Friday, October 15, 2010

sedingin kasih42

HASIF  gembira  kerana  telah  berjaya  diterima  masuk  ke  syarikat  Gergasi. Hari  ini  adalah  hari  pertama  dia  bekerja  di  syarikat  itu. Dia  berjumpa  dengan  ketua  jabatannya, Encik  Alwi. Encik  Alwi  banyak  menerangkan  tugas  yang  dikendalinya. Hasif  juga  sempat  bertanya  tentang   diri  Encik  Alwi. Katanya, dia  sudah  20  tahun  bersama  syarikat  ini. Bersama-sama  Dato’ Rashidi  membangunkan  syarikat  ini.
            “ Uncle,” panggil seorang  gadis  dengan  nada  yang  riang.
            Mereka  berdua  berpaling  ke  arah  gadis  itu. Encik  Alwi  mengukir  senyuman  melihat  gelagat  gadis  itu. hasif  terkejut. Gadis  itulah  yang  ditemui  di  perkarangan  syarikat  ini. Gadis  itu  memandang  sekali  imbas  kepada  Hasif.
            “ Oh, Yuki. Ini  Hasif, jurutera  baru  kita.” Encik  Alwi  memperkenalkan  Hasif.
            “ Hasif, ini  anak  perempuan  Dato’ Rashidi,” ucap  Encik  Alwi. “ Yukihara  Huda.”
            “ Nice  to  have  you  here, Mr  Hasif. I  hope  you  will  enjoy  to  join  this  company,” ucap  Yuki.
            Hasif  hanya  mengangguk-angguk. Dia  merenung  gadis  itu. Cara  gadis  itu  amat  berbeza  dengan  Yuri. Tiada  persamaan  langsung. Tapi  nama  dia  pun  sama  pelik  dengan  adik  dia  tu, desis  Hasif. Encik  Alwi  berdehem-dehem. Hasif  yang  tersedar  tersenyum. Yuki  tidak  ambil  peduli.
            “ Kenapa  Yuki  panggil uncle?” soal  Encik  Alwi.
            “ Oh, terlupa  pulak. Saya  nak  bincang  pasal  bahagian  marketing. Do  you  have  anytime, right  now?” Yuki  membelek  fail  yang  dibawanya  tadi.
            “ Hasif.” Encik  Alwi  bersuara.
            “ Saya  akan  ke  bilik  saya. Nak  berkemas.” Hasif  mengundur  diri.
            Dia  ke  biliknya. Dia  mengemas  apa  yang  patut. Dia  masih  berfikir  dengan  gadis  yang  bernama  Yuki  itu. gadis  itu  langsung  tiada  iras  Yuri. Jadi  tidak  hairanlah  kalau  orang  ramai  tidak  tahu  yang  mereka  adalah  adik-beradik. Teringat  tentang  Yuri, dia  semakin  pelik  dengan  perangai  Yuri. Yuri  seperti  dalam  proses  berubah. Kedengaran  pintunya  diketuk. Dia  menyuruh  orang  itu  masuk. Orang  itu  pun  masuk.
            “ Ada  apa?” Dia  berpaling  dan  terkejut.
            “ Kenapa  awak  terkejut?” soal  Yuki.
            Yuki  tersenyum. Dia  hanya  mahu  berkenalan  dengan  jurutera  baru  syarikatnya. Lagipun  dia  yang  menguruskan  syarikat  ini  kerana  kesihatan  Otosa  sering  kali  tidak  membenarkan  Otosa  berbuat  demikian.
            “ Tak  ada  apa-apalah.” Hasif  membuang  pandangan. “ Duduklah.”
            Yuki  duduk  di  hadapan  Hasif. “ Awak  belajar di  mana?”
            “ UK,” jawab  Hasif  ringkas.
            “ Hebat  betul.”
            “ Awak?”
            “ London.”
            “ Awak  pun  okey  juga.”
            Tiba-tiba  telefon  Yuki  berbunyi. “ Maafkan  saya.” Dengan  pantas  Yuki  menjawab  panggilan  itu. kelihatan  Yuki  bercakap  dengan  nada  yang  serius. Tampak  amat  berpengalaman  dan  nampak  serius. Selepas  beberapa  ketika, dia  berpaling  ke  arah  Hasif.
            “ Maaflah. Saya  nak  pergi  dulu. Ada  kerja  yang  perlu  dibereskan. Nanti  kita  bercakap  kemudian.” Yuki  meminta  diri.
            Hasif  cuma  memandang  Yuki  keluar  dari  biliknya. Dia  tidak  nampak  yang  Yuki  ini  seperti  yang  diperkatakan  oleh  Liya. Dia  melihat  wajah  gadis  itu  tampak  tenang  dan  baik  sekali. Tiada  tanda-tanda  yang  menunjukkan  hati  Yuki  busuk. Ah! Kita  tidak  boleh  menilai  seseorang  itu  dari  rupa  luaran  sahaja.
            Sudah  hampir  waktu  makan  tengah  hari. Dia  tidak  tahu  untuk  makan  bersama  siapa. Hmm…Liya. Mungkin  dia  free. Hasif  menekan  nombor  di  telefon  bimbitnya. Lama  dia  menunggu  panggilannya  dijawab.
            “ Hello, Liya.” Hasif  bersuara  apabila  panggilannya  dijawab.
            “ Abang  Hasif, kenapa  call  ni?”
            “ Liya  free  tak  masa  lunch  ni?”
            “ Kenapa?”
            “ Nak  ajak  Liya  lunch  dengan  abang. Abang  ada  cerita  nak  beritahu  Liya  ni,” ujar  Hasif.
            “ Okey  jugak. Liya  pun  tengah  free  sekarang. Tak  ada  kelas.” Liya  terus  bersetuju.
            “ Okey, tunggu  abang  ambil  Liya.” Hasif  pantas  mematikan  talian. Dia  menuju  ke  kereta. Lalu  memandu  ke  tempat  kerja  Liya.



“ APA  cerita  yang  abang  nak  beritahu  Liya  ni?” soal  Liya  selepas  membuat  pesanan.
            “ Abang  kerja  dengan  syarikat  Gergasi,” beritahu  Hasif.
            “ Syarikat  Gergasi? Abang  ni  bercakap  macam  Liya  tahu  benda-benda  macam  tu,” rungut  Liya.
            Hasif  tersenyum. Memang  tahu  tentang  Liya  yang  tidak  tahu  apa-apa  megenai  dunia  perniagaan. “ Abang  kerja  dengan  Dato’ Rashidi  sekarang  ni.” Selamba  melontarkan  kata-kata  itu. Dia  mahu  melihat  reaksi  wajah  Liya.
            Liya  yang  mendengarnya  terbeliak. Perasaan  terkejut  beransur-ansur  hilang  setelah  beberapa ketika. Dia  memandang  tepat  ke  arah  Hasif. “ Benarkah  kata-kata  abang  ni? Bila  abang  kerja  dengan  dia?” Soalan-soalan  itu  terluah  lancar.
            “ Hari  ni  start  kerja. Abang  dah  jumpa  dengan  anak  perempuan  dia,” ujar  Hasif.
            “ Anak  perempuan? You  mean  Yuki?”
            “ Hmm…Abang  tengok  dia  tak  macam  yang  Liya  cakapkan  tu. Abang  tengok  dia biasa  saja. Baik.” Hasif  meluahkan  pernilaiannya  tentang  Yuki.
            “ Abang, kita  tak  boleh  nilai  orang  dengan  luaran  saja. Kita  tak  boleh  nampak  hati  orang  tu  busuk  ke  apa  ke. Kita  kena  kenal  dengan  orang  tu  baik-baik. Barulah  tahu  hati  diaorang  tu  macam  mana.” Liya  tidak  puas  hati  apabila  mendengar  kata-kata  daripada  Hasif  tentang  Yuki. Dia  lebih  kenal  siapa  Yuki  sebenarnya. Sanggup  menabur  fitnah  pada  adik-beradik  sendiri. Tapi  dia  tidak  tahulah  kalau  Yuki  telah  berubah. Namun  anggapan  dirinya  terhadap  Yuki  tetap  tidak  berubah.
            “ Mungkin  dia  dah  berubah, siapa  tahu?” duga  Hasif.
            “ Tu  Liya  tak  tahu. Tapi  kalau  dia  benar-benar  berubah, dia  akan  cari  adik  dan  abang  dia  untuk  minta  maaf. Selagi  dia  tak  minta  maaf  pada  Yuri, anggapan  Liya  tak  akan  berubah,” ucap  Liya.
            Makanan  yang  dipesan  pun  sampai. Liya  dan  Hasif  mula  makan  dengan  senyap. Tiada  siapa  yang  bersuara  ketika  itu. Lagipun  tidak  baik  bercakap  ketika  makan. Selesai  makan, Hasif  menyambung  kembali  perbualannya  dengan  Liya.
            “ Mungkin  dia  tahu  Yuki  berada  di  mana.” Hasif  seakan  akan  ingin  memenangkan  Yuki.
            “ Tak  tahu? Penipu  besarla.. Lagipun  Selangor  ni  bukanlah  besar  sangat. Tak  mungkin  tak  t            erserempak  dengan  adik  or  abang  dia,” lawan  Liya.
            Dia  nampak  benar-benar  geram. Dia  tidak  berpuas  hati  apabila  Hasif  seakan-akan  juga  memenangkan  Yuki.
            “ Okeylah. Okeylah. Biarlah  perkara  itu.” Hasif  mengalah.
            Dia  nampak  tanda-tanda  Liya  akan  melenting. Biarlah  masalah  Yuki  dan  Yuri  selesai  dengan  sendiri. Dia  pun  tidak  ingin  masuk  campur. Dia  tidak  mahu  Liya  berbalah  pasal  masalah  Yuki  dan  Yuri.
           

No comments:

Post a Comment