ALSIEL  menunggu 
di  luar  bilik 
di  mana  Ciel 
sedang  dirawat. Dia  masih 
berfikir  dengan  kejadian 
tadi. ‘ Macam  mana  Ciel 
boleh  menghisap  darah 
Auther?’ Soalan  itu  berkali-kali 
terngiang-ngiang  di  telinganya. Yang  dia 
tahu  hanya  ayah 
dan  ibu  mereka 
sahaja  yang  boleh 
menghisap  darah  mereka 
berdua. The  council 
pun  tidak  boleh 
menghisap  darah  mereka. Tapi 
bagaimana  seorang  manusia 
yang  baru  bertukar 
menjadi  vampire  hanya  mampu 
menghisap  darah  Auther? Ini 
tidak  logic.
            “ Tuan  Alsiel.” Shawn  menegur.
            “ Macam  mana 
dengan  dia? Dia  dah 
bangun?” soal  Alsiel.
            “ Belum  lagi, Tuan 
Alsiel. Doktor  dah  check  dia. Jadi 
jangan  risau,” ucap  Shawn.
            “ Tapi  masa 
doktor  belum  sampai, dia 
sudah  berhenti  bernafas. Dia 
dah  mati.” Satu  lagi 
perkara  yang  Alsiel 
rasa  pelik  tentang 
Ciel.
            “ Yang  mengejutkan, dia  mula 
bernafas  balik,” tambah  Shawn.
            “ Kita  boleh  assume 
yang  dia  hidup 
semula. Case  nie 
jarang  berlaku  even  puak  vampire 
sendiri, jadi  saya  pun 
terkejut  jugak. Tapi  itulah 
yang  dah  berlaku, Tuan 
Alsiel.” Doktor  Alex  keluar 
dari  bilik  Ciel.
            “ Macam  mana dengan 
dia, Doktor  Alex?” soal  Alsiel.
            “ Dia  sedang 
tidur  sekarang  nie.” Doktor 
Alex  tersenyum.
            “ It’s  amazing. Lepas  dia 
minum  darah  Tuan 
Auther, dia  tak  apa-apa. Even  Tuan 
Auther  pun  tidak 
boleh  buat  apa-apa 
masa  tu,” kata  Shawn.
            “ Hmmm…mungkin  sebab 
dia  seorang  perempuan. Ada  rumor  yang 
mengatakan  bila  perempuan 
bertukar  menjadi  vampire,
akan  ada  kebolehan 
yang  special, membolehkan 
dia  menghisap  darah  vampire 
yang  lebih  tinggi 
kedudukkannya,” terang  Doktor  Alex.
            “ Apa?” Shawn  terkejut.
            “ Apa  maksud 
doktor? Dia  tu  lelaki.” Alsiel  juga 
terkejut  dengan  kenyataan 
Doktor  Alex.
            Doktor  Alex 
ketawa. “ Apa  yang  Tuan  Alsiel  katakan 
nie? Dia  seorang  perempuan.”
            Alsiel  pantas 
bergerak  ke  kamar 
di  mana  Ciel 
berada. Dia  perlu  mengesahkan 
sesuatu. Dia  sendiri  nampak 
ketika  Auther  membuka 
baju  Ciel. Ciel  lelaki. Mana 
boleh  keadaan  itu 
boleh  berlaku. Dia  tidak 
percaya  yang  Doktor 
Alex  katakan. Jadi  dia  sendiri  perlu 
melihat  dengan  mata 
kepalanya  sendiri. Kelihatan  Ciel 
sedang  tidur  dengan 
nyenyak  sekali.
            “ Mustahil. Sejam  tadi, dia 
masih  lelaki.” Alsiel  berkata. Dia 
mendekati  Ciel. Dia  membuka 
butang  baju  Ciel 
dari  atas  hingga 
ke  bawah. Dia  membuka 
baju  Ciel. Dia  tergaman 
apabila  apa  yang 
dikatakan  oleh  Doktor 
Alex  adalah  benar.
            “ Macam  mana 
nie  boleh  berlaku?” soal  Alsiel.
            “ Saya  dah 
jadi  doktor  nie 
dah  lama. Jadi, saya  memang 
pasti  dia  merupakan 
seorang  perempuan,” ucap  Doktor 
Alex   yang  turut 
masuk  ke  dalam 
kamar  Ciel  bersama 
Shawn.
            “ Tapi  saya 
sendiri  tengok  dia 
lelaki  tadi. Sampai  Auther 
nak  bunuh  dia 
lepas  confirm  dia  nie 
lelaki,” ucap  Alsiel.
            “ Mungkin  dia 
manusia  special  yang  ada 
kebolehan  tu  apabila 
dia  bertukar  jadi  vampire,” teka  Shawn.
            “ Tak  pernah 
dengar  tentang  tu,” ujar 
Alsiel.
            “ Hmmm…vampire  yang  boleh 
tukar  jantina  ye.” Doktor 
Alex  diam  sekejap 
sambil  mengusap  dagunya. “ Saya  pernah 
mendengar  tentang  itu. Dulu, ada  vampire  yang 
boleh  menukar  jantinanya 
mengikut  kehendaknya  sendiri.”
            “ Apa? Mengikut  kehendak 
sendiri?” Alsiel  terkejut.
            “ Mungkin  dia 
merupakan  keturunan  vampire  tu.” Shawn 
membuat  andaiannya.
            “ Tu 
saya  tak  tahu. Ada 
khabar  angin  yang 
mengatakan  dia  berkahwin 
dengan  seorang  manusia 
dan  kedudukkannya  tidak 
diketahui. Dia  hilang  macam 
tu  je. Tapi  saya 
tidak  pasti  samada  perkara 
itu  benar  atau 
tak,” ujar  Doktor  Alex. “ Jadi, kita  kena 
hantar  report  tentang  nie 
pada  The  Council. Tentu  The  Council  tahu 
tentang  itu  dan 
kita  boleh  mendapatkan 
berita  yang  sah 
tentang  nie.”
            “ Tidak. Jangan  hantar 
report  tentang  nie 
pada  The  Council. Doktor  Alex, saya 
nak  perkara  nie 
dirahsiakan.” Alsiel  membalas.
            “ Apa  maksud 
Tuan  Alsiel  tentang 
tu?” soal  Doktor  Alex.
            “ Saya  tak 
nak  ada  orang 
yang  tahu  tentang 
dia. Akan  jadi  kelam 
kabut  apabila  The  Council 
tahu  tentang  nie. Kita 
pun  akan  dapat 
susah. Jadi, saya  awak  berdua 
simpan  rahsia  nie. Kalau 
perkara  nie  terbongkar, saya  tidak 
akan  teragak-agak  untuk 
menghukum  awak  berdua,” arah 
Alsiel  dengan  tegas.
            “ Baik, Tuan  Alsiel.” Doktor  Alex 
dan  Shawn  bersuara.
CIEL  terjaga 
dari  tidurnya. Dia  turun 
dari  katil  itu. Dia 
berasa  pening  apabila 
dia  cuba  berdiri. Dia 
duduk  kembali. Apabila  dia 
berasa  peningnya sudah  beransur 
hilang, dia  cuba  berdiri. Kali 
ini, dia  sudah  tidak 
berasa  pening. Dia  teringat 
akan  kejadian  petang 
tadi. ‘ Aku  ingatkan  aku 
dah  mati  tapi 
tak. Liat  jugak  nyawa 
aku  nie.’ 
            “ Sekarang  aku 
perlu  keluar  dari 
tempat  nie.” Dia  bergerak 
ke  arah  pintu. “ Nanti  dulu, kalau 
aku  keluar  ikut 
sini. Tentu  diaorang  akan 
sedar. Baik  aku  keluar 
ikut  tingkap  nie.” Dia 
membuka  tingkap. “ Alamak,
nie  tingkat  dua. Tak 
apalah. Aku  kena  terjun 
jugak.”
            Ciel 
terjun  dari  tingkap 
itu. Kemudian  dia  landing 
dengan  smooth  sekali. Tidak  ada 
rasa  sakit  apabila 
kakinya  menyentuh  permukaan 
bumi.
            “ Okey  jugak  jadi  vampire 
nie.” . Dia  tersengih. Dia  melompat 
keluar  dari  pagar  villa  itu. Sekarang   dia 
perlu  melarikan  diri. Dia 
tidak  mahu  kejadian 
petang  tadi  berlaku 
lagi.
            Namun  dia 
tidak  tahu  yang 
sudah  ada  yang 
menyedari  perbuatannya  itu. Dia 
cuma  memandang. Dia  tidak 
mahu  menghalang  Ciel. Ciel 
sendiri  kena  tahu 
tentang  perkara  yang 
telah  berlaku  pada 
dirinya.
            “ Tuan  Alsiel, dia 
sudah  lari  dari 
villa  nie. Apa  yang  perlu  saya 
lakukan, Tuan  Alsiel?” soal  Shawn 
menunggu  arahan  dari  Alsiel.
            “ Biarkan  dia 
dulu. Jangan  buat  apa-apa.” Alsiel  memandang 
ke  arah  tingkap 
tempat  dia  terpandang 
Ciel  berlari  dari 
situ. ‘ Dia  perlu  sedar 
dengan  sendiri  yang  dia  perlu 
tinggalkan  kehidupan  lama 
dia.’
DIA  berlari 
sehingga  sampai  di  rumah  anak-anak 
yatim  tempat  tinggalnya. Dia  meliar 
mencari  anak  buahnya. Mungkin  akan 
ada  seorang  dua 
yang  berada  di 
tempat  itu. Kemudian  dia 
ternampak  dua  orang 
anak  buahnya. Dia  berlari 
ke  arah  mereka.
            “ Yo, Jean, Eddy. Aku  nak 
pergi  ambik  beg 
aku  kat  sekolah 
kejap. Korang  tunggu  kat 
sini  tau,” tegur  Ciel.
            Mereka  berdua 
tidak  menjawab. Mereka  memandang 
satu  sama  lain. Wajah 
mereka  berdua  juga 
menunjukkan  tanda  terkejut. Ciel  perasan 
tentang  keadaan  itu.
            “ Kenapa  dengan 
korang  nie?” soal  Ciel.
            “ Eh, awak  nie 
sapa?” soal  Jean.
            “ Eh, kau  nie 
Jean. Nie  akulah  Ciel. Takkan 
kau  dah  lupa 
dengan  ketua  kau 
sendiri? Korang  berdua  kan  roommate 
aku.” Ciel  tersengih.
            “ Apa?” Jean  terpinga-pinga.
            “ Apa  maksud 
awak  yang  kita 
nie  roommate?” soal  Eddy  pula.
            “ Korang  nie 
nak  buat  lawak 
pulak  dah.” Ciel  ketawa.
            “ Hei…Kami  berdua 
memang  tak  kenal 
awaklah,” ujar  Jean.
            “ Dan  kami 
tak  kongsi  bilik 
dengan  budak  perempuan,” sambung  Eddy 
pula.
            “ Kenapa  dengan 
korang  berdua  nie?”
            “ Kenapa  korang 
tak  masuk  lagi?” soal 
Puan  Anne  yang 
muncul  di  sebalik 
pintu.
            Ciel 
yang  melihat  Puan 
Anne  pantas  mendekati 
Puan  Anne. Dia  tersenyum 
apabila  sampai  di 
hadapan  Puan  Anne. 
            “ Puan Anne, diaorang  buat 
lawaklah. Diaorang  cakap  diaorang 
tak  kenal  siapa 
saya  nie.” Ciel  memandang 
Puan  Anne  sambil 
tersengih.
            “ Awak  nie 
siapa?” soal  Puan  Anne 
pula.
            Ciel 
tergaman. ‘ Kenapa  mereka  semua 
buat  tak  kenal 
aku  nie? Kalau  nak 
main-main  pun  ada 
hadnya. Nie  sampai  Puan 
Anne  pun  nak 
main-main  dengan  aku.’
            “ Apa  yang 
Puan  Anne  cakap  nie?
Saya  Ciel  Weller. Saya 
kan  tinggal  kat 
rumah  anak  yatim 
nie  dari  saya  baby 
lagi,” ucap  Ciel.
            Puan 
Anne  kelihatan  terpinga-pinga. Apatah  lagi 
dengan  Jean  dan 
Eddy  yang  masih 
berada  di  situ. Ciel 
menjadi  pelik  apabila 
melihat  reaksi  dari 
mereka  semua.
            “ Awak  tak 
pernah  tinggal  di 
sini. Saya  kenal  dengan 
semua  penghuni  di 
rumah  anak  yatim 
nie. Awak  dah  tersalah 
rumah  nie,” ujar  Puan 
Anne  sambil  tersenyum.
            Ciel 
terus  berlalu  pergi 
dari  situ. Arahnya  ke 
sekolahnya. Dia  tahu  mesti 
mereka  mahu  mempermainkannya. Dia  mahu 
berjumpa  dengan  Vincent. Tentu  Vincent 
tahu  yang  apa 
yang  sedang  berlaku. Dia 
tahu  Vincent  tidak 
akan  mempermainkannya  sebegini. Dia 
sampai  ke  sekolahnya. Kemudian  dia 
ternampak  rakan  sekelasnya.
            “ Edward, kau  kenal 
aku  kan?” soalnya  sambil 
menarik  lengan  Edward. 
            Lelaki  yang 
dipanggil  itu  kelihatan  terpinga-pinga 
melihat  Ciel. Bukan  Edward 
sahaja  yang  kelihatan 
terpinga-pinga, semua  yang  melihat 
berkeadaan  begitu. Dia  menjadi 
semakin  hairan. 
            “ Apa  yang 
dah  berlaku  kat 
sini? Riuh  semacam  je.” Vincent 
muncul  di  situ.
            “ Entahlah, tiba-tiba  je 
ada  budak  yang 
tanya  aku, kenal  tak 
dia? Pelik  aku  tak 
pernah  nampak  dia 
kat  sini. Dia  cantik 
tau  tapi…” Edward  tidak 
sempat  menghabiskan  ayatnya, Ciel 
sudah  mencapai  tangan 
Vincent  menyebabkan  semua 
yang  berada  di 
situ  terkejut.
            “ Vincent, kau  kenal 
dengan  aku  kan?” soal 
Ciel  dengan  bersungguh.
            Vincent  tersenyum 
sebelum  membalas  pertanyaan 
dari  Ciel  itu. “ Mestilah, kenal.”
            Ciel 
mula  tersenyum. Dia  tahu 
yang  Vincent  akan 
mengenalinya. Vincent  memang  akan 
kenal  dengannya.
            “ Kau  memang 
kenal  ke  dengan 
dia nie, Vincent?” soal  Edward.
            “ Apa  hubungan 
kau  dengan  dia?” soal 
seorang  rakannya  lagi.
            “ Mestilah  kenal. Dia 
nie  girlfriend  aku.”
Vincent  memeluk  bahu 
Ciel  rapat  ke 
tubuhnya.
            “ Apa?” Ciel  terkejut.
            “ Aku  boleh  mengenali  kau 
dari  sekarang.” Dia  tersenyum 
menggoda.
            “ Apa  yang 
kau  cakapkan  nie?”
            “ Aku  akan 
sayang  dengan  kau 
sebab  kau  memang 
cantik.” Vincent  menarik  dagu 
Ciel.
            Ciel 
sudah  tidak  boleh 
bertahan  lagi. Dia  perlu 
bertindak  sekarang. Dia  berpusing 
ke  belakang  dan 
melontar  Vincent  dengan 
senang. Semua  orang  yang 
berada  di  situ 
menjerit.
            “ Ada  perempuan 
lontar  kita  punya 
ketua  macam  tu 
je,” jerit  seseorang.
            “ Apa? Ketua? Dia?”
            “ Dia  tu 
ketua  kumpulan  Maxwell,” ujar  Edward.
            “ Apa  yang 
dah  terjadi  kat 
sini?” Cikgu  Quentin, guru  displin 
sekolah  itu  bertanya 
setelah  muncul  di  situ.
            “ Alamak, Cikgu  Quentin 
dah  datang. Apa  lagi, cabut 
sekarang.” Semua  pelajar  lelaki 
yang  berada  di 
situ  berlari  meninggalkan 
kawasan  tersebut.
            Cikgu  Quentin 
berhenti  di  hadapan 
Ciel. “ Kenapa  ada  perempuan 
dalam  sekolah  lelaki 
nie  pulak? Keluar  dari 
sini  sekarang?” Cikgu  Quentin 
mengarahnya.
            “ Cik..gu?” Ciel  cuba 
bersuara.
            “ Keluar  dari 
sini  sekarang.” Cikgu  Quentin 
mengheretnya  keluar  dari 
situ.
            Ciel 
terduduk  di  luar 
kawasan  sekolah  itu. Dia 
menjadi  semakin  keliru 
dengan  semua  ini. Semakin 
banyak  kejadian  pelik 
yang  berlaku  kepadanya 
sejak  kejadian  darahnya 
dihisap  oleh  Gray. Dari 
tubuhnya  sudah  bertukar 
menjadi  perempuan  kemudian 
lelaki  balik, apabila  dia 
mendapat  tahu  yang 
wujudnya  vampire  di  dunia 
ini, kejadian  Auther  mahu 
mengambilnya  sebagai  isteri 
dan  ingin  membunuhnya 
apabila  mengetahui  yang 
dia  seorang  lelaki, sehinggalah  sekarang 
di  mana  semua 
orang  yang  mengenalinya 
tidak  lagi  mengenali 
dan  mengingatinya  lagi.
            “ Dah  tak 
ada  orang  yang 
mengingati  kau  semasa 
kau  manusia.” Ada  suara 
seseorang  berkata.
            Ciel  mendongak 
kepalanya. Alsiel. Lelaki 
inilah  yang  menyebabkan 
semua  kejadian  ini 
berlaku. Dia  terus  berdiri.
            “ Apa  semua 
nie?” Dia  bergerak  mendekati 
Alsiel dan  menarik  baju 
lelaki  itu. “ Apa  maksud 
kau?
            “ Hidup  kau 
sebagai  manusia  dah 
dipadamkan. Semua  yang  pernah 
terlibat  dengan  kau 
dah  tak  ingat 
apa-apa  pun  pasal 
kau,” ujar  Alsiel.
            “ Hah? Apa  yang 
kau  buat  pada 
mereka  semua?” Ciel  menumbuk 
Alsiel  sehingga  Alsiel 
jatuh  tersungkur.
            “ Tumbukan  kau 
semakin  tajam.” Alsiel  mengesat 
darah  yang  terkeluar 
dari  mulut.
            “ Baguslah. Aku  baru 
je  nak  mula.” Dia 
ingin  membelasah  Alsiel 
lagi.
            “ Dah. Cukup  tu.” Tangan 
Ciel  dipegang  oleh 
Shawn.
            “ Lepaskan  aku.”
            “ Tuan  Alsiel hanya 
buat  apa  yang 
terbaik  untuk  awak,” ujar 
Shawn.
            “ Padam  semua 
ingatan  orang  yang 
kenal  aku? Itu  kau 
cakap  terbaik  untuk 
aku?”
            “ Awak  dah 
tak  boleh  hidup 
macam  dulu  lagi. Sekarang, awak  dah 
jadi  vampire,” ujar  Shawn  lagi.
            “ Kau  perlukan 
kehidupan  baru  sebagai 
vampire. Aku  yang 
buat  kau  macam 
nie, aku  akan  bertanggungjawab. So, come  to  you.” Alsiel  pula 
berkata-kata.
            “ Jangan  nak 
buat  lawak  kat 
sini. Ini  kehidupan  aku. Kehidupan  aku, aku 
yang  tentukan. Tak  ada  orang  yang 
mengarah  aku  dalam 
kehidupan  aku.” Ciel  berlari 
meninggalkan  Shawn  dan  Alsiel.
            “ Tuan  Alsiel, perlu 
ke  saya  gunakan 
kekerasan?” soal  Shawn.
            “ Tak. Dia  perlukan 
masa  untuk  terima 
semua  nie,” ujar  Alsiel 
sambil  memandang  Ciel 
yang  berlari  itu.
            Ciel 
terus  berlari. Dia  mahu 
lari  dari  lelaki 
itu. Ah, lelaki  itu  tidak 
layak  dipanggil  lelaki. Dia 
bukannya  manusia. Macam  manalah 
semua  orang  boleh 
hilang  ingatan  tentang 
dirinya. Mesti  ada  orang 
yang  ingat  tentangnya. Dia  yakin. Ah, Sebastian. Tentu  Sebastian 
ingat  akan  dirinya. Sebastian  rakan 
baiknya  dari  kecil 
lagi.
            Dia 
berlari  ke  arah 
rumah  Sebastian. Tentu  Sebastian 
berada  di  rumah. Ini 
sudah  habis  waktu 
sekolah. Dia  berlari  pantas. Dia 
tidak  sabar  untuk 
berjumpa  dengan  Sebastian. Tiba-tiba  dia 
ternampak  Sebastian  berjalan 
seorang  diri. Dia  memandang 
Sebastian. Sebastian 
memandangnya. Sesaat  kemudian,
Sebastian  meneruskan  perjalanannya. Ciel  terus 
terduduk  di  situ. Memang 
benarlah. Tiada  orang  yang 
mengingatinya  lagi.
            Dalam  kepalanya, muncul  memori 
membesar  bersama  Sebastian. Dia  tidak 
mahu  memori  itu 
hilang. Dia  tidak  boleh 
berputus  asa  sekarang. Dia 
segera  berdiri.
            “ Sebastian.” Dia  memanggil 
Sebastian.
            Sebastian  berpaling 
ke  belakang. Dia  ternampak 
seorang  perempuan  yang 
berwajah  cantik  berambut 
panjang  lurus  berdiri 
di  situ. 
            “ Sebastian. Nie  aku. Kau 
ingat  aku  kan?” Ciel 
merangkul  lengan  Sebastian 
membuatkan  Sebastian  terkejut.
            “ Eh, kenapa  dengan 
rambut  aku  nie? Tiba-tiba  je 
panjang? Aku  tak  pakai 
rambut  palsu  pun.” Ciel 
memegang  rambutnya. 
            Ciel 
meraba  badannya. “ Aku  rasa 
aku  dah  bertukar 
lelaki. Macam  mana  boleh 
tukar  balik  jadi 
perempuan?” Ciel  meraba  bahagian 
dadanya  menyebabkan  Sebastian 
pengsan.
            “ Bangun. Woi, Sebastian  bangun.” Ciel 
menepuk  pipi  Sebastian.
            Sebastian  mula 
sedar  balik. “ Sorry.
Terpengsan  pulak  kat 
sini.” Sebastian  bangun  dan 
mula  merenung  wajah 
Ciel.
            Ciel 
mula  rasa  tidak 
selesa. Wajah  Sebastian  jelas 
menunjukkan  dia  keliru 
dengan  situasi  sekarang. Ciel  tidak 
pernah  melihat  wajah 
Sebastian  sebegitu. Dia  perlu 
lari. Dia  terus  melarikan 
diri  sebelum  sempat 
dihalang  oleh  Sebastian.