Bab 13
STAF-STAF yang lain masih lagi bercakap tentang hari keluarga yang akan diadakan di Port Dickson. Mereka semua telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kumpulan itu. Yuri telah dimasuk ke kumpulan Encik Halim. Semua staf wanita yang tidak masuk ke kumpulan Hakkai. Dia sendiri tidak tahu mengapa mereka semua beria-ia mahu masuk ke kumpulan Hakkai. Dia pun bertanya kepada Linda.
“ Sebenarnya mereka nak menang. Kalau masuk kumpulan Encik saiful tentu senang nak menang,” jawab Linda.
“ Kenapa?”
“ Sebab Encik Saiful tu pakar dalam permainan bola tampar. Permainan tu adalah acara tradisional syarikat ni. 2 tahun berturut-turut kumpulan Encik Saiful menang tau. Eh, you kumpulan siapa?” matanya sedikit terbeliak.
“ Kumpulan Encik Halim.”
“ Eh, samalah kita. I nak bawak sister I. you?”
“ Kawan I,” jawab Yuri.
Yuri teringat tadi bagaimana dia meminta kebenaran Encik Halim untuk membawa Liya. Dia terpaksa menipu yang dia tidak mempunyai ahli keluarga yang lain.
“ Kenapa awak nak bawak kawan?” soal Encik Halim.
“ Sebab saya tak ada ahli keluarga yang lain,” bohong Yuri.
Encik Halim sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Yuri. Banyak sekali maklumat yang dia tidak tahu tentang gadis berkulit putih itu. terpaksa dia membenarkannya. Sedang dia bercakap dengan Linda, telefon bimbitnya berbunyi. “ Sorry.” Lantas dia mengangkatnya.
“ Hello.” Dia menjawab.
“ Hello princess. How are you?”sapa Syaqie.
“ I’ fine. Why do you call me?” Linda sudah pergi dari meja yang mereka duduki. Kini Yuri keseorangan.
“ Oh, I’m wonder if you could have dinner with me….”
“ Yes. Anyway I have something to tell you. Meet me at..”
“ No, I will pick up at home. Don’t complain,”segera dia memintas kata-kata daripada adiknya itu.
“ Okey, see you.”
“ Bye princess. I love you.” Perlahan kata-kata di hujung ayat itu.
“ Take care. Love you too.” Pantas dia mematikan talian.
Sebenarnya dia mahu memberitahu abangnya tentang pemergiannya ke Port Dickson. Lagipun dia hanya mempunyai seorang abang dan abangnya itu amat mengambil berat tentang dirinya. Namun dia tidak mahu orang tahu tentang abangnya itu.
“ Wah,wah,wah, wah, wahhhh. Take care. Love you too. Kau tahu, Zura, aku rasa dah nak muntahlah,” ujar Husna kepada Zura walaupun diajukkan kepada Yuri.
Yuri cuma terdiam sahaja. Dia tidak mahu membalas. Jika dia membalas, kata-katanya penuh dengan bias yang boleh menyakitkan hati orang lain. Lagipun buat apanya melayan mereka. Dia beredar dari meja itu.
HAKKAI duduk di atas sofa di biliknya. Dia keliru dengan perasaannya sekarang. Hatinya bagai ditusuk dengan lembing berbisa. Pedih dan sakit. Dia merengus kemarahan. Dia tidak tahu mengapa hatinya sakit apabila mendengar perbualan Yuri dengan telefonnya tadi. Hatinya benar-benar marah mendengar ayat terakhir dari Yuri. Daripada cara Yuri bercakap, dia tahu itu seorang lelaki. Apa hubungannya dengan Yuri? Kalau boleh dia mahu tahu tentangnya.
“ Eh, kenapa dengan aku ni? Dah gila ke?” soalnya kepada dirinya sendiri.
Akalnya mula berfikir. Kenapa dia berperasaan begitu. Jatuh cinta? Tak mungkin….. perempuan seperti itu senang didapati dan hanya tahu untuk menipu. Dia amat masak dengan perangai perempuan zaman sekarang. Hanya tahu bermain dengan perasaan lelaki. Itulah jalan yang paling senang untuk mendapatkan wang.
Fikirannya terasa bercelaru. Tumpuan kerjanya sudah hilang setelah mendengar perbualan Yuri tadi. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia sering memikirkan perempuan itu. dia tidak menengking atau memarahi perempuan itu lagi. Hatinya menjadi sedikit lembut setelah mendengar kata-kata maaf daripada Yuri tempoh hari. Namun dia tertanya-tanya apa yang telah menganggu fikiran Yuri yang telah menyebabkan Yuri sebegitu marah.
Malam itu, Yuri menunggu abangnya. Dia bersiap ala kadar saja. Berbaju kurung ungu dan bertudung berwarna senada dengan baju. Warna baju yang sedikit gelap menyerlahkan kulitnya yang putih melepak. Langsung dia tidak bersolek. Nampak natural sahaja. Pipi yang sememangnya sedikit merah dan bibir yang sentiasa merah dan basah.
Tepat pukul 8 malam, kereta Peugeot berwarna merah terpacak di hadapan rumah Yuri. Ketika itu, Liya sedang sibuk dengan kerjanya. Dia telah memaklumkan ke LIya yang dia keluar bersama Syaqie. Restoran Setiasama menjadi pilihan Syaqie pada malam itu. Yuri cuma mengikut sahaja kemahuan abangnya. Mereka mengambil tempat di luar kerana angin yang tidak seberapa kencang dan bertiup dengan tenang. Lagipun tempat di bahagian dalam terlalu terang. Selepas membuat pesanan, mereka berbual.
“ Macam mana dengan kerja Aika?” soal Yuri.
“ Setakat ni, Alhamdulillah. Semuanya okey. Macam mana dengan kerja Princess? Dah dapat kerja yang bersesuaian?” soal Syaqie pula.
“ Sekarang ni, Yuri tengah cari. Insya-ALLAH, nanti adalah tu,” ucap Yuri.
Syaqie tahu yang Yuri bekerja sebagai kerani. Pada mulanya, Syaqie marah juga dengan keputusan Yuri itu namun setelah diberi penjelasan oleh Yuri, dia reda.
“ Anyway, I have to go to PD. Ada sambutan Hari Keluarga syarikat yang menganjurkan,” ujar Yuri.
Perbualan mereka terhenti apabila ada pelayan yang menghantar pesanan mereka. “ So, who do you want to bring?”soal Syaqie.
“ Liya.” Sepatah dia menjawabnya.
“ So, you don’t want to bring me along?” Syaqie tersenyum.
“ Ergh…”
“ It’s okey. Anyway, I have to go to England. I have job to done. Perhaps two week.. I guess,” pintas Syaqie.
“ Makanlah dulu,” pelawa Syaqie.
Nasi goring di hadapan Yuri dipandang sepi. Dia mengunyah perlahan. Dia tidak mahu menolak perlawaan Syaqie. Dia takut Syaqie kecil hati. Sudah berkali-kali dia menolak. Abangnya inilah yang sering bertanya dan melawatnya ketika berada di Jepun dahulu.
“ Nanti temankan Aika pergi shopping,ye,” ujar Syaqie dengan tiba-tiba.
“ Temankan Aika shopping? Nak buat apa?” Dia memandang Syaqie.
“ Aika nak beli baju barulah.” Syaqie tersenyum mesra.
“ Baju baru?”
“ Hmmm…nak beli baju sejuk. Sekarang ni, England tengah musim sejuk,” terang Syaqie
“ Okeylah.” Yuri bersetuju.
Dia tidak mempunyai sebarang rancangan selepas ini. Jadi, apa salahnya dia menemani Syaqie membeli belah.
Selepas makan, mereka berdua pun bergerak ke pusat membeli belah. Mereka memasuki butik yang menjual pakaian lelaki. Syaqie tersenyum apabila Yuri kelihatan tekun memilih baju untuknya. Yuri sememangnya faham akan citarasa. Bukan sekali Yuri memilih baju untuknya sudah banyak kali. Dia juga meliarkan matanya mencari bajunya.
“ Cantik tak baju ni, princess,”? soal Syaqie sambil membelek baju di hadapannya.
Yuri berpaling ke arah Syaqie. Baju yang dipegang oleh Syaqie dibelek dan diperhati dengan teliti.
“ Kainnya licin dan nipis. Tak sesuai dengan Aika sebab jenis kainnya,” ucapnya.
“So, which one will suit to me?”soal Syaqie.
“ Ini, bajunya cantik, warnanya pun kena dengan Aika. Nanti boleh Aika padankan dengan tali leher yang Yuri beli tu,” ucapnya menganalisa baju ini.
“ Betul, encik, puan. Seperti isteri encik katakan, baju ni kena betul dengan encik. Belilah encik,” ucap purchaser kedai itu.
“ Saya bukan isteri dia.” Yuri menjeling ke arah purchaser itu.
Purchaser itu terkejut.
“ Ya, dia bukan isteri saya. Dia adik saya,” ucap Syaqie sambil tersenyum.
“ Maafkan saya,” ucap purchaser itu.
“ Aika nak beli tak?”
“ Kalau princess dah kata okey, Aika belilah.”
Kemudian purchaser itu mengambil baju itu dan memasukkan ke dalam beg kertas. Yuri mahu melangkah keluar namun lengannya ditarik oleh Syaqie supaya berhenti.
“Princess tak nak baju baru ke?”
Yuri menggeleng. Dia tidak suka baju di sini. Ia terlalu mahal baginya. Dia lebih suka yang ringkas dan murah. Membazir sahaja jika mendapat baju yang tidak berkuanliti.
“ Ambillah satu, okey. Baju yang ni, boleh?” Kelihatan Syaqie beria-ia mahu membelikan baju untuk Yuri.
Yuri menyentuh baju itu. Kain sutera yang amat lembut. Sulaman rama-rama di baju itu cukup menarik. Blaus yang amat cantik. Sesuai benar dengan tubuh yang kecil molek itu.
“ Ambillah yang ni, cantik kalau princess yang pakai.”
Yuri mengeluh. Kemudian dia mengangguk. Syaqie tersenyum. Yuri memang senang dipujuk apabila pemujuknya adalah Syaqie.
No comments:
Post a Comment