Monday, May 6, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 7)


ALSIEL  menunggu  di  luar  bilik  di  mana  Ciel  sedang  dirawat. Dia  masih  berfikir  dengan  kejadian  tadi. ‘ Macam  mana  Ciel  boleh  menghisap  darah  Auther?’ Soalan  itu  berkali-kali  terngiang-ngiang  di  telinganya. Yang  dia  tahu  hanya  ayah  dan  ibu  mereka  sahaja  yang  boleh  menghisap  darah  mereka  berdua. The  council  pun  tidak  boleh  menghisap  darah  mereka. Tapi  bagaimana  seorang  manusia  yang  baru  bertukar  menjadi  vampire  hanya  mampu  menghisap  darah  Auther? Ini  tidak  logic.
            “ Tuan  Alsiel.” Shawn  menegur.
            “ Macam  mana  dengan  dia? Dia  dah  bangun?” soal  Alsiel.
            “ Belum  lagi, Tuan  Alsiel. Doktor  dah  check  dia. Jadi  jangan  risau,” ucap  Shawn.
            “ Tapi  masa  doktor  belum  sampai, dia  sudah  berhenti  bernafas. Dia  dah  mati.” Satu  lagi  perkara  yang  Alsiel  rasa  pelik  tentang  Ciel.
            “ Yang  mengejutkan, dia  mula  bernafas  balik,” tambah  Shawn.
            “ Kita  boleh  assume  yang  dia  hidup  semula. Case  nie  jarang  berlaku  even  puak  vampire  sendiri, jadi  saya  pun  terkejut  jugak. Tapi  itulah  yang  dah  berlaku, Tuan  Alsiel.” Doktor  Alex  keluar  dari  bilik  Ciel.
            “ Macam  mana dengan  dia, Doktor  Alex?” soal  Alsiel.
            “ Dia  sedang  tidur  sekarang  nie.” Doktor  Alex  tersenyum.
            “ It’s  amazing. Lepas  dia  minum  darah  Tuan  Auther, dia  tak  apa-apa. Even  Tuan  Auther  pun  tidak  boleh  buat  apa-apa  masa  tu,” kata  Shawn.
            “ Hmmm…mungkin  sebab  dia  seorang  perempuan. Ada  rumor  yang  mengatakan  bila  perempuan  bertukar  menjadi  vampire, akan  ada  kebolehan  yang  special, membolehkan  dia  menghisap  darah  vampire  yang  lebih  tinggi  kedudukkannya,” terang  Doktor  Alex.
            “ Apa?” Shawn  terkejut.
            “ Apa  maksud  doktor? Dia  tu  lelaki.” Alsiel  juga  terkejut  dengan  kenyataan  Doktor  Alex.
            Doktor  Alex  ketawa. “ Apa  yang  Tuan  Alsiel  katakan  nie? Dia  seorang  perempuan.”
            Alsiel  pantas  bergerak  ke  kamar  di  mana  Ciel  berada. Dia  perlu  mengesahkan  sesuatu. Dia  sendiri  nampak  ketika  Auther  membuka  baju  Ciel. Ciel  lelaki. Mana  boleh  keadaan  itu  boleh  berlaku. Dia  tidak  percaya  yang  Doktor  Alex  katakan. Jadi  dia  sendiri  perlu  melihat  dengan  mata  kepalanya  sendiri. Kelihatan  Ciel  sedang  tidur  dengan  nyenyak  sekali.
            “ Mustahil. Sejam  tadi, dia  masih  lelaki.” Alsiel  berkata. Dia  mendekati  Ciel. Dia  membuka  butang  baju  Ciel  dari  atas  hingga  ke  bawah. Dia  membuka  baju  Ciel. Dia  tergaman  apabila  apa  yang  dikatakan  oleh  Doktor  Alex  adalah  benar.
            “ Macam  mana  nie  boleh  berlaku?” soal  Alsiel.
            “ Saya  dah  jadi  doktor  nie  dah  lama. Jadi, saya  memang  pasti  dia  merupakan  seorang  perempuan,” ucap  Doktor  Alex   yang  turut  masuk  ke  dalam  kamar  Ciel  bersama  Shawn.
            “ Tapi  saya  sendiri  tengok  dia  lelaki  tadi. Sampai  Auther  nak  bunuh  dia  lepas  confirm  dia  nie  lelaki,” ucap  Alsiel.
            “ Mungkin  dia  manusia  special  yang  ada  kebolehan  tu  apabila  dia  bertukar  jadi  vampire,” teka  Shawn.
            “ Tak  pernah  dengar  tentang  tu,” ujar  Alsiel.
            “ Hmmm…vampire  yang  boleh  tukar  jantina  ye.” Doktor  Alex  diam  sekejap  sambil  mengusap  dagunya. “ Saya  pernah  mendengar  tentang  itu. Dulu, ada  vampire  yang  boleh  menukar  jantinanya  mengikut  kehendaknya  sendiri.”
            “ Apa? Mengikut  kehendak  sendiri?” Alsiel  terkejut.
            “ Mungkin  dia  merupakan  keturunan  vampire  tu.” Shawn  membuat  andaiannya.
            “ Tu  saya  tak  tahu. Ada  khabar  angin  yang  mengatakan  dia  berkahwin  dengan  seorang  manusia  dan  kedudukkannya  tidak  diketahui. Dia  hilang  macam  tu  je. Tapi  saya  tidak  pasti  samada  perkara  itu  benar  atau  tak,” ujar  Doktor  Alex. “ Jadi, kita  kena  hantar  report  tentang  nie  pada  The  Council. Tentu  The  Council  tahu  tentang  itu  dan  kita  boleh  mendapatkan  berita  yang  sah  tentang  nie.”
            “ Tidak. Jangan  hantar  report  tentang  nie  pada  The  Council. Doktor  Alex, saya  nak  perkara  nie  dirahsiakan.” Alsiel  membalas.
            “ Apa  maksud  Tuan  Alsiel  tentang  tu?” soal  Doktor  Alex.
            “ Saya  tak  nak  ada  orang  yang  tahu  tentang  dia. Akan  jadi  kelam  kabut  apabila  The  Council  tahu  tentang  nie. Kita  pun  akan  dapat  susah. Jadi, saya  awak  berdua  simpan  rahsia  nie. Kalau  perkara  nie  terbongkar, saya  tidak  akan  teragak-agak  untuk  menghukum  awak  berdua,” arah  Alsiel  dengan  tegas.
            “ Baik, Tuan  Alsiel.” Doktor  Alex  dan  Shawn  bersuara.
           
CIEL  terjaga  dari  tidurnya. Dia  turun  dari  katil  itu. Dia  berasa  pening  apabila  dia  cuba  berdiri. Dia  duduk  kembali. Apabila  dia  berasa  peningnya sudah  beransur  hilang, dia  cuba  berdiri. Kali  ini, dia  sudah  tidak  berasa  pening. Dia  teringat  akan  kejadian  petang  tadi. ‘ Aku  ingatkan  aku  dah  mati  tapi  tak. Liat  jugak  nyawa  aku  nie.’
            “ Sekarang  aku  perlu  keluar  dari  tempat  nie.” Dia  bergerak  ke  arah  pintu. “ Nanti  dulu, kalau  aku  keluar  ikut  sini. Tentu  diaorang  akan  sedar. Baik  aku  keluar  ikut  tingkap  nie.” Dia  membuka  tingkap. “ Alamak, nie  tingkat  dua. Tak  apalah. Aku  kena  terjun  jugak.”
            Ciel  terjun  dari  tingkap  itu. Kemudian  dia  landing  dengan  smooth  sekali. Tidak  ada  rasa  sakit  apabila  kakinya  menyentuh  permukaan  bumi.
            “ Okey  jugak  jadi  vampire  nie.” . Dia  tersengih. Dia  melompat  keluar  dari  pagar  villa  itu. Sekarang   dia  perlu  melarikan  diri. Dia  tidak  mahu  kejadian  petang  tadi  berlaku  lagi.
            Namun  dia  tidak  tahu  yang  sudah  ada  yang  menyedari  perbuatannya  itu. Dia  cuma  memandang. Dia  tidak  mahu  menghalang  Ciel. Ciel  sendiri  kena  tahu  tentang  perkara  yang  telah  berlaku  pada  dirinya.
            “ Tuan  Alsiel, dia  sudah  lari  dari  villa  nie. Apa  yang  perlu  saya  lakukan, Tuan  Alsiel?” soal  Shawn  menunggu  arahan  dari  Alsiel.
            “ Biarkan  dia  dulu. Jangan  buat  apa-apa.” Alsiel  memandang  ke  arah  tingkap  tempat  dia  terpandang  Ciel  berlari  dari  situ. ‘ Dia  perlu  sedar  dengan  sendiri  yang  dia  perlu  tinggalkan  kehidupan  lama  dia.’
           
DIA  berlari  sehingga  sampai  di  rumah  anak-anak  yatim  tempat  tinggalnya. Dia  meliar  mencari  anak  buahnya. Mungkin  akan  ada  seorang  dua  yang  berada  di  tempat  itu. Kemudian  dia  ternampak  dua  orang  anak  buahnya. Dia  berlari  ke  arah  mereka.
            “ Yo, Jean, Eddy. Aku  nak  pergi  ambik  beg  aku  kat  sekolah  kejap. Korang  tunggu  kat  sini  tau,” tegur  Ciel.
            Mereka  berdua  tidak  menjawab. Mereka  memandang  satu  sama  lain. Wajah  mereka  berdua  juga  menunjukkan  tanda  terkejut. Ciel  perasan  tentang  keadaan  itu.
            “ Kenapa  dengan  korang  nie?” soal  Ciel.
            “ Eh, awak  nie  sapa?” soal  Jean.
            “ Eh, kau  nie  Jean. Nie  akulah  Ciel. Takkan  kau  dah  lupa  dengan  ketua  kau  sendiri? Korang  berdua  kan  roommate  aku.” Ciel  tersengih.
            “ Apa?” Jean  terpinga-pinga.
            “ Apa  maksud  awak  yang  kita  nie  roommate?” soal  Eddy  pula.
            “ Korang  nie  nak  buat  lawak  pulak  dah.” Ciel  ketawa.
            “ Hei…Kami  berdua  memang  tak  kenal  awaklah,” ujar  Jean.
            “ Dan  kami  tak  kongsi  bilik  dengan  budak  perempuan,” sambung  Eddy  pula.
            “ Kenapa  dengan  korang  berdua  nie?”
            “ Kenapa  korang  tak  masuk  lagi?” soal  Puan  Anne  yang  muncul  di  sebalik  pintu.
            Ciel  yang  melihat  Puan  Anne  pantas  mendekati  Puan  Anne. Dia  tersenyum  apabila  sampai  di  hadapan  Puan  Anne.
            “ Puan Anne, diaorang  buat  lawaklah. Diaorang  cakap  diaorang  tak  kenal  siapa  saya  nie.” Ciel  memandang  Puan  Anne  sambil  tersengih.
            “ Awak  nie  siapa?” soal  Puan  Anne  pula.
            Ciel  tergaman. ‘ Kenapa  mereka  semua  buat  tak  kenal  aku  nie? Kalau  nak  main-main  pun  ada  hadnya. Nie  sampai  Puan  Anne  pun  nak  main-main  dengan  aku.’
            “ Apa  yang  Puan  Anne  cakap  nie? Saya  Ciel  Weller. Saya  kan  tinggal  kat  rumah  anak  yatim  nie  dari  saya  baby  lagi,” ucap  Ciel.
            Puan  Anne  kelihatan  terpinga-pinga. Apatah  lagi  dengan  Jean  dan  Eddy  yang  masih  berada  di  situ. Ciel  menjadi  pelik  apabila  melihat  reaksi  dari  mereka  semua.
            “ Awak  tak  pernah  tinggal  di  sini. Saya  kenal  dengan  semua  penghuni  di  rumah  anak  yatim  nie. Awak  dah  tersalah  rumah  nie,” ujar  Puan  Anne  sambil  tersenyum.
            Ciel  terus  berlalu  pergi  dari  situ. Arahnya  ke  sekolahnya. Dia  tahu  mesti  mereka  mahu  mempermainkannya. Dia  mahu  berjumpa  dengan  Vincent. Tentu  Vincent  tahu  yang  apa  yang  sedang  berlaku. Dia  tahu  Vincent  tidak  akan  mempermainkannya  sebegini. Dia  sampai  ke  sekolahnya. Kemudian  dia  ternampak  rakan  sekelasnya.
            “ Edward, kau  kenal  aku  kan?” soalnya  sambil  menarik  lengan  Edward.
            Lelaki  yang  dipanggil  itu  kelihatan  terpinga-pinga  melihat  Ciel. Bukan  Edward  sahaja  yang  kelihatan  terpinga-pinga, semua  yang  melihat  berkeadaan  begitu. Dia  menjadi  semakin  hairan.
            “ Apa  yang  dah  berlaku  kat  sini? Riuh  semacam  je.” Vincent  muncul  di  situ.
            “ Entahlah, tiba-tiba  je  ada  budak  yang  tanya  aku, kenal  tak  dia? Pelik  aku  tak  pernah  nampak  dia  kat  sini. Dia  cantik  tau  tapi…” Edward  tidak  sempat  menghabiskan  ayatnya, Ciel  sudah  mencapai  tangan  Vincent  menyebabkan  semua  yang  berada  di  situ  terkejut.
            “ Vincent, kau  kenal  dengan  aku  kan?” soal  Ciel  dengan  bersungguh.
            Vincent  tersenyum  sebelum  membalas  pertanyaan  dari  Ciel  itu. “ Mestilah, kenal.”
            Ciel  mula  tersenyum. Dia  tahu  yang  Vincent  akan  mengenalinya. Vincent  memang  akan  kenal  dengannya.
            “ Kau  memang  kenal  ke  dengan  dia nie, Vincent?” soal  Edward.
            “ Apa  hubungan  kau  dengan  dia?” soal  seorang  rakannya  lagi.
            “ Mestilah  kenal. Dia  nie  girlfriend  aku.” Vincent  memeluk  bahu  Ciel  rapat  ke  tubuhnya.
            “ Apa?” Ciel  terkejut.
            “ Aku  boleh  mengenali  kau  dari  sekarang.” Dia  tersenyum  menggoda.
            “ Apa  yang  kau  cakapkan  nie?”
            “ Aku  akan  sayang  dengan  kau  sebab  kau  memang  cantik.” Vincent  menarik  dagu  Ciel.
            Ciel  sudah  tidak  boleh  bertahan  lagi. Dia  perlu  bertindak  sekarang. Dia  berpusing  ke  belakang  dan  melontar  Vincent  dengan  senang. Semua  orang  yang  berada  di  situ  menjerit.
            “ Ada  perempuan  lontar  kita  punya  ketua  macam  tu  je,” jerit  seseorang.
            “ Apa? Ketua? Dia?”
            “ Dia  tu  ketua  kumpulan  Maxwell,” ujar  Edward.
            “ Apa  yang  dah  terjadi  kat  sini?” Cikgu  Quentin, guru  displin  sekolah  itu  bertanya  setelah  muncul  di  situ.
            “ Alamak, Cikgu  Quentin  dah  datang. Apa  lagi, cabut  sekarang.” Semua  pelajar  lelaki  yang  berada  di  situ  berlari  meninggalkan  kawasan  tersebut.
            Cikgu  Quentin  berhenti  di  hadapan  Ciel. “ Kenapa  ada  perempuan  dalam  sekolah  lelaki  nie  pulak? Keluar  dari  sini  sekarang?” Cikgu  Quentin  mengarahnya.
            “ Cik..gu?” Ciel  cuba  bersuara.
            “ Keluar  dari  sini  sekarang.” Cikgu  Quentin  mengheretnya  keluar  dari  situ.
            Ciel  terduduk  di  luar  kawasan  sekolah  itu. Dia  menjadi  semakin  keliru  dengan  semua  ini. Semakin  banyak  kejadian  pelik  yang  berlaku  kepadanya  sejak  kejadian  darahnya  dihisap  oleh  Gray. Dari  tubuhnya  sudah  bertukar  menjadi  perempuan  kemudian  lelaki  balik, apabila  dia  mendapat  tahu  yang  wujudnya  vampire  di  dunia  ini, kejadian  Auther  mahu  mengambilnya  sebagai  isteri  dan  ingin  membunuhnya  apabila  mengetahui  yang  dia  seorang  lelaki, sehinggalah  sekarang  di  mana  semua  orang  yang  mengenalinya  tidak  lagi  mengenali  dan  mengingatinya  lagi.
            “ Dah  tak  ada  orang  yang  mengingati  kau  semasa  kau  manusia.” Ada  suara  seseorang  berkata.
            Ciel  mendongak  kepalanya. Alsiel. Lelaki  inilah  yang  menyebabkan  semua  kejadian  ini  berlaku. Dia  terus  berdiri.
            “ Apa  semua  nie?” Dia  bergerak  mendekati  Alsiel dan  menarik  baju  lelaki  itu. “ Apa  maksud  kau?
            “ Hidup  kau  sebagai  manusia  dah  dipadamkan. Semua  yang  pernah  terlibat  dengan  kau  dah  tak  ingat  apa-apa  pun  pasal  kau,” ujar  Alsiel.
            “ Hah? Apa  yang  kau  buat  pada  mereka  semua?” Ciel  menumbuk  Alsiel  sehingga  Alsiel  jatuh  tersungkur.
            “ Tumbukan  kau  semakin  tajam.” Alsiel  mengesat  darah  yang  terkeluar  dari  mulut.
            “ Baguslah. Aku  baru  je  nak  mula.” Dia  ingin  membelasah  Alsiel  lagi.
            “ Dah. Cukup  tu.” Tangan  Ciel  dipegang  oleh  Shawn.
            “ Lepaskan  aku.”
            “ Tuan  Alsiel hanya  buat  apa  yang  terbaik  untuk  awak,” ujar  Shawn.
            “ Padam  semua  ingatan  orang  yang  kenal  aku? Itu  kau  cakap  terbaik  untuk  aku?”
            “ Awak  dah  tak  boleh  hidup  macam  dulu  lagi. Sekarang, awak  dah  jadi  vampire,” ujar  Shawn  lagi.
            “ Kau  perlukan  kehidupan  baru  sebagai  vampire. Aku  yang  buat  kau  macam  nie, aku  akan  bertanggungjawab. So, come  to  you.” Alsiel  pula  berkata-kata.
            “ Jangan  nak  buat  lawak  kat  sini. Ini  kehidupan  aku. Kehidupan  aku, aku  yang  tentukan. Tak  ada  orang  yang  mengarah  aku  dalam  kehidupan  aku.” Ciel  berlari  meninggalkan  Shawn  dan  Alsiel.
            “ Tuan  Alsiel, perlu  ke  saya  gunakan  kekerasan?” soal  Shawn.
            “ Tak. Dia  perlukan  masa  untuk  terima  semua  nie,” ujar  Alsiel  sambil  memandang  Ciel  yang  berlari  itu.
            Ciel  terus  berlari. Dia  mahu  lari  dari  lelaki  itu. Ah, lelaki  itu  tidak  layak  dipanggil  lelaki. Dia  bukannya  manusia. Macam  manalah  semua  orang  boleh  hilang  ingatan  tentang  dirinya. Mesti  ada  orang  yang  ingat  tentangnya. Dia  yakin. Ah, Sebastian. Tentu  Sebastian  ingat  akan  dirinya. Sebastian  rakan  baiknya  dari  kecil  lagi.
            Dia  berlari  ke  arah  rumah  Sebastian. Tentu  Sebastian  berada  di  rumah. Ini  sudah  habis  waktu  sekolah. Dia  berlari  pantas. Dia  tidak  sabar  untuk  berjumpa  dengan  Sebastian. Tiba-tiba  dia  ternampak  Sebastian  berjalan  seorang  diri. Dia  memandang  Sebastian. Sebastian  memandangnya. Sesaat  kemudian, Sebastian  meneruskan  perjalanannya. Ciel  terus  terduduk  di  situ. Memang  benarlah. Tiada  orang  yang  mengingatinya  lagi.
            Dalam  kepalanya, muncul  memori  membesar  bersama  Sebastian. Dia  tidak  mahu  memori  itu  hilang. Dia  tidak  boleh  berputus  asa  sekarang. Dia  segera  berdiri.
            “ Sebastian.” Dia  memanggil  Sebastian.
            Sebastian  berpaling  ke  belakang. Dia  ternampak  seorang  perempuan  yang  berwajah  cantik  berambut  panjang  lurus  berdiri  di  situ.
            “ Sebastian. Nie  aku. Kau  ingat  aku  kan?” Ciel  merangkul  lengan  Sebastian  membuatkan  Sebastian  terkejut.
            “ Eh, kenapa  dengan  rambut  aku  nie? Tiba-tiba  je  panjang? Aku  tak  pakai  rambut  palsu  pun.” Ciel  memegang  rambutnya.
            Ciel  meraba  badannya. “ Aku  rasa  aku  dah  bertukar  lelaki. Macam  mana  boleh  tukar  balik  jadi  perempuan?” Ciel  meraba  bahagian  dadanya  menyebabkan  Sebastian  pengsan.
            “ Bangun. Woi, Sebastian  bangun.” Ciel  menepuk  pipi  Sebastian.
            Sebastian  mula  sedar  balik. “ Sorry. Terpengsan  pulak  kat  sini.” Sebastian  bangun  dan  mula  merenung  wajah  Ciel.

            Ciel  mula  rasa  tidak  selesa. Wajah  Sebastian  jelas  menunjukkan  dia  keliru  dengan  situasi  sekarang. Ciel  tidak  pernah  melihat  wajah  Sebastian  sebegitu. Dia  perlu  lari. Dia  terus  melarikan  diri  sebelum  sempat  dihalang  oleh  Sebastian.

No comments:

Post a Comment