Friday, September 24, 2010

sedingin kasih20


Bab  20


TUAN  Ahmad  bingung  dengan  penerangan  yang  diberi  oleh  Yuri. Dia  masih  tidak  percayakan  berita  yang  disampaikan  oleh  Yuri. Rupanya  Yuri  mempunyai  pelajaran  yang  cukup  baik. Sijil-sijil  yang  ditujukan  kepadanya  sebagai  bukti  yang  kukuh. Bachelor  of  Interior Designer. Itulah  pangkat  pelajaran  Yuri. Mati-mati  dia  ingatkan  Yuri  tidak  mempunyai  tahap  pelajaran  yang  tinggi. Cuma  setakat SPM  sahaja. Berita  tentang  perletakkan  jawatannya  juga  amat  membingungkan  fikiran  Tuan  Ahmad.
            “ Tuan  Ahmad, saya  dah  dapat  kerja  itu. Jadi, saya  nak  berhenti. Saya  akan  beri  nofis  24  jam  sebab  esok  saya  nak  start  kerja,” ujar  Yuri.
            “ Kenapa  tak  beritahu  awal-awal?”
            “ Saya  baru  dapat  kelmarin  dulu. Tolonglah  Tuan  Ahmad,” rayunya  sebagaimana  Tuan  Ahmad  merayu  padanya  dahulu.
            Tuan  Ahmad  terlalu  sayangkan  Yuri. Dia  tidak  sanggup  untuk  melepaskan  Yuri  ke  syarikat  lain. Yuri  seorang  pekerja  yang  amat  rajin. Namun  apabila  melihat  wajah  Yuri  yang  begitu  mengharap, dia  mengalah.
            “ Baiklah, ayah  benarkan. Kai  dah  tahu?” tanya  Tuan  Ahmad.
            Yuri  mendiamkan  diri. Untuk  apa  Hakkai  mengetahuinya? Tiada  maknanya.
            Tuan  Ahmad  mengetahui  jawapan  untuk  soalannya  dengan  melihat  raut  wajah  Yuri. Hakkai  tidak  tahu. Dia mengeluh. Dia  tidak  tahu  bagaimana  nak  menasihatkan  mereka  berdua.
            “ Ayah  tak  akan  beritahu  dia. Yuri  beritahulah  sendiri. Ayah  tak  akan  masuk  campur,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Yuri  keluar  dari  bilik  Tuan  Ahmad  dengan  hati  yang  senang. Dapat  juga, dia keluar  dari  syarikat  itu. seperti  biasa, pasangan  sehati  sejoli  itu  mendekatinya.
            “ Kenapa  you  masuk  bilik  Tuan  Ahmad,” soal  Hasliza.
            “ nak  berhenti  kerja,”ucap  Yuri.
            “ Wah, nak  goyang  kaki  kat  rumah aje. Maklumlah  ayah  mertua  pengurus  besar  syarikat,” usik  Linda.
            “ Bukanlah. I  dapat  kerja kat  tempat  lain.” Dia  menarik  nafas lage.
            “ Eh, bila  you  dapat  kerja  tu? Kerja  apa?”
            “ Kemarin  dulu. Kerja  sebagai  pereka  hiasan  dalaman,” ujarnya. Hasliza  dan  Linda  ketawa. Geli  hati  mendengar  lawak  dari  Yuri. Mereka  tidak  percaya.
            “ You  ni  nak  buat  lawak?” soal  Hasliza  sambil  ketawa.
            “ Tak.  I  serius  ni.” Dia  dengan  wajah  selambanya.
            Hasliza  dan  Linda  senyap. Mereka  merenung  wajah  Yuri. Yuri mengangguk.
            “ Betul  ke  ni?”mereka  bertanya  berkali-kali.
            “ Kalau  tak  percaya, nah, tengoklah.” Yuri  menghulurkan  sijil-sijil  yang  ditunjukkan  kepada  Tuan  Ahmad  tadi.
            Terbeliak  mata  mereka  melihat. Berulang  kali  mereka  memandang  sijil-sijil  dengan  wajah  Yuri.
            “ Bachelor  Of  Interior  Designer  from  Yokohama  University. Ada  pengalaman  bekerja  di  jepun  lagi.”
            “ Lepas  SPM, I  sambung  belajar  di  sana  selama  4  tahun. Then, lepas  habis  belajar, kerja  kat  sana  selama  2  tahun  kat  sana,” ujarnya.
            “ Habis, kenapa  you  kerja  kerani?”
            “ Sebab  nak  cari  pengalaman. Sudahlah  I  nak  balik.” Dia  berkemas  untuk  balik.
            “ Eh, husband  you  dah  tahu  ke?” Soalan  cepumas  itu  terkeluar  dari  mulut  Hasliza.
            “ Dia  dah  tahu,” bohong  Yuri.
            Dia  tahu  jika  dia  memberitahu  mereka  yang  Hakkai  tidak  tahu, tentu  banyak  lagi  soalan  cepumas  yang  akan  ditujukan  kepadanya.
           


KERETA  wajanya  bergerak  ke  Busana  Muslim. Dia  mahu  membeli  beberapa  helai  pakaian  lagi. Pakaian  di  sana  semuanya  nampak  cantik  dan  menawan. Walaupun  menutup  aurat, ia  tetap  tampak  bergaya. lagipun  Yuri  tidak  mahu  berbaju  kurung  selalu. Dia  mahu  tampak  berkarisma.
            “ Oh….Cik  Yuri  rupanya. Silakan  masuk.” Pekerja  butik  itu  menyambutnya  dengan  senyuman  manis. Dia  mengenali  Yuri  kerana  Yuri  selalu  datang  ke  butik  ini  untuk  melihat  perkembangan  baru  dalam  pemakaian  pakaian  bertudung. Walaupun  Yuri  seorang  yang  tidak  mudah  tersenyum  tetapi  dia  tetap  menyukai  gadis  bertudung  itu.
            “ Saya  datang  ni  nak  beli  baju. Nak  start  kerja  baru,” ujarnya.
            “ Marilah. Saya  tunjukkan  koleksi  yang baru. Saya  nak  sesuai  untuk  Cik  Yuri,” ucap  pekerja  itu  yang  juga  dikenali  sebagai  Marina.
            “ Cik  puan  ke  mana?” Yuri  bertanya. Dia  tidak  nampak  Puan  Hasmah  yang  merupakan  pemilik  butik  itu.
            “ Cik  puan  pergi  jumpa  klien. Nak  ambil  sampel  kain  yang  baru  sampai  dari  China,” terang  Marina.
            “ Ohhh…tak  apalah. Biar  saya  tengok  dulu,” ujar  Yuri.
            “ Tengoklah  yang  mana  cik  Yuri  berkenaan. Saya  akan  beri  diskaun.” Marina  tersenyum.
            “ Diskaun tak  apa  ke?”
            “ Cik  puan  dah  beri  saya  lampu  hijau  nak  beri  cik  Yuri  diskaun  sebab  cik  Yuri  pelanggan  tetap  kami,” ucap  Marina.
            Yuri  pun pergi  membelek  baju-baju  yang  terdapat  di  situ. Tangannya  pantas  menganalisa  jenis  kain  itu  dan  menilik hasil  kerja  yang  terdapat  di  baju. Setelah  memilih  dan  membuat  pertimbangan, dia  memilih  5  pasang  baju. 2  pasang  baju  berwarna  hitam, 2  pasang  berwarna  merah  hati  dan  sepasang  lagi  berwarna  kuning.
            “ Wah, banyaknya. Pandai  cik  Yuri  pilih  warna. Semuanya  sesuai  dengan  kulit  cik  Yuri  yang  putih  melepak,” puji  Marina.
            Yuri  melihat  jam  tangannya. Hampir  pukul  6  petang. Dia  terkejut. “ Maaf  Marina. Saya kena  cepat  ni. Nanti  suami  saya  tertanya-tanya,” terang  Yuri. Sebenarnya  dia  takutkan  Tuan  Ahmad. Tuan  Ahmad  sering  bertanya  apabila  dia  pulang  lewat. Cemus  dia  memberi  alasan. Tangannya  mengeluarkan  wang  dari  tas  tangannya. Kemudiannya, dia  membayar  kepada  Marina.
            “ Ada  masa  nanti, datang  lagi  ye, cik  Yuri,” pesan  Marina.
            Yuri  mengangguk. Dia  menuju  ke  keretanya. Pantas  dia   masuk  ke  dalam  kereta  dan  memandu  pulang  ke  rumahnya.
           


YURI  bangun  awal. Sebelum  bersembahyang  subuh, dia  mengaji  beberapa  surah. Buat  memudahkan  permulaan  pekerjaannya. Selepas  azan  subuh  berkumandang, dia  bergegas  bersolat. Selesai  bersolat, dia  mengerling  ke  arah  Hakkai  yang  tidak  lagi  bangun  dari  tidurnya. Dia  mahu  mengejut  lelaki  itu  dari  tidur  tetapi  dia  takut  lelaki  itu  berburuk  sangka  terhadapnya. Dia  mengemas  tempat  tidurnya  yang  berada  di  atas  lantai  yang  beralaskan  sebuah  toto. Dia  memang  tidak  tidur  di  atas  katil  mewah  kepunyaan  Hakkai. Ini  kerana  Hakkai  tidak  mahu  berkongsi  katil. Jadi, terpaksalah  tubuh  kecilnya  beralaskan  toto  nipis  itu.
            Ah… dia  ni  tak  nak  bangun  ke? Sekali  lagi  dia  mengerling  tubuh  Hakkai. Masih  kaku  dari  tadi. Dia  menghampiri  Hakkai  namun  dia  mengundur  beberapa  langkah  ke  belakang. Kemudian  dia  mendekati  semula  tubuh  kaku  Hakkai. Disentuh  ibu  jari  kaki  Hakkai  sambil  mengoyangkannya. Hakkai  masih  lagi  tidak  terjaga. Yuri  melangkah  naik ke  atas  katil. Dia  menggaru  kepala  yang  tidak  gatal  itu. macam  mana  ni? desis  hatinya.
            Dia  cuba  memanggil  nama  Hakkai. Tiba-tiba  tangan  Hakkai  memeluk  tubuhnya. Dia  terbaring  mengiring  menghadap  wajah  Hakkai. Kemudian  tangan  Hakkai  semakin  kuat  mencengkam  pinggang  Yuri  yang  ramping. Debaran  hati  Yuri  semakin  kuat. Direnung  wajah  Hakkai. Hidungnya  mancung. Kulitnya  tidak  berapa….hmmm…sawa  matang. Kacak. Yuri  tersedar. Dia  cuba  untuk  meleraikan  pelukan  itu  namun  tidak  dapat. Dia  cuba  pula  memanggil  nama  Hakkai. Hakkai  sedikit  bergerak. Matanya  sedikit  terbuka. Akan  tetapi  selepas  melihat  Yuri  berada  di  sebelahnya, dia  terus  terjun  dari  katil.
            “ Apa kau  buat, hah?” jerkah  Hakkai.
            “ Erg…saya  cuma  nak  kejutkan  awak. Tiba-tiba  awak  peluk  saya. Saya  cuba  melepaskan  diri  saya  tapi  tak  boleh. Lepas  tu, saya  panggillah  nama  awak.”
            Yuri  bangun  membetulkan  tudungnya. Hakkai  merenung  tajam  ke  arah  Yuri. Dia  masih  lagi  tidak  mempercayai  wanita  ini. Hakkai  menuju  ke  bilik  mandi. Yuri  keluar  dari  bilik  itu. Dia  menuju  ke  arah  dapur. Kedengaran  Mak  Lin  sedang  menggoreng sesuatu. Dia  menjenguk  apa  yang  berada  di  dalam  kuali  itu. Nasi  goreng  rupanya.
            “ Eh, cik  Yuri  dah  bangun  rupanya,” tegur  Mak  Lin. “ Cik  Yuri  nak  makan  dulu  ke?”
            “ Hmm.. tak  apalah. Nanti  saya  makan  dengan  Tuan  Ahmad. Saya  nak  ambil  angin  pagi  kat  depan  rumah  sekejap,” tolak  Yuri.
            Sebenarnya  dia  tiada  selera  untuk  menghadap  sarapan. Seleranya  mati  selepas  kejadian  dipeluk  oleh  Hakkai  tadi. Dia  keluar  dari  rumah  itu. Cantik! Matahari  baru  hendak  naik  menampilkan  dirinya. Burung-burung  terbang  mencari  makan. Angin  pagi  sejuk  menyapa  kulit  mukanya. Nyaman  sebentar. Kerjanya  akan  bermula  pada  pukul  9  pagi. Dua  jam  lagi, desis  hatinya.
           



HAKKAI  keluar  ke  balkoni  bilik  untuk  menghirup  udara  pagi. Matanya  meliar  meninjau  kawasan  rumahnya. Matanya  terpaku  pada  kelibat  gadis  yang  sedang  berdiri  di  hadapan  rumah. Dia  memandang  gadis  itu  menggelengkan kepalanya. Entah  apa  yang  sedang  difikirkan  oleh  gadis  itu. Dia  memerhati  lagi  gelagat  gadis  itu. gadis  itu  memegang  kepalanya  dan  mendongak  ke  atas. Masuklah, buat  apa  tengok  dia? Hakkai  melangkah  masuk  semula  ke  bilik. Dia  turun  ke  dapur. Kelibat  Mak  Lin  yang  sedang  membancuh  air  the  dan  milo  diperhatikan.
            “ Eh, Kai. Kai  dah  nak  bersarapan  ke?” soal  Mak  Lin  apabila  menyedari  Hakkai  di  belakangnya.
            “ Nantilah. Nak  bersarapan  dengan  ayah. Dia  tak  bangun  lagi  ke?” soalnya  menjenguk  ke  ruang  tamu  mencari  kelibat  ayahnya.
            “ Tuan  Ahmad, masa-masa  macam  ni, tentu  dah  bangun. Tengah  bersiap  agaknya,” jawab  Mak  Lin.
            Sejurus  kemudian, Tuan  Ahmad  berada  di  ruang  makan. Kelam-kabut  Mak  Lin  mengemas  meja  makan.
            “ Kai, mana  Yuri? Dia  tak  turun  makan  sekali  ke?” soalnya  Tuan  Ahmad  apabila  melihat  Yuri  tiada.
            “ Tuan  nak  saya  panggil  dia  ke?” soal  Tuan  Ahmad.
             Mak  Lin  pula  berdiri  keluar  mencari  Yuri  yang  berada  di  luar  rumah. Ketika  itu, Yuri  sedang  sibuk  menyanyi  kecil  di  laman  buatan  Mak  Lin.
            “ Cik  Yuri, Tuan  Ahmad  panggil  sarapan  bersama,” ujar  Mak  Lin.
            “ Baiklah.” Serentak  itu, kakinya  menuju  masuk  dalam  rumah.
            Kelihatan  Tuan  Ahmad  dan  Hakkai  sedang  menunggunya. Dia  duduk  di  sebelah  Tuan  Ahmad. Mereka  makan  tanpa  bercakap  apa-apa. Selesai  makan, barulah  Tuan  Ahmad  bersuara. “ Yuri, hari  ni  first  okey, kan? Buat  yang  terbaik,” nasihat  Tuan  Ahmad. Yuri  mengangguk.
            Hakkai  kurang  mengerti  langsung  dengan  apa  yang  diperkatakan. Dia  tidak  berminat  langsung  dengan  apa  yang  berkaitan  dengan  gadis  itu. Yuri  meminta  diri  untuk  bersiap. Dia  naik  ke  biliknya. Lalu, dia  menyalin  pakaiannya. Baju  labuh  dan  berseluar  hitam  yang  dipakai  telah  menyerlahkan  lagi  kulitnya  yang  putih  gebu  itu. selesai  bersiap, dia  pun  turun. Nampak  bergaya  apabila  dia  memakai  baju  itu. Tuan  Ahmad  tersenyum  melihat  anak  menantunya. Cukup  berkarisma. Elegan.
            “ Cuba  yang  terbaik.” Yuri  mencium  tangan  Tuan  Ahmad. “ Hakkai  dah  pergi,” ujar  Tuan  Ahmad  apabila  melihat  Yuri  meninjau  kiri  dengan  kanan.
            “ Saya  pergi  dulu,” ucap  Yuri.

No comments:

Post a Comment