Sunday, March 24, 2013

My Vampire Boyfriend (Bab 6)


“ANAKKU, aku  akan  bagi  kau  dua  kehidupan  yang  berbeza. Satu  sebagai  seorang  manusia  lelaki  yang  normal  selagi  kau  tidak  melalui  kejadian  tu. Sekiranya kejadian  itu  berlaku  terhadap  kau, kehidupan  kau  sebagai  manusia  lelaki  akan  tamat. Kau  akan  melalui  kehidupan  yang  baru  sebagai  perempuan. Kehidupan  yang  amat  sukar. Sebaiknya, aku  tidak  mahu  kau  melalui  kejadian  itu  tetapi  itu  kehidupan  kau. Kau  yang  akan  menentukannya. Jadi, jangan  digigit  dengan  vampire.”
            Ciel  tersedar  dari  lena. Benda  pertama  yang  dia  nampak  ketika  membuka  matanya  ialah  Alsiel  yang  sedang  cuba  membuka  balutan  di  dadanya. Dia  terus  menepis  tangan  Alsiel. Dia  bangun  dan  duduk  sambil  menutup  dadanya.
            “ Apa  yang  kau  cuba  buat  masa  aku  tak  sedarkan  diri, hah?” jerkah  Ciel.
            “ Tuan  Alsiel  hanya  cuba  melihat  kenapa  awak  membalut  dada awak. Takut  awak  cedera,” jelas  Shawn.
            Ciel  baru  teringat  akan  sesuatu. “ Kau  dah  tikam  aku  dari  belakang.” Ciel  cuba  mencapai  tempat  yang  ditikam  tadi. Namun, dia  pelik  yang  dia  langsung  tidak  berasa  sakit  di  bahagian  itu.
            “ Kalau  macam  tu, check  luka  tu,” ujar  Alsiel.
            Ciel  menarik  baju  sikit  dan  membuka  balutan  yang  terdapat  di  situ. “ Eh, dah  sembuh. Tak  ada  luka  langsung. Macam  mana  yang  perkara  itu  boleh  berlaku? Bukan  ke  kau  dah  tikam  aku  tadi?”
            “ Kalau  awak  nie  manusia  biasa, tentu  awak  dah  mati,” kata  Shawn.  
            “ Apa? Apa  yang  dah  berlaku  pada  aku  nie?” soal  Ciel  kebingungan.
            “ Sekarang  aku  memang  sure  yang  kau  adalah  orang  yang  aku  gigit  semalam,” ujar  Alsiel  dengan  tenang.
            Ciel  terkejut  lalu  bangun  dan  menarik  kolar  baju  Alsiel. “ Kau. Kau  yang  jadikan  aku  zombie. You  monster.” Dia  seperti  mahu  menangis.
            “ Namanya  Alsiel  Trancy,” sampuk  Shawn.
            “ I  never  ask  that,” jerkah  Ciel.
            “ Just  calm  down. Aku  akan  explain  semua  pada  kau.” Alsiel  berkata.
           
CIEL  memandang  sekitar  villa  di  mana  dia  berada  sekarang. Villa  itu  memang  kelihatan  cantik  sekali. Susunan  ala  Inggeris  memukau  mata  sesiapa  yang   memandangnya. Yang  peliknya, dia  langsung  tidak  melihat  kelibat  manusia  selain  Alsiel dan  Shawn. Tidak  mungkin  mereka  berdua  sahaja  yang  berada  di  villa  ini.
            “ Tempat  nie  memang  lebih  hebat  dari  tempat  Sebastian.” Ciel  bercakap  seorang  diri.
            Shawn  muncul  bersama  sedulung  makanan  dan  minuman. Ciel  cuma  melihat  Shawn  menghidangkan  makanan  dan  minuman.
            “ Jemput  minum. Saya  ada  menghidangkan  teh, kopi  dan  pemanis  mulut.” Shawn  tunduk  memandang  ke  arah  Ciel.
            “ Kau  nie  apa  pulak?” soal  Ciel. Dari  tadi, Shawn  menunduk  hormat. Bukan  kepadanya  tetapi  kepada  Alsiel. Dia  juga  memanggil  Alsiel  dengan  panggilan  tuan  di  hadapan  nama  Alsiel.
            “ Saya  nie  bulter  Tuan  Alsiel, Shawn,” jawab  Shawn  dengan  ringkas.
            “ So, his  servant,” ejek  Ciel.
            “ That’s  not  a  very  pleasant word  to  hear,” tegur  Shawn.
            “ Whatever  tapi  aku  rasa  aku  boleh  nampak  dia  tu  anak  orang  kaya, kan?” soal  Ciel  melabuhkan  punggung  ke  atas  sofa  lembut  yang  terletak  di  situ.
            “ Tuan  Alsiel  merupakan  pewaris  sah  kepada  Trancy  Group,” ujar  Shawn.
            Terus  Ciel  terbangun  dari  tempat  duduknya  tadi. Dia  teramat  terkejut  apabila  mendengar  berita  ini. “ Trancy  Group?” Trancy  Group  merupakan  organisasi  yang  teramat  besar  di  negara  ini. Ia  merangkumi  kebanyakkan  bidang  bisnes  seperti  syarikat  pembinaan, perhotelan, automobile, dan  banyak  lagi. Trancy  Group  juga  mempunyai  branch  di  luar  negara  menjadikan  ia  satu  organisasi  yang  amat  digeruni.
            “ Villa  nie  hanya  salah  satu  dari  privete  place  Tuan  Alsiel. Tuan  Alsiel  tidak  tinggal  bersama  parent  beliau. He  has  a  separate  main  residence,” terang  Shawn.
            “ Jangan  cakap  yang  bukan-bukan.” Alsiel  muncul  di  muka  pintu  ruangan  itu.
            “ Tuan  Alsiel .” Shawn  menunduk  hormat.
            Tuan  Alsiel  berjalan  ke  arah  sofa  dan  duduk  di  situ. “ Shawn, awak  boleh  pergi  sekarang. Kalau  saya  perlukan  sesuatu, saya  akan  panggil  awak,” arah  Alsiel.
            “ Baik, Tuan  Alsiel.” Shawn  berlalu  pergi.
            Ciel  duduk  kembali. “ Betul  ke  yang  kau  nie  pewaris  kepada  Trancy  Group  tu?”
            “ Itu  identiti  aku  pada  pandangan  mata  manusia  biasa. Yang  aku  nak  terangkan  pada  kau  adalah  sesuatu  yang  manusia  biasa  tak  patut  tahu  tentangnya,” ujar  Alsiel.
            “ Hah? Sesuatu  yang  manusia  biasa  tak  patut  tahu  tentangnya? Apa  bendanya  tu?” soal  Ciel  pelik.
            “ Sebenarnya, aku  bukan  manusia. Tapi…Vampire.” Alsiel  memandang  tepat  ke  mata  Ciel.
            “ Hah? Apa? Vampire? Makhluk  yang  hidup  dengan  hisap  darah  manusia  tu?”
            Alsiel  hanya  mengangguk.
            Ciel  mula  bertenang. “ I guess  so. Bila  difikirkan  balik, memang  logiklah  dengan  apa  yang  dah  berlaku  nie. Memang  masuk  akallah. Okey… Kau  adalah  vampire.” Ciel  terangguk-angguk. Kemudian  dia  menjerit. “ Tunggu  dulu, that  mean  aku  pun  vampire  jugaklah  macam  kau?”
            “ Biasanya  orang  lain  mati  bila  digigit vampire. Hanya  segelintir  saje  yang  tidak  mati  bila  digigit  vampire,” ujar  Alsiel.
            “ Bukan  semua  yang  kena  gigit  vampire  jadi  vampire  ke?” soal  Ciel.
            “ Over  the  years,we  have  evolved  like  humans. Dan  yang  paling  penting, kami  hidup  tanpa  menghisap  darah  manusia. Sekarang  pun, kami  makan  makanan  yang  sama  seperti  manusia. Walaupun  tak  dapat  eternal  life, kami  masih  dapat  hidup  lebih  lama  daripada  manusia. Sebab  tulah, tak  banyak  perbezaan  antara  kami  dan  manusia,” terang  Alsiel. “ Tetapi  kami  boleh  sembuhkan  luka  tanpa  proper  treatment.”
            “ So, that  why  aku  okey  je  bila  kena  tikam  dengan  kau?” Ciel  mula  menerima  apa  yang  diperkatakan.
            “ Kebolehan  tu  depend  on  level  vampire  tu  jugak. Tengok  dari  masa  kau  untuk  sembuh  menunjukkan  kau  nie  mid-level  vampire.” Alsiel  berkata.
            “ So, you are  the  top  one?” sindir  Ciel  dengan  mimikan di  wajahnya.
            “ Daripada  kau  fikir  pasal  benda  tu, patut  kau  happy  kau  belum  mati. Tak  semua  manusia  hidup  bila  digigit  vampire,” ucap  Alsiel  bersandar  di  bahu  sofa  itu.
            “ Tunggu  kejap, tadi  kau  cakap  korang  boleh  hidup  tanpa  darah  manusia  kan? Jadi  kenapa  kau  gigit  aku?” soal  Ciel  bengang.
            “ Itu  emergency  case. Kami  perlukan  darah  manusia  untuk  sembuh  sekiranya  kami  cedera  parah. Macam  yang  aku  cakap  tadi, kami  boleh  sembuhkan  cedera  kami. Kami  cuma  akan  mati  bila  ditikam  dengan  pisau  khas  yang  sememangnya  direka  untuk  membunuh  vampire. Semalam  aku  dah  ditikam  dengan  pisau  itu  di  bahagian  jantung, jadi  aku  tak  boleh  sembuhkan  kecederaan  itu. Kecederaan  itu  boleh  meyebabkan  aku  mati. Sebab  tulah  aku  hisap  darah  kau.” Alsiel  menarik  nafas.
            “ Kau  tetap  hisap  darah  aku  walaupun  kau  tahu  aku  akan  mati?” soal  Ciel  lagi  dengan  geram.
            “ Aku  dah  cuba  control  tapi  aku  tak  boleh  tahan  naluri  vampire  aku. Aku  betul-betul  minta  maaf  tentang  perkara  nie.” Wajah  Alsiel  menunjukkan  penyesalan.
            “ Macam  kau  nak  bertanggungjawab? Kerana  kau, aku  dah  bertukar  jadi  perem….”
            “ Nasib  baik  kau  bukan  perempuan.” Alsiel  bersuara.
            “ Hah? Apa?”
            “ Kalau  kau  nie  perempuan, aku  kena  ambik  kau  jadi  isteri  aku.” Alsiel tersengih.
            “ Apa?”
            “ Dalam  puak  kami, ada  lagenda yang  mengatakan  bila  perempuan  manusia  bertukar  menjadi  perempuan  vampire, dia  perlu  diambil  sebagai  isteri. Sesiapa  yang  ambik  dia  sebagai  isteri, akan  dapat  kekuatan  yang  hebat  dan  eternal  life,” ucap  Alsiel.
            ‘ Isteri? Mengarut  betul.’ Ciel  memang  tidak  boleh  menerima  satu  perkara  ini. Dia  perlu  bertanya  tentang  perubahan  yang  terjadi  pada  dirinya. Tetapi  kalau  dia  bertanya  tentang  perkara  itu, dia  akan  diambil  sebagai  isteri  kepada  lelaki  itu.
            “ Jadi  sekarang  vampire  tu  masih  hidup?” soal  Ciel.
            “ Tu…”
            “ Mestilah. Vampire  tu  ayah  kami  berdua.” Ada  suara  lain  yang  menyampuk  perbualan  mereka berdua.
            “ Kau..!!” Ciel  menjerit  sambil  menuding  jarinya  ke  arah  seseorang.
            “ Setahu  aku, kau  tak  dijemput  ke  sini, Auther.” Alsiel  bersuara  dingin.
            “ Aku  pun  tak  pernah  invite  kau  ke  pondok  tu  semalam, Alsiel,” ujar  Auther  dengan  sinis. Dia  menyambung  percakapannya  dengan  nada  perli, “ Aku  tak  pernah  membayangkan  yang  kau  sembuh  perfectly  macam  sekarang  nie  lepas  aku  tikam  kau  dengan  pisau  tu.”
            “ Kau  kecewa  dengan  keadaan  sekarang  nie?” soal  Alsiel.
            Auther  cuma  tersenyum  sinis. Alsiel  memandang  dengan  riak  wajah  yang  tidak  senang. Mereka  berdua  berlawan  pandangan  antara  satu  sama  lain. Ciel  memerhatikan  mereka  berdua.
            ‘ Aku  dah  pernah  rasa  perasaan  macam  nie. tapi  seriously  bila  tengok  mereka  berdua  macam  nie, rasa  macam  perang  dunia  ketiga  akan  bermula.’ Melihat  mereka  berdua  sebegitu, Ciel  perasan  satu  perkara. Mereka  berdua  nampak  sama  tetapi  kelihatan  berbeza.
            “ Hmm…Aku  tak  tahu  apa  yang  sedang  berlaku  antara  kau  berdua  tapi…”
            “ Kami  adik-beradik  tiri. Kami  berlainan  ibu,” ujar  Auther.
            “ Kalau  korang  berdua  adik-beradik, kenapa  kau  berdua  nampak  macam  nak  bergaduh?” soal  Ciel  lagi.
            “ Sebabnya, hanya  seorang  sahaja  yang  bakal  menjadi  pewaris  kepada  ayah  kami.” Auther  bersuara  lagi.
            “ Pewaris  kepada  Trancy  Group  ke?”
            “ Itu  cuma  identiti  manusia  kami. Ayah  kami  merupakan  ketua  dan  pemerintah  puak  vampire,” terang  Auther. “ Beliau  telah  memerintah  puluhan  tahun  dan  sekarang  nie, rancang  nak  retire  lepas  serahkan  kedudukannya  kepada  seorang  dari  kami.”
            “ Oh, patutlah  korang  bergaduh  macam  nie  sekali.” Ciel  terangguk-angguk.
            “ Aku  tak  berminat  dengan  semua  tu,” sampuk  Alsiel.
            “ Jangan  nak  menipu. If  not, why  you  always  getting  in  my  way?”
            “ Sebab  membunuh  manusia  tak  betul,” pintas  Alsiel.
            “ Aku  cuma  nak  cari  bride  je.”
            ‘ Jadi  yang  bunuh  semua  gadis  tu, dialah  orangnya. Semalam  pun, dia  cuba  nak  gigit  aku.’ Ciel  berkata  dalam  hatinya.         
            “ Tapi  aku  ucapkan  terima  kasih  kat  kau,” ujar  Auther  dengan  tiba-tiba. Dia  berpaling  ke  arah  Ciel  dengan  memaut  pinggang  Ciel. “ Sebab  kau, aku  dah  jumpa  apa  yang  aku  cari  selama  nie  dan  bawa  dia  ke  sini.”
            Ciel  sudah  kalut. Dia  tahu  akan  ada  benda  buruk  yang  akan  terjadi  kepadanya  nanti. Dan  juga  dia  seperti  sudah  dapat  mengagak  apa  yang  akan  berlaku  kepadanya.
            “ Dia  bukan   yang  kau  fikirkan,” ujar  Alsiel.
            “ Kau  jangan  cuba  nak  menipu  aku. Aku  tahu. Sebab  kenapa  kau  boleh  hidup  sekarang  lepas  kau  kena  ditikam, kau  minum  darah  dia.” Auther  berpaling  ke  arah  Ciel  dan  memaut  lembut  dagu  Ciel  supaya  Ciel  memandang.
            Ciel  memandang  dengan  pandangan  serba  salah. ‘ Eh, sebenarnya  kau  dah  salah…” ‘ Apa  yang  patut  aku  cakap  sekarang? Aku  dah  bertukar  jadi  perempuan  tapi  aku  tak  tahu  apa yang  patut  aku  cakap  sekarang.’
            Auther  tersenyum. Dia  mengucup  lembut  bibir  Ciel. Ciel  tidak  mampu  menghalang. Pautan  tangan  Auther  di  pinggang  terlalu  kuat  sehingga  dia  tidak  berjaya  menolak. Jadi, bibirnya  yang  mungkil  dan  merah  itu  menjadi  mangsa  kucupan  Auther. Namun  tidak  lama  kemudian  pautan  itu  menjadi  longgar.  Dia  berjaya  melepaskan  dirinya. Tiba-tiba  tubuh  Ciel  dicempung  Auther.
            “ Sekarang  nie, kau  merupakan  bakal  isteri  aku. Tapi  aku  kecewa  kau  bertukar  jadi  vampire  oleh  vampire  lain, so  share  some  of  your  blood  to  me,” ujar  Auther.
            “ Apa?”
            “ Vampire  share  their  emotion  with  the  one  they  share  blood  with.” Auther  berkata  lagi.
            “ Stop.” Alsiel  mencengkam  bahu  Auther. “ Dia  tu  lelaki.”
            “ Hah?” Auther  terkejut.
            “ Dia  pelajar  di  sekolah  lelaki  sekarang  nie,” ucap  Gray  lagi.
            “ Jantina  tak  akan  berubah  hanya  kerana  digigit  vampire. Kau  pun  tengok  semalam, dia  perempuan.” Auther  tahu  Gray  hanya  mahu  memiliki  Ciel.
            “ Yang  semalam  tu, aku  pakai  rambut  palsulah  sebagai  umpan. Jadi  aku  nie  sebenarnya  lelaki,” terang  Ciel  pula. ‘ Aku  kena  buat  dia  percaya  yang  aku  nie  seorang  lelaki.’
            Auther  yang  mendengarnya  menghempas  Ciel. Ciel  jatuh  ke  atas  permaidani  lembut  yang  berada  di  situ. ‘ Nasib  baik  ada  permaidani  nie. Kalau  tak  boleh, boleh  patah  pinggang  aku.’
            “ Kalau  kau  nie  lelaki, semuanya  akan  berubah.” Auther  bekata  kepada  Ciel. Kemudian  dia  berpaling  ke  arah  Alsiel  pula, “ Tapi  aku  tak  akan  percaya  seratus peratus  cakap  kau. Aku  perlukan  bukti.”
            Auther  pantas  menarik  Ciel  dan  membuka  bajunya. Dia  melihat  balutan  di  dada  Ciel. Dia  juga  membuka  balutan  itu.
            ‘ Dia  akan  tahu  yang  aku  nie  perempuan.’ Ciel  hanya  mampu  menutup  matanya.
            “ Jadi  kau  memang  betul-betul  lelakilah,” jerit  Auther.
            ‘ Eh, aku  dah  bertukar  jadi  lelaki  balik. Macam  mana  benda  nie  boleh  jadi?’ Ciel  sendiri  tidak  faham  apa  yang  sedang  berlaku  sekarang. Dia  memang  sudah  bertukar  menjadi  perempuan  semalam. Pagi  tadi  pun  dia  masih  seorang  perempuan. dan  sekarang  jantinanya  bertukar  kembali  kepada  lelaki. Ciel  memakai  bajunya  kembali.
            “ Kan  aku  dah  cakap?” Alsiel  menegur.
            “ Sekarang  nie, aku  akan  bunuh  kau.” Auther  mengangkat  Ciel  dengan  menarik  kolar  baju  Ciel.
            “ Lepaskan  dia.” Alsiel  cuba  menolong  Ciel.
            Auther  menolak  Alsiel  jatuh  ke  belakang. Shawn  berlari  masuk  ke  ruangan  itu. Dia  membantu  Alsiel  untuk  berdiri.
            “ Tuan  Alsiel  okey  ke  tak? Apa  yang  dah  berlaku  nie, Tuan  Alsiel?” soal  Shawn.
            “ Saya  tak  apa-apa  tapi…”
            Shawn  berpaling  ke  arah  Auther  dan  Ciel. Ciel  masih  bergelut  dengan  Auther.
            “ Dia  boleh  mati  kalau  macam  nie,” ujar  Shawn.
            Alsiel  mencuba  untuk  kali  yang  kedua. Ciel  terlepas  dari  pegangan  Auther.
            Auther  bertambah  marah  lalu  menumbuk  Alsiel. “ Tak  ada  gunanya  biarkan  dia  hidup  sebagai  vampire  kalau  dia  bukan  perempuan.”
            Alsiel  membalas  tumbukan  itu. “ Aku  yang  buat  dia  macam  tu. Jadi  aku  akan  bertanggungjawab.”
            Ciel  yang  terlepas  dari  pegangan  Auther  itu  terbaring  sambil  terbatuk-batuk. Dia  hampir  mati  kelemasan  dicekik  Auther. Kalau  Alsiel  tidak  masuk  campur  tadi  tentu  dia  sudah  lama  mati. ‘ Tak  guna  punya  Auther. Aku  bunuh  kau.’
            “ Hei, awak  okey  tak?” soal  Shawn.
            “ Kalau  aku  perempuan, aku kena  jadi  isteri  kau. Kalau  aku  lelaki, kau  akan  bunuh  aku.” Suara  Ciel  kedengaran.
            “ Kenapa  dengan  awak  nie?” soal  Shawn  lagi.
            “ Aku  tak  akan  maafkan  kau,” jerit  Ciel.
            “ Tiada  apa  yang  boleh  awak  buat. Biarkan  saje. Ini  pun  dah  bagus  awak  tak  mati.” Shawn  membantu  Ciel  berdiri.
            Ciel  tidak  menunggu  masa  yang  lama. Dia  meluru  ke  arah  Auther  yang  sedang  berdepan  dengan  Alsiel. Dia  sudah  tidak  kisah  tentang  kesakitan  yang  dialaminya  tadi. Yang  penting  sekarang  ini, dia  ingin  membunuh  Auther. Ketiga-tiga  mereka  terkejut  dengan  tindakan  Ciel. Ciel  menendang  tepat  ke  perut  Auther  sehingga  Auther  tersungkur. Kemudian  dia  mendekati  Auther dan  menarik  lengan  Auther. Dia  mengigit  dan  menghisap  darah  Auther. Auther  pada  ketika  itu  tidak  boleh  berbuat  apa-apa.
            “ Apa  yang  dia  buat?” soal  Alsiel.
            “ Kelihatan  seperti  dia  sedang  menghisap  darah  Tuan  Auther,” jawab  Shawn.
            “ Apa  yang  sedang  berlaku  sebenarnya? Auther  tak  boleh  bergerak  langsung.” Alsiel  bertambah  pelik  dengan  keadaan  sekarang.
            “ Macam  mana  nie  boleh  berlaku? Dia  vampire  yang  levelnya  lebih  rendah  dari  Tuan  Auther. Sepatutnya  dia  tidak  boleh  menghisap  darah  vampire  yang  lebih  tinggi  kedudukannya.” Shawn  juga  pelik.
            Alsiel  segera  mendekati  Ciel  yang  sedang  menghisap  darah  Auther  dan  kelihatan  Auther  sudah  lemah  akibat  kehilangan  darah  yang  banyak. Alsiel  menarik  Ciel. “ Cukup. Dah  cukup.”
            Ciel  tersedar. Dia  tidak  ingat  apa  yang  berlaku sekarang. Dia  cuma  ingat  yang  dia  menendang  Auther  sehingga  lelaki  itu  terjatuh. “ Apa  yang  dah  berlaku  nie?”
            “ Kau  tak  dapat  kawal  diri  kau? Tapi  macam  mana…kau  boleh  minum  darah  Auther?” soal  Alsiel.
            Shawn  mendekati  Auther. “ Tuan  Auther  tak  apa-apa  ke?” Dia  cuba  menolong  Auther  untuk  berdiri.
            “ Lepaskan  aku.” Auther  menepis  tangan  Shawn  yang  menolongnya. “ Aku  balik  dulu. Right  now, I’m  not  feeling  good.”
            Alsiel  dan  Shawn  tidak  menghalang  Auther  meninggalkan  tempat  itu.
            “ Awak  rasa  dia  okey  tak, Shawn?” Alsiel  bersuara.
            “ Saya  rasa  Tuan  Auther  mengalami  kejutan  fizikal  dan  mental. Sebab  darahnya  dihisap  oleh  vampire  yang  rendah  levelnya  dari  Tuan  Auther.”
            Ciel  terbatuk-batuk. Alsiel  dan  Shawn  pantas  berpaling. Ciel  terduduk  di  atas  sofa. Dia  menarik  bajunya  tanda  kesakitan.
            “ Kenapa  dengan  awak?” soal  Shawn.
            “ Aku  susah  nak  bernafas. Sakit  sangat,” ucap  Ciel  tergagap-gagap.
            “ Mungkin  side  effect  bila  minum  darah  vampire  yang  lebih  tinggi  levelnya. Mungkin  darah  itu  reject  Ciel,” ucap  Gray.
            “ Jadi, dia  akan  mati. Apa  yang  kita  patut  buat  sekarang?”
            “ Call  doctor,” arah  Alsiel.
            “ Yes, sir.” Shawn  berlari  keluar  dari  ruangan  itu.
            “ Ciel, focus.” Alsiel  mendekati  Ciel.

            Ciel  terbatuk-batuk. “ Macam  apa  yang  berlaku  semalam. Bila…kau  gigit  aku. Aku…rasa…macam  nak…mati  je.” Pandangannya  sudah  semakin  sayu. Kelihatan  hampir  gelap. ‘ Aku  akan  mati  ke  sekarang  nie?’ Dia  menyoal  dirinya. Kemudian  gelap  sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment