Tuesday, November 23, 2010

Sedingin kasih44

YURI  terus  diganggu oleh  pengirim  mesej  yang  tidak  dikenali. Ada  sekali   dia  menelefon  nombor  itu  tetapi  tiada  siapa  yang  mengangkatnya. Dia  menjadi  bengang. Selalu  sangat  pengirim  mesej  itu  menghantar  mesej  yang  mengarut  kepadanya. Bosan  aku  layan  orang  gila  ni.
            Sy hrp  sangat  awk  trima  cinta  dr  sy.
            Nak  mampus  agaknya  lelaki  ini. Dia  membalas  mesej  tersebut.
            Hei, kau  nk  mmpus  ke? Tolonglh  jgn  ganggu  aku  lg, fhm. Idoit…idiot…
            Puas  hatinya. Beberapa  ketika  kemudian, mesej  dari  lelaki  itu  sampai  lagi.
            Knp  awk x  nk  trima  cinta  sy?
            Bodohnya  lelaki  ini. Tahap  kesabarannya  sudah  berada  di  tahap  yang  paling  rendah. Dia  pantas  menelefon  nombor  itu. Ada  yang  mengangkatnya. Tanpa  menunggu  orang  di  sana  berbicara  dulu, dia  terus  menyerang.
            “ Hei, jantan. Kau  tak  reti  bahasa  ke? Aku  cakap  jangan  ganggu  aku  lagi.”
            Lelaki  di  talian  itu  membisu. Yuri  terus  menyumpah. Dia  bercakap  dalam  bahasa  bahasa  Jepun. Memaki  hamun  dalam  bahasa  Jepun.
            “ Hanun,” sapa lelaki  itu.
            Yuri  tersentak. Adakah  lelaki  itu  kenal  dengannya? Tiada  siapa  yang  memanggil  dengan  nama  sebegitu. Hakkaikah? Cuma  dia  seorang  yang  panggilnya  dengan  nama  Hanun. Pelik. Kenapa  dia  mahu  ganggu  aku? Persoalan-persoalan  itu  terus  bermain  di  fikirannya. Akhirnya  dia  tertidur  di  meja  kerjanya  sehinggalah  Mak  Lin  datang  mengejutkannya  supaya  masuk  ke  dalam  bilik.



BOLEH  tahan  bisa  mulut  dia  ni. Hakkai  ketawa  perlahan. Dia  tidak  menyangka  Yuri  akan  mengeluarkan  kata-kata  yang  cukup  kesat. Entah  apa  yang  dibebelkan  dalam  bahasa  Jepun. Dia  ketawa  lagi. Kerja-kerja  di  bilik  kerja  ditinggalkan. Seharian  dia  berada  di  bilik  kerjanya. Dia  langsung  tidak  keluar  untuk  makan  tengah  hari. Ada  kerja  yang  perlu  diuruskan. Setelah  puas  menatap  kerja  yang  bertimbun, dia  menganggu  Yur.
Dia  masuk  ke  bilik  dan  melihat  Yuri  terbaring  kaku  di  atas  meja. Dia  mengukir  senyuman  lagi. Dia  merangkak  naik  ke  atas  katil  dan  berbaring  di  sebelah  Yuri. Yuri  berbaring  mengiring  menghadap  ke  arahnya. Dia  pun  berbaring  ke  arah  yang  bertentangan  dengan  wajah  Yuri. Dia  memandang  ke  wajah  polos  Yuri.
Tangannya  bergerak  menyentuh  lembut  wajah  itu. Hati-hati  sekali  takut  terganggu  tidur sang  puteri  di  sebelahnya. Tangannya  mengusap  lembut  wajah  itu. Dari  matanya, ke  hidung, ke  pipi  terus  ke  bibir. Lama  dia  menatap  bibir  comel.



YURI  terkejut  dari  tidur. Dia  mengeliat. Dia  bangun  dari  katil. Dia  menarik  telefon  bimbitnya. Pukul  6.15  pagi. Dia keluar  balkoni  bilik. Angin  pagi  menyapa  manja  kulit  wajahnya. Dia  menarik  nafas  panjang. Hidup  perlu  diteruskan.
Dia  masuk  kembali  ke  dalam  bilik  dan  menarik  tuala  dan  melangkah  ke  bilik mandi. Dia  pun  membersihkan  diri.
 Setelah  siap, dia  bersolat. Usai  bersolat, dia  turun  ke  dapur. Senyap. Pelik. Kenapa? Biasanya  Mak  Lin  ada  sekarang  sedang  menyediakan  sarapan. Mungkin  Mak  Lin  tidak  bangun  lagi. Tangannya  ringan  menyediakan  bahan  untuk  membuat  nasi  goreng. Dia  pun  mula  memasak. Setelah  Yuri  siap  menyediakan  sarapan, Mak  Lin  muncul  di  hadapannya.
            “ Maafkan  Mak  Lin. Mak  Lin  bangun  lewat. Habislah  sarapan  tak  buat  lagi. Tentu  Tuan  Ahmad  dah  bangun,” ucap Mak  Lin.
            Dia  bagaikan  dirantai  dengan  keresahan. Kelam  kabut  Mak  Lin. Yuri  melihat  keletah  Mak  Lin  tersenyum.
            “ Mak  Lin, tenanglah. Saya  dah  buat  sarapan  untuk  pagi  ini,” ucap  Yuri  menenangkan  Mak  Lin.
            Mak  Lin  kembali  tenang  setelah  mendengar  penjelasan dari  Yuri. “ Nasib  baik  Yuri  dah  buat. Kalau  tak, habislah  Mak  Lin.” Tangannnya  menyediakan  air  minuman  untuk  sarapan  itu.
            “ Mak  Lin  tu  dah  tua. Sesekali  rehatlah. Kan  Mak  Lin  ada  anak. Cutilah  beberapa  hari. Saya  tengok  Mak  Lin  tak  pernah  cuti  sejak  saya  kahwin,” cadang  Yuri.
            “ Bagus  jugak  tapi  susah  nanti. Rumah  ini  tak  ada  orang  yang  jaga,” ujar  Mak  Lin.
            “ Saya  kan  ada. Nanti  saya  tengok-tengoklah.” Yuri  tersenyum.
            “ Tapi  Yuri  kan  kerja?”
            “ Alah, Mak  Lin. Setakat  jaga  rumah, bukannya  jaga  anak,” gurau  Yuri.
            “ Habis  tu, Yuri  tak  nak  anak? Mak  Lin  tengok  Hakkai  tu  macam  dah  baik  dengan  Yuri.” Mak  Lin  cuba  mengusik  tanpa  menyedari  reaksi  wajah  Yuri  yang  telah  berubah. Yuri  tidak  menjawab. Dia  Cuma  membiarkan  persoalan  itu  berlalu  dibawa  angin.
            “ Eh, Yuri  tak  suka  ke  kita  cakap  pasal  benda  ni? Mak  Lin  minta  maaflah,” ucap  Mak  Lin.
            “ Tak  apalah, Mak  Lin. Marilah  kita  bawa  makanan  ni  ke  ruang  makan. Tentu  ayah  dah  tunggu.” Dia  berlalu  membawa  nasi  goreng  bersama  roti  bakar  ke  ruang  makan.
            Manakala  Mak  Lin  membawa  air  the  yang  dibuatnya  ke  ruang  makan. Yuri  berlalu  dari  situ  untuk  memanggil  Tuan  Ahmad  dan  Hakkai. Tuan  Ahmad  sudah  dipanggil. Hakkai  masih  tidak  turun-turun. Biasanya  Hakkai  sudah  terpacak  di  meja  makan  time-time  begini. Hatinya  digundah  kebimbangan. Apa  yang  berlaku? Hatinya  berasa  tidak  enak. Diayun  langkah  ke  bilik  Hakkai. Perlahan-lahan  dia  membuka  pintu. Terperanjat  dia  melihat  tubuh  Hakkai  masih  kaku  di  atas  katil. Kenapa  dengan  dia  ni? Tak  nak  bangun  lagi  ke? Atau  sakit? Banyak  persoalan  yang  timbul  di  benak  fikirannya.
            “ Hakkai…Hakkai.” Yuri  cuba  mengejutkannya  tetapi  tiada  respon  dari  Hakkai. Dia  memanjat  katil. Perlahan-lahan  dia  menyentuh  dahi  milik  suaminya. Panasnya. Patutlah  tak  nak  bangun.
            “ Awak.” Panggilnya  lembut. Yuri  tersenyum. Dia  keluar  dari  bilik. Ketika  itu  Tuan  Ahmad  sudah  menikmati  sarapan.
            “ Kenapa  Kai  tak  turun-turun  lagi? Dah  lewat  ni.” Soal  Tuan  Ahmad.
            “ Dia  deman, ayah. Panas  sangat,” beritahu  Yuri.
            Yuri  mengeluarkan  telefon  bimbitnya  dan  mendail  nombor  pejabatnya. Dia  memang  sudah  terlewat.
            “ Hello, Wawasan  Design,” sapa  seseorang  di  talian.
            “ Saya  Yukari  Hanun. Saya  nak  mohon  emergency  MC  selama  2, 3  hari, boleh  ye.” Pantas  dia  mematikan  telefon.
            Dia  tidak  mahu  sesiapa  di  syarikat  itu  bertanya  untuk  apa  dia  bercuti. Tuan  Ahmad  cuma  tersenyum  tatkala  mendengar  Yuri  memohon  cuti  untuk  menjaga  anaknya. Dia  dapat  membaca  perasaan  sebenar  gadis  itu  kepada  anaknya. Dia  sudah  lama  hidup.
            “ Ayah  nak  ke  pejabat  dululah.” Tuan  Ahmad  meminta  diri. Yuri  pula  menghilang  diri  ke  dapur.
            “ Eh, tak  pergi  kerja  ke  Yuri?” soal  Mak  Lin. Dia  terkejut  melihat  Yuri. Biasanya  waktu-waktu  begini  Yuri  sudah  tiada  di  rumah.
            “ Kai  demanlah. Yuri  minta  cuti,” ucap  Yuri. Dia  mahu  memasak  bubur  dan  sup  daging  untuk  suaminya.
           


“ HAKKAI, bangunlah. Makan  bubur  ni  sikit. Nanti  perut  masuk  angin.” Yuri  cuba  mengejutkan  Hakkai  dari  lenanya.
            Hakkai  terjaga. Badannya  terasa  amat  lemah. Dia  tidak  berupaya  untuk  berdiri. Dia  membuka  matanya  sedikit. Pandangannya  terang  tatkala  melihat  Yuri  di  sebelahnya  sambil  mengukir  senyuman  manis  kepadanya.
            “ Awak…Makan  bubur  ni ye. Nanti  makan  panadol,” nasihat  Yuri.
            Yuri  menyuakan  sesudu  bubur  kepada  Hakkai. Dengan  lemah, dia  menelan  bubur  yang  disuapkan  oleh  Yuri. Setelah separuh  mangkuk, Hakkai  menolak. Yuri  cuma  menurut  tanpa  bantahan. “ Nanti  makan  ubat  ni.” Dihulur  dua  biji  panadol  kepada  Hakkai. Hakkai  menyambut  lalu  memakan  ubat  itu. Dia  kembali  berbaring.
            “ Panas  jugak  badan  awak  ni,” ujarnya.
            Dia  mengelap  wajah  Hakkai  dengan  tuala  yang  lembap. Wajah  tenang  Hakkai  ditatapnya  sepuas  hati. Kacak  juga  laki  aku  ni, desis  hati  kecil  Yuri. Dahi  yang luas, rambut  lurus  yang  hitam  pekat, kening  yang  indah  terbentuk  dan  bibirnya  yang  merah, tanda  lelaki  tersebut  tidak  pernah  menghisap  rokok. Tangannya  memicit  kepala  Hakkai. Hakkai  dilihat  selesa  dengan  urutannya. Selepas  sejam  mengurut, dia  tertidur.


“ SAYA  lapar,” ujar  Hakkai  setelah  Yuri  tersedar  dari  tidurnya.
            “ Nanti  saya  ambilkan.” Yuri  keluar  dari  bilik. Dia  turun  ke  dapur. Mak  Lin  berada  di  dapur.
            “ Kenapa, Yuri?”
            “ Hakkai  lapar, Mak  Lin. Saya  nak  ambilkan  makanan  untuknya,” jawab  Yuri.
            Mak  Lin  cuma  tersenyum. Dia  tidak  sangka  Hakkai, lelaki  yang  sukar  didekati  itu  akan  jatuh  ke  tangan  wanita  seperti  Yuri. Dia  tahu  benar  dengan  kisah  hidup  Hakkai. Dia  rapat  dengan  anak  muda  itu. Apa  tidaknya  dia  yang  menjaga  anak  itu  sejak  kecil  lagi. Semuanya  akan  diceritakan  kepada  Mak  Lin. Termasuklah  sejarah  tentang  Hakkai  yang  kecewa  dengan  gadis  bertudung, Safarina  Aida.
            Sejak  itu, Hakkai  tidak  lagi  melihat  Hakkai  bersama  dengan  sebarang  perempuan. Dia  sendiri  naik  risau  dengan  keadaaan  Hakkai. Namun, dia  sedikit  lega  kerana  sudah  ada  perempuan  yang  baik  menjaga  pakai  minum  Hakkai. Dia  sudah  menganggap  Hakkai  sebagai  anak  kandungnya  sendiri.



No comments:

Post a Comment