yang berada
di tubuhnya.
“ Eh, dia memang
lelakilah.”
“ Sekarang nie, aku
masih macam perempuan
lagi ke?”
“ Kalau macam
tu, kami pergi dululah
ye.”
“ Siapa cakap
korang boleh pergi, hah?”
Dia
terus membelasah lelaki-lelaki
itu. Dia memang sesangat
marah sekiranya ada
orang yang menganggapnya
perempuan. Tiba-tiba
badannya dipeluk dari
belakang menghalangnya memukul
lagi lelaki-lelaki itu.
“ Ciel, apa kau buat
nie?”
“ Lepaskan aku
Vincent. Biar aku belasah
mamat nie.”
“ Apa dah
jadi?”
“ Mamat nie confess
kat aku. Siap ajak
aku couple lagi. Aku cakap
aku nie lelaki. Boleh
pulak dorang tak
percaya. Sekarang aku nak
buat dorang percaya.”
“ Mestilah.”
“ Mestilah? Apa maksud
kau dengan mestilah
tu?”
“ Aku dah
beritahu kau, kalau kau tenang je confirm
orang ingat kau
tu perempuan. Dah, pakai baju
kau. Orang tengok tu. Have fun.”
Lelaki-lelaki yang
dibelasahnya tadi sudah
melarikan diri. “ Woi, mana kau
nak pergi, hah?”
“ Dahlah, Ciel. Nanti kalau
kau belasah dorang, nanti
masuk hospital. Kang tak
pasal-pasal kau kena
bayar bil treatment dorang,” ujar
Vincent.
“ Shit. Aku ingat makin
aku besar, tak adalah
nampak sangat macam
perempuan nie tapi
nie dah teruk
sampai orang confess kat
aku,” keluh Ciel.
“ Aku tengok
kau makin besar
makin cantiklah, Ciel,”
gurau Vincent.
“ Apa? Aku nak
aku belasah kau
ke?” Ciel memegang kolar Vincent.
“ Wait. Wait. Aku gurau
je. Kau pun tahu.”
Ciel
melepaskan kolar baju
Vincent. Dia mengeluh perlahan. Kenapa dia
dilahirkan mempunyai wajah
cantik seperti perempuan.
“ Aku dah
hal penting nak
bagitahu kau nie. Semalam
ada anak buah
kita kena serang.”
“ Apa?”
“ Kau pun
tau ada pondok
terbiar kat semak
area sini. Kat situlah
mereka kena serang,” ucap
Vincent.
“ Geng mana
yang nak cari
pasal dengan kita?” soal
Ciel dengan perasaan
marah.
“ Nie bukan
anak buah geng
kita je, Ciel. Anak buah geng lain
pun kena belasah
juga kalau mereka
pergi dekat kawasan
tu. Biasanya bila malam
ar.”
“ Peliklah kalau
macam tu.”
“ Sebab tulah, kebanyakan geng
lain avoid tempat tu
bila malam. Kau pun
patut bersedia,” ujar Vincent
serius.
“ Okey.”
“ Macam nielah
ketua kitaorang,”
“ Aku bukannya
nak sangat jadi ketua nie
tapi korang yang
suruh. Yang beri ordernya
bukan
aku tapi kau. Kau
yang patut jadi
ketua,” ujar Ciel menggaru
kepalanya.
“ Yelah tapi
kau yang paling
kuat.”
“ Okeylah, beb. Aku chow dulu. Bila
kau nak balas
dendam tu, panggillah aku.” Ciel
berlari meninggalkan Vincent.
“ Dia ketua
yang baik tapi
cepat sangat marah
kalau orang ingat
dia perempuan.” Vincent ketawa.
Ciel
Weller itulah namanya. Sejak dia
lahir, dia telah dibiarkan
di hadapan rumah
anak yatim di
situ. Dia membesar menjadi
seorang budak lelaki
yang cantik. Walaubagaimanapun,
dia tidak berasa
sedih dan sunyi. Dia
masih boleh hidup
dengan baik. Hanya satu
perkara sahaja yang
membuatkan hidupnya sengsara
ialah dia dianggap
sebagai budak perempuan.
“ Kau nie
bukan budak lelaki
kan?” soal seorang budak
lelaki di situ
ketika dia berumur
12 tahun.
Ciel
hanya mendiamkan dirinya. Sudah banyak
kali pertanyaan itu
diajukan kepadanya namun apabila
ditanyanya, tiada siapa yang
mahu percaya. Dia sudah
mahu menjawab pertanyaan
itu.
“ Kau tak
nak jawab ye? Kalau
macam tu, biar kitaorang
tengok sendiri.”
Mereka memegang
Ciel. Salah seorang dari
mereka cuba membuka
seluar yang dipakai
Ciel. Dia meronta namun
kekuatannya pada ketika
itu tidak kuat
jika dibandingkan dengan
kekuatan mereka.
“ Woi, korang tengah
buat apa, hah?” jerkah seorang
budak lelaki yang
sebaya dengan mereka
semua.
“ Ada orang
nak jadi herolah.
Jom belasah dia
dulu.”
Namun budak
lelaki itu dengan
mudahnya menewaskan budak-budak
yang cuba menganggu
Ciel. Ciel memandang dengan
penuh rasa kagum. Mereka
yang mengacau Ciel
berlari meninggalkan tempat
itu sambil menangis
kesakitan.
“ Bangun. Mari aku
hantar kau balik
rumah. Nanti ada lagi
yang kacau budak
perempuan macam kau
nie.”
Ciel
bangun dengan marah. “ Aku
nie lelakilah. Bukannya perempuan. Muka aku je macam
budak perempuan. Tapi aku
lelaki sejati.” Ciel menjerit.
Budak lelaki
itu tergaman. “ La, lelaki ke? Manalah
aku tahu. Aku Sebastian. Sebastian Potter.”
“ Aku Ciel. Ciel
Weller,” ujar Ciel dengan
nada suara yang
sudah tenang.
“ Kenapa kau
tak lawan dorang
tadi?”
“ Aku dah
cuba tapi tak
berjaya.”
“ Kalau macam
tu, mari belajar karate
dengan aku. Uncle aku
jurulatih karate.”
Sejak kejadian
itulah, Ciel berkawan baik
dengan Sebastian. Semua yuran
karate yang Ciel
belajar dibayar penuh
oleh keluarga Sebastian. Ciel merupakan
seorang budak yang
cepat belajar. Siapa yang
cuba menganggunya dan
ingat dia ini
perempuan, dia akan belasah
teruk orang itu.
Dia
dipilih menjadi ketua
kumpulan Maxwell pun
kerana dia seorang
yang kuat. Ketika itu, dia
sedang membelasah orang
yang mengacaunya. Selesai sahaja
dia membelasah orang
itu, Vincent muncul dengan
tawaran untuk menjadi
ketua Maxwell. Pada mulanya
dia tidak berminat
dengan tawaran itu.
“ Biar kau
jadi ketua Maxwell, orang akan
kenal kau sebagai
lelaki. Bukan itu ke
yang kau mahu?”
Mula
saat itu, dia dikenali
sebagai Ketua Maxwell. Bilangan orang
yang menganggu sudah
berkurangan. Cuma ada segenlintir
yang tidak kenal
dengan Maxwell sahaja
yang datang mengacaunya.
nama aku jadi watak perempuan ehh . hahaha
ReplyDeletesory ar wehy..
ReplyDeletenama Ciel tu mmg dah cantik..
next time je ar..