Thursday, November 25, 2010

Sedingin kasih45


“ ESOK  Mak  Lin  cuti  seminggu. Tak  boleh  lama-lama. Tak  ada  orang  kemaskan  rumah  nanti,” ucap  Mak  Lin.
            “ Mak  Lin  ni  macam  lupa  dengan  Yuri  ni. Yuri  kan  ada. Tahulah  Yuri  mengemasnya,” ucap  Yuri  pula.
            Ketika  itu, dia  sedang  duduk  bersantai  di  laman  rumah  Tuan  Ahmad  bersama  Mak  Lin. Hakkai  sudah  sihat  dan  sekarang  dia  bersama  Tuan  Ahmad  ke  London. Katanya, ada  kerja  yang  perlu  diselesaikan. Mulai  esok  dia  akan  tinggal  seorang  diri  di  rumah. Tuan  Ahmad  menyuruh  mengajak  kawannya  untuk  datang  menemani  Yuri  tetapi  dia  menolak. Dia  memberitahu  yang  dia  boleh  menjaga  diri  sendiri.
            Dia  masih  diganggu  dengan  pemanggil  misteri  itu. Dia  tidak  bertanya  tentang  perkara  ini  kepada  Hakkai. Sebenarnya  dia  tidak  yakin  yang  Hakkai  adalah  pemanggil  itu  tetapi  yang  peliknya  nama  yang  digunakan  untuk  dirinya  oleh  pemanggil  itu  sama  dengan  Hakkai. Yuri  juga  meneliti  Hakkai  namun  Hakkai  tidak  memberi  apa-apa  reaksi.
            Ceritanya  tentang  dirinya  yang  mempunyai  secret  admirer  heboh  diperkatakan. Dia  langsung  tidak  memberi  reaksi  tentang  cerita  itu. Walaupun  bagaimanapun, bunga-bunga  tidak  lagi  dihantar  oleh  lelaki  itu. Cuma  mesej  yang  diterima  sahaja  menunjukkan  lelaki itu  masih  ingin  menganggu  kehidupan  peribadinya.



“ BIAR  saya  yang  hantar  Mak  Lin. Lagipun  saya  tak  bekerja  hari  ni.” Dia  terus  mendesak  Mak  Lin  supaya  Mak  Lin  dihantar  olehnya.
            “ Biar  Mak  Lin  baik  sendiri. Menyusahkan  Yuri  sahaja.” Mak  Lin  masih  menolak.
            “ Saya  tak  kira. Biar  saya  yang  hantar  Mak  Lin.” Yuri  merampas  beg  pakaian  dari  tangan  Mak  Lin  dan  memasukkan  beg  itu  ke  dalam  keretanya.
            “ Yelah..Biar  Yuri  yang  hantar  Mak  Lin.” Mak  Lin  mengalah.
            Yuri  menghantar  Mak Lin  ke  rumah  anak  lelakinya  di  Damasara  Utama. Selepas  itu, dia  meronda-ronda  tanpa  arah  tujuan. Selepas  bosan, dia  mengambil  keputusan  untuk  ke  rumah  Liya. Apabila  sampai  di  rumah  Liya, kelihatan  Liya  sedang  menyiram  pokok  bunganya. Yuri  membunyikan  hon  keretanya  tatkala  melihat  Liya  terleka  melakukan  tugas  itu.
            Liya  terperanjat  lantas  memandang  ke  arah  pintu  pagar. Dia  menutup  pili  air  dan  menuju  ke  arah  pintu  pagar  untuk  menyambut  kedatangan  kawannya.
            “ Mana  budak-budak  yang  menyewa  kat  sini  tu?” soal  Yuri  apabila  melihat  rumah  itu  tiada  penghuninya  kecuali  Liya.
            “ Hujung  minggu  kan, apa lagi  budak-budak  itu  pergi  shopping,” jawab  Liya.
            “ Habis  kau  tak  nak  pergi  shopping  ke?”
            “ Malaslah  aku. Sesak  nafas  aku  aje  ramai-ramai  macam  tu.”
            Yuri  tersenyum. Liya  membalasnya. Sudah  lama  dia  ingin  melihat  senyuman  itu  tergantung  di  bibir  mungkil  Yuri. “ Kenapa  datang  sini?”
            “ Kenapa  tak  boleh  ke?”
            “ Bukan. Biasanya  kau  busy  aje.”
            “ Bosan  tak  ada  orang  kat  rumah. Tuan  Ahmad  dan  Hakkai  pergi  oversea, ada  kerja  sikit. Mak  Lin  pulak  bercuti  seminggu,” jelas  Yuri.
            “ Tidur  kat  sini, nak  tak  Yuri?”
            “ Mana  boleh. Aku  kena  jaga  rumahlah. Buat  pencuri  masuk, mampus  aku,” ucap  Yuri.
            Liya  ketawa. Kedengaran  salam  diberi  di  luar  rumah. Pasangan  gadis  itu  telah  pulang. Mereka  melintasi  Liya  dan  Yuri  yang  sedang  berada  di  ruang  tamu. Mereka  menegur. Liya  membalasnya. Mereka  berbual  sampai  lewat  petang. Segara  Yuri  meminta  diri  untuk  pulang. Dia  sempat  ke  pasaraya  untuk  membeli  barang  dapur. Dia  tidak  mahu  memasak. Dia  tidak  lapar pun. Sampai  di  rumah, kelihatan  rumah  itu  sunyi  kerana  tiada  penghuninya. Seram  pula  bila  tinggal  sorang-sorang. Yuri  bermonolog.
            Dia  masuk  ke  dalam  rumah. Azan  maghrib  berkumandang. Dia  bersiap  sedia  untuk  menunaikan  solat  maghrib. Usai  bersolat, dia  turun  ke  bawah. Ingin  menonton  televisyen. Tiada  cerita  yang  menarik. Cuma  berita  negara  luar. Tiada  siapa  yang  ingin  dibualkan. Rugi  pula  rasanya  menolak  pelawaan  Liya  untuk  tidur  bersama  di  rumah  itu. Kedengaran  telefonnya  berbunyi  sayu-sayu  di  tingkat  dua. Dengan  pantas, dia  mendapatkan  telefon  itu.
            “ Assalamualaikum.” Dia  memberi  salam.
            “ Waalaikumussalam.” Kedengaran  suara  menjawab  salamnya. Selepas  itu, tiada  kedengaran  suara  lagi. Yuri  pelik. Siapa  yang  menelefonnya.
            “ Awak  sihat?” Suara  itu  bertanya.
            “ Awak  lagi?” Separuh  menjerit, Yuri  bertanya.
            Lelaki  yang  menganggunya  menelefon  lagi.
            “ Hei, berapa  kali  aku  cakap, jangan  telefon  aku  lagi. Kenapalah  kau  tak  faham  bahasa  melayu?” soal  Yuri  geram.
            “ Saya  sengaja  nak tanya  keadaan  awak, tak  boleh  ke?”
            “ Tak  boleh. Sudah  saya  nak  tidur.”
            “ Tidurlah. Biar  mimpi  yang  indah. Boleh  saya  masuk  sekali.”
            Yuri  sempat  mendengar  bait  kata  itu  sebelum  dia  mematikan  talian. Kenapalah  dia  tak  reti  bahasa? Ingin  sekali  dia mahu  tahu  siapakah  gerangan  lelaki  yang  selalu  menganggu  hidupnya. Selepas  itu, azan  isyak  pula  yang  berkumandang. Dia  pantas  mengambil  wuduk. Segera  dia  menunaikan  solat  isyak. Usai  bersolat, dia  membuka  almari  peribadinya. Dia  menarik  sehelai  kain  satin. Gaun  tidur  berwarna  merah  yang  cukup  seksi. Pemberian  Okada  ketika  dia  masih  berada  di  Jepun. Dulu  dia  sering  memakainya. Namun sekarang, dia  langsung  tidak  menyentuh  gaun  itu.
            Disarung  gaun itu  ke  badannya. Dia  membelek  dirinya  di  hadapan  cermin. Rambutnya  dilepaskan. Rambutnya  telah  berada  di  paras  pinggang. Rambutnya  nipis, tidak  setebal  rambut  Nija, bintang  AF1  itu. Rambutnya  amat  senang  diluruskan. Dia  menyikat  rambutnya  perlahan-lahan. Dengan  pantas, dia  berbaring  di  tengah-tengah  katil. Bukan  selalu  dia  bebas  seperti  malam  ini. Dia  memejam  matannya. Lenanya  datang  tanpa  dipaksa.
           
           


TERASA  angin  malam  masuk  melalui  tingkap  yang  dibuka. Yuri  mengeliat  perlahan. Dia  membuka  matanya  sedikit. Dia  melihat  bayangan  seorang  lelaki  sedang  duduk  di  sebelahnya. Dia  menjadi  takut. Dia  bertindak  ingin melarikan  diri  namun  lelaki  itu  sedar  akan  tindakan  yang  ingin  diambilnya. Lantas  lelaki  itu  memeluknya  dari  belakang. Dia  meronta-ronta  minta  dilepaskan. Sudahlah  dia  berpakaian  sebegitu  seksi.
            “ Janganlah  takut. Ini  aku, Hakkai.” Mendengar  suara  itu  dia  menjadi  lega. Dia  memeluk  Hakkai  seerat  mungkin. Dia  memang  betul-betul  takut  dengan  keadaan  tadi.
            Hakkai  berasa  bersalah  kerana  telah  menakutkan  Yuri. Tadi  dia  sendiri  terpegun  dengan  kecantikan  Yuri  lalu  bertindak  memeluk  Yuri. Dia  dapat  merasakan  ketenangan  apabila  memeluk  Yuri. Lama  mereka  berada  dalam  keadaan  itu. Hakkai  memandang  wajah  Yuri dalam  kegelapan. Dia  dapat  melihat  muka  Yuri  tunduk  malu. Dia  memaut  dagu  Yuri  dan  mengangkatnya  ke  atas. Dia  mencium  dahi  Yuri. Melihat  tiada  pernolakan  daripada  Yuri, dia mencium  pipi  Yuri  pula. Kemudian  bibir  mungkil  Yuri  menjadi  mangsa. Hakkai  membaringkan  Yuri  perlahan-lahan.
            Dia  juga  berbaring  dan  memeluk  pinggang  Yuri  dengan  erat  sekali. Dia  mendekatkan  wajahnya  ke  telinga  Yuri  memberi salam. Yuri  cuma  menjadi  patung  bernyawa. Kaku. Hakkai  semakin  galak  bertindak. Dia  mencium  pipi  mulus  Yuri. Yuri  sedikit  tersentak. Hakkai  tidak  mempedulikannya. Namun  Yuri  tidak  melawan. Cuma  membiarkan  sahaja  perbuatan  Hakkai  terhadap  dirinya. Hatinya  juga  sudah  tidak  mampu  menolak  kehadiran  Hakkai. Hakkai  sudah  mendapatkan  tempat  di  hatinya  yang  selama  ini  belum  ada  penghuninya. Dia  tenggelam  dalam  dunia  syurga  indah  yang  dicipta  oleh  Hakkai.
           

Tuesday, November 23, 2010

Sedingin kasih44

YURI  terus  diganggu oleh  pengirim  mesej  yang  tidak  dikenali. Ada  sekali   dia  menelefon  nombor  itu  tetapi  tiada  siapa  yang  mengangkatnya. Dia  menjadi  bengang. Selalu  sangat  pengirim  mesej  itu  menghantar  mesej  yang  mengarut  kepadanya. Bosan  aku  layan  orang  gila  ni.
            Sy hrp  sangat  awk  trima  cinta  dr  sy.
            Nak  mampus  agaknya  lelaki  ini. Dia  membalas  mesej  tersebut.
            Hei, kau  nk  mmpus  ke? Tolonglh  jgn  ganggu  aku  lg, fhm. Idoit…idiot…
            Puas  hatinya. Beberapa  ketika  kemudian, mesej  dari  lelaki  itu  sampai  lagi.
            Knp  awk x  nk  trima  cinta  sy?
            Bodohnya  lelaki  ini. Tahap  kesabarannya  sudah  berada  di  tahap  yang  paling  rendah. Dia  pantas  menelefon  nombor  itu. Ada  yang  mengangkatnya. Tanpa  menunggu  orang  di  sana  berbicara  dulu, dia  terus  menyerang.
            “ Hei, jantan. Kau  tak  reti  bahasa  ke? Aku  cakap  jangan  ganggu  aku  lagi.”
            Lelaki  di  talian  itu  membisu. Yuri  terus  menyumpah. Dia  bercakap  dalam  bahasa  bahasa  Jepun. Memaki  hamun  dalam  bahasa  Jepun.
            “ Hanun,” sapa lelaki  itu.
            Yuri  tersentak. Adakah  lelaki  itu  kenal  dengannya? Tiada  siapa  yang  memanggil  dengan  nama  sebegitu. Hakkaikah? Cuma  dia  seorang  yang  panggilnya  dengan  nama  Hanun. Pelik. Kenapa  dia  mahu  ganggu  aku? Persoalan-persoalan  itu  terus  bermain  di  fikirannya. Akhirnya  dia  tertidur  di  meja  kerjanya  sehinggalah  Mak  Lin  datang  mengejutkannya  supaya  masuk  ke  dalam  bilik.



BOLEH  tahan  bisa  mulut  dia  ni. Hakkai  ketawa  perlahan. Dia  tidak  menyangka  Yuri  akan  mengeluarkan  kata-kata  yang  cukup  kesat. Entah  apa  yang  dibebelkan  dalam  bahasa  Jepun. Dia  ketawa  lagi. Kerja-kerja  di  bilik  kerja  ditinggalkan. Seharian  dia  berada  di  bilik  kerjanya. Dia  langsung  tidak  keluar  untuk  makan  tengah  hari. Ada  kerja  yang  perlu  diuruskan. Setelah  puas  menatap  kerja  yang  bertimbun, dia  menganggu  Yur.
Dia  masuk  ke  bilik  dan  melihat  Yuri  terbaring  kaku  di  atas  meja. Dia  mengukir  senyuman  lagi. Dia  merangkak  naik  ke  atas  katil  dan  berbaring  di  sebelah  Yuri. Yuri  berbaring  mengiring  menghadap  ke  arahnya. Dia  pun  berbaring  ke  arah  yang  bertentangan  dengan  wajah  Yuri. Dia  memandang  ke  wajah  polos  Yuri.
Tangannya  bergerak  menyentuh  lembut  wajah  itu. Hati-hati  sekali  takut  terganggu  tidur sang  puteri  di  sebelahnya. Tangannya  mengusap  lembut  wajah  itu. Dari  matanya, ke  hidung, ke  pipi  terus  ke  bibir. Lama  dia  menatap  bibir  comel.



YURI  terkejut  dari  tidur. Dia  mengeliat. Dia  bangun  dari  katil. Dia  menarik  telefon  bimbitnya. Pukul  6.15  pagi. Dia keluar  balkoni  bilik. Angin  pagi  menyapa  manja  kulit  wajahnya. Dia  menarik  nafas  panjang. Hidup  perlu  diteruskan.
Dia  masuk  kembali  ke  dalam  bilik  dan  menarik  tuala  dan  melangkah  ke  bilik mandi. Dia  pun  membersihkan  diri.
 Setelah  siap, dia  bersolat. Usai  bersolat, dia  turun  ke  dapur. Senyap. Pelik. Kenapa? Biasanya  Mak  Lin  ada  sekarang  sedang  menyediakan  sarapan. Mungkin  Mak  Lin  tidak  bangun  lagi. Tangannya  ringan  menyediakan  bahan  untuk  membuat  nasi  goreng. Dia  pun  mula  memasak. Setelah  Yuri  siap  menyediakan  sarapan, Mak  Lin  muncul  di  hadapannya.
            “ Maafkan  Mak  Lin. Mak  Lin  bangun  lewat. Habislah  sarapan  tak  buat  lagi. Tentu  Tuan  Ahmad  dah  bangun,” ucap Mak  Lin.
            Dia  bagaikan  dirantai  dengan  keresahan. Kelam  kabut  Mak  Lin. Yuri  melihat  keletah  Mak  Lin  tersenyum.
            “ Mak  Lin, tenanglah. Saya  dah  buat  sarapan  untuk  pagi  ini,” ucap  Yuri  menenangkan  Mak  Lin.
            Mak  Lin  kembali  tenang  setelah  mendengar  penjelasan dari  Yuri. “ Nasib  baik  Yuri  dah  buat. Kalau  tak, habislah  Mak  Lin.” Tangannnya  menyediakan  air  minuman  untuk  sarapan  itu.
            “ Mak  Lin  tu  dah  tua. Sesekali  rehatlah. Kan  Mak  Lin  ada  anak. Cutilah  beberapa  hari. Saya  tengok  Mak  Lin  tak  pernah  cuti  sejak  saya  kahwin,” cadang  Yuri.
            “ Bagus  jugak  tapi  susah  nanti. Rumah  ini  tak  ada  orang  yang  jaga,” ujar  Mak  Lin.
            “ Saya  kan  ada. Nanti  saya  tengok-tengoklah.” Yuri  tersenyum.
            “ Tapi  Yuri  kan  kerja?”
            “ Alah, Mak  Lin. Setakat  jaga  rumah, bukannya  jaga  anak,” gurau  Yuri.
            “ Habis  tu, Yuri  tak  nak  anak? Mak  Lin  tengok  Hakkai  tu  macam  dah  baik  dengan  Yuri.” Mak  Lin  cuba  mengusik  tanpa  menyedari  reaksi  wajah  Yuri  yang  telah  berubah. Yuri  tidak  menjawab. Dia  Cuma  membiarkan  persoalan  itu  berlalu  dibawa  angin.
            “ Eh, Yuri  tak  suka  ke  kita  cakap  pasal  benda  ni? Mak  Lin  minta  maaflah,” ucap  Mak  Lin.
            “ Tak  apalah, Mak  Lin. Marilah  kita  bawa  makanan  ni  ke  ruang  makan. Tentu  ayah  dah  tunggu.” Dia  berlalu  membawa  nasi  goreng  bersama  roti  bakar  ke  ruang  makan.
            Manakala  Mak  Lin  membawa  air  the  yang  dibuatnya  ke  ruang  makan. Yuri  berlalu  dari  situ  untuk  memanggil  Tuan  Ahmad  dan  Hakkai. Tuan  Ahmad  sudah  dipanggil. Hakkai  masih  tidak  turun-turun. Biasanya  Hakkai  sudah  terpacak  di  meja  makan  time-time  begini. Hatinya  digundah  kebimbangan. Apa  yang  berlaku? Hatinya  berasa  tidak  enak. Diayun  langkah  ke  bilik  Hakkai. Perlahan-lahan  dia  membuka  pintu. Terperanjat  dia  melihat  tubuh  Hakkai  masih  kaku  di  atas  katil. Kenapa  dengan  dia  ni? Tak  nak  bangun  lagi  ke? Atau  sakit? Banyak  persoalan  yang  timbul  di  benak  fikirannya.
            “ Hakkai…Hakkai.” Yuri  cuba  mengejutkannya  tetapi  tiada  respon  dari  Hakkai. Dia  memanjat  katil. Perlahan-lahan  dia  menyentuh  dahi  milik  suaminya. Panasnya. Patutlah  tak  nak  bangun.
            “ Awak.” Panggilnya  lembut. Yuri  tersenyum. Dia  keluar  dari  bilik. Ketika  itu  Tuan  Ahmad  sudah  menikmati  sarapan.
            “ Kenapa  Kai  tak  turun-turun  lagi? Dah  lewat  ni.” Soal  Tuan  Ahmad.
            “ Dia  deman, ayah. Panas  sangat,” beritahu  Yuri.
            Yuri  mengeluarkan  telefon  bimbitnya  dan  mendail  nombor  pejabatnya. Dia  memang  sudah  terlewat.
            “ Hello, Wawasan  Design,” sapa  seseorang  di  talian.
            “ Saya  Yukari  Hanun. Saya  nak  mohon  emergency  MC  selama  2, 3  hari, boleh  ye.” Pantas  dia  mematikan  telefon.
            Dia  tidak  mahu  sesiapa  di  syarikat  itu  bertanya  untuk  apa  dia  bercuti. Tuan  Ahmad  cuma  tersenyum  tatkala  mendengar  Yuri  memohon  cuti  untuk  menjaga  anaknya. Dia  dapat  membaca  perasaan  sebenar  gadis  itu  kepada  anaknya. Dia  sudah  lama  hidup.
            “ Ayah  nak  ke  pejabat  dululah.” Tuan  Ahmad  meminta  diri. Yuri  pula  menghilang  diri  ke  dapur.
            “ Eh, tak  pergi  kerja  ke  Yuri?” soal  Mak  Lin. Dia  terkejut  melihat  Yuri. Biasanya  waktu-waktu  begini  Yuri  sudah  tiada  di  rumah.
            “ Kai  demanlah. Yuri  minta  cuti,” ucap  Yuri. Dia  mahu  memasak  bubur  dan  sup  daging  untuk  suaminya.
           


“ HAKKAI, bangunlah. Makan  bubur  ni  sikit. Nanti  perut  masuk  angin.” Yuri  cuba  mengejutkan  Hakkai  dari  lenanya.
            Hakkai  terjaga. Badannya  terasa  amat  lemah. Dia  tidak  berupaya  untuk  berdiri. Dia  membuka  matanya  sedikit. Pandangannya  terang  tatkala  melihat  Yuri  di  sebelahnya  sambil  mengukir  senyuman  manis  kepadanya.
            “ Awak…Makan  bubur  ni ye. Nanti  makan  panadol,” nasihat  Yuri.
            Yuri  menyuakan  sesudu  bubur  kepada  Hakkai. Dengan  lemah, dia  menelan  bubur  yang  disuapkan  oleh  Yuri. Setelah separuh  mangkuk, Hakkai  menolak. Yuri  cuma  menurut  tanpa  bantahan. “ Nanti  makan  ubat  ni.” Dihulur  dua  biji  panadol  kepada  Hakkai. Hakkai  menyambut  lalu  memakan  ubat  itu. Dia  kembali  berbaring.
            “ Panas  jugak  badan  awak  ni,” ujarnya.
            Dia  mengelap  wajah  Hakkai  dengan  tuala  yang  lembap. Wajah  tenang  Hakkai  ditatapnya  sepuas  hati. Kacak  juga  laki  aku  ni, desis  hati  kecil  Yuri. Dahi  yang luas, rambut  lurus  yang  hitam  pekat, kening  yang  indah  terbentuk  dan  bibirnya  yang  merah, tanda  lelaki  tersebut  tidak  pernah  menghisap  rokok. Tangannya  memicit  kepala  Hakkai. Hakkai  dilihat  selesa  dengan  urutannya. Selepas  sejam  mengurut, dia  tertidur.


“ SAYA  lapar,” ujar  Hakkai  setelah  Yuri  tersedar  dari  tidurnya.
            “ Nanti  saya  ambilkan.” Yuri  keluar  dari  bilik. Dia  turun  ke  dapur. Mak  Lin  berada  di  dapur.
            “ Kenapa, Yuri?”
            “ Hakkai  lapar, Mak  Lin. Saya  nak  ambilkan  makanan  untuknya,” jawab  Yuri.
            Mak  Lin  cuma  tersenyum. Dia  tidak  sangka  Hakkai, lelaki  yang  sukar  didekati  itu  akan  jatuh  ke  tangan  wanita  seperti  Yuri. Dia  tahu  benar  dengan  kisah  hidup  Hakkai. Dia  rapat  dengan  anak  muda  itu. Apa  tidaknya  dia  yang  menjaga  anak  itu  sejak  kecil  lagi. Semuanya  akan  diceritakan  kepada  Mak  Lin. Termasuklah  sejarah  tentang  Hakkai  yang  kecewa  dengan  gadis  bertudung, Safarina  Aida.
            Sejak  itu, Hakkai  tidak  lagi  melihat  Hakkai  bersama  dengan  sebarang  perempuan. Dia  sendiri  naik  risau  dengan  keadaaan  Hakkai. Namun, dia  sedikit  lega  kerana  sudah  ada  perempuan  yang  baik  menjaga  pakai  minum  Hakkai. Dia  sudah  menganggap  Hakkai  sebagai  anak  kandungnya  sendiri.



Monday, November 22, 2010

Sedingin kasih43

“ KAU macam  ada  masalah  aje. Cerita  kat  aku. Mana  tahu  aku  boleh  tolong,” ujar  Hakkai  kepada  Yuri  selepas  makan  malam.
            Yuri  cuma  tersenyum. Dia  menggeleng. Dia  tidak  mahu  rahsia  siapa  terbongkar. Sekiranya  dia  memberitahu  Hakkai, dia  terpaksa  membuka  cerita  yang  dilupakan. Dan  Hakkai  tentu  akan   tahu  siapa  dirinya. Lagipun  Hakkai  ahli  perniagaan, tentu  dia  mengenali  Dato’ Rashidi.
            “ Kalau kau  tak  nak  cerita kat  aku, tak  apalah. Tapi  janganlah  buat  muka  macam  tu  depan  ayah. Dia  tanya  aku  apa  yang  tak  kena  dengan  kau, tau. Aku  tak  nak  jawab  apa,” ucap  Hakkai.
            Yuri  terkejut  mendengar  penjelasan  daripada  Hakkai. Dia  tidak  sangka  yang  perubahan  dirinya  diperasan.
            “ Nampak  sangat  ke?”
            “ Kalau  tak  nampak, aku  tak  beritahu  pulak,” jawab  Hakkai.
            “ Sorrylah, saya  tension  sikit. Tapi  saya  rasa  saya  dah  okey,” ucapnya  sambil  tersenyum.
            Hakkai  memandang  tepat  pada  bibir  Yuri. Senyuman  itu  yang  dia  mahu  lihat  sebenarnya. Cantik. Bilalah  dia  boleh  memegang  bibir  yang  mungkil  itu.
            “ Awak?” panggil  Yuri.
            Hakkai  tersentak. Pantas  dia  memandang  mata  Yuri. Lama  dia  merenung  mata  separuh  bulat  itu. Yuri  juga  tidak  lari  dari  memandang  tepat  ke  mata  Hakkai. Timbul  satu  perasaan  asing  di  kamar  hatinya. Dia  seakan-akan  berada  di  daerah  terasing.
            Tiba-tiba  lampu  terpadam. Yuri  separuh  menjerit. Dia  terkejut  lantas  memeluk  Hakkai  dia  hadapan. Dia  paling  takut  apabila  keadaan  tiba-tiba  gelap. Tubuhnya  mengigil. Hakkai  tergaman  dengan  tindakan  Yuri. Tapi  dia  memeluk  juga  tubuh  kecil  itu  memenangkan  perasaan  gadis  itu. dia  sendiri  dapat  merasakan  tubuh  kecil  itu  menggigil. Yuri  dapat  mendengar  jantung  Hakkai  berdegup. Kencang. Sekali  lagi  timbul  suasana  asing  di  lubuk  hatinya. Dia  dapat  merasakan  pelukan  lembut  daripada  Hakkai. Dia  melayani  perasaan  itu.
            Beberapa  minit  kemudian, lampu-lampu  itu  terpasang  dengan  sendirinya. Yuri  tersedar. Lantas  dia  menjauhkan  dirinya  daripada  Hakkai. Hakkai  juga  terkejut. Baru  dia  ingin  merasai  nikmatnya, lampu  itu  telah  terpasang. Dalam  hatinya, dia  mengutuk. Kenapalah  tak  black  out  lama  sikit?
            “ Maafkan  saya. Saya  terkejut  tadi.” Yuri  cuma  tunduk.
            “ Hmm…”
            Suasana  sepi  mula  tercipta  antara  mereka  berdua. Tiada  siapa  pun  yang  ingin  bersuara  untuk  menamatkan  suasana  sepi  itu.
            “ Saya  nak  buat kerja  sayalah.” Yuri  pun  keluar  dan  ke  bilik  sebelah.
            Memang  dia  akan  ke  bilik  sebelah  untuk  membuat  designnya. Hakkai  juga  mempunyai  bilik  kerja  sendiri. Hakkai  tidak  mahu  kerja-kerja  itu  dibuat  di  dalam  bilik  tidur. Dia  tidak  mahu  menyerabutkan  bilik  itu  dengan  masalah-masalah  di  pejabat.
            Yuri  duduk  di  meja  kerjanya. Satu  apa  pun  tiada  di  dalam  fikirannya. Sahaja  dia  mencari  alasan  untuk  melarikan  diri. Dia  tidak  sanggup  berhadapan  dengan  Hakkai  selepas  apa  yang  berlaku  tadi. Hakkai  masih  berdiri  di  tempat  di  mana  dia  memeluk  Yuri  tadi. Segalanya  berulang  tayang  di  kotak  ingatan. Dia  dapat  merasakan  kelembutan  tubuh  gadis  idamannya. Gadis  idaman? Hisy, dulu  kutuk. Sekarang, fuh  tak  boleh  nak  cakap.
            Memang  dulu  dia  tidak  mengenali  gadis  itu  dengan  lebih  rapat. Tapi  sekarang, setelah  mengenali  gadis  itu  dengan  lebih  kenal  dengan  perangai  sebenar  gadis  itu, dia  mula  jatuh  hati. Dia  tersenyum  sendirian. Sudah  lama  dia  tidak  bermain  dengan  kata  hatinya.
            ‘ Beritahulah  cepat-cepat,’ bisik  satu  suara.
            Hakkai  pelik. Suara  siapa  tadi? Hatinyakah?
            ‘ Kau  kena  beritahu  dia  cepat-cepat.”
            ‘Tapi…’
            ‘ Aku  rasa  dia  pun  ada  hati  kat  kau.’ Suara  itu  masih  berbisik.
            ‘ Tapi  aku  tak  tahu  macam  mana  nak  beritahu  dia.’
            ‘ Kau  kan  lelaki  tentu  kau  tahu  macam  mana  nak  buat.’ Suara  itu  kuat  menghasut.
            Hakkai  terdiam  lama. Dia  ingin  memikirkan  cara  apa  yang  paling  terbaik  untuk  dia  meluahkan  rasa  hatinya. Cara  apa  yang  perlu  dilakukan? Dia  tersenyum  seperti orang  gila.




PAGI  yang  indah, Yuri  bangun  seperti  biasa. Malam  tadi, dia  tidak  boleh  melelapkan  mata. Matanya  tidak  mahu  pejam. Berkali-kali  dia  beralih  tempat  untuk  mendapat  tempat  yang  sesuai. Entah  macam  mana  dia  boleh  terlelap. Pukul  enam  setengah  pagi, barulah  dia  bangun.
            Selepas  bersolat, dia  turun  ke dapur. Seperti  biasa, Mak  Lin  sedang  menyediakan  sarapan. Dia  membantu  apa  yang  patut. Setelah  segala-gala  selesai,  dia  duduk  di  halaman  rumahnya. Dia  masih  terbayang-bayang  tentang  kejadian  malam  tadi. Dia  tersentak. Dia  menggeleng-geleng. Gila. Kenapa  aku  fikir  macam  ni?  Sudah. Sudah. Jangan  fikir  benda  macam  tu, marahnya  di  dalam  hati.
            “ Yuri, Tuan  Ahmad  panggil  sarapan.” Mak  Lin  tahu  di  mana  sekiranya  Yuri  tiada  di  dalam  rumah  pagi-pagi  ini.
            “ Baiklah,” balas  Yuri. Dia  melangkah  ke  ruang  makan. Kelihatan  Hakkai  dan  Tuan  Ahmad  sudah  berada  di  situ. Dia  tersenyum  melihat  Tuan  Ahmad. Namun  senyumannya  pudar  tatkala  terpandang  wajah  Hakkai. Hakkai  juga  mengukir  senyuman  kepadanya.



YURI  baru  pulang  dari  banglo  Puan  Sri  Maimun. Pagi  tadi, dia  memang    tidak  masuk  ke  pejabatnya  lagi. Dia  menaiki  lif  untuk  ke  tingkat  pejabatnya. Dia  pun  masuk  ke  pejabatnya. Kebanyakkan  staf  di  situ  tersenyum. Ada  yang  manis  dan  ada  yang  senyum  menyindir. Hairan  dia  melihatnya. Tanpa  berfikir  panjang, dia  menerpa  masuk  ke  dalam  biliknya. Setelah  dia  menutup  pintu, dia  berpaling  ke  arah  mejanya. Dia  kaku  di  tempat  itu. Ada  sejambak  bunga  ros  putih  di  atas  meja.
            Perlahan-lahan  dia  mendekati  meja  itu. Matanya  tepat  memandang  ke  arah  jambakan  bunga  tersebut. Siapalah  yang  kirim  bunga  ini? Bukannya  aku  suka  sangat  dengan  bunga  ni, dengusnya  dalam  hati. Ada  sekeping  kad  yang  terselit  di  situ. Dia  menarik  kad  itu  dan  membacanya.
            Hatiku  sudah  terisi  dengan  kehadiranmu. Ku  harap  jambakan  bunga  ini  bisa  mencairkan  hatimu  yang  dingin  membeku.
            Yuri  berkerut  membaca  bait-bait  yang  tertulis  di  atas  kad  ini. Entah  siapa  punya  kerja  ini. Dia  menggeleng-geleng. Dia  memang  tidak  menyukai  bunga  terutama  sekali  bunga  ros. Tidak  kiralah  ros  merahkah, ros  putihkah, semuanya  dia  tidak  suka. Dia  mengerling  ke  arah  bunga  itu.        
            Lagu  Ai  Emma  berdering  di  telefon   bimbitnya. Tanda  ada  mesej  yang  baru  diterimanya. Dia  pantas  membaca  mesej  itu.
            Hai, apa  khabar? Dah  trima  bunga  dr  sy? Tentu  awak  tertanya-tanya  siapa  sy  kn. Sy  hrp  awk  suka  bunga  itu.
            Siapa  yang  hantar  mesej  ini? Mengarut  betul. Kalaulah  aku  tahu, siapalah  dia. Dia  mengambil  bunga  itu  lalu  menghumban  ke  dalam  tong  sampah. Puas  hatinya. Jangan  haraplah  aku  nak  terima  bunga  ini  dari  orang  yang  aku  tak  kenali, desis  hati  kecilnya. Dia  keluar  dari  biliknya. Terus  ke  bilik  Puan  Fauziah. Dia  sudah  tahu  kenapa  ada  mata yang  memandang  ke  arahnya  tadi. Malaslah  dia  memikirkannya.