Thursday, February 28, 2013

My Vampire Boyfriend ( Bab 2 )


“ CIEL, berangan  ke?” Terasa  ada  tangan  yang  memegang  bahunya.
            “ Yo, Sebastian.” Dia  tersenyum  apabila  berpaling  ke belakang. Dia  sudah  tahu  siapa  gerangan  orang  yang  menegurnya  dari  suara  lagi.
            “ Baru  sampai?” soal  Sebastian.
            “ Hmm..Sorrylah  lambat  sikit. Tadi  ada  orang  yang  annoying  ganggu  aku  tadi.”
            “ Another  confession?”
            “ Hish, aku  dah  cukup  dewasa. Aku  pun  nak  nampak  macam  lelaki.”
            “ Kau  tak  macam  lelaki  langsung. Sikit  pun  tak.”
            “ Sebastian, bagi  aku  tumbuk  kau.”
            Sebastian  ketawa  melihat  gelagat  kawan  baiknya   yang  sedang  marah  itu.
            “ Jomlah, kita  dah  lewat  nie,” ujar  Ciel.
            Mereka  berjalan  ke  gym  yang  biasa  mereka  pergi.
            “ Ciel, aku  ada  benda  nak  minta  tolong  dengan  kau.” Sebastian  bersuara  ketika  mereka  berjalan.
            “ Nak  minta  tolong  aku? Apa?” soal  Ciel.
            “ Hmm…”
            Ciel  berasa  pelik. Selama  ini, Sebastian  tidak  pernah  meminta  apa-apa  darinya.
            “ Cakaplah. Aku  akan  tolong  kau.”
            “ Sebenarnya, aku  ada  masalah  dengan  sorang  budak  perempuan  kat  sekolah  aku. Aku  tak  sukakan  dia  tapi  dia  tetap  ganggu  aku.”
            “ So? Kau  memang  selalu  kena  kejar  dek  perempuan.”
            “ Yang  nie  lain.”
            “ Okey. Memang  jadi  masalahnya  kalau  dia  selalu  ganggu  kau? Kau  pun  tak  ada  girlfriend  lagi. So, kau  nak  suruh  aku  tolong  apa?”
            “ Jadi  girlfriend  aku.”
            “ Weh, kau  dah  gila ke? Aku  nie  lelaki. Sedar  sikit.” Ciel  menumbuk  bahu  Sebastian.
            Sebastian  ketawa. “ Just  pretend  to  be  my  girlfriend.”
            “ Apa? Pretend  jadi  girlfriend  kau?”
            “ Aku  tak  ada  kawan  perempuan  yang  rapat  nak  suruh  jadi  fake  girlfriend. Satu  lagi, nanti  jadi  salah  faham  pulak.”
            “ Tapi  kenapa  kau  suruh  aku  pretend  jadi  perempuan? Kalau  tak  pretend pun, orang  dah  ingat  aku  nie  perempuan.”
            “ Sebab  itulah  aku  minta  tolong  kau.”
            “ Tapi  aku  paling  menyampah  kalau  orang  ingat  aku  nie  perempuan.”
            “ Kalau  macam  tu, tak  apalah. Sorry, aku  minta  benda  yang  impossible  bagi  kau.” Sebastian  berjalan  laju  meninggalkan  Ciel.
            Ciel  menjadi  serba  salah. Sebastian  tidak  pernah  meminta  pertolongan  darinya. ‘ Inilah  pertama  kali. Dan  buat   pertama  kali  itu, aku  tak  boleh  nak  tolong.’ Ciel  mengeluh. Dia  hidup  sekarang  ini  semuanya  atas  budi  baik  Sebastian.
            “ Aku  akan  tolong  kau.” Ciel  bersuara  kuat.
            “ Apa?”
            “ Aku  akan  pretend  jadi  girlfriend  kau.”
            “ Thank, Ciel.”
            “ Kalau  orang  lain  yang  minta, confirm  aku  dah  belasah. Tapi  dengan  syarat, kau  kena  belanja  aku  dinner  seminggu.”
            “ Sebulan  pun  aku  tak  kisah, Ciel. Thank  sekali  lagi, Ciel.”
           “ Kenapalah  aku  buat  benda  nie?’ Ciel  tunduk sambil  menepuk  dahinya. Kepalanya  sudah  dilindungi  dengan  rambut  palsu  yang  baru  dibelinya. Rambut  itu  dipakainya  kerana  janjinya  pada  Sebastian. Sekarang  bila  difikirkan  balik, dia  menjadi  menyesal  kerana  bersetuju  untuk  menolong  Sebastian.
            Tadi  pun  semasa  dia  hendak  membeli  rambut  palsu, jurujual  itu  salah  faham  dengan  jantinanya. Keluar  dari  kedai  itu, dia  telah  diajak  minum  oleh  seorang  lelaki  yang  tidak  dikenali. Semuanya  kerana  rambut  palsu  ini.
            Dia  mencabut  rambut  palsu  itu  dari  kepalanya. Dia  menuju  ke  Jinju  Private  High  School  di  mana  sekolah  Sebastian  berada. Sekolah  ini  merupakan  antara  sekolah  yang  paling  kaya  di  negara  ini. Kebanyakan  anak-anak  orang  kaya  belajar  di  sekolah  itu.
            Dia  sampai  di  pintu  pagar  sekolah  itu. ‘ Besarnya. Orang  macam  aku  nie  memang  tak  diterimalah  kat  sini. Tak  sesuai  langsung  dengan  jiwa  aku.’ Dia  melangkah  masuk  ke  kawasan  sekolah  itu. Dia  mencari  tempat  yang  dinyatakan  di  dalam  peta  yang  diberikan  oleh  Sebastian.
            Tiba-tiba  matanya  terpandang  seorang  perempuan  yang  amat  cantik. Perempuan  itu  seperti  bercakap  dengan  seseorang  tetapi  dia  tidak  dapat  melihat  orang  itu  kerana  dilindungi  oleh  pokok. Orang  itu  melangkah  jauh  dari  pokok  yang  melindunginya  menyebabkan  Ciel  dapat  melihatnya. ‘ Kacaknya  lelaki  nie. Ala  model  nie.’ Dia  memuji  dalam  hati. Jantung  berdegup  kencang. ‘ Kenapa  pulak  nie?’
            “ Alsiel, kenapa  kau  buat  macam  nie?” soal  perempuan  cantik  itu.
            “ Apa  maksud  kau?” soal  lelaki  yang  dipanggil  Alsiel itu.
            “ Kau  jauhkan  diri  kau  dari  aku. Bukan  ke  aku  sudah  dipilih  untuk  kau?”
            “ Bukan  ke  aku  dah  cakap, aku  tak  berminat  dengan  semua  tu?”
            ‘ Hah? Dipilih? Biar  betul  perempuan  nie? Ke  dorang  tengah  berlatih  berlakon?’ Ciel  yang  mendengar  perbualan  mereka  menggeleng  kepalanya.
            “ Aku  dipilih  jadi  bride  kau. Semuanya  untuk  menyambung  pure  blood  kau. Kenapa  kau  tak  nak  terima  aku?” soal  perempuan  itu  sambil  memeluk  Alsiel.
            “ I  said  I’m  not  interested. Can  you  get  it?” Alsiel menolak  tubuh  perempuan  cantik  itu  sehingga  terjatuh.
            ‘ Wow,wow,wow. Macam  dah  lebih  sangat  kalau  berlatih  berlakon  nie.’ Ciel  semakin  berminat  untuk  melihat  adegan  seterusnya.
            “ Aku  tak  akan  berputus  asa. Kau  hanya  untuk  aku.” Perempuan  cantik  itu  menangis  sambil  memeluk  kaki  Alsiel.
            Alsiel mencekik  leher  perempuan  cantik  itu  lalu  mengangkat  tinggi. Ciel  yang  melihat  terkejut. ‘Nie  dah  bukan  berlakon  nie. Perempuan  itu  confirm  mati  nanti  kalau  aku  tak  buat  sesuatu.’ Ciel  berlari  ke  arah  mereka  dan  menolak  Alsiel. Ciel  menarik  tangan  perempuan  cantik  itu  lalu  melarikan  diri  dari  Alsiel.
            Setelah  jauh  dari  tempat  itu, Ciel  berhenti  dan  melepaskan  tangan  perempuan  cantik  itu. Namun  pipinya  ditampar  oleh  perempuan  cantik  itu.
            “ Tak  guna  punya  manusia. Jangan  masuk  campur  urusan  orang  lain.” Perempuan  cantik  itu  berlalu  pergi.
            ‘ Apa  aku  dah  buat  sampai  aku  patut  kena  tampar? Aku  dah  selamatkan  dia. Dahlah  tak  berterima  kasih, tampar  aku  pulak. Satu  lagi, apa  maksud  dia  dengan  manusia? Dia  tu  bukan  manusia  ke?’ Ciel  berfikir  panjang. ‘ Apa  aku  nie? Aku  dah  lewat  jumpa  Sebastian.’ Dia  berlari  ke  tempat  yang  dinyatakan. Setelah  mencari  lama, dia  ternampak  Sebastian  dengan  seorang  perempuan. ‘ Sekolah  nie  memang  banyak  perempuan  cantik. Dia  pun  nampak  sesuai  dengan  Sebastian. Apa  aku  nie? Minah  tu  dah  kacau  Sebastian, aku  kena  tolong  dia.’
            “ Mana  girlfriend  yang  awak  cakapkan  tu? Dia  tak  datang  pun. Betul  ke  dia  tu  wujud?” soal  perempuan  itu.
            “ Dia  mungkin  tersesat. Kalau  dia  datang, baik  awak  tunaikan  janji  awak  tu, Elizabeth,” ujar  Sebastian.
            Elizabeth  tersenyum  melihat  Sebastian  sedikit  gelisah. Dia  tahu  apa  yang  Sebastian  beritahu  itu   tidak  wujud. Dia  sudah  siasat  tentang  latar belakang  Sebastian. Dia  tahu  yang  Sebastian  tidak  mempunyai  kekasih  pun.
            “ Stop  pretending. Saya  tahu  awak  tak  punya  kekasih  langsung,” ujar  Elizabeth  tersenyum.
            “ Apa  maksud  awak?”
            “ Saya  dah  tanya  sekeliling  awak. Awak  tak  ada  kekasih  pun. Awak  selalu  lepak  dengan  seorang  kawan  lelaki  awak  tu.”
            “ Jadi, awak  check  background  saya?”
            “ Kalau  kita  sukakan  seseorang  tu, mesti  kita  nak  tahu  semua  tentang  orang  yang  kita  suka  tu, kan?” soal  Elizabeth.
            Ciel  yang  mendengar  menjadi  geram. Dia  terus  memakai  rambut  palsu  itu  dan  keluar  menuju  ke  arah  Sebastian  dan   Elizabeth.
            “ Sebastian, sorrylah  lambat. Saya  tersesat  tadi. Hai, saya  Shirley. Shirley  Weller. Awak  ke  perempuan  yang  selalu  ganggu  Sebastian  saya  nie?” soal  Ciel  sambil  memeluk  lengan  Sebastian.
            “ Apa?” soal  Elizabeth.
            “ Tolong  jangan  ganggu  boyfriend  saya  lagi. Dia  milik  saya,” ujar  Ciel  memandang  tajam  ke  arah  Elizabeth.
            Elizabeth  tersenyum. “ Saya  nak  tengok  sampai  bila  hubungan  korang  bertahan. Saya  akan  tunggu  sampai  korang  putus. Lepas  tu, saya  akan  jadi  girlfriend  Sebastian.”
            “ Apa? Kan  saya  dah  cakap, saya  tak  sukakan  awak,” ujar  Sebastian  geram.
            “ Awak  mungkin  tak  sukakan  saya  sekarang  tapi  awak  sukakan  saya  nanti,” ujar  Elizabeth.
            “ Saya  tak  putus  dengan  Sebastian. Saya  dah  kenal  Sebastian  kecil  lagi. Saya  memang  dah  cintakan  dia  dari  dulu  lagi. Even  parent  Sebastian  pun  tahu  tentang  hubungan  kami  dan  mereka  approve  hubungan  kami,” ucap  Ciel.
            “ Betul  tu. Kami  memang  dah  berjanji  untuk  hidup  semati. Saya  tak  nak  awak  masuk  campur  dalam  hubungan  kami,” sambung  Sebastian  pula.
            “ Dahlah. Jom  date  hari  nie,” ujar  Ciel  menarik  Sebastian  meninggalkan  Elizabeth  keseorangan.
            “ Cantik  jugak  girlfriend  dia  tu. Kau  patut  putus  asa  je.”
            “ Diam  Emryss. Aku  tak  akan  putus  asa  macam  tu. Aku  akan  buat  Sebastian  jadi  milik  aku,” ujar  Elizabeth.
            “ Dengan  kekasih  yang  cantik  macam  tu, kau  tak  boleh  menang. Even  Jessica  pun  tak  boleh  menang  kalau  lawan  dengan  kecantikan  dia.” Emryss  memeluk  Elizabeth  dari  belakang.
            “ Tapi  dia  cuma  manusia  biasa.”
            “ Kau  jangan  lupa, lelaki  yang  kau  kejar  tu  pun  manusia  biasa.”
            “ Sebastian  lain. Kau  tengoklah  aku  akan  jadikan  Sebastian  milik  aku. Perempuan  tu,  Shirley, kau  cakap  dia  cantik  ye? Aku  akan  buat  dia  menyesal.” Elizabeth  sudah  nekad.

            “ So, kau  dah  mark  perempuan  tu? I  feel  sorry  for that  girl.”

Wednesday, February 27, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 1)



“ ITULAH  perempuan  yang  aku  minat  tu.” Seorang  pelajar  yang  berkata  kepada  dua  orang  rakannya.
            “ Cantik  beb,” ujar  rakannya  itu.
            “ Tapi  kan, dia  nampak  macam  pelik  sikitlah.”
            “ Betul  tu. Gaya  macam  lelaki  sikit.”
            “ Eh, takkanlah  aku  nie  jatuh  cinta  pada  lelaki  pulak. Aku  nie  normal  tau.”
            Perempuan  yang  dikatakan  tadi  berjalan  menuju  ke  arah  mereka. Namun  langkahnya  terhenti  apabila  terpandang  seekor  anak  kucing. Dia  mengangkat  anak  kucing  itu  sambil  tersenyum  manis  dan  menggosok  lembut  anak  kucing  itu. Kemudian  tuan  kepada  anak  kucing  itu  datang  mengambil  anak  kucing  itu. Dia  memberikan  anak  kucing  itu  kepada  tuannya  dengan  senyuman  yang  mampu  mencairkan  hati  para  lelaki.
            “ Tengok. Kau  masih  cakap  dia  lelaki? Dia  memang  perempuanlah.”
            “ Kalau  macam  tu, pergi  confess  kat  nie.” Rakannya  menolak  lelaki  itu  sehingga  dia  berada  betul-betul  di  depan  perempuan  itu.
            “ Ada  apa  nie?” soal  perempuan  itu  serius.
            “ Saya  ada  benda  yang  bagitahu  awak.”
            “ Apa?”
            “ Saya  suka  awak. Jom  couple  dengan  saya.”
            “ Apa? Untuk  pengetahuan  kau, aku  nie  lelaki. Kau  masih  nak  couple  dengan  aku  ke?”
            “ Apa?”
            “ Sorrylah  ye. Aku  nie  lelaki. Kau  dah  habis  cakap  kan? Blahlah.”
            Ketiga-tiga  pelajar  lelaki  itu  terkejut. Mereka  seakan  tidak  percaya  yang  di  hadapan  mereka  sekarang  adalah  seorang  lelaki. Lelaki  yang  meluahkan  perasaan  tadi  menghampiri  lelaki  cantik  itu.
            “ Tak  mungkin. Saya  tak  percaya.”
            “ Kalau  tak  nak  percaya, sudah. Itu  bukan  urusan  aku.”
            “ Awak, jangan  menipu. Kalau  awak  tak  nak  couple  dengan  saya, janganlah  guna  alasan  yang  tak  munasabah  tu.”
            “ Apa?”
            “ Saya  tak  percaya. Saya  pasti  awak  nie  perempuan.”
            Lelaki  cantik  itu  menarik  nafas  panjang. “ Ah, aku  dah  tak  boleh  tahan  lagi.” Terus  dia  memberi  tumbukan  ke  muka  lelaki itu. Dia  membelasah  ketiga-tiga  pelajar  lelaki  itu.
            “ Nie  buktinya  kalau  korang  tak  percaya  sangat.” Dia  membuka  baju  yang  berada  di  tubuhnya.
            “ Eh, dia  memang  lelakilah.”
            “ Sekarang  nie, aku  masih  macam  perempuan  lagi  ke?”
            “ Kalau  macam  tu, kami  pergi  dululah  ye.”
            “ Siapa  cakap  korang  boleh  pergi, hah?”
            Dia  terus  membelasah  lelaki-lelaki  itu. Dia  memang  sesangat   marah  sekiranya  ada  orang  yang  menganggapnya  perempuan. Tiba-tiba  badannya  dipeluk  dari  belakang  menghalangnya  memukul  lagi  lelaki-lelaki  itu.
            “ Ciel, apa  kau buat  nie?”
            “ Lepaskan  aku  Vincent. Biar  aku  belasah  mamat  nie.”
            “ Apa  dah  jadi?”
            “ Mamat  nie  confess  kat  aku. Siap  ajak  aku  couple  lagi. Aku  cakap  aku  nie  lelaki. Boleh  pulak  dorang  tak  percaya. Sekarang  aku  nak  buat  dorang  percaya.”
            “ Mestilah.”
            “ Mestilah? Apa  maksud  kau  dengan  mestilah  tu?”
            “ Aku  dah  beritahu  kau, kalau  kau  tenang  je  confirm  orang  ingat  kau  tu  perempuan. Dah, pakai  baju  kau. Orang  tengok  tu. Have  fun.”
            Lelaki-lelaki  yang  dibelasahnya  tadi  sudah  melarikan  diri. “ Woi, mana  kau  nak  pergi, hah?”
            “ Dahlah, Ciel. Nanti  kalau  kau  belasah  dorang, nanti  masuk  hospital. Kang  tak  pasal-pasal  kau  kena  bayar  bil  treatment  dorang,” ujar  Vincent.
            “ Shit. Aku  ingat  makin  aku  besar, tak  adalah  nampak  sangat  macam  perempuan  nie  tapi  nie  dah  teruk  sampai  orang  confess  kat  aku,” keluh  Ciel.
            “ Aku  tengok  kau  makin  besar  makin  cantiklah, Ciel,” gurau  Vincent.
            “ Apa? Aku  nak  aku  belasah  kau  ke?” Ciel  memegang  kolar  Vincent.
            “ Wait. Wait. Aku  gurau  je. Kau  pun  tahu.”
            Ciel  melepaskan  kolar  baju  Vincent. Dia  mengeluh  perlahan. Kenapa  dia  dilahirkan  mempunyai  wajah  cantik  seperti  perempuan.
            “ Aku  dah  hal  penting  nak  bagitahu  kau  nie. Semalam  ada  anak  buah  kita  kena  serang.”
            “ Apa?”
            “ Kau  pun  tau  ada  pondok  terbiar  kat  semak  area  sini. Kat  situlah  mereka  kena  serang,” ucap  Vincent.
            “ Geng  mana  yang  nak  cari  pasal  dengan  kita?” soal  Ciel  dengan  perasaan  marah.
            “ Nie  bukan  anak  buah  geng  kita  je, Ciel. Anak  buah  geng  lain  pun  kena  belasah  juga  kalau  mereka  pergi  dekat  kawasan  tu. Biasanya  bila  malam  ar.”
            “ Peliklah  kalau  macam  tu.”
            “ Sebab  tulah, kebanyakan  geng  lain  avoid  tempat  tu  bila  malam. Kau  pun  patut  bersedia,” ujar  Vincent  serius.
            “ Okey.”
            “ Macam  nielah  ketua  kitaorang,”
            “ Aku  bukannya  nak  sangat  jadi  ketua  nie  tapi  korang  yang  suruh. Yang  beri  ordernya  bukan  aku  tapi  kau. Kau  yang  patut  jadi  ketua,” ujar  Ciel  menggaru  kepalanya.
            “ Yelah  tapi  kau  yang  paling  kuat.”
            “ Okeylah, beb. Aku  chow  dulu. Bila  kau  nak  balas  dendam  tu, panggillah  aku.” Ciel  berlari  meninggalkan  Vincent.
            “ Dia  ketua  yang  baik  tapi  cepat  sangat  marah  kalau  orang  ingat  dia  perempuan.” Vincent  ketawa.
            Ciel  Weller  itulah  namanya. Sejak  dia  lahir, dia  telah  dibiarkan  di  hadapan  rumah  anak  yatim  di  situ. Dia  membesar  menjadi  seorang  budak  lelaki  yang  cantik. Walaubagaimanapun, dia  tidak  berasa  sedih  dan  sunyi. Dia  masih  boleh  hidup  dengan  baik. Hanya  satu  perkara  sahaja  yang  membuatkan  hidupnya  sengsara  ialah  dia  dianggap  sebagai  budak  perempuan.
            “ Kau  nie  bukan  budak  lelaki  kan?” soal  seorang  budak  lelaki  di  situ  ketika  dia  berumur  12  tahun.
            Ciel  hanya  mendiamkan  dirinya. Sudah  banyak  kali  pertanyaan  itu  diajukan  kepadanya namun  apabila  ditanyanya, tiada  siapa  yang  mahu  percaya. Dia  sudah  mahu  menjawab  pertanyaan  itu.
            “ Kau  tak  nak  jawab  ye? Kalau  macam  tu, biar  kitaorang  tengok  sendiri.”
            Mereka  memegang  Ciel. Salah  seorang  dari  mereka  cuba  membuka  seluar  yang  dipakai  Ciel. Dia  meronta  namun  kekuatannya  pada  ketika  itu  tidak  kuat  jika  dibandingkan  dengan  kekuatan  mereka.
            “ Woi, korang  tengah  buat  apa, hah?” jerkah  seorang  budak  lelaki  yang  sebaya  dengan  mereka  semua.
            “ Ada  orang  nak  jadi  herolah. Jom  belasah  dia  dulu.”
            Namun  budak  lelaki  itu  dengan  mudahnya  menewaskan  budak-budak  yang  cuba  menganggu  Ciel. Ciel  memandang  dengan  penuh  rasa  kagum. Mereka  yang  mengacau  Ciel  berlari  meninggalkan  tempat  itu  sambil  menangis  kesakitan.
            “ Bangun. Mari  aku  hantar  kau  balik  rumah. Nanti  ada  lagi  yang  kacau  budak  perempuan  macam  kau  nie.”
            Ciel  bangun  dengan  marah. “ Aku  nie  lelakilah. Bukannya  perempuan. Muka  aku  je  macam  budak  perempuan. Tapi  aku  lelaki  sejati.” Ciel  menjerit.
            Budak  lelaki  itu  tergaman. “ La, lelaki  ke? Manalah  aku  tahu. Aku  Sebastian. Sebastian  Potter.”
            “ Aku  Ciel. Ciel  Weller,” ujar  Ciel  dengan  nada  suara  yang  sudah  tenang.
            “ Kenapa  kau  tak  lawan  dorang  tadi?”
            “ Aku  dah  cuba  tapi  tak  berjaya.”
            “ Kalau  macam  tu, mari  belajar  karate  dengan  aku. Uncle  aku  jurulatih  karate.”
            Sejak  kejadian  itulah, Ciel  berkawan  baik  dengan  Sebastian. Semua  yuran  karate  yang  Ciel  belajar  dibayar  penuh  oleh  keluarga  Sebastian. Ciel  merupakan  seorang  budak  yang  cepat  belajar. Siapa  yang  cuba  menganggunya  dan  ingat  dia  ini  perempuan, dia  akan  belasah  teruk  orang  itu.
            Dia  dipilih  menjadi  ketua  kumpulan  Maxwell  pun  kerana  dia  seorang  yang  kuat. Ketika  itu, dia  sedang  membelasah  orang  yang  mengacaunya. Selesai  sahaja  dia  membelasah  orang  itu, Vincent  muncul  dengan  tawaran  untuk  menjadi  ketua  Maxwell. Pada  mulanya  dia  tidak  berminat  dengan  tawaran  itu.
            “ Biar  kau  jadi  ketua  Maxwell, orang  akan  kenal  kau  sebagai  lelaki. Bukan  itu  ke  yang  kau  mahu?”

            Mula  saat  itu, dia  dikenali  sebagai  Ketua  Maxwell. Bilangan  orang  yang  menganggu  sudah  berkurangan. Cuma  ada  segenlintir  yang  tidak  kenal  dengan  Maxwell  sahaja  yang  datang  mengacaunya.

Tuesday, February 26, 2013

Untuk Sahabat


KEDENGARAN  jam  loceng  berbunyi  lantang. Perlahan-lahan  dia  membuka  mata  dan  menutup  bunyi  yang  bising  itu. Dia  mengeliat  kesejukan. Walaupun  sudah  lama  dia  berada  di  bumi  Norway, namun  kesejukkannya  masih  dapat  dirasai. Hampir  2  tahun, dia  berada  di  sini  untuk  meneruskan  pelajarannya  ke  peringkat  yang  lebih  tinggi. Walaupun  jauh  daripada  keluarga  tercinta  tetapi  untuk  menimba  ilmu  pengetahun, dia  sanggup  berkorban. Dia  bukannya  berada  di  sini  untuk  dirinya  sahaja  tetapi  untuk  orang  disayangi. Dia  bertuah  kerana  telah  terpilih  antara  10  orang  pelajar  yang  boleh  mengikuti  kursus  di  luar  negara  sambil  menikmati  keadaan  di  tempat  orang. Namun  kenangan  di  kampung  halamannya  masih  segar  di  lubuk  sanubari. Benarlah  kata orang, hujan  emas  di  negeri  orang, hujan  batu  di  negeri  sendiri. Dia  tersenyum  sendirian.
            Dia  turun  dari  katil. Kemudiannya  dia  pergi  membersihkan  diri  dan  bersolat. Selesai  bersolat, dia  duduk  di  meja  tulisnya. Cuti  semester  baru  sahaja  bermula. Dalam  bilik  itu, dia  keseorangan  sekali  lagi. Hal  ini  kerana  rakan  sebiliknya  telah  pulang  ke  negera  asal  untuk  menikmati  cuti  semester  di  samping  keluarga  tercinta. Setiap  kali  cuti  bermula, dia  akan  ditinggalkan  keseorangan. Namun  begitu, dia  sudah  lali  dengan  keadaan  ini. Bukan  bermakna  dia  tidak  merindui  kampung  halamannya  tetapi  dia  tidak  punya  kemampuan  untuk  pulang. Dia  datang  ke  sini  atas  tajaan, jadi  dia  perlu  berjimat-cermat. Lagipun  dia  akan  mula  bekerja  di  salah  sebuah  restoran  halal  milik  warganegara  Pakistan  yang  beragama  Islam. Dia  akan  menjadi  pekerja  apabila  cuti  semester  bermula.
            Teringat  pula  tentang  lawatannya  bersama  teman  sekuliah  ke  Lake  Mjosa. Lake  Mjosa  merupakan  satu  tempat  tumpuan  pelancong  ke  negara  yang  antaranya  paling  mahal  di  dunia  ini. Tempatnya  cukup  memakau  mata  sesiapa  yang  berkunjung  di  tasik  tersebut. Di  hadapan  tasik  itu, dia  sempat  mengelamun  tentang  kolam  yang  berhampiran  dengan  rumahnya  di  kampung. Walaupun  kolam  itu  tidak  seberapa  cantik  jika  dibandingkan  dengan  Lake  Mjosa  tetapi  tempat  itulah  mempunyai  kenangan  yang  paling  indah  dalam  hidupnya. Spontan, jari-jemarinya  meraba  gambar  perempuan  yang  merupakan  sahabat  paling  mulia  pernah  ditemuai, Siti  Nur  Najwa…

BALQIS  pantas  menuju  ke  rumah  Wawa. Dia  sudah  terlambat  untuk  ‘ study  group’ mereka. Boleh  dikatakan  15  minit. Balqis  tahu  benar  dengan  perangai  sahabatnya  itu. Pantang  jika  bermain  dengan  masa. Bagi  Wawa, masa  lampau  tidak  boleh  kembali  ke  kita. Jadi, kita  perlu  menghargai  masa. Ucapan  itu  pernah  terucap  di  bibir  Wawa  ketika  dia  terlewat  untuk  ke  kelas  tambahan. Sebenarnya  dia  bukan  sengaja  untuk  melewatkan  dirinya  tetapi  ibunya  meminta  tolong. Justeru  itu, dia  terpaksa  membantu. Sedar  tidak  sedar, kakinya  sudah  terpacak  di  hadapan  rumah  Wawa.
            Wawa  sememangnya  menunggu  kedatangan  Balqis. Matanya  merenung  tajam  ke  arah  Balqis. Balqis  terkulat-kulat  segera  dia  menjelaskan  perkara  sebenar. Apabila  perkara  sebenar  sampai  ke  telinga  Wawa, marahnya  menjadi  reda. Wawa  mengajak  sahabatnya  itu  masuk  ke  dalam  rumahnya. Balqis  lega  melihat  riak  wajah  Wawa. Marah  sahabatnya  itu  sudah  tiada. Mereka  memulakan  ‘ study  group’ mereka. Masing-masing  tampil  dengan  pendapat  yang  agak  bernas  apabila  membincangkan  tentang  mata  pelajaran  bahasa  Melayu. Begitulah  keadaan  mereka  apabila  belajar  bersama. Apabila  penat  memerah  otak  mereka, mereka  berdua  akan  pergi  berjalan-jalan  di  sekeliling  kampung.
            Tiada  sesiapa  yang  tidak  mengenali  mereka. Mereka  berdua  amat  terkenal  dalam  kalangan  penduduk  di  kampung  itu. Semua  tahu  tentang  hubungan  akrab  mereka  yang  seperti  isi  dengan  kuku. Mereka  berdua  tidak  boleh  dipisahkan. Boleh  dikatakan  mereka  berdua  ini  kembar  tidak  seiras. Namun  ada  juga  yang  busuk  hati  mengatakan  mereka  mempunyai  hubungan  terlarang  atau  erti  kata  lain  iaitu  lesbian. Balqis  dan  Wawa  tidak  mempedulikan  buah  mulut  orang  lain. Bagi  mereka, hubungan  mereka  berdua  tidak  salah. Jadi  mereka  tidak  perlu  memikirkan  kata-kata  momokan  dari  pihak  yang  tidak  menyukai  perhubungan  mereka.
            Di  sekolah  juga, pelajar-pelajar  lain  cemburu  melihat  mereka  berdua. Cikgu-cikgu  juga  amat  mengenali  mereka  berdua  kerana  mereka  berdua  amat  cerdik. Mereka  sering  bersaing  untuk  mendapatkan  tempat  yang  tinggi  antara  satu  sama  lain. Dan  biasanya, orang  yang   berada  di  tangga  yang  paling  tinggi  adalah  Wawa. Oleh  sebab  itu, Balqis  suka  berdamping  dengan  Wawa.
            Di  suatu  petang  yang  indah, mereka  menjalankan  kegiatan  biasa  mereka. Setelah  penat  menelaah  buku-buku, mereka  pun  berjalan-jalan. Tempat  yang  biasa  mereka  kunjungi  adalah  kolam  yang  berhampiran  dengan  rumah  Balqis. Biasanya  orang  kampung  memanggil  kolam  Pak  Hitam. Entah  kenapa  kolam  itu  dinamakan  kolam  Pak Hitam, mereka  sendiri  tidak  tahu. Ada  khabar  angina  yang  mengatakan  kolam  itu  berpenunggu. Sesiapa  yang  mendekatinya  akan  ditimpa  musibah. Namun  begitu, cerita  tentang  kolam  itu  ditelan  dek  zaman. Budak-budak  kampung  di  situ  sudah  tidak  mengendahkan  cerita  itu. Wawa  juga  tidak  percaya  dengan  kepercayaan  karut  itu. Wawa  percaya  segalanya  terletak  di  tangan  ALLAH S.W.T. Sesiapa  pun  boleh  ditimpa  musibah  jika  ALLAH  S.W.T  mahukannya.
            “ Balqis, kalau  aku  mati  dulu, kau  kena  belajar  untuk  aku  sekali  ye.” Pesan  Wawa.
            “ Apa  pulak  cakap  macam  tu, kita  akan  belajar  sama-samalah.” Balqis  menepuk  bahu  Wawa  perlahan.
            Balqis  tidak  suka  mendengar  perkataan  mati  antara  mereka  berdua. Biarlah  ia  ditentukan  sendiri  oleh  Yang  Maha  Kuasa. Lagipun  dia  akan  lemah  sekiranya  Wawa  tiada  di  sisinya. Percakapan  mereka  tidak  seperti  gadis-gadis  seusia  mereka  yang  kebanyakkannya  akan  bercakap  tentang  gossip  artis-artis. Semuanya  tentang  pelajaran. Wawa  tidak  sukakan  artis. Katanya, memuja  artis  bukannya  apa-apa. Yang  patut  dijadikan  idola  ialah  Rasulullah S.A.W. Balqis  cuma  tersenyum  mendengar  bicara  Wawa. Wawa  amat  matang  pemikirannya.
            Sesekali  Wawa  diusik  oleh  Balqis  tentang  lelaki  idolanya. Wawa  sering  dikaitkan  dengan  lelaki  yang  paling  kacak  di  dalam  kelasnya, Zulkifli. Zulkifli  juga  suka  akan  Wawa  tetapi  Wawa  tidak  mengendahkannya. Lagipun  dia  masih  belasan  tahun, jadi  dia  tidak  perlukan  hubungan  dengan  lelaki  melainkan  kawan. Wawa  sememangnya  cantik, bijak  dan  paling  hebat  ialah  seorang  pelajar  yang  sentiasa  berada  di  tangga  teratas  dalam  tingkatan. Tiada  sesiapa  yang  boleh  menandingi  kepintaran  gadis  itu.
            Sehari  selepas  mendapat  keputusan  Penilaian  Menengah  Rendah (PMR), Balqis  dikejutkan  dengan  kematian  emaknya  akibat  terjatuh  dari  tangga. Seminggu  dia  terperuk  di  dalam  rumah  usangnya. Seminggu  itu  jugalah, dia  tidak  keluar  ke  mana-mana. Setiap  petang, Wawa  akan  menemani  tangis  sendunya. Berbakul-bakul  nasihat  yang  dilemparkan  kepada  Balqis  tetapi  tidak  endahkannya. Letih  Wawa  memujuk, dia  memarahi  pula  Balqis  walaupun  menangis  air  mata  darah, sekalipun  ibunya  tidak  akan  hidup  kembali. Tiada  siapa  pun  yang  boleh  melawan  takdir  ditentukan  oleh-Nya.
            Mendengar  kata-kata  itu, Balqis  tersedar  daripada  kesedihannya. Dia  sepatutnya  tidak  melayani  kesedihan  itu. Dia  harus  bangkit  dengan  semangat  yang  baru. Dia  ingin  menghadiahi  ibunya  dengan  kejayaannya  dalam  pelajaran. Melihat  sahabatnya  sebegitu, Wawa  tersenyum. Dia  tahu  sahabatnya  tidak  mudah  patah  semangat.
            Balqis  akan  cuba  hidup  tetapi  masalah  sekarang  ini  adalah  sumber  kewangan. Siapa  yang  akan  menyara  hidupnya  nanti? Dia  tidak  mempunyai  saudara-mara  di  kampung  itu. Ayah? Entah  di  mana  dia  berada. Balqis  sendiri  tidak  tahu. Setahunya, ayahnya  telah  meninggalkan  keluarga  sejak  dia  berusia  6  tahun  lagi. Sejak  dari  itu, dia  tidak  pernah  merasakan  kasih  sayang  ayah  sendiri. Kadang  kala, dia  berasa  cemburu  terhadap  keluarga  Wawa. Sebuah  keluarga  yang  penuh  dengan  kasih  sayang.
            “ Kau  tinggallah  kat  rumah  aku,” ujar  Wawa.
            “ Tapi…”
            “ Ayah  aku  sedia  menanggung  kau. Dia  dah  anggap  kau  macam  anak  sendiri. Lagipun  kau  masih  bersekolah. Siapa  nak  tanggung?” pujuk  Wawa.
            Balqis  sememangnya  tiada  pilihan  lain. Dia  segera  bersetuju. Lagipun  tiada  sesiapa  di  kampung  itu  menyukai  dirinya. Mereka  menganggap  dirinya  membawa  sial. Ah! Pedihnya  apabila  dituduh  sebegitu. Namun, disabarkan  hatinya. Sabar  itu  ibu  ilmu. Kata-kata  dipetik  daripada  seorang  penceramah  yang  datang  ke  sekolahnya  untuk  memberi  motivasi  ketika  mahu  menduduki  peperiksaan  Penilaian  Menengah  Rendah ( PMR). Sejak  itu, mereka  menjadi  bertambah  rapat.
            Terdapat  banyak  spekulasi  tentang  mereka  berdua. Tetapi  mereka  tidak  mengendahkannya. Peperiksaan  tahun  akhir  semakin  menghampiri  pelajar  di  sekolah  itu. Mereka  pun  bertungkus  lumus  untuk  membuktikan  kemampuan  yang  ada  pada  mereka. Balqis  dan  Wawa  tidak  ketinggalan. Wawa  sering  kali  digerumuni  oleh  pelajar  sekelas  bertanyakan  subjek-subjek  yang  sukar  difahami. Prinsip  Wawa  ialah  jangan  kedekut  dengan  ilmu  yang  kita  ada  kerana  ilmu  itu  akan  bertambah  apabila  kita  memberikan  kepada  orang  lain. Sebab  itulah, Wawa  menjadi  semakin   cerdik.
            Namun  kebelakangan  ini, Balqis  perasan  ada  sesuatu  yang  berlainan  pada  diri  Wawa. Dia  tidak  dapat  menjelaskan  dengan  cara  lisan. Dia  melihat  Wawa  sering  kali  mengadu  yang  dia  sakit  kepala. Balqis  menyuruhnya  ke  hospital  tetapi  ditolaknya. Walaupun  Balqis  tahu  Wawa  tidak  suka  ke  hospital  tapi  dalam  keadaan  yang  amat memerlukan  dia  seharusnya  pergi. Balqis  tidak  boleh  memaksa  Wawa. Setiap  kali  Wawa  mengalami  sakit  kepala, dia  akan  menelan  beberapa  biji  panadol. Untuk  seketika, kesakitan  itu  hilang. Puas  Balqis  menasihatnya  tetapi  sikap  keras  kepalanya  Wawa  tidak  pernah  luntur. Akhirnya  Balqis  membiarkan  sahaja. Di  dalam  hatinya, terselit  perasaan  bimbang  terhadap  kesihatan  sahabatnya  itu.
            Pada  suatu  pagi, Wawa  telah  dibawa  ke  hospital  oleh  ibu  bapanya. Ketika  itu, Balqis  tiada  di  rumah  kerana  menghadiri  aktiviti  kokurikulum. Wawa  ditinggalkan  keraa  pening. Wawa  telah  dibawa  ke  hospital  apabila  dia  tiba-tiba  pengsan  ketika  ingin  menghidangkan  minuman  untuk  ayahnya. Dia  telah  diperiksa  oleh  seorang  doktor. Terbukti  sakit  kepalanya  bukannya  sakit  yang  biasa  tetapi  dia  sedang  menghidap  penyakit  barah  otak. Dan  paling  mengejutkan, penyakitnya  telah  berada  di  tahap  yang  paling  serius. Tiada  apa  lagi  yang  boleh  dilakukan. Virus  penyakit  itu  telah  merebak  ke  setiap  sel  otaknya.
            Air  matanya  ibunya  menitis  laju  mendengar  khabar  berita  itu. Ayahnya  pula  menahan  sebak. Mereka  sama  sekali  tidak  menyangka  ini  takdir  anak  mereka. Wawa  yang  menerima  keputusan  itu  kelihatan  tenang  sekali. Tiada  sesiapa  yang  boleh  melawan  takdir  yang  ditentukan  oleh-Nya. Kata-kata  itu  pernah  diucapkan  kepada  Balqis  ketika  kematian  ibu  Balqis. Kerana  kata-kata  itu, dia  tabah  menghadapinya.
            Wawa  sempat  berpesan   kepada  ibu  bapanya  supaya  merahsiakan  berita  ini  daripada  pengetahuan  Balqis. Dia  tidak  mahu  Balqis  bersedih  dengan  keadaan  yang  menimpa  dirinya. Dan  paling  dia  tidak  ingin  ialah  Balqis  patah  semangat  untuk  belajar. Dia  mahu  melihat  kejayaan  Balqis  walaupun  mungkin  pada  ketika  itu  dia  sudah  tiada  lagi  di  dunia  ini.
            Hari  demi  hari, Balqis  semakin  pelik  melihat  keadaan  Wawa. Dia  sering  ternampak  Wawa  memakan  ubat  yang  banyak. Dan  setiap  kali  dia  bertanya, jawapan  yang  biasa  didengari  dari  bibir  Wawa  ialah  ubat  panadol  sahaja. Dia  sering  berfikir  tentang  kesihatan  Wawa. Adakah  benar  sahabatnya  itu  sihat  walafiat? Persoalan  itu  sering  kali  muncul  di  benaknya. Namun  dia  tidak  bertanya. Takut  Wawa  terganggu  dengan  persoalan  itu.
            Semuanya  terbongkar  apabila  Balqis  mengejutkan  Wawa  tetapi  tiada  respon  yang  diberi. Dia  mencuba  lagi. Dia  menjadi  takut. Lantas  dia  memanggil  ibu  Wawa. Kelihatan  ibu  Wawa  terkejut, terus  dia  berlari  ke  kamar  anaknya. Ayah  Wawa  juga  turut  serta. Tiba-tiba  ibu  Wawa  meraung-raung  sambil  memeluk  anaknya. Balqis  menjadi  pelik. Ayah  Wawa  cuma  menggeleng-geleng.
            “ Kenapa  pak  cik?” soal  Balqis  dengan  perasaan  ingin  tahu.
            “ Wawa  dah  pergi  menemui  penciptanya,” ujar  ayah  Wawa.
            Balqis  tergaman  dengan  berita  yang  disampaikan  itu. Dia  menggeleng, tidak  percaya. Tidak  mungkin  sahabatnya  itu  telah  meninggal  dunia. Tidak  mungkin! Tidak  mungkin!  Dia  cuma  mampu  menjerit  dalam  hati. Dia  mendekati  jasab  yang  tidak  bernyawa  lagi. Matanya  berair.
            Lewat  malam  ketiga  selepas  kematian  sahabatnya  itu, Balqis  menerima  sepucuk  surat  dari  ibu  Wawa. Katanya, dia  terjumpa  surat  itu  di  dalam   bilik  Wawa  sewaktu  mengemas  bilik  itu. Balqis  terus  membaca  surat  itu.
            ‘ Balqis, mungkin  ketika  kau  membaca  surat  ini, aku  sudah  tiada  lagi  di  dunia  nie. Maafkan  aku  sebab  tidak  bagitahu  kau  tentang  penyakit  aku  nie.Maafkan  aku  lagi  sebab  dah  tak  dapat  bersama  kau  dalam  exam, tak  boleh  study  sama-sama  lagi. Tapi  aku  berharap  sangat  kau  berjaya. Kau  masih  ingat  dengan  janji  kita  kat  kolam  dulu  kan. Terima  kasih  sebab  menjadi  sahabat  baikku. Kau  tolonglah  jaga  ibu  dan  ayah  aku. Aku  gembira  ketika  kita  bersama. Sampai  di  sini  sahaja, jagalah  diri  kau  baik-baik. Ingat  pesanku. Sekian.’
            Balqis  telah  habis  membaca  surat  itu, dia  menangis  teresak-esak. ‘ Janji  itu  akan  kutunaikan. Semoga  kau  berbahagia  di  sana.’

BALQIS  tersentak. Peristiwa  itu  masih  bermain-main  di  kotak  ingatannya. Hampir  sedekad  kenangan  itu  berlalu  namun  dia  tetap  mengingati  setiap  detik  yang  memberi  kesan  yang  paling  bermakna  dalam  hidupnya.

2 Tahun  Kemudian

Dia  sampai  di  balai  ketibaan  KLIA. Dia  gembira  kerana  sudah  sampai  kembali  di  Malaysia. Banyak  perubahan  yang  dapat  dilihati. Rindu  pada  Malaysia  kini  terubat. Kalau  dulu, cuma  gambar  menjadi  ubat. Tidak  ketinggalan  apabila  berbual dengan  teman-teman  sekuliah  yang  senegara  dengannya.
            Dia  melangkah  keluar  dan  menahan  sebuah  teksi. Dia  memberitahu  pemandu  teksi  itu  tempat  yang  ingin  ditujui. Sebelum  dia  balik  ke  rumah, ada  satu  tempat yang  ingin  dikunjungi  dahulu. Tempat  yang  paling  dirinduinya. Setengah  jam  kemudian, dia  sampai  di  sebuah  tanah  perkuburan. Tanah  perkuburan  itu  dipandang  sayu. Keheningan  kawasan  itu  amat  memenangkan  hati. Dia  menuju  ke  pusara  di  mana  Wawa  dan  ibunya  dikebumikan. Ibunya  cuma  dikebumikan  bersebelahan  dengan  Wawa. Dia  tersenyum  memandang  kedua-duanya.
            Dia  duduk  membaca  surah  yasin  untuk  kedua-dua  arwah  itu. Setelah  selesai  membaca  surah  yasin  dan  berdoa, dia  mengeluarkan  segulung  kertas  dari  begnya. Segulung  kertas  itu  dipegang  erat  sambil  menangis.
            “ Mak, Balqis  dah  berjaya. Wawa, aku  dah  tunaikan  janji  aku  pada  kau. Tengok, inilah  tandanya.”
            Balqis  menunjukkan  gulungan  kertas  di  tangannya. Dia  tersenyum  sambil  menangis. Di  dalam  hatinya, dia  berdoa  agar  roh  ibu  dan  Wawa  dirahmati   dan  diletakkan  di  tempat  di  mana  orang-orang  yang  dikasihi  oleh  ALLAH S.W.T  berada.