Monday, August 8, 2011

Gerak Tari Cinta




Suasana  kawasan  di  universiti  menjadi  bising  tatkala  dua  buah  kereta berhenti  di  Perkarangan  universiti  itu. keluar  2  orang  lelaki  yang  lengkap  berpakaian  serba  hitam  membuka  pintu  kereta  untuk  tuannya. Sebaik  sahaja  orang  itu  menampakkan  dirinya, keadaan  menjadi  tidak  terkawal. Lelaki  yang  berpakaian  hitam  itu  tadi  terpaksa  menghalang  pelajar-pelajar  daripada  mendekati  lelaki  itu.
          Ulrike  tidak  sukakan  keadaan  begitu. Setiap  pagi  kejadian  seperti  ini  akan  berlaku  sehingga  dia  menjadi  menyampah  dengan  kejadian  itu. Sebab   yang  membuatkan  keadaan  itu  menjadi  tidak  terkawal    adalah  pelajar  perempuan  universiti  itu  sendiri. Mana  taknya, penyanyi  kacak, bergaya  sekaligus  terkenal  belajar  di  universiti  itu.
          Ulrike  cepat-cepat  ke  bilik  rahsianya. Bilik  muzik  di  hujung  kawasan  universiti  itu  menjadi  tempat  rahsianya  untuk  berlatih  menyanyi  dan  menari. Bakat  itu  telah  menjadi  darah  dagingnya  kerana  ia  seperti  peringatan  pada  ibunya. Ibunya  merupakan  seorang  penyanyi  yang  amat  terkenal  ketika   beliau  menghembuskan  nafasnya  yang  terakhir.
          Walaubagaimanapun, ayahnya  tidak  suka  dia  mewarisi  bakat  tersebut. Ayahnya  tidak  suka  akan  perkaitan  dirinya  dan  ibunya. Segala  tentang  dirinya  yang  merupai  ibunya  tidak  boleh  dipandang  oleh  ayahnya. Entah  kenapa  dia  sendiri  tidak  tahu. Untuk  mengelakkan  ayahnya  menjadi  marah, dia  memakai  cermin  mata  yang  besar  untuk  menutup  matanya  yang  merupai  ibunya. Dia  juga  memakai  rambut  palsu.
          Kerana  minat  yang  mendalam, dia  telah  mengambil  kelas  menari  dan  menyanyi  secara  rahsia  semasa  kecil  dulu. Akan  tetapi  rahsia  yang  pecah  dek  seorang  kawan  ayahnya  sendiri. Selepas  itu, dia  telah  diberi  amaran  untuk  tidak  mengambil  mana-mana  kelas  yang  melibatkan  bidang  seni. Sejak  hari  itu, Ulrike  telah  berlatih  menari  dengan  sendirinya.
          Selepas  selesai  berlatih, dia  bergegas  ke  kelas  ekonomi. Dia  sudah  berlewat  untuk  ke  kelas. Maklumlah, leka  berlatih  membuatkan  dia  lupa  akan  kelas  itu. Dia  berlari  sepantas  mungkin. Namun  malang  tidak  berbau. Dia  telah  terlanggar  seseorang. Dia  terjatuh.
          “ Woi, minah. Kau  letak  mana  mata  kau  hah?” jerkah  sseorang  lelaki.
          Ulrike  tunduk  ketakutan. Dia  menjadi  kalut  dalam  situasi  seperti  ini.
          “ Awak, saya  minta  maaf. Saya  tak  sengaja  nak  langgar  awak. Lagipun  saya  dah  lambat  nie  nak  ke  kelas.” Ulrike  ingin  melarikan  dirinya.
          Tetapi  sebelum  sempat  dia  melarikan  dirinya, lengannya  telah  ditarik  oleh  lelaki  itu. Ulrike  mengangkat  mukanya. Dia  terkejut. Nak  marah  pun  tak  jadi. Lelaki  itu  sebenarnya  Sanji, penyanyi  terkenal  itu.
          “ Senang  je  kau  nak  larikan  diri  ye. Apa  guna  polis  kalau  orang  senang  je  minta  maaf, hah?” soal  Sanji  dengan  angkuhnya.
          “ Erk…”
          “ Ganti  balik  baju  aku  nie,” arah  Sanji.
          “ Hah? Saya  mana  ada  banyak  duit.” Pantas  mulut  Ulrike  berkata-kata.
          “ Kalau  kau  tak  ada  duit, kau  boleh  bayar  pakai  tubuh  badan  kau,” ujar  Sanji.
          Ulrike  pantas  menekup  badannya  dengan  kedua-dua  belah  tangannya.
          “ Aku  bukannya  binatang  yang  hanya  memuaskan  nafsunya. Maksud  aku, kau  kena  bekerja  dengan  aku,” terang  Sanji.
          “ Ooo…kerja  dengan  awak  ye. Tapi  tak  pe  ke?” soal  Ulrike.
          “ Kenapa  pulak  kau  tanya  macam  tu?” Soalan  Ulrike  dibalas  pertanyaan  pula.
          “ Nanti, fan  awak  serang  saya  macam  mana? Saya  takut,” ujar  Ulrike.
          “ Itu  masalah  kau. Bukan  masalah  aku,” ucap  Sanji  dengan  sombong.
          “ Alamak, dah  lewat  nie. Saya  pergi  dulu.” Ulrike  berlari  meninggalkan  Sanji.
          “ Woi, tunggu  dulu.” Akan  tetapi  jeritan  itu  tidak  lagi  diendahkan  oleh  Ulrike. Dia  mahu  cepat  sampai  ke  kelasnya.
         
Sanji  berlatih  bersama  penari-penari  untuk  lagu  terbarunya. Dia  berehat  seketika  memerhatikan  tarian  penari-penari  itu. Dia masih  tidak  menjumpai  gadis  itu. Gadis  yang  membuatkan  dirinya  menceburi  bidang  seni  ini. Hampir  8  tahun  dia  tidak  berjumpa  dengan  gadis  itu.
          Dia  berjumpa  dengan  gadis  itu  secara  tidak  sengaja  ketika  bermain  sorok-sorok  dengan  kawan-kawannya. Ketika  itu, dia  cuba  menyorok  di dewan  yang  berada  di  situ. Dilihat  tiada  seorang  pun  di  dalam  dewan  itu. Jadi  dia  menyelinap  masuk  ke  dewan  itu.
          “ Mesti  Pali  tak  sangka  aku  menyorok  dalam  nie. Hehehe,” ucapnya  sambil  tersengih.
          Tiba-tiba  terpasang  satu  muzik  tanpa  suara. Dia  melihat  ada  seorang  gadis  sedang  menari  dengan  lembut. Tarian  yang  amat  mengasyikkan  membuatkan  dia  menjadi  terleka  dengan  budak  perempuan  itu. Gerak  tari  gadis  itu  sangat  lembut  dan  mempersonakan.
          Sejak  hari  itu, dia  sudah  tidak  menyertai  kawan-kawannya  bermain. Setiap  petang, dia  akan  menyorok  di  tempat  sama  untuk  melihat  gadis itu  menari. Gadis itu  hanya  menari  tarian  yang  sama.
          Dia  jatuh  cinta  pada  gadis yang  tidak  diketahui  namanya. Wajahnya  yang  amat  cantik  dengan  rambut  panjang  lurus  mengurai. Dia  asyik  dengan  gadis itu. Dia  mengumpul  semangat  untuk  meluahkan  rasa  hatinya  kepada  gadis itu.
          Sampai  satu  hari  itu, dia  memang  bercadang  untuk  meluahkan  segala  tetapi  segalanya  musnah. Disabarkan  hati. Esok  masih  ada. Namun  gadis itu  tidak  jua  muncul. Ditunggunya  berminggu- minggu  berganti  berbulan-bulan. Tahun  juga  telah  berubah  nombor. Gadis itu  lenyap  tanpa  berita.
          Dia  menjadi  menyesal  kerana  mempersiakan  peluang  yang  ada  selama  ini. Untuk  menjejak  gadis itu, dia  menceburi  bidang  seni. Mungkin  gadis  itu  telah  menjadi  penari.
          “ Awak, manager  awak  dah  panggil  tu.” Dia  tersedar  dari  lamunannya  apabila  melihat  gadis  berkaca  mata  itu  melambai  di  hadapannya. “ Awak  sedar  tak  nie?”
          “ Aku  sedar  lagi.” Sanji  menepis  tangan  gadis  berkaca  mata  itu. Dia  menuju  ke  arah  pengurusnya.
          Ulrike  mencebik. Orang  panggil  elok-elok, buat  macam  nie  pulak. Entah  apa  punya  manusialah  dia  nie. Tak  boleh  ke  buat  berbaik  sikit. Ulrike  merungut  dalam  hati. Dua  minggu  bersama  dengan  lelaki  itu, dia  meluat  dengan  lelaki  itu. Ada  sahaja  yang  tidak  kena  tidak  di  mata  lelaki  itu  tentang  apa  yang  dibuatnya.
          “ Ulrike, jomlah  ikut  sekali. Kitaorang  nak  pergi  karaoke  nie,” ajak  pengurus  Sanji.
          Berpaling  ke  arah  Sanji, Sanji  tidak  berkata  apa-apa. Ulrike  tersenyum. Sudah  lama  dia  ingin  masuk  ke  pusat  karaoke  bersama  teman-teman yang  lain. Ulrike  mengangguk.
          Mereka  telah  menyewa  sebuah  bilik  karaoke  yang  agak  besar. Mereka  semua  berseronok  menyanyi  lagu  kesukaan  masing-masing. Ulrike  cuma  memandang  mereka  semua. Dia  gembira  melihat  wajah  Sanji  yang  tersenyum  itu. Bukan  senang  nak  melihat  Sanji  tersenyum.
          “ Ulrike, takkan  duduk  je. Nyanyilah  sekali. Guys, bagi  Ulrike  pulak  menyanyi,” ujar  pengurus  Sanji.
          “ Tak pe  ar. Korang  semua  menyanyi  ar. Saya  tak  berapa  pandai  menyanyi,” tolak  Ulrike.
          Sanji  mengerling  tajam  ke  arahnya. Ulrike  telah  ditarik  oleh  pengurus  Sanji. Dia  telah  berdiri  di  hadapan  mereka  semua. Kerana  tidak  mahu  menghampakan  mereka  semua, dia  telah  memilih  satu  lagu  korea  yang  bertajuk  Without  Saying  yang  dipopularkan  oleh  drama  He’s  beautiful.
          “ Wah, lagu  korea  tu,” jerit  seseorang. Keadaan  menjadi  lebih  meriah.
          Riak  Ulrike  berubah  mengikut  lagu  itu. Dia  mula  menyanyi. Di  skrin  itu  terdapat  maksud  lagu  dalam  bahasa  English  membolehkan  mereka  faham  maksud  lagu  tersebut. Keadaan  menjadi  sunyi  sepi  apabila  Ulrike  mula  menyanyi.

I  shouldn’t  have  done  it..
Should  have  just  ignored..
Like  I  couldn’t  even  see..
Like  I  can’t  see..
You..
From  the  very  first  time..
Maybe  I  shouldn’t  have  seen..
I  should’ve  run  away..
Should’ve  pretended  like  I  didn’t  hear..
Pretending  not  to  hear..
Couldn’t  hear..
From  the  very  first  time..
Shouldn’t have  felt  you  love..
Without  a  word, I  feel  your  love..
Without  a  word, you  gave  me  love..
I  keep  it  all  here, even  your  breathe..
Holding  onto  you  deep  inside  here..
But  you  are  leaving  just  like  that..
Without  a  word, my  love  is  leaving  me..
Without  a  word, my  love  throws  me  away..
What  will I  have  to say..
The  word  on  my  lips..
Were  surprised  by  themselves..
It  all  came  without  a  single  word..

Ulrike  mengakhiri  lagu  itu  dengan  menunduk. Satu  tepukan  yang  amat  gemuruh  diberikan  kepadanya  kerana  menyampaikan  lagu  itu  dengan  hebat  sekali. Lengkap  dengan  eskpresi  wajahnya. Ulrike  tersenyum. Dia  memandang  ke  arah  Sanji. Ingin  mendengar  pujian  dari  mulut  itu  tetapi  Sanji  cuma  diam  tidak  berkata  apa-apa. Kenapa  aku  nak  dia  puji? Pelik  ar  aku  nie, desis  hatinya.
         
ULRIKE  mengeluh  keletihan. Sejak  kebelakangan  ini, dia  menjadi  letih. Waktu  rehatnya  telah  diisi  dengan  kerja  sebagai  pembantu  Sanji. Menjadi  pembantu  Sanji  bukanlah  kerja  yang  senang. Banyak  yang  perlu  dibuat  untuk  memuaskan  hati  penyanyi  itu.    Waktu  rehatnya  yang  biasanya  digunakan  untuk  melatih  menari  sudah  tiada. Semuanya  kerana  Sanji. Telefonnya  berbunyi. Dia  tahu  siapa  yang  menelefonnya  dari  nada  dering  itu.
          “ Ya.” “ Baiklah, saya  akan  kemas  studio  tu. Jangan  risau. Saya  tak  akan  curi  apa-apa  dari  studio  tu.”
          Letak  je  telefon  dari  begnya, dia  mengeluh. Kerja  lagi. Mahal  sangat  ke  baju  dia  tu  sampai  3  bulan  aku  kena  kerja  dengan  dia? Soalan  itu  ditanya  dalam  hatinya. Tiba-tiba  tubuhnya  ditolak  ke  dinding. Dia  mengaduh  kesakitan.
          Hey, nerd  girl. Why  you  keep  follow  Sanji? Do  you  in  love  with  him?” soal  seorang  gadis  seksi. Ulrike  percaya  yang  gadis  itu  fan  Sanji.
          “ Taklah. Saya  cuma  kerja  dengan  dia  sebab  hutang,” ujarnya  tenang.
          Remember  this. I  don’t  want  to  see  you  with  him  again,” ucap  gadis  itu  dengan  angkuh  sekali.
          Ulrike  melihat  gadis  seksi  itu  berlalu  pergi. Ini  bukan  amaran  pertama  yang  diterima  oleh  Ulrike. Sudah  banyak  kali. Tidak  cukup  dengan  amaran. Beg  dan  bukunya  pernah  diletakkan  di  dalam  kolam  hiasan  di  café. Ingin  diberitahu  Sanji, dia  teringat  ayat  yang  pernah  Sanji  katakan, ‘ Itu  masalah  kau. Bukan  masalah  aku.’ membuatkan  dia  tidak  jadi  untuk  memberitahu.
          Dia  perlu  ke  studio  Sanji. Sanji  tidak  akan  berada  di  sana  kerana  berada  di  studio  rakaman. Dia  perlu  membersihkan  studio  itu  sendiri. Sampai  di  sana, dia  melihat  keadaan  studio  itu. Bukan  kotor  sangat  pun. Dia  mengemas  ala  kadar. Dia  duduk  di  tengah  studio  itu. Dia  memandang  cermin  di  hadapannya. Tiba-tiba  idea  datang  ke  kepalanya.
          “ Baik  aku  berlatih  di  sini. Tak  ada  orang  kat  sini. Bukan  senang  dapat  masa  free macam  nie,” ujarnya.
          Dia  memasang  lagu  kegemarannya  di  handphonenya. Membuka  cermin  mata  dan  rambut  palsu  itu. Itu  telah  menjadi  tabiatnya. Dia  akan  kelihatan  seperti  ibunya  apabila  dia  membuka  kedua  benda  itu. Itu  juga  menjadi  tabiatnya  apabila  rindu  pada  ibunya. Dia  menari  dengan  sepenuh  hati. Dia  amat  menghargai  masa  menarinya.
          Sejam  dia  berlatih  menari, dia  berhenti. Dia  melihat  jam  tangannya. Sudah  lewat  petang. Masa  untuk  pulang. Dia  bergegas  ke  tandas  sambil  membawa  barang-barangnya. Dia  mengelap  peluh  di  wajahnya  kemudian  membasuh  wajahnya  dengan  pencuci  muka  yang  dibawanya. Selepas  itu, dia  mengenakan  kembali  cermin  mata  dan  rambut  palsunya  kembali.
          “ Woi, kau  ada  nampak  seorang  gadis  rambut  panjang  lurus  tak  dalam  tu?” Sanji  muncul  secara  tiba-tiba  di  hadapannya.
          “ Eh, awak. Kenapa  awak  boleh  ada  kat  sini  pulak?” soalnya.
          “ Tak  kisah  ar. Jawab  soalan  aku  nie. Ada  tak  kau  nampak  gadis  berambut  panjang  tadi?”
          “ Tak  adalah. Cuma  saya  seorang  dalam  tandas  tadi. Kenapa  awak  tanya  macam  tu?”

          “ Betul  nie?”

          Ulrike  mengangguk. Sanji  yang  tidak  berpuas  hati  masuk  ke  tandas  itu. Tidak  lama  kemudian, dia  keluar  dengan  wajah  yang  hampa.
          “ Saya  balik dulu.” Ulrike  pantas  menghilang  diri  di  sebalik  pintu  studio  itu. Tidak  mahu  diarah  oleh  Sanji  lagi.


“ AKU  yakin  aku  nampak  dia  tadi. Dan  itu  bukan  hantu. Dia  gadis  yang  selama  nie  aku  cari. Aku  nak  jumpa  dia  lagi.” Dia  bercakap  seorang  diri  di  biliknya.
          Petang  tadi, dia  kembali ke  studio  kerana  tertinggal  jam  tangannya. Dia  memang  tidak  boleh  kalau  tangannya  tidak  dilengkapi  dengan  asosseri  itu. Namun  bagaimanapun, dia  telah  dikejutkan  dengan  kehadiran  gadis  itu  di  hadapan  matanya. Gadis  itu  sedang  menari  dalam  studionya  sendiri  dengan  tarian  8  tahun  dahulu.
          Apabila  gadis  itu  berhenti  menari, dia  bergegas  ingin  mendekati  gadis  itu  tetapi  gadis  itu  lebih  pantas  menghilangkan  diri  ke  tandas. Dia  menunggu  di  luar. Namun  orang  yang  ditunggu  tidak  keluar-keluar. Yang  keluar  hanyalah  Ulrike. Ditanya  Urike  tentang  gadis  itu. Hampa  juga. Ulrike  tidak  tahu.
          Wait. Cuma  Ulrike  je  yang  ada  masa  tu. Hanya  dia  yang  berada  dalam  studio  tu  petang  tadi. Dan  gadis  berambut  panjang  itu  bukanlah  hantu. Itu  aku  pasti. Bagaimana  kalau  Ulrike  tu  sebenarnya  gadis  itu?” Dia  bercakap  lagi.
          “ Betul  jugak  teori  aku  nie. Lagipun  dia  pakai  cermin  mata  besar  itu. Rambut  dia  tu  mungkin  rambut  palsu. Aku  kena  jumpa  dia  esok.”

ULRIKE  duduk di  tempat  biasanya  sambil  membaca  buku  dan  mendengar  lagu. Pagi  masih  awal. Pelajar  masih  belum  ramai  yang  datang. Sanji  pun  belum  datang  lagi. Itu  yang  mengembirakannya. Dia  menekan  Mp4nya. Lagu  Without  Saying  bermain  di  telinganya. Teringat  ketika  dia  berkaraoke  hari  itu. Lagu  itu  membawa  maksud  yang  bersirat  singgap  di  hatinya.
          Memberi  sesuatu  maksud  tentang  Sanji. Sejak  hari  itu, dia  sering  teringat  Sanji. Dia  tidak  boleh  jatuh  cinta  pada  Sanji. Dengan  peminatnya  yang  menyakitkan  hati  dan  Sanji  sendiri  tidak  suka  pada  dirinya. Memberitahu  Sanji  tentang  kekeliruan  hatinya  itu  seperti  menempah  nama  di  batu  nisan.
          Terasa  tubuhnya  ditarik  seseorang.  Tetapi  bukan  seseorang. Ramai  pelajar  perempuan  menggelilinginya  sekarang. Ini  tentu  pasal  Sanji. Baru  je  cakap, bala  dah  datang.
          “ Hey, pompuan  tak  tahu  malu. Kan  kitaorang  dah  beri  amaran, jangan  dekat  dengan  Sanji. Kenapa  kau  tak  ikut, hah?” soal  seorang  gadis  sambil  menunjal  dahi  Ulrike  dengan  jarinya.
          “Yelah, muka  tak  cantik  mana  pun. Ada  hati  nak  dekat  dengan  Sanji,” sampuk  seorang  lagi.
          Seorang  perempuan  mencabut  cermin  matanya  lalu  memijaknya. Ulrike  tunduk  mengambil  cermin  matanya  yang  sudah  pecah  itu. Air  matanya  mula  mengalir. Dia  menangis  sambil  duduk  mencangkung.
          Ada  seorang  perempuan lagi  menarik  rambut  palsunya  dari  belakang. Tercabut  rambut  palsunya  itu  diganti  rambutnya  panjang  mengurai  lagi  lurus. Ramai  yang  terkejut  dengan  keadaan  itu.
          “ Kenapa  dengan  rambut  nie? Kau  pakai  rambut  palsu  lagi  ye?” soal  seorang perempuan  cuba  menarik  sekali  lagi  rambut  Ulrike  yang  panjang  itu.
 Ulrike  menjerit  kesakitan. Dia  berdiri  memegang  rambutnya  itu. Wajahnya  sebenarnya  kelihatan  cantik  tanpa  kehadiran  cermin  mata  walaupun  dia  ketika  itu  sedang  menangis. Semua  yang  berada  di  situ  terkejut  dengan  kejelitaan  Ulrike  yang  baru  hari  ini  ditunjukkan  oleh  Ulrike. Itu  pun  secara  paksaan.
“ Cukup. Jangan  sentuh  Ulrike.” Kedengaran  suara  Sanji  kuat.
Sanji  berjalan  mendekati  Ulrike. Dia  menarik  jari  Ulrike  berlalu  pergi  dari  situ. Jari-jemari  Ulrike  digengam  itu  kesejukkan. Mungkin  kerana  terkejut  akibat  incident  tadi. Dia  membawa  Ulrike  ke  studio. Dia  memberi  air  kepada  Ulrike  supaya  Ulrike  bertenang. Ulrike  masih  lagi  nampak  terkejut.
“ Ulrike, kau  tak  apa-apa  kan?” soalnya  tidak  lama  kemudian.
 Ulrike memandangnya  dan  terus  menangis. Ulrike  menerpa  ke  arahnya  dan  memeluk  dengan  erat  sekali. Dia  tergaman. Tidak  sangka  dengan  tindakan  Ulrike  itu  tetapi  dia  tidak  menolak. Dibiarkan  sehingga  Ulrike  berasa  tenang.
“ Terima  kasih  kerana  selamatkan  saya. Saya  minta  maaf  sebab   peluk  awak  tadi,” ucap  Ulrike  sebaik  tangisan  reda.
“ Tak  pe. Aku  pun  nak  terima  kasih  pada  kau.”
“ Kenapa  pulak?”
“ Sebab  kau, aku  dah  berjaya  mencapai  impian  aku.”
“ Hah? Apa  maksud  awak  nie?” Ulrike  kehairanan.
“ Sebab  aku  dapat  jumpa  dengan  gadis  yang  telah  lama  aku  cari,” ucap  Sanji.
“ Siapa  dia? Mana  dia?” soal  Ulrike  blurr.
“ 8 tahun  dulu, aku  selalu  mengintai  seorang  budak  perempuan  nie. Dia  menari  dengan  lincah  sekali. Aku  pun  asyik  dengan  dia. Hari-hari  aku  tengok  dia. Tapi  satu  hari  tu, dia  hilang. Aku  hilang arah. Aku  nak  jumpa  dengan  dia  balik. Sebab  tu  aku  jadi  penyanyi. Semuanya  demi  nak  jumpa  dia  balik. Aku  masih  simpan  lagu  favourite  gadis  itu.”  Sanji  membuka  fail  dalam  handphonenya. Bergema  satu  lagu  yang  biasa  didengari  oleh  Ulrike.
“ Eh, nie  lagu  favourite  saya. Awak  ke  budak  lelaki  yang  menyorok  dalam  dewan  tu?” soal  Ulrike.
“ Jadi, kau  dah  ingat  ke? Itulah  aku. Kau  perasan  ke  masa  tu?”
“ Mestilah. Saya  memang  dah  nampak  masa  tu.”
“ Kenapa  kau  tak  tegur  aku?”
“ Sebab  awak  tak  tegur  saya  dulu. Saya  ingat  awak  cuma  bermain  sorok-sorok  kat  situ.”
“Tak  kisahlah. Janji  aku  dah  jumpa  kau  balik.” Sanji  melutut  di  atas  lantai  menyeluk  saku  seluarnya  lalu  mengeluarkan  sesuatu. “ Sudi  tak  kau  kahwin  dengan  aku?” soalnya  sambil  menghulurkan  sebiji  coklat.
Ulrike  terkejut. “ Awak  tengah  melamar  saya  ke  sekarang  nie?”
“Mestilah. Kau  sudi  tak? Baik  kau  terima. Jangan  menolak.”
“ Kalau  saya  menolak?”
“ Aku  akan  paksa  kau  terima  aku.” Sanji  ketawa.
Ulrike  ketawa. Lelaki  ini  memang  tak  romantik  langsung, Ada  pulak  nak  paksa  orang  terima  dia. Diambil  juga  coklat  di  tangan  Sanji. Sanji  berdiri  memegang  kedua  belah  pipi  Ulrike  dan  mencium  dahi  Ulrike.