Saturday, October 26, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 9)


CIEL  tersedar  dari  tidurnya. Kepalanya  menjadi  pening. Dia  terlampau  letih  memikirkan  peristiwa  yang  berlaku  dalam  hidupnya  kebelakangan  ini. Dia  menggosok  matanya. Dia  bangun  dari  katil  dan  memerhatikan  jam  yang  berada  di  atas  meja  di  sisi  katilnya.
            “ APA? Dah  pukul  11  pagi. Aku  ada  kelas  sebelum  pukul  9  pagi  tadi. Mampus  aku.” Ciel  kelam  kabut  dari  katilnya  bergegas  ke  bilik  air  yang  terletak  di  penjuru  bilik  itu.
            Dia  hanya  sempat  menggosok  giginya  sahaja  dan  menyalin  pakaian. Dia  berlari  keluar  dari  biliknya  dan  menuju  ke  kelasnya  dengan  pantas. Sampai  di  kelasnya, dia  baru  teringat  akan  spek  mata  nerd  itu. Nasib  baik  dia  sudah  meletakkan  spek  itu  di  dalam  begnya. Terus  dia  memakai  spek  tersebut.
            Dia  mengetuk  pintu  bilik  kelasnya  lalu  menyerbu  masuk. “ Maafkan  saya. Saya  datang  lambat.” Namun  nasibnya  pada  pagi  itu  amatlah  malang  sekali. Dia  tersadong  pintu  lalu terjatuh  macam  nangka  busuk. Dia  bangun  mencari  speknya  yang  terjatuh  lalu  berdiri  dengan  hidung  yang  berdarah.
            “ Hai  semua. Saya  Ciel  Weller. Pelajar  baru  sekolah  nie. Sila  beri  tunjuk  ajar  pada  saya,” ucapnya  sambil  tersengih.
            Semua  pelajar  dalam  kelas  itu  memandangnya  dengan  pandangan  jijik. Dia  menggosok  hidungnya. Barulah  dia  perasan  yang  hidungnya  sedang  berdarah. Dia  masih  tersengih  sambil  mengelap  darah  di  hidungnya.
            “ Maaf. Saya  terjatuh.” Dia  tersengih  lagi.
            Cikgu  yang  sedang  mengajar  itu  mendekatinya. “ Awak  dah  lewat  tapi  masih  boleh  tersengih-sengih  lain. Sudah. Pergi  ambil  tempat  di  belakang.” Cikgu  itu  mengetuk  kepala  Ciel  dengan  buku  yang  dipegangnya.
            Pelajar  di  dalam  kelas  itu  semuanya  tergelakkannya. Ciel  duduk  di  belakang  kelas. ‘ Malunya  aku. Awal-awal  dah  kena  marah. Aku  nie  nampak  macam  bodoh  sangat  ke?’ Ciel  duduk  di  meja  kosong  yang  terletak  di  belakang  kelas  itu.
            Kedengaran  bunyi  loceng  bergema  di  kawasan  sekolah  itu  tanda  waktu  rehat  sudah  bermula. Ciel  bergerak  keluar  dari  kelasnya. Dia  berasa  lapar  kerana  pagi  tadi  dia  tidak  menjamah  sebarang  makanan  pun. Tiba-tiba  dia  ternampak  sekumpulan  pelajar  lelaki.
            ‘ Aku  kenal  lelaki  itu. Dia  ada  masa  aku  kena  serang  malam  tu. Mamat  nie  pun  vampire.’ Ciel  berjalan  melintasi  kumpulan  lelaki  itu. Namun  lelaki  itu  menghalang  laluannya.
            “ Kau  Ciel  Weller  kan?” soal  lelaki  itu.
            Ciel  terkejut. ‘ Mamat  nie  masih  ingat  aku  nie?’ Ciel  memandang  wajah   lelaki  itu  sebelum  menjawab  pertanyaan  lelaki  itu. “ Kenapa  kau  tanya  macam  tu?”
            “ Apa  background  kau?” soal  lelaki  itu  lagi.
            Ciel  berasa  pelik  dengan  soalan  lelaki  itu. ‘ Background apa pulak  nie?’ Ciel  menggaru  kepalanya  sambil  menjawab, “ Apa?”
            “ Macam  manalah  budak  low  class  bodoh  macam  kau  nie  boleh  masuk  sekolah  nie?”
            “ Macam  mana  aku  nak  jawab  soalan  dia  nie? Takkanlah  aku  nak  jawab  yang  aku  nie  dapat  masuk  sekolah  nie  sebab  si  mamat  Gray  tu  yang  suruh  aku  masuk  sekolah  nie.’ Ciel  tersengih  bodoh. “ Aku  tak  ada  background  yang  hebat-hebat. Aku  dapat  masuk  sini  just  by  luck.
            “ Aku  dah  check  background  dia  nie. Dia  nie  anak  yatim. Aku  rasa  dia  nie  memang  cakap  betul. Mungkin  dia  diangkat  jadi  anak  angkat  family  yang  kaya,” ujar seorang  lelaki  lain. Mungkin  vampire  seperti  mereka.
            “ Lelaki  yang  boring,” komen  lelaki  itu.
            “ Aku  memang  lelaki  yang  boring. So  aku  blah  dululah.” Ciel  cuba  berjalan  melepasi  kumpulan  tersebut.
            Lelaki  yang  mula-mula  menegurnya  itu  menolak  bahunya  menahannya  dari  terus  berlalu  dari  situ. “ Aku  belum  bagi  kau  tinggalkan  kitaorang  lagi.”
            Akibat  tolakan  yang  agak  kuat, Ciel  terjatuh  ke  lantai. Kejadian  itu  disaksikan  oleh  pelajar-pelajar  yang  lain. Ada  yang  berbisik-bisik  tetapi  tiada  seorang  pun  yang  menolongnya. ‘ So  mamat  nie  nak  guna  aku  jadi  punching  bag  dialah? Tak  guna.’
            “ Woi  orang  baru. Kami  yang  in-charge  kat  sini, okey? Kau  kena  dengar  cakap  kami.” Dengan  nada  sombong  dan  angkuhnya, lelaki  itu  bersuara.
            “ Jawab  ya  sekarang,” jerkah  lelaki  itu.
            Ciel  masih  terdiam. ‘ Apa  yang  patut  aku  buat  sekarang? Kalau  aku  tak  nak, aku  akan  jadi  target  diaorang. Kan  senang  kalau  aku  belasah  je  diaorang  nie.’ Tiba-tiba  Ciel  teringat  pesanan  Shawn  yang  mengatakan  dia  tidak  patut  buat  scene  yang  tidak  sepatutnya. Ia  akan  mengundang  banyak  perhatian. ‘ Damn  it. Aku  tak  dapat  buat  apa-apa  sekarang  nie.’
            “ Sudah-sudahlah  tu,” tegur  seseorang.
            Ciel  mengangkat  muka. Dia  kenal  benar  dengan  suara  itu. Sebastian. ‘ Lupa  pulak  Sebastian  kan  attend  sekolah  nie.’
            “ Ceh, White  Knight  of  Jinju  Private  High  School  has  appeared,” sindir  lelaki  itu.
            “ Kenapa  kauorang  suka  sangat  buli  orang, hah?” soal  Sebastian.
            “ You  don’t  know  a  thing. This  is  just  a  lesson  of  why  boring  dan  normal  people  shouldn’t  be  at  an  elit  school  like  this  school,”  balas  lelaki  itu.
            “ A  lesson… Get  a  lesson  on  non-prejustice  first!” Sebastian  pula  membalas.
            Mereka  semua  terdiam  apabila  Sebastian  membalas  sebegitu. Ciel  memandang  mereka. ‘ Sebastian, jangan  provoke  mereka. Mereka  tu  vampire.’
            “ Jom  blah,” ajak  lelaki  itu. Kumpulan  tersebut  berlalu  pergi  macam  itu  saja.
            Sebastian  tersenyum  manis  memandang  Ciel  sambil  menghulurkan  tangannya  supaya  Ciel  bangun. “ Bangunlah.”
            Ciel  bangun. “ Terima  kasih. Kau  mesti  ada  kuasa  dalam  sekolah  nie  sampai  diaorang  blah  macam  tu  je.”
            “ Eh, ada  mana. Aku  selalu  bertembung  dengan  diaorang  masa  diaorang  buat  hal  sampai  diaorang  naik  mual  dengan  aku  nie,” ujar  Sebastian.
            Ciel  tersenyum. ‘ Mereka  bukan  naik  mual  dengan  kau. Cuma  kau  tu  ada  charisma  tersendiri, Sebastian.’
            “ Apa?” soal  Sebastian.
            “ Eh, tak  ada  apa-apalah. Cuma  kan  bagus  kalau  kau  boleh  jadi  kawan  aku.” Ciel  berkata.
            “ Then  let’s  be  friend,” ujar  Sebastian  sambil  tersenyum.
            “ Really? It’s  a  honor  then.” Ciel  membalas.
            “ Aku  Sebastian  Potter. Panggil  aku  Sebastian.”
            “ Aku  Ciel  Weller. Ciel.” Mereka  berdua  bersalam.
            “ Jomlah  kita  ke  café,” ujar  Sebastian.
            “ Sebenarnya, nie  hari  pertama  aku  kat  sini. So, aku  tak  tahu  café  kat  mana.” Ciel  menggaru  kepalanya  sambil  tersengih.
            “ Tak  apalah. Nanti  aku  tunjukkan  pada  kau.” Sebastian  berjalan  mendahuluinya.
            “ PRINCE  BROTHER!!!” Tiba-tiba  kedengaran  pelajar-pelajar  perempuan  berlari  mendekati  tingkap. Mereka  kelihatan  teruja  sekali.
            Ciel  dan  Sebastian  menjenguk  ke  tingkap  itu  juga. Ciel  terkejut  apabila  melihat  Gray  dan  Auther  berjalan  di  perkarangan  sekolah.
            “ Mereka  itu  adik  beradik  Trancy. Mereka  famous  kat  sekolah  nie. Antara  pelajar  yang  paling  berpengaruh  di  sekolah  nie. Pelajar  sekolah  nie  panggil  diaorang  ‘Prince  Brother’.” Belum  sempat  Ciel  bertanya, Sebastian  sudah  memberi  penerangan  kepadanya.
            ‘ Bukan  ke  mereka  berdua  bergaduh? Macam  mana  boleh  berjalan  bersama  pulak?’ Soalan  itu  bergegar  dalam  otak  Ciel. Kemudian  dia  terduduk  sendiri  apabila  menyedari  yang  Auther  dan  Alsiel  memandang  ke  arahnya. ‘ Diaorang  berdua  tengok  sini  serentak.’
            Pelajar-pelajar  perempuan  di  situ  menjerit  dengan  lebih  kuat  apabila  ‘ Prince  Brother’  itu  memandang  ke  arah  itu. Ciel  tidak  faham  sebenarnya  mengapa  pelajar- pelajar  itu  sukakan  adik  beradik  Trancy  itu. Mungkin  kerana  dia  sudah  mengetahui  identiti  sebenar  mereka, dia  tidak  menyukai  mereka.
            “ Kau  nak  duduk  kat  sini  je  ke? Jomlah  kita  pergi. Aku  dah  lapar  nie,” ajak  Sebastian.
            Ciel  mula  bergerak  meninggalkan  kelompok  pelajar  itu. “ Jadi, bila  kauorang  ada  paras  rupa  dan  kaya, automatik  jadi  famouslah…”
            “ Apa  kau  cakap?” soal  Sebastian  kerana  dia  terdengar  seperti  Ciel  berkata  sesuatu.

Monday, July 29, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 8)



“ RAMBUT  awak  boleh  jadi  panjang  macam  nie. Amazing.” Shawn  datang  menegur  Ciel.
            Ciel  bergegas  mendapatkan  Shawn. “ Nie  bukan  kerja  kau  kan?”
            “ Mestilah  tak,” jawab  Shawn.
            “ Aku  tak  boleh  tukar  jantina  kau. Bertukar  menjadi  perempuan, semua  itu  kebolehan  kau  sendiri.” Suara  Alsiel  pula  menyampuk.
            “ Habis  tu, macam  mana  kau  boleh  tau  yang  aku  boleh  bertukar  jadi  perempuan?”
            “ Malam  semalam, tubuh  awak  dalam  jantina  perempuan,” ujar  Shawn.
            “ Apa? Jadi  kau  dah  tengok  badan  aku?” Ciel  memandang  kedua-duanya.
            “ Aku  terpaksa. Aku  perlu  confirmkannya.” Alsiel  menjawab.
            Ciel  pantas  menghadiahkan  tumbukannya  ke  wajah  kacak  Alsiel. Sejak  berjumpa  dengan  Alsiel, entah  berapa  kali  dia  menghadiahkan  penumbuknya  ke  wajah  Alsiel. Dia  mahu  menumbuk  lagi  namun  dihalang  oleh  Shawn.
            “ Sudah. Berhenti  pukul  Tuan  Alsiel.” Shawn  memegang  Ciel  dari  mengganas  lagi.
            “ Jadi  kau  nak  suruh  aku  berterima  kasih  sebab  jadikan  monster  macam  kauorang  semua?” Ciel  menepis  tangan  Shawn  yang  memagangnya.
            “ Kami  nie  vampire  bukannya  monster,” terang  Shawn.
            “ Sejak  aku  kena  gigit  dengan  kau, aku  betukar  jadi  perempuan, kemudian  lelaki. Sekarang  nie, aku  jadi  perempuan  balik. Kalau  aku  nie  bukannya  monster  jadi  apa?” soal  Ciel  dengan  garang  sekali.
            “ So, nie  bukan  pertama  kali  kau  bertukar  jantina?” soal  Alsiel.
            “ Ini  sesuatu  yang  interesting, Tuan  Alsiel,” ujar  Shawn.
            “ Jadi, semua  nie  tak  normallah?” Ciel  mula  bertenang.
            “ Kau  nie  special  case. Aku  tak  pernah  berjumpa  dengan  vampire  yang  boleh  bertukar  jantina  kerana  perasaan  atau  keadaan  tubuh  badan,” terang  Alsiel.
            “ Jadi, aku  nie  memang  monsterlah?” Ciel  mengeluh  sambil  terduduk  di  bangku  yang  terdapat  di  situ.
            “ Come  to  me.” Ayat  itu  diulang  lagi  oleh  Alsiel.
            “ Supaya  aku  jadi  bride  kau?” soal  Ciel  sinis.
            “ Aku  tak  ada  niat  nak  jadikan  kau  bride  aku. Aku  cuma  nak  protect  kau  je,” ucap  Alsiel.
            “ Aku  boleh  protect  diri  aku  sendiri.” Ciel  berdiri  kembali. Perasaan  marahnya  sudah  kembali.
            “ Tuan  Auther  boleh  bunuh  awak  sekelip  mata  je,” sampuk  Shawn.
            “ Apa  kau  cakap? Auther?” Ciel  memandang  Shawn.
            “ Orang  yang  serang  awak  semalam. Dia  tak  akan  berdiam  diri. Dia  akan  cuba  untuk  membunuh  awak  lagi.” Shawn  berkata.
            “ Kalaulah  dia  dapat  tahu  yang  kau  nie  bertukar  jadi  perempuan, dia  akan  jadikan  kau  sebagai  bride  dia  samada  kau  sudah  atau  tak,” terang  Alsiel  pula.
            “ Aku  lebih  rela  mati  daripada  jadi  bride  dia.” Ciel  mengempal  tangannya.
            “ Jadi, sekarang  nie  pilihan  yang  selamat, berlindung  di  bawah  Tuan  Alsiel. Dia  tak  akan  dedahkan  rahsia  awak  sebagai  perempuan,” ujar  Shawn.
            “ Aku  tak  nak. Kenapa  aku  perlu  dilindungi?” Ciel  masih  tidak  mahu  pertolongan  dari  seseorang  pun.
            “ Kan  aku  dah  cakap  semua  nie  salah  aku…” Alsiel  cuba  untuk  menjelaskannya.
            “ Aku  tak  nak  pertolongan  dari  kau.” Ciel  sudah  menjerit.
            Alsiel  dan  Shawn  mengeluh. Apa  yang  perlu  mereka  lakukan  supaya  Ciel  menerima  pertolongan  dari  mereka? Ciel  adalah  seseorang  yang  istimewa. Kebolehan  yang  dimilikinya  amat  istimewa. Alsiel  tidak  mahu  Ciel  dibunuh  atau  dijadikan  isteri  kepada  Auther.
            “ Macam  mana  kalau  kau  tinggal  di  tempat  lain? Bukan  di  rumah  aku?” Alsiel memberikan  cadangan.
            “ Hah? Apa  maksud  kau?” soal  Ciel.
            “ Kalau  kau  nak  aku  boleh  jadikan  kau  seorang  pelajar  di  Jinju  Private  High  School, jadi  macam  mana?”
           
JINJU  Private  High  School  merupakan  sebuah  sekolah  yang  terbaik  di  negara  ini. Hanya  anak-anak  orang  kaya  sahaja  yang  boleh  belajar  di  sekolah  ini. Sebuah  sekolah  untuk  orang-orang  elit. Akan  tetapi  1/3  daripada  pelajar  sekolah  ini  adalah  makhluk  penghisap  darah  atau  nama  lainnya, vampire. Info  ini  Alsiel  sendiri  yang  beritahu  tetapi  dia  dapat  agak  kerana  dia  sendiri  pernah  terserempak  dengan  kumpulan  itu. Semestinya  manusia  tidak  tahu  tentang  kewujudan  vampire  ini.
            “ Okey, I’m fine  with  it. But  just  one  thing, I  want  to  ask  you  about. Kenapa  aku  kena  pakai  macam  nie?” Ciel  memakai  seragam  Jinju Private  High  School  tetapi  terpaksa  memakai  cermin  mata  yang  membuatkannya  kelihatan  seperti  budak  nerd.
            “ Kalau  awak  tak  nak  jadi  bride  Tuan  Auther, awak  perlu  menyamar  sebagai  lelaki,” ucap  Shawn.
            “ Itu  aku  tahu  tapi  kenapa  aku  kena  buat  rambut  macam  budak  kampung  dan  spek  mata  nerd  nie?” soal  Ciel  dengan  garang.
            “ Awak  ada  aura  yang  menarik  dan  mampu  membuat  kebanyakkan  lelaki  tertarik  pada  awak. Jadi  saya  cadangkan  imej  nie  supaya  awak  nampak  bodoh,” terang  Shawn.
            “ Whatever. Lagipun memang  aku  selalu  disalah  anggap  sebagai  perempuan  masa  aku  lelaki  dulu. Jadi  aku  tak  kasih  sangat.” Ciel  memang  tahu  yang  dia  tidak  boleh  membiarkan  orang  lain  tahu  tentang  jantinanya.
            “ Di  sini  bangunan  dorm  di  mana  awak  akan  tinggal  mulai  hari  nie.” Hari  ini  Shawn  menjadi  penunjuk  arah  kepada  Ciel. “ Pelajar  sekolah  ini  datang  dari  seluruh  negara. Separuh  dari  mereka  tinggal  di  luar  dan  separuh  lagi  tinggal  di  bangunan  dorm  nie. Semua  bilik  di  sini  berbeza  dari  bilik  dorm  di  sekolah  lain. Ia  mempunyai  bilik  mandi  seperti  dalam  hotel.”
            “ Sekolah  untuk  orang  kaya  memang  berbeza.” Itu  sahaja  yang  dapat  diolah  oleh  Ciel  sekarang. ‘ Memang  berbeza  gila  dengan  sekolah  lama  aku.’
            “ Ini  adalah  bilik  yang  awak  akan  duduk  sekarang.” Mereka  berdua  sudah  sampai  sebuah  bilik.
            Mereka  berdua  pun  masuk  ke  bilik  yang  dikatakan  itu. Ciel  terkejut  melihat  hiasan  dalaman  bilik  itu. ‘ Wow. Macam  tak  percaya  nie  bilik  dorm  sekolah. Totally  different  level  with  mine  before.’ Dia  memandang  sekeliling  bilik  itu. Ada  dua  katil?
            “ Eh, ada  dua  katil? Kenapa? Aku  ingat  aku  akan  guna  bilik  nie  sorang-sorang.” Ciel  bertanya  tatkala  melihat  dua  katil  bersaiz  queen.
            “ Sebenarnya  nie  bilik  Tuan  Alsiel  seorang,” ujar  Shawn.
            “ Apa? Aku  mana  boleh  tinggal  sebilik  dengan  dia,” protes  Ciel.
`           “ Tuan  Alsiel  jarang  guna  bilik  nie. Biasanya  beliau  tinggal  di  mansion,” terang  Shawn.
            “ Itu  menunjukkan  dia  akan  datang  untuk  jangka  masa  tertentu, kan? Aku  tak  nak  macam  tu.” Ciel  masih  menolak.
            “ Peraturan  bilik  dorm  di  sini, dua  orang  sebilik. Kalau  awak  pilih  bilik  lain, awak  akan  terpaksa  tinggal  bersama  lelaki  lain. Disebabkan  awak  terpaksa  menyamar  sebagai  lelaki, ini  memudahkan  awak.” Shawn  berkata  pula.
            “ Tapi  kau  cakap  bilik  nie  milik  Alsiel  sorang? Kenapa  aku  tak  boleh?”
            “ Tuan  Alsiel  merupakan  special  case. Dia  telah  menderma  banyak  duit  kepada  sekolah  ini  dan  dia  juga  merupakan  orang  penting.”
            “ Ceh, aku  tahu. Damn  the  rich  people  and  their  money.” Ciel  naik  menyampah  dengan  kenyataan  itu.
            “ Tuan  Alsiel  bukan  sahaja  kacak…”
            “ Yelah, yelah. Dia  tu  pewaris  kepada  Trancy  Group?”
            “ That’s  something  else  but  what’s important  is  that  he’s  the  foremost  successor  to  us  as  vampire. To  put  it  simply, a  prince-like  figure.” Shawn  berkata  dengan  nada  kagum.
            “ Hah? Prince?
            “ Pada  kami, Tuan  Alsiel  dan  Tuan  Auther  memiliki  kedudukan  kedua  tertinggi  selepas  Tuan  Mikael. Kami  semua  hormat  pada  mereka. Kalau  awak  biadap  terhadap  mereka, awak  akan  dibenci  oleh  kami.” Shawn  menarik  nafas  panjang  sebelum  menyambung  kembali  kata-katanya. “ Manusia  juga  akan  berbuat  demikian  sebab  manusia  juga  hormat  pada  mereka.”
            Ciel  tersengih  sinis  apabila  mendengar  kata-kata  dari  Shawn  itu. Ciel  tidak  sangka  sampai  begini  sekali  mereka  dihormati. Ciel  tidak  menafikan  yang  dia  juga  tertarik  apabila  pertama  kali  melihat  Alsiel. Kekacakan  Alsiel  dan  Auther  memang  berada  di  level  tertinggi. Dia  sendiri  tidak  pernah  melihat  lelaki  sekacak  Alsiel  dan  Auther.
            “ Saya  dah  uruskan  semua  keperluan  awak, pakaian  dan  peralatan  sekolah. Make  sure  to  be  on  time  for  your  classes.” Selepas  itu, Shawn  keluar  dari  bilik  itu.
            Ciel  pun  menghempaskan  tubuhnya  ke  atas  katil. Dia  berasa  teramat  letih  dengan  perubahan  ini. Agak  drastik. Matanya  mula  hendak  tertutup.


Monday, May 6, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 7)


ALSIEL  menunggu  di  luar  bilik  di  mana  Ciel  sedang  dirawat. Dia  masih  berfikir  dengan  kejadian  tadi. ‘ Macam  mana  Ciel  boleh  menghisap  darah  Auther?’ Soalan  itu  berkali-kali  terngiang-ngiang  di  telinganya. Yang  dia  tahu  hanya  ayah  dan  ibu  mereka  sahaja  yang  boleh  menghisap  darah  mereka  berdua. The  council  pun  tidak  boleh  menghisap  darah  mereka. Tapi  bagaimana  seorang  manusia  yang  baru  bertukar  menjadi  vampire  hanya  mampu  menghisap  darah  Auther? Ini  tidak  logic.
            “ Tuan  Alsiel.” Shawn  menegur.
            “ Macam  mana  dengan  dia? Dia  dah  bangun?” soal  Alsiel.
            “ Belum  lagi, Tuan  Alsiel. Doktor  dah  check  dia. Jadi  jangan  risau,” ucap  Shawn.
            “ Tapi  masa  doktor  belum  sampai, dia  sudah  berhenti  bernafas. Dia  dah  mati.” Satu  lagi  perkara  yang  Alsiel  rasa  pelik  tentang  Ciel.
            “ Yang  mengejutkan, dia  mula  bernafas  balik,” tambah  Shawn.
            “ Kita  boleh  assume  yang  dia  hidup  semula. Case  nie  jarang  berlaku  even  puak  vampire  sendiri, jadi  saya  pun  terkejut  jugak. Tapi  itulah  yang  dah  berlaku, Tuan  Alsiel.” Doktor  Alex  keluar  dari  bilik  Ciel.
            “ Macam  mana dengan  dia, Doktor  Alex?” soal  Alsiel.
            “ Dia  sedang  tidur  sekarang  nie.” Doktor  Alex  tersenyum.
            “ It’s  amazing. Lepas  dia  minum  darah  Tuan  Auther, dia  tak  apa-apa. Even  Tuan  Auther  pun  tidak  boleh  buat  apa-apa  masa  tu,” kata  Shawn.
            “ Hmmm…mungkin  sebab  dia  seorang  perempuan. Ada  rumor  yang  mengatakan  bila  perempuan  bertukar  menjadi  vampire, akan  ada  kebolehan  yang  special, membolehkan  dia  menghisap  darah  vampire  yang  lebih  tinggi  kedudukkannya,” terang  Doktor  Alex.
            “ Apa?” Shawn  terkejut.
            “ Apa  maksud  doktor? Dia  tu  lelaki.” Alsiel  juga  terkejut  dengan  kenyataan  Doktor  Alex.
            Doktor  Alex  ketawa. “ Apa  yang  Tuan  Alsiel  katakan  nie? Dia  seorang  perempuan.”
            Alsiel  pantas  bergerak  ke  kamar  di  mana  Ciel  berada. Dia  perlu  mengesahkan  sesuatu. Dia  sendiri  nampak  ketika  Auther  membuka  baju  Ciel. Ciel  lelaki. Mana  boleh  keadaan  itu  boleh  berlaku. Dia  tidak  percaya  yang  Doktor  Alex  katakan. Jadi  dia  sendiri  perlu  melihat  dengan  mata  kepalanya  sendiri. Kelihatan  Ciel  sedang  tidur  dengan  nyenyak  sekali.
            “ Mustahil. Sejam  tadi, dia  masih  lelaki.” Alsiel  berkata. Dia  mendekati  Ciel. Dia  membuka  butang  baju  Ciel  dari  atas  hingga  ke  bawah. Dia  membuka  baju  Ciel. Dia  tergaman  apabila  apa  yang  dikatakan  oleh  Doktor  Alex  adalah  benar.
            “ Macam  mana  nie  boleh  berlaku?” soal  Alsiel.
            “ Saya  dah  jadi  doktor  nie  dah  lama. Jadi, saya  memang  pasti  dia  merupakan  seorang  perempuan,” ucap  Doktor  Alex   yang  turut  masuk  ke  dalam  kamar  Ciel  bersama  Shawn.
            “ Tapi  saya  sendiri  tengok  dia  lelaki  tadi. Sampai  Auther  nak  bunuh  dia  lepas  confirm  dia  nie  lelaki,” ucap  Alsiel.
            “ Mungkin  dia  manusia  special  yang  ada  kebolehan  tu  apabila  dia  bertukar  jadi  vampire,” teka  Shawn.
            “ Tak  pernah  dengar  tentang  tu,” ujar  Alsiel.
            “ Hmmm…vampire  yang  boleh  tukar  jantina  ye.” Doktor  Alex  diam  sekejap  sambil  mengusap  dagunya. “ Saya  pernah  mendengar  tentang  itu. Dulu, ada  vampire  yang  boleh  menukar  jantinanya  mengikut  kehendaknya  sendiri.”
            “ Apa? Mengikut  kehendak  sendiri?” Alsiel  terkejut.
            “ Mungkin  dia  merupakan  keturunan  vampire  tu.” Shawn  membuat  andaiannya.
            “ Tu  saya  tak  tahu. Ada  khabar  angin  yang  mengatakan  dia  berkahwin  dengan  seorang  manusia  dan  kedudukkannya  tidak  diketahui. Dia  hilang  macam  tu  je. Tapi  saya  tidak  pasti  samada  perkara  itu  benar  atau  tak,” ujar  Doktor  Alex. “ Jadi, kita  kena  hantar  report  tentang  nie  pada  The  Council. Tentu  The  Council  tahu  tentang  itu  dan  kita  boleh  mendapatkan  berita  yang  sah  tentang  nie.”
            “ Tidak. Jangan  hantar  report  tentang  nie  pada  The  Council. Doktor  Alex, saya  nak  perkara  nie  dirahsiakan.” Alsiel  membalas.
            “ Apa  maksud  Tuan  Alsiel  tentang  tu?” soal  Doktor  Alex.
            “ Saya  tak  nak  ada  orang  yang  tahu  tentang  dia. Akan  jadi  kelam  kabut  apabila  The  Council  tahu  tentang  nie. Kita  pun  akan  dapat  susah. Jadi, saya  awak  berdua  simpan  rahsia  nie. Kalau  perkara  nie  terbongkar, saya  tidak  akan  teragak-agak  untuk  menghukum  awak  berdua,” arah  Alsiel  dengan  tegas.
            “ Baik, Tuan  Alsiel.” Doktor  Alex  dan  Shawn  bersuara.
           
CIEL  terjaga  dari  tidurnya. Dia  turun  dari  katil  itu. Dia  berasa  pening  apabila  dia  cuba  berdiri. Dia  duduk  kembali. Apabila  dia  berasa  peningnya sudah  beransur  hilang, dia  cuba  berdiri. Kali  ini, dia  sudah  tidak  berasa  pening. Dia  teringat  akan  kejadian  petang  tadi. ‘ Aku  ingatkan  aku  dah  mati  tapi  tak. Liat  jugak  nyawa  aku  nie.’
            “ Sekarang  aku  perlu  keluar  dari  tempat  nie.” Dia  bergerak  ke  arah  pintu. “ Nanti  dulu, kalau  aku  keluar  ikut  sini. Tentu  diaorang  akan  sedar. Baik  aku  keluar  ikut  tingkap  nie.” Dia  membuka  tingkap. “ Alamak, nie  tingkat  dua. Tak  apalah. Aku  kena  terjun  jugak.”
            Ciel  terjun  dari  tingkap  itu. Kemudian  dia  landing  dengan  smooth  sekali. Tidak  ada  rasa  sakit  apabila  kakinya  menyentuh  permukaan  bumi.
            “ Okey  jugak  jadi  vampire  nie.” . Dia  tersengih. Dia  melompat  keluar  dari  pagar  villa  itu. Sekarang   dia  perlu  melarikan  diri. Dia  tidak  mahu  kejadian  petang  tadi  berlaku  lagi.
            Namun  dia  tidak  tahu  yang  sudah  ada  yang  menyedari  perbuatannya  itu. Dia  cuma  memandang. Dia  tidak  mahu  menghalang  Ciel. Ciel  sendiri  kena  tahu  tentang  perkara  yang  telah  berlaku  pada  dirinya.
            “ Tuan  Alsiel, dia  sudah  lari  dari  villa  nie. Apa  yang  perlu  saya  lakukan, Tuan  Alsiel?” soal  Shawn  menunggu  arahan  dari  Alsiel.
            “ Biarkan  dia  dulu. Jangan  buat  apa-apa.” Alsiel  memandang  ke  arah  tingkap  tempat  dia  terpandang  Ciel  berlari  dari  situ. ‘ Dia  perlu  sedar  dengan  sendiri  yang  dia  perlu  tinggalkan  kehidupan  lama  dia.’
           
DIA  berlari  sehingga  sampai  di  rumah  anak-anak  yatim  tempat  tinggalnya. Dia  meliar  mencari  anak  buahnya. Mungkin  akan  ada  seorang  dua  yang  berada  di  tempat  itu. Kemudian  dia  ternampak  dua  orang  anak  buahnya. Dia  berlari  ke  arah  mereka.
            “ Yo, Jean, Eddy. Aku  nak  pergi  ambik  beg  aku  kat  sekolah  kejap. Korang  tunggu  kat  sini  tau,” tegur  Ciel.
            Mereka  berdua  tidak  menjawab. Mereka  memandang  satu  sama  lain. Wajah  mereka  berdua  juga  menunjukkan  tanda  terkejut. Ciel  perasan  tentang  keadaan  itu.
            “ Kenapa  dengan  korang  nie?” soal  Ciel.
            “ Eh, awak  nie  sapa?” soal  Jean.
            “ Eh, kau  nie  Jean. Nie  akulah  Ciel. Takkan  kau  dah  lupa  dengan  ketua  kau  sendiri? Korang  berdua  kan  roommate  aku.” Ciel  tersengih.
            “ Apa?” Jean  terpinga-pinga.
            “ Apa  maksud  awak  yang  kita  nie  roommate?” soal  Eddy  pula.
            “ Korang  nie  nak  buat  lawak  pulak  dah.” Ciel  ketawa.
            “ Hei…Kami  berdua  memang  tak  kenal  awaklah,” ujar  Jean.
            “ Dan  kami  tak  kongsi  bilik  dengan  budak  perempuan,” sambung  Eddy  pula.
            “ Kenapa  dengan  korang  berdua  nie?”
            “ Kenapa  korang  tak  masuk  lagi?” soal  Puan  Anne  yang  muncul  di  sebalik  pintu.
            Ciel  yang  melihat  Puan  Anne  pantas  mendekati  Puan  Anne. Dia  tersenyum  apabila  sampai  di  hadapan  Puan  Anne.
            “ Puan Anne, diaorang  buat  lawaklah. Diaorang  cakap  diaorang  tak  kenal  siapa  saya  nie.” Ciel  memandang  Puan  Anne  sambil  tersengih.
            “ Awak  nie  siapa?” soal  Puan  Anne  pula.
            Ciel  tergaman. ‘ Kenapa  mereka  semua  buat  tak  kenal  aku  nie? Kalau  nak  main-main  pun  ada  hadnya. Nie  sampai  Puan  Anne  pun  nak  main-main  dengan  aku.’
            “ Apa  yang  Puan  Anne  cakap  nie? Saya  Ciel  Weller. Saya  kan  tinggal  kat  rumah  anak  yatim  nie  dari  saya  baby  lagi,” ucap  Ciel.
            Puan  Anne  kelihatan  terpinga-pinga. Apatah  lagi  dengan  Jean  dan  Eddy  yang  masih  berada  di  situ. Ciel  menjadi  pelik  apabila  melihat  reaksi  dari  mereka  semua.
            “ Awak  tak  pernah  tinggal  di  sini. Saya  kenal  dengan  semua  penghuni  di  rumah  anak  yatim  nie. Awak  dah  tersalah  rumah  nie,” ujar  Puan  Anne  sambil  tersenyum.
            Ciel  terus  berlalu  pergi  dari  situ. Arahnya  ke  sekolahnya. Dia  tahu  mesti  mereka  mahu  mempermainkannya. Dia  mahu  berjumpa  dengan  Vincent. Tentu  Vincent  tahu  yang  apa  yang  sedang  berlaku. Dia  tahu  Vincent  tidak  akan  mempermainkannya  sebegini. Dia  sampai  ke  sekolahnya. Kemudian  dia  ternampak  rakan  sekelasnya.
            “ Edward, kau  kenal  aku  kan?” soalnya  sambil  menarik  lengan  Edward.
            Lelaki  yang  dipanggil  itu  kelihatan  terpinga-pinga  melihat  Ciel. Bukan  Edward  sahaja  yang  kelihatan  terpinga-pinga, semua  yang  melihat  berkeadaan  begitu. Dia  menjadi  semakin  hairan.
            “ Apa  yang  dah  berlaku  kat  sini? Riuh  semacam  je.” Vincent  muncul  di  situ.
            “ Entahlah, tiba-tiba  je  ada  budak  yang  tanya  aku, kenal  tak  dia? Pelik  aku  tak  pernah  nampak  dia  kat  sini. Dia  cantik  tau  tapi…” Edward  tidak  sempat  menghabiskan  ayatnya, Ciel  sudah  mencapai  tangan  Vincent  menyebabkan  semua  yang  berada  di  situ  terkejut.
            “ Vincent, kau  kenal  dengan  aku  kan?” soal  Ciel  dengan  bersungguh.
            Vincent  tersenyum  sebelum  membalas  pertanyaan  dari  Ciel  itu. “ Mestilah, kenal.”
            Ciel  mula  tersenyum. Dia  tahu  yang  Vincent  akan  mengenalinya. Vincent  memang  akan  kenal  dengannya.
            “ Kau  memang  kenal  ke  dengan  dia nie, Vincent?” soal  Edward.
            “ Apa  hubungan  kau  dengan  dia?” soal  seorang  rakannya  lagi.
            “ Mestilah  kenal. Dia  nie  girlfriend  aku.” Vincent  memeluk  bahu  Ciel  rapat  ke  tubuhnya.
            “ Apa?” Ciel  terkejut.
            “ Aku  boleh  mengenali  kau  dari  sekarang.” Dia  tersenyum  menggoda.
            “ Apa  yang  kau  cakapkan  nie?”
            “ Aku  akan  sayang  dengan  kau  sebab  kau  memang  cantik.” Vincent  menarik  dagu  Ciel.
            Ciel  sudah  tidak  boleh  bertahan  lagi. Dia  perlu  bertindak  sekarang. Dia  berpusing  ke  belakang  dan  melontar  Vincent  dengan  senang. Semua  orang  yang  berada  di  situ  menjerit.
            “ Ada  perempuan  lontar  kita  punya  ketua  macam  tu  je,” jerit  seseorang.
            “ Apa? Ketua? Dia?”
            “ Dia  tu  ketua  kumpulan  Maxwell,” ujar  Edward.
            “ Apa  yang  dah  terjadi  kat  sini?” Cikgu  Quentin, guru  displin  sekolah  itu  bertanya  setelah  muncul  di  situ.
            “ Alamak, Cikgu  Quentin  dah  datang. Apa  lagi, cabut  sekarang.” Semua  pelajar  lelaki  yang  berada  di  situ  berlari  meninggalkan  kawasan  tersebut.
            Cikgu  Quentin  berhenti  di  hadapan  Ciel. “ Kenapa  ada  perempuan  dalam  sekolah  lelaki  nie  pulak? Keluar  dari  sini  sekarang?” Cikgu  Quentin  mengarahnya.
            “ Cik..gu?” Ciel  cuba  bersuara.
            “ Keluar  dari  sini  sekarang.” Cikgu  Quentin  mengheretnya  keluar  dari  situ.
            Ciel  terduduk  di  luar  kawasan  sekolah  itu. Dia  menjadi  semakin  keliru  dengan  semua  ini. Semakin  banyak  kejadian  pelik  yang  berlaku  kepadanya  sejak  kejadian  darahnya  dihisap  oleh  Gray. Dari  tubuhnya  sudah  bertukar  menjadi  perempuan  kemudian  lelaki  balik, apabila  dia  mendapat  tahu  yang  wujudnya  vampire  di  dunia  ini, kejadian  Auther  mahu  mengambilnya  sebagai  isteri  dan  ingin  membunuhnya  apabila  mengetahui  yang  dia  seorang  lelaki, sehinggalah  sekarang  di  mana  semua  orang  yang  mengenalinya  tidak  lagi  mengenali  dan  mengingatinya  lagi.
            “ Dah  tak  ada  orang  yang  mengingati  kau  semasa  kau  manusia.” Ada  suara  seseorang  berkata.
            Ciel  mendongak  kepalanya. Alsiel. Lelaki  inilah  yang  menyebabkan  semua  kejadian  ini  berlaku. Dia  terus  berdiri.
            “ Apa  semua  nie?” Dia  bergerak  mendekati  Alsiel dan  menarik  baju  lelaki  itu. “ Apa  maksud  kau?
            “ Hidup  kau  sebagai  manusia  dah  dipadamkan. Semua  yang  pernah  terlibat  dengan  kau  dah  tak  ingat  apa-apa  pun  pasal  kau,” ujar  Alsiel.
            “ Hah? Apa  yang  kau  buat  pada  mereka  semua?” Ciel  menumbuk  Alsiel  sehingga  Alsiel  jatuh  tersungkur.
            “ Tumbukan  kau  semakin  tajam.” Alsiel  mengesat  darah  yang  terkeluar  dari  mulut.
            “ Baguslah. Aku  baru  je  nak  mula.” Dia  ingin  membelasah  Alsiel  lagi.
            “ Dah. Cukup  tu.” Tangan  Ciel  dipegang  oleh  Shawn.
            “ Lepaskan  aku.”
            “ Tuan  Alsiel hanya  buat  apa  yang  terbaik  untuk  awak,” ujar  Shawn.
            “ Padam  semua  ingatan  orang  yang  kenal  aku? Itu  kau  cakap  terbaik  untuk  aku?”
            “ Awak  dah  tak  boleh  hidup  macam  dulu  lagi. Sekarang, awak  dah  jadi  vampire,” ujar  Shawn  lagi.
            “ Kau  perlukan  kehidupan  baru  sebagai  vampire. Aku  yang  buat  kau  macam  nie, aku  akan  bertanggungjawab. So, come  to  you.” Alsiel  pula  berkata-kata.
            “ Jangan  nak  buat  lawak  kat  sini. Ini  kehidupan  aku. Kehidupan  aku, aku  yang  tentukan. Tak  ada  orang  yang  mengarah  aku  dalam  kehidupan  aku.” Ciel  berlari  meninggalkan  Shawn  dan  Alsiel.
            “ Tuan  Alsiel, perlu  ke  saya  gunakan  kekerasan?” soal  Shawn.
            “ Tak. Dia  perlukan  masa  untuk  terima  semua  nie,” ujar  Alsiel  sambil  memandang  Ciel  yang  berlari  itu.
            Ciel  terus  berlari. Dia  mahu  lari  dari  lelaki  itu. Ah, lelaki  itu  tidak  layak  dipanggil  lelaki. Dia  bukannya  manusia. Macam  manalah  semua  orang  boleh  hilang  ingatan  tentang  dirinya. Mesti  ada  orang  yang  ingat  tentangnya. Dia  yakin. Ah, Sebastian. Tentu  Sebastian  ingat  akan  dirinya. Sebastian  rakan  baiknya  dari  kecil  lagi.
            Dia  berlari  ke  arah  rumah  Sebastian. Tentu  Sebastian  berada  di  rumah. Ini  sudah  habis  waktu  sekolah. Dia  berlari  pantas. Dia  tidak  sabar  untuk  berjumpa  dengan  Sebastian. Tiba-tiba  dia  ternampak  Sebastian  berjalan  seorang  diri. Dia  memandang  Sebastian. Sebastian  memandangnya. Sesaat  kemudian, Sebastian  meneruskan  perjalanannya. Ciel  terus  terduduk  di  situ. Memang  benarlah. Tiada  orang  yang  mengingatinya  lagi.
            Dalam  kepalanya, muncul  memori  membesar  bersama  Sebastian. Dia  tidak  mahu  memori  itu  hilang. Dia  tidak  boleh  berputus  asa  sekarang. Dia  segera  berdiri.
            “ Sebastian.” Dia  memanggil  Sebastian.
            Sebastian  berpaling  ke  belakang. Dia  ternampak  seorang  perempuan  yang  berwajah  cantik  berambut  panjang  lurus  berdiri  di  situ.
            “ Sebastian. Nie  aku. Kau  ingat  aku  kan?” Ciel  merangkul  lengan  Sebastian  membuatkan  Sebastian  terkejut.
            “ Eh, kenapa  dengan  rambut  aku  nie? Tiba-tiba  je  panjang? Aku  tak  pakai  rambut  palsu  pun.” Ciel  memegang  rambutnya.
            Ciel  meraba  badannya. “ Aku  rasa  aku  dah  bertukar  lelaki. Macam  mana  boleh  tukar  balik  jadi  perempuan?” Ciel  meraba  bahagian  dadanya  menyebabkan  Sebastian  pengsan.
            “ Bangun. Woi, Sebastian  bangun.” Ciel  menepuk  pipi  Sebastian.
            Sebastian  mula  sedar  balik. “ Sorry. Terpengsan  pulak  kat  sini.” Sebastian  bangun  dan  mula  merenung  wajah  Ciel.

            Ciel  mula  rasa  tidak  selesa. Wajah  Sebastian  jelas  menunjukkan  dia  keliru  dengan  situasi  sekarang. Ciel  tidak  pernah  melihat  wajah  Sebastian  sebegitu. Dia  perlu  lari. Dia  terus  melarikan  diri  sebelum  sempat  dihalang  oleh  Sebastian.