“ KAU macam ada masalah aje. Cerita kat aku. Mana tahu aku boleh tolong,” ujar Hakkai kepada Yuri selepas makan malam.
Yuri cuma tersenyum. Dia menggeleng. Dia tidak mahu rahsia siapa terbongkar. Sekiranya dia memberitahu Hakkai, dia terpaksa membuka cerita yang dilupakan. Dan Hakkai tentu akan tahu siapa dirinya. Lagipun Hakkai ahli perniagaan, tentu dia mengenali Dato’ Rashidi.
“ Kalau kau tak nak cerita kat aku, tak apalah. Tapi janganlah buat muka macam tu depan ayah. Dia tanya aku apa yang tak kena dengan kau, tau. Aku tak nak jawab apa,” ucap Hakkai.
Yuri terkejut mendengar penjelasan daripada Hakkai. Dia tidak sangka yang perubahan dirinya diperasan.
“ Nampak sangat ke?”
“ Kalau tak nampak, aku tak beritahu pulak,” jawab Hakkai.
“ Sorrylah, saya tension sikit. Tapi saya rasa saya dah okey,” ucapnya sambil tersenyum.
Hakkai memandang tepat pada bibir Yuri. Senyuman itu yang dia mahu lihat sebenarnya. Cantik. Bilalah dia boleh memegang bibir yang mungkil itu.
“ Awak?” panggil Yuri.
Hakkai tersentak. Pantas dia memandang mata Yuri. Lama dia merenung mata separuh bulat itu. Yuri juga tidak lari dari memandang tepat ke mata Hakkai. Timbul satu perasaan asing di kamar hatinya. Dia seakan-akan berada di daerah terasing.
Tiba-tiba lampu terpadam. Yuri separuh menjerit. Dia terkejut lantas memeluk Hakkai dia hadapan. Dia paling takut apabila keadaan tiba-tiba gelap. Tubuhnya mengigil. Hakkai tergaman dengan tindakan Yuri. Tapi dia memeluk juga tubuh kecil itu memenangkan perasaan gadis itu. dia sendiri dapat merasakan tubuh kecil itu menggigil. Yuri dapat mendengar jantung Hakkai berdegup. Kencang. Sekali lagi timbul suasana asing di lubuk hatinya. Dia dapat merasakan pelukan lembut daripada Hakkai. Dia melayani perasaan itu.
Beberapa minit kemudian, lampu-lampu itu terpasang dengan sendirinya. Yuri tersedar. Lantas dia menjauhkan dirinya daripada Hakkai. Hakkai juga terkejut. Baru dia ingin merasai nikmatnya, lampu itu telah terpasang. Dalam hatinya, dia mengutuk. Kenapalah tak black out lama sikit?
“ Maafkan saya. Saya terkejut tadi.” Yuri cuma tunduk.
“ Hmm…”
Suasana sepi mula tercipta antara mereka berdua. Tiada siapa pun yang ingin bersuara untuk menamatkan suasana sepi itu.
“ Saya nak buat kerja sayalah.” Yuri pun keluar dan ke bilik sebelah.
Memang dia akan ke bilik sebelah untuk membuat designnya. Hakkai juga mempunyai bilik kerja sendiri. Hakkai tidak mahu kerja-kerja itu dibuat di dalam bilik tidur. Dia tidak mahu menyerabutkan bilik itu dengan masalah-masalah di pejabat.
Yuri duduk di meja kerjanya. Satu apa pun tiada di dalam fikirannya. Sahaja dia mencari alasan untuk melarikan diri. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Hakkai selepas apa yang berlaku tadi. Hakkai masih berdiri di tempat di mana dia memeluk Yuri tadi. Segalanya berulang tayang di kotak ingatan. Dia dapat merasakan kelembutan tubuh gadis idamannya. Gadis idaman? Hisy, dulu kutuk. Sekarang, fuh tak boleh nak cakap.
Memang dulu dia tidak mengenali gadis itu dengan lebih rapat. Tapi sekarang, setelah mengenali gadis itu dengan lebih kenal dengan perangai sebenar gadis itu, dia mula jatuh hati. Dia tersenyum sendirian. Sudah lama dia tidak bermain dengan kata hatinya.
‘ Beritahulah cepat-cepat,’ bisik satu suara.
Hakkai pelik. Suara siapa tadi? Hatinyakah?
‘ Kau kena beritahu dia cepat-cepat.”
‘Tapi…’
‘ Aku rasa dia pun ada hati kat kau.’ Suara itu masih berbisik.
‘ Tapi aku tak tahu macam mana nak beritahu dia.’
‘ Kau kan lelaki tentu kau tahu macam mana nak buat.’ Suara itu kuat menghasut.
Hakkai terdiam lama. Dia ingin memikirkan cara apa yang paling terbaik untuk dia meluahkan rasa hatinya. Cara apa yang perlu dilakukan? Dia tersenyum seperti orang gila.
PAGI yang indah, Yuri bangun seperti biasa. Malam tadi, dia tidak boleh melelapkan mata. Matanya tidak mahu pejam. Berkali-kali dia beralih tempat untuk mendapat tempat yang sesuai. Entah macam mana dia boleh terlelap. Pukul enam setengah pagi, barulah dia bangun.
Selepas bersolat, dia turun ke dapur. Seperti biasa, Mak Lin sedang menyediakan sarapan. Dia membantu apa yang patut. Setelah segala-gala selesai, dia duduk di halaman rumahnya. Dia masih terbayang-bayang tentang kejadian malam tadi. Dia tersentak. Dia menggeleng-geleng. Gila. Kenapa aku fikir macam ni? Sudah. Sudah. Jangan fikir benda macam tu, marahnya di dalam hati.
“ Yuri, Tuan Ahmad panggil sarapan.” Mak Lin tahu di mana sekiranya Yuri tiada di dalam rumah pagi-pagi ini.
“ Baiklah,” balas Yuri. Dia melangkah ke ruang makan. Kelihatan Hakkai dan Tuan Ahmad sudah berada di situ. Dia tersenyum melihat Tuan Ahmad. Namun senyumannya pudar tatkala terpandang wajah Hakkai. Hakkai juga mengukir senyuman kepadanya.
YURI baru pulang dari banglo Puan Sri Maimun. Pagi tadi, dia memang tidak masuk ke pejabatnya lagi. Dia menaiki lif untuk ke tingkat pejabatnya. Dia pun masuk ke pejabatnya. Kebanyakkan staf di situ tersenyum. Ada yang manis dan ada yang senyum menyindir. Hairan dia melihatnya. Tanpa berfikir panjang, dia menerpa masuk ke dalam biliknya. Setelah dia menutup pintu, dia berpaling ke arah mejanya. Dia kaku di tempat itu. Ada sejambak bunga ros putih di atas meja.
Perlahan-lahan dia mendekati meja itu. Matanya tepat memandang ke arah jambakan bunga tersebut. Siapalah yang kirim bunga ini? Bukannya aku suka sangat dengan bunga ni, dengusnya dalam hati. Ada sekeping kad yang terselit di situ. Dia menarik kad itu dan membacanya.
Hatiku sudah terisi dengan kehadiranmu. Ku harap jambakan bunga ini bisa mencairkan hatimu yang dingin membeku.
Yuri berkerut membaca bait-bait yang tertulis di atas kad ini. Entah siapa punya kerja ini. Dia menggeleng-geleng. Dia memang tidak menyukai bunga terutama sekali bunga ros. Tidak kiralah ros merahkah, ros putihkah, semuanya dia tidak suka. Dia mengerling ke arah bunga itu.
Lagu Ai Emma berdering di telefon bimbitnya. Tanda ada mesej yang baru diterimanya. Dia pantas membaca mesej itu.
Hai, apa khabar? Dah trima bunga dr sy? Tentu awak tertanya-tanya siapa sy kn. Sy hrp awk suka bunga itu.
Siapa yang hantar mesej ini? Mengarut betul. Kalaulah aku tahu, siapalah dia. Dia mengambil bunga itu lalu menghumban ke dalam tong sampah. Puas hatinya. Jangan haraplah aku nak terima bunga ini dari orang yang aku tak kenali, desis hati kecilnya. Dia keluar dari biliknya. Terus ke bilik Puan Fauziah. Dia sudah tahu kenapa ada mata yang memandang ke arahnya tadi. Malaslah dia memikirkannya.
No comments:
Post a Comment